You are on page 1of 15

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

1.1 Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani a) Huraikan ciri-ciri pemerintahan negara kota Athens sebelum sistem demokrasi diperkenalkan. (ms. 42-43)  Athens menganalkan sistem beraja dengan raja dibantu konsul  raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama  kuasa raja merosot apabila konsul terdiri daripada golongan kaya yang menguasai pemerintahan  sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki  daripada kalangan konsul lahir pula golongan aristrokrat yang kuat  pemerintahan oleh golongan aristokrat dinamakan aristrokrasi  menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat  muncul golongan yang menuntut hak  menyebabkan berlaku rampasan kuasa  membawa kepada pemerintahan bentuk tirani oleh diktator  lahir sistem demokrasi b) Terangkan sistem demokrasi di Athens. (ms. 43)  terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis  semua warganegara lelaki diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan  antara enam bulan hingga setahun  Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan  setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan  segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis  ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan  Dewan mempunyai kuasa penuh keatas ketiga-tiganya  sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak  sistem ini diwarisi oleh hampir semua negara di dunia pada hari ini c) Huraikan sistem pemerintahan yang diamalkan di Sparta. (ms. 43)     mengamalkan sistem pemerintahan tentera sistem pertahanan diberikan perhatian yang penting anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik sistem latihan ini menyebabkan Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal

1

Tamadun Rom d) Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan republik tamadun Rom. (ms. 43-44)  Rom membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M.  tiada pemerintah berkuasa mutlak  kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh  tidak ada yang lebih berkuasa  konsul dibantu Dewan Snat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincang hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan  sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera  di bawah Dewan Senat, ialah Dewan Perhimpunan yang yang diwakili oleh semua rakyat Rom  segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan e) Terangkan sistem pemerintahan empayar dalam tamadun Rom. (ms. 44)  Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar  Rom mencapai taraf empayar setelah meluasan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britannia dan beberapa kawasn di Jerman  membentuk sistem pentadbiran berpusat iaitu penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya  Julius Caesar menamatkan sistem republik dan menjadi diktator  beliau menguasai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja  gelaran ini diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M.  Augustus berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom  wujud keamanan yang kekal selama 200 tahun  semasa kegemilangan ini digelar Pax Romana yang merupakan zaman kegemilangan Rom  membawa keamanan dan kesejahteraan daripada pelbagai bangsa dalam tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah

f)

Apakah Pax Ramona? (ms. 44)  keamanan dan keagungan empayar Rom selama 200 tahun  zaman kegemilangan semasa pemerintahan Maharaja Augustus

2

1.2 Perundangan Tamadun Yunani a) Huraikan sistem perundangan tamadun Yunani. (ms. 46)     Dewan Perhimpunan menggubal undang-undang kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republik menurut Plato, negeri harus diperintah oleh ahli falsafah mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang

Tamadun Rom b) Huraikan sistem perundangan tamadun Rom. (ms. 46)  undang-undang bertulis  undang-undang pertama – Hukum Kanun 12 • dipahat pada kayu • dikenali Papan Dua Belas • diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat • digubal pada Zaman Republik  Kod undang-undang Rom • terlalu banyak undang-undang • Maharaja Justinian mengulkan dan membukukan undang-undang • dikenali Undang-Undang Justinian • intipati undang-undang kekal hingga kini  Undang-undang Rom terdiri tiga cabang • undang-undang sivil • undang-undang rakyat • undang-undang natural  prinsip-prinsip undang-undang Rom • semua manusia sama di sisi undang-undang • keadilan terhadap setiap individu • seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah • hukuman berasaskan bukti yang kukuh Tamadun India c) Huraikan sistem perundangan tamadun India. (ms. 46-47)  Kitab Dharma Sastra • kitab undang-undang Hindu tertua • raja memelihara kesucian undang-undang • segala kesalahan dikenakan denda • denda berdasarkan serius kesalahan • golongan Brahmin mahir tentang hokum-hakam keagamaan 3

 Zaman Dinasti Maurya • undang-undang disampaikan melalui titah dan perintah diraja • titah perintah diukir pada tiang batu • didirikan di tepi jalan untuk dibaca oleh rakyat • dikenali sebagai Tiang Asoka • berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat • pemerintahan adil • raja diumpamakan bapa • larangan penyembelihan haiwan dalam upacara korban Tamadun China d) Huraikan sistem perundangan tamadun China. (ms. 47)  Berteraskan dua prinsip • hukuman berat • bercorak kolektif  Berteraskan falsafah legalisme • digubal oleh ahli falsafah, Han Fei Tzu • undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia • dalam menjalankan undang-undang tidak wujud rasa kasihan • undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara • bagi membendung tindakan liar manusia • raja mesti memiliki kuasa utuh  Bertentangan dengan undang-undang yang berasaskan ajaran Confucius • menekankan keperluan raja mempunyai budi pekerti yang baik • menjaga keharmonian masyarakat

1.3 Perluasan Kuasa Tamadun Yunani a) Namakan tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di Yunani. (ms. 48)  Philip II  Alexander the Great b) Sebutkan kawasan yang dikuasai oleh Alexander the Great. (ms. 48)  Parsi  Mesir  Turkistan  Samarkand 4

c)

Sebutkan kesan perluasan kuasa tamadun Yunani. (ms. 48)  penyebaran kebudayaan Hellenistik ke empayar Yunani  campuran kebudayaan Yunani, Parsi dan timur  menyatukan Yunani  menakluk Parsi, Mesir, Turlistan dan Samarkhand

Tamadun Rom a) Namakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di Rom. (ms. 49)  Augustus Caeser b) Nyatakan negara atau kawasan yang terdapat dalam empayar Rom semasa perluasan kuasa zaman pemerintahan Augustus Caesar. (ms. 49)  Britain  Sepanyol  kawasan Sungai Rhine  Danube  Laut Hitam  Pergunungan Atlas  Afrika Utara  Macedonia  sebahagian Turki  Palestin Tamadun India a) Namakan tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di India. (ms. 49)  Chandragupta Maurya  Asoka  Bindusara b) Apakah cara perluasan kuasa Chandragupta Maurya di India?  tentera yang besar  600 ekor gajah  1000 orang tentera berkuda  10 000 infantri

5

c)

Apakah kawasan yang dikuasai Chandragupta Maurya? (ms. 49)  kuasai India Utara  Punjab  Seleucid di Syria

d)

Nyatakan kejayaan Bindusara. (ms. 49)  menguasai Mysore di selatan India

e)

Nyatakan cara-cara perluasan kuasa Asoka di India.  tidak menekankan kekuatan tentera  menggunakan dasar lemah lembut / terbuka  memberikan penekanan kepada agama Buddha  menekan kemajuan sosial

(ms. 49)

f)

Senaraikan kesan akibat peristiwa Perang Kalinga semasa pemerintahan Asoka. (ms. 45)  100 000 tentera mati  150 000 tentera cedera  kejayaan menyatukan India  menyedarkan Asoka bahawa peperangan membawa kematian  Asoka memeluk agama Buddha  taktik perang bertukar dasar yang lembut

Tamadun China a) Namakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perluasan kuasa di China. (ms. 49)  Shih Huang Ti b) Apakah kejayaan Shih Huang Ti? (ms. 49)  menyatukan seluruh China c) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Shih Hwang Ti untuk menyatukan seluruh kecil di China? (ms. 49 - 50)  memerintah secara autokratik iaitu tegas dan mutlak  menghapuskan kuasa golongan bangsawan  dengan melantik gabenor / panglima tentera untuk mentadbir

