You are on page 1of 4

Bab 5 – Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka 1 Sistem Ahli telah ditubuhkan di Tanah Melayu pada Januari

1951. a) Nyatakan ciri-ciri Sistem Ahli. (ms 117-119)          Merupakan sistem kabinet bayangan Anggota dikenali sebagai Ahli Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British Dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu Terdiri daripada 9 anggota 5 orang penduduk tempatan Tanah Melayu 4 orang pegawai British Ahli-ahli diletak di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British Ahli mengetuai portfolio

b) Bincangkan perlaksanaan Sistem Ahli        Ahli ditugaskan menjaga satu portfolio Mengandungi beberapa jabatan Ahli menguruskan pentadbiran harian jabatan Ahli mencadangkan undang-undang berkaitan jabatan Ahli berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama Pesuruhjaya Tinggi memberikan arahan dan persetujuan bersama Cadangan undang-undang merupakan pendirian pentadbian British

c) Huraikan kepentingan Sistem Ahli.       Tapak asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri Memulakan proses perpaduan kaum Asas penting untuk menentukan kemerdekaan Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui kerajaan moden Selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi Dapat mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya

2

Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Kemerdekaan Ke London. (ms 123-124) a) Namakan ahli rombongan yang mewakili Sultan.     Dato’ Panglima Bukit Gantang Dato’ Nik Ahmed Kamil Encik Abdul Aziz Majid Dato’ Mohd. Seth

b) Namakan 3 ahli rombongan lain yang mewakili Parti Perikatan    Dr. Ismail Abdul Rahman Dato’ Abdul Razak Hussein Kolonel H. S. Lee

c) Apakah hasil rundingan mereka di London?   Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957 Pembentukan suruhanjaya bebas menggubal perlembagaan

d) Apakah tindakan Tunku Abdul Rahman sekembalinya ke tanah air?   3 Mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka Membentuk suruhanjaya bebas menggubal perlembagaan

Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. (ms 123-124) a) Apakah isu yang menjadi panduan Suruhanjaya untuk menggubal perlembagaan?      Pembentukan kerajaan persekutuan yang kuat Pemberian kuasa autonomi kepada negeri Mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu Hak istimewa orang Melayu Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu

b) Apakah perkara yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?              Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan Pemisahan antara kuasa pusat dengan negeri Melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Simpanan Melayu diteruskan Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Yang Dipertuan Agong menjadi ketua negara Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak dibawah kuasa Parlimen Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran Beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

c) Nyatakan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.                 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang berdaulat Mentadbir mengikut acuan sendiri Kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk Konsep Raja Berperlembagaan dibentuk Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan murni untuk perpaduan Keharmonian kaum dapat dicapai Tanpa pertumpahan darah Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa telah diketepikan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Simpanan Melayu diteruskan Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Yang Dipertuan Agong menjadi ketua negara Penerusan kepada pembinaan negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan perundangan Unsur Kesultanan Melayu digabungkan dengan sistem birokrasi barat untuk membentuk identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

d) Jelaskan keistimewaan cara kemerdekaan Tanah Melayu dicapai.           Diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa. Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah Sikap kerjasama antara kaum Mengutamakan perundingan masyarakat berbilang kaum Musyawarah sebagai pendekatan mengatasi segala kemelut politik negara dan bangsa Melalui pakatan murni Mengamalkan tolak ansur politik Melalui perpaduan kaum Melalui pilihanraya Melalui perjanjian dengan British

4

Beberapa orang tokoh telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (ms 131-132) a) Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman.      Presiden UMNO Ketua Parti Perikatan Perdana Menteri yang pertama Mengendalikan pakatan murni antara kaum Mencapai kemerdekaan dengan harmoni

b) Huraikan sumbangan Tun Abdul Razak       Timbalan Presiden UMNO Timbalan Perdana Menteri Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London Perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957 Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua

c) Nyatakan sumbangan Tun H. S. Lee      Tokoh MCA Memulakan kerjasama antara kaum Mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan Bekerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan Menteri Kewangan Tanah Melayu yang pertama

d) Apakah peranan Tan Cheng lock?     Presiden MCA yang pertama Menyokong Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan negara Menyokong pakatan murni Presiden Dewan Perniagaan Cina Malaya

e) Huraikan peranan Tun V. T. Sambanthan     Presiden MIC Bersama Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan Menyokong dasar kerjasama kaum Menyeru kaum India setia kepada Tanah Melayu