You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP TAJUK KURSUS : BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TARIKH MULA 1 Ogos 2012

NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 6

TARIKH HANTAR

16 September 2012

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat. 2. Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian. 3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa. 4. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu. 5. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa.

Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Menjelaskan makna ayat dalam Bahasa Melayu 2. Memberi huraian tentang Kerangka Generatif Chomsky 3. Membuat analisis tentang sumber perolehan istilah Bahasa Melayu

Tajuk Projek (50%)

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Peristilahan pula merujuk kepada kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Sub tugasan: 1. Berdasarkan pernyataan di atas, pilih dua lirik lagu Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. Jelaskan tentang makna yang terdapat dalam lirik tersebut ( merangkumi makna leksikal, makna gramatikal, makna denotatif, makna konotatif, makna lugas dan makna kiasan) 2. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran, penyusunan semula dan peluasan) Berikan contohcontoh ayat dalam proses transformasi tersebut. Penjelasan perlu disertakan sekurang-kurangnya satu illustrasi seperti gambar rajah pohon. 3. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber iaitu Kosa Kata Umum Bahasa Melayu, Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun dan Kosa Kata Bahasa Asing. Pilih satu artikel yang panjangnya antara 1000 hingga 5000 patah perkataan dan buat analisis tentang sumber perolehan istilah dalam artikel tersebut. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. 2. 3. Tugasan ini adalah tugasan individu. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat Format penulisan tugasan adalah seperti berkut : 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf ialah 12 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA 3.6 Lampiran adalah wajib 3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja Panjang tugasan antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual) Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan Amalan plagiat tidak dibenarkan Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga 8 minggu Tugasan ini membawa markah 100%, dan wajaran 50%.

4. 5. 6. 7. 8.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. 2.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut : a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas soalan tugasan projek. b. Perkembangan mengikut kepentingan isi. c. Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan

1. 2. 3. 4.

3. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain) . Disediakan oleh: Disahkan oleh

___________________ (MAZURA BT.SULAIMAN) Penyelaras Kursus BMM3111 Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim

____________________ (IBRAHIM BIN BAKAR) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim

You might also like