You are on page 1of 7

SOALAN & JAWAPAN PEMBUMIAN

PEMBUMIAN

1)Terangkan maksud pembumian-; 1. Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. 2. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan,bagi menjamin keselamtan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi(earth leakage). 2)Apakah tujuan sistem pepasangan elektrik dibumikan? 1. Mengalirkan arus bocor kebumi dengan seberapa banyak dan cepat supaya alat perlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagi mengelakkan berlakunya kejutan elektrik 2. Mendapatkan voltan rujukan kosong untuk star point alatubah dan janakuasa supaya talian neutral dapat digunakan dan voltan bekalan stabil serta mengelakkan voltan terapong 3. Mendapatkan voltan samaupaya (equipotential voltage) supaya tidak berlaku step voltage bahan pengalir yang terdedah (exposed conductive parts) 4. Mengadakan laluan nyahcas(discharge) 5. Keperluan undang-undang dan peraturan 3) Apakah kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi ? a. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi b. semua logam yang telah dimasukkan satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar .

http://abmutara.wordpress.com

Page 1

4) Apakah kekurangan sistem pemasangan disambung ke bumi ? a. kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal . b. bagi sistem TT dimana punca bumi tidak disediakan oleh pihak pembekal , sekiranya salah satu pengalir bumi putus atau tercabut sambungannya maka tidak ada lagi laluan arus bocor ke jisim bumi . 5)Berikan jenis-jenis sistem pembumian : a. Sistem TT b. sistem TN-C c. Sistem TN-S d. Sistem TN-C-S e. Sistem IT

6) Berikan maksud pembentukan huruf pertama dalam sistem pembumian ? T-Menunjukkan satu atau lebih punca bekalan dibumikan , ini disusun oleh pihak berkuasa bekalan. I- Menunjukkan tiada punca bekalan dibumikan.

7) Berikan maksud pembentukan huruf kedua dalam sistem pembumian ? T- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke jisim bumi. N- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke pengalir bumi iaitu punca bekala pengguna.

8) Berikan maksud pembentukan huruf ketiga dan keempat dalam sistem pembumian ? C-Menunjukkan pengalir neautral dan bumi dicantum dalam satu pengalir. S-Menunjukkan pengasingan pengalir neautral dan bumi .
http://abmutara.wordpress.com Page 2

9)Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TT yang dibekalkan oleh pihak pembekal ? 4 Pengalir

10) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-C yang dibekalkan oleh pihak pembekal? 4 pengalir

11) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-S yang dibekalkan oleh pihak pembekal? 5 pengalir

12) Dimana biasanya pengalir pelindung disambungkan ? -bahagian logam yang terdedah -terminal utama bumi -elektrod bumi -punca bumi bekalan 13) Berikan maksud arus bocor ke bumi ? Arus yang mengalir ke bumi atau ke bahagian-bahagian pengalir yang boleh mengalirkan arus bocor dalam litar .

14) Adakah flexible conduit boleh digunakan sebagai pengalir pelindung ? Tidak boleh kerana pengalir pelindung tambahan diperlukan .

http://abmutara.wordpress.com

Page 3

15) Berikan jenis-jenis bahagian logam yang tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi ? Paip air awam Paip gas

16) Berikan jenis-jenis pengalir pelindung ? a. kabel bertebat pvc 1 teras BS 6004 warna hijau atau kuning b. kabel bertebat pvc/pvc dengan pengalir pelindung bersepadu BS6004 c. plat kuprum ( copper strip) d. konduit logam e. ducting logam f. MICC cable sheath g. Lead covered cable sheath h. swa cable armourings

17)Berikan istilah-istilah pembumian: -pengalir pelindung(ECC-earth contuinity conductor/CPC-circuit protective conductor) -pengalir bumi(EC-earth conductor) -terminal bumi utama -elektrod bumi -pengalir ikatan sama upaya

http://abmutara.wordpress.com

Page 4

18)Terangkan cara-cara mengelakkan kebocoran ke bumi: -bertebat sepenuhnya -bertebat 2 lapis -mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian alat yang membawa arus

19)Apakah perkara-perkara yang perlu dibumikan? -semua struktur logam dalam sistem pendawaian yang bukan membawa arus.seperti pelapik logam,konduit,salur,sesalur dan lain-lain. -semua struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik,seperti paip air,rangka rumah dan lain-lain.

20)Berikan pengecualian perkara-perkara yang dibumikan: 1. 2. 3. 4. 5. I. -satu klip logam apabila memasang kabel II. -penutup logam lampu III. -rantai logam untuk gantungan lampu atau peralatan IV. -peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam V. -logam kecil,seperti skru dan plat nama

21)Berikan maksud pengalir pelindungan: -suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir(logam)dalam pemasangan ke terminal utama pembumian.

22)Apakah perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir pelindungan menjadi tinggi? 1. 2. 3. 4. 5. I. -punca earth lugberkarat II. -sambungan pengalir pelindung longgar III. -lapisan cat pada alat-alat elektrik IV. -sambungan pengalir pelindung pada palam dan soket keluaran longgar V. -sambungan diantara konduit dan konduit aksesori atau kotak terminal longgar.

http://abmutara.wordpress.com

Page 5

23)Apakah yang dimaksudkan dengan pengalir bumi(earth conductor)? 1. I. -pengalir bumi ialah pengalir akhir diantara punca bumi pengguna dan elektrod bumi 2. II. -pengalir bumi mestilah dipastikan selalu tidak putus atau terkeluar sambungannya. 3. III. -pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum(copper clad aluminium) tidak boleh di gunukan sebagai pengalir bumi. 4. IV. -punca sambungan pengalir bumi ke elektrod bumi ke elektrod bumi mestilah di letakkan dengan tanda amaran yang jelas dan tetap supaya tidak di putuskan atau di keluarkan sambungannya.

24)Apakah gelung kerosakkan ke bumi? -galangan gelung kerosakkan ke bumi yang bermula pada fasa ke bumi

25)Terangkan maksud elektrod bumi: -elektrod bumi ialah batang(rod),earth plates atau strip(jalur)yang di tanam ke dalam bumi untuk yang memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.

26)Berikan jenis-jenis elektrod bumi yang biasa di gunakan bagi tujuan peraturan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. I. -paip galvani II. -batang(rod)bumi III. -pelit besi tuangan IV. -jalur kuprum(copper strip) V. -struktur keluli bangunan VI. -pelapik plumbum dan bahan logam menutup kabel VII. -lain-lain kerja logam bawah tanah yang sesuai.

http://abmutara.wordpress.com

Page 6

27)Terangkan cara-cara mengurangkan rintangan elektrod bumi: 1. 2. 3. 4. I. -tanam pada tenpat yang lembap II. -tabur serbuk besi,arang batu atau larutan sulfat di sekeliling elektrod III. -tanam elektrod secara selari IV. -tambah dan dalam elektrod

28)Apakan bahan yang di gunakan dalam binaan rod elektrod? -solid copper atau copper-clad carbon steel

29)Berikan ciri-ciri binaan rod elektrod: 1. I. -bahagian kedua hujung rod mempunyai bebenang(thread)dan boleh di sambung dengan rod yang lain dengan menggunakan coupler 2. II. -steel driving cap melindungi bebenang daripada rosak ketika proses mengetuk untuk tujuan menanam rod 3. III. -earthing conductor clamp bagi meyambungkan earth tape atau earth conductor

30)Apakah alat yang di gunakan untuk menguji rintangan elektrod bumi -jangka penguji bumi(earth tester)

http://abmutara.wordpress.com

Page 7