You are on page 1of 28

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif 1.0PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan

Mendengar sahaja perkataan pemimpin pasti tergambar difikiran wajah-wajah tokoh pemimpin negara Malaysia iaitu perdana menteri pertama hingga kini seperti Y.T.M.Tunku abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein, Tun Hussein bin Dato’ Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak. Tokoh-tokoh pemimpin ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Negara Malaysia dulu hingga kini terkenal dengan sebuah negara yang aman. Hal ini kerana pemimpin-pemimpin ini mengamalkan cara pemimpin yang efektif. Menurut Hersey dan Blanchard (1974) mengatakan bahawa stail atau cara kepimpinan adalah salah satu cara yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk mempengaruhi orang lain. 1.2 Konsep Kepimpinan

Sejarah kepemimpinan organisasi awam di Malaysia dalam era terkini, iaitu sejak tahun 1980-an hingga sekarang kebanyakannya dipelopori oleh dasar-dasar yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Ini dapat dibuktikan melalui usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran negara, pihak kerajaan telah melancarkan dasar pandang ke timur, mewajibkan rakaman waktu kerja, mengadakan kempen daya pengeluaran, dan menganjurkan kempen kepimpinan melalui teladan (Mahathir, 1983). Kepimpinan timbul dari perkataan ‘pimpin’ yang bermaksud membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai (Mohd Shuhaimi, 1992). Mengikut pengertian yang mudah, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi individu atau sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi (Noraini dan Ahmad, 2011). Menurut Yukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses struktur, kuasa, mendorong, merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta wawasan dan tanggungjawab memberikan motivasi kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya. Sejajar dengan itu Morphet, Johns dan Reller seperti yang dilaporkan oleh Newell (1978 : 221) mengatakan : “ Leadership means the role of change agent; to others it means the influence which one person exerts on another”. Menurut Azahari (1998), konsep kepemimpinan melibatkan lapan dimensi nilai seperti agama, budaya, ekonomi, politik, estetika, teknologi, sosial, dan psikologi dalam diri seseorang pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepemimpinan menurut Nik Rashid (1993) akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, dan matlamat. Kepemimpinan ialah satu percubaan untuk pengaruhmempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju 1

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat. Kepimpinan juga ditakrifkan sebagai aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif sesuatu kumpulan (Jaafar, 1996). Takrif ini menyamai pendapat Abdullah (1998) bahawa kepemimpinan sebagai sejenis tingkahlaku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Sebagai suatu aktiviti dan tingkahlaku untuk mempengaruhi, kepemimpinan sering dikaitkan dengan kebolehan berkomunikasi yang berkesan. Ini sesuai dengan pendapat para sarjana yang menyatakan kepimpinan sebagai pengaruh antara perseorangan yang dilaksanakan dalam situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat khusus (Tannembaum dan Yulk, 1992). 1.3 Kepimpinan di Sekolah

Kepimpinan juga dapat dilihat dalam bidang pendidikan. Menurut Abdul Shukor Abdullah (1991) menegaskan bahawa pihak pengurusan atau kepimpinan merupakan faktor utama yang menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan atau sebaliknya. Keadaan yang sama dipersetujui oleh Hussain Hj. Ahmad (1993) yang secara nyata menjelaskan bahawa pemimpin sesebuah organisasi pendidikan merupakan aset yang paling penting dan dapat menentukan ke arah mana organisasi pendidikan itu mahu dibawanya. Kepimpinan di sekolah merujuk kepada stail kepimpinan pemimpin atasan iaitu pengetua. Taktik yang digunakan oleh pengetua akan memberi kesan kepada keberkesanan kepimpinanannya. Hari ini dapat dilihat, setiap sekolah mempunyai strategi dalam pentadbiran dan pengurusannya kerana setiap pengetua menggunakan taktik kepimpinan yang berbeza. Selain daripada itu, Sergiovanni (1984) juga menyatakan bahawa keberkesanan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pola kepimpinan oleh seseorang pengetua atau guru besarnya. Dalam kajian mengenai kepimpinan (Stogdill, 1974, Edmond, 1979, Nor Azian, 1994), pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesabuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan sama ada kakitangan dibawah pimpinannya, komuniti di dalam atah di sekitar sekolah, atau pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah ( Azizi Yahya et al). Sweeney (1982) pula membuat kesimpulan bahawa kepimpinan pengetua sekolah merupakan satu faktor yang signifikan ke atas keberkesanan sekolah kerana pengetualah yang menentukan suasana sekolah. 2

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif 1.4 Kepimpinan yang Berkesan

Menurut Stoghill (1974) pula menyatakan kepimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini disebabkan tingkah laku dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerja-pekerja di bawahnya. Selain itu, menurut Bennis (1985) pemimpin yang berkesan dikatakan dapat mengubah organisasi mereka daripada keadaan yang sedia ada kepada satu keadaan yang dinamik serta mempunyai matlamat pencapaian. Manakala kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi mencapai objektif dan matlamat (Wan Zahiddalam Che Nor, 1995).

2.0 Taktik Pimpinan yang Efektif Untuk menghasilkan kepimpinan yang efektif atau berkesan pelbagai taktik kepimpinan yang telah dilakukan antaranya ialah komunikasi berkesan, cara pembuatan keputusan, pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan rasional, taktik perundingan, bermotivasi, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah kejayaan sesuatu organisasi bergantung dicapai. kepada pemimpinnya, sekiranya pemimpin tidak mengamalkan taktik kepimpinan yang efektif maka matlamat dan objektif organisasi itu tidak akan berjaya untuk

2.1

Komunikasi Berkesan

Salah satu taktik kepimpinan yang efektif ialah komuniksai berkesan.Komunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah hubungan antara pekerja dan pemimpin. Komunikasi ini mahupun secara verbal ataupun non-verbal adalah amat penting kerana ia dapat memperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Hal ini kerana komunikasi yang wujud perlulah berkesan dan memberikan impak yang besar kepada orang bawahan pemimpin tersebut.Maka dengan itu seseorang pemimpin itu haruslah memiliki kemahiran berkomunikasi dengan baik untuk mengawal semua orang bawahan untuk menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Menurut Kamus Dewan 1989, m.s 648, komunikasi merujuk kepada perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan. Dapat dijelaskan maksud komunikasi disini ialah komunikasi merupakan satu kaedah yang dapat membolehkan seorang individu berhubung

3

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif secara terus atau dengan menggunakan perantaraan dengan individu yang lain. Perantaraan yang dimaksudkan itu contohnya seperti menggunakan asap untuk meminta pertolongan pada zaman dahulu. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang membolehkan masyarakat pada zaman dahulu berkomunikasi antara satu sama yang lain. Jika dilihat pada zaman sekarang, pelbagai medium perantaraan komunikasi yang dapat dilihat di sekeliling masyarakat. Dengan kecanggihan teknologi pada masa sekarang, pelbagai alat komunikasi dapat dilihat seperti telefon, surat, faks, emel dan sebagainya. Pada masa kini, komunikasi tanpa batasan merentasi dunia dapat memberikan banyak kelebihan kepada manusia dari segi perhubungan. Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlulah bersetuju dengan definisi istilahistilah yang digunakan berdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud (James A.F Stoner & Charles Wankel 1989). Hal ini bermakna komunikasi ialah suatu cara untuk manusia berhubung berdasarkan syarat bahawa menggunakan kaedah pertuturan ataupun isyarat yang difahami ramai dan dapat diterima umum. Kaedah pertuturan dan isyarat tersebut juga haruslah mengandungi atau dapat menyampaikan ideaidea yang ingin disampaikan kepada orang lain. Menurut Sulaiman Masri (1997), komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut. Komunikasi hanya akan dikatakan sebagai komunikasi apabila seseorang pengirim menghantar satu mesej kepada penerima menerusi satu alat atau kaedah tertentu atau suatu alat tertentu dan kemudiannya penerima memberikan maklum balas mesej tersebut dengan mentafsir mesej tersebut. Terdapat dua jenis komunikasi yang dapat dikesan iaitu komunikasi sehala dan komunikasi dua hala. Komunikasi sehala yang dimaksudkan ialah pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklum balas penerima. Selain itu, ia juga memerlukan tindakan yang dilakukan terus oleh penerima. Komunikasi dua hala pula dapat dilihat sebagai penerima memberikan maklum balas kepada pengirim. Selain itu, ia membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat. Tambahan lagi, ia membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul.

4

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif 2.1.1 Elemen Komunikasi

Terdapat beberapa elemen yang penting dalam komunikasi. Antaranya ialah pengirim, penerima, mesej, maklum balas, saluran, dan konteks. Pengirim atau penyampai merupakan elemen yang pertama. Penyampai merupakan individu yang menunjukkan perlakuan komunikasi sama ada lisan mahupun bukan lisan. Seterusnya, elemen yang kedua ialah penerima mesej iaitu individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat. Elemen yang ketiga ialah mesej. Mesej merupakan maklumat atau fakta yang difahami oleh penerima maklumat. Seterusnya elemen yang keempat ialah maklum balas.Maklum balas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej. Elemen yang kelima ialah elemen saluran iaitu media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej. Antara saluran yang paling asas yang kerap digunakan ialah melalui pendengaran dan penglihatan.Selain itu, wujud juga saluran-saluran tambahan seperti media elektronik, bahan cetakan dan sebagainya. Elemen yang terakhir ialah konteks. Konteks merujuk kepada situasi penyampai mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej contohnya seperti masa, persekitaran fizikal dan sebagainya.

2.1.2

Komunikasi Berkesan Seorang Pemimpin

Menurut Nik Rashid (1993), kepimpinan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, dan matlamat. Kepimpinan ialah satu percubaan untuk pengaruh-mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat. Hal ini bermakna kepimpinan seorang pemimpin turut mengambil kira pengaruh, komunikasi dan matlamat untuk mempengaruhi orang bawahan agar dapat bekerjasama dengan pemimpin untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh pengetua di sebuah sekolah. Pengetua disekolah perlu mempunyai pengaruh terhadap kakitangan dan guru-guru sekolah berkenaan agar dapat bersatu-padu untuk mencapai visi dan misi sekolah.Penglibatan semua pihak amatlah penting dalam usaha ini. Oleh yang demikian, kepimpinan seorang pengetua melalui proses komunikasi yang berkesan dapat menjadi titik tolak kepada usaha penyatupaduan dan proses pencapaian matlamat serta visi dan misi sekolah. Pendapat ini juga disokong melalui kenyataan yang dipetik daripada (Jaafar, 1996) yang menyatakan kepimpinan sebagai aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif sesuatu kumpulan. Kenyataan ini juga turut disokong dalam pendapat (Abdullah, 1998) yang menyatakan bahawa kepimpinan sebagai satu tingkah laku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup 5

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif dan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Sebagai contoh, seorang pemimpin didalam satu organisasi pendidikan seperti pegawai pendidikan di pejabat pelajaran.Kepimpinan seorang pegawai pendidikan di pejabat pelajaran mempengaruhi penjawat-penjawat lain untuk melakukan bahagian tugasan masing-masing secara suka rela dan senang hati untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan pegawai tersebut akan memberikan impak kepada proses pembangunan sistem pendidikan di kawasan tersebut. Maka dengan ini jelaslah bahawa kepemimpinan seorang pemimpin amat penting dalam satu-satu organisasi yang dapat memberikan impak positif kepada organisasi tersebut. Melalui komunikasi yang baik seorang pemimpin, ia dapat memberikan motivasi kepada orang bawahan sekaligus dapat mempengaruhi orang bawahan untuk menjalankan tugas dengan baik dan secara suka rela. Dapat dikenal pasti disini bahawa aspek komunikasi sangat dititikberatkan dalam kepimpinan seorang pemimpin.Menurut (Zelco dan Dance, 1965) pengurus-pengurus dalam organisasi-organisasi besar di Amerika Syarikat menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan komunikasi. Kenyataan ini telah membuktikan bahawa komunikasi merupakan elemen yang penting yang dititikberatkan bagi seorang pemimpin. Tambahan lagi, menurut Barnard (1938) juga menyatakan bahawa tugas pertama yang patut dilakukan oleh seorang eksekutif dalam organisasi ialah membentuk dan mengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik.Ia juga patut berusaha mewujudkan iklim komunikasi yang baik dalam organisasinya disamping menggalakkan pertumbuhan satu sistem komunikasi tidak formal yang baik.Merujuk kepada kenyataan ini, komuikasi amatlah penting dalam satu-satu organisasi.Malahan komunikasi tidak formal juga amatlah dititikberatkan dalam sesebuah organisasi kerana ikilim komunikasi yang baik dapat mewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin dengan orang bawahan. Menurut Jennings (1960) mendapati bahawa orang-orang yang dilantik menjadi presiden dalam organisasi adalah orang-orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi bersemuka yang baik.Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah amat penting kepada seorang pemimpin bagi berhadapan dengan ahli-ahli dalam organisasi dan juga masyarakat. Dalam pada itu, Jennings (1960) dalam kajiannya yang lain mendapati jika seorang presiden sebuah organisasi dipecat atas sebab utama tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi bersemuka yang baik. Kajian ini juga membuktikan kepentingan kemahiran berkomunikasi seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja menunjukkan kepentingannya yang tersendiri malahan juga menunjukkan impak yang positif dalam suasana ditempat 6

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif kerja.seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran berkomunikasi adalah pemimpin yang mudah didampingi dan dapat menceriakan perhubungan antara staf dan juga pemimpin. Hal ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada pemimpin itu sendiri malahan seluruh organisasi juga dapat merasai kelebihan memiliki pemimpin yang dapat berkomunikasi dengan baik. Perhubungan yang baik antara staf dan pemimpin dapat memastikan matlamat yang ingin dicapai akan dapat dicapai bersama-sama dan cepat. Hal ini kerana staf akan memandang tinggi dan hormat kepada pemimpin yang mesra kepada mereka. Dalam memastikan hubungan mesra ini dapat berkekalan, pemimpin harus belajar untuk memastikan hubungan antara setiap staf sama ada masa bekerja ataupun diluar masa bekerja adalah baik untuk mewujudkan keharmonian dalam hubungan antara staf dan pemimpin.

2.2

Taktik Pembuatan Keputusan

Kejayaan dan keberkesanan sebuah organisasi mahupun sekolah adalah dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat oleh pemimpinnya. Keputusan yang dibuat oleh seorang pemimpin akan memberi kesan baik atau buruk kepada sebuah organisasi atau sekolah. Robiah Sidin (1988) menyatakan pembuatan keputusan merupakan proses berfikir dan membuat pertimbangan berasaskan penganalisian terperinci tentang sesuatu situasi. Pada masa yang sama, ia adalah proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam berkaitan urutan aktiviti atau cara yang dapat digunakan sebagai tindakan atau penyelesaian sesuatu masalah. Ainon Mohd (2003) menyatakan akal adalah fitrah manusia untuk berfikir dan menjadi lumrah jika keputusan yang dibuat salah kerana tidak menggunakan logik akal. Oleh itu, pemimpin yang efektif akan membuat keputusan melibatkan semua pihak diri. Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa keputusan yang diambil bergantung kepada situasi yang mengelilingi individu atau kumpulan dalam membuat keputusan dan keberkesanan sesuatu keputusan dilihat dari segi kejayaan pelaksanaan keputusan tersebut. Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa sesuatu keputusan yang dibuat melibatkan risiko yang melibatkan masa depan yang sukar untuk diramal. Keadaan risiko yang wujud apabila sesuatu keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada kemungkinan hasil yang akan diperolehi. Penyataan ini disokong oleh Ab. Aziz Yusof (2004) menyatakan kejayaan pemimpin tidak akan terperangkap dalam sistem dan prosedur kerana keberanian mereka untuk mengambil risiko dan keluar daripada kepompong keselesaan. 7

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif Selain itu, pemimpin yang berani mengambil risiko adalah seorang pemimpin yang bersedia untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pencapaian keseluruhan organisasi dengan bertindak secara proaktif terhadap perubahan. Ab. Aziz Yusof (2004) menyatakan proses membuat keputusan yang baik memerlukan penelitian pelbagai alternatif. Setiap alternatif atau jalan tindakan mempunyai berbagai kemungkinan yang timbul. Keputusan yang diambil berdasarkan pelbagai alternatif supaya sesuatu keputusan dapat menepati situasi sebenar atau situasi yang dikehendaki. Oleh itu, membuat keputusan adalah satu proses pemilihan daripada beberapa alternatif yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin. Manakala, Jaafar (2000) menyatakan alternatif yang dirangka dan dirumuskan perlu dikongsi kepada semua untuk tujuan perbincangan dan maklumbalas. Apabila persetujuan dicapai ia akan dimenterai dan diedarkan untuk pengumuman dan seterusnya dilaksanakan. Seorang pemimpin yang fleksibel akan memilih alternatif paling efektif. Secara realiti, amalan pembuatan keputusan adalah sebahagian dari kehidupan setiap pemimpin. Walaubagaimanapun, setiap pemimpin mempunyai pendekatan atau cara yang berbeza dalam membuat keputusan untuk menghasilkan alternatif dan tanggungan risiko. Perbezaan pendekatan dalam membuat keputusan menyebabkan sesuatu keputusan yang dibuat berkesan atau tidak. Oleh itu, taktik pemimpin yang efektif melibatkan taktik membuat keputusan yang paling efektif terhadap organisasi. Dengan itu, pendekatan yang digunakan oleh seorang pemimpin perlu menimbangkan kesan kepada semua pihak (Abd. Aziz Yusof, 2004).

2.2.1

Jenis Cara Membuat Keputusan Empat jenis cara membuat keputusan dalam sesebuah organisasi iaitu gaya arahan,

gaya analitikal, gaya konseptual dan gaya gelagat (Ab. Aziz Yusof, 2004); 1) Gaya arahan Gaya ini lazimnya digunakan apabila seorang ketua menggunakan sedikit maklumat sahaja dalam membuat keputusan. Cara ini paling mudah dan jelas kerana tidak perlu mencari banyak alternatif. Pemimpin hanya menggunakan kedudukan mereka untuk mengarahkan sumber manusia atau pekerja menyiapkan sesuatu tugasan dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, Guru besar atau pengetua mengarahkan guru dan stafnya untuk menjalankan audit disiplin berkaitan disiplin pelajar.

8

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif

2) Gaya Analitikal Gaya ini memerlukan pertimbangan semua alternatif dicadangkan untuk mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik. Gaya ini biasanya diaplikasikan semasa menyelesaikan masalah kompleks. Pemimpin akan mengatasi masalah atau konflik dengan cara menganalisis punca masalah secara berhati – hati bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Contohnya, pemimpin mengadakan mesyuarat dalam membincangkan masalah disiplin pelajar. Pengetua atau guru besar boleh meminta guru – guru memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah disiplin di sekolah. Hasil dari cadangan tersebut, pengetua akan menghasilkan satu idea baru hasil dari kombinasi cadangan- cadanagan yang diberikan. 3) Gaya konseptual Gaya konseptual berorentasikan sosial dan cenderung utnuk mencari penyelesaian secara kreatif. Sebagai contoh dalam pembangunan staf, strategi pembangunan staf, pemilihan staf dan sebagainya dengan mengambil pandangan pelbagai penyelesaian terbaik. Pengetua atau guru besar boleh membuat keputusan berdasarkan gaya konseptul dalam mengurus dan mentadbir sumber manusia di dalam sekolah. 4) Gaya Gelagat Gaya ini lebih mengutamakan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat. Setiap ahli diberi peluang untuk mengutarakan cadangan atau idea mereka. Selepas itu, alternatif akan dibuat berdasarkan keputusan majoriti. Misalnya, seorang pengetua atau guru besar mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan sesuatu masalah dan keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan majority. Pemimpin yang tidak efektif ialah pemimpin yang membuat keputusan dalam keadaan tertekan dan melibatkan emosi. Kesanya, keputusan yang dibuat hanya memberi keuntunan kepada sesetengah pihak sahaja. Chek Mat (2003) menyatakan dalam membuat keputusan, emosi akan dilibatkan secara langsung. Emosi memainkan peranan bagi memilih pertimbangan terhadap kepentingan keputusan yang dibuat dalam organisasi. Kadangkala emosi sering menggangu apabila seseorang mengambil tindakan untuk membuat keputusan. Menurut Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam melakukan

9

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif sesuatu perkara. Selaras dengan itu, pemimpin juga terlibat secara langsung menghadapi gangguan emosi. Justeru apabila seorang pemimpin membuat keputusan dengan emosi, maka ini turut memberi kesan kepada individu dalam kumpulan organisasi. Abdul Aziz Yusof (2004) mengatakan guru besar membuat keputusan berasaskan andaian atau persepsi keputusan tanpa mengambil kira kepintaran emosi yang dimiliki. Kebanyakkan guru besar tidak akan mempertahankan keputusan apabila menerima kritikan dari beberapa pihak. Situasi ini kerap berlaku dalam sebuah sekolah kerana guru besar tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam mempertahankan keputusan yang telah dibuat. Kritikan ini menjadi beban dan tekanan kepada guru besar. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Fiedler (1967) dalam Lynne millward (2005) menyatakan bahawa kebanyakan keputusan kritikal dalam kepimpinan dibuat di bawah situasi tekanan dan terdesak. Keadaan ini disebabkan oleh faktor masa yang menyebabkan keputusan yang dibuat dilakukan secara ad hoc. Justeru, pemimpin yang berkesan perlu menimbangkan risiko keputusan yang dibuat. Selain itu, punca masalah perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Selepas itu, alternatif dan cara yang sesuai perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan keputusan yang muktamad. Kepintaran emosi perlu dalam membuat keputusan kerana emosi akan mempengaruhi keputusan. Pada masa yang sama, tekanan perlu dielakkan dalam membuat keputusan kerana keputusan yang dibuat dalam situasi tekanan adalah keputusan yang tidak efisyen.

2.3

Taktik Pengawalan Tekanan

Pengawalan tekanan merupakan taktik kepimpinan efektif. Hal ini kerana kegagalan mengawal tekanan akan memberi kesan yang buruk kepada diri, staf dan organisasi. Pemimpin yang tertekan akan memberikan tekanan kepada pekerja dalam organisasinya. Tekanan yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan hubungan antara pemimpin dan pekerja terjejas. Akibatnya, hubungan antara pemimpin dan pekerja rengang dan matlamat organisasi kurang tercapai. Namun begitu, setiap manusia termasuk pemimpin mahupun pekerja tidak akan terlepas dari tekanan. McGrath (1976) dalam Wanihim Othman (2002) menegaskan, tekanan yang berpatutan adalah perlu untuk meningkatkan prestasi organisasi tetapi, tekanan yang tidak mampu dikawal akan menyebabkan seseorang mengalami gejala yang boleh mempengaruhi kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, pemimpin yang efektif mampu mengawal tekanan. Hans Selye merupakan bapa pelopor kepada kajian tekanan. Beliau mengibaratkan tekanan adalah serupa dengan mati. Kesan akibat terlalu banyak tekanan boleh 10

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif menghasilkan pelbagai simptom negatif yang boleh mengganggu prestasi dan kepuasan kerja. Hans Selye (1979) dalam Wanihim Othman (2002) menyatakan tekanan adalah tindakbalas yang spesifik oleh tubuh terhadap sebarang ransangan atau permintaan yang melebihi tahap keupayaan. Tekanan juga melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melebihi keupayaannya. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan dengan keadaan dan memerlukan usaha lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dengan alam sekelilingnya. Menurut Sabitha Marican (1999) menyatakan tekanan adalah satu tindakbalas pada satu punca tekanan, rangsangan atau satu suasana yang menjejaskan keadaan fisiologi seseorang individu. Tekanan merupakan lumrah kehidupan dan kenyataan hidup. Setiap insan akan menghadapi tekanan dan masalah dalam kehidupan. Punca tekanan di kalangan pemimpin disebabkan oleh tekanan kerja pengurusan. Tekanan kerja pengurusan merupakan satu keadaan di mana tuntutan dari persekitaran kerja yang menjadi tinggi dan terlalu mendesak sehingga mengatasi paras kemampuan seseorang. Fenomena tekanan sering dilihat sebagai suatu reaksi individu terhadap ciri- ciri persekitaran kerja yang dianggap akan menggugat dirinya. Perkara ini berlaku kerana terjadi satu padanan antara keupayaan seseorang dengan beban kerja yang ditanggung tidak seimbang. Kurang upaya ini mungkin disebabkan oleh persekitaran kerja seperti beban kerja berlebihan atau individu itu sendiri tidak mempunyai kebolehan atau kelengkapan dalam memikul tugas dan tanggungjawab tersebut (Maturi R, 1992 dalam Sabitha marican, 1999). Selain itu, faktor yang menyebabkan tekanan dikalangan guru dan pengetua adalah lebihan tugas, masalah kewangan, kekurangan peralatan sekolah dan kekurangan kemudahan sekolah. Hal ini dijelaskan dalam kajian punca tekanan di kalangan pengetua sekolah bestari. Hasil kajian tersebut mendapati punca tekanan bermula dari pengurusan sekolah. Tekanan pengurusan sekolah di kalangan pengetua sekolah bestari ialah lebihan tugas, masalah kewangan, kekurangan infrastruktur sekolah mempengaruhi tekanan di kalangan pengetua. Namun, faktor demografi seperti jantina dan pengalaman bertugas tidak mempunyai kaitan dengan tahap tekanan di kalangan pengetua sekolah bestari (Wanihim Othman, 2002). (Anthony Yeo dalam Abd. Malek Abd. Rahman, 2000). Rohaty (1988) dalam Raja Azrul Hisham (2000) memberi pengertian tekanan satu ketidakseimbangan dalam individu yang disebabkan oleh kekecewaan, konflik dan tekanan daripada persekitaran sosial dan psikologi. Jika kekecewaan, konflik dan tekanan daripada persekitaran sosial dan psikologi tidak dikawal dengan baik akan memberi beberapa gejala seperti gejala fizikal, emosi, intelektual, dan gejala antara peribadi. Tanda-tanda fizikal bagi seseorang yang mengalami 11

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif tekanan ialah sakit kepada, gangguan tidur, sakit belakang, dan pinggang, mengetap rahang atau mengisar gigi, sembelit, cirit-birit atau colitis, ruam kulit, sakit otot terutama leher dan tidak bermaya . Hal ini disebabkan oleh gerakbalas fisiologi yang diwujudkan oleh agen-agen persekitaran. Pada masa yang sama, Gejala emosi seperti resah atau risau, kemurungan atau mudah menangis, pertukaran perasaan, mudah marah dan rasa rendah diri turut dirasai. Hal ini disebabkan oleh kegagalan keupayaan mental dan emosi mengatasi ancaman situasi menyebabkan ketegangan yang berpanjangan seterusnya mempengaruhi psikologi (Wanihim Othman, 2002). Tekanan boleh menyebabkan gejala Intelektual dari segi masalah penumpuan terhadap kerja, sukar buat keputusan, cepat lupa, keliru, ingatan lemah, angan-angan berlebihan, leka dengan sesuatu idea, hilang naluri humor, produktiviti berkurangan, kualiti kerja menurun, peningkatan melakukan kesilapan dan pertimbangan yang lemah. Keadaan ini boleh mengganggu prestasi kerja. Tambahan lagi gejala antara peribadi seperti menunjukkan tanda-tanda tidak percaya kepada orang lain, menyalahkan orang lain, tidak menghadiri temujanji atau mesyuarat atau membatalkan temujanji atau mesyuarat dalam tempoh yang singkat, mencari kesalahan atau serangan secara lisan, sikap terlalu mempertahankan diri dan memberi layanan senyap kepada orang lain akan mengganggu hubungan antara pekerja dan majikan. (Wanihim Othman, 2002). Tekanan tidak boleh dielakkan tetapi boleh diurus untuk mengurangkan risiko negatif. Pemantapan Kestabilan emosi dan meningkatkan keyakinan diri kearah kesejahteraan, kecemerlangan dan ketenangan hidup adalah merupakan cara yang perlu dibuat untuk mengurangkan tekanan (Abd, Malek Hj. Abd. Rahman, 2000). Antara cara yang boleh dipertimbangkan untuk mengawal tekanan oleh seorang pemimpin ialah mengurus sumber manusia. Komunikasi berkesan amat penting dan perlu diamalkan oleh seorang pemimpin. Sebagai Pemimpin, persekitaran kerja yang adil, bebas, selamat dan selesa kepada pekerja perlu disediakan. Persekitaran yang selesa akan mengurangkan tekanan kepada pemimpin dan pekerja dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang harmoni di tempat kerja. Apabila keselesaan wujud di tempat kerja, kakitangan akan memberikan sokongan padu kepada pihak pentadbiran. Sebagai contoh pengetua boleh menyediakan satu suasana sekolah yang kondusif bagi mewujudkan hubungan antara guruguru, staf dan pelajar. Keadaan ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara pengetua dengan guru dan staf serta pelajar. (Wanihim Othman, 2002). Selain itu, bagi mengatasi masalah bebanan kerja berlebihan, seorang pemimpin perlu bijak mengagihkan tanggungjawab kepada pekerja. Keadaan boleh mengurangkan tekanan bebanan kerja dialami oleh seorang pemimpin. Sebagai contoh pengetua yang 12

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif dibebani oleh pengurusan kewangan boleh mengagihkan kerja pengurusan kewangan.

Pengetua boleh mengagihkan kerja kepada penolong kanan, ketua-ketua jabatan, guru kanan mata pelajaran dan kerani. Selain itu, pengetua perlu menyediakan senarai tugas dan menerangkan secara jelas kepada pihak berkenan dan memastikan semua pihka berkenaan melaksanakan tugas mengikut strategi dan peraturan yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, pengetua perlu memberikan bantuan dan bimbingan kepada pekerjanya (Wanihim Othman, 2002). Kesimpulanya, taktik mengawal tekanan perlu dalam sebuah organisasi. Pemimpin yang berkesan perlu bijak dalam mengawal tekanan agar tekanan yang dihadapinya tidak memberikan tekanan kepada pekerja dalam organisasi. Selain itu, pemimpin perlu mengawal tekanan dengan cara mencari punca kepada tekanan yang dihadapi. Selepas itu, perancangan seperti pengagihan tugas kepada pekerja boleh mengurangkan beban tugasan seorang pemimpin. Tambahan lagi, suasana harmoni perlu diwujudkan di dalam organisai supaya hubungan antara pekerja dan pemimpin menjadi erat dan sekaligus mengurangkan tekanan di tempat kerja.

2.4

Taktik Pujukan Rasional

Selain itu, taktik pujukan rasional juga merupakan salah satu taktik kepimpinan yang efektif. Menurut Asep Suryana (2010), taktik Pujukan Rasional adalah suatu taktik mempengaruhi orang bawahan dengan menggunakan alasan-alasan yang logik atau data-data faktual untuk memujuk orang, yang mana permintaan atau keinginan yang dikehendaki akan dapat dilaksanakan dan menghasilkan keputusan yang diinginkan. Selain itu, taktik pujukan rasional dapat dikaitkan dengan aspek komunikasi. Hal ini disokong oleh Miller, G.R. (1980) yang menyatakan maksud kepada taktik pujukan rasional dari segi komunikasi adalah mana-mana mesej yang ingin disampaikan bertujuan untuk mengukuhkan, membentuk, atau mengubah respon orang lain. Kadang-kadang mesej tersebut diubah melalui transaksi simbolik, yang dikaitkan dengan keadaan secara tidak langsung dan memaksa kepada sebab dan emosi kepada matlamat. Secara umum, pujukan merujuk kepada aktiviti komunikasi yang mempunyai perantaraan. Pemujukan dari segi komunikasi boleh disasarkan kepada: a) Kognisi – pujukan boleh digunakan untuk mengubah kepercayaan tentang sesuatu perkara atau isu, yang mana termasuk sifat, interpretasi, definisi, hasil dan lain-lain.

13

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif b) Sikap – pujukan boleh digunakan untuk mengubah sikap individu terhadap perkara atau isu, merujuk kepada mengkategorikan perkara atau isu bersama dengan menilai dimensi daripada negatif kepada positif c) Tingkah laku – pujukan boleh digunakan untuk mengubah tingkah laku individu yang mana tindakan terang-terangan mengambil perhatian menangani isu atau perkara. Oleh sebab itu, bagi mewujudkan suatu situasi pujukan rasional ada individu yang mempunyai peranan sebagai pemujuk kepada individu lain. Menurut Maria Merry Marianti (2011) bahawa Hughes et al, (2009) menjelaskan situasi kepada pujukan rasional akan berlaku sekiranya ada individu yang memainkan peranan untuk mempengaruhi individu lain dengan menggunakan alasan yang logik dan bukti-bukti yang nyata agar individu tersebut terpengaruh dan tertarik. Hal ini menunjukkan bahawa taktik Pujukan Rasional digunakan bertujuan untuk mempengaruhi orang lain. Namun begitu, ia perlu memiliki ciri-ciri tertentu iaitu dari segi hujah yang logik, fakta maklumat yang meyakinkan orang lain, dan memberi keyakinan tindakan tertentu akan membawa hasil tertentu. Hujah-hujah yang logik adalah lebih cenderung bagi individu yang mempunyai tingkah laku yang mudah dipengaruhi oleh pemikiran berbanding emosi (Grodnitzky, G. 2004). Cable D.M., Judge T.A. (2003) dan Wiggins (1996) menyatakan bahawa dari segi emosi merupakan suatu kenyataan bahawa emosi seseorang individu perlu tenang, terjamin, dan tidak gementar bagi mengukur tahap emosi yang stabil berdasarkan pujukan rasional. Kebiasaannya individu yang tenang, terjamin, dan stabil, akan lebih memilih kepada logik, seterusnya mampu melaksanakan pujukan rasional apabila ingin mempengaruhi individu lain. Hal ini kerana dari segi emosi, individu perlu dalam keadaan stabil yang tinggi meliputi sikap tenang, yakin, dan tidak gementar. Sebaliknya, individu yang menghadapi kestabilan emosi yang rendah lebih kepada keadaan yang risau, malu, dan tertekan. Kajian yang dilakukan oleh Cable D.M, Judge T.A (2003) dalam “Manager’s Upward Influence Tactic Strategies” mengambil pendapat daripada Morelli dan Andrews (1980) bahawa rasa bimbang yang terlalu akan menyebabkan individu kurang minat untuk memegang pandangan rasional dalam bentuk nombor respek. Dalam erti kata lain, tingkat kerisauan dan bimbang serta negatif emosi yang dimiliki oleh seseorang individu akan dapat dikenal pasti. Oleh itu, individu lain perlu membantu mereka supaya dapat digalakkan dan diberikan inspirasi dan ilham bagi menghadapi rasa kebimbangan tersebut.

14

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif Di samping itu, taktik pujukan rasional dapat dikaitkan sebagai sebuah interaksi sosial antara individu. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan Bruce Chapman (2000) bahawa pujukan rasional adalah suatu interaksi sosial dan pilihan sosial yang mana keduadua adalah munasabah dan sensitif terhadap isu-isu yang memisahkan antara dua pihak sama ada antara pihak atasan selaku ketua dan pihak bawahan. Pujukan tersebut dikatakan sebagai suatu petunjuk kepada kerasionalan secara kolektif. Dalam isu mengenai sosial berbanding pilihan individu, idea mengenai munasabah dan sensitif berdasarkan pilihan adalah lebih baik digunakan. Sebagai seorang pemujuk rasional, pemilihan kepada cara munasabah dan sensitif adalah lebih baik dalam proses pujukan rasional. Dalam proses memberikan hujah secara pujukan rasional, ia menunjukkan masalah pilihan sosial yang sebenar di mana ia berlaku antara individu yang berbeza, dalam suatu keadaan sosial berbeza, kemudian mewujudkan suatu situasi konflik. Oleh sebab itu, dengan perkongsian sebab ia membolehkan wujudnya mekanisma penyelesaian terhadap keutamaan dalam perbezaan sosial. Pujukan rasional akan dapat diwujudkan apabila kedua pihak mengambil langkah untuk “berfikir bersama”. Kedua pihak akan memilih jalan terbaik, skema konseptual secara bersama, bagi menimbulkan suatu keputusan yang boleh secara rasional dikongsikan bersama dalam keutamaan yang telah dimulakan (Bruce Chapman, 2000). Oleh itu, bagi mendapatkan hasil baik daripada proses pujukan ia melihat juga kepada kaedah atau cara seorang pemimpin untuk menggunakan taktik pujukan rasional secara berkesan. Grodnitzky, G. (2004) ada menyenaraikan tentang tatacara bagaimana seseorang pemimpin menggunakan pujukan rasional: a) Pertama adalah dengan menerangkan mengapa objektif perlu dicapai. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan komitmen daripada individu yang dipujuk terhadap objektif. Individu perlu tahu mengapa ia perlu dicapai dan mengapa ia adalah penting. b) Kedua ialah menerangkan bagaimana pengikut akan mendapat manfaat daripada objektif yang dicapai. Ini dilakukan dengan mencuba untuk memikirkan pihak-pihak lain yang kerap bertanya soalan “apa yang ada untuk saya?” c) Ketiga, menyediakan bukti bahawa matlamat tersebut akan dapat dicapai. Seterusnya, mengingatkan bahawa dengan melihat akan boleh mewujudkan kepercayaan. Hal ini boleh dilaksanakan dengan memberikan butir-butir, sediakan pelan langkah, mengenai bagaimana yang lain telah mencapai objektif.

15

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif d) Keempat adalah menerangkan bagaimana masalah-masalah yang berpotensi, dan kekhuatiran akan dapat ditangani. Berfikir menerusi masalah yang berpotensi dan kekhuatiran yang mungkin timbul bersama mereka dalam pujukan rasional. Jangan hiraukan kekhuatiran lain atau gunakan pernyataan seperti; “perkara ini tidak akan berlaku” atau “kita tidak perlu risau mengenainya”. e) Terakhir adalah sekiranya ada yang bersaing untuk menemui objektif, terangkan mengapa cadangan anda lebih baik daripada yang lain. Buat sedikit pengkajian. Oleh itu, anda perlu mahir mengenai persaingan.

2.5

Taktik Perundingan.

Tambahan lagi, taktik perundingan juga merupakan taktik kepimpinan yang efektif. Dalam kajian Keberkesanan Amalan Pengurusan Perundingan dalam Organisasi Pendidikan yang dilaksanakan oleh Jamaliah Ngah Dimin (1999) mengambil definisi perundingan daripada Lewicki R. J (1992) bahawa ia dianggap sebagai suatu proses yang formal dan berlaku apabila pihak yang terlibat cuba untuk mencari jalan penyelesaian antara mereka. Penyelesaian yang perolehi perlu diterima kedua belah pihak dan mampu untuk mencari jalan kebaikan kepada masalah yang timbul sebagai contoh masalah konflik yang wujud antara pengurus dengan orang bawahannya. Individu-individu yang bekerja dalam bidang kewangan dan perakaunan adalah lebih cenderung untuk menggunakan taktik yang menekankan perundingan (Cable D.M, Judge T.A, 2003). Jamaliah Ngah Dimin (1999) menyatakan bahawa Schoonmaker (1989)

mendefinisikan perundingan sebagai suatu kaedah yang digunakan untuk membolehkan persetujuan dapat dicapai dengan menggunakan elemen koperatif dan persaingan. Elemen koperatif menurut Schoonmaker membawa maksud bahawa kedua belah pihak berkehendak yang sama iaitu ingin mencapai persetujuan. Bagi elemen persaingan pula, kedua belah pihak bersaing antara mereka bagi mencapai keputusan atau hasil yang baik untuk diri mereka. Oleh itu, seharusnya dengan perundingan kedua-dua pihak yang terlibat perlu membuat keseimbangan bagi kedua-dua elemen supaya keputusan baik akan dapat diperolehi. Sesuatu perundingan tidak wujud begitu sahaja. Akan tetapi ada beberapa keadaan yang membolehkan proses perundingan itu berlaku. Jamaliah Ngah Dimin (1999)

16

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif menyatakan bahawa daripada Robin dan Brown (1975) dan Lewicki (1992) ada memberikan beberapa keadaan yang perlu wujud sebelum proses perundingan berlaku, iaitu: a) Ia perlu melibatkan dua atau lebih pihak, sama ada individu, kumpulan atau organisasi yang wujudnya konflik kepentingan antara mereka sebagai contoh pemimpin dengan yang dipimpin. b) Pihak terlibat berunding untuk mencari “deal” yang lebih baik. c) Perundingan berlaku bila tiada peraturan atau prosedur yang tetap atau sistem sebagai contoh dalam mengatasi konflik yang berlaku antara dua pihak. d) Apabila berunding mesti ada jangkaan satu pihak memberi dan pihak lain menerima. Dalam proses memulakan perundingan, adalah lebih baik individu yang terlibat dalam proses tersebut memiliki aspek kemahiran yang amat penting bagi mencapai hasil baik. Menurut Covey (1996) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999), Kemahiran yang diambil kira ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini termasuklah kemahiran mendengar dan bertutur. Dalam perhubungan interpersonal, kegagalan muncul apabila tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi mendiagnosis terhadap masalah yang dihadapi untuk meningkatkan kefahaman kepada permasalahan tersebut. Prinsip ini adalah merujuk kepada komunikasi interpersonal yang berkesan. Robinson (1995) menyatakan pula bahawa kemahiran berinteraksi di antara pihak yang terlibat adalah penting untuk perunding mencapai maksud kandungan yang akan dirundingkan (Jamaliah Ngah Dimin, 1999). Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Sheridan,S.M and Colton,D.L (1994) menunjukkan bahawa taktik perundingan digunakan dalam persekitaran sekolah. Taktik Perundingan yang dilakukan di sekolah lebih kepada bagaimana mewujudkan komunikasi antara ibu bapa, pelajar, dan pihak sekolah dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pendidikan. Sebagai contoh, sebuah model dilaksanakan yang mana ia mempunyai perkaitan dengan perundingan. Model tersebut adalah Perundingan bergabung Tingkahlaku (Conjoint Behavioral Consultation (CBC)) yang ditakrifkan sebagai satu bentuk yang sistematik, penyampaian perkhidmatan secara tidak langsung, yang mana ibu bapa dan guru bersama-sama menjalinkan kerjasama dalam menangani keperluan akademik, sosial, atau tingkah laku seseorang individu yang mana kedua-dua pihak memikul beberapa tanggungjawab (Sheridan & Colton, 1994). Ia direka bentuk bagi membolehkan kerjasama antara ibu bapa dan pihak guru dalam menyelesaikan permasalahan serta kerjasama dalam memproses dengan bantuan seorang perunding. Melalui CBC, wujudnya pertalian/ perhubungan antara 17

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif sekolah dan rumah (pihak ibu bapa) adalah amat penting. Model perundingan ini akan menyediakan perkhidmatan lebih awal dalam proses kerjasama dalam perundingan antara ibu bapa dan guru secara serentak. Di samping itu, terdapat elemen-elemen tertentu yang perlu ada dalam sesebuah perundingan. Elemen-elemen tersebut penting untuk diketahui supaya proses perundingan yang akan berlangsung akan dapat dikenal pasti dan mampu untuk mencapai persefahaman kedua belah pihak seterusnya mencapai matlamat yang diingini. Hal ini dinyatakan Thompson Leigh (1998) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999) bahawa elemen-elemen berikut perlu dikenal pasti sebelum proses perundingan diadakan. Elemen tersebut ialah: a) Pihak yang terlibat b) Isu-isu yang akan dibincangkan c) Alternatif/ pilihan bagi setiap isu yang bakal diselesaikan d) Kepentingan iaitu keperluan asas yang dimiliki oleh perunding dan kedudukan iaitu kehendak yang dinyatakan oleh perunding dalam sesuatu isu. e) Proses perundingan f) Hasil perundingan

2.6

Bermotivasi

Taktik kepimimpinan yang efektif juga berkait rapat dengan motivasi. Kepimpinan dan motivasi merupakan inti kepada keberkesanan sesebuah organisasi (Che Nor, 1995). Motivasi merujuk kepada memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat atau melakukan sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki (Sonia dan Catherine, 2009). Seorang pemimpin perlu mengetahui dan memahami pekerja bawahan sebelum memberi sebarang tugasan. Tindakan ini dapat membantu pemimpin untuk mengetahui cara untuk membuatkan pekerja bawahannya dapat melakukan tugasan dengan bermakna. Dalam erti kata lain, pekerja bawahan dimotivasikan oleh pemimpin supaya mereka dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan lebih baik dan mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh pemimpin itu sendiri. Pemimpin juga terpaksa menghadapi cabaran dalam mengenalpasti faktor-faktor motivasi pekerja bawahan berbanding menjalankan tugas dalam pengurusan sesebuah organisasi.

18

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif Dalam model Sosial manusia dimotivasikan berdasarkan keperluan sosial, persahabatan dan penerimaan orang lain terhadap diri individu tersebut (Mayo, 1933). Pada asasnya, motivasi dapat diberikan melalui hubungan yang terjalin antara manusia. Kedua, manusia bersikap responsif terhadap penekanan yang diberikan kepada kumpulan atau individu yang boleh dijadikan teladan. Ketiga, pekerja akan bersikap responsif terhadap pihak pengurusan apabila pihak pengurusan iaitu pemimpin menghargai pekerja dengan menerima pandangan dan pendapat mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Sementara itu, model ekonomi rasional menurut Taylor (1947) menyatakan bahawa manusia akan bermotivasi dalam sesuatu kerja apabila mereka bertindak untuk memaksimumkan kedudukan kewangan atau dijanjikan sesuatu ganjaran. Manusia juga akan menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan. Di samping itu, Maslow (1943) mengaitkan motivasi dengan Hierarki Keperluan Maslow. Misalnya pekerja akan berusaha keras dalam mencapai kedudukan dan pangkat yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, mereka akan bekerja dan berusaha membangunkan kemahiran. Pekerja yang bermotivasi dan mempunyai kawalan diri dapat mencapai matlamat dan berjaya dalam kerjaya. Selain itu, kajian ke atas pembangunan manusia terutamanya rohani manusia merupakan suatu bentuk yang boleh mewujudkan motivasi seterusnya menghasilkan perasaan yang membuatkan seorang manusia menzahirkannya dalam bentuk kelakuan dan tindakan dalam mencapai sesuatu matlamat (Csikszentmihalyi, M ,1990). Bagi McGregor’s (1960) teori X dan teori Y yang dikemukakan oleh beliau berkaitan dengan kepercayaan pemimpin terhadap motivasi yang ada pada pekerja bawahannya. Hal ini kerana motivasi wujud pada pekerja yang dilabelkan sebagai pekerja Y manakala pekerja yang kurang atau tidak bermotivasi dilabelkan sebagai pekerja X. Motivasi dalaman juga wujud daripada pegangan atau kepercayaan pemimpin (Fry, 2003). Model yang dicipta oleh Fry mengandungi konsep yang membezakan antara harapan dengan kepercayaan serta visi dengan misi. Tambahan pula McClelland (1961) menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada individu yang mempunyai motivasi yang mendorong kepada pencapaian yang tinggi. Antara ciri-ciri individu yang bermotivasi ialah sikap suka membuat kerja yang berkaitan dengan pencapaian, pengambil risiko yang sederhana, bersikap lebih suka membuat sesuatu kerja dan bertanggungjawab terhadap pencapaian kejayaan kerja tersebut, suka mendapat maklum balas tentang sesuatu pencapaian, lebih mementingkan masa depan

19

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif daripada masa sekaang dan masa yang telah berlalu serta tabah daalm menempuh kegagalan dalam kehidupan. Gaya kepimpinan pemimpin juga sering dikaitkan dengan motivasi pekerja pemimpin itu sendiri (Nickson 1982). Adair (1989) pula mengatakan bahawa gaya kepimpinan seorang pemimpin dapat menimbulkan motivasi orang bawahannya. Dalam bidang pendidikan, kajian yang telah dilakukan oleh Silver (1982) mendapati bahawa pengetua memainkan peranannya dalam memotivasikan guru-guru di sekolah. Kepimpinan yang baik dapat melahirkan pekerja-pekerja yang bermotivasi seterusnya pemimpin dapat berusaha bersama-sama dalam mencapai tujuan atau kejayaan sesuatu tugasan. Pekerja yang bermotivasi dapat memberi impak yang positif kepada rakan sekerja seterusnya membawa kejayaan kepada organisasi itu sendiri. Sebaliknya, pemimpin yang kurang bermotivasi akan memberi kesan langsung kepada organisasi terutama pekerja bawahannya. Pemimpin merupakan cerminan kepada pekerja bawahannya. Segala tingkah laku dan sikap pemimpin tersebut akan menjadi contoh dan teladan kepada pekerja bawahannya. Oleh itu, pemimpin harus sentiasa bermotivasi bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai pendorong kepada motivasi pekerjanya. Motivasi pekerja sering dikaitan dengan gaya kepimpinan pemimpin yang bermotivasi dalam sesebuah organisasi. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dalam jurnal ‘Hubungan di Antara Kepimpinan dengan Motivasi Guru-guru Sekolah Berasrama Penuh di Wilayah Persekutuan’ bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perkaitan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru-guru di sekolah. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa pemimpin sekolah iaitu pengetua yang bermotivasi yang mengamalkan pendayautamaa struktur yang tinggi dan bermotivsi dapat mewujudkan motivasi dalam kalangan guru-guru. Seterusnya, McGregor (1960) turut mengemukakan teori motivasi dan teori beliau sangat popular dalam kalangan pengurus dan pentadbir dalam sesebuah organisasi. Dalam teori motivasi beliau, Teori X dan Teori Y diperkenalkan daalm melihat motivasi dan kelakuan manusia dalam sesebuah organisasi. Pendekatan teori ini memberi penjelasan mengenai pandangan pihak pengurusan terhadap pekerja secara authoritarian atai demokrasi. Dalam memotivasikan pekerja yang berpegang kepada Teori X, pemimpin perlu menggunakan gaya kepimpinan authoritarian. Hal ini kerana golongan pekerja tersebut memerlukan pemimpin yang bersikap autokratik dengan cara paksaan dan pemberian hukuman. Manakala pemimpin yang membawa pendekatan Teori Y perlu menggunakan pendekatan berbentuk psikologi kerana pendekatan ini dapat meningkatkan motivasi pekerja. Ini kerana pemimpin itu sendiri berpegang kepada Teori Y iaitu motivasi sesorang 20

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif individu tersebut wujud daripada diri individu tersebut. Oleh itu, pemimpin dapat menggunakan pendekatan psikologi sebagai satu platform untuk mewujudkan motivasi pekerja bawahannya.

2.7

Bertanggungjawab

Taktik lain yang diamalkan oleh seorang pemimpin untuk menghasilkan kepimpinan yang efektif ialah taktik bertanggungjawab. Seorang pemimpin bertanggungjawab ke atas pekerja bawahannya. Dalam situasi sebenar, pemimpin bertanggungjawab menjalankan tugasannya dengan memberi tunjuk ajar kepada pekerja bawahan dan pada masa yang sama menjalani proses pembelajaran dari persekitaran serta bertanggungjawab menguruskan kesemua sumber seperti sumber manusia di sekolah. Pada masa yang sama, pemimpin bertanggungjawab untuk menglibatkan diri dalam kumpulan kerja yang ditubuhkan oleh ketua atasan dalam membincangkan tugasan atasan seperti penetapan polisi kerajaan ke atas institusi pendidikan (Sonia dan Catherine, 2009). Dalam bidang pendidikan, pengetua bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang dijalankan di sekolah (Rosenblum, 1980). Tanggungjawab seseorang pengetua juga bukan sahaja kepada kepimpinan kepada organisasi sekolah malahan merangkumi kepada perubahan budaya dan iklim sekolah, tahap profesionalisme dan moral guru-guru, prestasi dan pencapaian pelajar-pelajar sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta kajayaan sesebuah sekolah tersebut di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah dan negeri. Tambahan pula terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kemajuan sekolah (Atan Long et al, 1991). Antara faktor yang disarankan oleh Atan Long et al (1991) ialah mengamalkan tanggungjawab bersama. pengetua dan kakitangan sekolah bertanggungjawab menjalankan tugas masing-masing berdasarkan bidang kuasa yang telah ditetapkan. Pengetua juga perlu bersikap pragmatis dan pada masa yang sama semua kakitangan sekolah tanpa mengira pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlu bertanggungjawan, berdedikasi, bermotivasi dan berketrampilan dalam melaksanakan tugas yang diberikan.Mekanisme penyeliaan berkesan juga perlu diwujudkan supaya pemantauan terhadap pencapaian sekolah dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Faktor terakhir ialah agihan kuasa yang baik iaitu setiap subordinat dalam organisasi sekolah memahami dan menjalankan tugas berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

21

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif Dalam Islam pula pemimpin yang bertanggungjawab ada disebut dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ‘Setiap kamua adalah pemimpin dan mestilah bertanggungjawab di atas kepimpinan kamu. Seseorang pemimpin (ketua) yang memimpin orang ramai adaalh bertanggungjawab di atas kepimpinannya. Suami adalah pemimpin bagi setiap ahli keluarganya dan bertanggungjawab di atas apa yang dipimpinnya. Isteri adalah pemimpin dan bertanggunjawab daalm urusan rumahtangga suaminya. Hamba bertanggungjawab ke atas harta tuannya. Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinan kamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasarkan Riwayat Bukhari dan Muslim, setiap manusia yang ada di muka bumi ini merupakan pemimpin yang mempunyai tanggungjawab dan setiap pemimpin perlu bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Riwayat ini juga merujuk kepada manusia yang menjadi pemimpin mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul. Salah satu tanggungjawab yang dimaksudkan ialah tanggungjawab pemimpin ke atas orang bawahan atau pekerja bawahannya. Pemimpin bukan sahaja perlu memimpin pekerja bawahannya malahan pada masa yang sama pemimpin perlu menjaga kebajikan pekerja bawahannya. Oleh itu, pemimpin bukan sahaja perlu tanggung tetapi pemimpin juga perlu dapat jawab segala persoalan sama ada berkaitan dengan organisasi atau pekerja yang dipimpinnya. Jurnal ‘Preparing Teacher Leaders: Perceptions of the Impact of a Cohort-based, Job Embedded, Blended Teacher Leadership Program’ pula memperihalkan kajian ke atas impak persepsi guru dan pengetua terhadap program kepimpinan yang dijalankan oleh golongan ini. Respondenden terdiri daripada 20 orang guru siswazah dan 6 orang pengetua. Hasil kajian mendapati pengetua bertanggungjawab sebagai pemimpin yang memimpin dan mengurus organisasi sekolah manakala guru bertanggungjawab memberikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan kepada pelajar. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik memperlihatkan bahawa pemimpin iaitu pengetua mempunyai tanggungajawab yang besar dalam memimpin dan menguruskan organisasi sekolah. Oleh itu, pengetua yang sedar akan tanggungjawabnya dapat menentukan hala tuju sekolah yang berada di bawah pimpinannya.

22

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif 3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pemimpin merupakan seseorang yang amat penting dalam dalam sesuatu kumpulan. Kepimpinan timbul dari perkataan ‘pimpin’ yang bermaksud membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai (Mohd Shuhaimi, 1992). Mengikut pengertian yang mudah, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi individu atau sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi (Noraini dan Ahmad, 2011). Menurut Yukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses struktur, kuasa, mendorong, merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta wawasan dan tanggungjawab memberikan motivasi kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya. Dalam sekolah pemimpin utama ialah pengetua. Pengetua adalah orang yang

bertanggungjawab dalam mengetuai pengurusan dan pentadbiran sekolah agar mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan di sekolah. Gaya kepimpinan pengetua akan mempengaruhi sistem yang dilaksanakan dalam sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah juga dipengaruhi oleh stail kepimpinan pengetua. Sekiranya gaya autokratik dilaksanakan maka kemungkinan besar para pelaksana yang menjalankan tugas iaitu para guru tidak akan berasa senang hati dan ini memyebabkan matlamat sekolah tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, kepimpinan yang berkesan perlu diamalkan oleh pengetua selaku pemimpin utama dalam sesebuah organisasi sekolah. Oleh itu, untuk menghasilkan kepimpinan yang efektif atau berkesan pelbagai taktik kepimpinan yang telah dilakukan antaranya ialah komunikasi berkesan, cara pembuatan keputusan, pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan rasional, taktik perundingan, bermotivasi, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada pemimpinnya, sekiranya pemimpin tidak mengamalkan taktik kepimpinan yang efektif maka matlamat dan objektif organisasi itu tidak akan berjaya untuk dicapai.

23

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif

Bibiografi Ab. Aziz Yusof. (2004). Kepimpinan dalam mengurus Perubahan : dari Dimensi Kemanusian. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Abd. Malek Hj. Abd. Rahman (2000). Buletin Akademik Kongnitif: Manusia dan Stress. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Shukor Abdullah. (1991). Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Pulications & Distributors Sdn. Bhd Ainon Mohd (2003). Teori dan Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd Asep Suryana, M.Pd. (2010), Kepimpinan Pendidikan.

24

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif Azahari Ismail (1998). Modul Kepemimpinan Iqra’. AA Consultant and Training Azizi Hj. Yahaya, Noordin Hj. Yahaya, Sharifudin Ismail. (2004). Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan. Johor: Universiti Teknologi Mara Baharom bin Mohamad, Jamaludin bin Hashim, Ahmad Esa dan Rafiza binti Hassan. Universiti Hussein Onn Malaysia. Barnard, G. (1938). The function of executive. Cambridge: Harvard University, Bass, B.M. dan Avolio, B.J. (1990). Bass and Stogdill ’shandbook of leadership: Theory, research, and management application. New York: The Free Press. Bruce Chapman (2000), Leading You Down The Choice Path: Towards an Economics of Rational Persuasion, Faculty of Law, University of Toronto. Cable D.M, Judge T.A (2003), Manager’s Upward Influence Tactic Strategies : The Role Of Manager Personality and Supervisor Leardership Style, Journal of Organizational Behavior, J. Organiz. Behav. 24, 197-214. Che Noh Bin Muda. (1995). Hubungan Di Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru-Guru Sekolah Berasrama Penuh Di Wilayah Persekutuan. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Csikszentmihalyi, M. (1990). Flow: The psychology of optimal experience. New York7 Harper and Row. Dorene, Alyson, Elizabeth, Nancy, Stephanie & Colleen. 2010. Preparing Teacher Leaders: Perceptions of the Impact of a Cohort-based, Job Embedded, Blended Teacher Leadership Program. School of Teaching and Learning, PO Box 117048, University of Florida, Gainesville, FL 32605, USA. Earley & Evans. 2003. Leading and Managing School: A Comparison Between Independent and State School Leader. Managing In Education, Vol 17. Fry, L. W. (2003). Toward a theory of spiritual leadership. The Leadership Quarterly, 14(6), 693–728. Grodnitzky, G. (2004), Leaders, Teams, Profits, Insight Idea, Winston-Salem, NC 271146411. 25

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif Hersey. P.,Blanchard, K.H. (1974). “What’s missing in MBO?” Management Review, Vol. 10pp.25-32. Hussein Mahmod. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. Iskandar, Teuku (1989). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia 1989. Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur : Leed Puvlication Jablin, F. (1979). Superior-subordinate communication: the state of the art. Psycological Bulletin. 86 : 1208. Jaafar Muhammad. (2000). Kelakuan Organisasi. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Leeds Publications Jamaliah Ngah Dimin (1999), Keberkesanan Amalan Pengurusan Perundingan dalam Organisasi Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. James A.F Stoner & Charles Wankel (1989). Management. Prentice Hall. Jennings, E.E (1960). An anatomy of leadership. New York: Mc Graw-Hill. Lisa. Stephen & Michelle. (2010). Jurnal ‘Propensity For Self-development of Leadership Attributes: Understanding, Predicting and Supporting Performance of Leader Selfdevelopment’. Department of Psychology, George Mason University, United States U.S. Army Research Institute, Arlington, Virginia, United States. Lynne Millward. (2005). Understanding Occupational and Organizational Psychology. London : sage Publications. Mahathir Mohammad (1982). The Impact Of Productivity On National Development. Ucapan Dasar di Seminar On Productivity,Kuala Lumpur. Maria Merry Marianti. (2011). Kekuasaan dan Taktik Mempengaruhi Orang Lain dalam Organisasi, Program Studi Manajemen, Fakultas Ekonomi, Universitas Katolik Parahyangan, Jurnal Administrasi Bisnis (2011), Vol.7, No.1: hal. 45-58, (ISSN:0216 1249), Center for Business Studies, FISIP. Maslow. A. H. (1943). A Theory of Human Motivation, Psycological Review, Vol 50. Mayo, E. 1933. The Human Problems of an Individual Civilisation. London: Macmillan.

26

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif McGregor, D. (1960). The human side of enterprise. New York7 McGraw Hill. Miller, G.R. (1980). On being Persuaded: Some Basic Distinctions. In M. Roloff, & G.R. Miller (Eds), Persuasion: New Directions in theory and research, 11-28. Beverly Hills, CA: Sage. Monica, Jennifer, Emily, Cynthia & Kristi. (2010). Changing Leadership: Teacher Lead The Way For School That Learn. Montclair State University, Montclair, NJ, USA. Newell, CA. (1978). Human Behavior In Educational Administration. New Jersey : PrenticeHall, Inc. Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepimpinan : ulasan teori dan kajiannya di Malaysia dalam Psikologi Melayu, Diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noraini binti Musa, Ahmad bon Othman. (2011). Hubungan Ciri-ciri Kepimpinan Berorientasikan Pekerja Terhadap Kejayaan Projek Di Kalangan Kontraktor Dalam Industri Pembinaan. International Conference On Management (ICT 2011) Procedeeng (pp. 867-884). Universiti Malaysia Pahang . Raja Azrul Hisham Raja Ahmad. (2000). Stres di kalangan guru. Tesis Sarjana tidak diterbitkan. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. Robiah Sidin. (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya: Pustaka Cita Sabitha Marican. (1999). Program Pengurusan Tekanan Ke arah membentuk budaya kerja produktif. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Sergiovanni T. J. (1984). The nrinckalshiu : A Reflective Practice Perspective. Boston : Allyn and Bacon. Sheridan S.M, Colton D.L. (1994), Conjoint Behavioral Consultation: A Review and Case Study, Journal of Educational and Psychological Consultation, 5(3), 211-228. Sonia Blandford & Catherine Knowles. (2009). Development Professional Practice 07.London. Longman, Pearson. Stodgill, R. (1974). Handbook Of Leadership. New York : The Free Press. Sulaiman Masri (1997). Media dan komunikasi dalam bahasa Melayu. Fajar Bakti Sdn Bhd 1997. 27

(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif Sweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership, Educational Leadership 39 (5) : 346 - 352. Tannebaum, R. and Yulk. (1992). How to choose the leadership pattern. New York : McGraw-Hill. Taylor. F. W. (1947). Scientific Management. London: Harper dan Row. Wanihim binti Othman. (2002). Punca dan Tahap Tekanan Kerja Pengurusan di Kalangan pentadbir sekolah menengah di bahagian pantai barat selatan Sabah. Tesis Sarjana tidak diterbitkan UUM. Yukl, G. A. (2002). Leadership in organizations (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: PrenticeHall Inc.

28