6

 mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar d) Mengikut pandangan anda, mengapakah perluasan kuasa tidak harus digalakkan pada masa ini?  mengelakkan kematian / pengorbanan nyawa  mengelakkan kemusnahan alam  mengelakkan kemusnahan harta benda  menjamin keamanan sejagat  mewujudkan kesejahteraan hidup  menghormati kedaulatan / kemerdekaan negara lain  menghormati hak asasi manusia  mengelakkan persaingan senjata (mana-mana jawapan yang munasabah)

EKONOMI 1.4 Perdagangan Tamadun India Aktiviti perdagangan tamadun India yang melibatkan perdagangan dalaman dan perdagangan luaran mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak abad ke-3 SM . a) Nyatakan jenis barang dagangan yang diperdagangkan di peringkat dalaman tamadun India pada masa tersebut. (ms. 51)  senjata  gading gajah  emas  berlian  mutiara

b) Perkembangan pesat sektor ekonomi telah merangsangkan kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan di setiap bandar iaitu sresthin Nyatakan matlamat sresthin. (ms. 51)  mengawal harga  mengawal kualiti barangan  gaji pekerja

7

c)

Senaraikan hasil yang diperolehi oleh pedagang India dari Alam Melayu dan China pada zaman Gupta. (ms. 52) (i) Hasil dari Alam Melayu     rempah bedak wangi gading gajah besi

(ii) Hasil dari China     d) tekstil tembikar barang kaca minyak wangi

Mengapakah ekonomi Tamadun India berkembang dengan pesat pada abad ke-3 S.M.? (ms. 51 - 52)  perdagangan dalam di wilayah India  perdagangan dengan negara luar seperti Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China  terdapat pelabuhan penting seperti Tamralitpi / Ghantashala / Kadura (di bahagian timur) serta Broach / Chaul / Kalyan / Cambay (di bahagian Barat)  wujud persatuan perdagangan dan perusahaan / Sresthin  Persatuan tukang kayu / Persatuan Tukang logam / Persatuan tukang kulit  mengawal harga / kualiti barangan / gaji pekerja  undang-undang digubal untuk mengawal persatuan  Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang  mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli  dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik  perkembangan sektor perusahaan pengeluaran tekstil / kain kapas / sutera  terdapat perusahaan barang kemas seperti emas / batu permata / mutiara  pelbagai jenis culai dikenakan terhadap hasil perdagangan / hasil pertanian / hasil buah-buahan  perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom dan Sri Lanka Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India. (ms. 51 - 52 )

e)

 melibatkan perdagangan dalaman dan perdagangan luaran  pusat perdagangan penting Anga / Kalinga / Karusa  menghasilkan senjata / gading gajah / emas / berlian / mutiara  hubungan perdagangan dengan negara luar melalui hubungan antara kerajaan 8

Maurya dengan Macedonia / Sri Langka / rantau asia Tengah / Asia Tenggara  pelabuhan pentingnya termasuk Tamralipti / Ghantashala / Kadura / Broach / Chaul / Kalyan dan Cambay  perkembangan ekonomi pesat merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan / sresthin di setiap bandar  termasuk persatuan tukang kayu / tukang logam / tukang kulit  matlamat persatuan ialah mengawal harga  kualiti barangan  gaji pekerja  undang-undang digubal untuk mengawal persatuan  pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja  mata wang digunakan sebagai medium jual beli  Zaman Gupta, mata wang emas digunakan  melaksanakan dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik  perkembangan sejak zaman Maurya asngat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil / kain kapas / sutera  perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares  terdapat perusahaan berasaskan barangan emas / mutiara / batu permata  sejak Zaman Maurya, pelbagai cukai dikenakan  terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil pertanian / hasil buah buahan  cukai untuk menyara anggota tentera / para pentadbir / raja  perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang sejak tahun 100 M  pedagang India memperoleh hasil seperti rempah / bedak wangi / gading gajah / besi dari Alam Melayu  tekstil / tembikar / barang kaca / minyak wangi dari China  perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka turut berkembang f) Sebagai seorang pemimpin negara, bagaimana anda boleh membantu meningkatkan perkembangan ekonomi negara dengan pesat?  bersikap inovatif  bersikap kreatif  meneliti dan menghayati perubahan / kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat lampau  meneliti dan mempelajari perubahan / kemajuan yang telah berlaku dalam negara lain di dunia  menjadi pemerintah yang berwibawa  mewujudkan keamanan di negara  memastikan wujudnya perpaduan ( mana-mana jawapan yang munasabah)

9

Peningkatan Sosial 1.5 Pendidikan Tamadun Yunani a) Huraikan sistem pendidikan tamadun Yunani. (ms. 53-54) i) Pendidikan di Athens     melahirkan manusia yang seimbang pencapaian dari sudut rohani dan jasmani manusia yang cemerlang dapat memenuhi tuntutan mental dan fzikal memberikan sumbangan kepada kecemerlangan hidup menitikberatkan pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis

ii) Pendidikan di Sparta    b) melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kotanya mementingkan latihan fizikal berbanding pendidikan mental mementingkan kemahiran menggunakan senjata

Namakan cendekiawan (sejarawan dan pemikir bidang sains dan teknologi) Yunani. (ms. 54) (i) Sejarawan   Thucydides Herodotus

(ii) Pemikir bidang sains dan teknologi     Thales Anaximander Heraclitus Anaxagoras

Tamadun Rom a) Huraikan sistem pendidikan di tamadun Rom.  menekankan aplikasi ilmu yang praktikal  mekankan semangat setia kepada Rom (ms. 54)

10

 banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani  pusat pendidikan dan ilmu berkembang pesat di bandar-bandar  melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya  melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang menulis kegemilangan Rom Tamadun India a) Jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun Indus. (ms. 54 - 55 )

 peningkatan bidang penndidikan bermula pada Zaman Vedik  pendidikan mementingkan keagamaan / tumpuan pendidikan adalah agama  agama Hindu menjadi terasnya  pendidikan didominasi oleh kaum lelaki  kaum wanita tiada peluang untuk menerima pendidikan  pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda  bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting  menggunakan kaedah hafalan  pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha  menyediakan manusia untuk menghadapi hari selepas mati  hukum agama harus dipelajari  supaya hidup sempurna dengan nilai-nilai agama yang diajar  pendidikan tinggi diberi di Kolej Brahman  sebelum itu, pendidikan diberi di istana dandi rumah  abad ke-4, lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda  untuk capai taraf sebagai Brahmin, perlu hafal pelbagai buku agama / khususnya Veda  harus mempelajari karya saintifik dan falsafah  pendidikan adalah untuk meningkatkan ilmu sains  pendidikan bertujuan menambahkan ilmu  mengatasi buta huruf  mendapat jawatan dalam pemerintahan c) Nyatakan cadangan bagaimana anda membolehkan membantu Malaysia mencapai status negara maju.  bersikap inovatif  bersikap kreatif  menambahkan ilmu pengetahuan  mementingkan keamanan / kesejahteraan negara  mewujudkan perpaduan / keharmonian  mendokong / menyokong segala usaha kerajaan memajukan negara  meningkatkan kemahiran IT  membaiki kehidupan sendiri / meningkatkan kehidupan sedia ada

11

 melantik pemimpin yang berkaliber  menjadi seorang pemimpin yang berwibawa  mengelakkan diri daripada perbuatan jenayah ( mana-mana jawapan yang munasabah)

1.6 Sumbangan Tamadun Tamadun Yunani a) Apakah sumbangan tamadun Yunani kepada tamadun hari ini dari aspek pentadbiran ? (ms. 63-64)      mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik rakyat terlibat dalam pembentukan kerajaan disifatkan sebagai kerajaan rakyat diamalkan seperti di Malaysia, berbentuk demokrasi berparlimen

Tamadun Rom b) Apakah sumbangan tamadun Rom kepada tamadun hari ini dari aspek pentadbiran? (ms. 64)        mewariskan sistem republik perlantikan dua orang konsul bertujuan untuk mengimbangi kuasa konsul dibantu oleh Dewan Senat Dewan Senat dibantu Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat mengandungi unsur demokrasi rakyat terlibat dalam proses pemilihan presiden diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan

c) Apakah sumbangan tamadun Yunani, Rom, India dan China dari aspek sains dan teknologi kepada peradaban dunia? (ms. 64)  teknologi pembinaan aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar China, Stupa di Sanchi, candi dan pagada.  perkembangan bidang matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina  teori matematik seperti Teorem Pythagoras dan Teori Archimedes masih digunakan  teknologi membuat kertas dan tembikar dari China  tamadun China mewariskan sistem kalender  Dinasti Han memperkenalkan tenggala, batas tanaman, kolar kuda, pengisar tanah, sistem tanaman berglir dan pertanian teres  perubatan tradisional China dan fisiologi India

12

d) Apakah sumbangan tamadun Yunani, Rom, India dan China dari aspek sosial kepada peradaban dunia? (ms. 64) Tamadun Yunani         kelahiran ahli falsafah seperti Aristotle, Socrates dan Plato hasil sastera seperti Iliad dan Odyssey dijadikan rujukan sukan Olimpik diperkenalkan pertandingan diadakan di Olympia pertandingan antara negara kota empat tahun sekali untuk memperingati Tuhan Zeus negara kota bersaing seperti Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos perbezaan dengan sukan Olimpik moden ialah bilangan peserta, tujuan dan tempat diadakan

Tamadun Rom  stoisisme masih dijadikan rujukan  bahasa Latin menjadi bahasa agama Kristian dan kesusasteraan Tamadun India  mewariskan agama Hindu  hasil sastera Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan  bahasa sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha Tamadun China     mewariskan agama Buddha, Confucianisme dan Taoisme hinga kini ilmu falsafah seperti legalisme meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia kisah perjalanan dan maklumat geografi yang digunakan sebagai sumber sejarah

1.7 Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia a) Namakan kitab bagi agama-agama berikut.      Agama Hindu Agama Buddha Agama Kristian Agama Islam Taoisme - Veda - Tripitaka - Old Testament dan New Testament - Al-Quran - Tao Te Ching (ms 65 - 67)

13

b) Siapakah pengasas bagi agama-agama berikut.       c) Agama Hindu Agama Buddha Agama Kristian Agama Islam Taoisme Confucianisme

( ms. 65 - 68)

- Tiada pengasas - Siddharta Gautama - Jesus Christ - Diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. - Lao Tze - Confucius

Berikan nama tuhan-tuhan yang mempunyai fungsi utama dalam agama Hindu? (ms. 65)  Brahma  Vishnu  Siva

d) Nyatakan prinsip-prinsip moral tinggi yang ditekankan dalam ajaran Confucianisme. (ms. 67)  perikemanusiaan / ren  kesusilaan / li  ketaatan kepada ibu bapa / xiao e) Berikan kebenaran mulia dalam agama Buddha?     dukka / penderitaan samudaya / sebab penderitaan nirodha / nafsu yang membawa penderitaan marga / cara memadamkan nafsu dan keinginannya (ms. 67) (ms. 66)

f) Sebutkan teras yang tedapat dalam agama Islam.  akidah  syariah g)

Nyatakan satu kandungan bagi setiap rukun yang diberikan dibawah mengikut agama Islam. (ms. 67) i) Rukun Iman       percaya kepada Allah s.w.t. percaya kepada malaikat percaya kepada kitab-kitab percaya kepada para nabi dan rasul percaya kepada hari kiamat percaya kepada qadha dan qadar

14

ii) Rukun Islam      pengakuan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam wajib berzakat wajib berpuasa pada bulan Ramadhan menunaikan fardu haju di Makkah bagi yang mampu

(h) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan agama?  mendisiplinkan sesorang  membentuk perilaku seseorang  menjamin keamanan  mengelakkan kejadian jenayah  mewujudan keluarga bahagia (mana-mana jawapan yang munasabah)

15