You are on page 1of 14

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2011

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

HBML 3103

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan 1.1 Persejarahan KOMSAS pra 1.2 Pascatahun 2000 1.3 Kewajaran KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu 2 3 4

2.0 Isi Kandungan 2.1 Persejaran KOMSAS pra dan pasca tahun 2000 dan kewajaran KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu 2.2 Kepentingan pengajaran KOMSAS bagi membentuk jati diri 9 bangsa Malaysia yang merdeka 5

3.0 Kesimpulan 4.0 Rujukan

11 12

2

HBML 3103

1.0 Pengenalan Menurut Aziz Deraman (1999), dasar pendidikan kebangsaan adalah untuk menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pendidikan kesusasteraan yang berkesan dapat membantu proses ini dengan membina dan memperkukuhkan pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu, supaya lahir kesedaran rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, sambil menanamkan bibit-bibit penghayatan kesusasteraan kebangsaan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu. Oleh yang demikian, satu rombakan telah dibuat terhadap kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah yang telah digunakan selama lebih sepuluh tahun. Ia bertujuan untuk memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid bagi menghadapai cabaran pendidikan pada abad ke 21 (Abdul Shukor 2000). Perubahan kurikulum tersebut akan tetap mengekalkan matlamat asal pendidikan bahasa Melayu yang bertujuan untuk mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, semua murid di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah akan mendapat pendedahan asas tentang sastera tanpa mengira kaum, agama, budaya dan aliran. Ini jelas menunjukkan bahawa sastera merupakan mata pelajaran yang merentasi kurikulum dan ia boleh membantu mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.

1.1

Persejarahan KOMSAS pra Pendidikan sastera Melayu (kebangsaan) sudah bermula sejak sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Subjek ini diajar kepada murid di sekolah-sekolah rendah Melayu, maktabmaktab perguruan Melayu dan juga di sekolah-sekolah Inggeris hingga ke tingkatan lima. Kesusasteraan Melayu pula merupakan satu subjek yang telah diperkenalkan sejak tahun 1957. Subjek sastera ini diajar kepada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Kesusasteraan Melayu merupakan subjek pilihan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), kesusasteraan Melayu diajar sebagai subjek elektif di peringkat menengah atas iaitu bagi tingkatan empat dan tingkatan lima. 3

HBML 3103

Pada tahun 1988, pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima telah diperkenalkan dengan unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek bahasa Melayu melalui Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Kerajaan telah memperuntukkan satu waktu dalam seminggu khusus untuk menggunakan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Melayu. Setahun sebelum KBSM dilaksanakan, penggunaan unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek bahasa Melayu telah pun wujud melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Teks sastera yang dipelajari bukan merupakan subjek teras. Kesusasteraan Melayu yang dipelajari adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajarpelajar tentang nilai-nilai kemasyarakatan, kemanusiaan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya-karya sastera. Selain itu, pelajar-pelajar juga dapat menerap nilai-nilai moral yang dicerminkan, menganalisis bentuk dan memahami isi kesusasteraan serta menghargai nilai keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

1.2 Pasca tahun 2000 Komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) telah dijadikan komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah bermula pada bulan Mac tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Komsas bukanlah merupakan suatu perkara yang baru, malah ia merupakan lanjutan daripada unsur sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1988. Guru-guru bahasa Melayu diwajibkan untuk mengajar semua genre sastera iaitu prosa tradisonal, puisi tradisional dan moden, novel, cerpen dan drama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran sastera diterapkan dalam kurikulum bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan dan mengukuhkan minat dalam membaca bahan bacaan yang terdiri daripada pelbagai jenis genre sastera. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah yang diterbitakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2002, Komsas tergolong dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Bidang estetik ini memfokuskan kepada keupayaan pelajar untuk menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar ialah untuk memahami dan juga memberi respon peribadi tentang karya sastera iaitu 4

HBML 3103

dengan menguasai laras bahasa dalam karya kreatif dan bukan kreatif serta menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif. Perlaksanaan kesusasteraan melayu sebagai komponen wajib dalam matapelajaran bahasa Melayu akan memberikan pendedahan yang meluas kepada pelajar sekolah menengah tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera yang dipelajari. Antara pendedahan yang akan diterima oleh pelajar-pelajar ini ialah bagaimana cara untuk mereka mengenal genre cerpen, novel, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Mereka juga boleh menambah pengetahuan mereka dalam memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi prosa dan puisi, binaan dan teknik plot sesebuah penceritaan. Selain itu, mereka juga dapat mengasah pemikiran mereka dalam menilai dan menaakul tema tentang mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan berdasarkan genre sastera yang dibaca. Bukan itu sahaja, ia juga adalah untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca.

1.3 Kewajaran KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu Objektif utama komponen sastera diajar kepada pelajar adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa, memupuk budaya membaca, menghayati karya sastera, menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran, mengenal tokoh (pengarang) dan sejarah perkembangan sastera, menghayati keindahan bahasa dalam karya dan mengaplikasikannya dalam penulisan dan menghasilkan karya sastera seperti cerpen, pantun, syair, seloka, gurindam, sajak dan skrip drama. Kewajaran komponen sastera (KOMSAS) dalam subjek bahasa Melayu adalah untuk mendorong para pelajar membangkitkan minat dan kesedaran mereka tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat. Kedua, bagi membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan dan kebitaraan mutu dan gaya bahasa kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya. Ketiga, bagi meningkatkan kesedaran dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang wujud dalam teks-teks kesusasteraan Melayu 5

HBML 3103

klasik dan moden waima yang berbentuk prosa mahupun puisi. Keempat, memupuk dan membangkitkan minat membaca karya-karya lain. Kelima, memperlihatkan isi dan mesej yang sesuai dan mudah difahami. Keenam, menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan cerita tentang pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakat. Akhir sekali ialah supaya pelajar dapat menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan tersirat baik yang berhubungan dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmantik dan selok-belok bahasa Melayu yang lain.

2.0 Isi Kandungan 2.1 Persejaran KOMSAS pra dan pasca tahun 2000 dan kewajaran KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu

Sebelum tahun 2000, mata pelajaran Komsas belum lagi diwujudkan. Pada masa itu, pelajar-pelajar di sekolah menengah hanya mempelajari tentang kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu di ajar kepada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolahsekolah menengah seluruh Malaysia. Mata pelajaran ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 1957 lagi. Bermula pada tahun 1988, unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Tetapi, teks sastera tersebut tidak dijadikan sebagai komponen wajib. Ini bermakna, ia tidak termasuk dalam manamana peperiksaan awam seperti SPM atau PMR bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Ini kerana, teks sastera yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu itu hanyalah tertakluk kepada pilihan yang dibuat oleh pihak sekolah untuk diajar dalam kelas. Teks sastera yang diajar juga adalah dalam konteks unsur sastera dan bukannya komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar di sekolah menengah. Pada peringkat menengah tinggi, kesusasteraan Melayu hanyalah sebagai komponen dalam kertas bahasa Melayu. Ia merupakan subjek elektif bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Bermula pada tahun 1992, kesusasteraan Melayu telah dinaik taraf sebagai mata pelajaran prinsipal di peringkat STPM.

