1

.PERGERAKAN ASAS PENGENALAN
Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Adalah tidak mustahil kanak-kanak yang didedahkan dengan kemahiran gimnastik pendidikan akhirnya dapat menguasai semua kemahiran-kemahiran asas gimnastik dan akhirnya dapat melahirkan warganegara atau atlet yang berbakat di dalam gimnastik kelak. Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat.

Rajah 1.1: Pergerakan Asas

PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

1.2.1 Konsep
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

2
ARAH Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan.

Rajah 1.2: Arah Pergerakan HALUAN Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.

Rajah 1.3: Corak haluan pergerakan lokomotor MASA Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah: BERJALAN Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

3
 Jalan berundur dan kemudian ke hadapan  Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan  Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan  Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan

1.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

1.3.2 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah: DUDUK Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

 Duduk dalam keadaan bersila  Duduk dalam keadaan melunjur

4

  Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan  Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit  Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal  Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki  Duduk melutut

  Duduk mendekam
BERDIRI Di antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

 Berdiri lurus

5

  Berdiri dengan membongkok kehadapan

  Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan

6

  Berdiri dengan memusing pada paras pinggang  Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan  Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan
tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri

 Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki

  Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan kekanan
BERPASANGAN Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor ialah:

7
GUSTI TANGAN

TURUN NAIK PASANGAN

ENJIT-ENJIT SEMUT

TEPUK AMAI-AMAI

8

MENARIK SETEMPAT

MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN

MENARIK DAN MENAHAN RAKAN

9

Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam pendidikan jasmani antaranya ialah TEKAN TUBI

1.4 MANIPULASI ALATAN
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah

1.4.1 Konsep
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanakkanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan–mata, kaki– mata dan lain-lain.

10

1.4.2 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat
Kemahiran manipulasi alat yang diajar diperingkat pra dan sekolah rendah ialah: MEMBALING DAN MELAMBUNG Di antara aktiviti membaling yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

   

Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

 
Meleretkan bola kesasaran

11

   
Menggolek relung Membaling pundi kacang ke pasangan Membaling pundi kacang melintasi satu garisan

 
Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan atau sasaran lain

 
Membaling pundi kacang sejauh yang boleh

MENYAMBUT Diantara aktiviti menyambut yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

12
   
Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan

Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan MEMUKUL Diantara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

   

Memukul alatan dengan tangan Memukul alatan dengan genggaman Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran Melambung belon keudara dan kemudian memukul

 
Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

13

   
Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu melantun dengan alatan Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu

AKTIVIT-AKTIVITI LAIN Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti manipulatif alat dalam pendidikan jasmani antaranya ialah: MENYEPAK

MENAHAN

14
MENGELECEK

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR

PENGENALAN
Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik. Memandang kepentingan ini, tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah ialah membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul. Manipulasi alat membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar dewasa. Dengan kata lain, pergerakan ini perlu didedahkan kepada pelajar dari pra sekolah. Pendidikan pergerakan ini adalah bagi membina insan yang segak dan bergaya serta mengamalkan cara hidup yang sihat.

2.1 KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR
Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi. Persepsi motor membolehkan kanak-kanak:

  

Merasa kehadiran dirinya dalam ruang Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan

Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Oleh itu kemahiran persepsi perlulah diajarkan kepada kanak-kanak semenjak pra sekolah atau tadika lagi. Kemahiran persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra sekolah:

    

Mengimbang Kesedaran badan Kesedaran ruang Kesedaran arah Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

15
Mengimbang Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar kesimbangan akan tercapai. Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh. Terdapat dua jenis imbangan iaitu:

 

Imbangan Statik-Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian. Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.

Imbangan penting dalam kehidupan seharian kerana dengan berada dalam kedudukan imbangan yang stabil, kita dapat menggunakan kuasa yang sedikit dalam melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, duduk dan lain-lain. Menjalankan aktiviti dengan imbangan yang betul juga akan mengurangkan risiko kecederaan atau kepenatan. Dalam permainan dan sukan, imbangan penting dalam memantapkan perilakuan dan membentuk gerakan.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani
Imbangan Dinamik Guru boleh merancang aktiviti mengimbang dinamik dengan meminta pelajar berjalan diatas bangku atau meniti diatas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain.

Rajah 2.1: Meniti di atas bangku

16

Rajah 2.2: Meniti di atas tali

Imbangan menggunakan kaki tempurung

17
Lompat ketinting (imbangan dinamik) Imbangan Statik Guru boleh merancang aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang.

Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.

Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan statik) Aktiviti Kumpulan Bagi menjadikan aktiviti imbangan lebih menarik, guru boleh merancang pelajar menjalankan aktiviti dalam bentuk kumpulan. Antara aktiviti imbangan dalam bentuk kumpulan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah:

18

Tolak patung

Ketintingan bertiga

19

Meniti diatas tali bersama rakan

Ayun kaki serentak

20

Berdiri diatas papan imbang Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh menarik minat pelajar. Kanak-kanak boleh membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya.

Laluan Imbangan Bagi menjadikan aktiviti lebih menarik guru boleh membina laluan imbangan dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.

21

Contoh laluan imbangan Kesedaran Tubuh Badan Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting tentang kesedaran ini ialah:

   

Bentuk dan saiz tubuh badan Bahagian-bahagian tubuh badan Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza

Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung kepada kesedaran tubuh badan. Terdapat pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan.

22

Berjalan

Golek balak

23

Lompat bintang

Dirian bangau

Membongkok

24

KESEDARAN RUANG Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan objek lain bergerak kesana-sini. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Pelajar perlu di sedari dengan pergerakan tubuh badan dan ruang sekitar. Perkara seperti ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh kanak-kanak. Pelajar perlu diajar memenuhi ruang di persekitaran dengan pelbagai cara contohnya pelajar di minta berbaring dalam keadaan pelbagai arah. Aktiviti ini membolehkan pelajar kita mengetahui atau menyedari ruang diri persendirian.

Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri

Bergerak bagai burung terbang (ruang am)

25
KESEDARAN ARAH Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah didalam ruang persekitaranya. Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Kesedaran hala datar ialah kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang. Dengan kesedaran ini, pelajar akan dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah arah secara serentak atau berasingan. Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Permainan seperti angle in the snow di mana dalam permainan ini kanak-kanak disuruh berbaring dalam keadaan terlentang dan mengerakkan kaki serta tanggan membentuk gerakan membulat bergantung kepada arahan oleh guru. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan kesedaran arah. Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah.

Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)

Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang) Kordinasi Kordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda. Kesemua faktor ini akan menghasilkan kecekapan yang tinggi dalam gerakan. Dengan

26
kata lain tujuan melakukan sesuatu pergerakan akan tercapai jika kordinasi di antara pergerakan bahagian-bahagian badan di sempurnakan dengan baik. Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Kordinasi boleh di capai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai kordinasi, mereka akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa saja aktiviti sukan dengan baik dan tepat.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek dalam hoki

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam bola dengan baik dalam permainan bola sepak.

27

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran. Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

TOPIK 3 PERGERAKAN PENDIDIKAN PENGENALAN
Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

3.1 GIMNASTIK PENDIDIKAN
Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Kesedaran tubuh badan Kesedaran ruang Kesedaran masa Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan Kesedaran beban Kesedaran aliran Kesedaran perkaitan dengan orang lain Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:

 Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan  Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran  Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi
penyelesaian masalah

 Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik

3.2 KESEDARAN TUBUH BADAN
Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan kordinasi. Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan Jenis Pergerakan Bergerak secara sentuhan berselang. Bergerak secara sentuhan selalu. Maksud Jenis Pergerakan Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang – seli menyentuh lantai. Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai sentiasa. Aktiviti

Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut. Gulingan, guling balak, menarik dan menolak.

39
 

Bergerak tanpa sentuhan seketika. Menyokong beban pada bahagian tubuh.

Bergerak dengan seluruh tubuh badan di udara seketika Bergerak dengan beban di bahagian tubuh.

Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang. Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan

Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan.

Membentukkan tubuh badan menjadi besar, kecil, panjang, pendek.

Pergerakan mengikut situasi seperti:

   
Membekukan tubuh badan. Berhenti bergerak apabila isyarat diberi.

bunga sedang kembang arnab tidur dalam lubang galah menjulang awan kain dilipat dua Galop Lompat kanggaru dalam arah zig-zag Lompat ke dalam gelung rotan Menyusup palang di bawah

    

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan.

Merangkaikan beberapa kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil.

Berlari & melompat melepasi palang

3.3 KESEDARAN RUANG
Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu:

 Ruang Diri
Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

 Ruang Am
Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan. Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan. Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:

 Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang  Membuat pergerakan menggunakan ruang diri  Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras

40
 Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah  Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan
a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan. d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak. e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.

3.5 KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN
Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan membawa maksud gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh badan dengan alatan. Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan. Aktiviti yang dilakukan adalah:

Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

41

 
Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.

 
Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan sebelah lagi memijak lantai.

42

 
Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di udara

43

Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi dibengkokkan di atas lantai

 
Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.


Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain Dalam pelakuan ini, pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain. Dalam kemahiran ini, faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan.

Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.

44

 
Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan lantai dengan tangan lurus ke hadapan.

 
Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan selari dengan permukaan lantai.

45

 
Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.

 
Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.

46


Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan Kemahiran ini memerlukan pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.

Berlari menuju ke arah alatan

 
Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

47

Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan Pelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa dialatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan.

Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan.

 
Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan ke hadapan di atas bangku gimnastik.

48


Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan Kestabilan Kemahiran ini membolehkan pelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan lain-lain.

Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke atas

 
Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara

49

Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului Pergerakan Dalam kemahiran ini pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan gerakan.

Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan belakang.

 
Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan badan ke belakang.

50

 
Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.

 
Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi

51


Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh Badan Dalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan, pelaku perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki.

Berdiri tegak, tangan di sisi

 
Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan

52

 
Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang

 
Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas

53

 
Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas

54

TOPIK 4 PERGERAKAN PENDIDIKAN PENGENALAN
Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

4.1 KESEDARAN BEBAN
Pergerakan di dalam kemahiran kesederan beban lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi dan main peranan. Di dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu melakukan pergerakkan yang diiringi dengan beban yang dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang jelas,terang dan mudah difahami amat penting bagi murid untuk memahami dan mengikutinya. Di sekolah dalam mengajar pergerakan ini guru perlu memberikan situasi. Contoh situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta berbuah. Berikut adalah penerangan lanjut untuk kesedaran beban. Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan serta keupayaan otot ketika melakukan pergerakan. Pergerakan juga dilihat dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri, kreativiti dan estetika dalam diri murid. Sememangnya diharapkan nilai ini dapat dibawa dan diamalkan ke dalam kehidupan seharian murid. Aktiviti ini juga memberi kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan ini. Elemen keselamatan hendaklah diutamakan dalam setiap gerakan ini. Antaranya ialah:

 Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini diabaikan ia
boleh mengakibatkan kecederaan.

 Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada murid.

 Guru boleh melakukan sokongan semasa mengawal pendaratan murid.

Bergerak Berbagai Cara dan Membeku Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan akhirnya akan dalam keadaan statik iaitu membeku. Pergerakan ini memerlukan guru memberi murid-murid satu situasi dan murid perlu main peranan. Contohnya, pergerakan seperti debunga bunga yang berterbangan dan akan menjadi benih. Di dalam situasi ini, murid akan menggerakkan seluruh anggota badan seolah-olah sedang berterbangan dan akhirnya seperti debunga jatuh ke tanah. Ketika jatuh tanah murid akan duduk mencangkung dan berpeluk tubuh dan membeku. Pergerakan ini dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat dilihat semasa membeku. Murid bergerak berbagai cara iaitu mereka diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan mencipta. Murid juga boleh bergerak berbagai-bagai cara membeku dengan lebih daya tenaga. Murid akan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan dengan berbagai aras, arah dan kelajuan. Semasa aktiviti membeku, murid bebas pelbagaikan bentuk tubuh badan. Ia bermaksud murid berhenti daripada melakukan pergerakan samada sedang duduk, mencangkung atau berdiri.

Bergerak Berbagai Cara dan Membeku

55

Arahan: 1. Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut. 2. Berdiri dalam keadaan kaki yang terbuka. 3. Depakan tangan anda separas bahu. 4. Bergerak seolah-olah sedang dihanyutkan di dalam laut.

5. 6. Kemudian berhenti dan duduk. 7. Peluk tubuh dan diam. Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Pergerakkan ini adalah kesinambungan dari pergerakkan sebelum ini iaitu bergerak berbagai cara dan membeku. Dalam keadaan membeku, murid akan mula bergerak seolah debunga sedang bercambah untuk menjadi sepohon pokok. Murid bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kekuatan otot yang berbeza seperti berat dan ringan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid bergerak bebas iaitu beri peluang kepada murid meneroka, memilih dan mencipta. Murid juga bergerak dengan menggunakan samada lebih atau kurang daya dan kekuatan otot. Mereka boleh menumpukan kepada penggunaan pelbagai bahagian tubuh badan semasa bergerak menggunakan berbagai aras, arah, laluan dan kelajuan. Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan

56

Arahan: 1. Sekarang bergerak seolah-olah buah kelapa akan bercambah menjadi pokok. 2. Jingkitkan tapak kaki. 3. Angkat kepala dan tangan perlahan-lahan.

4. 5. Gerakkan tubuh badan dan naik secara perlahan-perlahan. Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan Murid akan menggunakan alatan seperti bola sebagai beban untuk menunjukkan kualiti berat dan ringan. Dalam situasi ini, murid memainkan peranan sebagai pohon yang telah membesar akan menghasilkan bunga dan buah. Murid bergerak dengan kualiti berat dan ringan sambil menggunakan alatan. Alatan boleh digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, sisi dan keliling. Murid bebas memilih alatan yang ingin digunakan. Semasa aktiviti ini, murid diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan mencipta berbagai lakuan dengan kualiti berat dan ringan. Murid digalakkan menggunakan ruang yang ada pada alatan. Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan

57

Arahan: 1. Sekarang pokok kelapa akan mengeluarkan buah dengan lebat. 2. Gunakan bola sebagai buah kelapa. 3. Bongkokkan badan sambil memegang bola. 4. Gerakkan badan dan naik secara perlahan-lahan. Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan Ringan Tanpa atau dengan Alatan Pergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan. Murid merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini murid akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil menggunakan ruang dan alatan secara maksimum. Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti berat dan ringan tanpa atau dengan alatan.

58

 Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.  Akhirnya kamu terdampar di pantai.  Kamu bercambah ….  Membesar ….  Dan berbuah lebat.

4.2 KESEDARAN ALIRAN
Kesedaran aliran adalah bagaimana cara seseorang individu melakukan beberapa pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan lancar. Ketika melakukan pergerakan kesedaran aliran, apa yang perlu ialah:

 Memilih jenis pergerakan yang sesuai dengan kebolehan kita;

59
 Melakukan rangkaian pergerakan yang tersusun; dan  Memastikan bahawa pergerakan yang dibuat mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat atau
terhenti. Sekiranya kita mempunyai asas kesedaran aliran yang baik, aktiviti kesedaran aliran yang lebih mencabar boleh dilakukan bagi menambahkan minat. Rangkaian pergerakan kesedaran aliran boleh dilakukan secara aliran bebas atau aliran terikat. 1. Merangkai Pergerakan Secara Aliran Bebas Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti. Antara perkara yang baik daripada aktikviti ini ialah dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Pergerakan rangkaian ini menguji daya tahan otot pelajar. Disamping itu ia juga turut menguji kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat. Apa yang perlu dilakukan:

 Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan selalu atau
tanpa sentuhan seketika.

 Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh guru.  Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara berterusan.  Rangkaian yang ditentukan perlu mempunyai permulaan dan penamat pergerakan.  Rangkaikan beberapa pergerakan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.  Aktiviti perlu menggunakan ruang yang maksimum.  Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian kegunaan bahagian tubuh badan.
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau terhenti. Kesimpulannya, kita bebas melakukan pergerakan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

60

Contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran bebas adalah seperti berikut.

61

Langkah-langkah aktiviti:

 Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi.  Kemudian naik ke atas meja secara merangkak  Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.  Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara berhalangan.  Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.  Aktiviti akhir sekali pelajar akan melompat melepasi peti lombol.

 Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat
Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi. Antara perkara yang baik daripada aktiviti ini ialah dapat membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan ia dapat membentuk dayan tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan pelajar. Walau bagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat. Apa yang perlu dilakukan:

 Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar perlu bergerak dengan satu cara, berhenti
seketika dan bergerak semula.

 Rangkaikan beberapa pergerakan sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan
ke cara pergerakan yang lain.

 Guru boleh mempelbagaikan cara pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan.  Rangkaian pergerakan dicipta menggunakan alatan.

62
 Pastikan alatan yang disusun mencabar.  Guru boleh menyuruh pelajar menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan.
Pergerakan aliran terikat membawa maksud lakuan terkawal. Dalam melakukan gerak kerja yang terikat ini, anda boleh berhenti seketika pada tempat-tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangan badan. Dengan cara tersebut, rangkaian pergerakan itu masih lagi lancar dan berkordinasi. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji daya tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Sebaik muzik dimainkan, anda bergerak ke stesen 1 dan melakukan aktiviti mengengsot punggung. Duduk dalam keadaan berpeluk tubuh. Kali dibengkokkan, kemudian ditunjurkan kaki sambil menolak badan ke depan. (Berehat 30 saat). Kemudian bergerak ke stesen 2. Anda dikehendaki merangkai di bawah halangan tanpa menyentuhnya. Selepas melepasi halangan, anda hendaklah berlari dan berhenti di stesen 3. (Berehat 30 saat dan bersedia di stesen 3). Berdiri di hadapan tali yang direntang. Kemudian anda dikehendaki melompat dengan keduadua kaki melepasi tali yang disusun dalam jarak 1 meter sehingga ke tali yang terakhir. Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi pergerakan secara aliran terikat.

63

Semasa melakukan aktiviti di atas pelajar boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan membekalkan imbangannya. Langkah-langkah aktiviti:

 Pertama, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak
badan ke atas dan timbang badan.

 Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.  Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas
tilam).

 Pelajar belari-lari anak kehadapan.  Kemudian pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa.

 Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan Terikat
Ia merupakan satu pergerakan secara gabungan antara aliran bebas dan aliran terikat bagi menjadikan rangkaian licin, lancar dan berterusan. Seperti aktiviti lain aktiviti ini juga dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan pula ia menguji daya tahan otot pelajar. Disamping itu ia turut menguji kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat. Apa yang perlu dilakukan:

 Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas  Pengajaran perlu memberi peluang meneroka, mengenal pasti, memilih dan
mencipta.

 Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran terikat.  Guru harus memilih pergerakan yang sesuai dengan jenis aliran yang dipilih.  Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas dan aliran
terikat dengan menggunakan alatan.

 Disamping itu perlu diberi perhatian, gunakan permulaan dan penamat yang
berlainan.

 Gunakan aliran bebas dan aliran terikat berselang-seli atau pada masa-masa
tertentu.

64
 Gunakan berbagai arah, aras laluan dan kelajuan.
Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih menyeronokkan dan mencabar sekiranya kita dapat menggabungkan kedua-dua pergerakan aliran bebas dan terikat. Tujuan ujian ini adalah menguji ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan imbangan. Untuk aktiviti ini, anda dikehendaki melakukan aktiviti pada 6 stesen yang ditetapkan. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi stesen 1, anda diminta menggunakan tali yang disediakan untuk bergayut melepasi air. Jika tidak berjaya, anda diminta mengulang semula. Selepas melepasi stesen 1, bergerak ke stesen 2. Di stesen 2, anda hendaklah meniti kayu tanpa jatuh. Setelah berjaya, berlari ke stesen 3. Di stesen 3, anda diminta memanjat tembok sehingga melepasi tembok tersebut. Kemudian berlari ke stesen 4. Pada stesen 4, anda hendaklah bergayut di monkey bar dan bergerak sehingga selesai. Kemudian berlari ke stesen 5. Di stesen 5, anda diminta merangkak ala komando tanpa menyentuh jaring sehingga tamat. Kemudian berlari ke stesen 6. Di stesen 6, anda perlu melalui parallel bar. Pastikan tangan diluruskan dan kaki tidak mencecah tanah. Buat sehingga selesai. Kemudian anda berlari ke garisan penamat. Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan terikat:

65

Langkah-langkah aktiviti:

 Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi.  Kemudian naik ke atas meja secara merangkak  Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.  Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara
berhalangan.

 Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.  Kemudian pelajar akan melompat melepasi peti lombol.  Seterusnya, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak
badan ke atas dan timbang badan.

 Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.  Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas
tilam).

 Pelajar belari-lari anak kehadapan.  Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan
mendepa.

66
Gaya arahan ketika mengajar Gimnastik Pendidikan adalah penting kerana ia adalah untuk tujuan keselematan pelajar semasa melaksanakan aktivti agar tidak tidak melakukan kesilapan yang boleh membahayakan dirinya.

4.3 KESEDARAN RITMA
Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di lakukan sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak rithma. Corak rithma adalah hasil gabungan pelbagai rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus. Corak rithma boleh dilakukan secara berulangulang. Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut, pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan pelbagai corak pergerakan badan melalui rithma yang berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan lain-lain.

Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan Rangkaian Pergerakan Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai bentuk dibantu oleh rentak rithma.

67

Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi Rangkaian Pergerakan Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak rithma dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’ dan ‘rasa sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan secara individu dan di ikuti kumpulan.

68

Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima. Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas, lancar dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan mesti mempunyai permulaan, penamat serta dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.

69

70

71

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK PENGENALAN
Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan diwakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.

5.1 SEJARAH
Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains kemasyarakat. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya. Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan.

72

Rajah 5.1: Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19, sukan gimnastik telah mendapat sambutan dinegara-negara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama. Dinegara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechosolivakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang di pertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helisinki pada tahun 1952.Rusia telah memenagi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang di pertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu:

 Sukan Olimpik  Kejohanan Dunia  Kejohanan Eropah
Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali bergitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan kejohanan tidak di pertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja di pertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita.

73

Rajah 5.2: Pasukan Malaysia mula di segani dalam sukan gimnastik semenjak kejayaan dalam Sukan Komanwel 1988 Bagi kejohanan dunia dan sukan olimpik acara yang di pertandingkan ialah kejuaraan berpasukan, kejuaraan keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Selain daripada sukan-sukan serantau seperti Sukan Komanwel, sukan Asia, Sukan SEA dan juga peringkat kebangsaan mempertandingkan sukan gimnastik sebagai komponen sukannya. Sukan serantau seperti ini di iktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

5.2 BENTUK PERTANDINGAN
Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan di wakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan. Kebiasaannya cuma seorang gimnas sahaja yang akan membuat persembahan pada suatu masa namun kadangkala persembahan perlu dilakukan serentak. Kesemua ini bergantung kepada besar atau kecil sesuatu kejohanan tersebut. Dalam satu kejohanan besar biasanya peserta yang terlibat adalah ramai sehingga berjumlah lebih dari 300 orang peserta dengan melibatkan lebih 30 negara yang bertanding dalam masa lima hari. Kekangan ini sudah pasti memaksa dua atau lebih acara terpaksa dijalankan serentak. Ini bermakna mereka akan melakukan persembahan mengikut urutan acara yang berlainan. Ahli gimnastik lelaki bertanding dalam enam acara mengikut susunan berikut:

 Senaman lantai  Kekuda berpelana  Gelang  Lombol  Palang sejajar  Palang tunggal
Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara mengikut susunan berikut:

 Senaman lantai  Lombol  Palang bertingkat

74
 Batang titian
Pada hari terakhir, setiap alatan akan ditandangi oleh enam peserta terbaik bagi merebut kejuaraan individu dan mereka dikehendaki mempersembahkan pergerakan pilihan sahaja. Seorang peserta lelaki boleh memenangi maksimum lapan kejuaran (6 acara lelaki kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Seorang peserta wanita pula boleh memenangi maksimum enam kejuaraan (4 acara wanita, kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik di adakan. Sukan Olimpik yang dianjurkan empat tahun sekali merupakan kejuaraan kedua terbesar selepas kejohanan dunia di mana ramai gimnas berhimpun. Satu lagi pertandingan yang penting dalam kalender gimnastik ialah Kejohanan Piala Dunia yang dianjurkan empat tahun sekali untuk 40 gimnas terbaik dunia. Selain daripada itu kejohanan-kejohanan peringkat benua Eropah, Amerika, Afrika juga boleh dianggap besar. Dalam kejohanan dunia, setiap negara yang menyertainya akan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Setiap pasukan lelaki dan wanita mengandungi enam peserta. Dua belas pasukan lelaki dan wanita yang terbaik dari kejohanan ini layak untuk bertanding di Sukan Olimpik pada tahun berikutnya. Gimnas terbaik bagi negara-negara yang kurang berjaya, boleh bertanding dalam Sukan Olimpik dan kejohanan dunia dengan cara menyertai negara yang mempunyai kurang dari enam orang. Pertandingan I Pertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

 Senaman wajib (IA)
Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab mengawal segala jenis aktiviti gimnastik.

 Senaman pilihan (IB)
Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu sendiri. Namun pergerakan ini mesti mengandungi beberapa pergerakan dari tiga peringkat kesukaran, iaitu mudah, pertengahan dan sukar. Pertandingan II Di pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan senaman pilihan untuk menentukan juara keseluruhan. Pertandingan III Pertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat 6 acara alatan bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanita.

5.3 PERALATAN
Peralatan yang disediakan dalam sukan gimnastik bergantung kepada jenis atau kategori acara yang dijalankan. Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan. Biasanya semua peralatan atau alatan ini di tempatkan disusun di dalam satu dewan atau gimnasium khas. Sila rujuk rajah Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik. Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang antara lain meliputi perkara-perkara berikut: 1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah memikirkan aspek keselamatan peserta. 2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan harus diletakkan di kawasan yang berisiko.

75
3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan berkala. 4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi, tanpa latihan yang cukup. 5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat diawasi oleh pegawai yang berkelayakan.

Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik

Rajah 5.3: Susunan alatan gimnastik perlu agar tidak menganggu tumpuan pengadil

76

Kawasan untuk senaman lantai ALATAN

Rajah 5.4: Alatan gimnastik Kekuda Lombol

77

Rajah 5.5: Aksi kekuda lombol

Rajah 5.6: Peralatan untuk acara kekuda lombol

Kekuda Berpelana

78

Rajah 5.7: Aksi kekuda berpelana

Rajah 5.8: Peralatan untuk acara kekuda berpelana

Palang Bertingkat

79

Gambarajah 5.9: Aksi palang bertingkat

80

Palang Tunggal

Rajah 5.10: Aksi palang tunggal

Gelang

81

Rajah 5.11: Aksi gelang

82

5.4 MARKAH PERTANDINGAN
Persembahan Senaman Lantai Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan di beri sepuluh (10.00) markah sebelum ia memulakan persembahan. Potongan markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara berikut:

 Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap
kemahiran yang ditinggalkan).

 Kegagalan peserta melakukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran (ditolak 0.3 markah tiap-tiap
satu yang dilakukan).

 Kelemahan menggunakan cara yang berlainan, kelajuan dan dinamik, yakni pembinaan persembahan
(ditolak sehingga 1.00 markah).

 Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (ditolak sehingga 4.00 markah),  Setiap saat yang lebih dari masa yang dihadkan, iaitu 40 saat (ditolak 0.1 markah setiap saat)
Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan ialah: Unsur-unsur kemahiran (10 unsur5.0 markah @ 0.5) Perlaksanaan 4.0 markah Pembinaan 1.0 markah 10.0 markah

Rajah 5.12: Senaman lantai Persembahan di Alatan Peserta diberi sepuluh (10.00) markah sebelum memulakan persembahannya. Potongan markah akan dibuat mengikut perkara berikut:

 Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran dari variasinya (dipotong 0.5 markah bagi tiap-tiap
kemahiran yangtertinggal).

 Kegagal menggunakan tiap-tiap alatan (dipotong 1.00 markah @ alatan).

83
 Pembinaan persembahan yang lemah, iaitu kemahiran yang berbeza jenisnya, (dipotong sehingga 1.00
markah).

 Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (dipotong sehingga 5.00 markah).  Pada setiap saat yang lebih dan 40 saat yang diperuntukkan (dipotong 0.1 markah setiap saat).
Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan lalah seperti berikut: Unsur-unsur kemahiran (8 unsur @4.0 markah 0.5) Perlaksanaan 5.0 markah Pembinaan 1.0 markah 10.0 markah

Rajah 5.13: Senaman menggunakan alatan

5.5 KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK
Senaman Lantai Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Senaman lantai mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang sejajar, gelang dan palang tunggal.

84

Rajah 5.14: Senaman Lantai Acara Lombol Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

85

Rajah 5.15: Acara Lombol Acara Palang Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. Para gimnas wanita pernah mengunakan palang sejajar sehingga tahun 1930. Selepas itu, satu daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai palang bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di keduadua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan. Kekuda Berpelana Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Kebanyakan peserta memperolehi markah yang rendah dalam acara ini dan merupakan acara yang kurang disukai. Alatan ini lebih sama bentuk dengan kekuda lombol, tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana ini untuk memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung kepada tumpuan, imbangan dan rentak.

86

Rajah 5.16: Kekuda berpelana Batang Titian Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya hanya 10 cm. Pergerakan ini mestilah mengandungi unsur-unsur akrobatik yang mengandungi pergerakan maju dan undur, putaran penuh (termasuk satu di atas sebelah kaki), pergerakan menapak, berlan, lompatan dan lonjakan. Persembahan ini juga mestllah meliputi unsur-unsur imbangan dalam kedudukan berdiri, duduk dan kedudukan baring atau meniarap. Keseluruhan persembahan, para peserta mestilah melakukannya di atas sepanjang batang titian dengan licin dan kemas, juga perlu mempamerkan perubahan rentak. Masa yang dihadkan bagi keseluruhan persembahan lalah antara satu rnmit 10 saat, sehingga tidak melebihi satu minit 30 saat.

87

Rajah 5.17: Batang titian Acara Gelang Gelang juga telah direkacipta oleh Ludwig Jahn dalam tahun 1980. Acara gelang telah menjadi salah satu acara penting dalam sukan gimnastik. Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta ini terjatuh dari gelang, dia mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah. Purata masa persembahan dalam acara gelang ini ialah di antara 40 saat hingga satu minit.

88

Rajah 5.18: Acara gelang Acara Palang Tunggal Dalam kejohanan gimnastik, acara palang tunggal merupakan satu persembahan yang paling menarik perhatian dibandingkan dengan acara yang lain. Acara Palang Tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan lengan.

89

Rajah 5.19: Acara palang tunggal

     

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan senaman sebagai gymnastics serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antarabangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa. Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik diadakan. Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita

90
perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan.

        

Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi. Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan diberi 10.00 markah sebelum ia memulakan persembahan. Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik. Dalam acara gelang, setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan.

91

TOPIK 6 GIMNASTIK ARTISTIK PENGENALAN
Gimnastik artistik merupakan sukan bercorak pergerakan. Gimnastik artistik banyak melibatkan ketangkasan berangkai serta mementingkan kelenturan, kordinasi, daya tahan, imbangan dan kekuatan. Penguasaan sesuatu kemahiran dalam gimnastik artistik dapat mengembangkan setiap aktiviti yang dipelajari. Dengan itu gimnastik artistik dapat membina gaya diri dan keyakinan terhadap sesuatu persembahan. Teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu kemahiran perlu dipelajari secara khusus. Gimnas perlu mempunyai kesedaran dan kepekaan terhadap nilai kinestik dan estetik dalam pergerakan yang dipersembahkan.

6.1 POLA PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK
Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti melentur dan meregang, mengimbang, menghambur, melompat dan melayang, melonjak, menyokong, memusing dan mengilas, mengguling, mengayun, melenting. Kemahiran asas ini menjadikan seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman lantai dan penggunaan alatan dengan baik dan kemas. Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol kangkang dan lombol muka di atas peti lombol adalah merupakan pergerakan asas menggunakan alatan yang perlu dikuasai oleh gimnas terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu seorang gimnas menguasai pergerakan menggunakan alatan yang memerlukan kekuatan tangan dan pendaratan yang baik. Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan lombol akan memberi kesedaran ruang, masa, beban dan aliran serta membina daya kreatif, rekacipta dan pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan yang harmoni dan estetik. Gaya Dirian Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang sempurna dan kemas bagi setiap permulaan pergerakan. Kedudukan gaya dirian yang baik dapat membantu gimnas memungut mata dalam persembahannya. Ciri-ciri dirian yang baik: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kaki dirapatkan; Kedua-dua lutut ditekan ke belakang; Perut dikempiskan; Dada diangkat tinggi; Bahu direndahkan; Dagu diangkat agar mata memandang ke hadapan; dan Bernafas dengan selesa.

Guling Hadapan Cara guling hadapan: 1. 2. 3. 4. 5. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri; Lutut dibengkokkan; Tangan diangkat lurus ke hadapan; Pastikan belakang dalam keadaan tegak; Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu;

92
6. 7. 8. 9. Jongketkan badan dengan meluruskan lutut; Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki; Kepala ditundukkan ke dada; Tangan dibengkokkan;

10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda tidak bergolek atas kepala.); 11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling ke hadapan; 12. Berdiri atas kaki semula; dan 13. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula .

Rajah 6.1: Teknik guling hadapan ANSUR MAJU GULING HADAPAN

Rajah 6.2: Ansur maju guling hadapan

93
GERAK KERJA PENYESUAIAN GULING HADAPAN

Rajah 6.3: Gerak kerja penyesuaian guling hadapan

94
PERSEMBAHAN BERANGKAI GULING HADAPAN

Rajah 6.4: Persembahan berangkai guling hadapan

Guling Belakang

   

Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai. Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki. Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak. Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat.

Rajah 6.5: Teknik guling belakang

95
Ansur Maju dalam Guling Hadapan

Rajah 6.6: Ansur maju guling belakang

Dirian Kepala

     

Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jari kaki. Tangan menekan kuat ke lantai. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama. Perlakuan dirian kepala bermula, dengan memastikan hidung mencecah lantai. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan.

96

Rajah 6.7: Teknik dalam dirian kepala

Rajah 6.8: Gerak dalam dirian kepala

97

Rajah 6.9: Cara menyokong dalam dirian kepala Gerakan Penyesuaian dalam Dirian Kepala

Rajah 6.10: Gerak kerja penyesuaian dalam dirian tangan Dirian Tangan

    

Badan diregang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki kehadapan Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otot-otot. Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah.

98

Rajah 6.11: Contoh dirian tangan

Rajah 6.12: Peringkat perkembangan dirian tangan

99

Rajah 6.13: Ansur maju dirian tangan

Rajah 6.14: Ansur maju berjalan dengan tangan

100

Rajah 6.15: Menyokong dalam dirian tangan

101

Rajah 6.16: Gerakan penyesuaian dalam gerak tangan Roda Kereta TEKNIK RODA KERETA 1. 2. 3. 4. 5. Muka menghadap ke hadapan. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang bengkok. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa dengan lurus. Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan dilengkungkan. Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam kedudukan berbentuk bintang (Rajah 6.17).

102

Rajah 6.17: Gerakan dalam roda kereta

Rajah 6.18: Teknik dalam roda kereta

103

Rajah 6.19: Gerak kerja penyesuaian dalam roda kereta

CARA-CARA MENYOKONG RODA KERETA

Rajah 6.20: Cara menyokong roda kereta

104

PENGEMBANGAN RODA KERETA

Rajah 6.2: Pengembang roda kereta

Hambur Belakang/Tengkuk TEKNIK HAMBUR BELAKANG 1. 2. 3. 4. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri atas pangkal jari-jankaki. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebarisan dengan kepala. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat. Pendaratan dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.25).

105

Rajah 6.22: Teknik hambur belakang

Rajah 6.23: Ansur maju hambur belakang

CARA MENYOKONG DALAM HAMBUR BELAKANG

106
Rajah 6.24: Menyokong dalam hambur belakang Hambur Kepala Teknik Hambur Kepala 1. 2. 3. 4. Mencangkung atas pangkal jari-jari kaki, lengan lurus ke hadapan, Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebaris dengan kepala. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat, yang dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.30).

Rajah 6.25: Teknik hambur kepala

107

Rajah 6.26: Pergerakan dalam hambur kepala

ANSURMAJU HAMBUR KEPALA

108

Rajah 6.27: Ansur maju dalam hambur kepala

CARA MENYOKONG HAMBUR KEPALA

109

Rajah 6.28: Cara menyokong dalam hambar kepala Hambur Tangan Pergerakan hambur tangan boleh dibahagikan kepada empat aras iaitu:

   

larian lonjakan penerbangan pendaratan.

TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN 1. 2. 3. 4. 5. Tangan diluruskan ke atas, dan bahu dikembangkan. Mula melangkah seperti dalam lompat pagar, laitu rendah dan panjang. Pengembangan bahu dikekalkan, manakala dada ditekan ke bawah arah lantai. Bahu di belakang tangan yang diluruskan, dan kaki ditendang dengan kuat ke belakang. Kaki mula dirapatkan, kepala didongakkan dan badan dikekalkan lurus. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.

110

Rajah 6.29: Gerakan dalam hambur tangan

111
ANSURMAJU HAMBUR TANGAN

Rajah 6.30: Ansur maju dalam hambur tangan CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN

Rajah 6.31: Ansurmaju dalam hambur tangan berpasangan

Rajah 6.32: Menyokong dalam hambur tangan

112
Hambur Terbang Pergerakan hambur terbang boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan, iaitu lanan muncul, lonjakan, penerbangan dan pendaratan.

TEKNIK LONJAKAN DUA KAKI UNTUK HAMBUR TERBANG 1. 2. 3. Langkah gelongsor rendah dan panjang atas sebelah kaki, sementara lengan dibawa ke belakang. Lengan membantu untuk diregang sepenuhnya, sambil tumit diangkat. Kaki dan pergelangan kaki dikembangkan sepenuhnya (Rajah 6.33).

Rajah 6.33: Teknik dalam hambur terbang

Rajah 6.34: Gerakan dalam hambur terbang

113

Hambur Lenting TEKNIK DALAM HAMBUR LENTING 1. 2. 3. 4. Belakang badan dibulatkan tapi tidak lekuk. Tolakan akan bermula dari tumit bukan pangkal jari-jari kaki. Kaki menolak dengan kuat. Badan jangan dilengkung ke belakang terlampau banyak. Kepala hendaklah sebaris dengan badan dan tidak didongakkan. Badan melalui kedudukan dirian tangan. Tolakan yang kuat dari tangan melalui bahu. Kaki menendang turun ke bawah.

Rajah 6.35: Teknik dalam hambur terbang

114

Rajah 6.36: Gerakan dalam hambur lenting

115
ANSURMAJU HAMBUR LENTING

Rajah 6.37: Ansurmaju dalam hambur lenting

116
CARA-CARA MENYOKONG HAMBUR LENTING

Rajah 6.38: Cara-cara menyokong dalam hambur lenting

TOPIK 7 GIMRAMA PENGENALAN
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.

117

Rajah 7.1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan

Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan

118
peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques Dalcroze. Dalcroze yang telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19. Di awal tahun ke 20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau (1890-1974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimram. Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMA
Dalam sukan gimrama peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. Namun bagi pertunjukan atau persembahan gimnastik peralatan-peralatan lain seperti skarf, bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut pilihan.

Rajah 7.3: Peralatan digunakan dalam sukan gimrama

119
Biasanya gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri, ini disebabkan mereka akan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga mempunyai sesuai dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat. Tali Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 m panjang dan tebal 6 mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat sepanjang 10 cm namun gimnas tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada hujung tali. Spesifikasi Tali Bahan Panjang Warna Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama. Mengikut tinggi gimnas, tali di ukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali di angkat ke aras ketiak gimnas. Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Rajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik

120

Gelung Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang menu balut gelung dengan pita pelekat yang berwarna-warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih menarik.

121

Rajah 7.5: Gelung berpita Spesifikasi Gelung

122

Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas Bola Bola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun sekiranya bola tersebut tidak dapat di sediakan bola sepak, bola jaring atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas seperti melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak saiz bola yang lebih kecil boleh digunakan. Spesifikasi Bola Bahan Garis pusat Berat Warna Getah atau bahan sintetik dengan anjalan. 18-20 cm 400 g minimum Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

123

Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa BELANTAN (CLUB) Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman. Spesfikasi Belantan Bahan Panjang Berat Bentuk Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat. 40-50 cm 150 g minimum bagi satu belantan Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ½ cm. Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3 cm. Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Warna

124

Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak REBEN Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk dibaling.

125
Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada bahagian hujung dengan kayu.

Specifikasi Reben Bahan Lebar Panjang Berat Warna Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji. 4-6 cm Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 cm 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya) Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

126

Rajah 7.9: Kain yang paling untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera Specifikasi Kayu Bahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 cm maksimum boleh di balut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik. Bulat atau berbentuk kon. 1 cm maksimum pada bahagian yang lebar sekali. 50-60 cm termasuk cincin penyangkut. Panjangnya 7 cm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail.

Bentuk Garis pusat Panjang Dawai Penyangkut

127

Rajah 7.10: Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau ‘fibre glass’ Pakaian Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights. Sementara dalam peringkat pertandingan penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah atau kelab peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa, hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan.

Rajah 7.11: Contoh pakaian yang di pakai oleh gimnas Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai semasa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa peraturan. Cans leher depan dan belakang badan tidak boleh terlalu luas di kedua-dua bahagian depan dan belakang sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak dibenarkan. Ramai di antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin memakai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain.

128

Rajah 7.12: Contoh kasut yang di pakai oleh gimnas

7.3 TEMPAT LATIHAN
Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup. Di bahagian atas hendaklah kosong dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. Oleh itu, dewan sekolah, panggung, dewan orang ramai atau gudang merupakan tempat yang sesuai. Pada peringkat permulaan, siling yang tinggi tidak diperlukan tetapi apabila gimnas telah berpengalaman, balingan peralatannya akan menjadi lebih tinggi dan ia memerlukan siling yang lebih tinggi.

Rajah 7.13: Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah bersesuaian dengan gerakan gimnas Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga. Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama. Ramai di antara gimnas biasanya berlatih di dalam dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang sukar seperti gulingan. Tetapi kadang-kala, tilam akan menghalang beberapa pergerakan seperti gulingan gelung dan lantunan bola. Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12 m X 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak diwajibkan. Gimnas boleh berlatih di mana-mana kawasan yang sesuai.

129

Rajah 7.14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama

7.4 UNDANG-UNDANG AM
Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Biasanya pada peringkat antarabangsa, pertandingan dan acara adalah mengikut peraturan dan undangundang teknik seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Undang-undang (Code of Points) yang disediakan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Buku ini adalah penting dan sangat berguna bukan sahaja kepada para hakim dan pegawai pertandingan tetapi juga kepada para jurulatih dan gimnas. Dalam buku ini teknik yang diperuntukan untuk sesuatu latihan serta sistem peruntukan markah yang di berikan. Setiap empat tahun sekali buku Undang-undang Gimrama biasanya dikaji semula dan diubah suai mengikut keperluan. Selain itu, terdapat juga perubahan dan pemindaan juga boleh dibuat dari semasa ke semasa. Pertandingan Gimrama Sukan Malaysia dan Kejohanan Peringkat Antarabangsa seperti Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

130
Rajah 7.15: Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) Pada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikuti undang-undang FIG terdapat dua acara pertandingan yang utama.

 Acara latihan sukarela yang dipersembahkan oleh seorang gimnas sahaja pada suatu kawasan yang
tertentu. Gimnas akan menggunakan satu peralatan untuk setiap latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan individu atau latihan sukarela individu.

 Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas serentak
pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap kumpulan akan mengguna kan satu atau dua jenis peralatan yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut pertandingan latihan berpasukan atau latihan berkumpulan. LATIHAN SUKARELA INDIVIDU Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu: 1. Pertandingan I—Acara berpasukan

 Setiap pasukan perlu terdiri daripada tiga atau empat orang gimnas.  Setiap pasukan mesti mempertunjukkan 10 latihan, laitu dua latihan bagi setiap peralatan.
Peralatan yang digunakan ialah tali, bola, gelung, belantan dan reben.

 Setiap gimnas dalam pasukan boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan
maksimum dengan menggunakan peralatan yang berlainan. Dengan itu setiap peralatan akan dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan dalam satu pasukan.

 Dalam menentukan johan pasukan, jumlah mata yang diperolehi daripada semua gimnas
akan diambil kira. Pasukan yang mendapat agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan johan (jumlah mata maksimum: 100).

 Pertandingan I merupakan pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II dan III.

o Pertandingan II—Acara individu keseluruhan  Hanya gimnas yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya tiga latihan dalam
Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini, Tiga jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap gimnas.

 Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak bertanding untuk pertandingan
individu keseluruhan. Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dan setiap pasukan.

 Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan empat latihan dengan
empat peralatan yang ditetapkan oleh Pesekutuan Gimnastik Antarabangsa, (FIG).

 Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah mata yang diperolehi daripada
keempat-empat latihan yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).

o Pertandingan III—Pusingan akhir untuk setiap peralatan  Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap
peralatan yang dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai Pusingan Akhir untuk setiap peralatan.

131
 Peserta yang memperolehi mata tertinggi bagi sesuatu acara peralatan akan menjadi
johan bagi peralatan berkenaan (jumlah mata maksimum: 10).

7.5 UNDANG-UNDANG AM
Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.

SEMAK KENDIRI 7.1
1. 2. 3. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama. Nyatakan corak pertandingan gimrama.

RUMUSAN            
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal 8mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. Gelung dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan

132
ditepi gimnas.

          

Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Panjang reben boleh diubahsuai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergersk, laitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights. Dalam peringkat pertandingan penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain. Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup. Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama. Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan.

TOPIK 8 GIMRAMA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menyatakan dan mencirikan sejarah gimrama:

   

Pergerakan melangkah Ayunan dan pusingn Putaran dan pivot Lompatan dan layangan

PENGENALAN
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

133

TOPIK 8 GIMRAMA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menyatakan dan mencirikan sejarah gimrama:

   

Pergerakan melangkah Ayunan dan pusingn Putaran dan pivot Lompatan dan layangan

PENGENALAN
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

8.1 KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN
Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.

134

Rajah 8.1: Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri

Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:

 Pergerakan melangkah  Ayunan dan Pusingan  Putaran dan pivot  Alunan  Lompatan dan layangan  Imbangan,  Lentikan  Gulingan

8.1.1 Pergerakan Melangkah
Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukan dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung

135
kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini adalah seperti berjalan, berlari, lompat ketingting, langkah skip, Chasse, langkah Waltz, langkah Grapevine. Berjalan Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan menggunakan bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan hendaklah bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan.

Rajah 8.2: Gerakan melangkah berjalan Berlari Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan berjalan cuma dilakukan dengan cepat dan kedua-dua kaki diangkat dari lantai seketika. Contoh variasi: langkah besar, langkah kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau bengkok.

136

Rajah 8.3: Gerakan melangkah berlari

Lompat Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.

Ketinting

137
Rajah 8.4: Gerakan melangkah lompat ketinting Lompat Lompat berturut-turut dengan kedua-dua kaki secara bergilir-gilir Skip

Rajah 8.5: Gerakan melangkah lompat skip

Chasse Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkah-tutup-langkah. Gerakan Chasse merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyedialan diri untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse ke depan dengan cepat, ia akan membantu persediaan untuk lompatan, layangan atau pusingan. Terdapat dua gerakan Chasse iaitu:

Rajah 8.6: Gerakan melangkah Chasse kehadapan

138

Rajah 8.7: Gerakan melangkah Chesse ke sisi

Langkah Waltz

Rajah 8.8: Gerakan melangkah langkah Waltz Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan dalam kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3. Variasinya boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan boleh di mulakan dengan kaki kiri. Langkah Langkah Grapevine merupakan pergerakan ke sisi. Teknik asas adalah seperti benkut: Grapevine

 Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi.  Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan kaki kiri.  Hulur kaki kiri ke sisi.  Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke belakang kaki kiri.

139

Rajah 8.9: Gerakan melangkah langkah grapevine

8.1.2 Ayunan dan Pusingan
Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan. Ayunan dan pusingan boleh dilakukan dengan mana-mana anggota badan seperti tangan, bahagian atas badan dan kaki.

140

Rajah 8.10: Gerakan ayunan dan pusingan

8.1.3 Putaran dan Pivot
Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran contohnya separuh putaran (180°), putaran penuh (360°) atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan .

141

Rajah 8.11: Gerakan putaran penuh

Rajah 8.12: Gerakan putaran Chamee. Putaran ini terdiri daripada beberapa putaran separuh

Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala boleh dilakukan mengikut kreativiti gimnas. Contohnya kedudukan kaki yang diangkat boleh diluruskan, dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan estatik. Terdapat dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar (laitu ke arah kaki yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang melakukan pivot).

142
Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot. Sepanjang membuat putaran dan pivot badan gimnas hendaklah berada dalam tegap dan gimnas perlu mengawal pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Otot-otot perut serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat dalam melakukan pivot. Bahagian kepala dan tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot. Contoh putaran dan pivot adalah seperti berikut:

Rajah 8.13: Gerakan pivot ALUNAN Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. Kemahiran alunan badan merupakan kemahiran gerakan gimnas yang agak susah. Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak. Alunan tidak hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam mempratikkan alunan yang akan membantu perlakuan tersebut:

143

144

Rajah 8.14: Gerakan teknik alunan

8.1.4 Lompatan dan Layangan
Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki. Berikut adalah beberapa variasi lompatan yang di gunakan oleh gimnas.

145

Rajah 8.15: Gerakan jenis lompatan Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak besar. Lonjakan menggunakan satu semasa melonjak dan mendarat. Berikut adalah variasi layangan.

146

Rajah 8.16: Gerakan beberapa jenis layangan

Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu di bengkokan sedikit. Proses ini akan membantu tolakan kaki dari lantai serta meringankan pendaratan bagi mengelakan kecederaan yang mungkin berlaku dilutut kaki dan belakang. Pendaratan hendaklah dilakukan di atas bebola kaki dan terus kebahagian kaki yang lain.

147

Rajah 8.17: Contoh gerakan pendaratan Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara.

Rajah 8.18: Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

148

Rajah 8.19: Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan. Semasa menghayun tangan bahu tidak perlu diangkat sekiranya bahun diangkat posisi bahagian atas badan kelihatan bengkok.

Rajah 8.20: Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan

149

SEMAK KENDIRI 8.1
1. 2. 3. Nyatakan komponen yang terdapat dalam pergerakan melangkah. Cirikan dan bezakan antara putaran dan pivot. Cirikan pergerakan berjalan dan berlari dengan betul.

RUMUSAN                  
Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan. Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkah-tutuplangkah Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan. Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan. Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot. Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak. Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki Proses lompatan dibengkokan sedikit. atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu

150

Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

TOPIK 9 GIMRAMA PENGENALAN
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

9.1 KEMAHIRAN PERALATAN
Dalam mempelajari kemahiran peralatan pada peringkat asas latihan akan bermula dengan kedudukan statik. Setelah mahir mengawal peralatannya, gimnas boleh mengulangi kemahiran dengan cara bergerak. Selepas dapat menguasai berbagai pergerakan dengan alatan. Gimnas bolehlah cuba menggabungkan beberapa pergerakan dengan muzik supaya dapat melakukan pergerakan yang mempunyai aliran di berbagai satah dan aras. Gelung Gelung merupakan suatu peralatan yang menarik. Ruang diperlukan terutama dalam pergerakan apabila menggunakan gelung.

151
CARA MEMEGANG GELUNG

152
KEMAHIRAN GELUNG Ayunan Bulatan dan Angka Lapan

153

154

155

156

157

158

Golekan Gelung boleh digolekkan atas lantai atau diatas badan. Teknik golekan atas lantai adalah seperti berikut: Gelung mesti di golekan supaya tegak dan menuju kearah yang dikehendaki. Golekan dalam keadaan berterusan dan licin tanpa tersekat atau bergetar.

159

160

Gelung juga digolekkan atas badan teknik yang di buat adalah seperti menggolek bola. Gelung hendaklah di pegang kuat dan pastikan berada di satah tegak. Gelung di tekan sedikit kebawah dan kemudian di tolak seperti menolak bola.

Putaran Putaran merupakan salah satu ciri-ciri utama peralatan gelung. Putaran dilakukan dalam tiga jenis satah dalam tiga arah. 1. 2. 3. Depan – pusingan ikut jam atau lawan arah jam. Mendatar – ke dalam atau ke luar. Sagital – ke depan atau ke belakang. Terdapat berbagai cara memutar gelung.

Teknik memutar gelung adalah seperti berikut: a. b. Gelung haruslah diputar dengan licin tanpa bergetar atau tersekat-sekat. Satah putaran adalah penting dan mesti jelas kelihatan.

161

162

Lambungan Lambungan pada gelung boleh dilakukan dengan satu tangan atau dengan kedua-dua tangan. Gelung boleh ditangkap dengan satu tangan atau dengan kedua-dua belah tangan. Arah lambungan gelung boleh terdiri pelbagai satah — mendatar, menegak, sagital dan oblik,’

163

164

165

Reben Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu Reben boleh digunakan dengan berkesan dalam semua pertunjukan. Persembahan reben memerlukan ruang yang besar dan koreografi yang baik terutamanya untuk latihan berkumpulan supaya reben tidak tersimpul atau tersangkut.

166
Pergerakan dengan reben yang baik hendaklah besar, licin dan mempunyai aliran yang berterusan. Pergerakan tangan, kaki dan badan juga perlu dikordinasikan dengan pergerakan reben. Jika tidak, reben senang tersimpul dan terkusut atau terjerat pada diri sendiri.

KEMAHIRAN REBEN Ayunan, Bulatan dan Angka Lapan

167

168

169

Lingkaran dari Bentuk Ular

170

171

172

Lambungan dan Sambutan Lambungan dan sambutan merupakan kemahiran yang paling sukar dilakukan dengan reben. la dapat dilambung pada satah depan, mendatar atau sagital dengan menggunakan satu atau dua tangan. Lambungan biasa dimulakan dengan ayunan, bulatan dan angka lapan. Reben hendaklah disambut seberapa boleh pada hujung kayu pemegang. la boleh juga disambut pada reben tetapi biasanya di ikuti dengan larnbungan sekali lagi. Ketika di udara, reber lah memanjang serta menunjukkan layangan yang baik.

173

BELANTAN Peralatan yang paling sukar dikendalikan oleh gimnas ialah belantan. Oleh kerana itu bagi mengenadalikan belantan latihan yang tersusun dan kemas perlu di lakukan. Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran dengan kedua-dua belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan kordinasi yang baik untuk menyelaraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya. Pergerakan belantan yang baik hendaklah mengikuti pergerakan badan dalam keadaan ringan, berterusan dan dilakukan dengan jelas dalam satah yang tertentu, CARA MEMEGANG BELANTAN

KEMAHIRAN Ayunan dan Bulatan Besar

BELANTAN

174

175

Bulatan Kecil 1. Satah hadapan

2. 3. Satah mendatar

176

4.

5. Mills Mills merupakan kemajuan dari pergerakan bulatan kecil. la adalah pergerakan pantas dan memerlukan kekuatan dan kelembutan pergelangan tangan.

177

Pergerakan Bukan Simetri

178

179

Lambung dan Sambut

Ketukan

180

181

182

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF PENGENALAN
Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan.

10.1 PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri. Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah:

 Tubuh badan  Ruang  Masa dan  Daya

10.2 TUJUAN
Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Dengan kata lain tujuan utama pergerakan kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.

183

Rajah 10.1: Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan

10.3 NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF
Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan ditegaskan, ialah:

 Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan  Keseronokan dan kepuasan  Kesyukuran  Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi  Menghormati orang lain  Menyedari keperluan orang lain  Semangat cintakan keindahan alam sekitar  Bekerjasama  Baik hati  Berhemah tinggi  Kasih saying  Kebebasan  Kejujuran  Rasional

184
 Bekerjasama  Berdikari  Keadilan  Keberanian  Kebersihan fizikal dan mental  Kerajinan  Kesederhanaan  Semangat bermasyarakat

10.4 FAEDAH PERGERAKAN KREATIF
Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah:

 Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.  Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia.  Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.  Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif.  Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh.  Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan
tubuh badan sebagai wadah ekspresi.

 Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan.

 Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman
dalam mengaplikasikan prinsipnya.

 Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam
geraktari.

 Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir
di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.

 Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang
signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika.

 Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.  Peningkatan kemahiran pergerakan.  Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.  Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.  Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.  Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.  Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

185

Rajah 10.2: Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi

10.5 TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF
1. Kesedaran Tubuh Badan Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. a. Keseluruhan Tubuh Badan Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi, misalnya muzik.

186

Rajah 10.3: Pergerakan berjalan dan buka tutup melibatkan lokomotor dan bukan loko motor

b.

Bahagian Tubuh Badan Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

187

Rajah 10.4: Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

2.

Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. a. Beban Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halusringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikul benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan contohnya menyelam.

188

Rajah 10.5: Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan

b.

Masa Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.

189

Rajah 10.6: Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat

1.

Kesedaran Ruang Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah udalam mentontonkan sesuatu pergerakan. a. Kawasan Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh

190
badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan penggunaan arah. b. Arah Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta.

Rajah 10.7: Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah 2. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan ruang dan masa a. Aliran Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam melakukan gerakan. Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

Aliran bebas Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan. Aliran terikat Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang

191

Rajah 10.8: Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang

b.

Ruang Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang di gunakan secara tidak langsung di gunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus.

1. Penyesuaian terhadap Rakan Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah:

192

Rajah 10.9: Penyesuaian terhadap rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergeraka 2. 3. Aktiviti 1 4. Kerja Berpasangan Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan peralihan tempat meniru sama ada selari atau pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di pertontonkan secara unik 5. Arahan Tugasan Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tugasan sebagai ritma.

193

Meniru selari Rajah 10.10: Contoh pergerakan meniru

Meniru bertentangan

6. 7. Contoh Aktiviti 8. Kerja Berkumpulan Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang berikut:  Ketua dengan pengikut.

 

Kumpulan bekerjasama Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain. 9. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas. a. Lompatan Asas Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari

194
bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesan yang berbeza. b. Bentuk Tubuh Badan Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

c.

Rajah 10.11: Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang

195
d. e. Gaya Isyarat Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan di sokong oleh kedua belah kaki.

f. g. Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. 1. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan pergerakan. Antara ciri untuk mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut:

   

Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat. Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan. Peralihan antara dua pergerakan. Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

196
Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan seperti garisan lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan. Bentuk pergerakan di lantai boleh dilakukan dengan pergerakan kaki secara melompat atau merangkak. Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan tangan ketika berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain seperti tamborin boleh di gunakan untuk menimbulkan suasana pergerakan.

Rajah 10.12: Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan Orientasi Ruang Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran. Dalam membincangkan tema orientasi ruang. Perbincang lebih mengutamakan arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan urutan. PENAIKAN DARI LANTAI Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini melambangkan perasaan kebebasan. l Kemahiran penaikan dari lantai dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:

   

Penaikan dari lantai Lepas dari lantai ke ruang udara Membina pelbagai bentuk di ruang Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang

Kesedaran Kumpulan Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua

197
atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan. Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

Rajah 10.13: Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama

RUMUSAN             
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan. Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti; Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia; Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi; Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat jaya diri dan inisiatif; Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh; Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea

198
dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi;

                    

Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan; Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya; Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari; Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja samasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika. Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan. Peningkatan kemahiran pergerakan. Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri. Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif. Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif. Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain. Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan. Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan.

199

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful