You are on page 1of 44

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

NEGERI SEMBILAN

HBHE 2203

BUKU PANDUAN ALAM REMAJA

KHAS UNTUK MURID-MURID TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH

2

HBHE 2203

ISI KANDUNGAN Pengenalan Remaja Akil Baligh 3 5

Bab 1 1.1 Perubahan Fizikal Selepas Akil Baligh Bab 2 2.1 Perubahan Emosi Selepas Akil Baligh Bab 3 3.1 Perubahan Mental Selepas Akil Baligh Bab 4 4.1 Perubahan Sosial Selepas Akil Baligh Bab 5 5.1 Penjagaan Kesihatan Diri Bab 6 6.1 Amalan Gaya Hidup Sihat Bab 7 7.1 Soal selidik 31 27 19 17 15 11 6

Rujukan Lampiran

33 34

3

HBHE 2203

PENGENALAN

Remaja pada umumnya merujuk kepada individu yang berumur 12 tahun hingga 21 tahun. Perkataan “remaja” merujuk kepada perkataan Latin yang bermaksud menuju ke arah kematangan. Golongan remaja sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Remaja juga merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi, peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Apabila seseorang itu mengalami zaman remaja, dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik seperti perubahan fizikal, sosial, emosi dan mental.

Remaja
- Remaja didefinisikan sebagai masa peralihan daripada masa kanak-kanak ke masa dewasa. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Proses baligh akan berlaku dimana kematangan jasmani dan jantina akan wujud pada semua remaja lelaki dan perempuan.

4

HBHE 2203

-

Remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan, mental dan sosial dan emosi. Peringkat remaja terbahagi kepada 3 iaitu keremajaan awal, keremajaan pertengahan dan keremajaan akhir.

Peringkat keremajaan Keremajaan Awal

Perempuan

Lelaki

8 tahun hingga 12 tahun 13 tahun hingga 16 tahun 16 tahun hingga 24 tahun

10 tahun hingga 14 tahun 14 tahun hingga 17 tahun 17 tahun hingga 24 tahun

Keremajaan Pertengahan

Keremajaan Akhir

Rajah 1: Peringkat-Peringkat Remaja.

Akil Baligh
5

HBHE 2203

-

Akil baligh ialah fasa peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada zaman remaja. Usia untuk mencapai akil baligh dipengaruhi oleh pemakanan yang seimbang dan taraf kesihatan yang baik Peringkat akil baligh berbeza bagi setiap individu. Perubahan biologi dan psikologi akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai akil baligh.

Akil Baligh Bagi Lelaki - Akil baligh berlaku pada usia 12 tahun hingga 13 tahun apabila hormon testeron mula menghasilkan sel sperma. - Kanak-kanak lelaki akan mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga air mani mereka keluar. - Perubahan fizikal akan berlaku secara beransur-ansur dan sistem reproduktif juga mula berfungsi.

Akil Baligh Bagi Perempuan Akil baligh bermula pada usia 10 tahun hingga 11 tahun. Akil baligh membawa maksud bahawa seseorang remaja itu mempunyai kemampuan dari segi fizikal untuk melahirkan zuriat. Kanak-kanak perempuan akan mengalami mencapai akil baligh apabila mereka mendapat haid hasil tindak balas hormon progesteron. Perubahan fizikal akan berlaku secara beransur-ansur dan sistem reproduktif juga mula berfungsi. Bentuk badan akan mula berubah dan mereka akan berasa malu apabila berhadapan dengan lelaki. (info dan maklumat lanjut terdapat pada lampiran dan di laman web www.infosihat.gov.my

BAB 1
6

HBHE 2203

Perubahan Fizikal Selepas Akil Baligh

• • • •

Pada awal alam keremajaan, remaja cuba menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran mereka ke atas proses perubahan jantina diri semakin bertambah dan ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada waktu inilah, remaja akan menjadi terlalu prihatin dengan perubahan yang berlaku pada tubuhnya. Remaja berkembang dengan bentuk tubuh yang mengalami pertumbuhan, terutamanya dari segi : • • • • • • Otot badan Bentuk badan Suara Ketinggian Bulu roma Ciri-ciri sekunder seks

7

HBHE 2203

Umur 10 tahun hingga 13 tahun

Umur 14 tahun hingga 17 tahun

      

Badan bertambah gagah Otot-otot membesar Bahu melebar Dada menjadi bidang Suara menjadi garau Skrotum membesar Saiz zakar membesar

 

Tubuh bertambah tinggi Bulu ari-ari tumbuh dan Saiz zakar semakin Jerawat mula tumbuh Mengalami mimpi

bertambah lebat  membesar   ghairah

Umur 18 tahun hingga 19 tahun Ketinggian bertambah Bulu tumbuh di ketiak dan Misai dan janggut mula Saiz zakar semakin

 

mungkin di bahagian dada  tumbuh  membesar

8

HBHE 2203

Mimpi Basah / Ihtilam
o Mimpi basah berlaku kepada remaja lelaki apabila mereka sudah mencapai umur akil baligh. o Mimpi basah berlaku apabila sejenis cecair yang dikenali sebagai air mani keluar daripada kemaluan atau zakar kaum lelaki setelah berlakunya proses eraksi. o Mimpi basah akan terjadi sekali sahaja dan ia adalah perkara normal. o Remaja lelaki yang mengalami mimpi basah ini akan bermimpi melakukan hubungan seksual dengan seseorang dalam mimpinya. o Selepas mengalami mimpi ini, anda perlulah membersihkan diri, pakaian dan tempat tidur yang telah kotor.

9

HBHE 2203

Peringkat umur 11 tahun hingga 13 tahun
 Bulatan areolar payudara semakin membesar  Organ reproduktif bertambah matang dan menjadi nyata

Peringkat umur 13 tahun hingga 15 tahun
 Bulu ari-ari menjadi lebat  Bulu mula tumbuh di bawah ketiak  Kedatangan haid

Peringkat umur 16 tahun hingga 18 tahun
 Gadis akan mencapai ketinggian maksima  Pada usia ini kesemua perubahan diri seksual 10

HBHE 2203

sekunder menghampiri saiz wanita dewasa

Haid
• • • • • • • • Haid adalah salah satu tanda kedewasaan fizikal bagi remaja. Ia merupakan tanda seseorang remaja perempuan telah dapat melakukan fungsi reproduksi. Ia merupakan darah yang keluar daripada faraj selama 3 hingga 6 hari pada setiap bulan. Remaja perempuan akan mula didatangi haid seawal usia 10 tahun atau paling lewat 16 tahun. Faktor-faktor yang mempengaruhi haid ialah faktor kaum, genetik, suhu persekitaran dan juga pemakanan. Apabila mereka mengalami haid, tubuh mereka juga akan mula berubah sedikit demi sedikit. Proses kitaran haid bagi wanita normal ialah 28 hari dan ia adalah berbeza dengan wanita lain. Kiraan kitaran haid boleh dilakukan sendiri. Ia dikira pada hari pertama datang haid hingga hari terakhir sebelum datang haid pada bulan berikutnya. Jumlah hari itu akan mewakili kitaran haid anda. • Semua wanita akan mengalami haid sehinggalah mereka menopaus.

Apa yang perlu dilakukan bila anda didatangi haid?
1. Menggunakan tuala wanita yang bersih. 2. Sentiasa menukar tuala wanita untuk mengelakkan kegatalan pada kemaluan akibat daripada jangkitan bakteria. 3. Membersihkan kemaluan dengan air yang bersih. 4. Membersihkan kotoran yang terdapat pada tuala wanita sebelum ia dibuangkan ke dalam tong sampah 5. Cuci tangan dengan menggunakan sabun. 11

HBHE 2203

BAB 2
Perubahan Emosi Selepas Akil Baligh
Emosi remaja sentiasa berubah-ubah dan tidak stabil. Kajian di Chicago oleh Mihalyi dan Reed Larson (1984) mendapati bahawa remaja rata-rata memerlukan hanya 45 minit untuk berubah dari ‘mood’ gembira ke ‘mood’ sedih. Perubahan emosi ini ada kaitan dengan perubahan hormon. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak dan remaja. Emosi dapat mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya. Apabila kanakkanak berubah menjadi remaja, mereka semakin matang dalam meluahkan emosi. Ia dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Emosi atau perasaan memainkan peranan yang penting terhadap perlakuan dan tingkah laku seseorang itu. Tambahan pula, pemikiran remaja belum cukup matang untuk berfikir secara rasional. Jika diperhatikan, kebanyakan remaja mengalami krisis identiti seperti : (i) (ii) (iii) Mencari siapa diri mereka. Apa yang mereka kehendaki dalam hidup. Nilai yang menjadi pegangan. 12

HBHE 2203

Perasaan / emosi yang akan dialami oleh remaja

Perasaan dalam Perasaan Bimbang dalam Penampilan Diri Percintaan Perasaan Teruja untuk Mencuba Sesuatu yang Baru

Keliru dalam Mencari Identiti Diri

Emosi / perasaan yang dialami oleh remaja

Perasaan Rendah diri

Perasaan Perasaan Cepat Marah Sewaktu Kesunyian

1) Perasaan teruja untuk mencuba sesuatu yang baru Remaja sering teruja untuk melakukan sesuatu perkara baru walaupun mengetahui bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah salah. Antara faktor penyebab kepada perlakuan ini ialah cabaran daripada rakan-rakan atau pun keinginan yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Keinginan ini harus 13

HBHE 2203

dikawal supaya ia tidak membahayakan diri sendiri mahu pun orang sekeliling.

2) Perasaan rendah diri

Perasaan ini sering berlaku kepada remaja yang merasakan bahawa diri mereka tidak sempurna dari segi paras rupa, kepandaian dalam pelajaran, kecacatan anggota badan dan kekayaan harta benda. Akibat daripada perasaan ini, remaja akan mudah menjadi pendiam, pemalu, tidak suka bergaul, mudah tersinggung. Tindakan mereka ini akan mewujudkan jurang antara remaja itu dengan remaja yang lain.

3) Perasaan keliru dalam mencari identiti diri.

Perasaan ini sering berlaku apabila remaja mula merasakan bahawa mereka perlu mengubah penampilan dan perwatakan mereka. Pelbagai persoalan akan timbul yang berkaitan dengan identiti mereka. Apabila perkara ini terjadi, remaja akan mudah terpengaruh dengan perwatakan dan imej orang yang mereka sanjungi. Pada waktu inilah, remaja harus berhati-hati dalam membuat keputusan kerana keputusan yang salah akan mengundang padah.

14

HBHE 2203

4) Perasaan cepat marah

Perasaan cepat marah selalunya tercetus apabila remaja dicabar oleh remaja yang lain. Ia juga boleh terjadi apabila kehendak dan permintaan mereka tidak dipenuhi. Remaja yang marah akan bertindak kasar kepada rakan, ibu bapa dan orang yang berada di sekelilingnya. Adalah penting untuk remaja mengawal perasaan mereka supaya ia tidak menjadi bertambah serius.

7) Perasaan dalam percintaan

Perasaan ini seringkali melanda remaja yang sedang meningkat dewasa. Perasaan ingin sayangi dan menyayangi adalah perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Ia dinamakan percintaan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan. Pada waktu ini, remaja harus berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam percintaan yang boleh membawa kepada kemusnahan diri sendiri.

15

HBHE 2203

BAB 3
Perubahan Mental Selepas Akil Baligh
 Selain perubahan emosi, terdapat juga perubahan-perubahan lain yang

berlaku kepada remaja selepas akil baligh. Antara perubahan tersebut ialah perubahan mental.  Remaja mengalami perubahan mental yang ketara ketika mereka

mencapai akil baligh. Walaupun perubahan itu tidak dapat dilihat dengan jelas, ia adalah berbeza bagi setiap remaja.  Remaja harus mempunyai kematangan mental yang baik kerana ia akan

mempengaruhi tindakan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Kematangan mental yang perlu ada adalah dari segi cara mereka menilai diri sendiri dan orang lain, merancang masa depan dan menganalisi masalah dan seterusnya menyelesaikannya.  Pada umur 13 tahun hingga 15 tahun, remaja tidak mempunyai kekuatan

mental dalam menyelesaikan masalah. Keputusannya yang mereka lakukan sering berubah apabila keputusan itu dipersoalkan.  Apabila mereka mencapai umur 16 tahun dan ke atas, mereka lebih

bersistematik dalam menghadapi masalah. Ini kerana mereka akan cuba mencari sebab dan punca kepada permasalahan tersebut melalui pemerhatian dan mampu berfikir secara rasional berdasarkan fakta logik dan realistik.

16

HBHE 2203

Ciri-Ciri Mental yang Sihat

 Berfikiran rasional
 Sentiasa bersikap positif  Berdikari  Berkasih sayang  Tabah dan sabar

Ciri-Ciri Mental yang Kurang Sihat

* Tidak dapat mengawal perasaan diri seperti marah, dendam, cemburu dan takut. * Tidak dapat menerima kelemahan diri sendiri dengan menganggap dirinya sahaja yang betul.

Langkah Penjagaan Kesihatan Mental

1. Tidur dan rehat yang mencukupi 2. Sentiasa melakukan senaman

17

HBHE 2203

3. Gizi yang seimbang 4. Interaksi sosial secara sihat 5. Memperkembangkan kesedaran tentang kerohanian 6. Sentiasa bersikap positif

BAB 4
Perubahan Sosial Selepas Akil Baligh
Perubahan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Ia juga merupakan proses bagi remaja untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan masyarakat khasnya dalam pergaulan antara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya. Proses sosialisasi remaja berkembang melalui hubungan kekeluargaan, hubungan dengan rakan sebaya dan hubungan dengan masyarakat.

Perkembangan Proses Sosialisasi Remaja

Hubungan Kekeluargaan

Hubungan dengan Rakan Sebaya

Hubungan dengan Masyarakat

1) Hubungan Kekeluargaan

18

HBHE 2203

Hubungan kekeluargaan yang erat dan mesra amat penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial remaja. Remaja yang dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai jalinan kekeluargaan yang tinggi dapat menjalinkan hubungan sosial yang baik dan positif dengan orang-orang disekelilingnya. Keluarga yang sentiasa mengambil berat dan membimbing anak-anak remaja mereka ke arah yang lebih baik, mampu menjadikan anak mereka manusia yang bertimbang rasa, bertanggungjawab, prihatin dan berguna kepada masyarakat.

2) Hubungan dengan Rakan Sebaya

Rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat dalam kehidupan remaja. Ini kerana, kebanyakan masa dihabiskan bersama rakanrakan di sekolah berbanding dengan ibu bapa di rumah. Terdapat pengaruh buruk dan pengaruh baik yang boleh difikirkan oleh remaja dalam menentukan hubungan mereka dengan rakan sebaya yang lain.

3) Hubungan dengan Masyarakat

19

HBHE 2203

Hubungan remaja dengan masyarakat merupakan satu hubungan yang berpanjangan. Perhubungan yang baik dengan masyarakat mampu membuatkan kita lebih dihormati dan disegani. Perhubungan ini dapat dibina melalui kerjasama dan gotong-royong, ziarah-menziarahi sewaktu perayaan, menghadiri majlis yang dianjurkan di rumah ibadat dan sebagainya.

BAB 5
Penjagaan Kesihatan Diri
 Penjagaan kesihatan diri merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh setiap remaja. Kebersihan diri merupakan tanggungajawab individu. Jadi, adalah penting untuk setiap remaja memastikan diri mereka sentiasa bersih.  Jika kebersihan diri tidak dijaga, ia boleh mengundang tanggapan buruk masyarakat kepada diri remaja itu sendiri.  Penjagaan kesihatan diri juga dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit dengan mudah.  Selain itu, penjagaan diri yang sempurna juga mampu meningkatkan keyakinan diri dalam pergaulan seharian dengan masyarakat sekeliling  Antara penjagaan kebersihan yang perlu dilakukan setiap hari ialah : 1) Pengurusan kebersihan diri 20

HBHE 2203

2) 3) 4) 5) 6)

Pengurusan kebersihan pakaian Pengurusan tahap kesihatan Pengurusan berat badan Pengurusan pemakanan yang sihat dan seimbang Pengurusan tekanan/ stress

1)

Pengurusan kebersihan diri

Tubuh Badan

  

Mandi menggunakan air yang bersih. Menggunakan sabun antiseptik. Gosok badan dengan menggunakan span mandian supaya kotoran Lap badan dengan menggunakan tuala yang bersih dan kering.

dapat dibersihkan. 

Rambut 21

HBHE 2203

 Cuci rambut dengan menggunakan syampu.  Cuci rambut dua atau tiga hari sekali.  Selepas rambut dicuci, lap sehingga kering dengan tuala bersih.  Gunakan perapi rambut sekiranya perlu.  Sikat rambut dengan kemas.

Muka

 Cuci muka dengan air yang bersih  Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.  Pastikan muka dicuci selepas bangun tidur dan sebelum tidur.  Jangan gunakan produk yang berlainan setiap hari  Lap muka anda menggunakan tisu lembab untuk mengelakkan kulit muka mengelupas.

Mulut / Gigi

22

HBHE 2203

 Gosok gigi dengan menggunakan ubat gigi berflorida setiap 3 kali sehari.  Selepas anda menggosok gigi, anda perlu berkumur-kumur dengan menggunakan bahan kumur yang sesuai seperti ”listerine”.  Pastikan mulut dan gigi sentiasa bersih  Gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat dicelah-celah gigi.  Buat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Tangan

 Bersihkan tangan dengan sabun antiseptik sebelum dan selepas anda makan.  Pastikan tangan dicuci menggunakan sabun sehingga bersih setiap kali anda keluar dari tandas.  Cuci tangan pada kedua-dua belah tapak tangan.

Kuku

23

HBHE 2203

 Pastikan kuku sentiasa berada dalam keadaan bersih.  Potong kuku sekali seminggu.  Gunakan pengetip kuku yang tajam supaya kuku anda kelihatan cantik dan kemas.

2) Pengurusan kebersihan pakaian Kebersihan pakaian merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap remaja. Pakaian yang bersih dan kemas melambangkan identiti diri kita. Apabila umur kita semakin meningkat, kita akan semakin aktif dalam melakukan pekerjaan seharian. Pergerakan yang aktif akan menghasilkan banyak peluh dan bau badan yang kurang menyenangkan. Jadi, adalah perlu bagi kita untuk sentiasa menukar pakaian setiap hari dan memastikan pakaian yang kita pakai sentiasa kering dan bersih daripada kotoran. Ini bagi mengelakkan diri kita dijangkiti penyakit kulit seperti panau, kurap dan kudis. Selain itu, adalah dinasihatkan supaya anda tidak berkongsi tuala atau pakaian dengan orang lain bagi mengelakkan jangkitan kulit merebak kepada anda.

24

HBHE 2203

3) Pengurusan Tahap Kesihatan

Amalan pengurusan kesihatan diri dapat membantu menjamin tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Terdapat beberapa jenis pemeriksaan fizikal yang perlu dibuat dari peringkat bayi dan kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Bagi mereka yang masih bersekolah rendah, pemeriksaan gigi, mata dan kesihatan akan dilakukan di sekolah pada setiap tahun.

# Jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dilakukan ialah : a) Tekanan darah b) Glukos Darah c) Kolesterol d) Pengesanan barah pangkal rahim e) Penglihatan f) Pendengaran g) Berat badan

4) Pengurusan berat badan

25

HBHE 2203

Pengurusan berat badan merupakan satu bentuk pengurusan yang penting dalam kehidupan manusia.

Keperluan sehari bagi diet setiap individu ialah: • • • 50% kaobihidrat 25% lemak 25% protin

Makanan yang perlu dielakkan daripada diet harian anda ialah:  Karbohidrat berlebihan (nasi, beras putih dan roti putih)  Gula/ sukros  Makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak tinggi (makanan beku)  Makanan bergoreng

    

Bahan yang perlu ditambah dalam diet harian anda ialah: Sayur dan buah-buahan segar Daging merah dan ikan Roti “wholegrain”, nasi perang, dan serat Makanan yang mengandungi minyak kelapa, zaitun dan Air mineral 5) Pengurusan pemakanan yang sihat dan seimbang Amalan pemakanan yang baik menentukan tahap kesihatan kita. 26

kekacang 

HBHE 2203

Jika kita mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat, kita tidak akan terdedah kepada penyakit. Antara asas amalan pemakanan yang sihat ialah berdasarkan kepada piramid makanan. Kita juga perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang berkualiti untuk memastikan tubuh badan kita mendapat bekalan semua jenis zat makanan. info dan maklumat lanjut terdapat pada lampiran dan di laman web http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/PIRAMIDMAKANANMALAYSIA .php

6) Pengurusan tekanan Stress ialah apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu keadaan diri seseorang. Ia menyebabkan individu tersebut memerlukan cara yang khusus untuk menghadapinya. Stress berpunca daripada beberapa faktor iaitu: I. Diri sendiri II. Individu lain III. Pekerjaan IV. Persekitaran ** Antara tanda-tanda bahawa seseorang itu stress ialah:

Hilang selera makan

Gagap/ gugup Gertap gigi

Menangis tanpa sebab

Nada suara gementar

Ketawa Kuat 27

Bercakap seorang diri

HBHE 2203

** Cara untuk mengelakkan diri dari mengalami stress ialah :

Sedar reaksi sendiri

Makan makanan seimbang

Kerap beriadah

Bercakap dengan orang yang boleh dipercayai

Terima kekurangan diri

Elakkan persaingan tidak perlu Tingkatkan tingkahlaku asertif

Tetapkan matlamat realistik

BAB 6
Amalan Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat adalah satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah apabila seseorang itu hidup penuh dengan keceriaan tanpa dibelenggu masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh masa tertentu. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan stress ialah :

28

HBHE 2203

o Bersenam dan beriadah o Mengamalkan pemakanan yang seimbang o Mengutamakan kebersihan diri o Menjaga kebersihan persekitaran o Bersikap lebih terbuka secara psikologi dan sosial o Mengamalkan sikap dan mentaliti yang positif Info dan maklumat lanjut terdapat pada lampiran dan di laman web http://www.kekalsihat.com/artikel/gaya-hidup/10-amalan-ke-arah-hidup-sihatkurang-stress.html Bersenam dan beriadah Aktiviti bersenam secara berkala

mampu menjadikan seseorang itu lebih sihat. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah Aktiviti bersukan, dan yang beriadah dilakukan bersama lagi. boleh keluarga macam-macam

membuatkan peredaran darah menjadi lancar dan menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi.

Mengamalkan pemakanan yang seimbang

29

HBHE 2203

Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan sebaik-baik amalan untuk menjaga kesihatan diri. Pemakanan yang seimbang mengandungi makanan berkhasiat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembinaan tubuh badan. Makanan yang berkhasiat mengandungi beberapa jenis vitamin dan zat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral, serat dan bijirin. Pakar pemakanan telah membahagikan makanan kepada 4 kumpulan seperti gambar di sebelah. Anda perlu mengambil empat hidangan makanan daripada kumpulan dua dan empat pada setiap hari. Manakala dua hidangan makanan perlulah diambil daripada kumpulan satu dan tiga.

. Mengutamakan kebersihan diri Remaja perlu sentiasa mengutamakan kebersihan diri. Ini kerana, kebersihan diri yang baik melambangkan peribadi seseorang itu. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan sebagai amalan hidup. Secara tidak langsung, dengan menjaga kebersihan diri juga dapat menghindarkan diri kita daripada sebarang penyakit.

Menjaga kebersihan persekitaran

30

HBHE 2203

Selain daripada menjaga kebersihan diri, kita juga perlu menjaga kebersihan persekitaran. Penjagaan kebersihan persekitaran juga perlu dijadikan sebagai amalan dan gaya hidup kita. Terdapat pelbagai cara untuk memastikan kawasan sekeliling kita sentiasa bersih. Antaranya ialah amalan gotong-royong bersama keluarga dan masyarakat. Amalan gotong-royong dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lalat, lipas dan sebagainya.

Bersikap lebih terbuka secara psikologi dan sosial Untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita perlu melibatkan aspek psikologi dan sosial. Menurut kajian, mereka yang berfikiran terbuka dan selalu berkongsi masalah dengan orang lain merupakan mereka yang hidupnya lebih bermakna jika dibandingkan dengan individu yang suka bersendirian dan memendam perasaan. Sikap individu yang suka berkawan, menjadikan keperluan psikologi mereka dapat dipenuhi. Oleh itu, adalah penting bagi manusia agar aspek psikologi dan sosial mereka dapat dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat.

Mengamalkan sikap dan mentaliti yang positif 31

HBHE 2203

Sikap dan mentaliti yang positif adalah penting untuk dimiliki oleh setiap individu bagi menangani tekanan kehidupan. Sikap dan mentaliti yang positif dapat menjadikan seseorang itu mampu untuk menyelesaikan masalah yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa rasa tertekan. Jika anda rasa anda mengalami tekanan dalam kehidupan, anda dinasihatkan supaya berbincang dengan ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian. Tekanan yang berterusan boleh membuatkan seseorang itu melakukan perkara negatif. Jadi, adalah penting supaya kita sentiasa bersikap positif dalam menangani masalah yang melanda dalam kehidupan kita. .

BAB 7
32

HBHE 2203

Soal Selidik
Cuba anda jawab soalan soal selidik ini. 1. Dari mana kamu tahu tentang akil baligh? Kawan-kawan Ibu bapa 2. Apakah yang dialami oleh remaja perempuan ketika akil baligh? Haid Mimpi basah 3. Perubahan fizikal remaja lelaki pada umur 14 tahun hingga 17 tahun ialah : Jerawat mula tumbuh Mengalami mimpi ghairah 4. Haid ialah : Darah yang keluar dari faraj. Tanda bahawa seseorang itu telah akil baligh 5. Remaja yang mempunyai mental yang sihat ialah remaja yang selalu : Berfikiran positif Termenung 6. Cara untuk menangani stress ialah: Terima kekurangan diri Bergaduh dengan orang lain

33

HBHE 2203

7. Adakah anda makan makanan yang seimbang setiap hari? Ya Tidak 8. Adakah anda melakukan amalan ini setiap hari? i. Mandi setiap hari ii. Gosok gigi 3 kali sehari Ya Tidak 9. Apakah amalan gaya hidup sihat anda? Bersenam dan beriadah Mengutamakan kebersihan diri 10. Saya seorang remaja yang sihat kerana: Saya tidak merokok Saya sentiasa bersenam

3052 patah perkataan 34

HBHE 2203

RUJUKAN Borhannudin Abdullah, Abdul Razak Sulaiman, Mohd Fauzi Abd Rahman. (2007). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil. (2006). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil. (2007). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Aishah Rosli. (2005). Siri Pengetahuan Kendiri Manusia: Senaman dan Kebersihan Diri. Ipoh Perak: Produksi Nur-Johan Sdn Bhd. Noor Aishah Rosli. (2005). Siri Pengetahuan Kendiri Manusia: Hubungan Kelamin. Ipoh Perak: Produksi Nur-Johan Sdn Bhd. Noor Aishah Rosli. (2005). Siri Pengetahuan Kendiri Manusia:Akil Baligh. Ipoh Perak: Produksi Nur-Johan Sdn Bhd. Noor Aishah Rosli. (2005). Siri Pengetahuan Kendiri Manusia: Organ Seks Lelaki dan Prempuan. Ipoh Perak: Produksi Nur-Johan Sdn Bhd. Noor Aishah Rosli. (2005). Siri Pengetahuan Kendiri Manusia: Nutrisi Seharian. Ipoh Perak: Produksi Nur-Johan Sdn Bhd. Noor Aishah Rosli. (2005). Siri Pengetahuan Kendiri Manusia: Peringkat Tumbesaran Manusia. Ipoh Perak: Produksi Nur-Johan Sdn Bhd. www.infosihat.gov.my www.kekalsihat.com

35

HBHE 2203

Lampiran
1) http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/AKILBALIGH.php

Akil Baligh Untuk Lelaki dan Perempuan Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual. Definisi Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon. Untuk lelaki :
• •

Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis) Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Untuk perempuan :
• • •

Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Bilakah saya akan mencapai akil baligh? Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :
• • •

Nutrisi yang lebih baik Stres Bahan kimia di dalam makanan

36

HBHE 2203

Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya? Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram. Apakah peringkat akil baligh saya? Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali sebagai Peringkat Tanner. Tahap Tanner :
• • • •

Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum) Lelaki - Bulu kemaluan Perempuan - Payudara Perempuan - Bulu kemaluan

Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

37

HBHE 2203

Lelaki - Bulu kemaluan

Perempuan - Payudara

38

HBHE 2203

Perempuan - Bulu kemaluan

Adakah saya mempunyai masalah tentang akil baligh? Akil baligh yang tidak normal Dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.

39

HBHE 2203

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/PIRAMIDMAKANANMALAYSI A.php PIRAMID MAKANAN MALAYSIA Apakah dia Piramid Makanan? Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan? Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
• • •

Paras 1 o Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian Paras 2 o Buah-buahan dan sayur-sayuran Paras 3 o Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang o Susu dan produk tenusu Paras 4 o Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?

40

HBHE 2203 •

• • •

Paras 1 o Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian) Paras 2 o Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian) Paras 3 o Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian) Paras 4 o Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Apakan dia saiz sajian? Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti . Apakah yang membentuk satu sajian? Jenis Makanan

Satu Sajian
• •

Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian E.g. : Rice, bread, cereal, noodles, yam, potato

½ cawan nasi putih ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta 1 keping roti bijirin penuh ½ keping capati (saiz kecil) 1 cawan bubur nasi ½ cawan bijiran sarapan 1 biji ubi kentang saiz sederhana 3 keping biskut tawar/krim ½ cawan sayuran berdaun hijau tua ½ cawan sayuran buah atau ubian ½ cawan lain-lain sayuran ½ biji jambu batu saiz sederhana 1 potong betik / tembikai / nanas 1 biji pisang / oren / pir / epal ½ cawan jus buah (tanpa gula)

• • • • • •

Sayur-sayuran

• •

Buah-buahan

• • • •

41

HBHE 2203

Susu dan Produk Tenusu

• • • •

1 cawan susu ½ cawan dadih 1 keping keju * tenusu rendah lemak lebih digalakkan 1 ketul peha ayam saiz sederhana 1 ekor ikan kembung 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala ½ cawan kekacang kering 4 sudu makan udang kecil dengan kulit 1 keping tauhu 1 keping tempe 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

• • •

• •

• • •

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

http://www.kekalsihat.com/artikel/gaya-hidup/10-amalan-ke-arah-hidup-sihat-kurangstress.html 10 amalan ke arah hidup sihat, kurang stress! Ditulis oleh Admin Kekal Sihat Wednesday, 23 April 2008 42

HBHE 2203

Peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini. Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda. Jaga gigi anda. Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai. Minum, minum dan minum air! Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurangkurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit. Bersarapan! Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam. Pilih makanan yang sihat Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba. Gunakan tangga Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari. Selingkan senaman semasa bekerja Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau 43

HBHE 2203

bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja. Senaman bangkit tidur Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik . Berjalan Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan. Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Makanlah berdasarkan ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!

44