FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBMS1203 PENGAJARAN MUZIK 1

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

801025145346001 801025-14-5346 012-2701934 ctnorhafidzahahmat@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

PRAKATA
Alhamdulillah dengan kehendakNya, saya dapat menyempurnakan tugasan HBMS 1203 (PENGAJARAN MUZIK 1) ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Kursus HBMS 1203 ini iaitu En. Hafiz Ridhuan bin Md Daud yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai, segala bahan-bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan saya tidak seperti ini.

Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat-amat saya harapkan. Segala kelemahan yang terdapat di dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini.

Harapan saya agar tugasan ini dapat mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya.

Sekian, terima kasih. SITI NORHAFIDZAH BT AHMAT 801025145346001

2

2. 3. Kayu Tik Tok.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) ISI KANDUNGAN BIL 1. 9. 7. Tamborin) Rumusan Bibliografi Lampiran 3 . 4. 8. 6. Prakata Pengenalan PERKARA MUKA SURAT 2 4 5-6 7-8 9-15 16-17 18 19 20 22 Lima sebab mengapa lagu anak ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian Kaedah Mengajar Konsep muzik & Rancangan mengajar nyanyian tahap I Analisis skor lagu Corak irama alat perkusi tanpa pic (Kastenet. 10. 5.

dram getar. Pendapat ini juga turut disokong oleh Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007). alat perkusi ini juga boleh dibahagikan kepada dua jenis. Selain itu. nyanyian juga memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai agar murid-murid dapat belajar nyanyian dengan baik dan sekaligus memjadikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dengan lebih berkesan. aktiviti nyanyain boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. nyanyian dan suara merupakan dua komponen yang tidak dapat dipisahkan seperti laut dengan pantai terutama sekali didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. kerincing. permainan alat perkusi juga adalah penting didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana alat perkusi mampu menghasilkan bunyi-bunyian yang unik dan sekaligus menarik perhatian murid untuk belajar menggunakan alat perkusi ini. tamborin. pukulan. menyatakan bahawa suara adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian. Ini kerana aktiviti nyanyian seringkali dikaitkan dengan suara. Hal ini kerana. Alat perkusi yang tidak berpic seperti kayu tik tok. iaitu alat perkusi berpic dan tidak berpic. Tambahan pula. 4 . paluan dan sebagainya. telah menyatakan bahawa nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Menurut Nani Menon (2008). Oleh itu. ketukan. memberikan hiburan serta dengan secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman belajar yang baik sekali kepada murid-murid. loceng. Di samping itu. dram tenor dan simbal manakala. Permainan alat perkusi memerlukan teknik dan kemahiran yang tersendiri kerana alat perkusi dapat dikategorikan dengan pelbagai jenis seperti goncangan.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) PENGENALAN Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi murid-murid sekolah rendah khususnya. tone block dan xylophone. kastenet. alat perkusi berpic adalah seperti glokenspiel. alat perkusi ini dapat dimainkan sekali dengan aktiviti menyanyi untuk memberi kesan yang baik serta menarik perhatian murid-murid untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Oleh hal yang demikian.

saya telah memilih lagu rakyat. Murid-murid akan lebih mudah menguasai nyanyian lagu Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan. Rangkap kedua Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Lirik Lagu Anak Ikan Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan. Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa. Begitu juga dengan rangkap kedua pada lirik baris pertama dan kedua adalah sama dan berulang juga. lirik lagu Anak Ikan pada baris pertama dan baris kedua dalam rangkap pertama. murid-murid akan lebih mudah untuk belajar menyanyi dan juga mengingati lirik lagu Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang sentiasa berulang-ulang. Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya. Misalnya. Marilah kitalah kita bersuka ria. Jadi. Pertama sekali. Dalam tugasan ini. lagu Anak Ikan ini mempunyai lirik lagu yang sederhana. Pemilihan lagu Anak Ikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dicadangkan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan juga guru terutama sekali dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Walaupun lirik 5 . Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya. Marilah kitalah kita bersuka ria. iaitu lagu Anak Ikan sebagai salah satu lagu yang digunakan untuk mengajar aktiviti nyanyian semasa kelas nyanyian kepada muridmurid. pemilihan lagu Anak Ikan ini adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan berulangan ataupun lirik yang berulangan. Selain itu. perkataan yang digunakan adalah sama dan berulang-ulang. Rangkap pertama 1. Lima sebab mengapa lagu Anak Ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian. iaitu tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

