You are on page 1of 2

SK LADANG LUMADAN, BEAUFORT MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI PERTAMA / 2012 Tarikh Masa Tempat

Pengerusi Kehadiran : 21 Jun 2012 (Khamis) : 10.00 pagi : Bilik Mesyuarat, SK Ladang Lumadan : En. Suhaili bin Patera : 6 orang

Kehadiran : 1. En. Suhaili bin Patera 2. Cik Nor Nadiah Mohd Nawawi 3. Cik Maimunah Hj Husin 4. Pn Jamilah Hj Hamid 5. Pn Norni Nyompa 6. Pn Aslinda Hj Ali Agenda 1.0 : Kata alu-aluan 1.1 Pengerusi mengucapkan ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran guruguru ke mesyuarat Unit Bimbingan dan Kauseling Kali Pertama. Tindakan : Makluman Agenda 2.0 : Pembentangan Kertas Kerja Cadangan Program Motivasi Pelajar “BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN UPSR 2012” 2.1 Pengerusi membentangkan kertas kerja cadangan untuk mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan bagi calon UPSR 2012. 2.2 Membuka cadangan kepada guru panitia untuk memanggil penceramah dari kalangan guru cemerlang / guru pemeriksa kertas jawapan UPSR. 2.3 Pengerusi mencadangkan program dibuat pada tarikh 3 dan 4 Julai 2012 (Rabu dan Khamis) yang mana ditetapkan dua matapelajaran sehari selama satu jam setiap matapelajaran. 2.4 Pn Norni mencadangkan Puan Mursiah dari SK Maraba sebagai penceramah bagi matapelajaran Sains.

2.5 Pn. Aslinda mencadangkan Pn. Maznah dari SK Bukau sebagai penceramah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. 2.6 Pn. Maimunah mencadangkan Puan Norjinah dari SK Rancangan Klias sebagai penceramah bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Puan Jamilah mencadangkan En Azli dari SK Bukau sebagai penceramah bagi matapelajaran Matematik. 2.7 Peruntukan yang digunakan untuk perbelanjaan adalah diambil dari peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 2.8 Guru Panitia terbabit dipertanggungjawabkan untuk menyediakan jamuan ringan kepada penceramah yang hadir. 2.9 Cik Nor Nadiah Mohd Nawawi dicadangkan dilantik sebagai moderator atau pemudahcara bagi semua slot bengkel. Agenda 3.0: Penutup Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengahari dengan iringan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

................................................ (Nor Nadiah) Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling

s.k

1. Fail Guru Besar 2. Fail Panitia Bahasa Melayu 3. Fail Panitia Bahasa Inggeris 4. Fail Panitia Matematik 5. Fail Panitia Sains