6

HBML 3103

Sukatan pelajaran kesusasteraan bahasa Melayu yang telah dikeluarkan pada tahun 1984 oleh Kementerian Pendidikan telah menggariskan beberapa objektif yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar agar mereka boleh memahami tentang nilai-nilai kemasyarakatan, kemanusiaan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya-karya sastera. Selain itu, pelajarpelajar juga dapat menerap nilai-nilai moral yang dicerminkan, menganalisis bentuk dan memahami isi kesusasteraan serta menghargai nilai keindahan bahasa dan kesusasteraan serta membuat penilaian terhadap mutu sesebuah karya sastera dan seterusnya boleh menghasilkan karya sastera yang sesuai dengan kemampuan mereka. Objektif pengajaran dan pembelajaran subjek kesusasteraan bahasa Melayu mementingkan perkembangan afektif dari segi penentuan sikap, perkembangan daya pemikiran yang kritis serta penikmatan. Manakala subjek Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) pula mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada bulan Mac tahun 2000. Subjek ini bukanlah merupakan suatu subjek yang baru, malah ia merupakan lanjutan daripada unsur sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1988. Komsas dilaksanakan secara berperingkat di sekolah menengah mulai bulan Mac 2000 bagi pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat. Pada tahun berikutnya, Komsas dilaksanakan pula untuk murid tingkatan dua dan tingkatan lima dan pada tahun 2003, untuk murid tingkatan tiga pula. Bagi murid sekolah rendah pula, program pembelajaran sastera dalam bahasa Melayu pula dilaksanakan pada tahun 2005 untuk murid-murid tahun empat, tahun 2006 untuk murid-murid tahun lima dan tahun 2007 untuk murid-murid tahun enam secara program rintis. Pembelajaran sastera diterapkan dalam kurikulum bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan dan mengukuhkan minat dalam membaca bahan bacaan yang terdiri daripada pelbagai jenis genre sastera. Komsas meliputi lima genre iaitu sastera, novel, puisi (prosa tradisional, puisi), cerpen, prosa tradisional dan drama. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran bahasa Melayu tingkatan empat tahun 2000, tertulis bahawa pelajar-pelajar juga berupaya untuk mengenal dan menggunakan disiplin instrinsik sastera di samping menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup. Perlaksanaan Komsas di sekolah-sekolah di Malaysia bermula pada bulan Mac 2000 iaitu sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu dalam setahun. Kementerian pelajaran Malaysia telah memperuntukan waktu yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di 7

HBML 3103

sekolah menengah dengan menggunakan konsep 4+2 iaitu empat waktu untuk aspek bahasa dan dua waktu lagi untuk komsas bagi sekolah tajaan Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi sekolah-sekolah yang ditaja oleh kerajaan negeri, waktu pengajaran untuk komsas hanya satu waktu dalam seminggu. Setiap pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan iaitu daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Karya-karya sastera yang dipilih adalah berdasarkan kepada beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan pengajaran yang baik serta aspek gaya bahasa. Kewajaran komsas dalam subjek bahasa Melayu pula ialah dengan mendorong para pelajar membangkitkan minat dan kesedaran mereka tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat. Ini kerana, kesemua bahan komsas mengandungi bahasa-bahasa yang indah dan puitis. Pelajar-pelajar dapat melatih diri mereka menggunakan pelbagai kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat dengan betul dan seterusnya mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian mereka. Contoh bahan sastera yang dapat memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang kosa kata, struktur ayat dan sebagainya ialah cerpen ”Diari Seorang Pengawas”. Cerpen ini memaparkan secara langsung tentang dunia pelajar sekolah. Pengarang mengemukakan watak pelajar yang bertanggungjawab terhadap tugasnya dan seterusnya ia boleh dijadikan sebagai satu ”role model” yang bagus bagi pelajarpelajar di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002:50). Cerpen ini sesuai dibaca oleh pelajar kerana ia menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dapat membantu mereka mengenal perkataan dan ayat yang digunakan. Kedua, bagi membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan dan kebitaraan mutu dan gaya bahasa kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya. Sebagai contoh, Kesusasteraan Melayu tradisonal mempunyai motif untuk menghiburkan mereka yang membaca karya tersebut. Contohnya ialah cerita penglipur lara dan cerita binatang seperti Sang Kancil dan Pelanduk Jenaka. Walaupun karya-karya ini menghiburkan, namun isi di dalamnya mengandungi mesej yang boleh memberi teladan dan nasihat kepada pembacanya. Ketiga, bagi meningkatkan kesedaran dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang wujud dalam teks kesusasteraan Melayu klasik dan moden waima yang berbentuk prosa mahupun puisi. Antara contoh bahan sastera tersebut ialah sajak “Di Ruang Gemanya” yang 8

HBML 3103

dinyatakan oleh penyair akan kesetiannya yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan cintanya tak perlu disangsikan pada negara (Kerusi, 2002:13). Sajak sebegini mampu memberikan nilai-nilai moral dan etika yang baik kepada pelajar terhadap kecintaan mereka kepada negara mahupun bangsa mereka. Keempat, memupuk dan membangkitkan minat membaca terhadap karya-karya lain. Kepelbagaian genre sastera yang dipelajari di sekolah dapat membantu untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Antara bahan-bahan sastera tersebut ialah sajak ”Di Ruang Gemanya” (Kerusi, 2002:13), cerpen ”Diari Seorang Pengawas” (Sehijau Warna Daun, 2002:50), Pantun empat kerat (Sekalung Budi Sekalung Bahasa, 2002:38), Syair Pembunuhan Angreni (Anak Laut 2002:5) dan sebagainya. Kepelbagaian dalam pembacaan bahan sastera yang berlainan dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan dan tidak memberikan perhatian sewaktu guru mengajar. Kelima, memperlihatkan isi dan mesej yang sesuai dan mudah difahami. Kesesuaian bahan yang dipelajari dengan tahap kognitif murid telah terbukti apabila bahan komsas yang diberikan kepada murid tingkatan satu adalah lebih mudah daripada bahan untuk pelajar tingkatan empat dan lima. Contohnya ialah pemilihan puisi tradisional yang mengandungi pantun dua kerat, empat kerat dan syair. Puisi-puisi tersebut bersesuaian dan dapat dihayati dengan baik oleh pelajar-pelajar tingkatan satu. Bahasa yang digunakan juga tidak terlalu puitis dan berbunga-bunga. Contoh puisi tersebut ialah pantun kanak-kanak yang yang dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun. Jangan gergaji pokok talas, Nanti lesung dimakan pahat; Jangan menjadi orang malas, Perut kosong badan tak sihat. Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Apa yang dapat jangan dilupa. 9

HBML 3103

Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pokok kelapa; Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada saudara ibu dan bapa. (Sehijau Warna Daun, 2002: 5) Keenam, pelajar dapat menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan cerita tentang pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakat. Hasil daripada pembacaan genre sastera yang pelbagai dapat memberikan ilmu pengetahuan dan cerita-cerita yang menarik daripada pelbagai kisah. Pelajar juga dapat menambah pengetahuan kosa kata mereka dengan pembacaan bahan-bahan yang pelbagai. Mereka juga boleh mengaplikasikan teladan dan nasihat yang diperoleh sewaktu pembacaan mereka dalam kehidupan seharian. Akhir sekali ialah supaya pelajar dapat menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan tersirat baik yang berhubungan dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmantik dan selok-belok bahasa Melayu yang lain. Pelajar dapat mempelbagaikan pengetahuan mereka tentang kisah-kisah dahulu dan gaya penulisan yang klasik. Contohnya ialah seperti mitos asal usul nama negeri Melaka, Sejarah Melayu dan sebagainya.

2.2

Kepentingan pengajaran KOMSAS bagi membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka Pengajaran Komsas di sekolah mempunyai kepentingan dalam membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka. Antara kepentingan-kepentingan tersebut ialah dengan menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar, mempertingkatkan kemahiran berbahasa, merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera dan memupuk semangat yakin diri. Kepentingan pertama pengajaran komsas bagi membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka ialah dengan menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar sekolah. Seperti yang kita semua sedia maklum, generasi muda sekarang jarang membaca bahan bacaan yang berunsur sastera. Mereka lebih menggemari bahan bacaan yang berunsur hiburan. Disebabkan perkara inilah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam 10