not yang paling tinggi ialah not C menaik dalam bar kedua manakala. Di samping itu. Mud lagu Anak Ikan ini jelas menggambarkan perasaan murid-murid ketika menyanyikan lagu ini. Oleh yang demikian. lagu Anak Ikan ini juga mengandungi nada yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah. Akhir sekali. senikata yang terdapat pada rangkap kedua yang jelas menunjukkan perasaan dan emosi yang gembira. lagu Anak Ikan ini juga mengandungi mud lagu yang riang sama seperti senikata yang telah dinyatakan dalam rangkap kedua. Malah. Senikata ini bersesuaian dengan naluri murid-murid yang menyukai lagu yang berunsurkan kegembiraan dan boleh menarik perhatian mereka untuk belajar menyanyi. lirik lagunya berulang-ulang yang menyebabkan lagu Anak Ikan ini adalah mudah dan singkat apabila dinyanyikan. Contohnya. pemilihan lagu Anak Ikan ini juga disebabkan oleh senikatanya yang mempunyai unsur-unsur kegembiraan. ceria dan bersuka ria.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) lagu ini mempunyai dua rangkap tetapi. jarak antara not ke not dalam skor lagu ini juga adalah agak rapat serta sesuai dengan tahap suara murid-murid. not yang paling rendah ialah not C menurun dalam bar keenam dan bar kelapan. Misalnya. Seterusnya. 6 . dalam skor lagu Anak Ikan (rujuk muka surat 18). lagu Anak Ikan ini dicadangkan bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang sentiasa inginkan hiburan dan kegembiraan dalam diri murid-murid.

saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan ini tanpa iringan muzik. Apabila murid-murid telah didedahkan dengan teknik nyanyian yang betul maka. saya akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan iringan muzik supaya murid-murid mengetahui tempo yang sesuai digunakan untuk menyanyikan lagu ini. Ini akan memberikan kesediaan yang lebih kepada murid-murid terhadap nyanyian lagu Anak Ikan ini. c) Langkah ketiga: Seterusnya. saya memilih kaedah ini untuk mengajar lagu Anak Ikan kepada murid-murid. o. Oleh itu. Langkah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang lagu yang akan dipelajari. Antara langkah-langkah pengajaran yang akan saya gunakan adalah seperti berikut:a) Langkah pertama: Memperdengarkan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan muziknya sekali. d) Langkah keempat: Murid-murid akan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan secara ‘humming’ atau sebutan vokal a. saya akan memberi bimbingan kepada murid-murid untuk membaca senikata lagu Anak Ikan dengan sebutan yang betul. Ini akan dapat memberikan murid-murid penghayatan yang lebih mendalam tentang lirik lagu Anak Ikan ini nanti. saya akan sediakan satu carta lirik lagu untuk mengajar murid-murid membaca senikata lagu Anak Ikan supaya murid-murid lebih memahami lirik lagu itu disamping guru dapat memberikan penerangan yang jelas berkaitan tentang lirik lagu Anak Ikan.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 2. i. Pertama sekali. u berulang-ulang. Oleh yang demikian. e) Langkah kelima: Seterusnya. e. murid-murid akan menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan dengan iringan muzik. b) Langkah kedua: Kemudian. saya akan menggunakan kaedah keseluruhan lagu. kaedah kseluruhan lagu ini amat sesuai digunakan untuk mengajar lagu yang pendek. Kaedah mengajar Untuk mengajar lagu Anak Ikan ini. Kemudian. Saya akan memainkan lagu Anak Ikan ini dengan muziknya sekali untuk beberapa kali. 7 . saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) murid-murid akan mampu menyanyi lagu Anak Ikan ini dengan tempo yang betul serta mennyanyi dengan penuh ekspresi. 8 .

Konsep muzik dan rancangan mengajar nyanyian tahap 1 Terdapat dua konsep muzik yang akan saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian lagu Anak Ikan ini nanti. untuk konsep irama saya akan tekankan dengan aspek tempo cepat dan lambat manakala.1 Menghayati muzik daripada repertoir Pengalaman Muzikal Standard Pembelajaran 1.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 3. alat muzik. Konsep irama mengandungi aspek-aspek seperti detik. bahan improvisasi dan bunyi alam sekitar.30 pagi) Pengalaman Muzikal :. warna ton pula ialah dihasilkan daripada pelbagai sumber bunyi seperti suara. warna ton pula saya akan fokuskan dengan suara lelaki dan suara perempuan. perkusi badan. tempo.suara perempuan dan lelaki Apresiasi Muzik:. Manakala.00 – 8.1. iaitu konsep irama dan warna ton. tekanan. Rancangan pengajaran nyanyian lagu Anak Ikan bagi murid-murid Tahun 1 adalah seperti di bawah ini:- Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Tahap 1 Tahun 1 Mata Pelajaran Tahun Tarikh Hari Masa Fokus Pendidikan Muzik Satu (1) 12 Julai 2012 Khamis 30 minit (8. meter dan corak irama. Tetapi. tempoh masa dan nilai not.tempo cepat dan lambat Pengalaman Muzikal Standard Kandungan 1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan Apresiasi Muzik 3.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul (suara lelaki dan perempuan) Apresiasi Muzik 9 .

Tempo cepat dan lambat . 4.mendengar arahan Membezakan tempo cepat dan lambat. tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar (tempo cepat dan lambat) Pada akhir pengajaran murid dapat: 1. 3. Murid-murid membunyikan bunyi kereta lumba kepada 10  Kad gambar kereta . Menyanyi lagu Anak Ikan mengikut tempo.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 3. Guru menunjukkan kad gambar kereta api sedang bergerak kepada muridmurid. Objektif Pengajaran 2. tempo.1.2 Mengenal pasti mud. 2. membezakan suara lelaki dan perempuan Kreativiti Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi P&P/ABM/Nilai  Kad gambar kereta api Set Induksi (5 minit) . Guru meminta murid-murid membunyikan kereta api yang sedang bergerak.Suara perempuan dan suara lelaki 1. Guru menunjukkan kad gambar kereta lumba kepada murid-murid. kad gambar. Menghasilkan suara lelaki atau suara perempuan mengikut kad gambar orang lelaki atau orang perempuan yang ditunjukkan dengan betul. CD lagu Anak Ikan Berdisiplin . Pengalaman Sedia Ada Bahan Bantu Mengajar Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir EMK (Elemen Merentas Kurikulum) Murid pernah menyanyi lagu rakyat atau lagu kanak-kanak Carta lirik lagu.

6. Kereta lumba bergerak laju.  Kemahiran berfikir: membanding beza Langkah 1 (10 minit) Menyanyi mengikut tempo 1. Guru membmbing muridmurid membaca lirik lagu Anak Ikan kepada muridmurid. Kemudian. 2. 4. Guru menyanyikan lagu Anak Ikan mengikut tempo yang betul berdasarkan carta 11 Carta lirik lagu Anak Ikan . murid lelaki membunyikan kereta lumba secara bergilir-gilir mengikut arahan guru. 5. guru menampalkan carta lirik lagu Anak Ikan di atas papan putih. Guru menyoal murid-murid dengan soalan berikut: Apakah perbezaan antara kereta lumba dan kereta api apabila bergerak? Andaian jawapan: kereta api bergerak lambat. Guru memainkan lagu Anak Ikan kepada murid-murid dengan menggunakan CD CD lagu Anak Ikan Lirik lagu Anak Ikan Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan (2x) Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya (2x) Marilah kitalah kita bersuka ria (2x) Sambil menyanyi menyanyi gelak lagu untuk beberapa kali. 3.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) guru. Guru meminta murid perempuan membunyikan kereta api manakala.

guru menunjukkan kad gambar kereta api maka.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) ketawa (2x) lagu yang telah dipamerkan. muridmurid menyanyikan lagu Anak Ikan dengan perlahan. 6. 5. Murid-murid mengikut guru menyanyi dengan tempo yang betul lagu Anak Ikan. Guru membahagikan muridmurid kepada dua kumpulan. Misalnya. Kad gambar kereta lumba Kad gambar kereta api Langkah 2 (5 minit) Menyanyi dengan suara lelaki dan perempuan 1. iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. 7. Langkah 5 diulang untuk beberapa kali mengikut arahan guru. Sekiranya guru menunjukkan kad gambar kereta lumba maka. muridmurid dikehendaki menyanyikan lagu Anak Ikan dengan tempo yang cepat. 2. Seterusnya. guru meminta murid menyanyikan lagu Anak Ikan mengikut kad gambar yang ditunjukkan. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu Anak 12  Kad gambar perempuan .

Guru menunjukkan lirik lagu ketika murid-murid menyanyi sambil menunjukkan kad gambar jantina berlainan mengikut arahan guru. Guru meminta murid-murid menyanyikan sekali lagi 13  Kad gambar . Misalnya. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Ikan mengikut kumpulan lelaki dan perempuan dengan menggunakan kad gambar jantina berlainan. 2. Langkah 3 diulang untuk beberapa kali. 5. 3. 4.  Carta lirik lagu Anak Ikan  Kad gambar lelaki Langkah 3 (8 minit) Menyanyi mengikut tempo menggunakan suara lelaki dan perempuan 1. guru menunjukkan kad gambar perempuan maka. iaitu kumpulan murid perempuan dan kumpulan murid lelaki. kumpulan perempuan yang akan menyanyi lagu Anak Ikan mengikut arahan guru. Suara murid perempuan dan murid lelaki menyanyi akan bergilir-gilir kerana mengikut kad gambar jantina yang ditunjukkan oleh guru.

lelaki dan kad gambar perempuan Penutup (2 minit) Rumusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 1. Contohnya.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) lagu Anak Ikan mengikut tempo dan kumpulan yang telah ditetapkan berdasarkan kad gambar kereta api dan gambar kereta lumba yang telah ditunjukkan pada set induksi tadi. guru juga akan memilih kumpulan yang akan menyanyikan lagu Anak Ikan berdasarkan tempo yang telah diberikan. guru mempamerkan kad gambar kereta api sambil menunjukkan jari ke arah kumpulan perempuan maka. setelah memilih tempo yang akan dinyanyikan. 3. 4. kumpulan perempuan akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan tempo yang perlahan. Guru membuat perbincangan bersama dengan murid-murid tentang perbezaan tempo yang telah dipelajari dan perbezaan 14 . Langkah ini akan diulang mengikut arahan guru. Kemudian.

Guru menekankan sekali lagi nilai berdisiplin yang perlu diikuti ketika membuat aktiviti nyanyian. 2.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) suara lelaki dan perempuan melalui nyanyian yang telah dilaksanakan. 15 .

G) C E G Rajah 1 16 . Bagi penggunaan kord dalam skor lagu Anak Ikan ini menggunakan kord C major yang mengandungi not (C. B.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Skor Lagu Anak Ikan 4. E. Pic yang paling tinggi digunakan pada skor lagu ini ialah pic C. Nilai semua not yang ada dalam satu bar ialah 4 kerana meter yang digunakan adalah 4/4. E. G) dan kord G7 pula ialah not (G. kedua dan bar kelima menyebabkan notnotnya adalah mendatar. nada lagu yang digunakan ialah C major manakala. D). Kebanyakan not yang digunakan adalah sama seperti not yang terdapat pada bar pertama. Kedudukan kord C major pada papan kibod adalah seperti pada rajah 1 manakala kedudukan kord G7 pada papan kibod ditunjukkan pada rajah 2 di bawah ini:Kedudukan kord C major (C. meter yang terdapat pada skor ini pula ialah 4/4. Lagu Anak Ikan ini mempunyai 9 bar. Analisis skor lagu Anak Ikan Berdasarkan kepada skor lagu Anak Ikan yang ditunjukkan di atas. ke-2 dan bar ke-5. Not mendatar dalam skor lagu ini dapat dikesan pada bar ke-1.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Kedudukan kord G7 (G. B. D) D G Rajah 2 B 17 .

Corak irama alat perkusi (kastenet.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 5. kayu tik tok. tamborin) lagu Anak Ikan Anak Ikan 18 .

Jadi. psikomotor dan afektif murid-murid tanpa kita sedari.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) RUMUSAN Kesimpulannya. Selain itu. guru hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran mengikut keinginan murid-murid demi untuk bangsa dan negara pada masa akan datang. menghiburkan hati murid dan menjadi wadah kepada muridmurid untuk meluahkan perasaan mereka. Hal ini disebabkan oleh nyanyian dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsungnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. pemilihan lagu juga mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana lagu dapat menarik perhatian murid. Oleh itu. ( 2242 patah perkataan ) 19 . mata pelajaran pendidikan muzik ini amat penting sekali untuk diajarkan kepada murid-murid walaupun mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif sahaja di sekolah rendah terutamanya kerana proses pembelajaran banyak berlaku ketika aktiviti pendidikan muzik dijalankan khususnya aktiviti yang melibatkan nyanyian dan permainan alat perkusi. guru hendaklah bijak dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran untuk mengajar pendidikan muzik kerana mata pelajaran ini juga mampu meningkatkan tahap kognitif.

(2010). 20 . Azam Sulong. (2011). Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Open University. Lagu & Puisi Kanak-kanak. HBMS2603 Perkembangan Apresiasi dalam Nyanyian Kanakkanak Prasekolah.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) BIBLIOGRAFI Mohd. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dunia Muzik Tahun 1. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 3. Kuala Lumpur: PTS Professional. (2008). Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Open University. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 2. Nani Menon. HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. Permainan. Open University. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) LAMPIRAN 21 .

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Anak Ikan 22 .

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 23 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful