You are on page 1of 101

Cinta Tak Sempurna a 1

staghfirullah al-aZiM...” Ummi Zaleha beristighfar panjang. Berita yang baru sampai ke telinganya itu betul-betul satu kejutan. Dia terduduk. Sayu hatinya mendengar cerita anak gadisnya itu. Malunya dia untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Di mana hendak diletakkan mukanya nanti? Sudahlah orang kampung tidak menyukai kehadirannya, ditambah lagi dengan masalah baru tentang dirinya dan maruah keluarganya. Selepas kematian suaminya, ramai wanita-wanita kampung rasa tergugat. Takut suami mereka tersangkut dengannya. Menuduh dia sebagai janda cantik yang mahu merampas kebahagiaan perempuan lain. Walaupun sudah berusia 42 tahun, kecantikkannya masih terserlah. “Umi, ampunkan along. Along tak salah...” Zaliya melutut dan mencium kaki ibunya berkali-kali. Betapa hancurnya hati ibu itu. Kecewa dengan perbuatan anak gadis sulungnya. Di mana hendak di-

A

Ezdiani Abd Rahman a

2

letakkan mukanya nanti? Bertambah benci lagi orang kampung kepadanya nanti. Satu per satu masalah bertubi-tubi datang, namun kali ini dia tidak cukup kuat. Begitu berat dugaan untuknya kali ini. “Apa along dah buat ni? Along tak kesiankan umi ke? Sampai hati along conteng arang ke muka umi. Mana umi nak letak muka ni? Kalau orang kampung tahu, malu umi... Malu!” Suara Ummi Zaleha tenggelam dengan tangisannya. Bergetar suaranya. Begitu hancur sekali perasaannya tika ini. Hatinya bagai disiat-siat. “Umi dengar dulu… Along betul-betul tak salah. Along tak pernah buat semua tu. Along terperangkap. Semua ni salah faham. Along betul-betul tak salah.” Zaliya cuba perjelaskan semuanya. Namun, hati ibunya begitu keras sekali. Tetap tidak mahu dengar penjelasannya dahulu. Bagi ibunya, dia benar-benar telah terlajak. Jika tidak dilakukannya, bagaimana dia boleh tertangkap basah dengan lelaki yang bukan muhrim dengannya? Kenapa pula orang-orang kampung nak tangkapnya jika benar dia tidak bersalah. ZaliYa menyertai perkhemahan kolej untuk kali ini. Sudah lama dia teringin untuk beriadah dengan teman-teman sekuliyahnya. Baginya, semua ini pelajaran baru yang akan dia pelajari dan merupakan pengalaman baru. Namun, ketika teman-temannya sibuk dengan pelbagai acara, dia tidak dapat menyertai aktiviti malam itu. Perutnya sakit teramat sangat kerana penyakit perempuan (senggugut). Jadi, dia ambil keputusan untuk rehatkan diri sahaja.

Cinta Tak Sempurna a 3

“Liya, kau sakit sangat ke?” tegur Fasha bila melihat teman baiknya terguling-guling menahan kesakitan. “Sakit sangat. Kau ada Panadol tak? Ubat tahan sakit ke?” “Kejap aku pergi tanya Cik Syella. Kau tunggu kejap.” Fasha keluar dari khemah dan mendapatkan Cik Syella. “alaMaK! Macam ada suara oranglah sayang. Baik sayang pergi menyorok. Cepatlah…” Linda berbisik. Dia perasan ada suara riuh di luar sana. “Sayang pergi menyorok dalam khemah sebelah, bukannya ada orang. Semuanya dah keluar. Ada aktiviti.” Sekali lagi Linda berbisik. Satu kucupan hinggap di pipi gebu Linda. Zahid merangkak keluar untuk menyembunyikan dirinya. Akhirnya dia merangkak ke khemah sebelah yang jaraknya hanya tiga kaki dari khemah yang dia berada sekarang dengan hanya berseluar pendek. Dia terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di khemah sebelah. Berdebar-debar rasanya bila suara itu semakin dekat. “Matilah aku...” Zahid berbisik perlahan. “Keluar!” Khemah yang menempatkan Linda diserbu. Tapi apa yang ada hanya Linda yang sedang terbaring. “Awak dengan siapa?” “Saya sorang aje. Kenapa ni pak cik?” “Mana pasangan awak? Kami dengar ada lelaki luar masuk ke kawasan ni?” tanya lelaki berserban putih.

Ezdiani Abd Rahman a

4

“Saya sorang aje…” ujar Linda takut-takut. Matilah jika mereka buat pemeriksaan di khemah lain. Pasti Zahid akan tertangkap juga. Pasti semuanya akan terbongkar. Jantung Linda makin berdebar-debar bila lelakilelaki yang menyerbunya tadi sudah menghampiri khemah di sebelah. Mereka terus membuka zip pintu khemah yang di duduki Zahid. “Keluar! Keluar!” “Apa kamu buat ni?” tanya suara lelaki berkopiah putih itu. “Maaflah saya tidur.” Zahid berpura-pura mengeliatkan badannya. “Astarghfirullah... Ada perempuan ustaz. Kan saya cakap tadi, inilah dia...” Zahid yang tadi berasa sedikit lega tiba-tiba terasa gundah. Perempuan? Alamak! Mati aku. Aku tak perasan pun ada orang dalam ni. Linda kata semuanya sudah keluar. Ni perempuan mana pulak tengah tidur ni? Zahid menepuk dahinya perlahan. Keluar mulut buaya masuk ke mulut singa. “Hoi! Bangun! Bangun!” Zaliya yang sedang nyenyak tidur akhir terjaga. Terkejut apabila melihat terlalu ramai yang mengerumuninya. Semuanya bersongkok dan berkopiah. Dan yang paling mengejutkannya, bila orangorang kampung tempat kem perkhemahannya mula riuh-rendah. Bising suara mereka. Mula bercerita tentang dirinya. Ditambah lagi dengan seorang lelaki yang berpakaian RELA memegang erat tubuh sasa jejaka yang hanya berseluar pendek tanpa berbaju. “Kenapa ni pak cik? Kenapa ganggu saya tidur?

Cinta Tak Sempurna a 5

Ada apa-apa ke?” Zaliya makin kebingungan. “Amboi... buat-buat tak tahu pulak. Datang sini nak buat maksiat. Muka saja cantik, tapi perangai...” Satu suara wanita tua bersuara menyindir Zaliya. “Maksiat apanya mak cik? Saya tak faham?” Zaliya masih tertanya-tanya. Tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berkerut seribu wajahnya. “Hei! Kau boleh buat-buat tak tahu ya? Kawankawan kau pergi masuk hutan, ada aktiviti, kau duk merendek dalam khemah. Dah lama buat kerja macam ni?” Sekali lagi suara itu membalas. “Ya Allah… Apa yang saya dah buat? Saya tak buat apa-apa pun, saya cuma tidur.” jawab Zaliya sayu sekali. Merah matanya menahan air mata dari jatuh ke pipinya. Musibah apakah ini? Seingatnya, dia mengalami sakit perut yang teruk tadi. Selepas Cik Syella memberikan ubat tahan sakit, dia terus berehat di khemahnya itu. Asalnya Fasha mahu menemaninya, namun dia menolak atas alasan tidak mahu kawannya itu terlepas dengan aktiviti yang dijalankan. Dan, tidak sangka pulak perkara lain yang berlaku. Kalau dia tahu perkara seperti ini akan berlaku, sudah lama dipaksanya Fasha duduk menunggunya tadi. “Anak tak perlulah nak berselindung lagi dan tak perlu nak mengelak lagi. Ramai saksi yang dah lihat anak berdua bersekedudukan. Berdua-duaan dalam khemah tanpa sebarang apa-apa ikatan yang sah. Salah dan haram di sisi agama Islam bila seorang wanita dengan lelaki bukan muhrim duduk berduaduaan sebegini.” Kali ini, laju air mata Zaliya jatuh. Dia betul-betul tidak kenal siapa lelaki di hadapannya itu. Kenapa

Ezdiani Abd Rahman a

6

lelaki berada satu khemah dengannya pun dia tidak tahu. Dia tidak dapat membela dirinya. Orang-orang kampung tetap bertegas dia memang bersalah. Dengan bukti yang ada dan beberapa orang saksi, dia didapati bersalah kerana berkhalwat. Berjujuran air matanya mengalir laju. Apa yang akan diberitahu kepada umi? Dia terpaksa juga berhadapan dengan masalah yang dia sendiri tidak lakukan. Dia perlu berhadapan dengan orang ramai, teman-teman dan orang sekelilingnya. Maruahnya kini benar-benar tercalar dengan kejadian tadi. Semuanya memandang serong kepadanya. Betapa kotor dirinya kini dipandangan mata semua orang. Dia sendiri tidak dapat menegakkan kebenaran. Apa yang terjadi tadi, sudah mengesahkan dirinya benar-benar bersalah dan tiada bukti yang dapat membuktikan dia tidak tahu-menahu akan kehadiran lelaki muda itu di khemahnya. Kata-kata pengakuannya tidak cukup untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Penangkapannya bersama lelaki tadi, makin mengukuhkan segala tanggapan teman-temannya. Zaliya cukup tertekan dengan pandangan serong teman-teman kepadanya. Pelbagai tomahan yang sampai ke telinganya dan kata-kata sungguh menyakitkan hati. Apatah lagi harga dirinya diperkotak-katikkan Farid. “Tak sangka, muka aje cantik, tapi perangai kau macam ni.” Sinis Farid menyindir. “Kau tak tahu apa-apa, kau jangan nak tuduh aku, Farid,” balas Zaliya geram. “Tuduh apanya? Benda semua dah jelas. Kalau gatal sangat, suruhlah mak kau kahwinkan kau cepatcepat,” balas Farid. Dia terus menyesak perasaan

Cinta Tak Sempurna a 7

Zaliya dengan tuduhan melulunya. “Kau cakap baik-baik sikit! Kau memang biadab!” Kuat suara Zaliya. “Kaulah! Perempuan tak malu! Selama ni, kau sembunyikan perangai sebenar kau di sebalik kebaikan kau dengan kelembutan kau tu. Rupa-rupanya kau tak ada harga diri. Perempuan bohsia!” Kata-kata Farid, betul-betul membuatkan hati Zaliya terluka. Begitu sekali tanggapan Farid kepadanya. Hina sekali pandangan Farid kepadanya. Semua tuduhan ini, begitu membuatkan hatinya makin parah dirundung luka. Zaliya tidak mampu untuk memekakkan telinganya mendengar kata-kata hinaan Farid. Apatah lagi teman-teman yang lain turut bersorak setuju dengan kata-kata Farid. Untuk apa dia terus bertahan di sini jika semuanya terus menuding kesalahan pada dirinya. Kesalahan yang langsung tidak dilakukannya. Begitu sukar untuk dia berhadapan dengan masalah yang dihadapinya kini. Zaliya mengambil langkah untuk pergi sahaja daripada terus menyertai perkhemahan itu. Pakaiannya yang sudah siap dikemas, dimasukkan kesemuanya ke dalam beg. Dia tiada pilihan lagi. Dia terpaksa pergi daripada terus mendengar kata-kata hinaan yang dilemparkan kepadanya.

Ezdiani Abd Rahman a

8

I

Nilah kekasih kau yang buat hal malam tu? Kau memang tak serik lagi Zahid! Apa nak jadi!” Tibatiba seorang lelaki tua bersuara setelah keluar dari bilik Ustaz Abd Wahab di pejabat agama. Hari ini, Zaliya dan Zahid menghadiri perjumpaan di pejabat agama. Mereka berdua diberi kaunseling dia atas apa yang telah berlaku. “Kau siapa? Kenapa kau boleh ada dalam khemah aku malam tu?” Zaliya menuding jari ke arah jejaka kacak di hadapannya. Direnung tajam ke arah mata Zahid. Dia ingin tahu sendiri jawapan dari mulut lelaki di hadapannya itu. Diam. Zahid tidak menjawab pertanyaan Zaliya. “Kau siapa?! Kenapa kau perangkap aku malam tu?” Sekali lagi Zaliya bertanya. “Zahid!” Dengan sedikit angkuh Zahid menjawab pertanyaan Zaliya. “Apa kau dah buat dengan aku malam tu?” “Hei, perempuan, aku tak buat apa-apalah pada kau. Sikit pun aku tak sentuh kau. Mana aku tahu

Cinta Tak Sempurna a 9

kau ada dalam khemah tu. Aku cuma nak selamatkan diri aku aje...” Dengan sombong, Zahid membalas jawapan daripada persoalan Zaliya. Dato’ Jamal, Datin Hanishah, Ummi Zaleha, Fasha dan Cik Syella yang berada di situ betul-betul terlopong mendengar jawapan Zahid. Jadi, Zaliya memang benar-benar tidak bersalah. “Kau jahat! Kau dah jerumuskan aku dengan masalah ni!” Sekali lagi air mata Zaliya jatuh laju. “Betul ni Zahid? Ya Allah… Apa kamu dah buat ni? Baba tak pernah ajar kamu buat macam ni? Sekarang apa yang kita nak buat ni?” Dato’ Jamal juga tidak senang hati dengan jawapan anaknya. “Maruah keluarga kami dah betul-betul tercalar. Masa depan Zaliya benar-benar dah gelap, Dato’. Apa lagi Dato’ tanya? Sekarang, kita kena selesaikan masalah ni segera. Mana saya nak letak muka kami? Semua ni gara-gara anak Dato’!” marah Ummi Zaleha. Dia begitu kesal sekali. Dia sepatutnya mempercayai kata-kata anaknya malam kejadian. Bukannya terus menambah kekecewaan di hati anak gadisnya itu. “Okey! Kita selesaikan di sini sajalah. Minta puan jangan heboh-hebohkan pada orang ramai. Saya rayu sangat.” Kali ini Datin Hanishah pula bersuara. “Hmm, ni cukup tak?” Datin Hanishah menghulurkan cek bernilai RM20 ribu kepada Ummi Zaleha. “Datin ingat duit boleh beli balik maruah anak saya? Kami tak perlukan duit ni...” “Hei! Ni kira bernasib baik aku bagi duit. Jangan nak jual mahal sangat…” balas Datin Hanishah angkuh. “Sudah!” Dato’ Jamal cuba menenangkan keadaan. “Baiklah, kita akan selesaikan masalah ni segera.

Ezdiani Abd Rahman a

10

Puan bagi alamat rumah. Nanti kami akan ke sana, kita akan bincangkan.” “aBaNg, betul ke keputusan abang ni? Takkan kita nak berbesan dengan orang kampung begini? Tengok rumah saja pun, saya tak sangguplah, bang. Malulah dengan kawan-kawan saya nanti.” “Awak diam! Ini semuanya salah awak. Manjakan sangat anak awak tu. Semua ini keputusan saya. Saya dah fikir semasak-masaknya. Awak nak anak kita terus hidup dengan bergelumbang dengan dosa? Awak mahu tanggung semua tu?” soal Dato’ Jamal perlahan, tetapi dalam nada tegas. “Abang yakin ke budak kampung ni boleh buat anak kita berubah? Saya tak berapa yakinlah, bang. Tak masuk akal langsung.” “Abang tahu apa yang abang buat ni...” Hari itu, akhirnya Dato’ Jamal dan Datin Hanishah bertandang juga ke rumah ibu tunggal itu. Rumah yang terletak di hujung kampung, begitu sukar untuk dicari. Namun, dengan bantuan orang kampung, akhirnya mereka sampai juga ke rumah kampung yang satu-satunya berada di hujung kampung itu. Dengan keadaan sekeliling dikelilingi sawah bendang, permandangan di rumah itu begitu mempersona pandangan mata yang memandang. Akhirnya kereta Mercedes yang dipandu Dato’ Jamal sampai ke rumah yang ingin ditujunya. uMMi ZalEha berjalan memasuki ke rumah. Dibetulkan dahulu kain batik yang sedikit longgar. Takut

Cinta Tak Sempurna a 11

terlondeh. Perlahan dia melangkah kakinya ke ruang tamu. Dia pergi mendapatkan tetamu yang datang dan menyapa mereka seperti tiada apa-apa masalah antara mereka. “Maaflah Dato’, Datin, dah lama sampai?” tanya Ummi Zaleha memulakan bicara. “Hmm… lama jugalah,” balas Datin Hanishah sambil tangannya memegang surat khabar yang dicapainya tadi, dibuatnya kipas. Rumah atap dua tingkat itu memang panas. Terasa sedikit berkuap. Bahang kepanasan sangat terasa. “Rasanya puan tahu maksud kedatangan kami ke sini. Kami sebenarnya dah fikir dan saya pun dah buat keputusan. Anak saya, Zahid, akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.” Dato’ Jamal memaklumkan keputusan yang dibuatnya. Kedatangannya bukan hanya tangan kosong. Tetapi kedatangannya untuk menyunting bunga yang ada di taman. Ini adalah cara yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Ummi Zaleha hanya tekun mendengar. Tidak menyampuk walau sepatah. Dia mahu cuba memahamkan maksud yang mahu disampaikan Dato’ Jamal. “Ini semua sebagai tanda pertunangan anak kita.” Dato’ Jamal menghulurkan sebentuk cincin yang terletak kemas dalam kotaknya. “Pertunangan?” “Ya. Kita terus tunangkan mereka hari ni. Dan kita letakkan tarikh perkahwinan mereka berdua sebulan kemudian.” Zaliya yang kebetulan ada di ruang tamu untuk menghidangkan air, tergamam mendengar perbincangan tiga susuk tubuh yang ada di sekitarnya itu. Perkahwinan? Perlukah aku berkahwin dengan

Ezdiani Abd Rahman a

12

orang yang aku sendiri tak pernah kenal? Apatah lagi hati budinya pun aku tak tahu. Perangainya pun aku tak tahu. Ini kan pula mahu disatukan. Oh, tidak! Aku tak sanggup. Zaliya bermonolog sendiri. “Along macam mana? Along setuju tak?” tanya Ummi Zaleha. Zaliya diam tanpa kata. Tidak tahu mahu menjawab apa. “Diam, tanda setujulah tu...” balas Dato’ Jamal setelah melihat Zaliya hanya berdiam. “Tapi Dato’, saya...” “Tak perlu nak risau, semuanya kami dah aturkan. Kita akan adakan majlis ini secara gilang-gemilang. Maklumlah, ini perkahwinan anak tunggallah katakan...” Dato’ Jamal memotong kata-kata Zaliya. Dia begitu mahu Zaliya menjadi menantunya. Dari raut wajah Zaliya, dia yakin Zaliya seorang anak gadis yang baik. Zaliya adalah pilihan terbaik untuk Zahid. Sekali lagi Zaliya terperangkap dengan situasi terbaru ini dan akhirnya dia terpaksa akur. Dia tidak mahu perkara ini terus berpanjangan. Tambahan pula Mak Cik Semah, jirannya, juga berada di tempat kejadian. Sudah sekampung dicanang cerita tentang dirinya yang ditangkap basah. Satu kampung kini meminggirkan mereka sekeluarga. Dia perlu bina hidup baru. Perlu mengubah kehidupannya sekarang. Dia mahu bawa keluargaya pergi jauh dari kampung ini. Dia tidak sanggup biarkan uminya terus dihina dan dicaci. Semuanya hanya kerana masalah yang dia sendiri tidak lakukan. “MaCaM mana ni, sayang?”

Cinta Tak Sempurna a 13

“Mana I tahu.” “Alah, you ni... Itu pun tak tahu.” “You juga yang kata tak ada sesiapa dalam khemah masa tu. Tak pasal-pasal I kena tangkap khalwat dengan budak kampung tu!” marah Zahid. Mukanya masam mencuka. Masih tidak senang hati dengan apa yang terjadi. “Alah, you pujuklah baba you...” “Masalahnya sekarang, baba nak I bertanggungjawab dengan budak kampung tu. Eii... tak sanggup I.” “Maksud you, sayang? Baba nak you kahwin dengan Zaliya? Oh, my God! I nanti macam mana?” Linda tidak puas hati dengan keputusan Dato’ Jamal. Mulutnya muncung, kemudian dijuihkan bibirnya dengan memek muka sekali. Seperti mengajuk. “Mana I tahu. Kalau I tahu, baik I tak keluar, biar I kena tangkap dengan you. Boleh kita kahwin.” Zahid meletakkan tangannya ke bahu Linda sambil bibirnya menghinggap ke pipi Linda. “Eh, tak naklah I. Tak kuasa I kahwin cara macam tu.” “You kata nak kahwin dengan I.” Zahid merenung ke anak mata Linda. Dia inginkan kepastian dengan kata-kata gadis yang sering menggodanya itu. “You tak mahu jadi isteri I?” “Bukan macam tu. I tak naklah dengan cara macam tu. Tak seronoklah kahwin free...” balas Linda. Zahid mengeluh panjang. Wajahnya muram dan merenung sayu wajah Linda. Dia betul-betul tersepit sekarang. Babanya kini melatakkan syarat. Jika dia mahukan warisan peninggalan keluarganya, dia perlu bertanggungjawab dengan memperisterikan Zaliya.

Ezdiani Abd Rahman a

14

Kalau tidak, segala kemewahan yang ada akan ditarik semuanya. Zahid tidak pernah hidup susah. Hidupnya dari kecil penuh dilimpahi dengan kemewahan. Dia begitu berbelah bagi sekali dengan keputusan babanya. Dia betul-betul tersepit. “Hei, kenapa ni sayang?” Linda menarik tangan Zahid sambil tangannya membelai-belai badan sasa Zahid manja, namun kali ini ditepis Zahid. “Sorry… Kepala I berserabut sekarang.” “Masalah apanya?” Kali ini Linda duduk di paha Zahid. Kain skirt yang dikenakan menampakkan pahanya yang putih gebu itu. Dia cuba menggoda Zahid. “Baba akan tarik semua kemewahan dan apa yang I ada sekarang kalau I tak kahwin dengan Zaliya.” “What’s?” Kali ini Linda bingkas bangun. Terjojol biji matanya. Niatnya untuk menggoda Zahid terhenti. Hatinya risau. Zahid baginya adalah lombong emas. Kalau semuanya ditarik balik, itu maknanya apa yang dilakukannya selama ini sia-sia belaka. Celaka! Tak guna punya orang tua! bentak Linda dalam hati. “Sayang…” Mengada-ada suara Linda. Zahid hanya memandang lirik. “Sayang, terima ajelah cadangan gila baba you tu.” “Maksud you, I terima budak kampung tu sebagai isteri?” Linda mengangguk laju. Lama dia memerhati ke dalam anak mata Zahid. “You mesti kahwin dengan dia. Kalau tak, you akan hilang semua tu. You sanggup hilang semua yang you ada sekarang? Alah, you terima dia sebagai isteri tak bererti you perlu

Cinta Tak Sempurna a 15

lupakan I. Betul tak sayang?” Linda meyakinkan Zahid sekali lagi. Dia tidak sanggup kehilangan lombong emas yang berada di genggamannya sekarang. “Please… Demi masa depan kita, I izinkan you kahwin dengan budak kampung tu.” “Macam mana I nak kahwin dengan orang yang I tak cinta?” Zahid begitu tidak senang duduk. Dia bingkas bangun. Ke hulur ke hilir di kawasan yang sama. “Tak perlu semua tu.” Linda akan pastikan Zahid berkahwin dengan Zaliya. Dia tidak mahu semuanya terlepas begitu sahaja. Dia akan pastikan Zahid mendapatkan haknya dan dialah orang pertama yang akan menikmati kemewahan itu nanti. Jika Zahid menolak Zaliya, itu bererti Zahid tiada apa-apa lagi. Yang ada hanya cinta lelaki itu. Bukan cinta yang dikejarnya selama ini. Yang dia mahukan daripada Zahid hanyalah kemewahan hidup. Kenikmatan syurga dunia. haNYa beberapa jam sahaja lagi, Zaliya akan disatukan dengan lelaki yang bernama Zahid. Sungguh tidak senang hatinya, bila keputusan itu yang menjadi jalan penyelesaian. Ingin saja dia memberontak. Walaupun perkahwinan yang dirancangkan itu bakal berlangsung dengan meriah, dia langsung tidak gembira. Apa yang ada di hatinya, hanyalah rasa kecewa dan terluka. Dia juga tahu, Zahid juga pasti tidak mencintainya dan dia juga tidak mampu mencintai Zahid seperti mana dia mencintai Helmi. Hanya Helmi yang ada di hatinya. Dia juga berjanji akan bersama Helmi untuk selama-lamanya. Jika dia menikahi Zahid, sudah tentu, dia yang memungkiri janji. Dia

Ezdiani Abd Rahman a

16

akan setia! Itu janjinya pada Helmi. Gambar Helmi terus dipandangnya. Begitu rindu sekali dia pada lelaki yang sungguh bermakna buat dirinya itu. Cintanya pada Helmi sentiasa mekar di hati. Mampukah dia pertahankan lagi rasa cintanya? Semuanya bagaikan menjadi bebanan yang harus difikirkannya. Makin berkecamuk perasaannya saat ini. Rasa cinta dan sayang pada Helmi, tak mungkin diluputkan begitu sahaja semata-mata disebabkan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Namun, perasaan uminya dan keluarga, juga perlu diambil tahu. Apatah lagi, uminya sering diuji dengan pelbagai masalah. “Argh! Bingungnya aku. Kenapa semua ni jadi pada aku?” Zaliya memicit-micit kepalanya kuat. Terasa berat sahaja untuk ditanggung segala benda yang bakal berlaku. Matanya terasa panas dan air matanya gugur lagi. Air mata duka dan kecewa. fasha leka menyolek Zaliya untuk ke majlis akad nikah yang akan berlangsung sebentar lagi. Dia mahu, temannya itu nampak cantik pada malam itu. Biar bakal suaminya terbeliak mata melihat kecantikan Zaliya. Wajah Zaliya terus redup. Tiada ada sedikit senyuman yang terpamer di wajahnya. Fasha perasaan kekeruhan wajah temannya itu. “Hei, Liya, janganlah terus macam ni. Cuba kau senyum sikit.” “Macam mana aku nak senyum kalau beginilah cara aku perlu bernikah. Apatah lagi, aku perlu bernikah dengan lelaki yang langsung aku tak cinta, Sha. Aku tak sanggup sebenarnya. Kalau boleh, aku

Cinta Tak Sempurna a 17

tak mahu, semua ini terjadi.” Perlahan Zaliya menuturkan rasa gelisah yang berada dalam hatinya. “Aku tak tahu nak cakap apa lagi, Liya. Semuanya dah diatur. Takkan kau nak berundur macam tu aje?” soal Fasha risau. “Aku tak sanggup! Macam mana aku nak kahwin dengan lelaki yang aku tak cinta jika jauh di dasar hati aku cuma ada Helmi. Aku cuma nak bersama Helmi,” luah Zaliya perlahan. Fasha rasa terhimpit dengan masalah yang dihadapi temannya itu. Bukannya dia tidak kesiankan Zaliya, tetapi dalam masa yang sama, dia juga begitu kesiankan umi sahabatnya itu. “Kau kuatkanlah hati kau, Liya.” “Aku nak pergi dari sini. Aku tak mahu kahwin dengan lelaki tu!” tekad Zaliya. “Liya! Takkan kau tekad macam tu sekali? Sekejap lagi semuanya akan berlangsung. Sekejap aje lagi, kau akan jadi isteri orang.” Fasha sudah gelabah apabila Zaliya menyuarakan hasratnya untuk lari pada malam pernikahan itu. “Aku tak ada pilihan. Aku tak sanggup, Sha. Aku tak sanggup!” Tergambar riak kegelisahan pada wajah Zaliya. “Jangan, Liya. Kau tak kesiankan umi kau ke?” Zaliya hanya diam. Tiada sebarang kata-kata yang keluar dari bibirnya. Dia terus berteleku lama dengan ditemani air mata. Dia bingung dengan perasaannya saat ini.

Ezdiani Abd Rahman a

18

U

PaCara perkahwinan anak tunggal Dato’ Jamal dan Datin Hanishah begitu gemilang sekali. Majlis itu diadakan di hotel lima bintang milik keluarganya. Begitu meriah sekali majlis itu. Beribu-ribu hadirin menghadiri majlis itu. Tetamu kenamaan turut diundang. Paluan kompang mengiringi pengantin masuk ke ruang persandingan. Zaliya begitu ayu sekali dengan baju pengantin yang dikenakannya yang berkonsepkan padang pasir. Kedua-dua pengantin baru ini memang bagai pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan. Tak jemu mata yang memandang mereka berdua. Ramai yang terpesona dengan penampilan Zaliya yang begitu anggun sekali. Dia bagaikan sang puteri kayangan yang turun bertandang. Sesiapa yang memandangnya pasti terpesona. Begitu terpancar sekali keanggunannya Zahid juga mencuri melihat wajah isterinya. Memang begitu ayu. Tapi sayangnya perasaan cinta

Cinta Tak Sempurna a 19

itu tidak pernah ada pada gadis kampung itu. Yang ada di hatinya kini hanya Linda, satu-satunya insan yang dicintainya. Walau bagaimana pun, demi mendapatkan harta warisan keluarga, dia harus mengikut segala syarat-syarat dan kehendak daripada babanya. Dia tidak mahu kehilangan semua kemewahan yang dia kecapi selama ini semata-mata dia tidak mahu berkahwin dengan Zaliya. Pergi jahanamlah dengan Zaliya. Perempuan kampung yang kolot dan tak sedar diri. Memang tak layak untuk aku. Hari ni pun bernasib baik kau nampak cantik. Itu pun sebab mak andam solek kau. Kalau tak, aku pun tak ingin nak pandang muka kampung kau tu, bisik Zahid dalam hati sambil tersenyum sinis. ZaliYa begitu letih sekali. Dia betul-betul kepenatan dengan majlis yang cukup gemilang tadi. Hari bersejarah yang sedikit pun tidak memberi apa-apa makna dalam hidupnya. Walaupun ia cukup meriah sekali. Dengan hanya berwalikan hakim, dia kini bergelar isteri orang. Isteri kepada lelaki yang tidak pernah dia kenal hati budinya. Menurut uminya, mereka sebatang kara. Tiada saudara-mara yang hadir menghulurkan bantuan. Itu memang pun tidak menjadi persoalan kerana memang mereka tidak pernah ada saudara.. Tiada pula sebelum ini yang bertandang ke rumah mengaku mereka sebagi saudara. Mungkin kesusahan keluarganya membuatkan saudara mereka tidak mahu dekat dengan mereka sekeluarga. Zaliya tahu akan kedudukan sebenarnya di da-

Ezdiani Abd Rahman a

20

lam keluarga Ummi Zaleha. Dia cuma anak angkat yang dibela dari kecil. Mereka juga tidak tahu siapa keluarga kandungnya. Mahu atau tidak, wali hakim perlu mewakilkan perkahwinannya. Terasa letih sekali. Zaliya akhirnya naik juga ke bilik atas. Perlahan dia memulas tombol pintu. Lama dia berdiri di hadapan muka pintu. Terpegun. Begitu cantik bilik itu dihias. Bagaikan bilik puteri yang ingin masuk beradu. Zaliya tersenyum manis dan perlahan dia melangkah kaki menuju ke katil dan dihempaskan badannya ke tilam yang cukup empuk itu. Matanya cukup letih sekali. Hampir terlelap dia di tilam empuk begitu. Tidak pernah dirasainya dapat tidur di tilam yang empuk. Seronok. Selesa sekali. Tidak terasa sakit-sakit badan lagi. “Aaa...” Tiba-tiba Zaliya menjerit. Terkejut dengan kehadiran Zahid yang baru keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Menampakkan bulu dadanya yang sedikit jarang dan badan sasanya. “Apa ni jerit-jerit?” marah Zahid sambil tangannya mencapai baju-T berjenama Polo yang tersangkut kemas di dalam almari. “Awak kalau ya pun nak salin baju, pergilah tukar dalam sana!” marah Zaliya sambil jarinya menuding ke arah bilik mandi. “Hei, suka hati akulah. Ni bilik aku. Aku nak salin baju ke, nak berseluar dalam saja ke... Apa aku kisah!” Zahid membalas kata-kata Zaliya. “Eii... awak ni tak malu!” “Nak malu apanya? Kalau kau tengok pun, tak haram pun,” balas Zahid galak. “Eii... awak ni memang!” bentak Zaliya. Satu

Cinta Tak Sempurna a 21

jelingan yang begitu tajam, dilempar ke arah Zahid dan laju saja dia menutup matanya dengan bantal apabila melihat Zahid melondehkan tuala di hadapannya. Bising mulutnya mengomel dengan tindakan Zahid. Zahid hanya tertawa melihat tingkah laku Zaliya. “Woi!” “Apa?” “Bukalah mata tu…” “Eii... tak nak!” jerit Zaliya sambil memejamkan matanya rapat. “Alah, macam tak biasa pulak tengok lelaki tak berpakaian,” ujar Zahid sinis. Dia cuba menyamakan Zaliya seperti Linda. Zaliya menarik bantal yang ditekup ke mukanya. Dia perasan Zahid memang sudah lengkap berpakaian. Kali ini dia berani bangun menuju ke arah Zahid. “Hei, awak cakap baik-baik sikit. Awak ingat saya ni perempuan yang tak ada harga diri. Tolonglah… Awak tak perlulah nak berfikiran kotor macam tu. Maruah saya, saya yang tahu.” Zaliya begitu marah sekali dengan sindirin Zahid. “Boleh percaya ke? Perempuan sekarang ni, boleh dikatakan semuanya ditebuk tupai. Tak ada yang elokelok lagi.” Suka-suka sahaja Zahid memberi pandangan yang tidak masuk akal. Kerana setitik nila, habis semua terkena tempiasnya. “Itu perempuan yang awak kenal. Bukan saya. Maruah saya memang akan saya jaga dengan baik. Walau awak dah busukkan nama baik saya, saya masih tetap ada maruah lagi.” “Hmm, kat mulut. Entah-entah dah berapa orang jantan usung ke hulu ke hilir,” perli Zahid kasar.

Ezdiani Abd Rahman a

22

“Awak ni!” Zaliya menuding jari ke arah Zahid. Geram tak terhingga dengan kata-kata Zahid. Hatinya begitu sakit sekali dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Zahid. Mahu sahaja dicekek-cekek lelaki yang bergelar suaminya itu. “Apa?” Zahid menolak Zaliya ke tepi dinding. Terpempan Zaliya dibuatnya. Zahid merapatkan badan sasanya itu ke badan Zaliya. Terasa dua bukit di badannya. “Kau nak buktikan pada aku yang kau tu perempuan baik? Nak kau buktikan?” Kali ini badan Zahid makin rapat mengenakan badan Zaliya. Sengaja dia mahu mengertak. Galak matanya memandang Zaliya. Tidak dipedulinya rontaan dan tumbukan Zaliya. “Sakitlah!” “Peduli apa? Nak tunjuk bukti kesucian kau? Cepat!” Zahid cuba menarik kain Zaliya, namun sempat ditempis Zaliya. “Hei, gila ke awak ni!” Zaliya berjaya meloloskan dirinya. “Katalah apa pun. Ada aku kisah!” “Zahid, please… Jangan apa-apakan saya. Saya rayu sangat-sangat pada awak.” Kali ini Zaliya merayu kepada Zahid supaya tidak mempengapakan dirinya. Dia takut dengan pandangan galak Zahid. Pandangan itu seperti mahu menerkamnya. Dia betul-betul takut. “Hahaha...” Tiba-tiba Zahid ketawa terbahakbahak melihat kerisauan Zaliya. “Kau ingat aku sangap sangat. Kau ni sengal betullah!” Zahid tidak habis-habis ketawakan Zaliya. Dia terus berlalu keluar dari bilik. Zaliya menangis sepuas-puasnya dalam bilik mandi. Dia begitu marah sekali dengan perbuatan

Cinta Tak Sempurna a 23

Zahid. Tidak pernah pun mana-mana lelaki melayannya sebegitu. Apatah lagi badannya itu dihimpit badan Zahid. Kainnya yang diselak Zahid tadi, hampir menampakkan lurah-lurah kakinya. Baginya, Zahid begitu keterlaluan. Air pancutan hujan laju membasahi tubuh lampainya sambil dalam masa yang sama air matanya juga turut mengiringi. Begitu sakit hatinya tika ini. “hOi, mandi ke apa lama sangat!” Tiba-tiba sekali lagi suara itu mengganggu Zaliya. “Cepat sikit! Besar sangat ke kau tu, nak kena panggil turun bawah,” bebel Zahid dari luar. “Kejap, nanti saya turun. Awak pergi keluar dulu,” balas Zaliya dari dalam. Menyesal dia tidak mengunci pintu bilik itu sebelum masuk ke bilik mandi tadi. Tapi, dalam keadaan yang bercampur baur tadi, mana sempat dia nak mengunci pintu bilik. Ikut sangat hati, inilah jadinya. Zaliya tidak mahu Zahid ada semasa dia keluar dari bilik mandi. Dia hanya berkemban. Sehelai pakaian pun tidak dibawanya. Zaliya merapatkan telinganya ke pintu. Dia cuba mendengar, begitu sunyi sekali. Hah, mungkin Zahid sudah keluar dari bilik kerana baru sebentar tadi dia mendengar bunyi pintu bilik ditutup. Perlahan dia membuka pintu dan matanya memandang ke sekeliling untuk memastikan kehadiran Zahid. Zaliya menghela nafas lega bila melihat Zahid memang tiada di bilik. Dia mencapai baju kurung biru yang dihadiahkan Helmi.

Ezdiani Abd Rahman a

24

Helmi merupakan lelaki yang dicintainya. Rasa bersalah pula kepada Helmi kerana dia sudah mengkhianati cinta itu. Jika Helmi tahu akan ikatan yang sudah terikat antaranya bersama Zahid, pasti Helmi terluka. Dia tahu, betapa dalamnya perasaan Helmi kepadanya. Janji Helmi kepadanya bagaikan terngiang-ngiang di telinga. Helmi akan mengikatnya sebagai isteri setelah menamatkan pengajiannya. Semahunya, Zaliya hanya mahukan Helmi untuk mendampinginya sebagai suami. Tetapi kini, sudah jadi sebaliknya. Zahid yang menggantikan tempat Helmi. Lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Belum sempat Zaliya menyarungkan baju kurung ke badannya, pintu bilik kembali terkuak luas. Zahid sudah berada di muka pintu. Dia terkaku. Zahid datang menghampiri Zaliya. “Apa ni?” “Aku nak ambil kunci kereta,” balas Zahid “Kalau ya pun, ketuklah pintu dulu.” “Siapa suruh kau tak kunci pintu. Lagipun, ini bilik aku. Aku tak biasa ketuk pintu bilik, bila masuk.” “Isy!” Zaliya mengetap bibirnya. “Apa tu? Tikus!” usik Zahid. Baju kurung yang dipegang tadi, Zaliya buang akibat takut dengan gemparan Zahid. Dia berlari mahu mendapatkan Zahid. Zaliya memang takut dengan tikus. Pernah dulu dia terjun dari tingkat satu asramanya bila terlihat tikus. Nasib baik tidak cedera teruk. Cuma tangannya patah. Mujur teman sebiliknya menjemur toto di bawah. Tidaklah terasa sakit sangat. Tapi meraung jugalah.

Cinta Tak Sempurna a 25

Zahid hanya memandang Zaliya. Terjojol biji matanya melihat bentuk tubuh badan Zaliya yang cantik. Tergugat juga dirinya. Tertelan air liur dibuatnya. Alamak! Baru Zaliya teringat, dia masih belum berpakaian. Argh, malunya dia. Zahid dah tengok apa yang tak sepatutnya. Laju dia larikan diri mendapatkan selimut. “Hei, apa pandang-pandang?” Zaliya menarik selimut menutup badannya. Dia perasan mulut Zahid ternganga dan tidak berkelip-kelip matanya. “Tengok tayangan free... Takkan nak lepaskan pulak.” “Eii, awak ni memang jahat. Jahat!” Zaliya membaling bantal satu per satu ke arah Zahid dengan hatihati. Takut selimut yang dipegangnya terlucut. Tak pasal-pasal Zahid tengok tubuhnya sekali lagi. “Dah tunjuk, aku tengoklah. Bukan salah aku. Kau sendiri yang lari datang dekat aku. Kenapa? Kau nak buktikan kata-kata kau tadi ke?” sindir Zahid tersengih. “Keluarlah!” Sebiji bantal dibalingnya. Terkena tepat ke muka Zahid. Zahid akhirnya berlalu juga dengan deraian tawa jahat. Dilambai tangan dan satu kenyitan mata ke arah Zaliya. Laju Zaliya pergi mengunci kembali pintu dan diselaknya kunci kedua supaya Zahid tidak dapat membuka pintu lagi. Sekurang-kurangnya dia akan lebih berhati-hati selepas ini. Kali ini dia betul-betul menghela nafas lega. Dirinya sudah selamat.

Ezdiani Abd Rahman a

26

4
S
uDah tiga minggu Zaliya bergelar isteri kepada Mohd Zahid bin Dato’ Jamal. Namun, tidak sedikit pun perasaan sayang itu wujud atau tanda-tanda mahu timbul. Apa yang ada hanyalah kebencian yang teramat sangat. Baginya, Zahid memang sangat keterlaluan. Zahid melayannya bagaikan dia tidak pernah wujud. Status sebagai seorang isteri hanya pada nama dan kertas. Kadangkadang dia sendiri pun terlupa yang dia sudah pun mempunyai suami atau pun sudah berkahwin. Hah, gila! Terasa sunyi pula hari ni. Memang sungguh membosankan. Zaliya akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari banglo besar yang bagaikan penjara buatnya. Sudah lama dia tidak berjumpa Fasha. Apa khabar agaknya Fasha sekarang? Rindunya… Sejak bergelar isteri Zahid, tidak pernah sekali pun Zaliya keluar dari banglo besar milik keluarga barunya itu. Dia bagaikan terkurung. Terkurung dengan masalah yang makin mengundang.

Cinta Tak Sempurna a 27

“liYa, rindunya aku pada kau...” Fasha memeluk teman baiknya itu sejurus mereka berjumpa. “Aku pun.” “Kenapa kau kurus sangat. Muka pun dah cengkung.” “Isy, kau ni ada saja yang nak disibukkan.” “Yalah, siapa lagi kalau bukan aku.” Fasha menghulurkan jus oren kepada Zaliya. “Laki kau tak bagi makan ya?” soal Fasha sambil tersenyum. Zaliya hanya diam. Dicebik mulutnya. Betullah tu… Mana ada masa Zahid tu nak jaga dirinya. Asyik keluar saja kerjanya. Memang dia tak jaga makan minum aku pun. Dahlah hari-hari jumpa dengan singa betina. Baru nak berselera semuanya dah hilang. Mana tak kurusnya aku. Hati tak senang. Kalau hati senang, mahu badan aku macam gorila. Mahu terkejut semua orang. Zaliya menjawab di dalam hati. Protes sendiri. “Nah! Kau makan ni sampai habis. Sikit pun aku tak nak tengok ada sisa. Bagi badan gemuk sikit.” Fasha memberikan nasi goreng Thai yang dipesannya tadi. Sebelum Zaliya sampai, dia sudah pun memesankan makanan. Dia sudah tahu menu kegemaran Zaliya. “Dah, jangan nak buat lawak kat sini,” getus Zaliya. “Eh, mana ada aku buat lawak. Kau memang dah macam papan keping. Bila jalan mesti kau melayang.” Fasha tersenyum. Geli hati dengan bicaranya sendiri. “Papan ke, kayu ke, aku tak kisah. Yang aku kisah sekarang, semua ni betul ke tak?” Perlahan Zaliya menghirup fresh orangenya yang masih berbaki. Berair dan meleleh sedikit hidung dan matanya

Ezdiani Abd Rahman a

28

bila tergigit cili padi. “Apa yang betul?” “Perkahwinan aku ni.” “Kenapa? Ada masalah ke?” “Eh, samdol betullah kau ni, Sha. Dah kahwin pun terpaksa, mestilah ada masalah.” “Aku lupa.” Fasha menepuk dahinya. “Aku bosan. Asyik terperap aje. Dahlah mama dia tu macam singa nak baham orang. Membebel aje dah macam burung murai putus ekor.” “Hei, tak baik tau cakap macam tu. Kau dah pun jadi isteri Zahid yang sah. Cubalah kau timbulkan perasaan sayang, cinta pada laki kau tu,” ujar Fasha dengan gaya dan memek muka yang sengaja dibuatbuat. Dia tidak peduli mata yang memandangnya. “Banyaklah sayang. Aku menyampah adalah.” “Lah, belajarlah. Kau bayangkan laki kau tu Helmi. Lelaki yang kau cintai selama ni...” “Gila! Mana boleh bayangkan suami kita dengan orang luar,” dengus Zaliya. Mana boleh nak bayangkan begitu. Zahid adalah Zahid. Helmi adalah Helmi. Mana boleh bayangkan Zahid adalah Helmi. “Sorrylah… Aku salah lagi ke?” “Cuba kau bagi nasihat yang bagus-bagus sikit. Biar yang masuk akal.” Sekali lagi fresh orange dihirup Zaliya dan matanya sempat menjeling tajam ke arah Fasha. Memang tak pernah berubah. Selalu sahaja nak menyakat orang. Tak pernah nak serius. “Pstt… Tu.” Muncung mulut Fasha kali ini terjuih menunjukkan seseorang. Entah apa lagi kali ni. Malas hendak dilayan kawannya itu. Zaliya buat tidak tahu. Malas ambil pusing dengan apa yang Fasha tunjukkan.

Cinta Tak Sempurna a 29

Mata Fasha leka memandang pasangan kekasih yang berada selang dua meja di hadapannya. Diperhatikan dengan tajam. Bahagianya pasangan kekasih itu. Si jejaka bukan main romantik lagi, siap suap si buah hati makan lagi. Hmm, romantiknya. Kalaulah aku ada pakwe kacak macam tu, mahu aje aku terus kahwin. Khayalan Fasha tiba-tiba terhenti apabila melihat pasangan jejaka kacak di hadapannya itu adalah Linda. Classmatenya dan Zaliya. “Hah! Memang sah tu Linda. Alahai, kenapalah minah tu boleh jadi awek dia? Kau tengok tu Liya… ”Dikuis-kuis tangan Zaliya berkali-kali. “Kau ni… Suka sangat jaga tepi kain orang. Biar ajelah...” “Tengoklah… Pakwe dia handsome. Tengoklah...” “Biar ajelah...” dengus Zaliya rimas. “Isy, kau ni lambat. Kan dia orang dah bangun.” Zaliya akhirnya akur. Melihat dengan sekilas pandang. Memang gadis yang dimaksudkan Fasha itu Linda. Tetapi si jejaka yang Fasha kata kacak sangat tu, tidak nampak pula mukanya. Cuma nampak dari sisi belakang. Kelihatan kedua-dua pasangan itu sungguh mesra sekali. Tangan lelaki itu merangkul erat pinggang Linda. Entah kenapa dia tertarik ingin melihat lelaki yang dimaksudkan Fasha. Dari belakang, susuk tubuh itu seperti Zahid. Tapi tak mungkinlah. Zahid kan pergi out-station ke Beijing. Lusa baru balik. Itu pun dia dapat tahu maklumat daripada Dato’ Jamal. Kalau nak nantikan Zahid beritahu sendiri, sampai berjanggut pun dia tidak tahu. “Handsome, kan?” “Entahlah… Tak perasan. Nampak belakang aje.”

Ezdiani Abd Rahman a

30

Mata Zaliya hanya membuntuti pasangan itu. Dalam asyik dia memerhati langkah pasangan itu beredar, tiba-tiba dia terpaku saat lelaki yang memeluk erat pinggang si buah hati kembali berpatah balik ke meja yang diduduki mereka tadi. Mengambil sesuatu yang tertinggal. Zahid! Zaliya menunduk-nundukkan kepalanya sedikit. Takut Zahid terperasan. Jadi betullah tekaan hatinya. Susuk tubuh tadi adalah milik suaminya. Entah kenapa, tiba-tiba timbul satu perasaan pelik. Adakah itu perasaan cemburu? Argh! Tak mungkinlah. Mungkin perasaan marah. Kata pergi Beijing dan lusa baru balik. Ini tak, berkepit dengan minah gedik ni pulak. Menyampah aku! “Handsome, kan?” tanya Fasha. Dia perasan temannya itu bagaikan terpaku hingga tidak berkelip matanya. “Kau nak tahu, itulah Zahid.” Suara Zaliya sedikit berbisik. Membulat biji mata Fasha. “Apa? Zahid laki kau ke?” “Yalah, itu Zahid. Takkan kau dah lupa. Dua kali kau jumpa dia, kan? Awal dulu kan masa perkhemahan kita tu. Masa kejadian tu. Lepas tu masa di pejabat agama.” Zaliya cuba mengingatkan temannya itu. “Oh, yalah.” Diamati wajah itu. “Memang nak kena dia orang berdua ni.” Zaliya menahan geram. Sudah dapat menangkap sesuatu. Mulutnya ditekup. Matanya membulat. “Kau cemburu ke?” tanya Fasha inginkan kepastian apabila melihat ada ketidakpuasan di hati temannya itu.

Cinta Tak Sempurna a 31

“Bukanlah. Malam tu… Kau ingat balik, masa aku dan Zahid tertangkap. Zahid buat apa di sana? Kan Linda pun ada juga.” Fasha seakan berfikir sesuatu. Cuba mengingati kembali kejadian malam itu. “Betullah, baru aku ingat. Malam tu Linda pun tak join kami. Bukan kau sorang aje. Jadi…” Mereka berdua saling berpandangan. Mereka berdua mempunyai jawapan yang sama. Linda dan Zahid pada malam tu... Orang kampung tersalah tangkap. Hah! Tak boleh jadi ni. Jemarinya telah digenggam rapat. Cuma tunggu waktu sahaja untuk memberikan tumbukan. Zaliya geram. Zaliya bingkas bangun. Dia sudah tahu jawapannya. Dia begitu yakin. Dia terperangkap dengan masalah mereka berdua. Gara-gara mereka berdua, dia dan keluarga yang tanggung malu. Kerana mereka berdua, dia dibuang pengajian. Segala perasaannya kini bercampur baur menjadi satu. Dia tidak akan mendiamkan diri. Dia perlu lakukan sesuatu. Mereka berdua perlu tanggung dan perbuatan mereka berdua perlu dibalas. Dia tak akan terus berdiam diri dengan apa yang telah terjadi. Kerana mereka berdua, dia yang perlu menanggung semuanya. Zaliya tidak puas hati. Cara pandangannya seperti singa yang mahu menerkam mangsa. Giginya sudah diketap kuat. “Kau nak ke mana ni, Liya?” “Aku nak buat perhitungan dengan dua orang yang tak guna tu. Aku tak boleh sabar dah!” getus Zaliya geram. Laju kakinya mengikut langkah Zahid yang menuju ke arah Linda. Matanya terus menangkap

Ezdiani Abd Rahman a

32

jemari pasangan itu yang kembali bertaut antara satu sama lain. Entah kenapa, hatinya makin membarabara. Terasa bagaikan bahangnya makin membakar jiwanya. Fasha juga turut mengikuti langkah Zaliya dengan di tangannya membawa gelas minuman. Dalam kekalutan, dia tidak sedar yang dia terbawa sekali gelas minuman itu. Pasangan kekasih itu makin dihampiri Zaliya. Kini, Zahid dan Linda sudah berada di hadapannya. Dalam keadaan yang sudah bersedia, dia berpura-pura terjatuh. Fasha yang mengikuti Zaliya dari belakang, hanya tersenyum sinis melihat gelagat temannya itu. Dia sudah tahu, apa yang berada di fikiran Zaliya. “Ops, sorry… Tak tersengaja.” Zaliya pura-pura terjatuh bila dia menghampiri pasangan kekasih itu. Tangannya terangkul ke badan Linda. Sedikit tertarik skirt yang dipakai Linda menampakkan seluar dalamnya yang bewarna pink. Fasha hanya menekup mulutnya. Tersenyum dengan gelagat temannya. Zaliya betul-betul balas dendam kali ini. “Eh, buta ke?” Linda membetulkan skirtnya yang hampir-hampir terlondeh. Ke kiri ke kanan dipandangnya. Mujur tiada mata yang memandang kejadian itu. “Saya tak sengaja. Sorry…” Zaliya berpura-pura meminta maaf. Dalam hati, bukan main gembira sekali dia. “Eh, you ke Linda? Sorrylah I tak sengaja.” “You ni, Liya… Buta ke? You saja nak kenakan I?” “Mana ada. Aku tak tersengaja. Kalau sengaja, macam ni.” Gelas minuman yang berada di tangan

Cinta Tak Sempurna a 33

Fasha, disambar Zaliya. Dicurahkan air yang masih bersisa di dalam cawan itu ke arah Linda. Raut wajah Linda sudah berubah cemberut. Zaliya tersenyum puas. Puas sekali melihat wajah Linda begitu. Terpempan Fasha. Berani sekali tindakan Zaliya. Dia hanya membiarkan sahaja apa yang di lakukan temannya itu. “Sayang, you tengok ni. Wife you, melampau betul! Habis basah baju I…” rengek Linda mengada-ada. Tergedik-gedik lagaknya. “Liya, kau buat apa di sini?” tanya Zahid. “Saja. Keluar makan dengan kawan. Sepatutnya saya yang tanya awak. Awak buat apa di sini? Bukan awak ada di Beijing ke?” Zahid hanya diam. Tidak membalas pertanyaan Zaliya. Dia sudah terkena. Terperangkap. “Satu lagi. Awak dengan Linda couple ya? So sweet!” Sempat Zaliya menjeling ke arah Zahid. Linda menarik-narik lengan Zahid. Dipegangnya kuat. “So sweet...” Linda mengajuk dengan memek muka yang kurang menyenangkan. “Linda, mana you tahu I ni wife boyfriend you ni?” Zaliya mengelilingi Zahid dan Linda. Kemudian, dia berhenti betul-betul di hadapan Zahid sambil jarinya menuding ke dada Zahid. “Hmm...” “Sebab I beritahu dia.” Zahid tolong menjawab bila Linda tidak dapat menjawab soalannya. “Bukan semua ni rancangan kau orang berdua ke malam tu? Betul, kan?” Bulat mata Zaliya. “Betul, betul, betul...” sampuk Fasha.

Ezdiani Abd Rahman a

34

“Mana ada. I tak tahulah! You jangan nak main tuduh-tuduh.” Linda mencekak pinggangnya. “Sudahlah, Linda… Aku dah tahu. Kau orang berdua punya hal, aku pulak jadi mangsa. Kau tak malu ke buat semua ni?” “Nak malu apa? Tak ada siapa yang tahu pun,” balas Zahid. Kali ini jawapan Zahid betul-betul menyakitkan hati Zaliya. Memang dasar lelaki murahan. “You ingat, Zahid nak sangat kahwin dengan you... Perempuan Kampung!” “You ingat I ingin sangat kahwin dengan boyfriend you ni...” Zaliya meniru gaya percakapan Linda dengan lenggok badan sekali. Siapa tak kenal Linda? Percakapannya dengan sesiapa pun, you, I... Hmm… nampak loaded kononnya. Nampak mengada-ada, adalah. Sudahlah gedik tak bertempat. “You, tengok ni. Dia ajuk I pulak.” “Sudahlah, Liya… Kau pergi balik.” “Tak nak! Dahlah di rumah ada singa betina!” Pang! Begitu ringan sekali tangan Zahid naik ke muka Zaliya. Dia tidak boleh mendengar sesiapa pun mengutuk atau memburukkan mamanya. Kata-kata Zaliya tidak boleh diterimanya walaupun memang benar layanan mamanya, begitu teruk sekali terhadap Zaliya. Bagaikan singa betina yang kelaparan. Dalam renungan mata Zaliya. Tidak puas hati. Zahid sudah berani menamparnya. Linda pula tersenyum puas dengan tindakan kekasih hatinya. Perlahan dia menepuk tangan sambil tertawa puas. Padan muka kau Zaliya. “Sukalah kau, Linda!” Fasha yang hanya jadi

Cinta Tak Sempurna a 35

pemerhati dari tadi kini mula bersuara. Geram melihat Linda begitu girang sekali. “Sukanya I…” Linda tidak habis-habis lagi gelakkan Zaliya. “Kau yang perlu kena tampar. Gedik!” “Hari ni saya tak balik.” Zaliya terus mengatur langkahnya. “Kau nak pergi mana?” “Buat apa nak tahu? Kan awak suka saya tak ada. Saya ada ke, tak ada ke, bukan awak peduli pun. Buat apa nak soal-soal. Suka hati sayalah!” balas Zaliya kasar. Protes. “Aku nak kau balik.” Zahid menyentap lengan Zaliya. Begitu kasar sekali. “Sakit! Tak naklah. Saya tak mahu balik.” Ada rajuk di hati. “Kenapa degil? Jom balik.” Kali ini Zahid menarik tangan Zaliya ke satu ruang. Dia merenung Zaliya tajam. “Tak nak!” Zaliya membalas renungan Zahid. Bulat matanya terjegil. “Kau ni memang sengal. Saja nak buat aku marah. Susah sangat nak dengar cakap. Sekarang juga kau balik rumah. Aku ada hal nak cakap dengan kau. Kau jangan buat aku tampar kau sekali lagi di sini. Jadi, balik sekarang juga!” Kuat suara Zahid. Zaliya akhirnya beralah. Satu genggaman penumbuk masih utuh digenggamnya. Mahu sahaja dilepaskan ke muka Zahid. Mujur sabarnya masih ada.

Ezdiani Abd Rahman a

36

5
ahiD, mana Zaliya?” tanya Dato’ Jamal. Sudah dua hari dia tidak melihat kelibat menantunya itu. “Mana Zahid tahu, ba.” “Hmm, menantu baba sorang tu memang tak guna.” Datin Hanishah mencelah. “Apa ni mama? Cakap macam tu pada menantu awak.” Dato’ Jamal begitu tidak puas hati dengan kata-kata isterinya. Begitu kasar. “Salah ke cakap saya ni? Semuanya betul. Kalau dia hormat Zahid sebagai suaminya, kenapa dia keluar tanpa minta izin suaminya sendiri!” bidas Datin Hanishah lagi. “Sebab kamu berdua layan dia macam tak wujud. Awak ni pun satu, Shah. Cubalah berbaik dengan menantu awak tu. Apa yang kurangnya menantu kita tu?” “Sebab dia orang kampung. Tak setanding dengan kita. Jauh bezanya dengan kita.” Dato’ Jamal hanya menggeleng-gelengkan kepala-

Z

Cinta Tak Sempurna a 37

nya. Datin Hanishah begitu angkuh dengan pangkat yang ada. Begitu lupa daratan. Asalnya dulu juga dari kampung. Malah, tiada langsung pendidikan tinggi. Yang ada hanya sijil SRP. Bila berkahwin dengan Dato’ Jamal, baru dia dapat merasakan kemewahan hidup. “Zahid! Baba nak kamu cari Zaliya. Bawa dia balik.” “Tapi, ba… Zahid nak cari dia kat mana? Kawankawan dia pun Zahid tak kenal.” “Kamu cari sajalah di mana-mana pun. Selagi isteri kamu tak balik, kamu pun jangan balik rumah!” Tegas sekali arahan Dato’ Jamal. Terlopong Zahid dan Datin Hanishah dengan arahan Dato’ Jamal. Zahid mengeluh panjang. Tidak puas dengan arahan babanya. Perlukah dia mencari Zaliya? Kalau ya pun, di mana Zaliya berada sekarang? Tak mungkin dia akan balik ke kampung. Aduh, kalaulah Zaliya mengikutnya balik masa itu, pasti perkara ini takkan berlaku. Hisy! “Baba...” rengek Zahid manja bagaikan anak kecil. Berharap babanya menarik balik kata-katanya. “Tak ada! Selagi tak jumpa Zaliya, kamu jangan balik. Tolong hargai dia sebagai isteri kamu. Dia dah jadi isteri kamu yang sah.” “Tapi, ba…” “Tak ada tapi, tapi lagi. Kamu pergi cari Liya!” Zahid keluar dengan tidak puas hati. Mukanya masam mencuka. “Eii… menyusahkan betullah budak kampung ni. Ada aje nak buat aku susah.” Zahid menghempas kuat pintu keretanya sebaik

Ezdiani Abd Rahman a

38

memboloskan diri. Kalau kereta buruk, mahu aje hancur pintu kereta itu dibuatnya. Mujurlah itu kereta mewah. “Baba ni lebihkan sangat budak kampung tu apa hal?” Zahid menghentakkan stereng kuat. Ke mana hendak dicarinya Zaliya? Takkan mahu pusing satu Kuala Lumpur. “hElO, sayang…” Zahid bersuara sebaik terdengar suara di hujung sana menyambut panggilannya. Saat itu, hanya Linda yang difikirnya dapat membantunya untuk mencari Zaliya. “Helo… Ada apa ni you call I malam-malam ni? Mengantuklah…” rengek Linda sambil ditarik selimut menutupi badannya. “I nak jumpa you. I pergi rumah sekarang!” “Sekarang?” Linda gelabah. Lantas matanya yang letih tadi terus menjadi segar. Dia terus bangun dan mencapai pakaiannya yang berterabur di atas katil. “Boleh tak?” “Hmm, mama I adalah, sayang. Nanti apa pulak mama I fikirkan tentang kita kalau you datang sini lewat-lewat malam gini.” “Kalau macam tu, youlah datang sini. I ada di Restoran Singgah Sana,” arah Zahid. Dia baru sahaja berniat ingin bermalam di kondo yang dibelikannya kepada Linda. “Okey, you tunggu sana. Nanti I datang. Okey, sayang… Bye!” Talian terus dimatikan. Linda mengeluh. Dia mencapai tuala. Dia perlu bersihkan sedikit badannya. “Sayang nak ke mana tu?” Sedikit garau suara yang

Cinta Tak Sempurna a 39

bersuara. “Darling, I nak kena keluar sekejap…” Manja suara Linda membalas pertanyaan Amar. “You nak jumpa Zahid?” Tajam mata Amar merenung Linda yang kalut bersiap-siap. “Yup! Sekejap aje okey. I janji nanti I balik cepat.” “Okey, sayang. I tunggu you.” Linda mendapatkan Amar. Satu ciuman hinggap di dahi Amar dan mukanya pula dilagakan ke pipi Amar berkali-kali. “I pergi dulu...” Linda melempar satu senyuman yang cukup menggoda untuk Amar. “KENaPa dengan you ni? Malam-malam macam ni ajak I keluar? I dah tidur tadi,” ujar Linda seperti tidak puas hati. “Betul ke mama you datang rumah?” tanya Zahid pula tanpa membalas pertanyaan Linda. Tidak pernah pula mamanya datang. Kenapa malam ni tiba-tiba aje, dengus Zahid sendiri tidak puas hati. “Betullah, sayang. Mama I datang dari JB nak ke Penang. Jadi, dia singgahlah rehat di rumah untuk malam ni. Esok pagi dia berangkatlah…” tipu Linda. “Sorang aje dari JB?” tanya Zahid lagi. “Yup!” “Boleh tahan,” ujar Zahid sinis. Dia tersenyum kelat. “Ni kenapa you lilit selendang kat leher? Tak pernah pun sebelum ni. Malam ni buang tebiat apa?” Hairan pulak Zahid melihat pemakaian Linda malam ni. Tak pernah pula Linda menggunakan selendang bila setiap kali keluar. Tapi malam ni, rasa nak ter-

Ezdiani Abd Rahman a

40

cekek bila melihat selendang terlilit di leher Linda. “Fesyen! Lagipun malam ni I rasa dingin aje. Sejuk!” balas Linda. Takut juga dia kalau Zahid mintanya menanggalkan selendang yang dipakainya itu. Kalau ditanggalkannya, pecahlah tembelangnya nanti. Di lehernya sudah dipenuhi dengan love bite. Kantoilah kalau Zahid tengok. Jantung Linda semakin berdegup kencang bila Zahid memegang selendangnya. “Cantik juga. Dah macam Yuna. Cuma you tak pakai tudung aje.” Zahid tersenyum. Linda menghela nafas lega. Dia hampir-hampir tercabut nyawa tadi bila ingatkan Zahid ingin tanggalkan selendangnya. “Kenapa you malam ni sayang? Macam ada yang tak kena aje?” Linda cuba menukar topik perbualan. Dia tidak mahu penampilannya malam ini akan membuatkan semuanya hancur. Semua rahsia ada di sebalik selendangnya. Dia tidak akan biarkan Zahid fokus tentang dirinya. “Entahlah, sayang…” keluh Zahid. “Kenapa? Ini mesti sebab budak kampung tu?” Zahid hanya menganggukkan kepalanya. Runsing sekali dengan arahan babanya. “Kenapa dengan Zaliya?” Linda kembali bertanya sejurus lelaki pelayan itu pergi berlalu. “Dia tak balik rumah. Dah dua hari.” “Jadi? Baguslah!” ujar Linda senang. Dia suka sekali dengar khabar yang disampaikan Zahid. “Memanglah bagus, tapi baba nak I cari dia, bawa balik rumah. Selagi tak jumpa, I tak boleh balik rumah.” “Apa?” Bulat mata Linda.

Cinta Tak Sempurna a 41

“Itu yang baba nak. Terpaksalah I cari. Tapi dekat mana nak cari?” Zahid masih bingung. “Eii, baba you ni… Asyik lebihkan dia aje.” Linda betul-betul cemburu dengan layanan Dato’ Jamal terhadap Zaliya. Zaliya betul-betul telah menambat hati Dato’ Jamal. “You tahu tak mana I boleh cari Liya?” “Carilah dekat rumah sewa dia,” beritahu Linda dengan satu jelingan. “Kat mana? Mana I tahu.” Zahid inginkan kepastian. Dia sudah malas untuk mencari Zaliya. “I pun tak tahu.” Nak jumpa malam-malam begini, sebab perempuan kampung tu aje. Menyampah aku! Baik tak payah jumpa. Mengganggu aku aje. Linda mengeluh geram. “Takkan you tak tahu. Kan you satu kolej dengan dia.” “I tak pernahlah pergi rumah dia. Lagipun, I tak rapat pun dengan dia. You calllah dia, suruh dia balik. Kan senang!” cadang Linda. “I dah call tapi dia offkan telefon. Kalau tak, buat apa I nak susah-susahkan macam ni untuk cari dia.” “Dia jealouskan you dengan I agaknya. Kalau tak, buat apa dia nak lari? Merajuk dengan youlah tu. Itu pun tak tahu.” Kata-kata Linda itu menjadi persoalan di minda Zahid. Betul ke? Takkan dia merajuk dengan aku? Selama ini pun, aku bukannya baik dengan dia pun. Argh! Buat apa aku nak tahu semua tu. Bukannya penting pun. “Nah, ini nombor telefon Fasha. Kawan isteri you tu. You tanyalah dia. I nak kena balik. I beritahu mama I, I nak keluar kejap aje. Nanti membebel pulak dia.”

Ezdiani Abd Rahman a

42

“liYa bangunlah…” Berkali-kali Fasha gerakkan temannya daripada tidur. “Apa ni… Aku ngantuklah. Esok-esok ajelah kalau kau nak cakap apa-apa pun…” Meleret suara Zaliya. Dia menarik kembali selimut, menutupi badannya. Sejuk. Dingin sekali malam ini. “Tak boleh cakap esok. Aku kena cakap sekarang jugak.” Fasha menggoyangkan badan temannya itu lagi. “Esoklah, aku ngantuk.” “Suami kau ada di luar rumah tu. Bangunlah cepat!” “Biarlah. Kau tahu kan aku tak suka orang ganggu aku tidur.” “Suami kau Zahid tu…” Ditarik selimut yang menutupi badan temannya. “Apa?” Tercengang Zaliya. Rasanya telinganya tidak tersalah dengar. “Suami kau ada di luar rumah. Dia tunggu kau.” “Macam mana dia tahu aku di sini?” “Dia call aku tadi. Sorrylah aku bagi tahu dia kau ada sini.” Serba salah Fasha menjawab pertanyaan Zaliya. “Kau tak suka aku tinggal sini?” getus Zaliya geram. Dia terus bangun dan membersihkan mukanya. “Liya, aku minta maaf. Aku terpaksa beritahu. Dia desak aku.” “Kalau kau tak beritahu, dia takkan tahu aku ada sini!” marah Zaliya. Begitu kurang senang dengan tindakan Fasha. “Sorry…” Zaliya langsung tidak memandang Fasha. Tidak

Cinta Tak Sempurna a 43

dipedulikan lagi Fasha yang berkali-kali memohon maaf daripadanya. Dia terus membuka pintu dan keluar mendapatkan Zahid. “Awak buat apa di sini?” “Aku nak bawa kau balik.” “Saya tak mahu balik!” “Balik!” “Kenapa awak sibuk pulak? Kan awak suka saya tak ada?” “Memang aku suka, tapi baba yang sibuk suruh kau balik. Bukannya aku!” Begitu angkuh sekali jawapan Zahid. “Okay, fine! Tapi saya rasa nak duduk kat sini dululah. Saya masih belum bersedia nak balik,” balas Zaliya. “Eh, janganlah macam tu. Jomlah balik. Kita balik rumah kita ya…” Zahid cuba memujuk Zaliya. Tiada lagi kata-kata kasar keluar dari mulutnya. “Tak naklah. Buat sakit hati aje,” balas Zaliya memberontak. “Please… Zahid rayu sangat-sangat.” Zahid terasa kekok sekali untuk memujuk Zaliya. Tak pernah disangka, dia akan memujuk rayu sebegini. Dengan perempuan kampung pula tu. “Tak nak! Awak ni buang tebiat ke?” “Tak, abang serius Liya. Liya isteri abang. Tempat Liya mesti selalu di sisi abang. Apa kata orang nanti kalau tengok kita berdua macam ni…” Zahid memalingkan mukanya. Ditampar berkali-kali perlahan mulutnya. Tadi Zahid, sekarang abang. Argh! Kenapa ringan sangat mulut aku ni? Zaliya merenung Zahid dekat. Lama dia tenung mata Zahid. Sudahnya dia juihkan bibirnya.

Ezdiani Abd Rahman a

44

“Awak buang tebiat ke? Atau, dah gila?” tanya Zaliya. Terasa janggal pula bila Zahid menggunakan kata panggilan abang. “Abang janji, lepas ni kita bina hidup baru.” “Isy, macam tak boleh percaya aje,” bidas Zaliya. “Macam mana lagi Liya nak percayakan abang?” “Kita hidup di dunia ni, mesti perlu berjaga-jaga, berhati-hati. Depan kita semuanya baik, pijak semut pun tak mati. Di belakang, bukan main, berkepit sampai tak ingat dunia!” Zaliya bersuara sinis. “Kenapa? Liya cemburu?” tanya Zahid inginkan kepastian. Zaliya makin tidak faham dengan sikap suaminya. Sebelum ini, bukan main benci lagi. Malam ni, tibatiba aje datang merayu ajak balik. Entah-entah ada udang di sebalik batu. “Tak kuasa saya nak cemburukan awak!” bidas Zaliya lagi. Dipeluk tubuhnya yang kesejukan. Dia masih tertanya-tanya dengan perubahan Zahid. Tiga hari lepas, baru sahaja dia dimarahi Zahid, tadi pun dia dibidas Zahid kasar. Tiba-tiba, Zahid jadi baik hati nak berlembut. Jangan haraplah aku nak percaya dengan pujuk rayu kau, Zahid! bisik hati Zaliya. “assalaMualaiKuM...” Beberapa suara garau menyapa. “Apa yang kamu berdua buat malam-malam ni? Dah masuk pagi pun. Dah lewat.” “Hmm... Tak ada apa-apa pak haji,” jawab Zaliya terketar-ketar. “Tak tahu malu? Berdua-duaan gelap-gelap begini? Yang ketiga itu syaitan. Nanti ada yang nak meng-

Cinta Tak Sempurna a 45

hasut buat maksiat kalau dah berdua begini. MasyaAllah… Kamu pergi balik!” perli seorang lagi lelaki yang berserban, tapi masih muda lagi. “Maaflah ustaz-ustaz semua. Ni dah salah faham. Ini isteri saya.” Zahid jelaskan kedudukan sebenar. “Oh, isteri… Tadi sahaja kami dah cekup beberapa pasangan. Semua bagi alasan yang sama.” Sekali lagi ustaz muda itu membidas, tanda tidak berpuas hati. Tidak percaya. Zahid menghampiri keretanya dan mencari sesuatu. Setalah jumpa dengan apa yang dicari, dia memberikan kepada ustaz-ustaz yang datang menegur tadi. Mujur surat nikahnya ada di dalam kereta. “Liya bagi IC.” Zaliya masuk ke dalam rumah dan keluar kembali. Akur sahaja dengan arahan Zahid. Di tangannya, dia memegang sesuatu. Zahid merebut laju dan menghulurkan kepada lelaki muda tadi. “Maaf, Encik Zahid dan Puan Zaliya, kami salah sangka. Setahu saya, ini rumah bujang.” “Oh, ustaz tahu ini rumah bujang? Ustaz selalu perhatikan anak-anak dara di sini ke?”sinis sahaja soalan Zahid. “Kami mengambil berat. Kita kan sesama saudara. Tidak salah mengambil tahu,” jawab ustaz muda itu tenang. Zahid menganggukkan kepalanya. “Lain kali tanya dulu. Jangan main sergah aje. Saya ke sini pun nak pujuk isteri saya balik. Merajuk ni ustaz!” sindir Zahid. “Oh, selesai baik-baiklah… Kami pergi dulu. Maaf sekali lagi ya. Assalamualaikum....”

Ezdiani Abd Rahman a

46

“Waalaikumussalam…” Serentak Zahid dan Zaliya menyambut salam. “Jomlah balik.”Zahid kembali memujuk Zaliya, sejurus semuanya pergi. “Saya tak nak! Saya tak mahu! Jelas? Awak pergi balik sendiri.” “Abang tunggu Liya. Liya pergilah siap.” Zaliya masih berdiri tegak di situ. Nak balik ke? Perlu ke dia balik dengan Zahid? “Kalau Liya tak mahu balik, abang akan tetap terus tunggu sini,” ugut Zahid. Zaliya mengeluh panjang. Dia masuk ke dalam rumah dan mengambil barang-barangnya. Lembut juga hatinya dengan rayuan Zahid. Dia akur juga. Dia tidak peduli dengan Fasha yang masih berdiri di muka pintu. Menonong aje dia mendapatkan Zahid. “Terima kasih, Liya.” “Saya balik pun sebab baba awak. Awak tak perlulah nak buat-buat baik dengan saya.” “Yalah, suka hati Liyalah. Janji Liya balik.” Zahid begitu senang hati bila Zaliya sudah selamatkannya daripada terus merempat. Tak perlulah dia perlu ke hulu ke hilir mencari Zaliya kerana dia sudah pun berjaya memujuk Zaliya untuk pulang.

Cinta Tak Sempurna a 47

6
ahiD membelek-belek kertas yang Zaliya beri kepadanya tadi. Terbeliak matanya membaca semua yang tertulis di dalam kertas tersebut. “Apa ni Liya? Liya nak kenakan abang ke?” tanya Zahid sejurus membacanya. “Surat hitam putih. Alah, lebih kurang macam surat perjanjian,” balas Zaliya laju. “Untuk apa semua ni? Kan kita dah sah jadi suami isteri?” “Untuk berjaga-jaga. Saya kurang yakinlah dengan awak. Entah-entah awak memang ada niat lain.” “Tapi tak perlulah sampai buat semua ni.” “Okay, fine! Kalau tak setuju, saya akan keluar dari rumah ni. Pandai-pandailah awak beritahu baba.” Zaliya mengertak Zahid. “Okey, okey… Abang setuju.” Tangannya ringan menandatangani kertas yang baginya tiada kepentingan langsung. “Lepas ni kita pergi ke pejabat peguam pula untuk dapatkan pengesahan.”

Z

Ezdiani Abd Rahman a

48

“Apa? Pejabat peguam pun nak kena pergi jugak?” Zahid menepuk dahinya. Apalah nasib… Baru nak mengatur langkah, Zaliya lebih cepat mengatur semuanya. Terkena juga aku. “Morning!” “Morning, ba…” balas Zaliya sejurus Dato’ Jamal menghampiri meja makan. Begitu leka sekali dia menyediakan sarapan pagi hingga tidak perasan kehadiran Dato’ Jamal. “Dah balik pun. Liya pergi mana dua hari lepas? Baba tak nampak pun. Liya bergaduh dengan Zahid lagi ke?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Dato’ Jamal. “Eh, taklah baba. Liya... Liya…” “Liya balik kampung, ba. Rindukan umi katanya. Zahid mati-mati ingat Liya lari rumah,” potong Zahid pantas. “Oh, ya ke? Itulah Zahid, sejak kamu kahwin ni, tak pernah pun kamu pergi jenguk mentua kamu tu,” tegur Dato’ Jamal. “Zahid dah pergi semalam, ba.” “Baguslah… Baba ingat, kamu berdua bergaduh. Belajar-belajarlah untuk serasikan diri.” “Ya, ba. Lagipun, kami dah rancang tentang masa depan kami berdua.” “Baguslah. Baba pun dah tak sabar nak ada cucu.” Tersembur air kopi yang baru dihirup Zahid. Tersedak dibuatnya dengan permintaan babanya. Zaliya hampir-hampir terjelepok bila perkataan cucu keluar dari mulut bapa mertuanya. “Kenapa?”

Cinta Tak Sempurna a 49

“Panas air kopi ni, ba…” jawab Zahid kalut. “Itulah, gelojoh sangat.” “Kami tak merancang lagi semua tu, ba. Kami kan muda lagi. Nak belajar bercinta,” balas Zahid selamba. “Muda-muda nilah dapatkan anak. Tengok baba dengan mama, ada anak sorang aje. Lepas tu serabutkan kepala baba aje…” Sinis Dato’ Jamal mengenakan Zahid. “Eh, baba ni… Mana ada Zahid serabutkan kepala baba? Baba tu aje anggap Zahid macam tu.” “Entahlah… Baba ni dah tua, teringin juga nak main dengan cucu sendiri. Cemburu pulak tengok orang lain ada cucu.” “Yalah, ba, tak ada rezeki lagi. Kami tengah usaha ni. Betulkan, sayang?” Zahid menarik tangan Zaliya dan menarik kerusi untuk Zaliya duduk. Zaliya menjegilkan sedikit matanya. Tidak senang dengan jawapan dan tindakan Zahid. “Oh, lupa pula, kenapa Liya tak sambung balik studi? Dah tak berminat?” tanya Dato’ Jamal sambil tangannya menyuap nasi goreng kampung yang dimasak Zaliya. “Emm, Liya memang minat lagi nak belajar, tapi Liya seganlah nak sambung lagi. Lagipun, Liya dah kena buang kolej,” balas Zaliya perlahan. Keruh wajahnya. Mana mungkin dia dapat sambung belajar lagi dengan keadaan keluarganya yang susah. Duit pendaftaran pengajiannya dahulu pun, digunakan duit simpanan uminya. Separuh duit simpanan uminya dikeluarkan untuk menanggung pelajarannya. Duit simpanan itu, sepatutnya digunakan uminya untuk

Ezdiani Abd Rahman a

50

pergi menunaikan haji. Tapi duit itu telah digunakan untuknya terlebih dulu. Memang dia masih berminat lagi untuk meneruskan pengajiannya, tetapi disebabkan kejadian itu, dia terpaksa akur untuk berundur kerana dia memang tidak dibenarkankan lagi meneruskan pengajian. Dia telah diambil tindakan. “Hmm, kamu pun satu Zahid, bawalah isteri kau ni sambung belajar kat mana-mana IPT. Berlambak dekat sini. Dah macam cendawan tumbuh.” “Mana Zahid tahu. Liya tak beritahu Zahid. Itulah sayang, lain kali cakap aje kat abang. Macamlah abang ni tak ada duit nak tanggung sayang belajar.” Amboi, bukan main lagi bersayang-sayang. Menyampah betul aku dengan dia ni. Entah apa pulak rancangan kau. Kau ingat aku nak tunduk sangat dengan langkah kau! Hamun Zaliya dalam hati. “Liya segan nak beritahu,” balas Zaliya pendek. “Lepas makan ni, sayang pergi bersiap. Abang temankan Liya pergi daftar mana-mana kolej.” Zaliya bagaikan berfikir sesuatu. Kemudian, dia melemparkan jelingan yang cukup tajam kepada Zahid. Dia ni nak kenakan aku ke? Eii, apa muslihat dia sebenarnya ni? Argh! Boleh gila aku layan sikap kau, Zahid! “aPa ni… Sayang-sayang, abang-abang?” marah Zaliya sewaktu mereka dalam perjalanan mencari tempat belajar yang sesuai untuknya. Zaliya kurang senang dengan tingkah laku Zahid setiap kali bercakap di depan babanya. “Biarlah. Aku punya sukalah,” balas Zahid. Cer-

Cinta Tak Sempurna a 51

min mata hitam kini lekap di matanya. Kereta terus meluncur laju menuju ke pusat bandar. “Tak ada dalam surat perjanjian kita yang awak boleh buat sesuka hati awak,” balas Zaliya geram. Geram sangat-sangat dengan Zahid. Lelaki di sebelahnya itu memang pelik. Kerap sangat berubah. Sekejap begitu, sekejap begini. Memang semua itu sudah dijangkanya. Sebab itu, dia mengambil tindakan berhatihati. “Aku tambah satu. Depan baba, aku nak kau layan aku baik-baik.” “Apa maksud awak? Awak nak saya berlakon depan baba yang kita ni suami isteri yang bahagia?” tanya Zaliya inginkan kepastian. “Yalah. Habis tu, kau nak aku buat apa?” “Kalau saya kata tak nak?” Zaliya menguji Zahid. “Kau nak baba sakit jantung? Dia dah tahu kita berdua dah berbaik, dah jadi suami isteri macam orang lain, kau jangan nak buat pasal bagi baba aku terkejut. Kau mahu tengok baba mati kena serangan jantung?” balas Zahid kasar. Laju Zaliya menggelengkan kepalanya. Rupanya mudah juga nak tundukkan perempuan kampung seperti Zaliya. Zahid tersenyum sendiri. Dia gembira kerana dapat menggertak Zaliya pula. Babanya sentiasa sihat. Tidak pernah ada penyakit, apatah lagi sakit jantung. Mudah sangat kau tertipu Zaliya. Kau nak kenakan aku sangat, kan… Aku pun boleh! Zahid tersenyum puas. “Turun!” Zahid menghentikan keretanya di tepi jalan. Diarahkan Zaliya turun dari keretanya. “Awak kata nak teman saya daftarkan pengajian

Ezdiani Abd Rahman a

52

saya?” “Kau pergilah sendiri. Teksi pun banyak. Nah, ni duit. RM1000 cukup tak?” Zaliya masih tercengang dengan arahan Zahid. Sah! Zahid memang nak kenakan aku. Dia mengetap bibirnya. Geram. “Ambik ni! Buat daftar belajar kau.” Zahid meletakkan wang RM1000 ke dalam beg tangan Zaliya. “Sekarang, kau boleh turun. Silakan...” Kali ini Zahid sendiri keluar dan membuka pintu untuk Zaliya dengan senyuman sinis. Begitu puas hatinya dapat mengenakan Zaliya kali ini. Tambah-tambah lagi bila melihat perubahan wajah Zaliya. aKhirNYa, selesai juga sesi pendaftaran kemasukannya untuk menyambung pengajiannya kali ini. Zaliya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya di MSU. Begitu panjang keluhan Zaliya kali ini. Tambahtambah lagi bila teringatkan kejadian sebentar tadi. Penatnya berjalan kaki mencari teksi pun masih terasa. Hatinya semakin sakit bila teringatkan Zahid. Ternyata Zahid hanya gunakannya untuk kepentingan diri sendiri. “Tak guna punya laki. Kau ingat kau saja boleh buat. Aku pun boleh!” bebel Zaliya sendiri. Geram. Setelah semuanya pendaftaran dan segala urusan selesai, Zaliya terus bergegas pergi ke pejabat peguam yang juga terletak di Shah Alam. Seperti yang dijanjikan, dia telah pun buat temu janji dengan abang angkatnya, Zambri. Dia telah pun menceritakan segalanya kepada Zambri. Zambri berjanji akan mem-

Cinta Tak Sempurna a 53

bantunya. “Assalamualaikum, Liya. Dah lama sampai?” sapa Zambri bila melihat Zaliya telah pun bersedia menunggunya di ruangan pejabat. “Waalaikumussalam… Baru aje, bang.” “Semakin cantik sekarang adik abang ni sejak jadi isteri orang.” “Eh, mana ada. Liya macam dulu jugalah…” Zaliya malu dipuji begitu. “Liya betul ke nak abang jadi saksi perjanjian Liya dengan suami Liya tu?” “Liya dah fikir masak-masak Abang Zam, Liya serius. Liya tak bolehlah nak terus macam ni. Rasa macam dia nak gunakan Liya.” Lama Zambri memandang Zaliya. Berkerut dahinya. Begitu tekad sekali Zaliya untuk memintanya membuat pengesahan surat perjanjian itu. “Ikut Liyalah… Kalau itu yang terbaik, abang ikut aje. Tapi, Liya dah fikir betul-betul ke?” “Liya cuma nak gertak dia aje. Nah, abang tengok ni. Tandatangan dia pun ada.” Zaliya menghulurkan surat perjanjiannya dengan Zahid. Semuanya telah pun dipersetujui dengan Zahid. Tandatangan Zahid jelas membuktikan segalanya. Zaliya tersenyum puas. Selepas ini, Zahid pasti sudah tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya lagi. Surat ini sebagai ugutannya kepada Zahid, supaya dia tidak terus ditindas lagi selepas ini. Dia perlu mempertahankan hak dirinya. “Terima kasih, bang.” Surat perjanjian yang sudah siap ditandatangan dan dicop, disimpankan ke dalam fail. Senyumannya terus meleret. “Amboi, senangnya hati.” Zambri bersuara me-

Ezdiani Abd Rahman a

54

leret. “Mestilah. Ini kan penting untuk Liya.” “Abang nak Liya hati-hati lepas ni. Jangan tersalah langkah,” pesan Zambri. Risau juga dia melihat keadaan adik angkatnya itu. “Kalau ada apa-apa, cepat-cepat beritahu abang.” Zaliya hanya menjawab pesanan itu dengan anggukan dan senyuman. “Liya dah lambat ni. Rasanya Liya perlu baransur sekarang.” Jam di tangan dipandang lama. Sudah lama dia di situ. Sudah tiba masanya untuk dia pulang. Tidak sabar pula rasanya ingin serahkan surat perjanjian itu kepada Zahid. “Hal kecil aje. Untuk adik abang, apa pun tak apa.” “Liya balik dulu. Nanti ada apa-apa, Liya call abang.” Zaliya berlalu juga setelah lama di pejabat Zambri. Zaliya senang sekali bila semuanya telah pun selesai. Hatinya begitu gembira sekali. Dia juga akan aturkan strateginya sendiri. Dia sudah pun berjanji takkan biarkan Zahid terus menindas dirinya lagi.

Cinta Tak Sempurna a 55

7
ari ini Zaliya bangun pagi seperti biasa. Dipicitkan sedikit badannya yang lenguh. Sejak hari perkahwinannya dengan Zahid, tempat tidurnya hanya beralaskan sebiji bantal dan karpet sebagai tilamnya. Zahid pula begitu nyenyak sekali tidur di atas katil dengan dibuai mimpi-mimpi indah. Zaliya mengeliatkan badannya. Dia menghampiri Zahid dan perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah Zahid. Lama dia memerhatikan seraut wajah suaminya itu. Wajah Zahid tenang dan juga kacak. Hidungnya terletak mancung, kulitnya cerah kuning langsat dan bibirnya pun cantik. Kenapa sehingga kini Zahid begitu dingin sekali dengan hubungan mereka berdua sedangkan sudah berbulan mereka hidup sebagai suami isteri? Sampai bila Zahid akan terus membencinya? Takkan tiada sedikit pun perasaan kepadanya? soal Zaliya dalam hati. Zaliya tersenyum nakal. Betul ke tindakan aku se-

H

Ezdiani Abd Rahman a

56

malam? Agaknya ada ke orang lain yang buat surat perjanjian macam aku ni? “Nah, hadiah untuk awak.” Zaliya meletakkan surat perjanjian yang telah disahkan peguam di hadapan Zahid. “Surat ni dah sah. Satu untuk awak, satu untuk saya dan satu lagi ada pada peguam.” Dialog itulah yang diungkapnya semalam. Saat itu, jelas wajah Zahid kelihatan terkejut. Zaliya bingkas bangun dan menyelimutkan Zahid yang melingkar kesejukan. “Morning, sayang… Awalnya bangun pagi ni…” Suara Zahid menyapa Zaliya yang sudah pun bersiap menghidangkan sarapan pagi. Zaliya tidak membalas sapaan Zahid. Malas hendak melayan kerenah Zahid yang dia sendiri tidak faham. Selalu sangat berubah-ubah. “Sayang, buatkan abang Milo panas dan telur separuh masak dua biji.” Zahid meletakkan tangannya di bahu Zaliya. Perlahan Zaliya menolaknya. Tidak selesa dengan perbuatan Zahid. Dia hanya akur dengan permintaan Zahid. Beberapa ketika, Zaliya kembali menghampiri Zahid dan meletakkan Milo panas dan telur separuh masak di hadapan Zahid. Zahid hanya merenung Zaliya. Apa yang Zaliya lakukan, diikutnya dengan anak mata. Begitu nakal sekali matanya memandang Zaliya. “Apa yang awak tengok?” tanya Zaliya. Dia rimas Zahid memerhatikan gerak-gerinya sebegitu. “Tengok isteri sendiri pun salah?”

Cinta Tak Sempurna a 57

Zaliya hanya mendengus. Sakit hati dengan Zahid. Namun, tidak pula dia menjawab. Zahid menghampiri Zaliya. Dirangkulnya pinggang Zaliya, namun ditepis Zaliya kasar. Dia tidak akan benarkan Zahid menyentuhnya walaupun sedikit. “Kenapa? Macam mana kalau baba nampak tadi? Sayang marah abang peluk sayang?” Zahid berbisik perlahan. Terasa panas nafas Zahid mengenakan pipi Zaliya. “Tapi, janganlah sampai begini. Saya tak suka awak buat saya macam ni. Tolong hormat saya,” balas Zaliya perlahan, seakan-akan berbisik juga. “Panggil aje abang. Jangan nak bersaya berawak. Tak seronoklah dengar. Tak romantik!” bidas Zahid nakal. Dikenyitkan matanya. Zaliya ingin melarikan diri daripada Zahid. Dia tidak mahu terus bertentang mata dengan Zahid lagi. Dia mula mengatur langkah. Baru sedikit Zaliya melangkah, Zahid menyentap tangan Zaliya. Badan Zaliya sedikit terpusing dan betul-betul berada dalam pelukannya. Mata mereka berdua saling bertentang. Lama mata itu saling bertentang dan bagai ada satu aliran yang menusuk ke dalam badan Zaliya. Laju sahaja degupan jantungnya. “Ehem! Ehem!” Kalut Zaliya menolak Zahid. Malu rasanya bila Dato’ Jamal telah pun berada di meja makan. Terukir senyuman di bibir Dato’ Jamal. Tebalnya muka Zaliya menahan malu. Memang wajahnya bertukar sedikit kemerahan. Zahid pula mengenyitkan mata nakal ke arah Zaliya. Zaliya pula hanya membalas dengan satu jelingan.

Ezdiani Abd Rahman a

58

“Susu ke kopi?” “Bagi baba susu panas dan...” “Roti dengan inti kaya.” Zaliya memintas laju percakapan bapa mertuanya. Memang dia sudah tahu sangat dengan kesukaan bapa mertuanya itu. Kalau ada air susu panas, biasanya bapa mertuanya itu mahu makan dengan roti dengan kaya. “Aik, tahu aje baba suka makan apa? Abang, Liya tak tahu pulak! Ini yang buat abang cemburu ni…” ujar Zahid seakan-akan merajuk. Kata-kata Zahid membuatkan Dato’ Jamal ketawa. Dia betul-betul terusik dengan kata-kata Zahid. Spontan sahaja buat dia tertawa. “Lepas ni Liya kena risik bibik. Apa yang Zahid suka makan,” balas Dato’ Jamal dengan hati senang sekali. Dia dapat rasakan kehadiran Zaliya dalam rumahnya bagaikan satu cahaya baru yang telah menyinari rumahnya. “Abang, Liya pergi bersiap dulu. Kejap lagi Liya ada kelas.” Terkeluar juga perkataan abang dari mulut Zaliya. Memang terasa berat untuk Zaliya memanggil Zahid dengan panggilan abang, namun dia terpaksa ringankan mulut apabila Dato’ Jamal ada di ruang makan bersama. Zaliya terus berlalu dan naik ke atas sebaik sahaja dia melihat anggukan Zahid. “saYaNg...” Zahid memanggil dari luar bilik. Ada apa lagi dia ni! getus Zaliya geram. Hari ini dia mengenakan baju kurung moden bewarna hijau daun. Memang sesuai sangat dengan kulitnya yang putih

Cinta Tak Sempurna a 59

kemerahan. Nampak makin menyerlah. Rambutnya pula di biarkan tanpa diikat. Memang nampak ayu sekali. “Cepat sikit. Kejap lagi abang ada meeting.” “Tak apa. Liya boleh pergi sendiri.” Zaliya lebih rela pergi sendiri dengan menaiki teksi daripada terpaksa ditinggalkan Zahid di tepi jalan. Kalau ditinggalkan di tempat yang mudah untuk dapatkan teksi, tak apa juga. Ini tak, nak jumpa teksi pun seksa. Zaliya segera bersiap-siap. Calitan nipis gincu di bibirnya, menampakkan lagi kemerahan bibirnya. Jam didinding di pandangnya sekilas pandang. Pasti teksi yang dipanggilnya sudah sampai. Tergesa-gesa Zaliya, bila mendengar hon di luar rumah. Di lihatnya dari jendela biliknya. Sebuah teksi sudah tersadai di hadapan rumah. Akhirnya sampai juga, teksi yang di panggilnya tadi. Dia selesa naik teksi dari naik kereta bersama Zahid. Jika dia pergi bersama-sama Zahid, itu bererti dia hanya akan menjeratkan dirinya sahaja. Beberapa minit kemudian Liya keluar dari bilik dan dengan berhati-hati dia menuruni anak tangga. Dia mengangak Zahid telah pun pergi ke pejabat, tetapi andaiannya meleset. Zahid masih menunggunya di ruang tamu. Zaliya terus melangkah keluar tanpa mempedulikan Zahid. Namun, langkahnya terhenti bila Zahid menyentap tangannya. “Abang hantar…” Lembut suara Zahid. “Liya boleh naik teksi,” balas Zaliya dan dia pantas melarikan matanya daripada terus memandang Zahid. “Abang hantarkan.” Sedikit meninggi suara

Ezdiani Abd Rahman a

60

Zahid. “Nak hantar Liya ke kolej atau tepi jalan?” perli Zaliya. Tidak percaya lagi dengan Zahid. “Abang hantar sampai depan kolej.” “Tak apalah, Liya dah biasa naik teksi. Lagipun, Liya dah panggil teksi datang rumah. Abang kan ada meeting. Pergi ajelah…” “Tapi abang dah suruh teksi tu balik.” “Apa?” Kalut Zaliya menjenguk di depan pintu. Zaliya menghentakkan kakinya. Laju dia melangkah kakinya keluar dari kawasan rumah. Tidak dipedulikan ajakan Zahid. Biar dia berjalan kaki daripada terus dihimpit Zahid yang tidak tentu anginnya. Dia yakin, Zahid akan ulangi perbuatannya seperti semalam. Dia pasti Zahid akan berkasar lagi. Zahid masih mengikuti Zaliya dengan keretanya. Perlahan keretanya membuntuti langkah Zaliya. Zaliya betul-betul jual mahal. Dalam kekalutan dia berjalan, tiba-tiba kakinya tersepak sesuatu dan dia terjatuh. Dia cuba bangun, tetapi kakinya terasa sakit sekali. Kakinya sudah luka di buku lali. Dipicit-picit kakinya yang mula sengal. “Itulah… Degil sangat. Cakap suami tak nak dengar. Inilah jadinya,” sindir Zahid setelah mendapatkan Zaliya. “Tepilah! Liya boleh jalan sendiri.” Zaliya menolak Zahid yang cuba memapahnya. Baru sedikit berjalan, dia kembali jatuh. Kuat dia menjerit kesakitan. Kakinya betul-betul sakit. Perlahan dia memicit kakinya. Terseliuh barangkali. “Sakitnya!” raung Zaliya. Air matanya mula jatuh. “Biar abang tengok.” Zahid memegang kaki Zaliya

Cinta Tak Sempurna a 61

lembut. “Sakitlah, bang!” jerit Zaliya. Sambil tangannya menekan lengan Zahid. “Itulah, degil! Boleh jalan tak ni?” “Sakit, macam mana nak jalan!” bentak Zaliya. Rasa sakit mencucuk-cucuk kakinya. “Itulah, abang nak papahkan tadi, tak kasi. Kan dah bertambah sakit.” “Tak apa, Liya boleh bangun sendiri. Pandaipandailah Liya…”Liya menolak tangan Zahid. Tetap tidak mahu menerima pertolongan Zahid. “Kenapa degil sangat? Kan sakit tu. Biar abang aje yang tolong.” “Tak payah! Liya boleh bangun sendiri.” “Jual mahal tak bertempat. Dah sakit tu, buat cara sakit.” Meninggi suara Zahid sambil tangannya mendapatkan badan Zaliya. Didukungnya Zaliya, walaupun gadis itu tidak membenarkan. Di letakkan Zaliya di kerusi hadapan sebelah penumpang. Air mata Zaliya masih mengalir menahan kesakitan. Zaliya hanya tertunduk diam tanpa bicara. “Liya ni memang degil! Kalau dah sakit, buat cara sakit. Ini tak, dah tahu kaki tu sakit, gagahkan jugak nak berjalan. Saja cari penyakit. Degil!” Zaliya hanya diam. Tidak membalas kata-kata Zahid. Rasa sakit yang dirasainya, cukup membuatkannya terpaku seketika. “Hari ni tak payah pergi kolej. Nanti abang tolong beritahu pihak pengurusan yang Liya tak dapat masuk. Cuti sakit.” “Tapi...”

Ezdiani Abd Rahman a

62

“Tak ada tapi-tapi, ini muktamad. Kita pergi klinik dulu. Lepas tu abang hantar Liya balik berehat,” arah Zahid tanpa memerhati Zaliya yang sudah menangis. Dia tidak boleh melihat wanita menangis. Dia lemah dengan tangisan. “Meeting?” “Dah kansel!” “Tapi…” “Tak payah fikir yang lain. Fikirkan diri sendiri tu. Ini baru sikit… Kalau patah, Liya mahu ke pergi mana-mana naik kerusi roda!” Zaliya hanya menggelengkan kepalanya.

Cinta Tak Sempurna a 63

8
ErEta yang dipandu Zahid meluncur laju ke pekarangan rumah. Kalut dia keluar dari perut kereta dan di tangannya ada sesuatu yang di pegangnya. Laju saja dia memboloskan diri ke dalam rumah dan dia terus naik ke atas dan menuju ke kamarnya. Dikuak pintu biliknya perlahan sambil matanya melilau mencari kelibat Zaliya. Satu bilik digeledahnya, namun Zaliya tiada. Zahid duduk di birai katil dan mengeluarkan pakaian dalam bungkusan yang baru dibelinya tadi. Mesti cantik kalau badan Zaliya yang mengenakannya. Zahid memejamkan matanya. Cuba membayangkan apa yang difikirkannya. Tersenyum dia apabila bayangan itu muncul dalam mindanya. “Ke mana pulak Zaliya ni?” Ingatan Zahid kembali kepada Zaliya. Ke mana pula Zaliya menghilang? Tidak mungkin Zaliya lari dari rumah lagi. Tak mungkinlah. Lagipun, kaki Zaliya masih sakit. Jalan masih

K

Ezdiani Abd Rahman a

64

terjengket-jengket. Zahid terus mencari kelibat isterinya. Sepatutnya Zaliya berehat sahaja pada waktu begini. Lagipun, dia perlu bawa Zaliya ke klinik sekali lagi. Ingin membuat pemeriksaan yang lebih terperinci untuk memastikan kecederaan di kaki isterinya itu sudah pulih atau perlukan rawatan yang selanjutnya. “Cepatlah sikit! Aku dah lapar ni. Nak buat kerja pun lambat. Nanti sudah masak, kau basuhkan semua pakaian aku ni.” Kuat suara Datin Hanishah kedengaran dari ruang bawah. Zahid kenal sekali dengan suara itu. Mama! Bila pula mama balik? bisik Zahid sendiri sambil kakinya laju menuruni anak tangga menuju ke arah suara bising mamanya. “Mama, bila balik?” sapa Zahid. “Anak mama sayang. Rindunya mama. Mama balik tadi.” Datin Hanishah memeluk Zahid. Dilagakan kedua-dua belah mukanya. Dibuat Zahid seperti anak kecil. “Kenapa mama suruh Liya buatkan semua ni? Kan Liya sakit.” Zahid mula bersuara. Kedengaran seperti tidak puas hati. Berkerut dahi Datin Hanishah bila mendengar kata-kata anaknya. “Kenapa? Ada masalah?” “Yalah, Liya kan sakit. Perlu berehat. Mama arahkan Liya buat macam-macam, macam mana Liya nak baik… Kesian Liya.” “Tak apa, bang, Liya tak apa-apa,” jawab Zaliya. Datin Hanishah tercengang apabila mendengar panggilan abang yang digunakan Zaliya. Dia memandang Zahid. Terasa panas sekali telinganya. Baru beberapa hari dia tiada di rumah, ada sahaja peruba-

Cinta Tak Sempurna a 65

han yang berlaku. “Sudah masak nanti, Liya naik atas berehat. Abang ada sesuatu untuk Liya,” ujar Zahid, tidak pedulikan mamanya yang berada di hadapannya. “Zahid! Apa semua ni? Zahid dan budak kampung tu dah berbaik? Jangan cakap pada mama yang Zahid sudah terima dia.” Datin Hanishah merenung anaknya tajam. Zahid membalas renungan Datin Hanishah. Lama. “Ya, ma. Zahid dah berbaik dengan Liya. Lagipun, Liya kan isteri Zahid. Janganlah mama gelarkan Liya dengan nama budak kampung. Kita pun asal dari kampung juga, kan?” Kata-kata Zahid membuatkan hati Datin Hanishah bertambah panas. “Eh, aku tak fahamlah dengan semua orang dalam rumah ni. Dulu baba, sekarang kamu pula, Zahid. Apa yang hebat sangat dengan budak kampung ni!” marah Datin Hanishah dan terus berlalu masuk ke kamarnya. “Abang nak makan?” tanya Zaliya sejurus ibu mertuanya pergi. Gugup sahaja tuturnya. “Emm, tak apalah, nanti kalau abang lapar, abang boleh cari sendiri. Sudah, jangan buat kerja banyakbanyak sangat.” “Sikit lagi. Liya nak basuhkan baju mama dulu. Bukannya susah pun,” balas Zaliya sambil tangannya mencapai raga yang penuh dengan pakaian mertuanya itu. Zahid menggelengkan kepalanya. Memang degil. Kalau dapat sakit, siapa juga yang susah? Mahu atau tidak, dia biarkan saja Zaliya melakukan kerja. Dilarang bagaimana pun, isterinya itu tetap mahu melaku-

Ezdiani Abd Rahman a

66

kannya. Zahid ke ruang tamu dan membelek-belek majalah Maskulin. Anak matanya pula sekali-sekala mencuri melihat Zaliya yang berjalan ke sana ke sini dengan kaki capitnya. Tidak pernah dia melihat mamanya seperti Zaliya. Mamanya tidak pernah menguruskan sendiri hal-hal rumah tangga. Masak untuk babanya jarang sekali. Bukan jarang, tetapi memang tidak pernah. Kerja-kerja rumah pula diserahkan kepada bibik seratus peratus. Berbeza pula dengan Zaliya. Dia begitu rajin ke dapur dan uruskan urusan rumah tangga. Kau patut bersyukur dapat isteri seperti Zaliya, Zahid. Suara hati Zahid berbisik. Argh! Kenapa ke situ pula fikirannya? Zahid teringat akan perjanjian yang dipersetujuinya dan Zaliya. Dalam perjanjian itu, dia takkan biarkan mamanya terus menindas Zaliya. Ini adalah satu perjanjiannya dengan Zaliya. Ini salah satu syarat untuk mereka terus bersama. Memandangkan dia ada agenda tersendiri, dia terpaksa mengikut rentak Zaliya. Zahid takkan lepaskan Zaliya walau apa pun yang terjadi. Jika perkara itu berlaku juga, bermakna harta peninggalan keluarganya takkan dia perolehi. Dia rapat dengan Zaliya bukan disebabkan dia benar-benar ikhlas. Dia hanya melakukan semua ini hanya untuk kebaikan dirinya. Dia hanya mahukan harta babanya. ZaliYa berjalan perlahan dengan kakinya yang masih capit. Dengan hati-hati, dia menuruni anak tangga. Begitu banyak mata yang mencuri memandan-

Cinta Tak Sempurna a 67

gnya. Ada yang tersenyum, ada yang menyindir dan ada menegur. Itulah fitrah manusia. Ada yang suka, ada yang benci dan sebaliknya. Hari ini adalah hari pertamanya melangkah ke universiti. Dengan penuh harapan, Zaliya berharap dia akan berjaya mencapai cita-citanya untuk menghabiskan pengajiannya dan mendapat pekerjaan yang baik. Dia tidak mahu terus berharap pada Zahid. Dia perlu membalas jasa ramai orang. Dia ingin membantu uminya di kampung. Banyak jasa uminya yang telah menjaga dan membesarkannya. Walaupun dia tahu kedudukan statusnya sebagai anak angkat kepada Ummi Zaleha, dia tetap dapat kasih sayang yang secukupnya. Bila ditanya siapa ibu bapa kandungnya, Ummi Zaleha hanya berdiam diri. “Liya!” “Helmi!” Terperanjat Zaliya bila terserempak dengan Helmi. Sejak bila pula Helmi balik? Buat apa dia berada di sini? “Buat apa di sini?” “Liya belajar sini.” Berkerut wajah Helmi dengan jawapan yang baru didengarinya. Pelik mendengar jawapan Zaliya. Setahunya, Zaliya bukan belajar di situ. “Belajar sini? Kolej Liya belajar dulu? Liya dah tak belajar kat situ?” “Hmm, Liya tukar sini pulak. Rasa tak se-suai kat sana.” Zaliya menjawab selamba. Namun, ia kedengaran gugup. “Kenapa? Ada masalah dengan kolej lama?” Zaliya menggelengkan kepalanya. Rasanya, tidak perlu diceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Biarlah ia menjadi saru rahsia. Masih belum masanya

Ezdiani Abd Rahman a

68

lagi untuk diceritakan segalanya kepada Helmi. Dia masih belum bersedia. “Mi, buat apa kat sini?” Setahu Zaliya, Helmi masih berada di luar negara. Kenapa dia sendiri tidak tahu akan kepulangan buah hatinya itu? “Mi kerja sini. Jadi pensyarah. Mi dah balik sini seminggu. Kenapa Mi tak dapat hubungi Liya? Liya dah tukar nombor telefon ya?” Jarak usia antara Zaliya dan Helmi, bukanlah penghalang untuk mereka menyulam cinta. Jarak sepuluh tahun, tidak mengganggu hubungan yang terjalin. Helmi sebelum ini, merupakan guru yang mengajar di sekolah di mana Zaliya belajar. Dari situlah perkenalan antara mereka berdua terjalin hingga tanpa disedari sudah mula berputik rasa sayang di hati mereka. Setelah melangkah ke tingkatan lima, Zaliya terpaksa akur dengan perpisahan antaranya bersama Helmi. Hubungan mereka terpaksa dipisahkan dengan jarak kerana Helmi perlu meneruskan pengajiannya di luar negara. Impian Helmi yang ingin menjadi seorang pensyarah perlu dilaksanakan. “Liya… Liya sibuk sejak-sejak ni. Nombor telefon lama rosak, jadi Liya tukar baru.” Tergagap-gagap Zaliya untuk cuba menipu. Gugup tuturnya. “Habis tu, kenapa tak beritahu Mi?” “Liya terlupa. Liya tak ingat nombor telefon Mi,” tipu Zaliya lagi “Nombor telefon Mi pun Liya lupa?” soal Helmi tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Zaliya. “Liya sibuk sangat… Sampai banyak benda yang Liya lupa.” “Betul ke ni?”

Cinta Tak Sempurna a 69

“Betullah…” “Jom, Mi hantar Liya balik. Liya tinggal serumah dengan Fasha lagi, kan?” teka Helmi tanpa mengetahui kedudukan yang sebenar. “Hmm, Liya masih tinggal dengan Fasha. Tak apalah Mi, Liya boleh balik sendiri. Tak naklah susahkan Mi.” Zaliya cuba mengelak. “Janganlah macam ni. Liya sengaja nak larikan diri daripada Mi…” Helmi merenung ke raut wajah Zaliya yang begitu jernih tanpa sebarang jerawat. “Mana ada.” “Jomlah… Mi hantar Liya balik. Bolehlah, sayang… Mi rindu sangat dengan Liya. Lagipun, Mi ada sesuatu nak bualkan dengan Liya,” pujuk Helmi. Sudah lama mereka tidak berjumpa dan perasaan rindu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. “Tapi sekejap aje ya, Liya banyak kerja.” “Okey. Jom.” Zaliya hanya menurut permintaan Helmi. Serba salah jadinya. Hendak diceritakan atau didiamkan sahaja kedudukan statusnya sekarang? Berfikir dua tiga kali juga Zaliya tika ini. Patutkah diceritakan semuanya sekarang? Jika dia ceritakan semuanya, apakah perasaan Helmi? Tidak sampai hati pulak. Sudahlah Helmi beria-ria menghantarnya pulang, dia pula mahu cerita berita buruk ini. Dia tidak sampai hati. Dia tidak mahu kegembiraan Helmi bertukar sedih. Demi tidak merosakkan suasana gembira Helmi, Zaliya terpaksa kuncikan mulutnya. Mungkin sekarang bukanlah masa yang sesuai. Dia akan beritahu juga kepada Helmi, tetapi hanya perlu memilih waktu yang sesuai.

Ezdiani Abd Rahman a

70

Kereta Honda Civic milik Helmi meluncur laju keluar dari pekarangan universiti. Zaliya hanya diam membisu. Dia rasa kekok pula. Tidak pernah dia begini sebelum ini. Selalunya dia banyak bercakap dan berceloteh. Ada sahaja topik yang keluar dari mulutnya. Tetapi perjumpaan kali ini, dia banyak membisu daripada bersuara. Helmi dapat merasakan perubahan Zaliya. Sekali-sekala dia menjeling ke arah Zaliya yang leka memandang luar, melihat pemandangan. Hatinya tidak keruan. Dia mencapai jemari Zaliya. Digenggamnya erat. Memang terasa kehangatan cinta itu menyelinap ke jiwanya. Zaliya memejamkan mata. Ditelan pula liurnya. Perlukah dia menepis semua itu atau biarkan saja kelakuan Helmi? “Ini cincin apa, sayang?” “Ini cincin pusaka.” Zaliya menjawab gagap. “Mana cincin yang Mi bagi pada sayang hari tu? Sayang dah buang ke?” Zaliya menarik jemarinya laju. Matanya tertumpu ke jemarinya yang runcing. Di jari manisnya kini adalah cincin perkahwinannya bersama Zahid. Cincin pemberian Helmi, ada disimpannya. Zaliya mengetap bibirnya. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. “Cincin kahwin ke?” gurau Helmi. Menyirap darah naik ke muka bila itu yang menjadi gurauan. Memang benar, di jarinya adalah cincin kahwinnya. Zaliya kaku. Helmi tergelak apabila wajah Zaliya masam mencuka. Sudah lama dia tidak menyakat Zaliya. Rindu sekali waktu-waktu bersama Zaliya. Sudah berjumpa,

Cinta Tak Sempurna a 71

tidak mahu dilepaskan peluang itu. “Mi berguraulah, sayang. Takkan buah hati Mi nak kahwin. Kita dah janji nak kahwin lepas Mi balik Malaysia. Memandangkan Mi dah balik, Mi ingat nak teruskan rancangan kita. Lagipun, Mi dah beritahu mama dan papa,” terang Helmi gembira sekali. Sudah tidak sabar untuk menyuruh keluarganya pergi merisik buah hatinya. Kalau boleh, dia mahu sahaja cepat-cepat kahwin dengan buah hatinya, Zaliya. Zaliya semakin serba salah dan perasaannya kian bercampur aduk. Dia takut untuk bersuara. Bagaimana perasaan Helmi bila dia terangkan perkara sebenarnya? Tentu Helmi akan kecewa dan terluka dengan semua ini. “Sayang, kenapa diam aje? Sayang tak suka ke? Atau sayang dah ada pengganti Mi?” “Liya tak bersedia lagi. Lagipun, Liya baru aje sambung belajar.” Jawapan itu yang terkeluar dari mulut Zaliya. Dia pun tidak tahu sampai bila dia harus berahsia tentang perkahwinannya dengan Zahid. Sudah berbulan-bulan dia menjadi isteri Zahid. “tEriMa kasih, Mi,” ucap Zaliya sebaik sampai di rumah sewanya. Setelah selesai menjamu selera tadi, Helmi mengajaknya untuk pergi menonton wayang, tetapi dia menolak dengan alasan dia terlalu letih dan mahu berehat. Serta alasan lain yang diberinya, kaki sakit. Tidak mampu bergerak banyak. “Sama-sama. Esok pagi Mi jemput ya,” pelawa Helmi. Rasa macam nak tercabut saja nyawa Zaliya bila

Ezdiani Abd Rahman a

72

Helmi mahu bertandang lagi. Mati aku. Mana sempat aku nak lari ke rumah sewa! getus Zaliya dalam hati. “Eh, tak payahlah, Mi. Liya boleh pergi sendiri. Lagipun, jalan rumah kita bertentang. Liya pergi sendiri aje.” “Tak susah kalau untuk orang tersayang.” “Tak apa. Liya boleh pergi sendiri. Lagipun, Liya dah ada lesen kereta. Nanti Liya boleh pergi sendiri naik kereta.” Berkerut wajah Helmi dengan jawapan Zaliya. Kalau ya pun Zaliya ada lesen kereta, kereta siapa yang akan dibawanya nanti. Namun, pertanyaan itu hanya tinggal di benaknya sahaja. “Betul ni?” “Betul. Liya boleh pergi sendiri. Mi pergi balik dulu. Nanti kita jumpa di universiti aje,” cadang Zaliya. Dia tidak mahu Helmi mencarinya di rumah sewa ini lagi. Dia bukannya menetap di sini lagi. “Tak apalah, orang dah tak sudi, apa boleh buat…” Ada rajuk dalam nada suara Helmi. Zaliya diam. Dia terasa dengan kata-kata Helmi itu. Deruman enjin kereta kuat kedengaran. Helmi terus pergi meninggalkan. Zaliya teragak-agak untuk masuk atau terus berlalu sahaja. Masalahnya bersama Fasha, masih tidak diselesaikan lagi. Begitu lama sekali, dia merajuk dengan Fasha. Tapi sampai bila harus membawa rajuknya. Fasha adalah satu-satunya teman baiknya. Bersalah pula buat Fasha begitu. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pergi daripada terus berjumpa Fasha. “Liya! Tunggu!” Kuat suara Fasha memanggil.

Cinta Tak Sempurna a 73

Dia yang kebetulan mahu ke luar rumah tika itu, terus terpandangkan Zaliya yang berdiri di depan rumah sewanya. Langkah Zaliya terhenti. Dia memandang ke arah suara yang memanggilnya tadi. “Liya, tunggu dulu.” Tercungap-cungap Fasha mendapatkan Zaliya. “Kau marahkan aku lagi ke Liya? Janganlah macam ni. Aku tak bolehlah…” pujuk Fasha. Sudah berkali-kali dia hubungi temannya itu, namun tidak pernah dijawab panggilannya. Besar sekalikah kesalahannya? Hingga begitu marah Zaliya kepadanya. Zaliya kembali mengatur langkah yang tergendala tadi tanpa menjawab pertanyaan daripada Fasha. “Liya, sampai hati kau buat aku macam ni. Aku minta maaf. Kau nak aku buat macam mana, baru kau nak maafkan aku?” ujar Fasha dengan deraian air mata. Zaliya masih tidak mempedulikan Fasha. Dia tetap juga melangkah. “Aku minta maaf Liya! Aku sayangkan kau. Takkan kau nak tinggalkan aku. Sanggup kau nak putuskan persahabatan kita?” Zaliya menghentikan langkahnya. Dia mengetap bibirnya. Laju juga air matanya jatuh. Begitu kejam sekali dia melayan sahabatnya itu. Padahal kesalahan Fasha tidaklah sebesar mana. Takkan hanya perkara itu, dia mahu putuskan hubungan persahabatan mereka berdua yang telah lama terjalin. Fasha berlari mendapatkan Zaliya. Dipeluk sahabatnya dengan berkali-kali ucapan maaf yang dipohon. “Apa ni? Aku rimaslah…” Zaliya menolak Fasha

Ezdiani Abd Rahman a

74

perlahan. “Kau dah tak sayangkan aku lagi ke Liya? Tergamak kau buat aku macam ni.” “Memang pun. Aku memang tergamak buat kau macam ni. Kau yang mulakan dulu. Inilah akibatnya.” “Aku minta maaf. Aku janji, lepas ni aku tak buat lagi.” Kuat tawa Zaliya. Disuakan tangannya ke arah Fasha. Dipeluk Fasha dan dia mengelap air mata Fasha yang mengalir. “Alolo... kesiannya kawan aku sorang ni. Aku bergurau ajelah. Takkan aku nak buat kau macam tu. Dahlah, jangan nangis. Hodoh kalau kau nangis. Dah macam mak lampir aku tengok.” “Betul ni, kau tak marahkan aku?” “Tak. Pandai tak aku belakon. Boleh aku gantikan Fasha Sanda,” seloroh Zaliya. Dia tersenyum senang. “Aku mati-mati ingat kau dah tak anggap aku ni kawan kau. Sedih aku. Kau tak marahkan aku lagi, kan?” tanya Fasha lagi. “Kenapa? Kau nak aku marahkan kau lagi? Kalau kau nak, aku nak marah.” “Tak mahu. Aku nak peluk kau.” Fasha memeluk Zaliya lagi. Pon! Bunyi hon kereta yang kuat membuatkan mereka terkejut. Hampir terloncat Zaliya. Tergamam seketika apabila melihat pemilik kereta yang membunyikan hon itu. Macam mana dia tahu aku ada di sini? “Hai, sayang. Di sini rupanya. Puas abang cari sayang. Kat universiti pun tak ada,” sapa Zahid.

Cinta Tak Sempurna a 75

Bulat mata Fasha mendengar kata-kata Zahid. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Ditenungnya Zaliya. Inginkan kepastian. Zaliya hanya menjongketkan bahunya dan dijuihkan sedikit bibirnya.

Ezdiani Abd Rahman a

76

9
S
uasaNa kelas begitu hingar-bingar. Kelas perakaunan terpaksa dibatalkan memandang Puan Jamilah, pensyarah yang mengajar, ada hal kecemasan. Memandangkan tiada kelas, Zaliya mengambil kesempatan pergi ke makmal komputer dengan Aida dan juga Jannah yang kini menjadi teman baiknya di universiti. Mereka bertiga ingin siapkan assignment untuk subjek Matematik Perniagaan. Keadaan kelas yang bagai tidak terurus membuatkan Zaliya rimas. Dia rasakan seperti dia berada di bangku sekolah. Sudahnya mereka bertiga mengambil keputusan untuk berlalu menuju ke makmal. “Zaliya, tunggu!” laung Zuyin yang mengejar Zaliya, Aida dan Jannah. “Kenapa Zuyin?” “Ada orang kirim salam kat kau.” “La, kau kejar aku, cuma nak cakapkan tu aje…” balas Zaliya. Terukir senyuman manis di bibirnya.

Cinta Tak Sempurna a 77

“Yalah. Ni, ada surat untuk kau.” Zuyin menyuakan sepucuk surat ke arah Zaliya. Zaliya mencebik. Mana ada zaman sekarang orang pakai surat? Siapa pulak ni? “Siapa yang bagi?” “Senior kita. Tak salah aku nama dia Hazama Idlan.” Berkerut wajah Zaliya. Cuba mengecam seraut wajah empunya nama. Tetapi, dia memang tidak mengenali siap Hazama Idlan. “Hazama? Yang menang AF 9 tu ke?” Aida dan Jannah tertawa. “Bukan. Hazama, senior kita yang menjadi rebutan wanita-wanita kat sini. Beruntung kau Liya. Banyakbanyak perempuan yang suka kat dia, dia lebih berkenan kat kau.” “Merepeklah kau, Zuyin. Aku kenal dia pun tak. Apa pulak nak rasa bertuah…” “Alah, kau baca ajelah surat dia tu. Nanti kau balas, aku tolong hantarkan,” semawa Zuyin. Zaliya tersenyum senang. Senang dengan sikap baik hati kawannya itu. tapi, tidaklah sampai dia mahu menyuruh Zuyin menjadi posmen untuknya. Itu sudah seperti ambil kesempatan sahaja. Zaliya mengoyak sampul yang telah digam. Berhati-hati dia mengoyakkan sampul dan ditarik isi surat di dalamnya. Assalamualaikum… Zaliya, wajahmu yang ayu membuatkan aku tertawan. Sifatmu yang sederhana membuatku terkenangkanmu. Kewanitaanmu terserlah keperibadianmu, membuatkan aku tertawan dan ingin mengenalimu. Sudikah dirimu

Ezdiani Abd Rahman a

78

menerima huluran perkenalan daripadaku. Hazama Idlan Aida dan Jannah kembali ketawa setelah membaca ayat-ayat berbunga yang tertulis di dada surat yang diterima Zaliya. Zaliya hanya tersenyum melihat telatah kawankawannya. “Liya, balaslah…” Aida memberi cadangan. “Tak naklah!” “Alah, mat bunga ni. Bukan senang nak dapat surat bunga-bunga macam ni. Dalam hati ada taman tu. Balaslah, Liya.” Jannah pula mengasak. “Aku tak mahulah. Orang sekarang dah tak guna semua ni. Tak maco langsung. Lagipun, aku tak pandailah balas-balas surat ni,” jawab Zaliya tenang. Surat yang sudah dibacanya tadi dibuang ke dalam tong sampah. Dia tidak berminat untuk melayan mana-mana lelaki di sini. Dia sedar statusnya sekarang. Walaupun hubungannya dengan Zahid ada masalah, sebagai seorang isteri, tanggungjawabnya adalah menjaga adab dan maruahnya. Dia tidak mahu menimbulkan masalah. “Kau balas macam ni… Hazama Idlan, terima kasih. Tidak kusangka dirimu sudi menghulurkan salam perkenalan. Aku gembira sekali. Aku sudi terima...” Aida sudah mula dengan gila-gilanya. Dengan memek muka dan gayanya, sudah cukup membuatkan mereka bertiga ketawa. “Kau jangan nak merepek. Kalau kau nak, kau balaslah. Tapi, jangan letak nama aku.” “Kalau macam tu, aku bagi tahu dia ya. Yang kau

Cinta Tak Sempurna a 79

tak suka. Tapi Aida yang sukakan dia.” Zuyin yang nampak lurus itu terus berlari. Cepat sungguh dia menghilangkan dirinya. Zaliya menggelengkan kepala. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, tanda ada isyarat mesej masuk. Dia mengambil telefon bimbit yang diletaknya di dalam beg.
Balik pukul berapa hari ni?

Mesej diterima daripada Zahid.
Tak tahu lagi. Kelas dah tak ada. Prof. tak masuk.

Zaliya membalas.
Tak ada prof ganti?

Sekali lagi mesej Zahid diterimanya.
Tak ada.

Sepatah sahaja yang dibalas Zaliya. Pelik! Selama ni, tidak pernah pula Zahid hendak ambil tahu apa yang dilakukannya. Balik pukul berapa? Ada kelas ke? Tetapi hari ini, Zahid sibuk pula perihal dirinya. Memang pelik!
Nanti balik terus. Jangan pergi mana-mana.

Tersenyum Zaliya membaca mesej seterusnya daripada Zahid. Rasa kelakar pula bila Zahid berpesannya begitu. “Kau mesej dengan siapa? Tersenyum-senyum…” tegur Aida. Dari awal tadi dia perasan akan memek wajah Zaliya setiap kali membaca mesej yang diterima. “Adalah…” Masih ada ukiran senyuman di wajah

Ezdiani Abd Rahman a

80

Zaliya. “Boyfriend?” “Siapa pun tak kisahlah. Aku ingat, aku nak baliklah, tak jadilah nak pergi lab.” Spontan sahaja ayat-ayat itu keluar dari mulut Zaliya. “Lah, kau ni Liya… Dah macam lalang. Kejap ajak pergi lab, kejap nak balik!” marah Aida. “Yalah kau ni. Jomlah kita perkena teh tarik dulu. Nantilah balik. Kau nak balik cepat, macamlah ada laki kat rumah.” Zaliya mengetap bibir. “Ada!” jawab Zaliya acuh tak acuh. “Ah, kau ni dah kahwin? Aku tak percayalah,” getus Jannah. “Kalau aku dah kahwin?” Saja Zaliya bertanya. “Kalau kau dah kahwin, mesti badan kau dah bulat, montel, sebab senang hati. Ini tak, badan melayang aje. Slim lagi.” Aida bersuara dengan siap digayakan apa yang dikatanya. “Helo, cik kak, kau belajar ajaran sesat mana? Teori apa yang kau pakai kalau dah kahwin, badan mesti montel? Tak masuk akal!” balah Zaliya. “Teori aku sendirilah,” balas Aida tersengehsengeh. Kali ini mereka bertiga menukar rancangan pula. Mereka bertiga menuju ke restoran yang berada di seberang universiti. “Zaliya! Zaliya tunggu saya!” panggil seseorang. “Siapa tu Liya? Handsomenya… Dia tuju arah kitalah.” Aida pula terlebih-lebih. Terus dipandang wajah kacak itu. Jannah mencuit Aida. Rimas pula melihat temannya itu. Macam tak pernah jumpa lelaki kacak saja

Cinta Tak Sempurna a 81

lagaknya. Malu juga dia dengan gelagat Aida. “Kenapa? Awak ni siapa?” “Saya ada benda nak cakap dengan awak. Boleh kita bercakap sekejap. Sekejap pun jadilah…” rayu lelaki yang tidak dikenali itu. “Tapi saya tak kenal awak. Kalau nak cakap, cakap aje sekarang.” “Saya Hazama Idlan.” “Oh! Inilah Hazama Idlan. Kacak...” Aida mula menyampuk. “Ya, saya,” jawab Hazama tenang. “Saya Aida. Classmate Liya.” Kalut Aida memperkenalkan dirinya tanpa dipinta-pinta. “Ini pulak, Jannah. Satu kelas jugak.” “Oh… Senang dapat kenal dengan kamu berdua,” ujar Hazama dengan sengehan. “Boleh saya pinjam kawan awak berdua kejap. Kejap aje…” Hazama tidak berapa selesa bila percakapannya didengari orang lain. Dia hanya mahu berdua dengan Zaliya. “Eh, boleh. Pinjam lama pun tak apa. Lagipun, Liya tak kisahkan?” Jannah menolak Zaliya ke arah Hazama. Zaliya terpaksa akur. Diikuti langkah Hazama dari belakang. Beberapa ketika, mereka berdua sudah berdiri di bawah sebatang pokok ketapang yang rimbun “Maaflah, saya ganggu Liya.” Hazama berbasabasi. “Kenapa nak jumpa saya? Lepas tu, nak jauh daripada kawan-kawan saya?” tanya Zaliya. Tidak berapa senang dengan lelaki muda di depannya itu. Hazama sebenarnya rasa segan bila teman-teman

Ezdiani Abd Rahman a

82

Zaliya ada bersama. Dia lebih selesa berbual dengan Zaliya bersendiri. “Saya nak berkenalan dengan Liya, boleh?” Zaliya menjuihkan bibirnya. Hanya sebab itu, Hazama ingin berbual dengannya sendiri? Malukah untuk berhadapan dengannya bersama temantemannya lain. Tidak salah jika Hazama sama-sama menghulurkan salam perkenalannya bersama temantemannya. Kenapa perlu berahsia? “Boleh tak?” soal Hazama sekali lagi. “Nak kawan, kawan ajelah. Kenapa pula nak minta izin. Kita sama-sama kita, tak salah nak berkawan dengan sesiapa pun,” balas Zaliya tenang. Tiada apa yang perlu disusahkan dalam membina hubungan persahabatan. Sudah mula bertegur sapa pun sudah cukup untuk mereka saling mengenali. Jika sekali pertemuan, pasti akan ada pertemuan yang selanjutnya. Nama pun, teman. Pasti akan ada perjalanan hidup yang perlu dihadapi bersama nanti. “Tapi bukan dengan saya aje. Tapi kita semua kawan. Awak, saya, Aida dan Jannah. Kita sama-sama kawan.” Zaliya kembali mengatur langkahnya ke arah dua temannya yang masih setia menanti. Hazama turut membuntuti. Kenapalah dia langsung tidak terfikir semuanya sebelum ini? Dia terlalu cepat untuk mendekati gadis manis itu. Sepatutnya dia mengikut langkah demi langkah yang sebetulnya. Ini tidak, dia terlalu gelojoh ingin mengenali gadis itu. Entah kenapa, pertama kali terpandang wajah itu, dirinya bagaikan terpesona. Bagaikan ada satu tarikan yang ingin membuatkannya lebih dekat dengan gadis yang bernama Zaliya. Mereka tidak lagi bertiga, tetapi berempat.

Cinta Tak Sempurna a 83

Mengatur langkah ke restoran seperti yang dirancangkan. Baru beberapa langkahnya diatur, perjalanan mereka dihalang. “Sakitlah, Mi. apa yang Mi buat ni?” Walaupun perlahan suara Zaliya, tapi masih kedengaran tegas. Aida, Jannah dan Hazama bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Diam tanpa kata. Tidak tahu mahu bereaksi seperti mana. “Nak ke mana? Siapa lelaki tu? Sebab dia ke, Liya nak jauhkan diri daripada Mi?” berang Helmi. Dari tadi dia memerhati gerak-geri Zaliya dengan Hazama. “Dia kawan Liyalah. Boleh tak Mi jangan buat macam ni. Liya tak mahu ada masalah kat universiti. Profesionallah sikit!” bentak Zaliya. Helmi terus menarik Zaliya ke keretanya. Jika itu yang Zaliya mahukan, dia turutkan sahaja. Dia akan berbincang dengan Zaliya di satu tempat yang jauh dari universiti. “Liya ada janji dengan kawan-kawan. Mi nak bawa Liya ke mana?” “Liya nak kita selesaikan masalah kita secara profesional, kan?” Pintu kereta di bahagian kiri dikuak luas. Baru Zaliya hendak melangkah kakinya ke dalam kereta, sekali lagi tangannya disentap seseorang. Zahid! Zaliya tidak terkata apa-apa kali ini. Kehadiran Zahid, benar-benar mengejutkannya. hari Ahad adalah hari yang membosankan buat Zaliya. Ditambah lagi dengan Datin Hanishah yang ada di rumah membuatkan dia tidak senang duduk.

Ezdiani Abd Rahman a

84

Ada sahaja yang dimahukan Datin Hanishah. Pantang dia ingin berehat atau belajar, ada sahaja yang hendak diganggunya. “Zaliya!” Zaliya yang baru membuka buku, kalut keluar dari bilik dan segera mendapatkan Datin Hanishah. Dia berdiri di hadapan Datin Hanishah yang menyinga itu. Tangan Datin Hanishah dicekak di pinggang. “Kenapa baju aku koyak? Kau saja nak naikkan darah aku, kan?!” marah Datin Hanishah. Dibaling bajunya ke muka Zaliya. “Bukan Liya yang buat mama,” jawab Zaliya perlahan. “Habis tu, siapa yang basuh baju aku ni semua? Kau, kan?” Zaliya tertunduk. Dia menganggukkan kepalanya. Memang dia yang basuh baju Datin Hanishah, tapi bukan dia yang koyakkan baju itu. Baju kesayangan Datin Hanishah pulak tu. “Kau tahu tak baju aku ni mahal. Harga dia saja dah beribu.” “Bukan Liya yang buat ma…” Zaliya masih berani menjawab. “Kalau bukan kau, siapa? Baba? Zahid?” Kuat tengkingan Datin Hanishah. “Apa yang bising-bising pagi-pagi ni?” Tiba-tiba Dato’ Jamal bersuara. “Abang tengok ni… Habis baju saya terkoyak.” Datin Hanishah menunjukkan bajunya yang terkoyak kepada suaminya. “Alah, sikit aje tu.” “Sikit abang kata! Baju ni mahal abang tahu tak?” “Beli aje lain. Duit awak kan banyak. Kalau tak

Cinta Tak Sempurna a 85

cukup, saya boleh tambah. Boleh awak tambah koleksi baju awak. Bagi cukup lima-lima almari awak tu…” sindir Dato’ Jamal. Sengaja dia menyindir isterinya yang suka sangat menghimpun koleksi pakaian. Baju-baju isterinya itu, jika mahu dibuat berniaga pun boleh. “Abang ni kan… Suka sangat perli saya!” rajuk Datin Hanishah. Terus ditinggalkan suaminya. “Sudahlah tu, Liya. Mama kamu tu memang selalu angin satu badan.” “Tak apalah ba, Liya dah masak sangat dengan perangai mama…” “Zahid tak balik ke semalam?” Dato’ Zahid mula bertanya. Dari semalam dia perasan yang Zahid tidak pulang. Ke mana anaknya bermalam? Ada masalah lagikah mereka berdua? Dato’ Jamal merenung Zaliya yang diam. “Liya tahu Zahid pergi mana?” Liya hanya menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu ke mana suaminya pergi. Selepas Zahid jemputnya di universiti semalam, Zahid terus pergi begitu sahaja. Tidak pula diberitahu ke mana dia hendak pergi. Kejadian semalam, berlegar-legar di minda Zaliya. “Siapa lelaki tu?” tanya Zahid. “Dia pensyarah kat universiti Liya,” jawab Liya perlahan. Bergedup laju jantungnya. “Nak ke mana tadi?” “Tak ke mana-manalah…” “Kalau tak ke mana-mana, kenapa nak ikut dia? Abang nampak Liya dah nak naik kereta dia.” Zahid cuba mengawal perasaan kemarahannya. Namun, mukanya yang sedikit bengis, jelas mempamerkan

Ezdiani Abd Rahman a

86

perasaannya. “Kenapa? Abang cemburu?” “Argh! Tak kuasa aku nak cemburu.” “Kalau abang tak cemburu, kenapa abang buat semua ni? Kenapa abang halang Liya pergi?” Sengaja Zaliya menaikkan api kemarahan Zahid. Kalut pandangan Zahid menerkam tepat ke dasar mata Zaliya. Pandangan tidak puas hati. Berketap bibirnya. “Oh, jadi Liya memang sengaja nak pergi dengan dia?” “Abang kata, tak cemburu. Jadi kenapa abang nak soalkan tentang semua ni lagi?” Tergenggam rapi genggaman Zahid. Badannya terketar-ketar menahan rasa marah. Sakit hati mendengar kata-kata Zaliya. Zaliya kembali berdiam diri. Memang dia sudah biasa dengan situasi begini. “Aku suruh kau pergi universiti sebab nak suruh kau belajar, bukannya pergi bercinta,” sindir Zahid. “Mana ada. Dia pensyarah Liya. Liya ada hal sikit dengan dia tadi,” tipu Zaliya. Dia tidak berani ceritakan siapa Helmi yang sebenarnya. Dia tidak dapat menjangka sikap Zahid. Tak pasal-pasal nanti penampar yang hinggap di pipi. “Menjawab! Dah, turun. Dah sampai. Kau masuk rumah terus. Jangan pergi ke mana-mana sampai aku balik,” pesan Zahid. Zaliya masih berdiam. Dia masih tidak berganjak keluar dari kereta. Ingin saja ditanya kepada suaminya itu. Kenapa suaminya begitu marah sekali? Adakah suaminya sudah pandai cemburu? Tapi pertanyaan itu tidak terkeluar.

Cinta Tak Sempurna a 87

“Tunggu apa lagi! Pergi masuk rumah!” Zaliya akhirnya akur. Kalut kakinya keluar dari perut kereta. Deruman enjin kereta kuat kedengaran. Zahid terus hilang daripada pandangan mata. “Liya!” Zaliya tersentak. Jauh dia mengelamun. “Liya ada masalah dengan Zahid ke? Zahid ada buat masalah lagi?” “Eh, tak adalah, ba. Liya lupa pulak. Abang pergi Port Dickson dengan kawan-kawan dia. Abang ada ajak Liya, tapi Liya tak boleh ikut,” tipu Zaliya. Kalau itu boleh membuatkan hati bapa mertuanya senang, apa salahnya. Maafkan Liya, ba… “Kalau Liya ada masalah dengan Zahid, jangan segan-segan beritahu baba,” pesan Dato’ Jamal. “Insya-Allah, ba. Buat masa sekarang, tak ada apaapa masalah. Alhamdulillah, semuanya baik.” Tenang sahaja Zaliya menutur katanya. “Baguslah, kalau macam tu. Kalau Zahid ada sakitkan hati Liya, Liya sabar ya. Zahid tu, memang keras hati. Biasalah, dari kecil dimanjakan sangat dengan mama.” Zaliya menganggukkan kepalanya perlahan. Terpamer senyuman kelat. “Sebenarnya baba ada sesuatu nak beritahu Liya. Baba harap Liya sudi mendengar penjelasan baba ni.” Mereka berdua duduk di sofa ruang tamu. “Apa tu, ba?” “Begini, Liya pun tahu Zahid sebelum ni macam mana, kan? Banyak masalah yang dia timbulkan, sampai baba tak tahu nak buat macam mana lagi. Sekarang, baba cuma berharap pada Liya. Moga Liya dapat ubah Zahid jadi lebih baik.”

Ezdiani Abd Rahman a

88

“Maksud baba?” “Baba yakin, Liya mampu untuk mengubah Zahid. Baba tahu, Zahid bukanlah suami yang cukup sempurna buat Liya. Banyak kurangnya. Apatah lagi, soal didikan agama. Kalau boleh, Liya bantulah apa yang patut.” Mendatar sahaja kata-kata Dato’ Jamal. “Oh, soal tu… Baba janganlah risau. Insya-Allah, Liya akan bantu abang. Lagipun, dia kan suami Liya. Baba jangan risau.” ZaliYa mengemaskan biliknya. Semua sarung bantal dan kain cadar ditukarnya. Cadar kosong berwarna emas itu digantinya dengan cadar yang bercorak bunga merah. Kemudian, disusunnya bukubuku yang berselerak di atas meja ke rak di sebelah meja. Ketika dia menyusun buku di rak, ada beberapa keping gambar berterbangan jatuh. Mungkin gambar itu terselit di buku-buku itu. Dikutip gambar-gambar yang jatuh itu dan dilihatnya. Semuanya gambar Zahid bersama Linda. Begitu mesra sekali mereka berdua. Begitu bahagia. Lama dia merenung gambar-gambar itu. Spontan dia mengetap bibirnya. Terselit pelbagai perasaan mula muncul yang mencengkam di jiwa. Terasa sakit bagai menusuk di hati. Argh! Takkan aku cemburu. Tak mungkinlah. Pintu bilik terkuak. Kalut Zaliya menyelit gambargambar yang dilihatnya ke dalam buku yang dipegangnya. Diletakkan kembali buku yang berada di tangannya ke rak. Dia berpura-pura mengelap habuk. Mujur di tangannya ada sehelai kain yang dibasahkannya

Cinta Tak Sempurna a 89

untuk mengelap. Zahid berdiri di muka pintu. Mukanya begitu sugul sekali. Terus badannya dihempap ke tilam. Tidak ditegurnya Zaliya seperti hari-hari biasa. “Abang nak minum?” tanya Zaliya. Tiada jawapan daripada Zahid. “Abang ke mana semalam tak balik? Baba tanya tadi. Tapi Liya beritahu baba, abang ke PD dengan kawan-kawan abang,” cerita Zaliya. Dia kekok sebenarnya. Tetapi dia terpaksa juga menceritakannya. Takut nanti jawapannya dengan Zahid bercanggah. Zahid masih diam. Langsung tidak menjawab pertanyaan Zaliya. “Kalau tak ada apa-apa, Liya pergi dulu. Ada apaapa nanti, panggil Liya.” Zaliya rasa macam orang bodoh sahaja. Seperti bercakap dengan batu. “Nanti!” Sepatah kata keluar dari mulut Zahid. Zaliya tersenyum. Bercakap juga Zahid. Jika Zahid terus berdiam, dia akan rasa lain. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. “Abang nak apa?” “Ke sini?” Zahid melambaikan tangannya dengan muka yang disembamkan di tilam. Zaliya berada dekat dengan Zahid. “Duduk,” arah Zahid. Zaliya duduk bersimpuh di hujung kaki Zahid. “Duduk di sini,” arah Zahid sambil tangan kanannya menepuk tilam berkali-kali supaya Zaliya duduk di sebelahnya. Hati Zaliya berdegup kencang. Dia takut sesuatu yang tak diingininya berlaku. Dia juga takut Zahid memarahinya tentang kejadian semalam. “Duduk ajelah. Tak ada nak buat apa-apa pun.”

Ezdiani Abd Rahman a

90

Zaliya memberanikan diri duduk di sebelah Zahid. Dengan hati-hati dia menghenyakkan punggungnya di sebelah Zahid. Dia hanya diam. Tidak pula ada bait ayat keluar dari mulutnya. “Ini surat perjanjian kita hari tu.” Zahid menunjukkan kepada Zaliya, kemudian dikoyakkannya di hadapan Zaliya sendiri. Lalu dibuangnya ke lantai. Berselerak helaian kertas di lantai. Zaliya tercengang dengan tindakan Zahid. Dia tidak berani bersuara. Mungkin dia sudah mula rasa hormat kepada suaminya. “Aku dah tak mahu ikut lagi perjanjian ni. Kau nak buat apa pun kau punya suka. Kau nak keluar dengan mana-mana jantan kat luar sana pun aku dah tak peduli.” Keluar juga luahan dari hati Zahid yang disimpannya dari semalam. Setelah puas berfikir, dia akhirnya akur juga dengan keputusannya. Jika Zaliya melangkah keluar meninggalkannya, dia juga tidak akan menjadi penghalang. “Tapi bang…” “Sudahlah, Liya, aku dah tahu siapa lelaki semalam. Dia kekasih kau.” “Mana abang tahu?” tanya Zaliya gugup. Jantungnya bagaikan nak luruh sahaja mendengar semua itu. “Itu tak penting. Kau boleh balik ke pangkuan kekasih kau. Aku tak mahu jadi penghalang.” “Apa maksud abang? Liya akui memang dia kekasih Liya. Tapi yang hakikatnya Liya sekarang isteri abang. Liya nak keluar dengan Helmi semalam pun, sebab Liya nak terus terang dengan dia. Liya nak beritahu Helmi yang Liya dah berkahwin.” Mata Zaliya mula berkaca. Dia merenung wajah Zahid. Begitu sembam sekali wajah Zahid. Tidak seperti selalu.

Cinta Tak Sempurna a 91

Matanya pula sedikit bengkak. Apa yang berlaku semalam? Kenapa Zahid begitu berubah? Adakah api cemburu telah membuatkannya jadi begini? Zaliya makin gelisah. Gelisah dengan apa yang menimpa. Dia keliru sendiri dengan perasaannya. Kenapa pula dia pula tidak senang dengan apa yang terjadi? Apa perasaannya yang sebenarnya sekarang? Adakah Zahid sudah mula mencuri hatinya? Dia makin keliru untuk menilai semuanya. Adakah perasaan itu wujud atau dia hanya hormat Zahid sebagai suaminya.

Ezdiani Abd Rahman a

92

10
ElMi begitu tidak senang hati. Dia mundarmandir di ruang tamu rumahnya. Dia menunggu papa dan mamanya. Dia telah meminta keduadua orang tuanya ke kampung Zaliya dengan membawa rombongan risikan. Tanpa pengetahuan Zaliya, Helmi telah meminta keluarganya ke sana. Dia tidak mahu Zaliya dirampas sesiapa. Dengan cara ini sahaja dia rasa Zaliya akan selamat menjadi miliknya. Sungguh tidak senang duduknya menanti jawapan yang bakal diketahuinya nanti. Pasti berita baik yang akan dibawa pulang nanti. Tidak sabar rasanya ingin tahu, bila tarikh mereka berdua akan disatukan. “Malu saya, bang! Malu!” Tiba-tiba suara Puan Sri Zuraidah kedengaran bising di ruang tamu. Helmi terus duduk di sebelah mamanya.“Macam mana mama?” “Apa semua ni Mi? Mi minta mama dan papa pinangkan isteri orang! Malu mama dan papa. Mana nak letak muka kami ni?” keluh Puan Sri Zuraidah.

H

Cinta Tak Sempurna a 93

Tergamam Helmi mendengar jawapan ibunya. “Isteri orang? Mama pinang siapa? Mi suruh mama dan papa pinangkan Liya, bukan orang lain. Mama pun tahukan Mi dah cakap sebelum Mi balik Malaysia lagi…” “Memanglah mama pergi pinang Liya, tapi Liya dah berkahwin. Liya dah ada suami. Mi tak tahu ke?” Puan Sri Zuraidah memicit-micit kepalanya yang mula terasa sakit. Helmi terduduk mendengar jawapan yang betulbetul mengejutkan itu. Kahwin? Isteri? Suami? Jadi, sebab inilah yang buatkan Zaliya berubah. Rupanya inilah puncanya. Tapi kenapa Zaliya tidak terangkan semua itu? “Papa, betul ke cakap mama tu?” Helmi inginkan kepastian. Tan Sri Fuad hanya diam. “Semua ni gurauan, kan? Mesti Liya terima lamaran Mi. Lagipun, kami dah lama bercinta.” “Sudahlah, Mi… Kamu lupakan Zaliya tu. Apa yang mama beritahu tadi, semuanya benar. Itu yang telah umi Zaliya sampaikan.” Helmi menggelengkan kepalanya. Tidak percaya. “Papa dan mama tipu. Liya takkan buat Mi macam tu. Dia dah janji akan kahwin dengan Mi. Lepas Mi balik ke Malaysia, kami akan berkahwin. Itu janji kami.” “Sudahlah, Mi… Lupakan dia. Banyak lagi perempuan kat luar sana.” Puan Sri Zuraidah mengeluh. “Mungkin papa dan mama tersalah dengar ni… Liya takkan kahwin dengan orang lain…” “Helmi! Papa kata sudah, sudah! Liya dah sah jadi isteri orang. Kamu lupakan saja dia. Dia bukan jodoh kamu. Kamu kena terima!” marah Tan Sri Fuad.

Ezdiani Abd Rahman a

94

Jantung Helmi bagaikan hendak terhenti. Semua ini tidak mungkin. Zaliya takkan curang dalam percintaan. Tak mungkin Zaliya akan mengkhianati cintanya. Laju kakinya mengatur langkah menuju ke kamarnya di tingkat atas. Berderai juga air matanya. Begitu tersentuh sekali hatinya saat ini. Hatinya cukup terluka dan kecewa dengan berita yang baru dikhabarkan kepadanya itu. Jemarinya digenggam dan bertalu-talu dia menumbuk dinding biliknya. “Tidak! Liya takkan lakukan semua ni. Liya milik aku!” Helmi mencapai telefon bimbitnya dan didail nombor telefon Zaliya, tetapi tiada jawapan. Berkali-kali cuba di hubunginya lagi tetapi tetap tidak berjaya. “Argh!” Habis barangannya di meja, ditolaknya kasar. Tidak pernah dia terasa sakit sebegini. Terlalu sakit untuk ditempuhinya. Ketika sedang enak bercinta, tidak tertanggung pula untuk menghadapi situasi di luar kemungkinan ini. Hatinya bagai dikelar-kelar dan disiat-siat. Hatinya begitu sakit tak terhingga. Tidak! Aku perlu jumpa Zaliya. Aku ingin dengar sendiri dari mulut Zaliya. Aku takkan percaya semua ini. Aku akan tanya Zaliya sendiri. Entah-entah papa dan mama sengaja nak menghalang hubungan aku dengan Zaliya. Helmi bermonolog sendiri. “aBaNg...” Zaliya menghampiri suaminya. Dia duduk di hujung kaki suaminya. Dia menarik jemari suaminya. Zahid hanya membiarkan sahaja perbuatan

Cinta Tak Sempurna a 95

Zaliya. “Liya minta ampun, bang. Jika Liya salah, Liya minta maaf.” Dicium tangan suaminya lama. Sayu sahaja yang dirasainya. “Kau tak ada salah apa-apa dengan aku. Jadi tak perlu kau nak minta maaf,” balas Zahid angkuh. “Tak kisahlah sikit ke banyak kesalahan Liya, Liya tetap perlu minta maaf. Liya tidak sepatutnya buat abang marah. Liya tak patut keluar bersama Helmi tanpa izin abang.” “Itu masalah kau. Bukan masalah aku.” “Jangan marah Liya begini bang...” rayu Zaliya. Dia tahu, Zahid masih marahkannya. “Kau nak aku cakap apa? Kau rasa bersalah?” Zaliya menganggukkan kepalanya. “Baik. Aku maafkan kau.” “Satu lagi, tadi Helmi ada call Liya. Dia nak jumpa Liya. Boleh Liya pergi jumpa dia. Liya janji, sekejap aje. Liya nak terangkan semuanya,” jelas Liya. “Kau nak terangkan apa pada buah hati kau tu? Kau nak beritahu yang kita berdua kahwin ni pun sebab kena tangkap basah. Boleh dia tunggu kau!” “Bukan, bang. Kalau abang tak percaya pada Liya, abang boleh ikut.” “Agrh! Aku tak mahu. Kau pergi sendiri. Dia kan buah hati kau. Kau nak suruh aku ikut nak buat apa? Kacau daun pulak nanti…” jawab Zahid kasar. “Abang izinkan Liya jumpa dengan Helmi?” “Pergilah. Aku tak halang pun.” “Liya janji, Liya pergi sekejap aje. Liya nak berterus terang dengan Helmi tentang kedudukan sebenar.” Zaliya cuba mendapatkan kepercayaan Zahid.

Ezdiani Abd Rahman a

96

“Suka hati kaulah!” Zahid terus bangun dari katil dan keluar dari bilik tanpa mempedulikan perasaan Zaliya. Tidak dipedulinya lagi apa yang Zaliya rasai sekarang. ZaliYa menghampiri Helmi yang setia menantinya di tepi tasik. Begitu jauh sekali lamunan Helmi. Langkahnya terhenti. Takut hendak menegur Helmi. Dia begitu rasa bersalah sekali pada Helmi dengan apa yang berlaku. Dia juga sebenarnya takut untuk menerangkan segalanya. Jika ini semua boleh dipadamkan, mahu sahaja dipadamkannya daripada ada yang terluka. Namun, ia tidak mampu dipadamkan begitu sahaja. Ia perlu diselesaikan. Zaliya memberanikan diri. Menggagahkan dirinya untuk menegur Helmi yang jauh termenung. Dia cuba kuat untuk berhadapan dengan apa pun yang bakal terjadi sebentar nanti. Hubungan ini perlu diselesaikan dan ditamatkan daripada ia terus menyeksa dan melukakan hati Helmi. “Mi...” Zaliya memanggil juga nama jejaka di hadapannya itu. “Sayang… ” Helmi menggenggam jemari Zaliya. Zaliya rasa sebak sekali bila Helmi memanggilnya dengan perkataan sayang. Terasa sayu pula hatinya mendengar. Segera dia melepaskan genggaman Helmi. “Kenapa sayang buat Mi macam ni?” “Liya betul-betul minta maaf. Liya tak tahu nak cakap macam mana. Terlalu berat untuk Liya jelaskan,” ujar Zaliya sambil memandang ke arah air tasik.

Cinta Tak Sempurna a 97

“Kenapa sayang kahwin dengan orang lain? Kenapa?” Zaliya hanya diam. Seperti yang diperkatakan, dia tidak tahu macam mana perlu dia terangkan keadaan sebenar. Takkan dia mahu buka pekong maruah sendiri dan suaminya. Biarlah ia menjadi rahsia dirinya dan Zahid. “Kenapa?” “Liya minta maaf.” “Maaf! Maaf! Maaf! Hanya itu aje ke yang Liya tahu cakap! Mi nak tahu. K. E. N. A. P. A. Kenapa Liya kahwin dengan lelaki lain?” “Sebab...” Helmi menanti dengan sabar. Wajah Zaliya dipandangnya tunak. “Sebab antara kita berdua, memang tiada jodoh. Kita perlu terima.” “Senangnya Liya cakap. Dah lama kita bercinta, ini jawapan Liya? Ini keputusan Liya? Liya bercinta dengan Mi, tapi Liya berkahwin dengan orang lain!” marah Helmi tidak puas hati. Sabarnya sudah hilang. “Ini takdir namanya Mi.” “Hah! Takdir?” Zaliya menganggukkan kepalanya. “Sudahlah, Liya, Liya memang sengaja nak mainkan perasaan Mi. Mi baru tinggal Liya sekejap aje, Liya dah berubah. Liya ni memang teruk!” “Memang Liya teruk! Memang Liya jahat! Liya curang dengan Mi!” jerit Zaliya. “Tapi kenapa? Apa salah Mi?” “Liya sunyi bila Mi jauh dari sisi Liya. Sebab itu Liya cari pengganti Mi untuk mengisi kesunyian Liya. Tak sangka pula kami berdua ada jodoh.”

Ezdiani Abd Rahman a

98

“Tak sangka! Mi ingat Liya setia dengan cinta kita, tapi Liya pengkhianat!” Perkataan pengkhianat ditekan dalam sebutannya agar lebih jelas. “Liya tak boleh. Liya bosan tunggu Mi lamalama!” bohong Zaliya. Masakan dia bosan menunggu orang yang dicintainya itu. Namun, keadaan telah mengubah takdir hidupnya dan dia harus reda dengan apa yang telah ditetapkan-Nya. “Liya memang keterlaluan.” “Liya datang sini pun, sebab Liya nak minta Mi lupakan Liya. Liya tak mahu rumah tangga Liya terganggu dengan kehadiran Mi. Liya harap Mi faham. Dan ini, cincin yang Mi berikan pada Liya. Liya nak pulangkan.” Zaliya menghulurkan sebentuk cincin kepada Helmi. Cincin pemberian Helmi yang dijaganya selama ini. Helmi mengambilnya dan sekuat hati dia membaling cincin itu jauh ke tasik. Zaliya hanya melihat apa yang dilakukan Helmi. Matanya mula berkaca. “Ini tandanya, cinta kita dah terkubur. Liya boleh pergi.” Helmi menuding jari supaya Zaliya pergi dari sisinya. “Liya minta maaf, Mi. ini memang yang terbaik untuk kita,” ujar Zaliya perlahan. “Pergi!” Zaliya meraup mukanya. “Pergi!” Terkejut Zaliya dengan sergahan Helmi. Begitu marah sekali Helmi kali ini. Ini membuktikan Helmi begitu terluka dan kecewa dengan perbuatannya. Maafkan Liya, Mi. Moga Mi akan jumpa pengganti Liya nanti.

Cinta Tak Sempurna a 99

Zaliya terus berlari dan pergi meninggalkan Helmi bersendiri. Mungkin inilah yang terbaik untuk mereka semua. Jika terus dibiarkan, ia akan lebih parah dan bernanah. Biar Helmi kecewa sekarang daripada ia terus bernanah di hati. Sesungguhnya saat bercinta itu memang manis dan bahagia. Dan, saat perpisahan terjadi, begitu terseksanya terasa di hati. ZaliYa masih terkejut dengan kejadian yang baru menimpa dirinya. Lama dia terduduk di situ. Tergamam sekali dengan kehadiran kereta yang seakanakan sengaja mahu melanggarnya tadi. Degupan jantung Zaliya laju tak sekata. Beralun nafasnya. Ditarik nafasnya sedalam-dalamnya agar dirinya lebih tenang. Dadanya diurut perlahan. Mujur dia selamat daripada dilanggar. “Awak tak apa-apa?” Zaliya menganggukkan kepalanya. “Saya tak apaapa. Terima kasih sebab selamatkan saya. Kalau tak, tak tahu apa yang terjadi pada saya.” Pinggangnya yang terasa sakit, dipicitnya. Berkerut wajahnya menahan rasa sakit. Pemuda yang membantu Zaliya tadi, cuba membantu Zaliya untuk bangkit. “Tak apa. Saya boleh bangun sendiri.” Zaliya tolak juga pelawaan pemuda itu. Dia bangun juga daripada duduknya. Kali ini dia mengamati wajah pemuda itu sepenuhnya. Sekali lagi ingin diucapkan terima kasih. Alangkah terkejutnya bila pemuda yang memabantunya tadi adalah Hazama. “Awak!” “Liya! Awak rupanya?”

Ezdiani Abd Rahman a

100

Mereka berdua terdiam. Mulut mereka bagaikan saling terkunci. Hazama terus memandang Zaliya dengan pandangan hairan. “Kenapa awak pandang saya macam tu?” soal Zaliya tidak selesa apabila Hazama terus merenungnya begitu. “Saya pelik.” “Kenapa pulak?” Berkerut wajah Zaliya. Tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan Hazama. “Awak ada musuh?” Zaliya hanya menggelengkan kepalanya. Dia pula terasa hairan dengan persoalan yang dikemukakan Hazama. Tiba-tiba sahaja Hazama menyoalnya begitu. Hazama rasa dia tidak tersalah pandang. Apa yang dilihatnya tadi, memang jelas. Kereta itu, bagaikan sengaja mahu melanggar Zaliya. Anggapannya juga mungkin jauh tersasar daripada sangkaannya. Namun, pandangan matanya sudah menjelaskan segalanya. “Betul tak ada musuh?” soal Hazama lagi. “Saya tak ada musuh. Tak tahulah, kalau ada yang mahu bermusuh dengan saya. Kenapa awak tanya macam tu?” Hazama menjelaskan juga apa yang dilihatnya tadi kepada Zaliya. Dia bukan sengaja ingin menakutkan Zaliya, tetapi dia perlu ingatkan Zaliya agar lebih berhati-hati. Mana tahu, tanpa disedari, Zaliya punyai musuh dalam selimut. Tidak salah dia memperingatkan Zaliya. Zaliya hanya mendengar dengan teliti apa yang diceritakan Hazama kepadanya. Peka dia mendengar.

Cinta Tak Sempurna a 101

liNDa menyandar badannya di sofa. Wajahnya kelihatan senang sekali. Di bibirnya terukir senyuman yang memuaskan hati. Kemudian, keluar suara tawa gembira. Dia begitu senang dan puas sekali dengan apa yang telah dilakukannya tadi. “Padan muka kau, Liya! Nak sangat bersaing dengan aku, kan!” Linda meneguk air Coca Colanya. Berselang-seli dengan hembusan asap rokok yang dihisapnya. “Itu baru sikit. Mujur kau selamat. Kalau tak, memang kau dah arwah.” Kata-kata Linda disulami dengan tawa yang mengilai. “Hah! Zaliya, Zaliya...” Linda ketawa lagi bagaikan orang gila. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di hadapannya dan didail nombor telefon Zahid. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Zahid. Zahid sudah berubah dan tidak seperti dahulu. Sekarang Zahid sudah tidak bertandang ke rumahnya lagi. Ini mesti kerana angkara Zaliya. Jika bukan kerana Zaliya, apa lagi sebabnya? Jika dia tidak dapat miliki Zahid. Dia juga tidak akan benarkan Zaliya mendapat Zahid. Zahid adalah miliknya. Selagi apa yang diingininya tidak tercapai, jangan harap dia akan melepaskan Zahid sebegitu sahaja.