PENGGUNAAN KAEDAH ALGORITMA PARTIAL QUOTIENT DALAM OPERASI BAHAGI TIGA DIGIT DAN SATU DIGIT BAGI MEMBANTU

MURID TAHUN 3

WAN NOOR HAZLINA BT WAN HUSAIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

NOVEMBER 2011

KANDUNGAN

Muka Surat ABSTRAK ABSTRACT PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN iii iv v vi vii viii xi x xi

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

1 1 3 5

2.0 FOKUS KAJIAN

7

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

11

4.0 KUMPULAN SASARAN

12

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Cara Pengumpulan Data

13 13 18

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI 6.1 Soalan Kajian 1 6.2 Soalan Kajian 2

23 23 26

7.0 DAPATAN KAJIAN 7.1 Pengenalan 7.2 Soalan Kajian 1 7.3 Soalan Kajian 2 7.4 Kesimpulan

29 29 29 30 32

8.0 REFLEKSI DAN IMPLIKASI 8.1 Refleksi 8.2 Implikasi

33 33 36

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

38

SENARAI RUJUKAN

40

LAMPIRAN

42

ii

Lebih 85% responden memilih item “Ya” semasa soal selidik menunjukkan persepsi positif mereka terhadap kaedah ini. iii .ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian responden menyelesaikan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit menggunakan kaedah algortima Partial Quotient. Secara keseluruhan. Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah yang mempunyai tahap pencapaian yang sederhana dan lemah. Analisis data dilakukan pada ujian pra sebelum kaedah ini diperkenalkan. manakala soal selidik digunakan untuk meninjau persepsi responden terhadap kaedah algoritma Partial Quotient. Responden terdiri daripada 34 orang murid kelas 3 Arif. Instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah algoritma Partial Quotient ialah ujian pra dan ujian pos. Kaedah algortima Partial Quotient ini dapat meningkatkan pencapaian murid sederhana dan lemah dalam topik bahagi tiga digit dengan satu digit seterusnya menjadi satu inisiatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Manakala analisis data ujian pos dan soal selidik dilakukan setelah kaedah ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Hasil analisis data instrumen menunjukkan min markah ujian pos lebih tinggi berbanding ujian pra. dapatan kajian menunjukkan kaedah algoritma Partial Quotient dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi responden menyelesaikan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit.

Overall. the findings of this study shows Partial Quotient algorithm method can help to improve the performance of respondent in division three digit and one digit problem. The instruments were used to identify the effectiveness of Partial Quotient algorithm method are pre and post test. The data analysis for the post test and the survey done after this method is applied in teaching and learning division three digits with one digit. Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah with the level achievement of moderate and weak respondents. iv . Over 85% of respondents selected the “Yes” items in the survey shows their positive perception in this method.ABSTRACT Action research was conducted to enhance the performance of respondents with the division of three digits and one digit problem using Partial Quotient algorithm method. The data analysis was performed on pre-test before this method was introduced. The respondents were 34 pupils in class 3 Arif. The results shows that the mean on post test scores are higher than pre test. while the survey used to view the perceptions of respondents on Partial Quotient algorithm method. The findings of this action research have enhance the performance of the moderate and slow learners in division of three digits and one digit and this method could be the initiatives for the teachers in teaching division.

.......................PENGESAHAN PENYELIA “ Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Matematik Pendidikan Rendah)” Tandatangan Nama Penyelia Tarikh : : : ............................................................................................................................. v ............. CIK TAN GEK KEE .................

............ WAN NOOR HAZLINA BINTI WAN HUSAIN ....................................... vi ........................................................................................................HALAMAN PENGAKUAN “ Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”............ Tandatangan Nama Penulis Tarikh : : : ............

Aswadi. Annuar. K. K. dorongan dan perhatian diberi Tak terhingga hitungan Ayahanda dan Bonda tersayang Haji Wan Husain bin Wan Mohd Hajah Hasnah binti Endut Atas titipan doa yang berpanjangan Kekanda dan Adinda yang dikasihi W. W.. W. Azwan Kejayaan kalian menjadi inspirasi PISMP Matematik dan rakan-rakan Ambilan Januari 2008 Segala yang berlaku sepanjang tempoh 5 tahun 5 bulan Segar selalu dalam ingatan Terima kasih untuk segalanya. K. N Hazizah & W..DEDIKASI Istimewa buat Suami yang tercinta Rosli bin Yusof Sokongan. K. vii . W. Asmawi.

Encik Hazram bin Ismail kerana telah memberikan pelbagai informasi berguna yang telah banyak membantu saya. Cik Tan Gek Kee atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Kajian Tindakan ini. Terengganu. dengan limpah inayahNya. maka terhasillah laporan Kajian Tindakan ini. jutaan terima kasih diucapkan sebagai penghargaan ikhlas kepada pensyarah penyelia tesis. Sekalung penghargaan buat pensyarah di Jabatan Matematik kerana sudi melayan setiap pertanyaan yang dilontarkan. Penghargaan juga ditujukan buat semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung telah membantu menjayakan kajian tindakan ini viii . Ribuan terima kasih buat pensyarah pembimbing bagi subjek Kajian Tindakan. Jerteh. Tak dilupakan buat warga sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah. Pertamanya.PENGHARGAAN Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi. kerjasama kalian amatlah dihargai.

SENARAI JADUAL Jadual 1 2 3 4 5 Pemarkahan Ujian Pra dan Ujian Pos Pemarkahan Soal Selidik Nilai Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos Peratusan Markah Keputusan Soal Selidik Muka Surat 20 22 23 24 27 ix .

SENARAI RAJAH Rajah 1 2 3 4 5 6 Perancangan Tindakan Langkah pertama kaedah algoritma Partial Quotient Langkah kedua kaedah algoritma Partial Quotient Langkah ketiga kaedah algoritma Partial Quotient Langkah keempat kaedah algoritma Partial Quotient Graf perbandingan murid mengikut gred bagi Ujian Pra dan Pos Muka Surat 13 15 16 17 18 25 x .

SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1 2 3 Ujian Pra Ujian Pos Soal Selidik Muka Surat 42 45 48 xi .

berakhlak mulia. pendidikan merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani. Menurut Mok Soon Sang (1995). darab dan bahagi). matematik mengandungi unsur-unsur yang utama. tolak. bertanggungjawab serta dapat memberi impak terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara. Ini akan dapat mencetuskan motivasi murid untuk . Usaha ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan rakyat berilmu pengetahuan. hukum-hukum dan operasioperasinya (tambah. berketerampilan. Maka. Kelemahan murid-murid bagi mata pelajaran Matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. rohani dan intelek. emosi. iaitu simbolnya (seperti nombor. titik garisan dan bentuk) dan bahasa matematik. teorem dan peraturan-peraturan matematik bagi menjalankan operasinya. Bagi menangani isu kelemahan murid-murid bagi mata pelajaran Matematik ini. serta prinsip.PENDAHULUAN 1. guru perlu mencari kaedah yang kreatif bagi membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. hukum.1 Pendahuluan Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan. matematik merupakan satu cabang ilmu yang menjadi suatu sistem logik yang terdiri daripada bahasa-bahasa matematik seperti simbol-simbol.

mathematics should be made understandable to the learner. tugas utama bagi seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah mencari kaedah yang sesuai untuk digunakan agar dapat memberikan kesan ke atas murid dan seterusnya mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Contohnya. murid-murid dapat memahami sesuatu topik sesuai dengan tahap kognitif mereka dan persekitaran hidup mereka. Menurut Enoch Dumas & C. 2 . maka guru perlulah bijak menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap murid. Untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid. W. Kesimpulannya. Guru perlu melibatkan mata pelajaran Matematik dengan persekitaran hidup murid-murid supaya murid-murid dapat memahami konsep tersebut. Hal ini kerana. „From the beginning. Schminke (1977). With the suitable materials and activities. di samping menimbulkan minat mereka yang mendalam dalam mata pelajaran Matematik. guru perlu mencungkil minat murid dalam matematik.memahami konsep-konsep yang terdapat dalam mata pelajaran Matematik. Maka. topik Bahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu secara adil dan sebagainya. adalah penting bagi murid supaya terus berkeinginan untuk belajar dan menyelesaikan masalah matematik. guru menerangkan topik Wang digunakan dalam perniagaan.‟ Menurut Noraini Idris (2005). the children can understand the concepts and principles suitable to their levels of development.

didapati murid Tahun 3 Arif tidak boleh menguasai topik bahagi ini dengan baik. Malangnya.1. Di sinilah pengkaji menyedari bahawa mereka memerlukan pertolongan agar dapat menjawab soalan bahagi dengan betul. 3 . Malah. mereka tidak dapat menyelesaikan soalan operasi bahagi yang dianggap sukar bagi mereka. pengkaji meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan topik operasi darab. pengkaji akan cuba menangani masalah ini. mereka menyatakan tidak dapat membuat operasi bahagi. keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. 8 dan 9. dan tidak berminat dengan topik operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Contohnya bagi soalan operasi bahagi yang melibatkan pembahagi 6. mereka tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. mereka tidak dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan walaupun masa tersebut telah dipanjangkan tempohnya. setelah sesi pengajaran dan pembelajaran topik operasi bahagi. 7. Melalui lembaran kerja yang diberikan. Jerteh. murid-murid juga kelihatan bosan dan tidak bermotivasi untuk melakukannya. Pengkaji telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan topik operasi tolak. Murid Tahun 3 Arif dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Apabila setiap kali pengkaji memberikan lembaran kerja latih tubi bagi operasi bahagi. pengkaji diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 3 Arif di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah. Sebagai seorang guru. Pada pendapat pengkaji. Ini terbukti melalui lembaran kerja yang diberikan. Sebilangan murid langsung tidak dapat melakukan operasi bahagi walaupun dapat menulis bentuk lazim operasi bahagi dengan betul. Daripada temubual tidak formal dengan murid Tahun 3 Arif. Kemudian. mereka boleh menjawabnya dengan betul. Malah.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pada praktikum fasa tiga ini.

Menyedari permasalahan ini. 4 . 2003). timbul keinginan pengkaji untuk membantu murid-murid dengan mencari kaedah alternatif bagi operasi bahagi menggunakan sifir yang diketahui mereka. Pengkaji dapat melihat permasalahan yang sama dihadapi oleh murid Tahun 5 Bestari ketika menjalani praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka. pengkaji akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa „Mathematics is fun and easy‟. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2 (Kementerian Pelajaran Malaysia. operasi bahagi merupakan salah satu daripada empat operasi yang terpenting di dalam mata pelajaran Matematik. Bagi murid Tahun 3 Arif ini pula. Seterusnya menidakkan tanggapan murid bahawa operasi bahagi merupakan operasi yang susah dan membosankan. Seterusnya. 5 dan 10. operasi bahagi akan dipelajari oleh murid-murid sehingga Tahun 6. operasi bahagi mula diperkenalkan bagi murid-murid ketika Tahun 2 bagi tajuk nombor bulat. mereka hanya dapat menyelesaikan masalah operasi bahagi yang melibatkan pembahagi sifir yang mudah bagi mereka seperti 2. Kaedah Algoritma Partial Quotient ini diharap dapat membantu murid-murid dalam melakukan operasi bahagi. Pengkaji berharap sekiranya kajian pengkaji ini berjaya.Apa yang membimbangkan pengkaji. Pengalaman semasa praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak sewaktu mengajar Tahun 4 Maju memperlihatkan kelemahan muridmurid semasa melaksanakan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit berbanding operasi tambah. tolak dan darab.

kebanyakan guru memperkenalkan bahagi sebagai proses perkongsian. dan Wai-sum Pang (tahun tidak dinyatakan) menyatakan operasi pembahagian panjang yang tradisional meminta penggunanya meneka dan memadankan secara mental.1. topik ini diteruskan dengan menggunakan jadual pendaraban 6 hingga 9 dan topik pembahagian nombor bulat hingga 1000 yang melibatkan operasi bahagi dua digit dengan satu digit dan tiga digit dengan satu digit. Sebagai permulaan. Regina Wong. pada Tahun 3. adalah sangat wajar bagi seorang guru untuk mencari kaedah alternatif yang bersesuaian bagi murid agar mereka akan terus 5 . dengan mencari nilai maksimum yang kurang dari dividen. murid akan diajar operasi bahagi dengan tanpa baki dan mempunyai baki sebagai perkongsian sama rata atau pengumpulan sama banyak menggunakan jadual pendaraban 1 hingga 5.3 Refleksi Nilai Pengajaran Mengikut huraian sukatan pelajaran matematik. Kemudian. Issic Leung. 2003) di bawah topik bahagi nombor bulat. Squire & Bryant sesuai dengan huraian sukatan pelajaran Matematik Tahun 3 (Kementerian Pelajaran Malaysia. pengajaran dan pembelajaran operasi bahagi bermula dari Tahun 2 lagi (Kementerian Pelajaran Malaysia. Kaedah ini amat mengecewakan sesetengah murid kerana konsep bahagi yang dipelajari mereka tidak selari dengan pengajaran guru yang menyatakan bahagi merupakan perkongsian sama rata atau pengumpulan sama banyak. operasi bahagi melibatkan proses perkongsian dan pengumpulan. Oleh hal yang demikian. Menurut Liebeck (1990). Bagi Squire & Bryant. Pernyataan Liebeck. 2003) yang menyatakan operasi bahagi diajar sebagai perkongsian sama rata atau pengumpulan sama banyak. (2003).

dan menyelesaikan soalan operasi bahagi khususnya. Keinginan untuk belajar dan menyelesaikan matematik akan memotivasikan murid untuk belajar dengan lebih tekun lagi.bermotivasi menyelesaikan soalan matematik amnya. Motivasi dan pengalaman murid patut diambil kira oleh seseorang guru bagi memastikan kaedah alternatif yang dicari mempunyai implikasi yang positif terhadap murid. Menurut Noraini Idris (2005). 6 . adalah penting bagi murid supaya terus berkeinginan untuk belajar dan menyelesaikan masalah matematik.

ada dalam kalangan mereka juga tidak dapat menjawab soalan bahagi ini dengan betul di dalam buku aktiviti dan buku teks. Menyedari permasalahan ini.1 Fokus Kajian Pengkaji ingin memberi perhatian terhadap sebilangan besar murid-murid 3 Arif tidak dapat menjawab soalan bahagi tiga digit dengan satu digit dengan betul pada lembaran kerja yang telah diberikan. Malah.FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN 2. Ini juga akan menyumbang kemerosotan markah bagi mata pelajaran Matematik. murid akan mempelajari operasi bahagi dalam topik Masa. Kaedah algoritma Partial Quotient diharap dapat membantu murid-murid dalam melakukan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Contohnya. terdapat hubungkait operasi bahagi dengan topik-topik yang seterusnya. murid ini akan keciciran dalam pelajaran Matematik. Dibimbangi. menjadi kaedah bahagi alternatif yang boleh diguna oleh guru-guru lain dan juga murid-murid . sifir 8 dan sifir 9. sifir 7. pembahagi yang melibatkan sifir 6. Malah. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan. timbul keinginan pengkaji untuk membantu murid-murid dengan mencari kaedah alternatif bagi operasi bahagi menggunakan sifir yang diketahui mereka. Seterusnya. Terutamanya apabila operasi bahagi menggunakan pembahagi yang dirasakan sukar bagi mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana topik pembahagian akan dipelajari oleh mereka ke peringkat seterusnya sehingga Tahun 6. Contohnya. jika tidak diambil tindakan segera. berkemungkinan besar murid akan menghadapi masalah untuk memahami topik bahagi untuk tahun seterusnya.

Antaranya ialah: 2. masalah mereka akan berterusan kerana operasi bahagi merupakan satu operasi asas yang akan dipelajari hingga ke peringkat seterusnya. Murid-murid kelas 3 Arif dapat memahami arahan yang diberikan dan memberi kerjasama yang sebaiknya sepanjang pengkaji menjalankan kajian ke atas mereka. Kaedah algoritma Partial Quotient diharap dapat membantu murid-murid dalam menyelesaikan soalan bahagi dengan lebih pantas dan tepat.lain. murid-murid tidak akan menghadapi masalah lagi apabila berhadapan dengan soalan berkaitan dengan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Pengkaji boleh untuk mentadbir kelas 3 Arif kerana pengkaji mengajar untuk mata pelajaran Matematik bagi kelas tersebut sepanjang berpraktikum di sekolah tersebut.22 Kepentingan Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri. Jika murid-murid tidak dibantu. Murid-murid yang tidak dapat melakukan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit akan dapat melakukannya dengan betul. Berkemungkinan mereka keciciran dalam pelajaran matematik pada masa akan datang kerana topik bahagi bagi tahun seterusnya akan lebih mencabar. Malah. 2. Beberapa kriteria pemilihan fokus kajian telah dipilih oleh pengkaji.21 Kebolehtadbiran Kajian ini boleh ditadbir di sekolah kerana pengkaji menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah selama tiga bulan. 8 .

Murid-murid berasa seronok untuk belajar seterusnya meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar matematik. Melalui kolaborasi. serta mereka senang diuruskan kerana pengkaji mengajar di kelas ini sepanjang tiga bulan berpraktikum. Pengkaji mendapatkan kolaborasi daripada pihak guru yang mengajar Matematik dan pihak sekolah yang memberikan kebenaran pengkaji melakukan kajian tindakan di sekolah tersebut.23 Kebolehgunaan Kajian ini dapat digunakan oleh guru-guru matematik di sekolah berkenaan sebagai kaedah alternatif bagi mengajar murid-murid yang mempunyai masalah dalam operasi bahagi. Terengganu melibatkan 30 orang murid Tahun 3 Arif yang terdiri daripada 14 murid lelaki dan 20 murid perempuan. pengkaji memperolehi maklumat penting selain gambaran awal mengenai responden daripada guru9 . Pembahagian tidak terhad kepada operasi bahagi tiga digit dengan satu digit sahaja. 2. murid-murid yang mengalami masalah dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit dapat diselesaikan masalahnya. Pengkaji dapat mengawal murid-murid dengan baik. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.24 Kawalan Kawalan kajian merupakan aspek kajian yang terpenting.2. Seterusnya. 2. Kaedah algoritma Partial Quotient ini akan meningkatkan penguasaan dan pencapaian operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Jerteh.25 Kolaborasi Kolaborasi merupakan kriteria fokus kajian yang terpenting.

Kaedah ini akan dapat digunakan oleh guru-guru bagi membantu muridmurid menguasai operasi bahagi tiga digit dengan satu digit meningkatkan markah dalam matematik dan meningkatkan peratus lulus di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah kerana masalah murid dalam subjek Matematik dapat diatasi. Selain itu. 2.26 Kerelevanan Kajian ini mempunyai kerelevanan kepada sekolah dan murid-murid. pengkaji telah memperolehi data untuk dianalisis seterusnya dapat membantu murid-murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran dan pengajaran matematik. 10 . Pengkaji juga mendapat kerjasama daripada murid 3 Arif sepanjang pengkaji melaksanakan praktikum selama 3 bulan di sana. Melalui kerjasama yang diberikan oleh mereka. kajian tindakan ini juga memenuhi sukatan pelajaran dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3.guru di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah. Pengkaji juga merujuk kepada pensyarah penyelia tesis dan pensyarah pembimbing bagi memastikan kajian yang dilaksanakan menepati prosedur yang betul agar tiada kesalahan yang besar dilakukan sepanjang proses kajian tindakan ini dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah algoritma Partial Quotient dalam membantu meningkatkan pencapaian prestasi murid-murid kelas 3 Arif dalam matematik berkaitan dengan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. 3.2 Soalan Kajian a) Adakah penggunaan kaedah algoritma Partial Quotient dapat meningkatkan pencapaian murid 3 Arif dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit? b) Apakah persepsi murid 3 Arif terhadap operasi bahagi tiga digit dengan satu digit menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient? . b) Meninjau persepsi murid 3 Arif terhadap kaedah algoritma Partial Quotient melibatkan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit.1 Objektif Kajian a) Meningkatkan pencapaian murid 3 Arif dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient. 3.

masalah murid yang tidak dapat menjawab soalan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit ini patut diambil tindakan segera bagi mengelakkan murid-murid bosan. kecewa dan tidak bermotivasi untuk belajar matematik disebabkan tidak dapat menjawabnya dengan betul. Pengkaji berpendapat. Selain itu. Murid-murid di kelas 3 Arif terdiri daripada murid berprestasi akademik yang sederhana dan lemah. .KUMPULAN SASARAN Kajian ini akan melibatkan semua murid kelas 3 Arif yang terdiri daripada 14 murid lelaki dan 20 murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah. Pengkaji bimbang murid-murid akan keciciran dalam subjek Matematik disebabkan permasalahan ini. Semua murid yang terlibat merupakan bangsa Melayu. operasi bahagi merupakan operasi asas yang akan dipelajari oleh murid-murid sehingga Tahun 6. Kajian ini memberi tumpuan bagi operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Jerteh. Pengkaji melakukan kajian ke atas murid-murid kelas ini kerana pengkaji mengajar Matematik di kelas ini bagi tempoh 3 bulan praktikum di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah. Bilangan murid yang terlibat adalah 34 orang.

1 Perancangan Tindakan Tinjauan masalah Ujian pra Kaedah algoritma Partial Quotient diajar Ujian pos Soal selidik Rajah 1. Pengkaji mendapati murid tidak dapat menjawab dengan betul bagi soalan bahagi tiga digit dengan satu digit. Perancangan Tindakan Perancangan tindakan yang dilakukan oleh pengkaji bermula dengan tinjauan masalah. Set ujian pra dan ujian pos telah disediakan berdasarkan huraian sukatan pelajaran Matematik Tahun 3. Ujian pra (rujuk Lampiran 1) ditadbir di dalam kelas dan masa yang diperuntukkan bagi murid untuk menjawab set ujian pra ialah . Tinjauan masalah dilakukan oleh pengkaji untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid secara memahami permasalahan mereka.TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5. Pengkaji melakukan tinjauan masalah sewaktu menanda lembaran kerja dan buku latihan murid.

Analisis data dilakukan untuk mendapatkan markah pencapaian murid-murid dalam topik bahagi tiga digit dengan satu digit.1. Set soalan soal selidik (rujuk Lampiran 3) pula diedarkan setelah murid menjawab soalan pos. dengan mencari nilai maksimum yang kurang dari 14 .selama 45 minit. Kemudian. Sesi pengajaran dan pembelajaran kaedah algoritma Partial Quotient selama 3 minggu pengajaran atau 8 jam masa mengajar. perbezaan markah sebelum dan selepas kaedah algoritma Partial Quotient digunakan akan dapat menilai keberkesanan kaedah tersebut. Setelah 3 minggu. 5. ujian pos (rujuk Lampiran 2) dijalankan selama 45 minit dan markah yang diperolehi direkodkan. Kemudian. Masa yang diberikan untuk murid menjawab 6 item soalan dalam soal selidik ialah 10 minit. kaedah algoritma Partial Quotient diaplikasikan ke atas murid-murid. Ujian pra dijalankan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient bermula dan markah yang diperolehi direkodkan. Minggu pertama dan kedua pengkaji mengajar kaedah ini sebanyak 3 masa bersamaan 1 jam setengah bagi setiap minggu. Murid mempunyai hak untuk memilih mana-mana jawapan sebagai pilihan mereka. Pengkaji membaca soalan bersama-sama dengan murid dan mengingatkan responden supaya tidak meniru semasa menjawab soal selidik. Soal selidik ini dijalankan untuk meninjau persepsi murid terhadap soalan bahagi tiga digit dengan satu digit setelah kaedah algoritma Partial Quotient ini diterapkan. manakala bagi minggu ketiga pengkaji menggunakan 2 masa bersamaan 1 jam.1 Pelaksanaan Kaedah Algoritma Partial Quotient Kaedah algoritma Partial Quotient tidak memerlukan murid melakukan operasi pembahagian panjang yang menyuruh penggunanya untuk meneka dan memadankan secara mental.

kaedah ini mempunyai 2 kelebihan iaitu : a) Murid dapat melihat masalah Matematik sebagai senang dan abstrak. bentuk lazim pembahagian ditulis seperti kaedah tradisional kecuali satu garisan menegak dibuat di sebelah kanan bagi memberikan ruang untuk murid mencari ruangan hasil pembahagi atau dipanggil Partial Quotient seperti Rajah 2 di bawah. tetapi ia sebenarnya mempunyai perbezaan yang ketara. Partial Quotient 6 707 Garisan menegak Rajah 2. Kaedah algoritma Partial Quotient ini mempunyai algoritma yang mempunyai tatacara langkah demi langkah dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi. langkah kedua dilakukan dengan murid disuruh untuk memilih pendaraban yang senang bagi mereka. Contohnya. Berdasarkan Rajah 3. nombor yang dirasakan selesa untuk murid ialah 15 .dividen. Murid ditanya oleh guru “berapa kali 6 berada dalam 707?” Kaedah ini menolong murid untuk mencari jawapan berdasarkan logik asas. Sebenarnya. Langkah pertama kaedah algoritma Partial Quotient. b) Murid selesa dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan nombor yang dirasakan senang untuk digunakan. Contoh soalan adalah . Langkah pertama. sifir 5 dan sifir 10. sifir 4. disukai dan memberi keselesaan kepada mereka seperti sifir 2. Walaupun secara zahirnya Kaedah algoritma Partial Quotient ini kelihatan mempunyai persamaan dengan kaedah pembahagian biasa. Murid mempunyai kebebasan untuk memilih nombor pendaraban yang senang.

murid-murid menjawab “100 kali 6 dalam 707” atau “100 kali 6 dikumpulkan dalam 707” di mana 100x6=600. Jika jawapannya “Tidak terdapat pengumpulan 6 dalam 107”. maka pengumpulan tersebut boleh dikeluarkan lagi. murid menjawab “Ya. Jika baki lebih kecil daripada pembahagi. Bagi contoh ini.600 107 100 Rajah 3. 10 kali 6 dikumpulkan dalam 107”. maka pengumpulan tidak boleh lagi dikeluarkan dan operasi bahagi selesai. Maka. Berdasarkan Rajah 4. Penolakan dilakukan untuk melihat baki yang tinggal supaya murid-murid dapat membuat keputusan pengumpulan 6 masih boleh dilakukan atau tidak bagi baki berkenaan. Murid menulis 100 di dalam ruangan Partial Quotient. jika jawapan murid-murid ialah “Ya. Murid menulis 600 dibawah 707 dan melakukan penolakan untuk melihat baki yang tinggal. murid tidak perlu mencari pendaraban terkecil dan tersenang untuk menyelesaikan masalah itu. Partial Quotient 6 707 . 16 . murid perlu mengulang langkah kedua. Murid-murid menulis 10 di ruangan Partial Quotient dan menulis 60 di bawah 107. langkah ketiga diteruskan dengan murid ditanya “bolehkah pengumpulan 6 dalam 107 tersebut dikeluarkan lagi?” Murid-murid sudah diterangkan pada sesi aplikasi kaedah algoritma Partial Quotient bahawa. Langkah kedua kaedah algoritma Partial Quotient. Contohnya. 6 boleh dikumpulkan dalam 107” (seperti contoh ini). jika baki lebih besar daripada pembahagi.100.

2 kali 6 dikumpulkan dalam 47. Penolakan dilakukan dan baki ialah 35.Partial Quotient 6 707 . Murid-murid menjawab. 17 . dan menulis 2 di ruangan Partial Quotient dan menulis 12 di bawah 23.60 47 10 100 Rajah 4. “Bolehkah pengumpulan 6 dalam 47 tersebut dikeluarkan lagi?”. operasi bahagi tidak boleh dilakukan lagi. dan menulis 1 di ruangan Partial Quotient dan menulis 6 di bawah 11. Murid akan menulis 2 di ruangan Partial Quotient dan menulis 12 di bawah 35.” Murid-murid menulis 2 di ruangan Partial Quotient dan menulis 12 di bawah 47. Murid-murid melihat baki lebih besar dari pembahagi. Murid-murid melihat baki lebih besar dari pembahagi. murid mengumpulkan 6 sebanyak 2 kali beberapa kali.600 107 . “Ya. Seperti contoh ini (dalam Rajah 5 di bawah). Setelah baki lebih kecil dari pembahagi. Langkah ketiga kaedah algoritma Partial Quotient. Penolakan dilakukan dan baki ialah 11. Jika baki masih ada dan lebih besar dari pembahagi. langkah keempat diteruskan dengan murid ditanya. murid mengulang langkah ini beberapa kali. Penolakan dilakukan dan baki ialah 23. Penolakan dilakukan dan baki ialah 5. Berdasarkan Rajah 5.

12 35 12 23 12 11 6 5 Rajah 5. 1 2 2 10 2 18 . Langkah kelima. Maka. apabila baki lebih kecil dari pembahagi.2 Perancangan Cara Mengumpul Data Dalam kajian tindakan ini.Partial Quotient 6 707 .600 100 107 . operasi bahagi tidak boleh dilakukan lagi. Langkah keempat kaedah algoritma Partial Quotient. penambahan di ruangan Partial Quotient dilakukan. Murid akan menambah 100+10+2+2+2+1=117. Jadi. pengkaji merancang untuk melakukan 2 cara untuk mengumpul data: a) Ujian pra dan pos b) Soal selidik . 5.60 47 .

1 Ujian Pra dan Ujian Pos Antara ciri penting yang perlu ada pada sesuatu ujian ialah ia perlu menepati huraian sukatan pelajaran matematik Tahun 3 yang disediakan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). tahap pelajaran yang telah diajar. objektif mata pelajaran. kefahaman murid. lembaran kerja berkaitan dengan operasi bahagi nombor bulat telah diberikan kepada murid Tahun 3 Arif. Ujian pra dijalankan bagi membandingkan keputusan sebelum dan selepas kaedah algoritma Partial Quotient dijalankan dengan ujian pos. pengkaji melihat banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh murid-murid 3 Arif bagi operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. ujian pos diadakan bagi melihat keberkesanan aplikasi kaedah algoritma Partial Quotient ini.Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Setelah pengkaji mengaplikasikan kaedah algoritma Partial Quotient selama 3 minggu. kandungan sukatan pelajaran. 5. Ini bertujuan untuk melihat dan menilai kefahaman murid-murid tentang operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui lembaran kerja tersebut. kandungan mata pelajaran dan masa yang diperuntukkan. Kesahan isi membawa maksud keberkesanan alat ujian untuk mrnguji apa yang telah dipelajari dan menyediakan item ujian bersesuaian berdasarkan kurikulum yang telah ditentukan. Setelah itu. Soalan-soalan yang disediakan ini 19 . satu set soal selidik akan diberikan kepada murid-murid kelas 3 Arif bagi menilai persepsi murid mengenai operasi bahagi tiga digit dengan satu digit dan kaedah algoritma Partial Quotient ini. Soalan-soalan ini juga perlu mempunyai kesahan isi. Kaedah Kuantitatif dipilih kerana data boleh dikumpul dan dianalisa.2. Konsep yang hendak diuji perlulah dirangka terlebih dahulu sebelum soalan bagi ujian pra dan ujian pos digubal.

Jadual 1 Pemarkahan Ujian Pra dan Ujian Pos MARKAH 80-100 60 . Ujian pra bertujuan untuk melihat perbandingan markah dengan ujian pos. Hal ini untuk membuatkan murid-murid tidak menyedari bahawa item-item soalan dalam kedua-dua ujian yang akan diberikan kepada mereka itu adalah soalan yang sama.diubahsuai daripada soalan buku teks. beberapa pindaan dilakukan iaitu dengan mengubah dan menyusun semula kedudukan item-item soalan dalam ujian para supaya menjadikannya sebagai suatu set soalan yang baru. Ini kerana soalan-soalan ini disediakan oleh panel serta guru-guru pakar yang bertanggungjawab dan telah diiktiraf kepakarannya. cuma ditukar kedudukannya. Ujian pos pula adalah bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian murid selepas mereka diajar kaedah algoritma Partial Quotient bagi operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. buku aktiviti dan juga buku rujukan. Ujian pra mengandungi bilangan item soalan yang sama banyak dengan ujian pos iaitu 20 soalan. Soalan untuk ujian pos adalah sama dengan ujian para. Dalam ujian pos.49 0 .40 GRED A B C D E 20 .79 50 .59 41 .

Penilaian dibuat berdasarkan pemarkahanan ujian para dan ujian pos seperti dalam Jadual 1 di atas. dan peratusan untuk mempamerkan tahap pencapaian murid-murid setelah kaedah algoritma Partial Quotient diaplikasikan.2. 21 . 5. Soal selidik kajian mengandungi enam item yang dikemukakan berdasarkan pilihan jawapan “Ya” atau “Tidak”. data dianalisis dalam bentuk jadual dengan menggunakan jumlah markah. sisihan piawai. setiap item dikodkan dan dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses menggunakan program IBM SPSS Statistical 19. Bilangan peratus bagi pilihan setiap item dicari serta dibandingkan. Pengkaji membuat ruangan jarak antara murid serta membuat pemerhatian sepanjang ujian soal selidik berjalan. Murid diingatkan untuk menjawab semua item dan dipastikan tidak meniru antara satu sama lain semasa menjawab borang soal selidik. min.2 Soal selidik Pengkaji menyediakan soal selidik untuk mengetahui persepsi murid terhadap operasi bahagi tiga digit dengan satu digit setelah kaedah algoritma Partial Quotient diterapkan. tetapi murid bebas memilih pilihan jawapan yang diinginkan mengikut persepsi mereka sendiri. Data-data yang diperolehi daripada kajian ini dikodkan serta dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses menggunakan program Microsoft Excel 2010. Bagi borang soal selidik. Pengkaji membaca soalan pada borang soal selidik bersama dengan murid. Melalui statistik deskriptif.

Jadual 2 Pemarkahan Soal Selidik PERATUS GRED 80-100 60 – 79 50 – 59 41 – 49 0 – 40 A B C D E PERSEPSI POSITIF POSITIF SEDERHANA NEGATIF NEGATIF Penilaian dibuat berdasarkan Pemarkahan Soal Selidik seperti dalam Jadual 2 di atas. Pemilihan item “Ya” yang melebihi 60% menunjukkan persepsi positif murid terhadap kaedah ini. Pengkaji dapat menganalisis persepsi murid terhadap operasi bahagi tiga digit dengan satu digit dan kaedah algoritma Partial Quotient. Data yang diperoleh dianalisis ke dalam bentuk jadual dan peratusan. 22 . Manakala pemilihan item “Tidak” yang melebihi 60% menunjukkan persepsi negatif murid terhadap kaedah algoritma Partial Quotient yang digunakan dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit.

Peningkatan telah berlaku bagi nilai min iaitu sebanyak 45. .1 Soalan kajian 1 Bagi menyelesaikan soalan kajian pertama iaitu “Adakah penggunaan kaedah algoritma Partial Quotient dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam operasi tiga digit dengan satu digit?”.4.8 Ujian Pos 73.02 Berdasarkan Jadual 3. analisis dan interpretasi data telah dijalankan dengan melihat kepada nilai min dan sisihan piawai ujian tersebut. dua buah ujian bertulis telah dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pos. min bagi markah ujian pra adalah 28.4 9. manakala min bagi ujian pos adalah 73.ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI 6.1. Hal ini menunjukkan markah pencapaian murid semakin meningkat setelah penerapan kaedah algoritma Partial Quotient diajar.3. Peningkatan berlaku agak tinggi bagi setiap murid jika dilihat kepada perbezaan nilai min tersebut. Berdasarkan kepada peratusan markah murid-murid. Jadual 3 Nilai min dan sisihan piawai Ujian Pra Min Sisihan Piawai 28.1 14.

Semasa ujian pra. Pengurangan nilai sisihan piawai dapat dilihat bagi ujian pos. Nilai sisihan piawai yang semakin kecil menunjukkan jurang perbezaan markah antara murid semakin kurang. nilai sisihan piawai murid semakin kecil menunjukkan jurang yang tidak begitu ketara di mana beza antara markah tertinggi dan terendah semakin kecil. Selepas ujian pos dijalankan.8 manakala bagi ujian pos adalah 9. Hal ini menunjukkan perkembangan positif telah berlaku dalam kalangan murid. Jadual 4 Peratusan Markah Gred A B C D E Markah 80 – 100 60 – 79 40 – 59 20 – 39 0 – 19 Ujian Pra 0 0 3 6 25 Ujian Pos 10 20 4 0 0 24 . Berikut dipaparkan Jadual 4 bagi menunjukkan peratusan markah dan Rajah 6 menunjukkan graf perbandingan gred murid bagi ujian pra dan ujian pos agar maklumat tampak lebih jelas . jurang perbezaan markah antara murid adalah besar.Nilai sisihan piawai ujian pra adalah 14.02.

Graf Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 6. Penurunan mendadak bagi gred D dan E di mana. Semasa ujian pos. Namun. tiada seorang murid mendapat gred D dan E. Bagi Gred C. semasa ujian pra terdapat 6 orang murid mendapat gred D dan 25 orang murid mendapat gred E. semasa ujian pra terdapat 3 orang murid memperolehinya dan 4 orang murid mendapat gred C semasa ujian pos. Perkembangan positif ini menunjukkan kaedah alternatif berjaya membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pembahagian tiga digit dengan satu digit. tiada murid memperolehi gred B semasa ujian pra. Bagi gred B.30 25 25 20 Bilangan murid 20 15 Ujian Pra 10 10 6 5 0 0 A B C Gred D E 0 3 4 0 0 Ujian Pos Rajah 6. seramai 20 orang murid memperolehi gred B. 25 . namun selepas ujian pos dijalankan. tiada seorang murid pun memperoleh gred A pada ujian pra. seramai 10 orang murid memperolehi gred A. Bilangan murid meningkatkan sebanyak 10 orang. Hal ini menunjukkan peningkatan markah yang amat ketara selepas kaedah alternatif dilaksanakan. setelah ujian pos dijalankan.

Ia akan menunjukkan jumlah peratus jawapan “Ya” dan jumlah peratus bilangan “Tidak” yang telah diberikan oleh murid. Pengkaji memberikan penerangan tentang cara menjawab soal selidik dengan betul dan ikhlas. Pengkaji telah merekodkan dapatan dalam bentuk peratus sebagaimana jadual dibawah. Berikut dipaparkan keputusan soal selidik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. 26 . Pengkaji telah merekodkan keputusan dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package of the Social Science (SPSS) 19 kerana penganalisisan data berstatistik dapat dilakukan dengan jitu dan tepat tanpa ralat. Borang soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji mempunyai 6 item yang telah diedarkan kepada murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran kaedah algoritma Partial Quotient diperkenalkan. Segala maklumat dan dapatan dirahsiakan untuk kepentingan bersama.2 Analisis Data Dan Interpretasi Soalan Kajian 2 Bagi menyelesaikan soalan kajian kedua iaitu “Apakah persepsi murid-murid 3 Arif terhadap operasi bahagi tiga digit dengan satu digit menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient?”. Tujuan soal selidik ini adalah untuk menilai persepsi murid-muird tentang penggunaan kaedah ini. ujian soal selidik telah dijalankan.6.

Jadual 5 Keputusan soal selidik Bil 1. Item Saya suka belajar bahagi melalui kaedah algoritma Partial Quotient 2. Kaedah algoritma Partial Quotient memudahkan saya mempelajari bahagi. 3. Kaedah algoritma Partial Quotient memberi Ya 30 (88.2%) 29 (85.3%) 31 (91.2%) 33 (97.1%) 31 (91.2%) 32 (94.1%) Tidak 4 (11.8%) 5 (11.8%) 3 (8.8%) 1 (2.9%) 3 (8.8%) 2 (5.9%)

perangsang kepada saya untuk belajar bahagi. 4. Minat saya terhadap bahagi timbul menerusi kaedah algoritma Partial Quotient ini. 5. Saya gembira belajar bahagi algoritma Partial Quotient 6. Saya rasa sebenarnya kaedah algoritma Partial Quotient membantu saya belajar bahagi dengan berkesan. melalui kaedah

Merujuk Jadual 5, 30 orang murid mewakili 88.2% suka belajar bahagi menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient. Hanya 4 orang murid iaitu 11.8% berasa sebaliknya. Bagi item ketiga, hanya 4 orang murid iaitu 11.8% merasakan kaedah algoritma Partial Quotient menyusahkan mereka belajar bahagi, 30 orang murid mewakili 88.2%. berasa kaedah algoritma Partial Quotient memudahkan mereka mempelajari bahagi. 31 orang murid mewakili 91.2% menganggap kaedah algoritma Partial Quotient memberi perangsang kepada mereka untuk belajar bahagi,

27

manakala hanya 3 orang murid mewakili 8.8% menganggap sebaliknya. 32 orang murid iaitu 94.1% berasakan kaedah algoritma Partial Quotient membantu mereka belajar bahagi dengan berkesan. Manakala, 2 orang murid mewakili 5.9% memikirkan sebaliknya. Secara keseluruhannya, peratus jawapan “Ya” yang tertinggi ialah pada item 4 yang menunjukkan 33 responden mewakili 97.1% merasakan minat terhadap bahagi timbul setelah mereka belajar menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient. Peratus jawapan “Ya” terendah ialah pada item 2 iaitu sebanyak 85.3%. Ini menunjukkan lebih 85% responden memilih jawapan “Ya” dan menunjukkan persepsi positif responden terhadap kaedah algoritma Partial Quotient ini.

28

DAPATAN KAJIAN 7.1 Pengenalan Berdasarkan analisis yang dibuat, pengkaji menghuraikan dapatan kajian dengan merujuk kepada persoalan kajian iaitu: a) Adakah penggunaan kaedah algoritma Partial Quotient dapat

meningkatkan pencapaian murid-murid 3 Arif dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit? b) Apakah persepsi murid-murid 3 Arif terhadap operasi bahagi tiga digit dengan satu dihit menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient? Kedua-dua persoalan kajian ini digunakan sebagai garis panduan untuk membuktikan kaedah algoritma Partial Quotient yang dilaksanakan ini benar-benar berkesan membantu murid dalam menjawab soalan bahagi operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. 7.2 Dapatan Kajian 1 Hasil dapatan yang diperolehi daripada ujian pra dan pos menunjukkan berlakunya peningkatan min yang ketara di antara kedua ujian tersebut. Peningkatan min dalam ujian pos menunjukkan keberkesanan kaedah meningkatkan pencapaian murid-murid dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. Penurunan nilai sisihan piawai dalam ujian pos menunjukkan jurang pencapaian antara murid-murid juga semakin berkurang, di mana beza markah yang tertinggi dan terrendah secara

29

& Gibbons.. (2002) yang menyatakan murid merujuk masalah pembahagian sebagai masalah pendaraban mencari produk pembahagi dan hasil bahagi yang sepadan dengan dividen. F. Artbuthnott. Berdasarkan pernyataan beliau.. K.3 Dapatan Kajian 2 Hasil dapatan yang diperolehi berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan menunjukkan bahawa murid memberi tanggapan yang positif terhadap operasi bahagi tiga digit dengan satu digit setelah menggunakan kaedah algoritma Partial Quotient. beliau menyatakan murid-murid mengaitkan pembahagian dengan pendaraban bagi mencari produk pembahagi dan hasil bahagi yang sepadan. Dapatan kajian ini selari dengan pernyataan Robinson. penggunaan kaedah algoritma Partial Quotient dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. 7.M. Kajian tersebut mendapati faktor kaedah pengajaran serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu topik. Maka. Hal ini dapat dibuktikan melalui peratusan dapatan yang tinggi bagi item 30 . Maka. A.keseluruhannya menjadi semakin kecil. Hal ini membuktikan bahawa kaedah algoritma Partial Quotient dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit.D. guru perlulah mencari kaedah pengajaran serta bahan pengajaran dan pembejalaran alternatif yang mampu membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Dapatan kajian yang dijalankan ini juga turut disokong oleh pernyataan Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) yang membuat kajian tentang amalan pengajaran guru yang berkesan dalam Matematik di sekolah rendah. K.

Menurut Noraini Idris (2001). murid membuat anggapan matematik merupakan mata pelajaran yang susah dan membosankan. Contohnya. minat dan motivasi mereka untuk belajar pembahagian dan matematik amnya akan menurun. Menurut Gagne dan Briggs (1979) menyatakan guru perlu menyusun aktiviti dan kaedah yang sesuai dijalankan untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian. Hasil dapatan menyokong pernyataan ini kerana kaedah algoritma Partial Quotient ini telah membantu mengubah persepsi murid tentang topik bahagi tiga digit dengan satu digit membuatkan mereka lebih bermotivasi dengan menjawab soalan yang diberikan. Oleh hal yang demikian. Dapatan kajian ini menyokong pernyataan mereka dengan penyediaan kaedah alternatif yang sesuai dapat menarik minat dan mengubah persepsi mereka tentang topik pembahagian. motivasi murid dapat ditingkatkan termasuklah dengan mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. 31 . Murid yang tidak berminat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru akan menyebabkan mereka tidak berminat dan membuat persepsi yang salah tentang sesuatu topik dan mata pelajaran. Jika pada awalnya mereka beranggapan yang topik pembahagian adalah topik yang susah. Persepsi ini akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah. persepsi murid sangat penting dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik. murid-murid telah menunjukkan persepsi yang positif bagi operasi bahagi tiga digit dengan satu digit selepas kaedah ini diajar kepada mereka.“Ya” yang menunjukkan mereka bersetuju dengan pernyataan yang diberikan.

Instrumen-instrumen kajian yang dipilih berjaya membantu pengkaji menjawab persoalan kajian tersebut. Kaedah algoritma Partial Quotient ini telah dapat membantu murid-murid 3 Arif menyelesaikan soalan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. 32 .4 Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji di atas. pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kesemua persoalan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji dalam bab terdahulu telah terjawab dan menepati objektif yang dikehendaki.7.

. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Dr Sulaiman Daud (1982) dalam kata aluan Menteri Pendidikan Malaysia dalam Pendidikan Guru (Terbitan Khas) berkata. guru memainkan peranan yang penting sebagai ejen perubahan masyarakat dan negara. Pelbagai kenangan pahit manis telah ditempoh sepanjang menyiapkan laporan kajian tindakan ini.1 Refleksi Alhamdulillah. pandai mengira dan membaca. guru mampu mengubah seseorang murid daripada seorang yang tidak tahu apa-apa kepada seseorang akan mengenal nombor..REFLEKSI DAN IMPLIKASI 8. Maka rancangan pendidikan guru perlu bukan sahaja membekalkan mereka dengan pengetahuan. Pengkaji dapat mengenal kekuatan dan bangkit dari kelemahan yang dihadapi. pengkaji menyedari bahawa pengkaji perlu sensitif dengan keperluan murid dan mencari pelbagai kaedah yang sesuai bagi memastikan murid-murid berjaya memahami dalam sesuatu topik tanpa mengenal penat dan lelah. guru perlu mencari pelbagai cara dan kaedah bagi memastikan murid-muridnya boleh menguasai topik-topik yang diajar. pengkaji berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan laporan kajian ini dalam masa yang ditetapkan. pengkaji juga bersikap prihatin dan peka dengan keperluan murid lemah yang tidak .” Maka. Selain itu. Bagi pengkaji. Maka. Hal ini kerana. malah patut juga membolehkan mereka menjadi ejen perubahan yang sensitif. “Peranan guru sudah berubah dan akan terus berubah menjadi jauh lebih rencam pada masa hadapan.. kemahiran dan sikap..

Sebagai seorang guru.dapat menguasai sebahagian daripada topik bagi memastikan mereka tidak ketinggalan jauh daripada rakan-rakan mereka. Pengkaji berasa gembira kerana dengan pelbagai usaha yang berterusan dapat membantu muridmurid menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Mereka lebih suka menjawab soalan bahagi yang melibatkan pembahagi 2. Malangnya. pengkaji mencari cara bagi membantu mereka menjawab soalan bahagi dengan pengetahuan mereka. 3. Melalui kajian ini. 7. dan 5. pengkaji telah memilih kaedah algoritma Partial Quotient ini. pengkaji menyedari bukannya senang mengaplikasikan kaedah baru bagi murid-murid. Melihatkan kecenderungan mereka dengan sifir-sifir mudah tersebut. Mereka juga kelihatan tidak berminat dengan pengajaran bahagi walaupun pengkaji telah menggunakan elemen ICT dibantu dengan audio visual bagi menarik minat mereka. Ia memerlukan tenaga dan masa yang bersesuaian bagi memahirkan murid-murid dengan kaedah baru. dan 9. mereka kelihatan semakin tertekan dan berputus asa apabila tidak dapat menjawab soalan bahagi dengan betul bagi pembahagi yang melibatkan nombor 6. 4. Pengkaji berasa sedih apabila melihat murid-murid pengkaji tidak dapat memahami konsep bahagi dan menjawab soalan bahagi dengan betul pada mulanya. Maka. kita mestilah mempunyai tekad yang tinggi bagi membantu murid-murid yang 34 . Komitmen yang tinggi diperlukan bagi memantau pencapaian dan minat setiap murid. Pengkaji berharap agar kaedah algoritma Partial Quotient ini akan dapat membantu murid-murid lemah dan guru-guru menggunakan kaedah ini membantu murid-murid mereka menyelesaikan masalah mereka.

Usaha dan pencarian kaedah yang sesuai perlu dijalankan secara berterusan agar permasalahan yang dialami murid-murid dapat diatasi sewajarnya. Maka. Pengkaji berasa sanggat bangga kerana berjaya membantu murid-murid menguasai bahagi menggunakan kaedah ini dan mereka mengaplikasikan dalam soalan bahagi yang dikemukakan. pengkaji menggunakan ICT dalam pengajaran. Malangnya. ia tidak membantu murid-murid menguasai operasi bahagi tiga digit dengan satu digit ini. Contohnya. kita seharusnya berusaha meningkatkan penguasaan murid terhadap topik yang lemah bagi memastikan mereka tidak keciciran dalam pembelajaran. 35 . namun sebilangan besar sudah memperolehi kemahiran kaedah algoritma Partial Quotient ini. Walaupun bukan semua dapat menguasai kaedah algoritma Partial Quotient ini dengan baik. Sebagai seorang guru. Sebilangan kecil murid-murid kelas 3 Arif masih memerlukan usaha yang berterusan dan bimbingan agar dapat menguasai dan mengaplikasikan kaedah ini dalam operasi bahagi tiga digit dengan satu digit lebih baik lagi. Pengkaji menyedari hal ini walaupun pelbagai kaedah telah digunakan. Perasaan puas atas usaha yang diberikan dirasakan apabila murid berjaya menjawab soalan bahagi dengan betul menggunakan kaedah yang diajarkan. ada murid yang masih keciciran dan tidak dapat menjawab soalan bahagi dengan betul. guru juga janganlah mudah berputus asa apabila murid-murid masih lagi tidak dapat menguasai sesuatu topik. kaedah lakon semula dan memperkenalkan bahagi sebagai proses perkongsian.memerlukan bantuan kerana mereka merupakan pewaris pemerintahan negara dan memerlukan ilmu yang mencukupi. Setiap murid memerlukan pendekatan dan teknik pengajaran yang berbezabeza.

Selain itu.8. kaedah ini juga memberikan implikasi positif terhadap persekitaran terutama guru-guru. Implikasi positif terhadap murid dapat dilihat melalui penguasaan mereka menjawab soalan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit. 36 .2 Implikasi Kaedah ini memberikan kesan positif kepada peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik amnya dan operasi bahagi tiga digit dengan satu digit khususnya. guru-guru perlu memikirkan alternatif yang bersesuaian dengan murid supaya murid lebih berminat untuk belajar matematik. Guru-guru matematik yang lain akan berusaha mencari kaedah yang sesuai dengan murid bagi membantu murid-murid menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu topik. Kaedah yang diajar ini merupakan satu kaedah alternatif yang boleh digunapakai oleh murid jika mereka menghadapi masalah dalam topik bahagi ketika dalam peperiksaan atau dalam menjalani kehidupan seharian. kekuatan dan strategi yang perlu dipertingkatkan dalam amalan pengajaran harian mereka. Kaedah ini juga telah membuka mata guru-guru pelajaran lain untuk peka dengan keperluan murid yang dahagakan kaedah-kaedah baru yang lebih memudahkan mereka menguasai sesuatu topik. Guru-guru ini membincangkan kelemahan. Maka. murid mempelajari satu kemahiran baru bagi berusaha memperbaiki kelemahan diri dan menguatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada. Ini menunjukkan implikasi positif di mana guru-guru menyedari dan berusaha untuk mempelbagaikan kaedah alternatif bagi memenuhi keperluan murid yang berlainan tahap kognitif dan kemahiran. Selain itu. Hal ini akan dapat memperbaiki amalan pengajaran guru ke arah lebih baik.

pastinya prestasi sekolah akan meningkat dengan peratus lulus bagi mata pelajaran Matematik akan meningkat.Apabila guru mula mencari kaedah alternatif bagi memenuhi keperluan murid yang berlainan kognitif dalam pembelajaran dan pengajaran. malah secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi sekolah. Usaha guru yang berterusan bukan sahaja membantu murid dalam menguasai sesuatu topik. 37 .

ia mampu dilaksanakan walaupun dalam persekitaran sekolah yang serba kekurangan dan berbeza. atau topik tiga digit dengan dua digit pula diberi keutamaan. kajian ini dilaksanakan untuk tahap yang berlainan seperti tahun 4. tahun 5 atau tahun 6. Dapatan ini sangat penting kerana dapat mengetahui sebab-sebab utama dan jenis kesalahan murid sama ada dari segi kognitif. pengkaji mencadangkan agar kajian ini dijalankan di sekolah yang berbeza seperti di sekolah luar bandar dan di kawasan bandar. Oleh itu. Kajian ini dicadangkan agar menggunakan kaedah pengumpulan data seperti analisis ujian pra dan temubual bagi kesalahan yang melibatkan kesalahan algoritma pembahagian murid untuk mendapatkan faktorfaktor dan jenis-jenis kesalahan yang lebih kukuh. umur berlainan dan individu yang berbeza. elit dan sebagainya serta bilangan responden yang lebih ramai. kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk menggunakan kaedah ini bagi . pengkaji mencadangkan agar kajian difokuskan kepada faktor-faktor dan jenis-jenis kesalahan murid yang boleh mempengaruhi penguasaan murid dalam topik pembahagian. algoritma atau kecuaian mereka. Maklumat ini boleh diproses dan dianalisis menggunakan Analisis Kesalahan Newman yang sering digunakan bagi menilai tahap penguasaan murid bagi sesuatu topik. Malah. Selain itu. Untuk kumpulan sasaran. Bagi pengkaji akan datang pengkaji mencadangkan agar topik bahagi dua digit dengan satu digit. Hal ini kerana kaedah ini sesuai bagi pelbagai peringkat umur dan berupaya membantu mereka dalam menjawab soalan bahagi.CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Bagi kajian akan datang.

masih banyak yang perlu dibaiki agar kajian ini dapat dimantapkan dan dikukuhkan lagi. penerimaan dan tahap pemikiran murid-murid berlainan antara satu sama lain. Sebagai seorang guru mestilah perlu memandang serius terhadap kajian-kajian tindakan yang dihasilkan yang dapat memantapkan lagi tahap penguasaan murid dari semasa ke semasa selain dapat meningkatkan tahap amalan pengajaran yang ada dalam seseorang guru. Secara keseluruhannya. Kaedah yang dijalankan tidak semestinya kaedah yang paling tepat bagi setiap murid untuk menguasai kemahiran bahagi dengan baik.operasi darab pula. murid-murid yang berlainan tahap pemikiran mereka pastilah memerluka strategi dan kaedah yang berbeza antara satu sama lain. 39 . Guru perlu berusaha dengan lebih tekun bagi meningkatkan tahap amalan pengajaran agar dapat membantu murid-murid yang lemah dalam sesuatu topik pengajaran. Hal ini kerana. Pengkaji mencadangkan agar untuk kajian masa hadapan perlu mencari pelbagai kaedah dan strategi yang lebih sesuai bagi membantu murid menguasai kemahiran bahagi dengan baik. Maka. Pengkaji merasakan kaedah ini boleh membantu pelbagai masalah murid-murid dalam operasi darab dan bahagi.

(2003). (2005). London: Penguin. Principles of Instructional Design (2nd ed. Issic Leung. A Primary Education Course in Mathematics for Post Graduate Diploma (KPLI). dan Wai-sum Pang. Enoch Dumas & C.merga. (2007). Nik Azis Nik Pa.RUJUKAN Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.221 pp. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah Nombor Bulat. Ministry of Education Malaysia. W. (2008). Selangor: Mc Graw Hill Education. Regina Wong. Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Curriculum Specification. Mok Soon Sang. Teaching Mathematics – A sourcebook of Aids.). Datuk Dr Sulaiman Daud. (1999). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Integrated Curriculum for Primary Schools. Math Activities for Child Involvement. Sobel & Evan M. How children learn mathematics: A guide for parents and teachers. Noraini Idris. Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. L.J. Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd Parmjit Singh & Lim Chap Sam. Shah Alam: University of Technology Mara Pusat Perkembangan Kurikulum. . Pengajian Matematik untuk Kursus Perguruan. Improving Teaching and Learning of Mathematics. Max A. (1977). (1992). America: Montclari State University. 2011 dari laman sesawang http://www. (2004). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. X . Diakses pada Julai 19. (2001).M. Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia. Rinehart and Winston. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Liebeck. Mok Soon Sang.au/documents/RP382006. Holt. Penyelidikan Pendidikan – Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. University of Oregon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. New York. (1995).net. Malestsky. Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd Noraini Idris. (1982). Gagne. Activities and strategies. Mathematic Year 2. (1990). (1998).pdf Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Curriculum Development Centre. Lim Chong Hin. & Briggs. Departing from the Traditional Long Division Algorithm: An Experimental Study. (2003). (1979). R. 29 November 1982. Schminke. Agenda Tindakan Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kata-Kata Aluan Menteri Pendidikan Malaysia Dalam Pendidikan Guru (Terbitan Khas). P. Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru. (tahun tidak dinyatakan).

A. K.. Journal of Experimental Child Psychology. 18. representations of division facts: A consequence of learning history. 355-376. Tengku Zawawi & Aziz Omar. 1-43. 56. K. Squire. 302-309. (1996).M. The influence of sharing on children‟s initial concept of division.. Canadian Journal of Experimental Psychology. & Bryant. Cognitive Development. & Gibbons. F. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. & Bryant.Robinson. Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. S. Adults. Sabri Ahmad. Sulaiman Ngah Razali. Children’s model of division. Squire. Artbuthnott.. P. 81. (2002). S. Isu-isu dalam Pendidikan Matematik.D.. 41 . (2002). Selangor: Utusan Publication & Distributors sdn Bhd. (2003). P. (2006).

2. 3.LAMPIRAN 1 Nama: Tahun: Ujian Pra Matematik Tahun 3 (45 minit) Arahan: 1. Jawab semua soalan. Kertas ini mengandungi 20 soalan. 42 . Tidak dibenarkan meniru semasa menjawab soalan.

= = = = = = = 43 .

= = = = = 44 .

45 . 2. Jawab semua soalan.LAMPIRAN 2 Nama: Tahun: Ujian Pos Matematik Tahun 3 (45 minit) Arahan: 1. Tidak dibenarkan meniru semasa menjawab soalan. Kertas ini mengandungi 20 soalan. 3.

= = = = = = = 46 .

= = = = = 47 .

3. Tidak dibenarkan meniru semasa menjawab soalan. 2. Jawab semua soalan.LAMPIRAN 3 Nama: Tahun: Soal Selidik PERSEPSI MURID TERHADAP OPERASI BAHAGI TIGA DIGIT DENGAN SATU DIGIT DAN KAEDAH ALGORITMA PARTIAL QUOTIENT (10 minit) Arahan: 1. Kertas ini mengandungi 6 soalan. 48 .

Minat saya terhadap bahagi timbul menerusi kaedah algoritma Partial Quotient ini. 1. Saya gembira belajar bahagi melalui kaedah algoritma Partial Quotient. 6. 5. Saya rasa sebenarnya kaedah algoritma Partial Quotient membantu pengkaji belajar bahagi dengan berkesan. 4. No. Soalan Saya suka belajar bahagi melalui kaedah algoritma Partial Quotient Ya Tidak 2. Kaedah algoritma Partial Quotient memudahkan saya mempelajari bahagi 3. Sila baca soalan dengan teliti. Kaedah algoritma Partial Quotient memberi perangsang kepada saya untuk belajar bahagi.SOAL SELIDIK PERSEPSI MURID TERHADAP OPERASI BAHAGI TIGA DIGIT DENGAN SATU DIGIT DAN KAEDAH ALGORITMA PARTIAL QUOTIENT Arahan: Tandakan ( ∕ ) bagi jawapan anda pada pilihan yang disediakan. 49 .