HBML 3103

subjek bahasa Melayu di sekolah. Melalui komsas, pelajar didedahkan dengan bahan sastera yang terdiri daripada pelbagai genre. Antara bahan sastera yang perlu dibaca ialah sajak, puisi, cerpen, pantun dan sebagainya. Pendedahan ini berupaya untuk memberi pengetahuan tentang penceritaan sesebuah karya yang dibaca dan seterusnya untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka. Penghayatan dan pemahaman mereka terhadap karya yang dibaca mampu memberikan mereka pemahaman dan ideologi tentang betapa bertuahnya mereka berada di bumi yang aman damai ini. Selain itu, melalui teknik pengajaran yang berkesan oleh guru, diharap terdapat percambahan minat pelajar dalam membaca dan menghayati karya sastera yang dipelajari dan seterusnya dapat membentuk masyarakat Malaysia yang cintakan negaranya. Kepentingan pengajaran komsas yang kedua ialah dengan mempertingkatkan kemahiran berbahasa. Kemahiran berbahasa merupakan salah satu elemen penting dalam berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang betul dapat memberikan maklumat yang tepat kepada penerimanya. Walau pun begitu, hampir kebanyakan masyarakat di Malaysia ini tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara mereka. Mereka lebih selesa mencampur-adukkan bahasa Melayu dengan bahasa inggeris. Pembacaan bahan sastera secara langsung mampu mengelakkan perkara ini terjadi. Ini kerana, bahan sastera yang diberikan kaya dengan bahasa-bahasa yang indah dan menarik. Oleh sebab itu, adalah penting bagi pelajar di sekolah untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran berbahasa mereka supaya jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia dapat dipertahankan. Bak kata pepatah, “Bahasa Menunjukkan Bangsa”. Kepentingan pengajaran komsas yang ketiga ialah dengan merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera. Melalui bahan sastera yang dibaca, pelajar dikehendaki untuk menilai, mengkaji dan memberikan pandangan mereka. Melalui perbincangan yang dilakukan di dalam kelas juga, pelajar-pelajar ini akan dipandu oleh guru untuk mengkritik, menyokong dan memberikan pandangan terdapat sesuatu bahan sastera yang dibaca. Pelajar juga akan membuat penilaian terhadap bahan sastera tersebut dari pelbagai sudut supaya mereka benar-benar memahami bahan yang dibaca. Proses ini akan dapat membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka dan seterusnya mampu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman. 11

HBML 3103

Kepentingan terakhir pengajaran komsas bagi membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka ialah dengan memupuk semangat yakin diri. Semangat yakin diri dapat dipupuk di kalangan pelajar sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Teknik pengajaran yang dijalankan oleh guru melalui subjek komsas mampu meningkat keyakinan diri para pelajarnya. Ini kerana, terdapat sesetengah pelajar yang kurang berkeyakinan dalam memberi pendapat terhadap suatu isu yang diketengahkan. Mungkin kerana kurangnya pengetahuan mereka atau mereka tidak mahu dipersendakan oleh rakan sekiranya mereka membuat salah. Jadi, untuk memupuk semangat yakin diri mereka, guru perlu memberikan bahan bacaan yang dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri. Terdapat bahanbahan sastera yang mempunyai isi yang boleh mengubah perspektif seseorang terhadap sesuatu perkara. Jadi, adalah penting bagi pelajar yang kurang berkeyakinan untuk terus membaca bahan sastera yang diberikan supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya dapat membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka.

3.0 Kesimpulan Kesimpulannya, komponen kesusasteraan Melayu yang diajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia merupakan satu komponen yang sangat penting untuk dipelajari oleh pelajarpelajar. Ini kerana, melalui pembacaan genre sastera yang pelbagai dapat membantu para pelajar untuk menambah pengetahuan mereka terhadap kosa kata dan maksud yang tersurat mahu pun yang tersirat suatu bahan yang dibaca. Selain itu, komsas juga penting dalam membina manusia yang seimbang dan harmonis, prihatin, beretika tinggi dan matang dalam menjalani kehidupan. Pengajaran dan pembelajaran komsas bukan sahaja untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar, malah ia juga bertujuan untuk untuk memartabatkan karya sastera tersohor tanah air. Ini kerana, karya-karya komsas yang diberikan kepada pelajar juga merupakan karya yang kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman dan sebagainya. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk menambah pengetahuan mereka tentang komponen sastera yang diajar kepada pelajar-pelajar mereka supaya objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya. (2909 patah perkataan) 12

HBML 3103

RUJUKAN

1. 2. 3.

Chew Fong Peng. 2009. “Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Perlaksanaan dan Kesannya”. Jurnal Pendidikan Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maridah Binti Haji Alias. 2005. ”Kesesuaian Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu”. Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Mohd Rasdi Bin Saamah. “Perlaksanaan Komsas dalam Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Tinjauan”. Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. 2007. ”Kewajaran Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu”. Jurnal Institut Peradaban Melayu Jilid 5. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. http://www.docstoc.com/docs/64038743/13-2 http://news.faisunan.com/search/kesusasteraan-melayu-sebagai-komponen/

4.

5.

13

HBML 3103

14