UNIT 2 ISU-ISU DAN TREND DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini nanti pelajar dapat: 1. Menjelaskan definisi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 2. Membanding bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif. 3. Meramal kesan yang diperolehi oleh individu mengikut peringkat umur hasil daripada pendidikan jasmani dan kesihatan. 4. Merancang program yang bertujuan memupuk minda masyarakat untuk menghargai kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan.

PENGENALAN
Apakah dia pendidikan jasmani dan kesihatan? Apakah perbezaan antara pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan? Mengapakan jasmani dan kesihatan perlu dididik dan apakah kaitannya dengan sukan dan aktiviti manusia seharian? Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti hidup dan kaitannya dengan gaya hidup? Apakah kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap peningkatan kualiti hidup manusia? Semua persoalan ini akan digarap dalam perbincangan Unit 1 ini.

Senario Masyarakat
Kanak-kanak suka bermain, remaja gemarkan akitiviti mencabar seperti sukan ekstrem dan orang dewasa cenderung melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi bagi mendapatkan keseronokan dan kepuasan diri. Dewasa ini masyarakat mula melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan, menari, dan bereakreasi kerana mereka menghargai nilai sosial, mental dan fizikal yang terkandung dalam aktiviti yang diikuti. Situasi ini menggambarkan gaya hidup masyarakat yang sihat dan aktif. Namun terdapat juga masyarakat yang tidak mementingkan kecergasan fizikal dan kesihatan yang baik dalam gaya hidupnya kerana faktor kekangan masa dan kurangya kecelikan minda terhadap kepentingan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab dan cabaran pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan untuk membuka minda masyarakat tentang kepentingannya dalam membentuk gaya hidup sihat dan aktif.

mental dan Aktiviti yang melibatkan sosial secara optimum melalui aktiviti fizikal yang ketahanan fizikal: dijalankan. Latihan Main Permainan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sukan Aktiviti Senggang Aktiviti Atletik . Aktiviti yang melibatkan pergerakan semula jadi dan siri pergerakan asas:  gimnastik  olahraga  tarian Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. memperbaiki ciri-ciri fizikal dan  maraton kemahiran kendiri. pendidikan kesihatan juga berfokus ke arah memberi motivasi dan peningkatan tahap keyakinan diri di kalangan masyarakat untuk memperbaiki status kesihatan. pendidikan kesihatan lebih terserlah dalam konsep memperomosikan kesihatan melalui kaedah pendidikan. meningkatkan kualiti kesihatan dan perkembangan tubuh badan yang harmoni dan  Eco-challenge seimbang. Ia wujud dalam bentuk program pendidikan bagi menyalurkan maklumat mengenai literasi kesihatan bagi meningkatkan tahap kesihatan di kalangan individu dan masyarakat. pendidikan jasmani merujuk kepada proses yang dilaksanakan oleh individu untuk mencapai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal. Secara umumnya. bolehkan anda membezakan maksud konsep berikut? Apakah perkaitan antara antara konsep yang dinyatakan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan? Huraikan idea anda melalui lakaran peta minda di bawah. Pada masa kini. Selain daripada penyampaian maklumat. Kaedah utama dalam pendidikan jasmani adalah melalui latihan aktiviti fizikal yang merangkumi aktiviti pergerakan semulajadi dan siri pergerakan asas. aktiviti sukan dan aktiviti ketahanan fizikal.Definisi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah disiplin ilmu yang saling berkaitan antara satu sama lain. dan membina kesempurnaan  merentas desa kemahiran motor bagi tujuan perlaksanaan rutin  pengembaraan kerja harian. Pendidikan kesihatan pula adalah satu proses yang dipelajari oleh individu mengenai kesihatan dan cara untuk meningkatkan kesihatan diri.

dan aktiviti atletik yang berikut ini mungkin boleh membantu anda untuk menjawab persoalan di atas. mempunyai ganjaran berbentuk intrinsik dan ekstrinsik. pusat kecergasan fizikal dan kelab sukan yang mementingkan tentang pembinaan kemahiran. Aspek organisasi aktiviti dan teknikal amat penting dalam sukan. Tidak mempunyai kepentingan material dan tiada sebarang keuntungan diperoleh daripadanya. peningkatan kecergasan dan semangat rekreasi.Tip: Huraian definisi permainan. mengandungi undang-undang yang eksplisit. Aktiviti yang dilalui oleh individu yang berkemahiran tinggi dalam aktiviti fizikal. main. keberanian. undang-undang aktiviti yang telah diselaraskan dan dikuatkuasa oleh oleh agensi kawalan rasmi. Pembelajaran kemahiran asas perlu dipelajari Main Permainan Aktiviti Senggang dan rekreasi Atletik Sukan Secara amnya. spontan bagi mendapatkan keseronokan. Kebebasan masa dari tugas seharian yang boleh digunakan untuk aktiviti bersifat atau tidak bersifat fizikal. sukan. aktiviti yang dijalankan adalah terurus. pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan sering digunakan dalam konteks pendidikan di sekolah atau universiti. mempunyai sekatan masa. Adakalanya melalui aktiviti main individu dapat menonjolkan hubungan sosial. ruang dan siri tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemain. Ia tidak semestinya melibatkan aktiviti fizikal. Latihan Pergerakan fizikal yang boleh meningkatkan kadar tenaga yang digunakan oleh badan Satu bentuk hiburan yang dilakukan secara bebas. . Menekankan tentang kemahiran fizikal. mempunyai proses sosialisasi. dan penggunaan tenaga. aktiviti pertandingan yang mempunyai institusi dan organisasi. mempunyai latar yang formal. aktiviti senggang dan rekreasi. Aktiviti main yang lebih terurus. Namun pendidikan jasmani dan kesihatan juga wujud dalam dunia sukan dan atletik seperti pusat senaman aerobik. mengandungi elemen perlawanan atau pertandingan antara dua pihak. Kesudahan aktiviti tersebut tidak penting dan tidak diukur.

Ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan 1 Ciri-ciri individu yang bersikap negatif terhadap pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan 1 2 2 3 3 4 4 . yang merangkumi aspek fisiologi latihan. nilai rekreasi dan ganjaran (Lumpkin. Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan? Sains sukan atau sains latihan bermaksud analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia. anatomi. Individu yang cergas dan sihat dikatakan mampu melakukan aktiviti fizikal dengan tahap keupayaan yang optimum. Kajian saintifik mengenai sukan sangat menitikberatkan elemen kecergasan fizikal. tingkah laku motor dan aspek perubatan sukan. Cuba anda senaraikan ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap pendidikan jasmani dan kesihatan dan bandingkannya dengan ciriciri individu yang bersikap negatif. kinesiology. sukan menjadi kaedah pendidikan jasmani yang paling utama. Melalui sains sukan atau sains latihan. aktiviti fizikal dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dapat ditingkatkan kualitinya bagi menjamin kualiti gaya hidup yang sihat. biomekanik. Sukan melibatkan penggunaan aktiviti dan kecergasan fizikal oleh individu yang terlibat. kemahiran.Apakah yang dimaksudkan dengan sukan dan sains sukan? Selain daripada pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. fisiologi. Pada abad yang ke 19. Ciri-ciri pertandingan dalam sukan adalah aspek pendidikan yang sangat penting. fisiologi. 2005). sukan adalah satu disiplin yang paling banyak menerima implikasinya daripada perlaksanaan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. kesihatan hingga mewujudkan dimensi baru dalam dunia aktiviti fizikal iaitu sains sukan atau sains latihan. persaingan antara dua pihak atau dalaman diri individu bagi mendapatkan keseronokan. sukan adalah aktiviti fizikal yang diurus melalui sistem peraturan sama ada secara formal atau tidak formal. Secara umumnya. manakala latihan fizikal yang sistematik adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencaopaian sukan. Masyarakat masa kini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan bagi membentuk gaya hidup yang sihat. melibatkan pertandingan.

berlari semuanya itu menyumbang terhadap kualiti hidup. definisi kualiti hidup antara seseorang individu dengan individu yang lain adalah tidak sama. Di samping itu. melihat.  Menunjukkan kefahaman tentang konsep. Individu yang mengetahui kebaikan dalam penglibatan aktiviti fizikal. mengurangkan masalah kebimbangan dan kemurungan. Bagaimana aktiviti fizikal mampu mengubah kualiti hidup manusia? Melalui aktiviti fizikal. ekspresi kendiri dan interaksi sosial. Keupayaan untuk berjalan. serta keburukan jika tidak melakukan aktiviti fizikal. Individu yang fizikalnya cergas. Individu yang sering melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. kanser perut.  Mencapai dan mengekalkan tahap pencapaian kecergasan fizikal. Menilai aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang bermakna dalam meningkatkan gaya hidup sihat NASPE (2004) telah menggariskan 6 standard nasional untuk pendidikan jasmani yang diguna pakai hingga ke hari ini iaitu:  Menunjukkan kompetensi dalam kemahiran motor dan corak pergerakan yang diperlukan dalam pelnagai jenis aktiviti fizikal.  Mempamerkan rasa tanggungjawab individu dan tingkah laku sosial melalui penghargaan terhadap diri sendiri dan orang lain dalam konteks aktiviti fizikal. prinsip.  Memberi nilai yang bermakna kepada aktiviti fizikal untuk tujuan cabaran yang positif. sendi dan otot yang sihat. Sejauhmana kualiti hidup seseorang adalah bergantung kepada kebolehannya untuk menikmati kehidupannya dengan penuh sempurna. diabetes dan tekanan darah tinggi. risiko kematian akibat penyakit jantung dapat dikurangkan begitu juga dengan masalah stroke. strategi dan taktik dalam pergerakan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan penghasilan aktiviti fizikal. merasa. aktiviti fizikal juga mampu mengurangkan masalah obesiti yang secara tidak langsung menyumbang ke arah pertumbuhan tulang. berikut adalah ciri-ciri individu yang telah dididik fizikal dan kesihatannya sebagaimana yang didefinisikan oleh National Standards for Physical Education (NASPE) iaitu: 1) 2) 3) 4) 5) Individu yang telah mempelajari kemahiran yang bersesuaian untuk melakukan pelbagai bentuk aktiviti fizikal. .Tip: Menurut Lumpkin (2005). KUALITI HIDUP (QUALITY OF LIFE – QOL) Individu yang sihat biasanya berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayatnya.  Melibatkan diri secara kerap dalam aktiviti fizikal. mengelakkan penyakit tulang.

Aktiviti fizikal dalam bentuk latihan daya tahan atau rintangan mempunyai hubungkait yang positif dengan HQRL tanpa dipengaruhi oleh faktor usia. 1997). kesejahteraan individu.org/downloads/measures/mcgill_qol.promotingexcellence. dan kegagalan fungsi pelbagai organ (Wehler et al. 1997). 0 Sangat Teruk 5 Sederhana 10 Sangat Bagus Selain daripada itu anda boleh menilai sejauh mana kualiti hidup anda dengan cuba menjawab soal selidik berkaitan kualiti hidup yang boleh diperoleh daripada laman web berikut:  http://www. aktiviti peranan dan persepsi individu terhadap tahap kesihatan (Rajeski & Mihalko. 2001. et al. Pernahkah anda berfikir tentang perasaan anda pada hari ini? Apakah perasaan yang sedang anda alami? Adakah anda rasa gembira? Adakah anda berasa sihat dan segar? Adakah anda berasa sangat bermotivasi? Atau adakah anda merasakan bahawa hari ini adalah hari paling malang dalam hidup anda? Jawapan kepada persoalan ini adalah status kualiti hidup anda. 2001).. 2003). Hasil kajian HQRL mendapati aktiviti fizikal member kesan positif ke atas kesihatan seperti:    Latihan fizikal mempunyai kesan yang baik terhadap HRQL pesakit yang mengalami penyakit kemurungan (Singh.associationfornetworkcare. Data daripada Behavioral Risk Factor Surveillance System (2001) menunjukkan bahawa individu yang mengikuti aktiviti fizikal yang telah disarankan mempunyai tahap HQRL yang tinggi berbanding mereka yang kurang melibatkan diri (Brown.pdf  http://www. kesihatan dan jenis aktiviti (Rajeski & Mihalko. 2003).. cuba anda menilai diri anda sendiri.pdf Cuba senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi kualiti hidup anda: 1 2 3 4 . koronari jantung (Lavie & Milani. Shumaker. Anderson & Czaikowski.com/pdf/newlongitudinal. 1990). Pernahkah anda memikirkan status kualiti hidup anda pada masa sekarang? Berdasarkan skala 1 hingga 10 mengenai tahap kualiti hidup.Konsep health-related quality of life (HRQL) turut diguna pakai dalam konteks klinikal yang menjurus kepada penilaian HRQL dari aspek fungsi fizikal dan sosial. Clements &Fiatarone. dan nyatakan pada skala berapa nilai kualiti hidup anda pada hari ini.

Anda boleh mula mencambahkan idea anda di dalam peta minda yang disediakan di bawah ini. pendidikan kesihatan dan sukan. cadangkan bagaimana pendidikan jasmani. Peningkatan tahap stres kehidupan akibat tuntutan kerjaya dan perkembangan semasa. pendidikan kesihatan dan sukan boleh menyumbang kepada peningkatan status kualiti hidup yang positif di kalangan masyarakat Sumbangan tersebut boleh dikenalpasti menerusi aktiviti-aktiviti khusus yang boleh dijalankan di dalam konteks pendidikan jasmani.Tip: Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kehidupan kontemporari manusia menyebabkan masyarakat mula menitikberatkan pendidikan jasmani dan kepentingan melakukan aktiviti fizikal iaitu: 1) Ancaman terhadap penyakit kardiovaskular menyumbang terhadap keperluan melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot jantung. Faktor perkembangan teknologi secara tidak langsung telah mengurangkan tahap pergerakan fizikal manusia. Tabiat pemakanan yang tidak sihat. Kesedaran untuk meningkatkan jangka hayat dengan cara yang sihat. dan sekaligus meningkatkan kadar masa rehat dan senggang. Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan Sukan . 2) 3) 4) 5) Dengan menggunakan peta minda di bawah.

bola keranjang. Semasa aktiviti ini dijalankan. bermain dengan . membasuh kain yang sedikit. berkayak Sukan golf.Tip: Apakah jenis aktiviti fizikal yang biasa anda dilakukan? Aktiviti Aerobik Aktiviti yang melibatkan pergerakan otot besar seperti lengan. di bawah ini disenaraikan jenis-jenis aktiviti fizikal yang bersifat sederhana dan lasak yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian: Aktiviti Sederhana Berjalan laju. membuat kerja rumah dengan intensiti yang tinggi. memotong rumput. Aktiviti yang meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot sama ada dengan menggunakan alat khas atau menggunakan kaedah semulajadi seperti latihan angkat berat Latihan Anaerobik Latihan akut Latihan kronik Aktiviti resistence Selain daripada aktiviti latihan yang dinyatakan di atas. badminton. bola tampar. menari rentak perlahan atau sederhana. berbasikal. bola jaring. basikal lasak. bola sepak. kaki dan peha secara berulangan. Latihan yang tidak memerlukan pengambilan oksigen yang mencukupi bagi mengekalkan aktiviti latihan yang berterusan. mencuci kereta. Sekiranya nafas dan kadar denyutan jantung anda meningkat pada tahap yang sederhana semasa melakukan aktiviti. berjogging dan berbasikal. pingpong Aktiviti Lasak Berjogging. dan berenang Aktiviti masa senggang Aktiviti sukan Sukan tenis. sofbol. Membersihkan halaman rumah. kadar pernafasan dan denyutan jantung akan meningkat. cukup sekadar atlit menggunakan pernafasan yang ada bagi menggantikan tenaga simpanan (latihan yang pendek seperti berlari untuk lompat tinggi dan latihan jeda) Latihan yang dijalankan secara ringkas dan pendek (30 minit). Aktiviti di rumah Berkebun. berlari. ini menunjukkan aktiviti aerobik yang anda lakukan mempunyai intensiti yang sederhana seperti berjalan pantas. Latihan jangka panjang (12 bulan). lompat bertali.

kajian mendapati bahawa latihan yang menggunakan kedua-dua acute aerobic exercise dan resistance exercise efektif dalam mengurangkan kebimbangan (Hale. semangat dan kesejahteraan hidup. Selain itu. Pendidikan jasmani dan kesihatan memberi peluang kepada individu dan masyarakat untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kefahaman tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal. perbincangan ini turut menjelaskan sumbangan dari dua konteks yang berbeza iaitu pendidikan jasmani dan kesihatan secara am yang meliputi keperluan dalam kehidupan individu seharian dan juga pendidikan jasmani dan kesihatan secara khusus. di samping dapat mengurangkan kadar kehidupan yang tidak sihat dan kematian serta meningkatkan tahap kesihatan mental. Koch & Raglin. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan ke atas fizikal ini membantu dalam usaha pencegahan penyakit merbahaya. Kepentingan Fizikal Gaya Hidup Sedentari:  Kehidupan yang tidak aktif.  Berlaku di kalangan masyarakat di negara membangun dan sedang membangun. mengemas restoran. kognitif dan afektif.anak.  Aktiviti duduk. 2000). Perbincangan tentang kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan merangkumi tiga aspek penting kehidupan manusia iaitu domain fizikal. iaitu kepentingannya terhadap perkembangan individu mengikut peringkat usia. Dewasa ini. et al. meningkatkan kesan positif seperti keyakinan diri. berdiri dan berjalan semasa melakukan kerja Mengajar tarian. aktiviti komputer seperti menaip dan bermain permainan video sepanjang hari tanpa melakukan aktiviti fizikal. menonton televisyen. Banyak kajian menunjukkan bahawa kekerapan melakukan latihan fizikal boleh meningkatkan kesan psikologi manusia seperti mengurangkan kesan negatif seperti kemurungan. pekerjaan bertani. Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mendidik individu supaya melakukan senaman dengan kerap bagi mengawal diri dari terdedah dengan gejala penyakit merbahaya. kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. membaca. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN Kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dapat dilihat menerusi sumbangannya ke arah membina individu yang sihat dari aspek minda dan tubuh badan. mengemas rumah Aktiviti pekerjaan Khidmat pembantu rumah. kebimbangan tidak terus berkurang tetapi mengambil masa 30 hingga 90 min selepas latihan yang dikenali sebagai delayed anxiolytic effect iaitu kelewatan pengurangan kebimbangan disebabkan faktor intensiti latihan atau komponen kebangkitan dalam kebimbangan itu sendiri (Cox. Mungkin dalam sesetengah kes. dan menjadi salah satu cara latihan psikoterapi dan penghalang kebergantungan terhadap pengambilan dadah dalam rawatan penyakit kecelaruan emosi. kebimbangan dan tekanan. 2000). Sebagai contoh. kebanyakan doktor . kawalan keselamatan diri dan mengelak dari mengalami kecederaan. melakukan pergerakan yang berintensiti tinggi semasa berkerja.

dan berupaya melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian sebagai usaha untuk mengekalkan kualiti hidup yang sempurna. aktiviti lasak dan mencabar serta aktiviti senggang dan rekreasi. Kepentingan terhadap fizikal individu dan masayarakat yang lain: Peringkat Rendah Kepentingan Pendidikan jasmani pada peringkat rendah lebih berfokus terhadap didikan dalam aspek pergerakan motor asas seperti kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor. dan berpakaian bersih. memberus gigi.bersetuju bahawa faktor obesiti merupakan punca kepada banyak gejala penyakit. Remaja mula mengenali potensi diri berdasarkan kekuatan dan kemahiran fizikal. kemahiran manipulatif. Dengan kekuatan serta kemahiran fizikal yang dimiliki membolehkan mereka mengikut pelbagai jenis sukan. darah tinggi dan kencing manis. serta ditambah lagi dengan gaya hidup sedentari. Pendidikan jasmani dan kesihatan memberi peluang untuk mereka memilih gaya kehidupan yang cergas dan sihat. Pendidikan kesihatan pula lebih berfokus terhadap didikan awal dalam menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan. individu untuk berfikir secara lebih rasional terhadap gambar rajah. dan taktil. auditori. Pembentukan skema mental melalui interaksi antara fizikal dan alam sekitar melalui kaedah aktiviti fizikal dilihat berupaya menyelesaikan banyak masalah kehidupan. peta minda kepentingan memiliki gaya hidup yang sihat dan tayangan video dan cergas. . masyarakat akan lebih terdedah dengan risiko penyakit merbahaya seperti penyakit jantung. Tanpa pengurusan diet yang betul dan pengambilan makanan yang berlebihan. sebagainya. sekaligus berupaya menetapkan pilihan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan potensi diri masingmasing. kemahiran motor kasar dan halus. Individu atau masyarakat dewasa yang terdidik dari aspek jasmani dan kesihatan akan mencapai tahap kematangan fizikal yang sihat dan positif dalam mengharungi kehidupan yang lebih kompleks. paparan slide. Remaja mengaplikasikan pergerakan asas dalam sukan yang diceburi. Pertengahan Tinggi Kepentingan Kognitif Pendidikan jasmani dan kesihatan dapat diterapkan ke dalam minda masyarakat melalui medium visual. Kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan itu sendiri dapat dilihat Visual berdasarkan kuapayaannya membentuk Menggunakan kaedah melihat perkembangan minda yang sihat serta membantu melalui poster.

dan berlatih sama ada bagi tujuan untuk memenuhi keperluan fizikal. aktiviti fizikal serta keperluan gaya hidup sihat dapat difahami dan di analisis dengan jelas bagi tujuan meningkatkan kesedaran minda terhadap kepentingannya. Oleh itu lebih banyak nutrien yang dapat beredar di keseluruhan tubuh termasuk otak. Fizikal yang sihat membolehkan individu berfungsi secara lebih berkualiti di dalam kehidupannya. lebih aktif dalam pembelajaran serta cenderung untuk berinteraksi dengan rakan sebaya melalui kaedah aktiviti fizikal seperti bermain. Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan juga meningkatkan keupayaan kognitif individu kerana banyak pengetahuan tentang sukan.Auditori Menggunakan kaedah mendengar melalui syarahan. Kemahiran fizikal yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan permasalahn hidup seharian. oksigen serta nutrien yang stabil membantu dalam proses konsentrasi dan pengukuhan stamina individu untuk berfikir. sistem fisiologi. apabila tubuh badan sihat dan cergas. serta berupaya membanding beza antara kebaikan dan keburukan sesuatu bentuk gaya hidup untuk kebaikan kehidupan sepanjang hayat. Program yang diaturkan untuk pendidikan jasmani dan kesihatan berupaya menyalurkan maklumat mengenai kepentingan kesihatan. memegang atau memanipulasi alat. Mereka lebih memahami tujuan aktiviti fizikal dan kesihatan dalam pencegahan penyakit dan kecederaan. Pengalaman ini dapat dilalui melalui kaedah aktiviti fizikal apabila kanakkanak memanipulasi fizikalnya untuk meneroka persiktaran bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. pengetahuan yang mendalam tentang pendidikan jasmani dan kesihatan juga menjadi asas kepada pembentukan personaliti sukan di kalangan individu. Individu yang matang dari aspek didikan jasmani dan kesihatan dapat memahami dengan baik fungsi mekanikal fizikal manusia. peranan aktiviti fizikal dalam pengembangan sosial dan psikologi. bersenam. Taktil Menggunakan fizikal badan untuk melakukan pergerakan seperti menyentuh. Remaja mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam. dan perbincangan. Individu dewasa mempunyai kelebihan dalam aspek kematangan fikiran. Memang tidak dinafikan bahawa pendidikan jasmani dan kesihatan bertujuan untuk mendidik kesihatan fizikal individu. pemakanan. Selain itu. emosi atau sosial. sistem jantung berupaya berfungsi dengan baik untuk mengalirkan darah dan kandungan oksigen yang berkualiti. Peredaran darah. rakaman suara. garis panduan kesihatan dan latihan fizikal serta kepentingan menjaga kebersihan dalaman dan luaran. Pertengahan Tinggi . Kepentingan terhadap kognitif individu dan masyarakat yang lain: Peringkat Rendah Kepentingan Kajian menunjukkan kanak-kanak aktif belajar melalui pengalaman dan interaksi terhadap persekitaran. Sebagai contoh.

kebolehan. serts dapat mengelakkan rasa bersalah sekiranya aktiviti yang dihasilkan tidak menjadi (Schultz & Schultz. Penghargaan kendiri yang positif dapat meningkatkan tahap kebolehan dan keyakinan diri dalam melakukan aktiviti fizikal sama ada dengan tujuan untuk bersukan. dan merasa kegembiraan dan kepuasan. tabiat dan persepsi adalah elemen utama yang perlu dipupuk supaya individu dan masyarakat dapat mengharagi nilai pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dengan sebaik mungkin.  Sehubungan itu. kanak-kanak mempunyai pelbagai inisiatif dalam kebanyakan aktivitinya. Sikap Gambaran mental dan penilaian individu terhadap ciriciri persekitaran Tabiat Tingkah laku yang berterusan dan sering kali melakukan sesuatu perkara yang sama ianya menjadi rutin harian seseorang individu itu. Persepsi: Tanggapan awal individu mengenai persekitarannya. Jika didik dengan kaedah perlaksanaan inisiatif yang bagus.  Banyak juga nilai yang boleh dipelajari dari pendidikan jasmani dan kesihatan selain yang disebutkan di atas seperti nilai kerjasama. Kepentingan terhadap afektif individu dan masayarakat yang lain: Peringkat Rendah Kepentingan Penghargaan kendiri dari aspek fizikal amat penting bagi kanak-kanak kerana melaluinya mereka mendapat pengiktirafan daripada rakan sebaya dan dapat membina hubungan yang positif. semangat berpasukan.Kepentingan Afektif Penghargaan kendiri merujuk kepada penilaian individu atau pandangan peribadinya terhadap keupayaan diri sendiri. keupayaan serta kuasa yang dimilikinya. beriadah atau berekreasi. semangat kesukanan. . Berdasarkan teori psikososial. atau pun untuk menyelesaikan rutin tugas seharian. mengajar diri menerima kekalahan dan kekecewaan. Keyakinan diri Keyakinan diri merujuk kepada konsep psikososial yang berkaitan keyakinan individu terhadap penilaian peribadinya. maka aktiviti yang dihasilkan menjadi lebih realistik dan bermakna.  Keupayaan fizikal secara tidak langsung memberi kesan terhadap status penghargaan kendiri individu. 2005). Selain itu penglibatan yang positif dalam aktiviti fizikal juga dapat menyumbang kepada perasaan gembira dan berpuas hati di kalangan kanak-kanak. sikap.

pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dapat memperkembangkan ciri-ciri kepimpinan. Selain itu. serta menjadi penentu dalam indeks kesejahteraan psikologi secara keseluruhannya. 4. 4. Kognitif 1. 1. 2. Penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat membantu dalam mengawal emosi dan mood. keaktifan diri juga menjadi pemangkin kepada darjah motivasi seseorang. Tinggi Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan. 2. nilai sosialisasi dan kemahiran penetapan matlamat di kalangan individu. nilai kerjasama dan semangat kesukanan di kalangan individu. 3. Afektif 2. Aktiviti fizikal juga menggalakkan semangat perpasukan. Fizikal 1. 3. 3. 5. . faktor sikap. 4. apakah sumbangan yang boleh anda berikan dalam memupuk aspek fizikal. 5. 5. Individu dewasa melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan memperuntukkan nilai penghargaan ke atas status kesihatannya kerana untuk memenuhi keperluan peribadinya. tabiat dan persepsi memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan pendekatan gaya hidup sihat di kalangan individu. dalam konteks ini. kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat melalui program pendidikan jasmani dan kesihatan yang anda jalankan? Senaraikan sumbangan tersebut.Pertengahan Pada peringkat pertengahan.

boleh Kecergasan Fizikal Dibentuk melalui latihan daya tahan dan bebanan yang mencukupi kadar kekerapan. kerap sekurang-kurangnya 3 Untuk membentuk sikap. kesihatan dan kesejahteraan hidup. dan jangka masa untuk meningkatkan keupayaan jantung dan fungsi tubuh badan. maka tujuan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan haruslah berfokus ke arah mengoptimumkan kualiti hidup masyarakat melalui komitmen yang berpanjangan untuk melakukan aktiviti fizikal dan pengalaman sukan. kuasa. kecergasan berlandaskan fizikal dan senaman secara kemahiran. dan kesejahteraan diri. diukur Kecergasan berlandaskan kesihatan Kecergasan berlandaskan kemahiran Kesihatan Kesejahteraan hidup Faktor kognitif. tabiat dan persepsi positif. kekuatan. emosi. daya tahan otot. imbangan dan masa reaksi. kekuatan. Tahap kecergasan yang diukur berdasarkan daya tahan kardiovaskular. Tahap kecergasan yang diukur berdasarkan keupayaan melakukan pergerakan fizikal dari aspek ketangkasan. Komponen tersebut ialah mental dan sosial dengan aktiviti fizikal. kekuatan otot. Aktiviti Fizikal Merangkumi semua pergerakan fizikal yang menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan. . kecergasan fizikal. kelenturan. hingga 5 kali seminggu.APAKAH KONSEP PENTING YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN? Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mempunyai komponen yang penting ke arah Gaya Hidup Aktif pelaksanaannya dan tujuannya untuk mendidik Gaya hidup yang menyumbang masyarakat supaya menghargai kecergasan fizikal ke arah kesejahteraan fizikal. dan komposisi lemak badan. rohani dan fizikal yang mempengaruhi tingkah laku yang sihat. Kesejahteraan tubuh badan dan minda yang berdasarkan ketiadaan kesakitan dan penyakit. koordinasi. kecergasan melibatkan diri dalam aktiviti berlandaskan kesihatan.

Selalu melakukan aktiviti fizikal atau senaman.1. 2 Banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan saya. 1 Ketahui risiko berat badan anda. Skala pemarkahan adalah seperti berikut: 0 Tidak langsung menggambarkan keadaan saya 1 Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya. Tiada jawapan yang betul atau salah. kemudian kenalpasti status BMI anda berdasarkan skala yang disediakan. Dapatkan Indeks Jisim Tubuh anda dengan berpandukan formula di bawah.2 atau 3 bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang minggu yang lalu. atau langsung tidak melakukan aktiviti fizikal atau senaman Kerap melakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.Pernahkah anda menilai tahap kesihatan diri anda? Cuba anda lakukan penilaian kendiri ini dan kenal pasti tahap kesihatan anda. dan melibatkan diri dalam aktiviti lasak. Formula: Indeks Jisim Tubuh (BMI) = Berat badan (kg) ÷ [Ketinggian (m) x Ketinggian (m)]2 Skala BMI: Panduan Mengira BMI Kurang dari < 20 Kurang berat badan 20 hingga 25 Berat badan unggul 25 hingga 30 Berlebihan berat badan Lebih dari > 30 Obesiti 2 Adakah anda mengamalkan gaya hidup yang aktif? Diri anda berada dalam kategori gaya hidup:  Sedentari  Aktif  Sangat aktif : Melakukan sedikit aktiviti fizikal atau senaman. 3 Sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya . Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab mana-mana kenyataan. : : 3 Sejauh manakah tahap kesihatan mental anda? Anda boleh mengenalpasti status kesihatan mental anda dengan cuba menjawab soal selidik berikut: DASS21 Nama: Tarikh: Sila baca setiap kenyataan di bawah dan bulatkan pada nombor 0.

atau denyutan jantung berkurangan) Saya berasa takut tanpa sebab yang munasabah Saya rasa hidup ini tidak bermakna 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 20 21 0 0 1 1 2 2 3 3 Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2010) . Saya tidak begitu berharga sebagai seorang individu Saya rasa yang saya mudah tersentuh Saya sedar tindakbalas jantung saya walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal (contohnya kadar denyutan jantung bertambah. tercungap-cungap walaupun tidak melakukan senaman fizikal) Saya sukar untuk mendapatkan semangat bagi melakukan sesuatu perkara Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan Saya rasa menggeletar (contohnya pada tangan) Saya rasa saya menggunakan banyak tenaga dalam keadaan cemas Saya bimbang keadaan di mana saya mungkin menjadi panik dan melakukan perkara yang membodohkan diri sendiri Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk diharapkan Saya dapati diri saya semakin gelisah Saya rasa sukar untuk relaks Saya rasa sedih dan murung Saya tidak dapat menahan sabar dengan perkara yang menghalang saya meneruskan apa yang saya lakukan Saya rasa hampir-hampir menjadi panik/cemas Saya tidak bersemangat dengan apa jua yang saya lakukan.1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan Saya sedar mulut saya terasa kering Saya tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya pernafasan yang laju.

Moriarty. Ford. W. 3. S. Giles. 37. Individu sihat mengamalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Individu yang terdidik jasmani dan kesihatannya mempunyai sikap. W. 2. Fikirkan satu program yang boleh dilaksanakan bertujuan untuk mendidik minda masyarakat supaya lebih menghargai pendidikan jasmani dan kesihatan. serta objektifnya. berbanding individu yang mengamalkan gaya hidup sedentari.. (2005).S. Bezakan antara gaya hidup sedentari. D. Jelaskan kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap individu berdasarkan peringkat kehidupan. Nyatakan aktiviti yang boleh dijalankan. RUJUKAN Brown. A. dan peningkatan tahap stres akibat tekanan hidup seharian. A. W. & Mokdad. Lumpkin. . KATA KUNCI        Pendidikan jasmani Pendidikan kesihatan Sukan Latihan Main Permainan Aktiviti fizikal       Kecergasan fizikal Aktiviti senggang Aktiviti rekreasi Kualiti hidup Gaya hidup sedentari Gaya hidup aktif PENILAIAN KENDIRI 1. Prev Med. yang sedikit sahaja atau langsung tidak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman... E. New York: Mc GrawHill. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan harus diterapkan ke dalam diri individu dan masyarakat kerana dewasa ini banyak faktor yang menyumbang ke arah masalah kesihatan seperti faktor gaya pemakanan yang tidak sihat. Bincangkan bagaimana pendidikan jasmani dan kesihatan boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup. and sport studies. 5.. D. Mereka lebih matang dalam menilai gaya hidup yang sihat bagi mengekalkan status kualiti hidup yang sempurna. Balluz. tabiat dan persepsi yang positif terhadap usaha menjaga kesihatan diri. Introduction to physical education. Huraikan definisi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Heath. (2003). Associations between recommended levels of physical activity and health-related quality of life: Findings from the 2001 Behavioral Risk Factor Surveillance System (BRFSS) survey. G.RUMUSAN Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan bertujuan untuk mendidik individu dan masyarakat tentang kepentingan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan fizikal... 520-528. dan berikan contoh. exercise science. G. H. gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif. L. faktor kesibukan kerja. H. gaya hidup moden yang penuh santai. 4. serta melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak dan mencabar.

& Strauss. 397-401. Psychological tests and scales. (1990). A. Anderson.. R. S. Lavie. In Quality of life assessment in clinical trials. U. 79. Hadzionerovic. Reulbach.. J Gerontol A Biol Sci Med Sci 2001. & Fiatarone. Health-related quality of life of patients with multiple organ dysfunctions: individual changes and comparison with normative population. & Czajkowski. S. A randomized controlled trial of progressive resistance training in depressed elders. K. T. M. New York: Raven Press.Rejeski. (1997). 2. Hahn. (1997). 56:23-35. Edited by Spilker B. coronary risk factors. C. J.. M. S. A. 27-35. Milani. A. L. Singh. and weight reduction on exercise capacity. M. behavioral characteristics. (2003). W. M. 95-113. and quality of life in obese coronary patients.. & Mihalko. E. J Gerontol A Biol Sci Med Sci. N. Am J Cardiol. (2001). Geise. J. 31. R. Wehler. G. Aljukic.. Crit Care Med. V. 1094-1101.. Physical activity and quality of life in older adults. exercise training. D. E. Clements. Effects of cardiac rehabilitation. A. . R. Shumaker.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful