You are on page 1of 6

Jawapan Soalan Semester Januari 2011: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA Bahagian A: 1.

. Jelaskan dengan ringkas asal-usul perkataan 'Melayu' Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-loyeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga. 2. Senaraikan empat ciri bahasa Melayu Klasik. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah ! Ayat yang panjang dan berbelit-belit ! Banyak ayat pasif ! Menggunakan bahasa istana ! Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya ! Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya ! Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel 'pun' dan 'lah'. 3. Berikan empat kesan zaman kedatangan Islam dalam perkembangan bahasa Melayu.
Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan Bahasa Melayu dan berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada perbendaharaan kata Bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam kegiatan dakwah Islam. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam Bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian juga raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.

4. Terangkan secara ringkas dua komponen penting dalam perancangan bahasa.


Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi.

Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.

5. Jelaskan dengan ringkas dua ciri bagi pendekatan langsung dalam penterjemahan bidang bahasa. Ciri-ciri penterjemahan langsung adalah seperti yang berikut: Penterjemah harus bebas daripada konteks pendengar sasaran tetapi mereka mesti bergantung pada konteks bahasa sumber. Pendengar sasaran mesti membiasakan diri dengan konteks bahasa sumber. Andaian yang disampaikan mestilah bersifat interpretif yang mempunyai kemiripan maksimum antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Penterjemah menumpukan perhatian kepada bentuk teks yang diterjemahkan dan mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima, rentak, permainan kata karya bahasa supaya menyerupai teks asal. Bahagian B: 1. Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan bahasa pengantar di sekolah (Puteri Roslina Abdul Wahid). 1(a). Bincangkan tiga aspek dalam perancangan memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus; kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya 1(b). Huraikan dua istilah yang sering digunakan dalam perkembangan perancangan bahasa dengan merujuk kepada usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar. Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguhsungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa. 2. Bidang terjemahan turut memberi sumbangan penting terhadap kemajuan bahasa Melayu dalam konteks di Malaysia (Hasnah Mohamad) 2(a). Bincangkan dua perbezaan yang dapat dikenal pasti antara penterjemah dan penterjemahan. Penjelasan anda perlu disokong dengan contoh yang berkaitan. Penterjemah Ialah seseorang yang menterjemah dokumen bertulis daripada satu bahasa ke dalam bahasa lain. Penterjemah juga membaca dan menulis bahan bahasa khusus atau bahasa umum di samping mematuhi peraturan bahasa , makna, struktur ayat, tatabahasa, tanda baca, dan sebagainya. Penterjemah kebiasaannya mengkhusus dalam bidang tertentu misalnya pemasaran, kewangan, teknologi dan sebagainya. Penterjemah kebiasaannya menterjemah bahan ke dalam bahasa ibundanya. Penterjemahan Merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa. Kamus Dewan (1986:1247) mendefinisikan terjemahan sebagai pindahan dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan. Penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke

dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut. Menurut Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu konsep lama dan konsep baharu. Konsep lama penterjemahan mengehendaki penterjemah memberikan perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar biasa, dan lain-lain supaya menyerupai teks asli. Konsep baharu pula mementingkan respons pembaca terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal. Prinsip-prinsip penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman dan emosi daripada pembaca itu diutamakan. 2(b). Berdasarkan contoh yang berkaitan, jelaskan prasyarat yang perlu dimiliki seseorang penterjemah yang baik. Pertama, mengetahui bahasa sumber dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa pertama (bahasa sumber). Anda hendaklah menguasai bahasa sumber atau bahasa teks yang hendak diterjemahkannya, bukan setakat mengetahui makna perkataan-perkataannya malah tahu selok-belok penggunaan dan ciri-ciri tertentu bahasa tersebut. Di samping itu, anda juga perlu mengetahui ekspresi idiomatik dalam bahasa sumber. Jika penterjemah tidak dapat menguasai teks sumber dengan baik, kemungkinan berlakunya salah terjemah dan menyebabkan berlakunya ketaksaan dari makna. Kedua, anda perlu mengetahui bahasa sasaran/bahasa penerima dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran). Sebagai penterjemah, anda hendaklah juga dapat menguasai bahasa sasarannya dengan baik. Malah ada yang berpendapat seharusnya lebih baik daripada bahasa sumbernya sebab ini boleh memastikan yang cara pernyataannya tidak berbau terjemahan. Ketiga, anda perlu mengetahui subjek yang hendak diterjemahkannya, iaitu pengetahuan tentang bidang. Individu yang mengetahui dua bahasa belum mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik. Penterjemah hendaklah seelok-eloknya mengetahui bidang yang hendak diterjemahkannya sekurang-kurangnya pada peringkat asas. Anda juga mestilah sekurang-kurangnya mengetahui laras yang digunakan dalam bidang tersebut. Namun hakikat perlu anda sedari bahawa kelayakan ini lazimnya sukar diperoleh, lebih-lebih lagi dalam bidang yang terlalu khusus. Keempat, anda perlu mengetahui teori dan proses terjemahan. Pengetahuan tentang teori dan proses terjemahan akan memperlengkap lagi seseorang untuk menghasilkan terjemahan yang baik. Penterjemah perlulah mengetahui prinsip-prinsip terjemahan bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu. Kelima, anda perlu mengetahui latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran. Pengetahuan umum tentang subjek lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan tajuk terjemahan. Anda perlulah mengetahui budaya kedua-dua bahasa untuk memastikan ketepatan sesuatu hasil terjemahan. Ini kerana norma atau nilai budaya sesuatu bangsa itu berbeza antara satu dengan yang lain. (MS 187)

3. Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. 3(a). Jelaskan empat unsur dalam perancangan taraf bahasa berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh Heinz Kloss (a) Pertama, dasar bahasa rasmi yang tunggal seperti di Indonesia, negara Thai, dan Perancis. Di negara-negara tersebut, bahasa rasmi digunakan dalam semua sistem pentadbiran kerajaan. Tidak ada bahasa-bahasa lain yang digunakan dalam sebarang upacara rasmi kerajaan. (b) Kedua, dasar bahasa rasmi yang mengandungi lebih daripada satu bahasa. Misalnya di Brunei Darussalam yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi secara bersama. Di Kanada juga, Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis digunakan secara meluas, manakala di Switzerland menggunakan empat bahasa rasmi, iaitu Perancis, Jerman, Itali dan Romansch. (c) Ketiga, bahasa rasmi di negeri bahagian (regional official language) seperti Bahasa Ibo di Nigeria Timur dan Bahasa Tamil di Tamil Nadu.

(d) Keempat, bahasa yang dinaikkan taraf (promoted language), iaitu bahasa yang tidak mempunyai taraf rasmi tetapi digunakan oleh kerajaan untuk berurusan dengan masyarakat dalam urusan rasmi. Misalnya bahasa Sepanyol di barat daya Amerika Syarikat oleh penduduk setempat dan pegawai kerajaan. (e) Kelima, bahasa yang diizinkan (tolerated language), iaitu bahasa yang bukan bahasa rasmi tetapi dibenarkan untuk digunakan oleh penuturnya. Ini berlaku di sempadan negara Perancis, antara negara Perancis dan Sepanyol terdapat satu suku bangsa yang mempunyai bahasa mereka sendiri, iaitu bahasa Basque. (f) Keenam, bahasa yang dilarang, iaitu bahasa yang tidak dibenarkan oleh pemerintah seperti bahasa Turki di Asia Tengah sewaktu pemerintahan Tzar Rusia. 3(b) Huraikan dua faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dalam konteks di Malaysia. Huraian anda perlu disertakan contoh berkaitan. (a) Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca di Kepulauan Asia Tenggara sejak awal lagi. Oleh itu kaum bumiputera di daerah ini, walaupun menuturkan bahasa mereka sendiri, mereka menerima dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas sejak awal lagi kerana perhubungan yang dijalankan oleh penduduk daerah ini sejak dahulu lagi. Kegiatan perdagangan dan pengembangan agama melahirkan interaksi antara penduduk dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (b) Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri sejarah, keetnikan, autonomi dan daya hidup. Bahasa Melayu mempunyai tradisi kesusasteraan bertulis sejak dulu lagi. Bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisannya tersendiri, bermula dengan tulisan Melayu kuno, sistem tulisan Jawi dan sekarang sistem tulisan rumi. Bahasa Melayu begitu fleksibel dan boleh menyerap unsur asing dan sifat ini membolehkan Bahasa Melayu maju. (c) Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar. Pada masa itu penutur Bahasa Inggeris hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja. Begitu juga halnya dengan kaum lain. Orang Cina mempunyai banyak dialek dan hal yang sama dengan orang India. Oleh itu tidak praktikal memilih bahasa lain kecuali Bahasa Melayu. (d) Bahasa Melayu boleh diterima sebagai lambang untuk dijadikan identiti/jati diri kedaulatan negara. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, bahasa yang menyatukan rakyat. 4. Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) turut memberi kesan terhadap perkembangan dan kemajuan bahasa Melayu dalam konteks di Malaysia. 4(a). Terangkan empat cabaran yang dihadapi bahasa Melayu dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Masyarakat pengguna Bahasa Melayu perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris. Usaha untuk membentuk peristilahan Bahasa Melayu dalam bidang ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menempuh beberapa zaman yang mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu misalnya kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi Bahasa Melayu turut berlaku secara perlahan-lahan. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan sengit dalam pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat penting dalam konteks ini kerana bahasa merupakan sumber komunikasi yang penting. Bahasa Melayu perlu kukuh dan mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk membolehkan Bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang kelihatannya jelas sekali mementingkan Bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran baru kepada Bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak. Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris. Kelahiran K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan dan pemikiran manusia. Penggunaan Bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penggunaan Bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur

bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet. Muncul perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), tipon (telefon), persal (mengapa), nko (engkau) dan lain-lain. Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa Bahasa Melayu dan kelihatan janggal. Inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak menggunakan Bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal peraturan yang sedia ada. Keupayaan Bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung pada keupayaan masyarakat penutur Bahasa Melayu itu sendiri menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat terhadap Bahasa Melayu telah menyebabkan kesukaran untuk meletakkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa. Ketidakyakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur Bahasa Melayu mengakibatkan Bahasa Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Penutur Bahasa Melayu lebih senang menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap kemurnian Bahasa Melayu. Mereka menganggap Bahasa Melayu tidak setanding dengan Bahasa Inggeris dan akhirnya mula meminggirkan Bahasa Melayu secara perlahan-lahan. Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti penggunaan Bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesawang yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa. Amalan berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada peringkat sekolah lagi dan secara menyeluruh mencapai segenap anggota masyarakat. Hanya dengan cara ini sahajalah, Bahasa Melayu akan mendapat tempat yang sewajarnya dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Kita menerima hakikat bahawa bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan ilmu yang datang dari luar. Konsep yang didukung oleh bidang ini tidak ditemui dalam dunia Melayu. Namun begitu, ini tidak bermakna kita harus berkiblatkan Barat dalam menghasilkan istilah bidang ini. Bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya bahasa bagi dunia siber, malah kini kita dapati bahasa Arab dan Bahasa Mandarin mulai mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang cukup besar di dunia. Bak kata perumpamaan Melayu, hendak seribu daya, tidak hendak seribu helah. Laman sesawang yang dibina oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau dwibahasa agar maklumat tersebar dalam Bahasa Melayu selain daripada Bahasa Inggeris. Sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu berterusan, di samping pembinaan pangkalan data yang bersesuaian bagi pengembangan Bahasa Melayu. Dengan cara ini, bahasa ini mudah dicapai oleh pusat-pusat Pengajian Melayu di luar negara yang menggunakan Bahasa Melayu. 4(b) Bincangkan empat langkah yang boleh dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memastikan bahasa Melayu terus relevan sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikatif. Lihat di atas 5 Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undangundang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. 5(a). Bincang status bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi di Malaysia dengan merujuk kepada peruntukan dalam perlembagaan Malaysia 1. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa: (a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. 2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam keduadua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain. 3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih:

(a) Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan (b) Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris. 4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam Bahasa Inggeris. 5(b). Bincangkan empat peranan penting Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dlam memperkasa bahasa Melayu di Malaysia. (i) Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan (ii) Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan (iii) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan (iv) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan Bahagian C:

You might also like