You are on page 1of 23

PERSPEKTIF EUTHANASIA

AGAMA
 ISLAM
Dalam Islam euthanasia atau membunuh diri tidak dibenarkan sama sekali. Ini kerana manusia tidak mencipta dirinya sendiri, maka tubuh kita bukanlah hak milik mutlak kita sendiri. Didapati pandangan agama Islam ini sama seperti pandangan agama Kristian. Allah adalah pemilik dan pemberi kehidupan kepada manusia, maka dialah yang berhak memberi atau mengambil nyawa manusia. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah dalam Islam dan ia adalah satu dosa besar. Beberapa bukti yang menyokong kenyataan diatas yang dipetik dari Al-Quran dan telah diterjemahkan: “Janganlah membunuh (atau merosakkan) diri kamu sendiri,seseungguhnya Allah telahpun maha belas kasihan keatas kamu”.Sabda Rasullullah SAW pula yang bermaksud:”Barangsiapa yang membunuh diri menggunakan alatan logam, akan hiduplah dia di dalam neraka selama-lamanya.Barangsiapa yang meminum racun untuk membunuh diri, akan meneguk racun neraka selama-lamanya di dalam neraka. Barangsiapa yang membunuh diri dengan terjun dari gunung, nescaya dia akan sentiasa terjun ke dalam neraka buat selamalamanya”. Seseorang yang telah membuat ikrar sedang ia dalam keadaan waras bahawa dia tidak mahu di pasangkan alat „life supporting system‟ kalau dia berada dalam keadaan nazak (terminal ill) hukumnya adalah harus. Ini adalah kerana dia sanggup bersabar dan lebih rela mati dlam keadaan tabie kerana berkeyakinan bahawa apabila sampai ajal seseorang itu maka dia pasti mati. Perkara ini dibenarkan kerana menurut pandangan majoriti ulamak Islam hukum berubat itu tidaklah wajib walaupun Islam sangat menggalakkannya. Ini berpandukan sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menceritakan tentang seorang hamba perempuan yang sakit dan meminta nabi SAW supaya mendoakannya.

Lalu Nabi SAW bersabda: “ Jika engkau mahu bersabar, maka ganjaran untukmu adalah syurga ataupun engkau mahu aku doakan kepada Allah supaya kamu disembuhkan” Maka jawab perempuan tersebut, “kalau begitu aku lebih suka bersabar”. Tambahan pula alat „life supporting system‟ yang dipasangkan itu adalah satu ikhtiar rawatan digunakan untuk meneruskan fungsi organ di tubuh tetapi tidak memberi kesan apa-apa pada keadaan sakit yang dideritai. Kajian menurut Ahmad Tirmizi Taha ,Pensyarah FPIK UDM perspektif Ethanasia ialah Pembunuhan Rahmah telah dikaji oleh para ulama‟ dan jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan isu-isu terkini di beberapa buah negara Islam di Timur Tengah. Secara rasminya, semua pihak bersetuju bahawa Islam mengharamkan Pembunuhan Rahmah. Majlis Fatwa Kuwait ( fatwa bertarikh 13 Ogos 2001 ) telah mengeluarkan fatwa berikut berkenaan hukum Pembunuhan Rahmah. Iaitu mematikan pesakit dengan apa cara sekalipun adalah diharamkan oleh syara‟. Orang yang melakukan perbuatan itu adalah dihukum pembunuh secara sengaja. Nas-nas yang bersumberkan Al-Quran dan hadis nabi S.A.W secara jelas mengharamkan membunuh jiwa dengan cara yang tidak sebenar. Adapun pendapat yang menyebut Pembunuhan Rahmah adalah sama dengan membunuh kuda yang mengalami penyakit yang tidak boleh dirawat lagi adalah pendapat yang salah dan menjatuhkan kedudukan manusia sebagai makhluk yang mulia. Berkenaan dengan pesakit yang enggan menerima rawatan penyakit yang boleh membawa maut pula, dia tidaklah dihukum membunuh diri sendiri. Ini kerana kuasa menyembuh itu adalah milik mutlak Allah Taala. Rawatan hanya sebagai ikhtiar yang diizinkan sahaja bukannya penyembuh hakiki kepada sebarang penyakit. Sehubungan itu, Dr Yusof Al Qardawi berpendapat euthanasia pasif adalah dibolehkan. Keharusan itu adalah dengan syarat pakar-pakar perubatan bersepakat bahawa si pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh.

 KRISTIAN
Agama Kristian menyatakan bahawa nyawa adalah pemberian tuhan dan setiap individu adalah khalifah di muka bumi-Nya. Tuhan meminjamkan sesuatu jasad itu kepada manusia dan kemudiannya ditiupkan roh ke dalam jasadnya itu, lalu bermulalah penghidupannya, maka hanya tuhan yang berhak menamatkan atau mengambilnya semula nyawa. Pada pandangan agama Kristian euthanasia adalah seperti membunuh diri, sesiapa yang membunuh diri itu dianggap telah melakukan dosa. Pendapat lain mengatakan bawaha agama Kristian pada keseluruhannya, menentang euthanasia dan sebarang perbuatan mengambil nyawa diri atau orang lain. Penganut Kristian percaya bahawa semua manusia adalah pemberian Tuhan, dan adalah maha suci. “In the image of God” – Genesis 1:26 (“Dalam imej Tuhan"). Euthanasia dan perbuatan bunuh diri dikatakan ia menentang perintah Tuhan kerana bagi mereka, hanya Tuhan mempunyai kuasa menentukan hidup-mati. "No man has power over the wind to contain it; so no one has power over the day of his death." - Ecclesiastes 8:8 30("Tiada manusia mempunyai kuasa lebih daripada angin; tiada sesiapa mempunyai kuasa terhadap hari kematiannya.") Kitab-kitab ajaran Kristian tidak membincang tentang euthanasia. Walau bagaimanapun, kebanyakan ajaran kitab-kitab Kristian mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan Euthanasia dan perbuatan bunuh diri. Kebanyakan petikan-petikan yang dipetik daripada kitab Kristian memberi ajaran yang bertentangan dengan ideologi euthanasia. Walaupun kitab-kitab Kristian tidak membincangkan tentang Euthanasia, tetapi sesetengah kitab mempunyai fakta-fakta yang berkaitan dengan perbuatan mengambil nyawa sendiri. Contohnya dalam King Saul - 1 Samuel 31:3-5 31yang menceritakan tentang Raja Saul. Dalam kitab, Raja Saul kalah dalam peperangan dan takut ditawan, beliau menyuruh pembawa perisainya supaya membunuhnya tetapi pembawa perisainya enggan. Akhirnya, Saul dan pembawa perisainya sama-sama membunuh diri. Satu lagi contoh adalah dalam kitab “old testament”, terdapat satu kejadian bagi pembunuh diri, iaitu Judas Iscariot Matthew 27:3-5; Acts 1:1832. Judas Iscariot berasa amat kesal selepas mengkhianati Jesus dan menggantung dirinya. Kitab-kitab mencatatkan kejadian-kejadian ini sebagai fakta untuk memberi pengajaran. Dalam setiap kes ini, orang yang mengambil nyawa sendiri atau orang lain biasanya didorong oleh watak kejam. Ini menunjukkan bahawa agama Kristian menentang perbuatan mengambil nyawa sendiri atau orang lain seperti euthanasia.

Pada pandangan Kristian, euthanasia merupakan perbuatan mengambil nyawa sendiri atau orang lain yang bertentangan dengan ajaran kitab- kitab Kristian. Satu petikan dari kitab, “Thou shalt not kill” – Exodus 20:13 33 yang bermaksud jangan membunuh, mengatakan jelas bahawa agama Kristian menentang sebarang perbuatan mengambil nyawa, sama-ada membunuh diri atau orang lain. Pada pandangan Kristian, Euthanasia merupakan perbuatan membunuh diri yang dianggap berdosa. Penganut-penganut Kristian percaya bahawa nyawa adalah pemberian Tuhan dan setiap insan adalah bagai khalifahNYA, seperti petikan “You yourselves are God's temple” - 1 Corinthians 3:16 ("Anda adalah kuil Tuhan").Petikan-petikan seperti “The LORD gave and the LORD has taken away” - Job 1:21 ("TUHAN memberi dan membawa pergi") dan “My times are in thy hand...” - Psalms 31:15 ("Masa-masa saya adalah dalam kawalanNYA”)34 mengatakan bahawa hanya Tuhan yang berhak menentukan kematian seseorang.“To every thing there is a season, and a time to every purpose under the heaven: A time to be born, and a time to die; a time to plant, and a time to pluck up that which isplanted” - Ecclesiastes 3:1-2 35 (“Setiap benda terdapat satu musim, dan satu masa untuk setiap tujuannya di bawah syurga: Satu masa untuk dilahirkan, dan satu masa mati; satu masa untuk tanam, dan satu masa untuk mencabut apa yang ditanamkan") Petikan di atas mengatakan bahawa kematian seseorang adalah takdir dan ditentukan oleh Tuhan. Perbuatan yang mengubah hakikat hidup-mati dianggap sebagai perbuatan berdosa. Agama Kristian menumpu kepada kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan.Kebanyakan kes-kes euthanasia disebabkan oleh penderitaan melawan penyakit kritikal atau koma. Kebanyakan orang yang menjalankan euthanasia adalah kerana ingin melepaskan diri daripada kesengsaraan dan penderitaan yang alaminya, khususnya penyakit kritical. Ajaran Kristian tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut, Sebaliknya, ajaran Kristian mengatakan bahawa kita seharusnya mengatasi apa-apa yang terjadi. “Be not over much wicked, neither be thou foolish: why shouldest thou die before thy time?” - Ecclesiastes 7:17 36(“Jangan menjadi kejam, mahupun menjadi bodoh: adakah patut kamu mati sebelum masaNYA?") Walaupun dalam kitab Kristian tidak membincangkan Euthanasia secara langsung, tetapi terdapat juga sesetengah petikan yang berhujah untuk Euthanasia secara tidak langsung.

Walau Bagaimanapun, kebanyakan petikan lebih memihak kepada pembangkangan Euthanasia. Salah satu petikan dari kitab yang dikatakan menyokong Euthanasia seperti di bawah. "Love your neighbour as you love yourself" – Jesus.37("Cinta jiran anda seperti anda mencintai sendiri" – Jesus). Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga mementingkan kasih sayang. Sesetengah orang berpendapat Euthanasia sebagai perbuatan daripada belas kasihan dan kasih sayang. Secara keseluruhannya, dalam perspektif agama Kristian, euthanasia adalah dilarangkan kerana sebarang tindakan yang mengambil nyawa dianggapkan berdosa.

 BUDDHA
Isu euthanasia merupakan isu serius yang sering dibicarakan oleh kalangan masyarakat, sama ada para doktor, para ahli hukum, ataupun para ulama. Walaupun terdapat sekelompok yang bersetuju, namun kebanyakan tidak setuju. Masalah euthanasia ini tidak luput pula dari perhatian umat Buddha. Mereka berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi setentunya dengan berpedoman kepada pengajaran Sang Buddha. Euthanasia, iaitu perbuatan mempercepat kematian seseorang secara tidak alamiah, sama ada dengan menggunakan ubat penenang atau menghentikan terapi yang boleh memanjangkan tempoh hidup pesakit, merupakan pelanggaran terhadap sila ajaran Buddha. “Kami harus menjauhi pembunuhan, tidak mencuri, tidak berzina, tidak berbohong, tidak minum arak, dan bersifat tidak ingin melakukan semua perbuatan tersebut. Lima sila ini merupakan perintah yang patut dipatuhi semasa berada di dalam rumah.” (Samyuktagama Sutra, topik 33)

Dalam ajaran Buddha, terdapat lima dasar kemoralan (sila) yang diutamakan oleh Sang Buddha dan setiap orang didorong untuk mematuhinya, bagi kesejahteraan mereka sendiri dan melahirkan keperibadian yang sempurna. Lima sila termasuklah menghindari pembunuhan, menghindari pengambilan sesuatu yang tidak diberikan, menghindari perbuatan berzina, menghindari perkataan bohong dan menghindari minuman keras. Dalam sila “Menghindari pembunuhan” bermaksud tidak menganiayai atau meragut nyawa makhluk hidupan, termasuk nyawa sendiri (bunuh diri) secara sengaja. Nyawa merupakan hal yang paling berharga bagi setiap makhluk hidup, terutamanya nyawa manusia. Seseorang akan

berasa ketakutan yang terbesar apabila hidupnya dalam bahaya atau ancaman. Sang Buddha menekankan ajaran ini supaya melahirkan sifat belas kasihan di kalangan penganut. Walaupun kebanyakan kes euthanasia dilakukan dengan alasan kasih sayang, atau tidak senang melihat keadaan orang yang sedang menderita atas kesakitannya, tetapi perlaksanaan euthanasia merupakan suatu cara yang tidak tepat.

Seseorang yang memang memiliki kasih sayang tidak mungkin akan melakukan perbuatan mengakhiri hidup seseorang kerana dia menyedari bahawa hidup merupakan milikan yang paling berharga bagi setiap makhluk. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan tanpa berputus asa untuk menghilangkan penderitaan orang lain dengan cara yang lebih tepat dan benar. “Jika kamu sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu tentu mendapat balasan, sama ada yang baik atau yang buruk; jika kamu tidak sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu tidak akan mendapat balasan.” (Madhyamagama Sutra, topik 5) " Sesuai dengan benih yang ditanam, itulah buah yang akan anda peroleh. Pelaku kebaikan akan mengumpulkan kebaikan Pelaku keburukan, memperoleh keburukan. Jika anda menanamkan benih yang baik, maka anda menikmati buah yang baik." (Samyutta Nikaya I, 227) Sang Buddha amat mementingkan konsep karma. Beliau mempercayai bahawa semua perbuatan yang dilakukan oleh setiap makhluk tentu meninggalkan kesan. Perbuatan yang baik meninggalkan kesan baik dan perbuatan yang jahat meninggalkan kesan buruk. Sang Buddha pernah mengatakan bahawa dalam kelahiran yang baru, setiap makhluk akan menerima akibat-akibat karma yang belum berbuah dalam kehidupan dahulu dan pusingan kelahiran akan berterusan sehingga hasil perbuatannya, sama ada yang baik atau buruk, habis diselesaikan. Dengan demikian, jika akibat karma itu belum diterimanya dalam kehidupan sekarang ini, maka dia akan menerimanya pada kelahiran yang berikutnya. “Kehidupan sekarang menunjukkan perbuatan yang dibuat sebelum kelahiran semasa; perbuatan sekarang menentukan kehidupan pada kelahiran yang akan datang.” (Karma Sutra) Dalam kepercayaan Buddha, euthanasia merupakan tindakan jahat dan perbuatan ini akan mendatangkan karma yang negatif kepada sesiapa yang terlibat dalam tindakan euthanasia tersebut, termasuk pesakit sendiri dan orang yang melaksanakannya. Oleh itu, perbuatan euthanasia bukan sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan penderitaan pesakit, malah ia akan membawa karma yang negatif kepada pesakit and juga orang yang melaksanakannya. Walaupun pesakit bebas daripada penderitaan selepas meninggal dunia,

tetapi karma yang negatif akibat membunuh diri akan dibawa ke kelahiran yang seterusnya. Ini merupakan penderitaan yang baru dan tidak kehabisan. Oleh sebab itu, kita hendaklah membiarkan pesakit itu melunasi karma buruknya pada kehidupan sekarang, sehingga akibat karma buruk yang berupa penderitaan itu tidak akan diterimanya lagi pada kehidupan yang akan datang. Bagi orang yang melaksanakan euthanasia atau bersetuju dengan perlaksanaan euthanasia, perbuatan atau fikiran mereka yang mendorong pembunuhan dan menyebabkan kehilangan nyawa orang lain juga melanggar sila yang pertama, akan menyebabkan seseorang itu menerima karma yang negatif tidak kira dalam kehidupan sekarang ataupun kelahiran pada masa depan. “Ketika fikiranku yang terkondensasi telah demikian termurnikan, terang, bebas dari ketidaksempurnaan, mantap dan mencapai keadaan yang tidak terganggu, aku mengarahkannya pada pengetahuan tentang hancurnya noda-noda (tiga akar kejahatan iaitu: ketamatan, kebencian, dan ketidaktahuan atau kebodohan). Secara langsung aku mengetahui sebagaimana adanya: „Inilah penderitaan‟, „Inilah asal mula penderitaan‟, „Inilah berhentinya penderitaan‟, „Inilah jalan menuju berhentinya penderitaan‟.” (Majjhima Nikaya, 4.31)

Sang Buddha mengemukakan konsep Empat Kebenaran Mulia apabila dia mendapat jawapan terhadap penderitaan yang ditemui oleh orang ramai. Dalam konsep Empat Kebenaran Mulia ini menyatakan bahawa ada penderitaan, ada sebab dari penderitaan, ada akhir dari penderitaan, dan ada jalan untuk mengakhiri penderitaan iaitu Jalan Mulia Berunsur Delapan. Konsep ini mengajar penganutnya supaya berfikiran secara logik. Seseorang harus memahami suatu masalah dan menganalisis masalah tersebut, menyedari dan menemukan penyebab masalah tersebut, mengetahui bahawa masalah dapat diatasi dan mencari cara penyelesaiannya, dan menemukan cara mengatasi masalah tersebut serta menjalankan caranya. Sang Buddha juga menyatakan bahawa seseorang akan mencapai kebahagiaan sejati jika berkelakuan berdasarkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan. Jalan Mulia Berunsur Delapan menyatakan bahawa seseorang harus mempunyai pandangan benar, fikiran atau niat benar, ucapan benar, perbuatan benar, penghidupan benar, upaya benar, perhatian benar, dan kesedaran benar. Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan adalah baik, inibermakna fikirannya baik. Fikirannya benar (positif) disebabkan pandangannya benar.

Oleh yang demikian, pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara merupakan asas yang paling penting dalam cara pengurusannya. Oleh itu, pandangan orang ramai terhadap euthanasia adalah amat penting apabila mereka berdepan dengannya. Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa agama Buddha tidak bersetuju dengan perlaksanaan euthanasia tidak kira perlaksanaan ini telah disetujui oleh pesakit atau tidak.Agama Buddha amat mementingkan karma dan melarang penganutnya terlibat dalam pembunuhan segala hidupan.

 HINDU
Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia adalah berdasarkan ajaran karma, moksha dan ahimsa. Karma: Hindus meyakini penjelmaan bagi jiwa (atau Atman) melalui banyak nyawa, bukan semestinya semua manusia. Matlamat akhir hidup adalah bagi mencapai moksha, iaitu pembebasan daripada kitaran kematian dan kelahiran semula.Bunuh diri adalah suatu perbuatan yang dilarang di dalam ajaran Hindu dengan fikiran bahawa perbuatan tersebut dapat dijadikan suatu faktor yang mengganggu sistem semula jadi reinkarnasi seterusnya menghasilkan “karma” buruk. Kehidupan manusia merupakan suatu kesempatan yang sangat berharga untuk meraihkan tingkat yang lebih baik dalam kehidupan kembali. Berdasarkan kepercayaan umat Hindu, apabila seseorang membunuh diri, maka rohnya tidak akan masuk neraka ataupun syurga melainkan berada di dunia manusia sebagai roh jahat dan berkeliaran tanpa tujuan sehingga ia mencapai masa di mana ia seharusnya menjalani kehidupan yang baru. (Catatan: Misalnya seseorang membunuh diri semasa berumur 17 tahun dan seharusnya diaditakdirkan hidup hingga 60 tahun maka selama 43 tahun rohnya berkeliaran tanpa arah tujuan, setelah tamat tempoh itu maka rohnya masuk ke neraka menerima hukuman lebih berat dan akhirnya ia akan kembali ke dunia dalam kehidupan kembali (reinkarnasi. Dalam agama Hindu ada menyatakan bahawa melarang mengambil nyawa orang lain atas dasar alasan apapun dalam konsep Hidup, ada beberapa nilai ajaran yang relevan diantaranya adalah ajaran Ahimsa, Tat Twan Asi dan Karmaphala.

Ahimsa Ahimsa merupakan kepercayaan bahawa terdapat jiwa dalam setiap makhluk hidup. Dalam ajaran Hinduisme, jiwa yang terdapat dalam makhluk hidup merupakan insan yang

berasal dari Tuhan dan disebut Atman. Jiwatma bersifat abadi, namun ia akan dipengaruhi oleh badan manusia yang bersifat maya, maka Jiwatma tidak mengetahui asalnya yang sesungguhnya. Perbuatan yang melawan Ahimsa disebut “Himsa karma” seperti membunuh, meyakiti, dan menyeksa tanpa alasan yang dibenarkan di dalam kitab-kitab suci. Apabila perbuatan itu semata-mata demi kepuasan peribadi dan tampa perasaan, apa lagi itu dilakukan secara berencana dan penuh dengan kesedaran dalam ertian lebih dalam untuk mengakhiri penderitaan seseorang tetap merupakan perbuatan "Himsa Karma".

Tattwam Asi Tattwam Asi adalah merupakan ajaran sosial tanpa batas. “Saya adalah kamu dan kamu adalah saya, dan segala makhluk adalah sama seperti menolong orang lain bererti menolong diri sendiri dan menyakiti orang lain bererti juga menyakiti diri sendiri” “Antara saya dan kamu sesungguhnya bersaudara, hakikat atman yang menjadiknya hidup diantara saya dan kamu berasal dari satu sumber iaitu Tuhan, Atman yang menghidupkan tubuh makhluk hidup yang merupakan percikan terkecil dari Tuhan. ” Jadi sesungguhnya filsafah tatwam asi ini mengandung makna yang sangat dalam. Tattwam Asi mengajar agar kita bahawa sentiasa mengasihi orang lain atau menyayangi makhluk lain dan janganlah sekali-kala menyakiti hati orang lain. Apabila dihayati dan diamalkan dengan baik, maka akan terwujud suatu keharmonian hidup (kerukunan hidup).

Karmaphala Agama Hindu mengenalkan hukum sebab-akibat yang disebut dan menjadikan salah satu keyakinan dasar. Dalam ajaran Karmaphala, setiap perbuatan manusia pasti membuahkan hasil, baik atau buruk. Ajaran Karmaphala adalah berkaitan dengan keyakinan tentang reinkarnasi, karena dalam ajaran Karmaphala, keadaan manusia (baik suka mahupun duka) disebabkan oleh hasil perbuatan manusia itu sendiri. Dalam ajaran tersebut, biasanya dikatakan bahawa manusia menentukan nasib pada masa yang akan datang, sementara Tuhan yang menentukan berapa hasil yang akan diberi.Perbuatan bunuh diri umumnya dilarang dalam agama Hindu, di atas dasar menganggu masa kitaran kematian dan kelahiran semula dan menghasilkan karma yang teruk.Perbuatan bunuh diri adalah tidak diluluskan dalam

Hinduisme kerana kehidupan manusia adalah satu peluang yang berharga untuk membantu negara mencapai tahap yang lebih tinggi. Menurut kitab Yajnavalkya bahagian 1:116, Satu lelaki menguasai, menghormati dan boleh meneruskan kehidupannya melalui pendidikan dia, tindakan keagamaan, umur, sahabat handai dan kekayaan. Tiada sesiapa yang berhak untuk merampas hak dia. Menurut kitab “Brihadaranyaka Upanishad”, “Rakyat mesti dijaga sehingga mereka mati. Walaupun Hindus tidak mempunyai bantahan tentang meneruskan hidup dengan sokongan mesin-mesin, kematian merupakan satu pintu kepada kelahiran semula yang akan datang.”. Hindus mempercayai bahawa semua hidup adalah suci dan mereka tidak bersetuju dengan euthanasia. Prinsipprinsip bagi Ahimsa (penghormatan untuk hidup) memberitahu bahawa ia adalah sentiasa dipertimbangkan kesilapan untuk menerima hidup walaupun seseorang mengalami sakit atau dalam kesakitan. Penderitaan dianggap sebagai hasil Karma yang kurang baik (tindakantindakan, dan akibat-akibat bagi tindakan-tindakan). Penderitaan perlu ditanggung bagi menghalang kewujudan karma buruk yang akan dibawa ke hidupan lain. Seterusnya adalah sedikit pandangan daripada ketua-ketua agama hindu dari seluruh dunia. Swami Omkarananda dari Bandarikashrama, Fremont, California“Eutanasia adalah satu persoalan yang sukar. saya tidak akan meminta untuk ia. Tuhan telah memberi, membiarkan Tuhan mengambil, sama ada ia adalah betul untuk seorang doktor melakukan ia, saya tidak mempunyai sebarang ulasan. Hidup sokongan mesin-mesin adalah satu isu moral yang besar. Ia adalah satu kekesalan kepada kehidupan manusia. Jika kita tercipta jentera untuk menyimpan orang hidup, kemudian kita terpaksa mengguna mereka."Unplugging" mereka adalah satu soalan yang sukar. Setiap satu hidup adalah tanggungjawab sendirinya, beliau perlu membuat keputusan. ”

Swami Bhasyananda dari Vivekananda Vedanta Society, Chicago, Illinois “Hidup telah disedarkan dunia oleh Tuhan, dan kehidupan ini sepatutnya pergi, tetapi bukan secara buatan manusia. Kita harus cuba meminimumkan penderitaan. Selain ini, tidak perlu majalankan kaedah ini. Hidup tidak berakhir selepas kematian badan. penjelmaan yang akan datang.penjelasan lebih dalam adalah dalam perkataan Sanskrit mumia.”

Swami Saraswati Rajarajeshwari Peedam, dari Pennsylvania

“Di India, jika seorang wali hendak keluar dari badan, beliau harus memilih satu masa untuk meninggalkan badannya. Saya tidak mempercayai buatan cara [eutanasia] kerana kaedah ini menyebabkan tiada peluang untuk perkembangan rohaniah. Para doktor Hindu perlu mendidik diri mereka dalam hukum spiritual dan panduan. Mereka harus menasihat pesakit supaya tidak menerima suntikan maut. Terdapat satu pengecualian dalam larangan Hindu. Perbuatan bunuh diri adalah amalan prayopavesa, atau puasa untuk kematian. Prayopavesa dianggap sebagai berlainan dengan kaedah bunuh diri kerana ia adalah semula jadi dan tanpa sebarang kekerasan. ia hanya digunakan apabila ia adalah masa sesuai untuk menamatkan hidup, iaitu apabila badan telah sajikan tujuannya dan menjadi satu beban; Prayopavesa adalah satu proses berperingkat, memberi cukup masa untuk pesakit menyediakan dirinya dan saudara di sekelilingnya untuk kematiannya; manakala euthanasia selalu dikaitkan dengan perasaan bagi kekecewaan, kemelesetan, atau kemarahan, prayopavesa dikaitkan dengan perasaan bagi ketenangan.”

Terdapat Undang-undang Hindu yang menetapkan syarat-syarat prayopavesa: 1) keputusan adalah diisytiharkan secara terbuka 2) tindakan mesti dilakukan di bawah pengaturan komuniti Satguru Sivaya Subramuniyaswami, seorang pemimpin Hindu yang lahir di California, mangakhiri kehidupan sendirinya sebelum prayopavesa pada bulan November 2001. Setelah mendapati bahawa beliau telah tidak dapat dirawat daripada kanser usus .Satguru tercenung untuk berhari-hari dan kemudiannya mengumumkan bahawa beliau hanya akan menerima rawatan penahan sakit dan akan menjalankan prayopavesa – iaitu hanya meminum air tanpa sebarang makanan. Beliau telah mati pada hari yang ke-32.57 Melalui ajaran dan amalan ini, secara keseluruhannya agama hindu tidak semestinya bantah atau melarang kaedah bunuh diri, manakala ia juga setuju untuk mejalani prayopavesabagi mengakhiri nyawa dengan syarat tertentu yang dianggap secara semula jadi.

KESIMPULAN
Isu euthanasia diutarakan sejak zaman purba dan isu ini telah dibalahkan sehingga masa kini. Sebahagian menyokong perlaksanaan euthanasia melalui karya-karya sendiri dan penubuhan persatuan seperti Voluntary Euthanasia Society (VES) tetapi sebahagian juga membantah perlaksanaan euthanasia melalui penggubalan undang-undang seperti English Common Law dan Death with Dignity Act di negeri Oregon, Amerika Syarikat. Selain itu, pihak agama seperti gereja Katolik juga menyuarakan suara bantahan terhadap idea euthanasia. Ini membuktikan bahawa isu euthanasia tidak dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan tindakan ini dianggap sebagai pembunuhan, walaupun tujuannya adalah untuk menamatkan hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan yang kritikal. Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi tujuan euthanasia dan kaedah-kaedah ini dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Kaedah secara langsung, iaitu euthanasia aktif melibatkan penyuntikan dadah dan penggunaan “pil aman”. Kaedah secara tidak langsung, iaitu euthanasia pasif yang melibatkan proses seperti penyekatan bekalan makanan dan minuman, perubatan dan alat penyokongan hidup dilaksanakan supaya pesakit meninggal dunia secara semula jadi. Kes-kes euthanasia yang berlaku di seluruh dunia telah menggunakan kedua-dua kaedah untuk melaksanakan euthanasia ke atas pesakit. Kes-kes yang hangat seperti Kes Dr. Nigel Cox di United Kingdom dan Kes Karen Ann Quinlan di Amerika Syarikat telah membangkitkan suara sebahagian lapisan masyarakat yang menunjukkan kewajaran untuk melaksanakan euthanasia. Secara keseluruhannya, dalam ketiga-tiga agama yang dibincangkan, iaitu agama Kristian, agama Islam dan agama Buddha tidak menyokong idea euthanasia, manakala agama Hindu mempunyai satu pengecualian yang digelar Prayopavesa yang dianggap kematian tenang yang berlaku secara semula jadi. Agama Kristian tidak membantah idea euthanasia secara langsung tetapi ajaran agama Kristian melarang perbuatan pembunuhan untuk diri sendiri atau orang lain. Tambahan pula, kitab Bible menyatakan bahawa kehidupan seseorang adalah diberi Tuhan dan hanya Tuhan yang boleh menentukan hidup mati seseorang. Seperti agama Kristian, agama Islam juga tidak menyokong idea euthanasia kerana tindakan ini dianggap sebagai dosa besar. Ajaran agama Islam percaya bahawa kehidupan seseorang

adalah ditentukan oleh Allah dan manusia dilarang membunuh diri walaupun seseorang berada dalam keadaan yang seksa dan tenat. Dari pandangan Islam, manusia seharusnya bersabar semasa menghadapi penderitaan dan keseksaan. Manakala dari sudut pandangan agama Buddha, tindakan euthanasia adalah bertentangan dengan salah satu tujuan lima sila, iaitu menghidari pembunuhan. Dalam agama Buddha, tindakan euthanasia merupakan tindakan yang jahat dan membawa kesan buruk. Berdasarkan konsep karma, perlaksanaan euthanasia membawa karma yang negatif ke kelahiran seterusnya. Seseorang yang mengalami penderitaan dan keseksaan seharusnya mengamalkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan dan konsep Empat Kebenaran Mulia untuk menghadapi cabaran hidup agar masalah dapat diselesaikan. Oleh itu, agama Buddha juga membantah idea euthanasia. Melalui ajaran karma, moksha, ahimsa dan Karmaphala dalam agama Hindu, penganut agama Hindu dilarang untuk melakukan euthanasia kerana mereka percaya bahawa nyawa adalah suci dan tindakan euthanasia akan membawa karma yang buruk kepada kelahiran seterusnya. Dalam pandangan agama Hindu, tindakan euthanasia juga akan mengganggu keseimbangan sistem semula jadi dengan kewujudan roh jahat. Pengecualian Prayopavesa dalam agama Hindu menunjukkan bahawa agama Hindu tidak semestinya akan membantah idea euthanasia tetapi idea ini akan digunakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam kes euthanasia yang dibincangkan, kumpulan kami menekankan bahawa perlaksanaan euthanasia ke atas isteri yang sakit tenat dengan persetujuan suami adalah tindakan yang tidak wajar. Walaupun mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian, suaminya seharusnya menghadapi situasi dengan pemikiran positif melalui ajaran agama. Dengan pemikiran yang sihat, masalah seperti kos perubatan dan kos kehidupan untuk suami dapat diselesaikan tanpa melaksanakan euthanasia ke atas isterinya.

JENIS-JENIS EUTHANASIA
Terdapat beberapa jenis Ethunasia. Antaranya ialah Euthanasia aktif. Ia merupakan satu cara mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung seperti menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa maut dengan segera. Suntikan di berikan kepada pesakit apabila pesakit sudah kelihatan parah ataupun sudah sampai ke peringkat akhir yang mungkin dalam pengiraan konteks perubatan tidak mungkin sembuh atau bertahan lama. Alasan yang sering diberikan doktor adalah rawatan yang diberikan hanya akan memanjangkan lagi penderitaan pesakit serta tidak akan mengurangkan sakit yang memang sudah parah.

Selain itu, Euthanasia pasif iaitu mempercepatkan kematian seseorang secara tidak langsung seperti dengan cara menghentikan bekalan makanan, air, ubatan atau prosedur-prosedur yang perlu bagi meneruskan hidup pesakit. Pesakit dibiarkan tanpa sebarang rawatan sehingga mati disebabkan penyakit yang dialaminya. Ada pendapat mengatakan Ethunasia pasif adalah tindakan doktor menghentikan rawatan pesakit yang menderita sakit kuat, yang secara perubatan sudah tidak mungkin lagi dapat disembuhkan. Penghentian rawatan ini bererti mempercepat kematian pesakit. Alasan yang lazim dikemukakan doktor adalah kerana keadaan pesakit yang terbatas, sementara dana yang dibutuhkan untuk rawatan sangat tinggi, sedangkan fungsi rawatan menurut perhitungan doktor sudah tidak efektif lagi. Terdapat tindakan lain yang bisa digolongkan euthanasia pasif, iaitu tindakan doktor menghentikan rawatan terhadap pesakit yang menurut penelitian masih mungkin sembuh. Alasan yang dikemukakan doktor umumnya adalah ketidakmampuan pesakit dari segi ekonomi, yang tidak mampu lagi membiayai kos rawatan yang sangat tinggi.

Kemudian, Euthanasia secara sukarela(voluntary) ianya dilakukan apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis. Pendapat lain mengatakan Voluntary Euthanasia (Euthanasia Sukarela) terjadi atas permintaansendiri pesakit meminta kepada doktor untuk menghentikan rawatan yang memanjangkan hidupnya tanpa adanya kemungkinan sembuh. Pada keadaan itu pesakit hanya boleh hidup dengan pertolongan alat-alat kehidupan muktahkir. Jadi kebergantungan pesakit pada alat tersebut, dengan kata lain jika alat tersebut dilepaskan pesakit akan meninggal.

Seterusnya Non-voluntary euthanasia yang apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami. Dalam kes ini, biasanya ahli keluarga si pesakit yang membuat permohonan supaya dipercepatkan kematian. Juga ada pendapat mengatakan, orang yang tidak boleh membuat keputusan atau tidak boleh membuat kehendak mereka yang diketahui ini termasuk kes-kes di mana orang yang berada dalam keadaan koma, orang yang terlalu muda (contohnya bayi yang sangat muda), orang itu adalah nyanyuk, orang yang terencat akal sehingga ke tahap yang sangat teruk, orang yang teruk otak rosak, orang yang mental terganggu dalam apa-apa cara yang mereka perlu dilindungi daripada diri mereka sendiri.

Akhir sekali, Involuntary euthanasia di mana apabila seseorang yang dibunuh telah meminta supaya dia tidak dipercepatkan kematiannya. Ada pendapat mengatakan istilah ini digunakan untuk menerangkan pembunuhan seseorang yang tidak meminta bantuan dengan jelas dan nyata dalam kematiannya. Kes ini selalu berlaku kepada pesakit yang berada dalam keadaan koma (Persistent Vegetative State) yang mungkin tidak akan pulih

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat kami menyiapkan tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami. Alhamdulillah segala penat usaha kami selama beberapa bulan untuk mencari maklumat dan fakta bekaitan dengan tajuk “Ethunasia Dalam Perubatan” membuahkan hasil yang terbaik dapat kami persembahkan. Gabungan idea-idea menarik serta bantuan rujukan daripada buku-buku banyak memudahkan kerja kami. Seharusnya limpahan pujian dan kalungan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ingin lontarkan kepada pensyarah subjek ETIKA PROFESIONAL ini iaitu Encik Yazid bin Jaafar atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah Encik Yazid berikan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar dan garis panduan daripada tuan semestinya tidak akan terbitnya senaskhah tugasan ini daripada kami. Terima kasih juga atas toleransi dan tempoh masa yang agak lama yang Encik Yazid berikan untuk kami mencurahkan segala idea-idea kami dan memberikan yang terbaik untuk tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing menjadi prinsip asas ahli kumpulan kami bagi menjayakan tugasan ini. Hal ini sejajar dengan usaha padu dan kredibiliti yang ditonjolkan oleh ahli kumpulan sepanjang perbincangan dan proses menyiapkan tugasan ini. Komitmen dominan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan menjadi peranti semangat ahli yang lain dalam menyiapkan dan memberikan sedaya kami yang total dalam mempersembahkan hasil keringat selama tempoh masa yang diberikan. Gugusan ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan atas kerjasama yang anda berikan dalam tugasan ini. Sebagai akhirul kalam, sungguh tidak manis dipandang mata, tidak sedap didengar telinga andai tiada layangan ucapan terima kasih kepada budiman-budiman yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, jelas sekali menggambarkan betapa orang Melayu ini penuh dengan tatasusila, adab yang terpuji dan budi bahasa yang tinggi sejak berzaman dan perlulah sering dipraktikkan agar laungan Hang Jebat „Takkan Melayu hilang di dunia‟ menjadi pegangan belia generasi turun temurun. Sekian.

SEJARAH EUTHANASIA
Sejarah Euthanasia bermula kira-kira 400 B.C melalui Sumpah Hippokratik oleh ahli perubatan Greek,Hippocrates (bapa perubatan) “Saya tidak akan memberi ubat yang menyebabkan kematian kepada ssiapa pun jika diminta mahupun dicadangan”.Engish Common Law Abad ke-14-20 (Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agong Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh ketua Haim Rehnaquist) . “Lebih spesifik, melebihi 700 tahun, undang-undang Umum Anglo Amerika tidak membenarkan kedua-dua bunuh diri dan pembunuhan diri dengan bantuan”. 182-Badan Berkuasa Undang-undang Amerika dengan nyata dan jelas

mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan. (Petikan adalah daripada Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa pada tahun 1997, Washington V. Gluckberg-Pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquuist). Badan berkuasa undang-undang Amerika awal-awal dengan nyata dan jelas mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan dilakukan. Ia digubal di New York pada 10 Disember 1828. Banyak Negara yang menjadikan New York sebagai contoh. Di antara tahun 1857 dan 1865 satu Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka satu kod jenayah yang mencegah pembunuhan diri dengan bantuan terutamanya membekalkan kepada individu tertentu dengan sebarang peralatan yang boleh menyebabkan kematian atau dadah yang beracun, sedangkan mengetahui individu itu berniat untuk membunuh diri dengan menggunakan peralatan atau dadah tersebut. Amerika abad ke-20(Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquist). Bagaimanapun dengan asas yang mendalam, Amerika menghalang pembunuhan diri dengan bantuan seseorang doktor setelah beberapa tahun menyelidik dan

mengesahkannya.Kerana kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi, Amerika pada hari ini mula membenarkan kematian di sebarang istitusi perubatan berbanding dengan di rumah yang diakiakan oleh penyakit kronik. 1920-Buku” Permitting the Destructin of life not worthy of life” telah diterbitkan.Pengarang buku ini adalah Alfred Hoche, M.D, seorang professor psikiatrik di

Universiti of Freiburg dan Karl Binding, juga merupakan seorang professor udang-undang daripada Universiti of Lepzig, membantah pesakit yang menerima bantuan kematian dengan alasan mereka sepatutnya diletakkan dibawah keadaan pengawalan yang sangat cermat lebih daripada seorang psikiatrik. Buku ini membantu memberi sokongan euthanasia. Buku ini membant memberi sokongan euthanasia Involuntary kepada Nazi German. Pada tahun 1935-Persatuan Euthanasia England dibentuk untuk memperkenalkan euthanasia. Manakala pada tahun 1939-Laman web Nazi German “The History place” diperkenalkan. Pada Oktober 1939 huru hara dari letusan Perang Hitler telah tersebar luaa berikutan arahan melakukan pembunuhan rahmat (mercy killing) kepada mereka yang sakit dan tidak berkeupayaan. Kod “Aktion T4” ialah program Euthanasia Nazi untuk menghapuskan “kehidupan yang tidak sepatutnya” yang pada mulanya penumpuan diberikan kepada bayi baru dilahirkan dan kanak-kanak. Bidan dan doktor perlu untuk mendaftar kaak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas yang menunjukkan simpton. Kaedah ini termasuklah pengedaran satu borang soal selidik daripada Kementerian Kesihatan Reich. Program Euthanasia Nazi berkembang dengan cepat termasuk program untuk kanakkanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939, Hitler telah memerintahkan supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu penyakit yang tidak boleh diubati setelah menjalani diagnosis terhadap tahap penyakit tersebut haruslah diberikan mercy killing. Pada tahun 1995-Kawasan utara Australia meluluskan, satu draf undang-undang euthanasia. Ini memberian kesan dalam tahun 1996 dan pada tahun 1997 yang mana Parlimen Australia telah menolak draf ini.pada tahun 1998-Oregon, Amerika meluluskan pembunuhan diri dengan bantuan doktor. Seterusnya pada tahun 2000-The Netherlands meluluskan euthanasia. Dan pada tahun 2002-Belgium meluluskan euthanasia. Di antara negara-negara yang meluluskan dan melaksanakan euthanasia ialah

dalam tahun 1935, The Euthanasia Society of England telah ditubuhkan untuk menyokong euthanasia. Dalam bulan Oktober 1939, Hitler mengarahkan mercy killing secara besarbesaran untuk mereka yang sakit dan kurang upaya. Kood itu dinamakan “Aktion T 4”. Ia bertujuan untuk melenyapkan life unworthy of life dan ia difokuskan terhadap golongan bayi yang baru lahir dan kanak-kanak. Bidan-bidan dan para doktor ketika itu diarahkan agar mendaftarkan kanak-kanak sehingga yang berumur 3 tahun yang menunjukkan simptomsimpton terencat akal, ketidaksempurnaan fizikal dan lain-lain simpton yang terdapat dalam soal selidik dari kementerian Kesihatan Reich.Program euthanasia Nazi itu berkembang

dengan cepat terhadap golongan kanak-kanak yang lebih tua dan golongan yang dewasa yang kurang upaya. Dekri Hitler menyatakan: “The authority of certain physicians to be designated by name in such manner that persons who, according to human judgment, are incurable can, upon a most careful diagnosis of their condition of sickness, be accorded a mercy death”. Di Oregon (U.S state of Oregon), Netherlands dan Belgium sahajalah di mana euthanasia dilaksanakan secara sah disisi undang-undang. Bagaimanapun, hanya di Netherlands euthanasia dipraktikkan secara terbuka. Oregon membenarkan „assisted suicide‟ bermula tahun 1998. Manakala, Netherlands dan Belgium membenarkan kedua-dua „assisted suicide‟ dan euthanasia. Walaupun euthanasia telah lama dilaksanakan di Netherlands, semuanya adalah tidak sah dari segi teknikal sehinggalah bil Review of cases of termination of life on request and assistance with suicide diluluskan pada bulan April 2001. Undangundang Belgium pula diluluskan pada 16 Mei 2002. Di Holland pula, mereka agak kritikal dengan sistem mereka sendiri. Mereka masih memperbaiki dan mencuba walaupun secara umumnya mereka berpendapat bahawa euthanasia menghormati hak seseorang manusi dan ia adalah sebahagian daripada kaedah perubatan yang baik. Dalam bulan Jun 1995 pula, Australia‟s Northern Territory telah meluluskan satu bil euthanasia iaitu Rights of the Terminally III Act. Ia dipraktikkan bermula tahun 1996 tetapi bil berkenaan dibatalkan oleh Parlimen Australia dalam tahun 1997. Dalam tahun 1997 juga ,Colombia‟s supreme Court mengarahkan agar penalti untuk euthanasia dikeluarkan. Bagaimanapun, arahan berkenaan tidak dilaksanakan sehinggalah panduan-panduan, masih dalam bentuk draf, diluluskan oleh Colombian Congress. Manakala ada pendapat meluahkan hujah mereka mengenai sejarah Euthnasia. Contohnya dalam blog „Muslim Nurse‟. Penulis mengutarakan Euthanasia dalam dunia moden. Sejak abad ke-19, Euthanasia telah memicu timbulnya perdebatan dan pergerakan di wilayah Amerika Utara dan di Eropah pada tahun 1828 undang-undang anti Euthanasia mulai disebarkan di negara bahagian New York yang pada beberapa tahun kemudian tersebar pula oleh beberapa negara bahagian. Semasa Perang Saudara, beberapa advokat dan beberapa doktor menyokong dilakukannya Euthanasia secara sukarela. Kelompok-kelompok pendukung Euthanasia mulanya terbentuk di Inggris pada tahun 1935 dan di Amerika ada tahun 1938 yang memberikan sokongan pada pelaksanaan Euthanasia agresif, walaupun demikian perjuangan untuk mengesahkan Euthanasia tidak berhasil dijalankan di Amerika mahupun Inggris.

Pada era yang sama, pengadilan Amerika menolak beberapa permohonan dari pesakit yang sakit parah dan beberapa orang tua yang memiliki anak cacat yang mengajukan permohonan euthanasia kepada doktor sebagai bentuk “pembunuhan berdasarkan belas kasihan”. Pada tahun 1939, pasukan Nazi Jerman melakukan suatu tindakan kontroversi dalam suatu “program” Eutanasia terhadap anak-anak di bawah umur 3 tahun yang menderita sakit mental, cacat tubuh, ataupun gangguan lainnya yang menjadikan hidup mereka tak berguna. Program ini dikenal dengan nama Aksi T4 (“Action T4″) yang kelak di lakukan juga terhadap anak-anak usia di atas 3 tahun. Eutanasia pada masa setelah perang dunia.Setelah dunia menyaksikan kekejaman Nazi dalam melakukan kejahatan euthanasia pada era tahun 1940 dan 1950 maka berkuranglah sokongan terhadap euthanasia, terlebih-lebih lagi terhadap tindakan euthanasia yang dilakukan secara tidak sukarela ataupun kerana disebabkan oleh kecacatan genetik. Terdapat beberapa negara yang meluluskan euthanasia di dunia. Antara negara yang mengamalkan eutanasia yang pernah dilaporkan dalam berbagai tindakan masyarakat adalah di India pernah dipraktikkan suatu kebiasaan untuk melemparkan orang-orang tua ke dalam sungai Gangga. Manakala, di Sardinia, orang tua dipukul hingga mati oleh anak laki-laki tertuanya. Selain itu, Uruguay mencantumkan kebebasan amalana eutanasia dalam undangundang yang telah berlaku sejak tahun 1933. Di beberapa negara Eropah, pengamal euthanasia bukan lagi kejahatan kecuali di Norwegia yang sejak 1902 memperlakukannya sebagai kejahatan khusus. Di Amerika Syarikat, khususnya di semua negara bahagian, euthanasia dikategorikan sebagai kejahatan. bunuh diri atau membiarkan dirinya dibunuh adalah melanggar hukum di Amerika Syarikat. Satu-satunya negara yang dapat melakukan tindakan eutanasia bagi para anggotanya adalah Belanda. Anggota yang telah diterima dengan persyaratan tertentu dapat meminta tindakan euthanasia atas dirinya. Ada beberapa warga Amerika Syarikat yang menjadi anggotanya.

LAMPIRAN

Euthanasia boleh dijalankan melalui suntikan dalam dos yang berlebihan.

Kes yang terjadi di France pada tahun 2008 di mana wanita ini menghidap penyakit tumor di wajah dan meminta untuk Euthanasia. Tetapi beliau mati sebelum sempat mahkamah membuat keputusan.

Salah satu laman web yang menyediakan maklumat mengenai Euthanasia, bunuh diri dengan bantuan doktor dan sebagainya. Laman web ini menentang pembunuhan atau lebih tepat Euthanasia.

Masyarakat kebanyakan tidak menyokong Ethunasia yang di anggap sebagai mengambil nyawa kerana setiap manusia mempunyai hak untuk hidup.

Buku ini memberikan perspektif yang jelas mengenai subjek di Malaysia. Ia meliputi undangundang dan persepsi awam euthanasia, melalui temu bual dengan orang ramai, saudaramara pesakit yang sakit, jururawat, pakar perubatan dan pegawaipegawai organisasi keagamaan.