SEKAPUR SIREH

Segala puji bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah, berkuasa dan maha mengasihani hambanya. Dengan izin dan kurniaNya telah menganugerahkan kekuatan dan kesihatan kepada hambanya untuk menyempurnakan tugasan ini. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih kepada tutor HBML4303, Encik Khairul Azhar bin Mohd Zahari yang telah memberi bimbingan, dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini, Tidak lupa sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak sekolah, suami tercinta, anak-anak dan rakan seperjuangan.

Tugasan ini kelihatannya agak mudah, namun kekangan masa dan kesukaran mendapatkan bahan menjadikannya agak mencabar. Ada masanya saya kebuntuan idea untuk mengolah dan mencari sumber rujukan apatah lagi sebagai seorang pelajar

sambilan Sarjana Muda Pengajaran dan guru sepenuh masa di sekolah, saya dibebani dengan tugas dan tanggung jawab berganda untuk menguruskan masa untuk melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya berharap tugasan ini menepati kehendak tutor dan fakulti. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan segala kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri. Sesesungguhnya kejayaan seseorang itu di dunia dan akhirat hanya dengan ilmunya.

ROZITA BAHARUN 70052107545200

1

Isi Kandungan

Bilangan Sekapur sireh Kandungan

Perkara

Halaman 1 2

1. 2.

Pendahuluan Konsep 5P ( penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian) 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Penggabungjalinan Penyerapan Pengayaan Pemulihan Penilaian

3 5 6 8 11 12 12 13 17 18 19 19

3. 4.

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) Refleksi 4.1 4.2 4.3 kelemahan Kekuatan Cadangan

5. 6.

Penutup Rujukan

20 22

2

Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. pendapat. mendapatkan informasi. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. guru-guru diharapkan dapat memberi penekanan kepada aktiviti yang menggalakkan murid-murid menggunakan kemahiran berfikir. Rashid. Oleh itu. penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran. Ab. Ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. pembelajaran konstektual. bertutur. perasaan. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak. membaca dan menulis. Rahman Ab. dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Oleh itu. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. buah fikiran. Matlamat yang hendak dicapai 3 . guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar. Sabran. dan mengolah aktiviti mengikut tahap dan kesesuaian murid-murid. menyusun. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu.1. 1993). menambahkan ilmu pengetahuan. pengetahuan. Seseorang guru perlulah mempunyai daya kreativiti untuk memilih. kecerdasan pelbagai. pengalaman. guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam penguasaan bahasa Melayu.0 PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pembimbing murid. Yap Kim Fatt dan Ab. dan pembelajaran secara konstruktivisme dan sebagainya.

Selain itu. penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.(Abd. Oleh hal yang demikian. menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Selain 4 . Dengan perkataan lain. misalnya pertuturan.2000). membaca dan menulis. strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran bahasa. 1983) telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi. pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum. sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih. guru perlulah bijak merancang strategi pengajaran. bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.Talib. guru perlulah merancang dan melaksanakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam bidang pendidikan.dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Dalam sesuatu waktu pelajaran. Untuk menyediakan murid-murid yang cemerlang dan dapat berkomunikasi dengan baik. strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Aziz Abd.

kaedah dan teknik mengajar. Konsep 5P ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum. pengayaan. strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.itu. penilaian. PENGAYAAN DAN PENILAIAN) PEMULIHAN.0 KONSEP 5P ( PENGGABUNGJALINAN. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan. 2. guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar 5 . strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran. Penggabungjalinan Penilaian Penyerapan 5P Pengayaan Pemulihan Konsep 5P menekankan penggabungjalinan. penyerapan. dan pemulihan. Konsep 5P ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. pendekatan. PENYERAPAN. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan kepada konsep 5P ini. Namun demikian. Tuntasnya. pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran.

Antara tujuan tersebut ialah membantu muridmurid menguasai kemahiran berbahasa secara serentak. kaedah oral-aural. Seterusnya. Strategi penggabungjalinan juga akan membantu guru untuk merangka dan membentuk sebuah sesi pengajaran yang lebih menarik dan efektif kerana guru mempunyai kebebasan untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. guru perlu tahu dan menetapkan jumlah kemahiran yang ingin digabungjalinkan dalam sesebuah pengajaran.1 Penggabungjalinan Penggabungjalinan boleh ditakrifkan sebagai suatu pengolahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek kemahiran bahasa yang dihimpun dan diajar serentak dan berkait rapat antara satu dengan lain dalam satu sesi pengajaran. Kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia ialah kemahiran mendengar. aktiviti. dan berfikir. ia mestilah bersifat boleh ubah dan perlu selaras dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. teknik main peranan. teknik sumbangsaran dan sebagainya. Guru juga mestilah 6 . berinteraksi. seseorang guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. membaca dan menulis. bertutur. Guru perlu menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua kemahiran dalam sesebuah pengajaran. teknik permainan bahasa. kaedah linguistik. Antara kaedah dan teknik yang boleh diguna pakai oleh guru ialah kaedah terus. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi. pendekatan dan media. Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan beberapa mata pelajaran. Sebelum mengaplikasikan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran.yang sesuai dengan kebolehan murid. (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. 2. Menurut Juriah Long (1992). 2001). Prinsip utama strategi penggabungjalinan ialah. strategi penggabungjalinan mempunyai beberapa tujuan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa.

membaca dan menulis. pencapaian dan keperluan murid-muridnya. misalnya aktiviti membaca disusuli dengan mengesan isi-isi utama. melukis. Ini bermakna murid-murid akan memperoleh dan menguasai dua atau lebih kemahiran dalam masa yang sama. Sains. Sastera dan sebagainya boleh digunakan oleh guru ketika menyampaikan pengajarannya. Bentuk-bentuk tersebut ialah: a. penggabungjalinan yang ingin dilakukan oleh guru perlu diseimbangkan dengan kebolehan. Penggabungjalinan aktiviti perlu dirancang dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik. Aktiviti-aktiviti seperti nyanyian. pergerakan. b. Kemahiran-kemahiran tersebut seperti Muzik. Dalam sesebuah pengajaran yang menggunakan strategi penggabunjalinan. Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu merangkumi aspek-aspek seperti lisan.merancang kemahiran fokus dan kemahiran sampingan dengan baik. Penggabungjalinan Kemahiran Terdapat tiga kemahiran utama dalam pengajaran bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan. Pendidikan Seni. guru juga boleh menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. guru perlu menggabunjalinkan sekurang-kurangnya dua kemahiran tersebut dalam pengajarannya. Kemahiran tersebut boleh dibahagikan kepada fokus utama dan fokus sampingan. Selain daripada kemahiran-kemahiran bahasa. Penggabungjalinan Aktiviti Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pengajarannya. Prinsip terakhir ialah. Strategi penggabungjalinan mempunyai tiga bentuk. kemudian membuat ulasan dan seterusnya menulis ulasan dalam buku 7 . mendeklamasikan sajak. bacaan dan tulisan. lakonan dan sebagainya boleh membantu merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

rasa. perbincangan dan sebagainya terhadap bahan tersebut. merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. iaitu murid-murid boleh membuat ulasan. hidu dan sebagainya.latihan. kemahiran berfikir. Misalnya keratan akhbar yang memuatkan isu-isu semasa boleh digabungjalinkan dengan bahan lisan. pengalaman dan tahap pencapaian murid. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks. 8 . gambar-gambar sahaja. Bahan-bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran. tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat. Guru perlu merancang agar bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan. iaitu memahami sesuatu isu yang dibincangkan dan diikuti oleh aktiviti penulisan berdasarkan isu yang telah dibincangkan. Bahan-bahan tersebut boleh digabungjalinkan mengikut keperluan masa dan mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayisia (BM). Bahan pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajarannya di dalam kelas. c. Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan bahan pula memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyerapan pengajaran sepatutnya mampu dikaitkan dengan unsur-unsur nilai tambah yang ditekankan di dalam kurikulum. mendengar. Penyerapan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan lagi penguasaan pembelajaran pelajar. papan tulis.2 Penyerapan Penyerapan merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu. Aktiviti lisan seperti perbincangan boleh digabungjalinkan dengan aktiviti membaca. 2. nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

syair. Pelbagai karya sastera seperti pantun. pemilihan laras bahasa. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati. dan i. Ilmu Pengetahuan.1 Tujuan penyerapan dijalankan adalah untuk : a. dan f. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri. b. Matematik. 2. Kajian Tempatan. dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain. tatabahasa. tetapi meliputi pembinaan diri pelajar. dan positif. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan. Pendidikan Moral. 2. Membentuk pemikiran yang rasional.2 Terdapat lima unsur penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu iaitu: a. h. iii. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan. 9 . Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.matlamatnya tidak hanya menekankan penguasaan bahasa semata-mata. g. Muzik. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu. Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam. i. e. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata. d.2. c. kegunaan intonasi. Sains. dan sajak. Pendidikan Seni. dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks.2. logik. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat. objektif. ii.

Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. e. berhemah tinggi. laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik. berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. a. Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa. dan kemasyarakatan.iv. Kewarganegaraan Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. warisan. Hal ehwal budaya. Nilai murni. c. tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. b. berakhlak mulia . Peraturan sosio-budaya. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran 10 . Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu. Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar. atau kelas. berkumpulan. Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia. Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah.

Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. minat dan kreativiti. Bahan seperti bahan bacaan tambahan. 2. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. bakat. permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. dan minat. dan semangat kepemimpinan. daya kreativiti. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas. kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai. atau lemah. 11 . sederhana. kemahiran belajar cara belajar. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri.berfikir. Pengayaan mengandungi unsurunsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. sikap berdikari. semangat berdikari. kumpulan dan masyarakat.3 Pengayaan Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu. kad. keupayaan.

Menurut Abd.Aziz (2000). Menurut Koh Boh Boon (1989). 2. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad. bahan maujud. Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.5 Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. alat permainan. penilaian merupakan satu proses untuk menguji. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.4 Pemulihan Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi.2. carta. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. mengukur dan membuat 12 . dalam KBSR. murid-murid pemulihan perlu diberikan pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan. dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkatperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Murid yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan murid.

penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid. Menyatakan 5 isi penting secara berlakunya pencemaran dan kesannya. penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. murid dapat: i. sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid. ii. Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Oleh itu.pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid bedasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) TAHUN LIMA : Bahasa Melayu : 5 Zuhal : 32 orang : 4 : Alam Sekitar : Manusia Prihatin Bumi Terpelihara : 18 Jun 2012 : 60 minit : Pada akhir pembelajaran. Murid dapat menulis karangan pendek tentang kepentingan menjaga alam sekitar 13 . 3. Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan. lisan sebab-sebab Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Unit Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif iii.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa : Kemahiran bertutur. Aras 2 (ii) Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks. menulis dan mendengar. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. membuat inferens. 8.Hasil Pembelajaran : 1.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. kesihatan : Menghayati. interpersonal. Aras 1 (i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi. gambar. sebutan dan intonansi. Ilmu Nilai Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar : Membuat perbezaan. Murid sendiri pernah membuang sampah merata-rata. Power point. ii. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik. Murid terlibat secara langsung dalam kegiatan gotong-royong di rumah atau di sekolah. 5. Pengetahuan Sedia Ada : i. iii. ayat tunggal dan ayat majmuk.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata. naturalis dan emosi. BBB Murid pernah melihat kempen mencintai alam sekitar di televisyen. kebersihan. : Video lagu Atuk Oh Atuk. sebutan. Aras 1 (ii) Menyatakan dan menghuraikan isi utama dengan menggunakan ayat yang gramatis. intonansi dan nada yang sesuai.LCD 14 . ungkapan. dan mengkategori. memproses dan melaporkan. ayat. menghormati dan menghargai alam sekitar. : Sistem ejaan. : Bahasa Melayu.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. : Menerima maklumat. intrapersonal.

laptop.  Murid menghayati lirik lagu serta paparan video  Guru bersoaljawab tentang video yang ditonton. Soalan : Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tersebut? Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar? Namakan jenis-jenis pencemaran yang kamu lihat/ tahu.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: ( Konstektual) i. Murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka. Murid menyenaraikan perkara penting yang terdapat dalam teks. BBB : Video dari You Tube. Menjana idea Ilmu : PSK SB: Sebutan intonasi  Tatabahasa : ayat topic dan ayat majmuk KBT : Intrapersonal 15 . Catatan KB: inferens. iii. Cintai alam sekitar Ilmu : Kajian Tempatan. Menghubungkait. Langkah Isi Pelajaran Set Induksi 5 minit Video dari You Tube “Atuk Oh Atuk” Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  Guru menayangkan video bertemakan pencemaran alam sekitar. ii. Murid membaca petikan tentang Pencemaran Alam Sekitar. Murid bercerita tentang keadaan kawasan tempat tinggal mereka. PSK Langkah 1 10 minit Tayangan slaid Powerpoint Menyenarai isi-isi penting KB: mengumpul maklumat. iv.  Guru menayangkan slaid powerpoint  Murid diminta mengelik pautan yang disediakan dan membaca petikan yang tersedia dengan kuat dan intonasi yang betul. LCD. Murid-murid lain diminta mendengar dan turut membaca secara senyap. Nilai : kebersihan.

menulis karangan Aktiviti  guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk KB : menjana idea. marker pen   KBT :Visual ruang     Langkah 3 10 minit Pembentangan kumpulan   Ilmu : Kumpulan 2 – sebab-sebab Kajian Tempatan. BBB: buku latihan Langkah 2 10 minit Perbincangan Kumpulan Mengenal pasti dan menyenarai isi-isi penting. Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. Kumpulan lain bertanyakan soalan Kumpulan yang berjaya membentangkan dengan baik. membentangkan hasil perbincangan. Kumpulan 1 – menyenarai dan melukis / membuat lakaran jenis-jenis pencemaran Tatabahasa : ayat topik dan ayat majmuk Nilai : bekerjasama Sayangi alam. Guru meminta murid menyenaraikan lima isi penting yang terdapat dalam petikan. keberanian. 16 . bertanggungjawab bersyukur BBB: kertas sebak. Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza. Menulis ayat topik   Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pendidikan Islam berlakunya pencemaran Kumpulan 3. membuat inferens. diberi ganjaran KBT : intrapersonal. menghubungkaitkan. Interpersonal Nilai : bekerjasama.kesan-kesan pencemaran Kumpulan 4 – langkah/ usaha mengatasi. Langkah 4 20 minit Latihan .

interpersonal. mencatat dan melaporkan maklumat. guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan. Seseorang guru bahasa Melayu perlu mengamalkan refleksi dengan secara bijak dan saksama dalam apa jua situasi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Penutup 5 minit Membuat rumusan Menanyakan nilainilai murni yang dipelajari Menyanyikan lagu „Atuk Oh Atuk‟   Menyatakan nilai. menghargai. Aktif dan sentiasa berhati-hati dalam segala tindak tanduknya. Kumpulan ini diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan dan frasa yang sesuai. Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru bahasa Melayu untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran. Laptop. Nilai : bekerjasama. BBB : buku latihan. tidak mudah putus asa dan bosan dengan masalah yang dihadapi.    pengajaran pada hari tersebut. Lembaran latihan untuk kumpulan pemulihan.Pengayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. visual.nilai murni Menyanyi kan lagu mengikut lirik yang tertera di video BBB : LCD. memproses. berjiwa kental dan tabah lagi cekal serta tidak pernah kenal rasa jemu untuk mengatasi semua 17 . guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek tentang kesan-kesan pencemaran dan langkahlangkah mengatasinya. verbal-linguistik. Aktiviti Pemulihan: Melengkapkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. Lirik lagu. 4. BCB : mengumpul. mencari alasan. menganalisis masalah. KP : Intrapersonal. cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri.0 REFLEKSI Refleksi merupakan proses merenung.

Adakah mencapai objektif? Berapa yang capai? Berapa yang tidak dapat mencapai objektif? Apa tindakan guru kepada murid yang tidak dapat mencapai objektif tersebut Berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) yang dihasilkan.1 Kelemahan i. Refleksi perlu ditulis selepas selesai satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran dan tujuan utama adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan hasil pengajaran seseorang guru dan berusaha memperbaikinya pada pengajaran dan pembelajaran akan datang. IV. 4. Murid dijangka akan memberi pelbagai jawapan apabila guru bertanya „apakah yang mereka lihat di dalam video tersebut. Dibimbangi. V.masalah yang mendatanginya terutama permasalahan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Selain itu tujuan menulis refleksi adalah untuk : I. terdapat murid yang tidak memainkan peranan atau mengambil bahagian kerana terlalu ramai. 18 . Pembahagian murid seramai 32 orang kepada empat kumpulan. Mengetahui sama ada PnP pada hari tersebut berjaya atau tidak. III. iaitu satu kumpulan 8 orang dilihat terlalu ramai. Ketika guru bertanyakan soalan untuk menguji kemahiran lisan murid. soalan yang dikemukakan oleh guru terlalu umum. II. Kaedah penyoalan guru yang kurang jelas terutama ketika induksi set. beberapa kelemahan dan kekuatan dikenal pasti yang berkaitan dengan strategi penggabungjalinan yang digunakan.

pembentangan kumpulan. iii.3 Cadangan i.2 Kekuatan i. menulis karangan dan nyanyian 4. bacaan kuat. Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Guru mengaplikasikan kesemua unsur penggabungjalinan aktiviti iaitu dan penggabungjalinan kemahiran. terdapat juga penggabungjalinan mata pelajaran lain iaitu kemahiran muzik dan Kemahiran Pendidikan Seni. kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu yang sesuai dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.4. terdapat penggabungjalinan kemahiran mendengar. Guru juga menggabungkan pelbagai aktiviti seperti soal jawab. Guru sepatutnya membahagikan murid-murid kepada beberapa buah kumpulan yang lebih kecil bilangannya agar semua murid akan terlibat secara langsung. ii. v. 19 . penggabungjalinan penggabungjalinan bahan. Penggunaan video dan lagu „Bangau Oh Bangau‟ yang ditukarkan liriknya berjaya menarik perhatian murid. kemahiran bertutur. Di dalam penggabungjalinan kemahiran. Guru perlu berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian murid agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu yang sinonim dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan. Selain itu. iv. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan murid secara menyeluruh. perbincangan dalam kumpulan.

unsur-unsur daripada mata pelajaran lain. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik pencemaran alam. Selain itu. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. serta bahan-bahan yang sesuai untuk digabungjalin dalam sesebuah 20 . viii. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa hadapan. ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan. Guru perlu mempertimbangkan kemahiran-kemahiran. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. tetapi dalam masa yang sama juga berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid-murid. Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran. 5. Oleh itu. Akhir sekali. guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. professional dan sosial yang baik dan murni.0 PENUTUP Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan. vii. ix. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi. iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.vi. Penggabungjalinan merupakan strategi pengajaran yang mampu untuk menghasilkan sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

luas dan bermakna bagi diri mereka. maka terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh guru akan dapat dicapai. Sering memikirkan kebaikan bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya malahan untuk orang lain terutama pelajarnya supaya mereka mendapat faedah yang terbaik. 21 . Isi-isi pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid tidak terpisah dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Hasil daripada gabungan yang mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang guru mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Seorang guru bahasa Melayu yang reflektif adalah merupakan individu yang sentiasa berusaha mencari maklumat dan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Strategi yang menggabungjalinkan kemahiran. 1999). budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak. komited dan sentiasa berasa bertanggungjawab dalam memikirkan sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam dan terperinci. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan murid-murid memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya (Omardin Ashaari.pengajaran dan pembelajaran. Hanya guru yang mempunyai komitmen. Strategi penggabungjalinan membolehkan murid-murid melihat perkaitan di antara disiplin diri. memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari subjek bahasa Malaysia. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif. Sentiasa bersikap scepticism (satu sifat ragu-ragu terhadap teori dan amalan yang digunapakai) dan berfikir secara kritikal terhadap teori amalannya serta bersikap terbuka untuk menerima idea-idea baru dan menyesuaikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. bahan dan aktiviti dapat digunakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperkaya.

(1983). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Prinsip. Ab. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Tahap I. Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia. (1986). Rahman Ab. Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. et al. Sabran. Rahim Selamat. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. (2010). Raminah Hj. (2000). (1992). (1998). al. Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2001). Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. Bhd Nik Safiah Karim et. et al. Kamarudin Haji Husin. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. (1999). Mook Soon Sang. Aziz Abd. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Yap Kim Fatt & Ab. Talib. Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Faridah Nazir. Lee Shok Mee. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. (1997). 22 . (1993). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Omardin Ashaari. Juriah Long. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1999). Koh Boh Boon. Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Siri Maktab Perguruan. (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.RUJUKAN Abd. Marohaini Yusoff. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman. (2009). Rashid.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful