PRAKTIKAL: 1 TOPIK: Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan OBJEKTIF: i.

Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza. ii. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. PENGENALAN: Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga. Sebagai contohnya tumbuhan (pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperolehi tenaganya dari memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan karnivor (pengguna tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dengan memakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki tangga rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010). Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan menggunakan penapis dengan saiz jaringan 0.5 atau 1.0 mm (Baker dan Wolff, 1987). Makrofauna bertindak sebagai pengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Sebahagian dari tenaga tersebut akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu, makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993). Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran makrofauna. Di dalam eksperimen yang telah kami jalankan, lokasi yang kami pilih untuk mengambil sampel tanah ialah di bawah pokok berdekatan nurseri dan kawasan

penanaman kelapa sawit. Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah yang mengandungi biota tanah di antara dua lokasi yang berbeza. Justeru, sebanyak 27 g tanah telah diambil dari seiap lokasi untuk dianalisis. Alat dan bahan: Besen, serampang tiga mata, sudip tanah, bikar, dulang, corong Tulgren, beg plastik, air, etanol. Prosedur: 1. Dua lokasi yang berbeza dipilih. 2. Lokasi pertama ialah di bawah teduhan atau redup manakala lokasi kedua ialah di tempat yang terbuka. 3. Sampel tanah di setiap lokasi diambil dan dimasukkan ke dalam beg plastik. 4. Beg plastik ditutup dan dilabel dengn nama kumpulan dan lokasi. 5. Ciri-ciri tanah dan jenis tumbuhan yang terdapat di setiap lokasi direkodkan. 6. Masukkan sejumlah isipadu tanah ke dalam corong Tulgren. Sampel tanah ditinggalkan selama dua hari. 7. Kemudian fauna yang dijumpai diasingkan ke dalam ‘petri dish’ untuk

pengenalpastian dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. Fauna yang dijumpai dimasukkan ke dalam etanol untuk mematikannya. 8. Mereka dikelaskan kepada kumpulan mengikut ciri-ciri yang berbeza. 9. Bilangan organisma yang dijumpai disusun mengikut peringkat spesies.

Dapatan / Pemerhatian: Ciri-ciri Jenis tumbuh-tumbuhan Lokasi 1 Rumput. Panas Lembab Sederhana Tanah gembur Tepi perparitan tanaman kelapa sawit . pokok berkayu Lokasi 2 Rumput. tanaman pokok kelapa sawit Tahap keredupan Kelembapan tanah Kepadatan tanah Tekstur tanah Habitat Redup Agak lembab Sederhana Tanah liat dan berbatu Bawah pokok rending berdekatan nursery Jadual 1: Ciri-ciri sampel tanah.

Lokasi 1 Makrofauna besar Isipadu tanah = 27g Cacing tanah Lokasi 2 Isipadu tanah = 27g 2 2 Semut 2 2 Lipan – 1 Ulat gonggok – 1 .

Lokasi 1 Makrofauna kecil Isipadu tanah = 27g Tidak diketahui Lokasi 2 Isipadu tanah = 27g – 1 Tidak diketahui – 2 Jadual 2: Bilangan makrofauna besar dan kecil yang dijumpai di kedua-kedua lokasi. .

Kumpulan Lokasi 1 Isipadu tanah = 27g Lokasi 2 Isipadu tanah = 27g A (berkaki enam) B (berkaki lapan) C (berkaki banyak) D (tidak berkaki) E (badan bersegmen) F (berkulit keras) G(berkulit lembap) 2 – 1 2 5 3 2 5 – 1 2 8 1 2 Jadual 3: Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal. Makrofauna Ulat gonggok Cacing tanah Semut Lipan Kingdom Phylum Class Order Family Genus Spesies Animalia Arthropoda Diplopoda Spirobolida Spirobolidae Narceus Narceus americus Animalia Annelida Clitellata Haplotaxida Lumbricidae Lumbricus Terrestris Animalia Anthropoda Insecta Hymenoptera Formicidae Monomorium Minimum Animalia Anthropoda Chilopoda Geophilomorpha Geophilidae Geophilus Geophilus flavus Jadual 4: Pengelasan makrofauna mengikut peringkat dalam taksonomi. .

suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. .sch. Sumber gambar: http://www.Perbincangan: 1. bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah dan seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin. organisma makrofauna boleh diasingkan daripada sampel tanah menggunakan corong Tulgren.pkc. Sampel tanah yang digunakan akan diletakkan di atas jaring dawai dan kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari. Dalam amali ini.pitlochry.uk/ScienceOutcomes/chapter19notes. Teknik corong Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap cahaya yang terang. Oganisma akan bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke dalam silinder kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet.htm. Lampu yang digunakan adalah terang.

Menggunakan alat untuk mengambil sampel tanah dengan berhati-hati.2. didapati sampel tanah 2 mempunyaimakrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1. Selepas itu. ia akan dimasukkan ke dalam air untuk mengaktifkan kembali organisma tersebut suoaya kami dapat menganalisa ciri-ciri fizikal dengan lebih baik. ii. Kesimpulan: Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yanglebih banyak. Antara langkah berjaga-jaga yang kami ambil ialah i. Mengendalikan organisma makrofauna yang dijumpai dengan berhati-hati supaya ia berada dalam keadaan yang asal unuk dianalisa ciri-ciri fizikalnya. Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organismauntuk hidup dalam tanah tersebut. tanah terbentuk daripada bahan induk yang telah modifikasi akibat dari perubahan pada faktor . Bolehkah anda cadangkan mengapa mungkin ada perbezaan. Tanah 2 mempunyaiwarna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang lebih banyak. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu ) makrofauna daripada tanah daripada dua lokasi yang berbeza?. Kemudian orgaisma ini akan dimasukkan ke dalam etanol untuk dimatikan. Soalan: 1. 3. Justeru. Apakah parameter tanah yang anda boleh ukur untuk menerangkan perbezaan tersebut? Sifat tanah yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang membentuknya. Hans Jenny (1899-1992).

Lokasi 1 iaitu di bawah sebatang pokok besar mempunyai teduhan yang redup tetapi tanahnya agak kering berbanding lokasi 2 yang terletak di tepi perparitan tanaman kelapa sawit. Seterusnya. cacing tanah boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampah organik seperti daun-daun dan ranting kering yang terdapat pada tanah. Disebabkan semut menambahkan . kepadatan serta tekstur tanah. Dalam eksperimen ini. Manakala semut penting dalam tanah kerana mereka mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta menambahbaik kapasiti tanah untuk menakung air.iklim. Di samping itu. Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri fizikal dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai dalam eksperimen yang dijalankan seperti cacing. 2011). tanahnya agak lembap walaupun terdedah kepada cahaya matahari kerana pokok kelapa sawitnya masih lagi kecil. berfungsi sebagai agen penyubur tanah. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah. Makrofauna akan lebih bertumpu di kawsan yang lembap untuk mengelakkan badan mereka kehilangan air dan mati. dan juga bentuk permukaan muka bumi atau topografi. Maka lokasi yang berbeza akan mempunyai jenis makrofauna yang berbeza. Makrofauna dikenalpasti sebagai jurutera ekosistem kerana mereka mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources. kelembapan. Lokasi 1 mempunyai jumlah makrofauna yang lebih sedikit berbanding lokasi 2. hasil kotoran cacing tersebut dijadikan sebagai nutrien kepada tanah. Maka tanah di loaksi 2 akan sentuasa lembap kerana mendapat bekalan air yang cukup. 2. organisma (termasuk manusia). . Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidak langsung ia memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah. kami mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza terdapat di lokasi berbeza dengan mengambil kira faktor tahap keredupan lokasi.

faktor biotik juga mempengaruhi dan saling berinteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang stabil dan seimbang. nematode dan sebagainya). Berdasarkan siratan makanan ini. Dimanakan tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu berakhir (ie.keliangan tanah. Yang utama dalam rantaian makanan). 3.2011). pengurai daun dan sebagainya) dan terangkan bagaimanakah cara tenaga disalurkan cth. Apa yang terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati? Masukkan rajah ini dalam laporan anda. Edwards. . labelkan jenis biota (contoh: fungi. Dalam ekosistem tanah ini. Apa yang mereka lakukan (pemangsa.1993). Autotrof terdiri daripada semua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagai pengeluar manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yang tidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lain atau pun tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna (Schraer dan Stolltze. Pada rajah rangkaian makanan yang disediakan. selain daripada faktor abiotik. ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh (Clive A. terdapat dua subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof.

Dalam proses pemindahan . Ulat ini akan berfungsi sebagai pengurai semulajadi. arthropod ialah pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi. Kemudian. tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer. Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpasti berdasarkan siratan makanan di atas ialah: Rumput  Nematode  Arthropod  Arthropod  Burung pemangsa kecil Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar). nematod ialah pengguna primer. sebaliknya ia akan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. arthropod ialah pengguna sekunder. autotrof (rumput hijau) akan bertindak memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melaluiproses fotosintesis. dalam sesuatu rantai makanan. sekunder dan tertier (heterotrof).Merujuk kepada rajah siratan makanan ini. tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang. bilangan peringkat adalah terhad keranapemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga habis digunakan.Lazimnya. Apabila organisma di puncak siratan makanan mati (burung dan tikus).

4. sn larvae dan mikroarthropod. .1 mm dan 2 mm yang bertindak sebagai penukar daun reput (litter transformer). Contoh kumpulan yang membentuk organisma mesofauna termasuklah nematodes. tenaga yang hilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar. seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain (BiologicalResources. Mesofauna ini menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan.Mereka ini juga akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan inimenyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial. 90% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. 29 taxa bagi mesofauna tanah yang telah dikumpul dan dikenal pasti oleh oleh sekumpulan pengkaji. Kumpulan mana yang membentuk mikrofauna?.tenaga ini. oligochaete worms. Justeru. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna?. 2011). Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan utama ini? Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0.

Gambar menunjukkan beberapa jenis hama dengan pembesaran imej oleh komputer. Terangkan bagaimana pihak pengurusan tanah meningkatkan kesuburan tanah Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan tanah. dan juga kesuburan tanah.fhigreen. Bagi mengatasi masalah rumpai dan rumput.edu/~tgd/bugid/ Manakala mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100 mm. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untukmenguraikan bahan selulos. Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk diguna pakai oleh petani-petani berskala kecil. nematodes dan arthropod yang bersaiz mikro. Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik sertamemerlukan karbon organik bagi tumbesaran. Contoh racun organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang putih. Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga patut dikaji . Rangkaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks. Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yangmendap.Sumber gambar: http://web.engr.com/soil_helper. Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut keadaan yang diperlukan. Contoh bagi mikrofauna ialah protozoa.oregonstate.html 5. Salah satunya adalah dengan menggunakan racun organik tanpa menggunakan racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti pertanian. petani-petani haruslah mencari satu jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka. Sistem pintar penyemburan racun rumpai organik patut diperkembangkan dan diguna pakai. tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah didapati di negara kita. Sumber gambar: http://www.

Selain itu. penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganismatanah yang lain. 2009). Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan cangkul. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak. . Petanipetani boleh menanam tanaman yang berlainan jenis untuk menjaga serta mengekalkan kesuburan tanah (Allan Suman Pillai. jentera penggembur. Walau pun cara ini adalah agak lambat. tetapi ianya berkesan sekiranya kita dapat mengekalkan keindahan alam sekitar daripada dicemari racun rumpai dan bahan-bahan bukan organik. Di samping kitaran ini. Apakah servis yang ekosistem jalankan? Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain.membakar dan membanjir juga patut digalakkan.dan dipraktikkan oleh para petani. mengambil masa dan tenaga petani. penggunaan tangan. Kita juga boleh mengamalkan teknik penanaman bergilir. Biota tanah juga menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan serta menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira Bhadauria dan Krishan Gopal Saxena. kalium. akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen. 2009).Justeru. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. biota tanah boleh meningkatkan pemineralan nitrogen melalui kesan terus atau tidak terus ke atas komunitimikrobioal. fosforus dan kalsiumyang boleh digunakan oleh pokok-pokok. Selain itu. 6. Aktiviti biota tanah adalah pentingkerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara pantas ke dalam bentuk mineral tanah. kesihatan manusia juga tidak akan terjejas kesan daripada memakan tanaman tersebut.

kawasan kajian yang lebih bersifat semula jadi seperti di dalam hutan ataupun kawasan paya adalah menarik sekiranya dijadikan sampel tanah untuk kajian ini. saya bersama rakan kumpulan telah berbincang bahawa sampel tanah yang bakal diambil perlulah mempunyai persekitaran yang berbeza supaya hasil kajian kami lebih jelas. Saya juga sedar bahawa pengetahuan seawal di bangku sekolah rendah adalah amat penting supaya murid-murid dapat menanam pengetahuan asas yang kukuh. Penambahbaikkan yang saya rasa perlu untuk kajian ini ialah. Walupun saiznya yang amat kecil. saya mendapati bahawa terdapat pelbagai macrofauna yang dijumpai. Penggunaan corong tulgren yang digunakan dalam kajian ini merupakan kali pertama saya mengendalikan bahan tersebut. haiwan atau tumbuhan yang mati tidak mengalami proses penguraian dan akan mendatangkan masalah kepada alam sekitar. saya menyedari apabila kami tiba di kawasan tersebut.REFLEKSI: Sebelum memulakan amali praktikal ekosistem tanah mengenai biota tanah dan siratan makanan. keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan. Kami juga telah bekerjasama untuk mengutip daun-daun kering yang kian reput di atas permukaan tanah tersebut. barulah saya sedar bahawa makrofauna dan mikrofauna yang terdapat dalam tanah mempunyai tugas yang amat besar terhadap kitaran alam semulajadi. Hal demikian kerana kawasan . saya berharap agar semasa saya telah bergelar guru sebenar di sekolah kelak. namun tanpa makrofauna dan mikrofauna. Semasa proses pengambilan sampel tanah. saya boleh menerangkan penggunaan alatan-alatan di makmal supaya pelajar saya dapat mengenalpasti radas dan cara penggunaannya dengan betul. Justeru penjagaan alam sekitar secara semula jadi amatlah penting untuk diterapkan dalam diri setiap individu supaya. kami telah memilih kawasan tanah yang mempunyai tahap kelembapan dan warna yang berbeza. Setelah menyiapkan laporan dan juga hasil kajian. kami juga telah menjadi salah satu agen pengurai iaitu dengan memijak daun-daun mati menjadi cebisan yang lebih kecil. Oleh itu.

aktiviti untuk kajian untuk ekosistem tanah ini. Kesimpulannya. ia masih membawa peranan yang besar yang tidak boleh dilakukan oleh hidupan yang lain.sampel tanah yang kami ambil adalah di kawasan tempat pembakaran sampah. kebunkebun dimana tanah tersebut telah dicemari dengan bahan kimia hasil daripada pembuangan manusia ataupun racun serangga. amat memberikan saya pengetahuan baru dan kesedaran supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling dan beringat bahawa walaupun ciptaan Allah itu nampak kecil dan tidak kuat. NUR ADILAH BT HAMIDON 900820-03-5916 .

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Hajah Fatimah @Timah binti Abd Kadir kerana telah banyak membantu kami sepanjang pelaksanaan amali ini. Misalnya baru-baru ini kelas kami telah mengikuti Program Pendidikan Biodiversiti kelolaan Jabatan Perhilitan Negeri Johor di Jemaluang. Penghargaan juga kepada rakan-rakan sekumpulan iaitu Syukri dan Adilah kerana telah memberikan kerjasam yang mantap. Selain itu. Akhir sekali saya berharap agar Puan . Kepada-Nya kita mengembalikan puji-pujian. hubungan kami dan memupuk budaya bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk memudahkan kerja. Maka di sini saya mengambil iktibar daripada pembacaan yang telah dibuat. tugas manusialah untuk menjaga keharmonian alam yang terbentang ini. dalam melaksanakan amali ini. Melalui pembacaan daripada sumber buku dan internet. kita harus menanamkan semangat cintakan bumi dan alam sekitar kepada kanak-kanak sedari mereka mula dapat memahami sesuatu kerana pendidikan itu bermula daripada buaian dan dipraktikkan sentiasa. Saya juga berpendapat tugasan amali yang dilakukan secara berkumpulan ini dapat mengeratkann. Mersing. sebagai guru. MasyaAllah. banyak perkara dan pengetahuan baru yang telah saya perolehi. Sepanjang proses melaksanakan Amali 1 ini. Pada pandangan saya. Dalam sistem bumi kita ini juga terdapat pelbagai interaksi tanpa kita sedari antara benda hidup dengan benda bukan hidup.t. Kita boleh mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti berunsurkan alam sekitar. Alhamdulillahirobbila’lamin kami telah dapat melaksanakan Amali 1 ini serta berjaya meyiapkan laporannya pada masa yang telah ditetapkan. Saya begitu kagum bagaimana simbiosis ini berlaku dengan begitu tersusun.Assalamualaikum w.b. kini saya mengetahui betapa banyak dan pelbagainya spesies yang ada di muka Bumi kita ini. saya juga mendapat pengetahuan baru mengenai haiwan yang hidup dalam tanah yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri walaupun ia sekadar hama yang memakan batang-batang kayu reput. Johor. Begitulah Allah menjadikan setiap sesuatu dan tugas dan peranan masing-masing.

biota tanah dan rantaian makanan. Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organisma untuk hidup dalam tanah tersebut. Yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.Hajah Fatimah akan berpuas hati dengan hasil kerja kami ini dan semoga ia membawa kebaikan kepada semua pihak. saya dapat mendalami dengan lebih lanjut tentang topik ekosistem. Komponen-komponen ini dihubungkan melalui rantaian makanan.W. Ekosistem ialah satu unit biologi di mana konumiti biotik berhubungan dengan persekitaran bukan hidup (abiotik) Daripada tugasan ini. pengguna dan pengurai. Yang baik itu daang dari Allah S. saya mendapati bahawa ekosistem dapat dibahagikan kepada empat. Daripada hasil analisis yang terperinci ini. pengeluar. saya dapat memahami bahawa persekitaran yang berbeza mempunyai ekosistem yang berbeza. Hasil pembelajaran . Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yanglebih banyak. Sekian. iaitu abiotik . terima kasih. NUR SYUHAIDA BT MUHAMMAD 910105-11-5318 REFLEKSI Berdasarkan praktikal 1 berkaitan ekosistem tanah.T.

US: Soil Science Society of America Inc. sebagai seorang bakal guru. (1987). (2008). UK: Dover Publications. Eugene P. (1994). Jenny H. Kanada: Brooks/ cole Thompson learning. Wolff W. Environmental Science 8th Edition. Spoolman S. Tugasan ini juga mengajar saya tentang cara-cara melakukan kiraan populasi makrofauna besar dan kecil di lokasi sekitar kampus. . dapat saya aplikasikan apabila tiba masanya kelak. (1996). Sekiranya bumi tercemar. UK: Prentice Hall. (1993). Glossary Of Soil Science Terms. sudah pasti rantaian makanan ini akan terganggu. Miller G. Cambridge University Press: Cambridge. Biological Surveys Of Estuaries And Coast.. Odum.. Saya berharap agar pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan ini. Soil Science Society of America..T. saya harus menerapkan pendidikan lestari ke dalam jiwa anak-anak murid saya. Oleh itu. Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi Asas Edisi Ketiga. MUHAMMAD SYUKRI BIN SAPUAN Rujukan: Buku Baker M.ini menjadikan saya lebih menghargai alam sekitar kerana setiap unsur ini saling memerlukan antara satu sama lain.J. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka Herbert dan Schraer. Biology: The Study Of Life. (2008).

org/wiki/Fauna#Mesofauna http://agc-blog.my/agc-blog/ . (2010). (2011). Interior Design: A Critical Introduction. Cambridge University Press: Cambridge.K. Edwards c. Sampedroc L. Berg Editorial Internet http://en.Whalen J. Soil Ecology and Management.agc.. Images Edwards Spray. (2009).gov.wikipedia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful