You are on page 1of 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

NEGERI SEMBILAN

HBPE 2203

ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 2.0 Pendekatan ujian kecergasan 2.1 Kritikan 2.2 Rumusan 3.0 Panduan ujian kecergasan 3.1 Kritikan 3.2 Rumusan 4.0 Langkah-langkah untuk menilai pengajaran kecergasan 4.1 Kritikan 4.2 Rumusan 5.0 Faedah maklumat yang diperolehi 5.1 Rumusan 6.0 Rumusan keseluruhan 7.0 Bibliografi 8 9 10 11 12 13 14 5 6 7 2 3 4 5

2

HBPE 2203

1.0 Pendahuluan Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor kanak-kanak. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuklah perkembangan mental dan sosial. Di Malaysia, pendidikan Jasmani telah bermula sejak dari pemerintahan Pra-British lagi. Mata pelajaran ini telah dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 dengan harapan untuk melahirkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. Penilaian formal untuk subjek Pendidikan Jasmani telah dilaksanakan dalam KBSM bagi pelajar tingkatan satu pada tahun 1989. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas. Kemudian, pada tahun 2005 ujian SEGAK telah diperkenalkan. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya untuk murid tahun empat sehingga tingkatan lima. Ujian kecergasan ini berfungsi untuk menentukan status fizikal murid-murid, mengenal pasti kumpulan murid-murid-murid yang lemah, mengklasifikasikan dan mengukur kemajuan murid-murid serta membantu dalam pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan murid-murid. Penilaian bagi setiap ujian kecergasan yang dilaksanakan terhadap murid-murid, perlu dibuat secara bersistematik dan kerap, iaitu pada setiap awal tahun dan akhir tahun. Berdasarkan artikel penyelidikan ”A Lasting Impression: A Pedagogical Perspective on Youth Fitness Testing” oleh Stephen Silverman, Xiaofen Deng Keating dan Sharon R.Phillips, terdapat beberapa isu yang dibincangkan mengenai ujian kecergasan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah luar negara. Isu-isu yang diperkatakan itu boleh digunakan oleh kita untuk memperbaiki dan memperhalusi lagi sistem ujian kecergasan yang sedang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia ini. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah pendekatan sesuai yang menjadi persoalan utama tentang ujian kecergasan, panduan sebenar yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan ujian kecergasan membawa kesan positif di sekolah, antara langkah3

HBPE 2203

langkah yang boleh digunakan untuk menilai pengajaran kecergasan di sekolah dan seterusnya faedah yang boleh diperolehi oleh guru dan murid hasil daripada kajian ujian kecergasan ini.

2.0 Pendekatan ujian kecergasan Berdasarkan artikel ”A Lasting Impression: A Pedagogical Perspective on Youth Fitness Testing”, telah dinyatakan beberapa pendekatan yang digunakan oleh sekolah-sekolah di luar negara. Pendekatan pertama yang perlu dibuat ialah menggubal semula kurikulum sedia ada supaya ujian dan aktiviti kecergasan yang dibuat dapat diimplimentasikan sebagai salah satu mata pelajaran bersepadu di dalam pengajaran kecergasan di sekolah. Ini kerana menurut Stewart, Elliot, Boyce, & Block (2005), tanpa kurikulum yang padu, ujian yang dilakukan hanyalah sekadar ujian tanpa membawa makna kepada penguji dan murid-murid yang diuji. Pendekatan yang kedua ialah, hasil ujian yang diperolehi harus digunakan oleh guru dan penggubal kurikulum untuk menilai semula pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh murid tentang ujian kecergasan yang dibuat. Ini bagi memastikan murid-murid mendapat kemahiran dan pengetahuan dalam aktiviti kecergasan. Menurut Silverman dan Subramaniam (1999), mereka menyatakan bahawa penilaian ujian kecergasan yang dibuat harus mencakupi tentang kecergasan, aktiviti fizikal, pengaruh persekitaran di dalam kelas dan perubahan sikap murid-murid terhadap aktiviti fizikal yang dilaksanakan. Manakala pendekatan ketiga yang dibincangkan ialah mengenai tanggapan yang perlu ada pada setiap guru bahawa murid-murid yang menjalani ujian kecergasan sememangnya mempunyai potensi untuk mencapai standard asas ujian kecergasan mengikut tahap usia mereka. Ini adalah penting bagi murid-murid untuk mendapat kemahiran dan pengetahuan dalam aktiviti kecergasan dan pergerakan fizikal. Ia juga penting bagi membantu melengkapkan diri mereka untuk mencapai kecergasan dan pergerakan fizikal yang realistik dan seterusnya mempersiapkan diri mereka menuju ke alam dewasa yang lebih aktif, pantas dan mencabar.

4

HBPE 2203

2.1

Kritikan Jika difikirkan dengan teliti, ujian kecergasan yang dilakukan di negara kita iaitu Ujian SEGAK mempunyai pendekatan yang hampir sama dengan pendekatan yang dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji artikel ini. Pendekatan pertama yang dibincangkan ialah mengenai penggubalan semula kurikulum untuk ujian dan aktiviti kecergasan sebagai salah satu daripada mata pelajaran bersepadu di sekolah. Jika dilihat di Malaysia, perlaksanaan ujian dan aktiviti kecergasan dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani dan pendidikan Kesihatan telah pun dimasukkan sebagai salah satu matapelajaran di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Langkah kedua yang dibincangkan ialah tentang hasil ujian kecergasan yang diperolehi harus digunakan oleh guru dan penggubal kurikulum untuk menilai semula pengetahuan dan kemahiran yang murid perolehi. Langkah ini boleh digunakan oleh penggubal-penggubal kurikulum di Malaysia untuk menilai semula kurikulum sedia ada supaya ia dapat memenuhi standart pencapaian yang ditetapkan tanpa mengabaikan faktor-faktor seperti pengaruh persekitaran di dalam kelas dan perubahan sikap muridmurid terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan. Contohnya ialah dengan mengkaji pendekatan yang digunakan dan objektif yang hendak dicapai sama ada ia boleh direalisasikan oleh murid atau tidak. Langkah ketiga yang diperkatakan ialah tentang tanggapan yang perlu ada pada setiap guru bahawa murid-murid sememangnya mempunyai potensi untuk mencapai standard asas ujian kecergasan mengikut tahap usia mereka. Hal ini penting untuk difikirkan oleh guru-guru pendidikan Jasmani di Malaysia kerana, tanggapan yang positif perlu ada dalam diri setiap guru bahawa semua murid yang melakukan ujian kecergasan ini mampu melaksanakan ujian tersebut walaupun terdapat masalah-masalah kecil yang timbul. Contohnya ialah guru perlu mempercayai diri sendiri dan juga menyakinkan murid-murid bahawa setiap seorang daripada mereka mampu melakukan ujian kecergasan dengan baik.

5

HBPE 2203

2.2 Rumusan Kesimpulannya, pendekatan sedia ada yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini, perlulah diubah-suai seiring dengan keadaan murid dan tahap prestasi mereka. Pengubahsuaian ini akan membantu murid-murid melakukan ujian kecergasan dengan lebih cemerlang dan berjaya.

3.0 Panduan ujian kecergasan Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Stephen Silverman, Xiaofen Deng Keating dan Sharon R.Phillips, mereka menyatakan bahawa ujian kecergasan mempunyai potensi untuk memperkenalkan aktiviti fizikal kepada murid-murid kerana ia boleh membantu memperbaiki dan meningkatkan tahap kecergasan yang berkaitan dengan kesihatan. Ini hanya akan terjadi jika ujian kecergasan digunakan sebagai salah satu daripada bahan pengajaran di sekolah. Panduan pertama yang boleh digunakan ialah, ujian kecergasan perlu diimplimentasikan sebagai salah satu cabang di dalam proses pengajaran kecergasan dan dijadikan sebahagian daripada kurikulum. Tanpa kurikulum yang spesifik untuk menyokong ujian kecergasan ini, ia hanya akan dianggap sebagai ujian biasa sahaja tanpa membawa apa-apa makna yang penting kepada murid-murid. Panduan kedua ialah, guru-guru perlu mengubah tanggapan murid bahawa aktiviti fizikal dan pendidikan kecergasan berkaitan kesihatan adalah dua perkara yang sama. Adalah penting bagi guru-guru untuk mengajar murid bahawa terdapat perbezaan di antara kedua-dua subjek ini supaya mereka tidak terus membuat tanggapan yang salah. Selain itu, panduan ketiga yang boleh digunakan ialah guru perlu mengajar murid untuk membuat ujian dan aktiviti kecergasan sendiri supaya mereka tidak hanya berharap kepada guru sahaja untuk melakukan aktiviti kecergasan. NASPE (2004) menyatakan bahawa standart orang yang mempunyai pengetahuan tentang

6

HBPE 2203

aktiviti fizikal akan dapat membina perancangan kecergasan dan pergerakan fizikal mereka sendiri. Panduan keempat yang boleh digunakan ialah dengan memasukkan sekali aktiviti kecergasan fizikal dan kecergasan berkaitan kesihatan ke dalam pendidikan fizikal yang di dijalankan di sekolah. Ini kerana kedua-dua komponen ini adalah penting untuk dipelajari oleh murid-murid kerana komponen-komponen ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dan ia perlu dipelajari oleh mereka.

3.1 Kritikan Berdasarkan artikel ini, ketiga-tiga penulis mencadangkan agar ujian kecergasan perlu diimplimentasikan sebagai salah satu cabang di dalam proses pengajaran kecergasan dan dijadikan sebahagian daripada kurikulum supaya ujian itu menjadi lebih bermakna. Hal ini ada kebenarannya kerana hanya melalui pengintegrasian ujian kecergasan ini sahaja, ia boleh membuatkan murid-murid mengambil berat tentang ujian kecergasan yang dilakukan. Namun, ia tidak menjadi masalah di Malaysia kerana sistem ujian SEGAK yang digunakan sekarang telah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah rendah. Contohnya ialah dalam kurikulum pendidikan Jasmani telah terdapat komponen ujian SEGAK untuk murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Selain itu, mereka juga mencadangkan agar guru mengubah tanggapan murid bahawa aktiviti fizikal dan pendidikan kecergasan berkaitan kesihatan adalah perkara yang sama. Perkara ini juga terjadi di kalangan murid-murid di Malaysia. Mereka beranggapan bahawa tiada perbezaan di antara kedua-dua perkara ini. Tanggapan yang salah ini akan menyebabkan mereka mengabaikan salah satu aspek sama ada aspek kecergasan atau kesihatan tanpa mereka sedari. Ini mungkin terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan dan pengetahuan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid ini. Contohnya ialah dengan memberi penekanan kepada murid-murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran tentang tanggapan mereka yang salah dan membetulkan tanggapan mereka yang salah itu.

7

HBPE 2203

Seterusnya ialah cadangan penulis-penulis artikel ini supaya guru mengajar murid untuk membuat ujian dan aktiviti kecergasan sendiri supaya mereka tidak hanya berharap kepada guru sahaja untuk melakukan aktiviti kecergasan. Ini adalah suatu perkara penting yang perlu dibuat oleh guru-guru di Malaysia supaya murid-murid dapat merancang aktiviti mereka sendiri tanpa mengharapkan bantuan guru. Keupayaan murid-murid untuk merancang aktiviti kecergasan akan membantu mereka untuk meneruskan aktiviti kecergasan dan kekal sihat walaupun mereka sudah meningkat dewasa dan berkeluarga. Contohnya ialah apabila murid sudah tamat belajar di peringkat rendah, mereka boleh terus melakukan aktiviti kecergasan dengan mengingat kembali apa yang telah diajar oleh guru mereka. Panduan keempat yang dicadangkan ialah supaya dimasukkan sekali aktiviti kecergasan fizikal dan kecergasan berkaitan kesihatan ke dalam pendidikan fizikal di sekolah. Cadangan yang dikemukakan ini merupakan satu cadangan yang bagus. Ini kerana, kedua-dua komponen kecergasan ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk kefahaman dan membina pengetahuan murid-murid sekolah di Malaysia ini terhadap aktiviti kecergasan berkaitan kesihatan dan aktiviti fizikal di sekolah. Contohnya ialah sewaktu pengajaran pendidikan jasmani di padang sekolah, guru boleh memberikan penerangan dan maklumat terperinci tentang kebaikan aktiviti yang akan dilakukan terhadap diri murid-murid

3.2 Rumusan Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa panduan-panduan yang

dicadangkan ini merupakan sesuatu perkara yang baik untuk digunakan sama ada oleh murid, masyarakat, guru mahu pun pihak pentadbir. Perlaksanaan panduan ini akan dapat membantu guru untuk menyampaikan pelajarannya dengan lebih baik dan berkesan.

8

HBPE 2203

4.0 Langkah-langkah untuk menilai pengajaran kecergasan Menurut pengkaji-pengkaji artikel ini, mereka menyatakan bahawa langkah yang perlu dilakukan oleh guru dan pihak pentadbir ialah, mereka seharusnya memasukkan aktiviti kecergasan ini ke dalam kurikulum supaya ia boleh menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penilaian dan perancangan harus dibuat supaya ia boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran murid dan juga untuk mencapai sasaran. Langkah kedua yang perlu digunakan untuk menilai pengajaran kecergasan ialah, guru perlu memberitahu kepada murid-murid tujuan mereka menjalani ujian kecergasan atau lain-lain aktiviti kecergasan. Ini kerana, murid-murid perlu mengetahui (sama ada melalui penemuan kendiri atau pun melalui pengajaran yang dikendalikan oleh guru), dan memahami tujuan atau pun isi kandungan aktiviti kecergasan yang mereka lakukan. Menurut Rink (2003, 2006), beliau menyatakan bahawa murid-murid harus melihat penglibatan mereka dalam aktiviti itu sebagai sesuatu yang bermakna. Langkah ketiga yang perlu dilakukan ialah, ujian kecergasan yang dibuat oleh guru perlulah dijalankan secara formatif. Guru juga perlu merancang aktiviti pendidikan kecergasan untuk kegunaan pada masa hadapan dengan menggunakan keputusan ujian kecergasan yang telah dibuat oleh murid. Pada masa yang sama, guru juga perlu mendidik murid mengenai kepentingan kecergasan berkaitan kesihatan supaya ia boleh dipertingkatkan. Penilaian kecergasan yang dilakukan kepada murid-murid merupakan sebahagian daripada proses tersebut. Langkah seterusnya ialah, ujian kecergasan yang diuji secara formatif dan diintegrasikan ke dalam pelbagai unit atau matapelajaran di sekolah, dapat membantu murid-murid untuk memahami dengan lebih baik tentang pendidikan kecergasan. Ini bagi membolehkan murid-murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi dalam kehidupan seharian. Selain itu, langkah yang boleh dilaksanakan ialah dengan meluaskan skop pendidikan kecergasan ini melalui aktiviti di luar waktu persekolahan supaya ia dapat digabungkan dengan aktiviti pendidikan

9

HBPE 2203

kecergasan yang dilakukan. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan murid malah ia juga dapat memperbaiki tingkah laku dan kecergasan tubuh badan mereka. Menurut Stephen Silverman, Xiaofen Deng Keating dan Sharon R.Phillips, mereka juga mahu guru menilai dan membuat refleksi berdasarkan pengajaran kecergasan yang diajar dan juga berdasarkan data ujian kecergasan yang diperolehi. Antara perkara-perkara yang boleh dinilai ialah sama ada perancangan yang dibuat sesuai untuk meningkatkan kecergasan murid, teknik mengajar yang digunakan sesuai atau tidak dan juga suasana di dalam kelas yang diajar sama ada ia dapat membantu sewaktu proses pembelajaran itu atau pun tidak.

4.1 Kritikan Berdasarkan langkah pertama yang telah dicadangkan oleh penulis-penulis artikel ini, mereka menyatakan bahawa guru dan pihak pentadbir seharusnya meneliti dan memasukkan aktiviti kecergasan ini ke dalam kurikulum. Penilaian dan perancangan harus dibuat supaya ia boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran murid. Langkah yang dicadangkan ini telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Penilaian kecergasan juga telah dibuat dan dinamakan sebagai ujian SEGAK. Langkah seterusnya yang dicadangkan ialah supaya guru memberitahu kepada murid-murid tujuan mereka menjalani ujian kecergasan atau lain-lain aktiviti kecergasan. Jika dibandingkan dengan situasi di Malaysia, tidak semua guru memberitahu dan menerangkan kepada murid tentang ujian dan aktiviti kecergsan yang mereka lakukan. Perkara ini perlu diubah supaya murid-murid tahu tujuan mereka melakukan sesuatu aktiviti itu dan ia boleh membantu mereka untuk lebih memahami tentang aktiviti yang dilakukan. Contohnya apabila sesuatu ujian dan aktiviti hendak dilakukan, guru perlu mengadakan sesi penerangan tentang kebaikan dan fungsi aktiviti yang dijalankan terhadap mereka. Penulis-penulis juga mencadangkan supaya guru menggunakan keputusan ujian kecergasan untuk merancang aktiviti kecergasan pada masa hadapan. Sistem

10

HBPE 2203

yang digunakan di Malaysia, hanya memerlukan guru untuk menghantar laporan ujian kecergasan kepada pihak jabatan dan kementerian tanpa perlu dibuat tindakan susulan terhadap keputusan ujian tersebut. Ini membuatkan keputusan ujian itu tidak membawa sebarang kebaikan untuk murid-murid kerana tiada tindakan susulan daripada guru untuk mengatasi masalah yang berlaku. Contohnya ialah apabila sesuatu ujian kecergasan dilakukan, data yang diperolehi perlulah digunakan oleh guru untuk mengenalpasti kelemahan murid supaya tindakan susulan dapat diambil. Cadangan langkah yang seterusnya ialah dengan mengintegrasikan pendidikan kecergasan ke dalam pelbagai matapelajaran di sekolah supaya ia dapat membantu murid-murid untuk memahami dengan lebih baik tentang pendidikan kecergasan. Langkah ini telah pun dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang dipanggil sebagai kesepaduan atau pun gabung jalin antara satu matapelajaran dengan matapelajaran yang lain. Contohnya ialah dengan menggabungjalin matapelajaran pendidikan Jasmani dengan matapelajaran pendidikan moral supaya unsur-unsur kecergasan fizikal dapat diterapkan di dalam matapelajaran moral yang diajar. Akhir sekali, penulis-penulis mencadangkan supaya guru menilai dan membuat refleksi berdasarkan pengajaran kecergasan yang diajar berdasarkan data ujian kecergasan yang diperolehi. Cadangan ini sangat sesuai dan boleh dilaksanakan oleh guru-guru sekolah di Malaysia. Ini supaya, mereka boleh membuat penambahbaikan terhadap pengajaran mereka dengan mengambil kira pelbagai aspek. Ia juga akan membuatkan pelajaran itu lebih bermakna dan dapat memberi maklumat yang berguna kepada murid. Contohnya ialah apabila sesuatu aktiviti kecegasan selesai dilakukan, guru perlu membuat refleksi tentang kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dijalankan supaya ia dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang.

4.2 Rumusan Kesimpulannya, kesemua langkah yang telah dicadangkan oleh penulis-penulis artikel ini adalah munasabah dan boleh digunakan oleh guru, pentadbir dan penggubal kurikulum untuk memperbaiki dan memperhalusi sistem pendidikan

11

HBPE 2203

kecergasan sedia ada yang digunakan di Malaysia supaya ia bertambah bagus dan dapat memberi faedah kepada semua pihak.

5.0 Faedah maklumat yang diperolehi Antara faedah yang boleh diperolehi hasil daripada pembacaan artikel ini ialah, ia dapat membantu guru-guru pendidikan jasmani untuk merancang dan melaksanakan aktiviti dan ujian kecergasan dengan cara yang betul dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti kebolehan murid, suasana kelas, sikap murid terhadap pembelajaran dan faedah yang diperolehi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran murid-murid ini lebih bermakna. Panduan yang dicadangkan di dalam artikel ini mampu memberikan maklumat dan faedah yang berguna kepada guru untuk menjalankan aktiviti pendidikan kecergasan di sekolah dengan lebih baik. Jika sebelum ini, panduan yang digunakan agak tidak releven untuk dijadikan sebagai panduan, namun dengan cadangan baru yang diberikan ia mampu untuk mengubah cara guru dalam mengadakan aktiviti kecergasan terhadap murid. Manakala pendekatan yang dicadangkan oleh penulispenulis artikel ini dapat memberikan guru pengetahuan dari segi cara dan kaedah yang digunakan untuk mengajar aktiviti kecergasan. Jika selama ini pendekatan yang digunakan mungkin tidak sesuai keupayaan murid-murid, melalui pembacaan artikel ini guru-guru mampu untuk menganalis dan seterusnya mencipta pendekatan yang lebih sesuai supaya pembelajaran murid lebih bermakna. Langkah-langkah yang dinyatakan dalam artikel ini juga boleh memberikan faedah yang berguna bagi membantu guru dalam mengajar aktiviti kecergasan di sekolah. Langkah-langkah yang dicadangakan merupakan sesuatu yang perlu difikirkan dengan serius dan seharusnya digunakan untuk menjadikan pengajaran aktiviti kecergasan lebih bermanfaat kepada murid. Jika sebelum ini guru kurang memberikan tumpuan kepada persepsi murid terhadap ujian dan aktiviti kecergasan yang dilakukan, sekarang ia akan berubah sama sekali. Ini adalah faedah yang diperolehi hasil daripada pembacaan guru pendidikan Jasmani terhadap artikel ini. kecergasan supaya

12

HBPE 2203

Selain itu, guru-guru juga perlu mengubah sikap mereka terhadap ujian kecergasan ini. Tanggapan yang positif terhadap keupayaan dan kemampuan murid dalam melakukan aktiviti kecergasan juga mampu membuatkan aktiviti kecergasan lebih seronok untuk dipelajari. Selain itu, guru juga perlu menambah kemahiran diri mereka supaya boleh memberikan panduan kepada murid dengan lebih baik. Penguasaan guru-guru terhadap kemahiran yang banyak juga boleh membantu mereka dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada murid-murid jika mereka ingin meminta nasihat dan tunjuk ajar guru dalam melakukan sesuatu aktiviti kecergasan di luar waktu persekolahan. Bukan itu sahaja, jika aktiviti kecergasan ini dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya ia mampu menghasilkan murid-murid yamg bertanggungjawab terhadap amalan kecergasan dan kesihatan mereka pada masa akan datang. Ia juga akan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, adalah penting bagi guru dan pentadbir sekolah untuk merancang pendekatan dan langkah pengajaran yang sesuai untuk digunakan terhadap murid-murid sekolah supaya ia boleh mendatangkan banyak faedah kepada semua pihak.

5.1 Rumusan Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi oleh guru-guru pendidikan Jasmani hasil daripada bacaan artikel ini. Jika maklumat yang diperolehi dapat diaplikasikan sewaktu sesi pengajaran, ia akan memberi banyak pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja kepada murid-murid yang diajar, malah ia juga akan memberi manfaat kepada guru-guru pendidikan Jasmani juga.

13

HBPE 2203

6.0 Rumusan keseluruhan Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa artikel yang ditulis oleh Stephen Silverman, Xiaofen Deng Keating dan Sharon R.Phillips yang bertajuk ”A Lasting Impression: A Pedagogical Perspective on Youth Fitness Testing”, mempunyai maklumat yang berguna bukan sahaja kepada guru-guru malah juga kepada pihak pentadbir sekolah dan penggubal kurikulum. Panduan dan pendekatan yang dicadangkan adalah sangat berguna untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini. Ini kerana panduan dan pendekatan yang digunakan sekarang sudah tidak releven dengan situasi pada masa kini. Begitu juga dengan langkah pengajaran guru yang perlu diubah supaya sesuai dengan tahap dan keupayaan murid dan seterusnya objektif ujian dan aktiviti kecergasan dapat dicapai oleh murid dengan cemerlang. Cadangan yang diberikan oleh penulis-penulis artikel ini juga banyak memberi faedah kepada guru-guru pendidikan Jasmani kerana ia dapat membantu guru untuk menjalankan uijian dan aktiviti kecergasan dengan lebih efektif dan berkesan.

14

HBPE 2203

Bibliografi

Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil. (2006). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. (Mei 2007). Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK): Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Stephen Silverman, Xiaofen Deng Keating, Sharon R.Phillips. (2008). A Lasting Impression: A pedagogical perspective on youth fitness testing 12: 146-166 http://www.scribd.com/doc/5266658/Standard-Kecergasan-Fizikal-Kebangsaan1 http://www.scribd.com/doc/5460485/Ujian-Kecergasan-Fizikal

15