You are on page 1of 19

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 7 / 2011

HBML 3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

PENSYARAH : EN. WONG KHEK SENG

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : : :

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

HBML 3303

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1.1 Latar belakang kajian pemerolehan bahasa 1.2 Objektif Kajian 1.3 Definisi Operasional 1.4 Skop Kajian

2 3 4 4 6

2.0 Huraian tentang kaedah kajian 3.0 Persembahan dapatan kajian 3.1 Dialog Najwan dan bapanya 3.1.1 Dapatan kajian Najwan 3.2 Dialog Husna dan ibunya 3.2.1 Dapatan kajian Husna 13 9

6 7 7

11

4.0 Rumusan dan cadangan 5.0 Kesimpulan 6.0 Bibliografi 7.0 Lampiran

15 16 17 18

2

HBML 3303

1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain). Bahasa dikeluarkan melalui bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia seperti rongga, mulut, paru-paru dan alat artikulator yang lain. Setiap bahasa yang digunakan mempunyai susunan tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem. Selain itu, bahasa juga merupakan satu sistem yang unik dan melibatkan proses kognitif manusia. Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak. Menurut MeiYu (2000), apabila kanak-kanak berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyibunyi tertentu (cooing) dan membebel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun. Peringkat yang terakhir ialah semantik di mana kanak-kanak mula memahami maksud ayat yang diucapkannya atau ayat-ayat yang diterimanya. Perkataan pertama yang diucapkan oleh kanak-kanak berbeza daripada sebutan perkataan yang diucapkan oleh dewasa. Menurut Bukatko & Daehler (1995), kebanyakan perkataan-perkataan awal yang diucapkan oleh kanak-kanak kerap kali tidak jelas dan hanya terhad kepada nama objek atau perkara-perkara tertentu sahaja. Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, seseorang kanak-kanak itu akan belajar semua konsep yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan ahli masyarakat sekeliling. Bahasa pertama ini menjadi salah satu alat bagi mereka untuk mengungkapkan perasaan, keinginan dan sebagainya kepada orang lain.

3

HBML 3303

1.1 Latar belakang kajian pemerolehan bahasa Menurut Mangantar Simanjuntak (1982), pemerolehan bahasa ialah penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung. Ia dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dua tahun hingga enam tahun. Menurut Awang Mohd Amin (1975) pula, beliau menyatakan bahawa umur kanak-kanak antara satu tahun hingga lima tahun merupakan waktu penguasaan bahasa yang paling kritikal. Pada waktu ini, kanakkanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama atau bahasa ibunda yang didedahkan kepadanya. Menurut Atan Long (1978), kanak-kanak yang memperoleh bahasa pertama akan mengalami dua peringkat penguasaan bahasa iaitu bahasa pertama semasa kecil tanpa melalui proses pembelajaran secara formal dan bahasa pertama yang dipelajari setelah peningkatan usia dan dipraktikkan di sekolah. Pada usia dua tahun, kanak-kanak akan mula menggabungkan perkataan untuk menghasilkan ayat. Ayat pertama yang mereka gunakan terdiri daripada dua patah perkataan sahaja. Berk (2000) menyatakan bahawa, ayat awal kanak-kanak mempunyai perkataan-perkataan asas seperti kata nama dan kata kerja. Ayat yang mereka gunakan tidak lengkap kerana ia digunakan tanpa diiringi kata fungsi, kata penentu, kata ganti nama dan sebagainya. Menurut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuk bahasa. Kajian yang dilakukan ini merupakan satu kajian tentang pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak dari aspek pengeluaran kata tunggal dan ayat yang diucapkan oleh kanak-kanak yang dikaji. Kajian ini juga akan mengkaji sejauh mana faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak tersebut. Subjek kajian merupakan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia tiga tahun empat bulan. Nama kanak-kanak tersebut ialah Mohd Irfan Najwan Bin Mohd Rahmat dan Afifah Husna Binti Hisham. Kedua-dua orang kanak-kanak ini berketurunan Melayu dan mereka bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka. 4

HBML 3303

Ibu dan bapa Najwan merupakan ibu bapa yang bekerjaya. Bapa Najwan bekerja sebagai peguam di Kuala Lumpur manakala ibu Najwan bekerja sebagai guru siswazah di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan. Bapa Najwan berumur 36 tahun dan ibunya berumur 34 tahun. Najwan tinggal di kawasan perumahan elit di bandar Seremban. Pendapatan keseluruhan ibu bapa Najwan berjumlah RM11,000.00 sebulan. Najwan mempunyai tiga orang adik beradik dan Najwan merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Bapa Husna bekerja sebagai pemandu van sekolah di kawasan Senawang manakala ibunya pula tidak bekerja. Bapa Husna berumur 38 tahun dan ibunya berumur 37 tahun. Taraf pendidikan ibu dan bapa Husna ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keluarga Husna tinggal di kawasan perumahan berkos rendah di kawasan Senawang. Pendapatan keseluruhan ibu dan bapa Husna ialah RM 2,000.00 sebulan. Husna mempunyai enam orang adik-beradik dan Husna merupakan anak kelima dalam keluarganya.

1.2 Objektif Kajian Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk : a) meneliti pemerolehan bahasa ibunda dari aspek kata tunggal dan ayat yang diucapkan oleh dua orang kanak-kanak yang dikaji. b) meneliti sejauh mana faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak tersebut.

1.3 Definisi Operasional Maksud pemerolehan bahasa Pemerolehan bahasa disebut sebagai satu proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya. Pemerolehan bahasa juga disebut sebagai satu proses

5

HBML 3303

yang berlaku dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Konsep pemerolehan bahasa ini selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.

Maksud bahasa ibunda Bahasa ibunda bermaksud bahasa tersendiri yang dituturkan oleh sesuatu kaum dan tidak dituturkan oleh kaum lain dalam komunikasi mereka sehari-hari. Contohnya seperti kaum Melayu menuturkan bahasa Melayu, kaum cina menuturkan bahasa cina dan sebagainya.

Teori Mentalis Teori mentalis dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori ini dikenali sebagai teori kognitif kerana ia menyatakan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak manusia. Teori ini juga berpendapat bahawa pemerolehan bahasa seseorang itu sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Noam Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan bahasa (LAD). Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.

Teori Behaviouris Teori behaviouris dipelopori oleh Skinner. Teori behaviouris ini dikenali juga sebagai teori mekanis. Teori ini berasaskan kepada pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara secara tidak formal iaitu melalui proses peniruan daripada orang yang paling hampir dengan diri mereka. Kanak-kanak akan menyebut perkataan yang didengar secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul.

1.4 Skop Kajian 6

HBML 3303

Skop pertama kajian ini tertumpu kepada aspek kata tunggal dan ayat yang digunakan oleh kanak-kanak yang dikaji (Najwan dan Husna) dalam percakapan seharian mereka. Perkataan-perkataan dan ayat yang diucapkan akan diletakkan di dalam jadual mengikut kategorinya. Antara kategori tersebut ialah kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Skop kedua kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak yang dikaji. Pengkaji akan meneliti adakah latar belakang keluarga yang berpendidikan, bekerjaya dan berpendapatan tinggi akan mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak dengan lebih baik atau pun sebaliknya.

2.0 Huraian tentang kaedah kajian Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian. Pengkaji akan memerhatikan penggunaan kata tunggal dan ayat yang dikeluarkan oleh Najwan dan Husna. Komunikasi diantara subjek dan orang yang berada disekelilingnya akan diperhatikan, direkod dan dijadualkan. Pemerhatian terhadap Najwan dan Husna akan dilakukan dikawasan rumah mereka pada hari ahad. Ini kerana, Najwan dihantar ke taska sewaktu ibu dan bapanya keluar bekerja. Masa Najwan bersama ibu dan bapanya ialah pada waktu malam dan hujung minggu sahaja. Pemerhatian terhadap Husna juga dibuat pada hujung minggu kerana pada hari-hari biasa, ibu Husna sibuk menguruskan anakanaknya untuk disiapkan ke sekolah dan ke tadika. Pengkaji akan merakam perbualan di antara Najwan dengan bapanya dan Husna dengan ibunya. Rakaman menggunakan video ini dibuat kerana pengkaji tidak mahu terlepas untuk mendengar perkataan-perkataan dan ayat yang diucapkan oleh Najwan dan Husna. Pelbagai situasi spontan akan digunakan oleh pengkaji untuk merakam interaksi di antara subjek dengan adik-beradiknya, ibu dan bapa mereka. Perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang diucapkan oleh kedua-dua kanak-kanak ini akan disenaraikan dalam jadual mengikut kategorinya. 3.0 Persembahan dapatan kajian 7

HBML 3303

Pengkaji akan melakukan pemerhatian terhadap subjek kajian iaitu Najwan dan Husna di rumah mereka untuk mengetahui perkataan dan ayat yang diucapkan oleh mereka. Kajian dan pemerhatian yang dilakukan adalah dengan kebenaran ibu, bapa dan ahli keluarga kedua-dua subjek. 3.1 Dialog Najwan dan bapanya Pemerhatian pertama dilakukan pada 23 Oktober 2011 pada jam 10.00 pagi. Pada waktu tersebut, Najwan dan bapanya berada di ruang tamu rumah. Pengkaji memerhatikan bahawa Najwan sedang mewarna dengan tekun buku yang berada di tangannya. Pengkaji meminta bapa Najwan untuk bertanya beberapa soalan kepada anaknya. Bapa Bapa Bapa Bapa Bapa Bapa Bapa Bapa : Najwan sedang buat apa? : Buku apa tu? : Najwan warna apa? : warna apa? : kenapa najwan guna warna tu? : bila kita perlu guna payung? : ayah beli payung untuk najwan nak tak? : baiklah.

Najwan : Najwan engok buku. (Najwan tengok buku) Najwan : Buku warna-warna (Buku mewarna) Najwan : payun. (payung) Najwan : oren dan itam (oren dan hitam) Najwan : oren catik. Itam pun catik. (oren cantik. Hitam pun cantik) Najwan : hari ujan. Hari panyas. (hari hujan. Hari panas) Najwan : nak. Ayah eli payun upin ipin ye. (ayah beli payung upin ipin ya)

8

HBML 3303

Berdasarkan kepada komunikasi yang dibuat oleh Najwan dan bapanya, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa perkataan dan ayat yang diucapkan oleh Najwan kepada bapanya mengikut beberapa kategori seperti berikut.

i) Kata nama Perkataan diucapkan kanak-kanak payun ujan ii) Kata kerja Perkataan diucapkan kanak-kanak eli engok iii) Kata adjektif Perkataan diucapkan kanak-kanak itam catik panyas iv) Ayat Ayat yang diucapkan kanak-kanak Ayah eli payun upin ipin ye Najwan engok buku. Maksud sebenar kanak-kanak (ayah beli payung upin ipin ya) (Najwan tengok buku) Maksud sebenar kanak-kanak hitam cantik panas Maksud sebenar kanak-kanak beli tengok Maksud sebenar kanak-kanak payung hujan

3.1.1 Dapatan kajian Najwan Berdasarkan perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Najwan, pengkaji mendapati bahawa Najwan tidak mempunyai banyak masalah untuk menyebut perkataan dan membuat ayat. Daripada 26 perkataan yang diucapkan, hanya enam perkataan sahaja yang 9

HBML 3303

agak sukar untuk disebut dengan betul oleh Najwan. Menurut temu bual yang dilakukan oleh pengkaji dengan bapa Najwan, didapati bahawa anaknya tidak mengalami sebarang masalah dari segi pertuturan dan masalah yang berkaitan dengan alat-alat artikulasi. Jadi, mungkin Najwan tidak biasa menyebut perkataan-perkataan tersebut justeru ia menyebabkan perkataan tersebut diucapkan dengan salah. Pengkaji juga mendapati bahawa Najwan mempunyai keyakinan diri yang tinggi apabila menjawab soalan yang diajukan oleh bapanya dengan yakin. Jawapan yang diberikan, diucapkan dengan lancar tanpa teragak-agak. Jawapan yang diberikannya juga jarang salah. Berdasarkan teori behaviouris, kanak-kanak akan mempelajari bahasa secara peniruan. Proses peniruan ini diperkuatkan dengan pengulangan perkataan-perkataan yang diucapkan. Ini bermakna, kanak-kanak menguasai bunyi dan menyebut perkataan yang didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Perkara ini dilihat oleh pengkaji telah dilakukan oleh Najwan apabila dia diajar untuk menyebut perkataan oleh ibunya secara berulang kali setiap hari. Latih tubi dan latihan secara berulang amat penting untuk dilakukan bagi membolehkan pemerolehan bahasa berlaku kepada kanak-kanak. Menurut bapa Najwan, anaknya sering diajar pada waktu malam oleh isterinya untuk menyebut beberapa perkataan dan ayat. Kaedah yang diperkenalkan oleh ibu Najwan ini bermula semenjak Najwan berumur dua tahun lagi. Ibu Najwan akan meluangkan masa selama 10 minit untuk mengajar anaknya menyebut beberapa ayat danperkataan dengan betul. Setiap perkataan dan ayat yang disebut dengan betul oleh najwan akan diberikan ganjaran oleh ibu dan bapanya. Kaedah ini ternyata berkesan apabila pengkaji mendapati bahawa Najwan dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul dan lancar. Selain itu, Najwan juga diajar di taska secara tidak formal oleh penjaga-penjaga yang bekerja di situ. Menurut bapa Najwan, setiap hari penjaga taska akan membacakan buku cerita kepada kanak-kanak di situ. Selain itu, mereka juga akan membuka cd yang mengandungi lagu-lagu dan cerita-cerita untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak di situ. Pengkaji mendapati, apa dipelajai Najwan semasa di taska diaplikasikannya sewaktu dia 10

HBML 3303

berbual dengan bapanya sewaktu kajian dijalankan. Selain itu, komunikasi di kalangan kanak-kanak di situ juga diperhatian oleh penjaga taska. Penggunaan bahasa yang tidak sopan dilarang sama sekali dan kanak-kanak tersebut akan diajar menggunakan perkataan yang lebih sopan. Berdasarkan teori mentalis, kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada yang ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka perolehi. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa Najwan dapat menyebut beberapa perkataan yang jarang digunakan oleh kanak-kanak sebayanya dengan baik. Hasil soal jawab pengkaji dengan bapa Najwan mendapati bahawa dia akan membawa kesemua ahli keluarganya pergi ke perpustakaan selama satu jam pada setiap hujung minggu. Ini kerana, walaupun Najwan tidak menghadapi banyak masalah dari segi sebutan perkataan, masih ada beberapa perkataan yang agak sukar untuk disebut oleh Najwan. Bapa Najwan berpendapat bahawa mungkin Najwan belum banyak terdedah dengan perkataan-perkataan yang digunakan oleh orang lain. Jadi, dengan membawa anaknya ke perpustakaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan akan dapat membantu anaknya untuk menyebut perkataan dengan baik. Antara perkataan yang disebut dengan baik oleh Najwan ialah ayah, hari dan buku. Berdasarkan pemerhatian penglaji dan keterangan daripada bapa Najwan, pengkaji mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa Najwan. Hal ini kerana, dengan pemerhatian khusus yang diberikan oleh kedua ibu bapa Najwan terhadap sebutan perkataan anaknya dapat menghalang Najwan untuk menggunakan perkataan yang tidak betul. Keperihatinan keluarga Najwan terhadap dirinya juga dapat membantunya mengucapkan perkataan dengan sebutan yang betul.

3.2

Dialog Husna dan ibunya Pemerhatian kedua yang dilakukan ialah pada 30 Oktober 2011 pada jam 10.00

pagi. Pada waktu tersebut, Husna sedang bermain bersama ibu dan kakaknya yang berusia enam tahun. Pengkaji meminta ibu Husna untuk bertanya beberapa soalan kepada anaknya. 11

HBML 3303

Ibu Ibu Ibu Ibu Ibu Ibu Ibu Ibu

: cantiknya buku ini. Siapa yang beri? : ini gambar apa? : monyet suka buat apa? : ini pula gambar apa? : gajah tinggal di mana? : Husna suka tengok arnab? : Ini pula haiwan apa? : Kuda makan apa?

Husna : tek. Acik Ila. (cantik. Makcik Zila beri) Husna : onyet (monyet) Husna : opat-opat. (lompat-lompat) Husna : dajah. (gajah) Husna : dajah kat ju. (gajah di zoo) Husna : una syuke. Anab tek. (Husna suka. Anab cantik) Husna : uda. (kuda) Husna : uda akan umput (Kuda makan rumput) Berdasarkan kepada komunikasi yang dibuat oleh Husna dan ibunya, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa perkataan dan ayat yang diucapkan oleh Husna kepada ibunya mengikut beberapa kategori seperti berikut.

i) Kata nama Perkataan diucapkan kanak-kanak anab dajah uda Acik Ila 12 Maksud sebenar kanak-kanak arnab gajah kuda Makcik Zila

HBML 3303

una ju onyet umput ii) Kata kerja Perkataan diucapkan kanak-kanak akan opat-opat

Husna zoo monyet rumput

Maksud sebenar kanak-kanak makan Lompat-lompat

iii) Kata adjektif Perkataan diucapkan kanak-kanak syuke tek iv) Ayat Ayat yang diucapkan kanak-kanak uda akan umput Maksud sebenar kanak-kanak Kuda makan rumput) Maksud sebenar kanak-kanak suka cantik

3.2.1 Dapatan kajian Husna Dapatan kajian yang diperolehi hasil daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap Husna mendapati bahawa terdapat banyak perkataan yang sukar untuk disebut olehnya. Daripada 18 perkataan yang disebut oleh Husna, 12 perkataan telah disebut dengan salah olehnya. Berdasarkan temu bual dengan ibu Husna, didapati bahawa Husna tidak mempunyai masalah dengan alat artikulasinya. Pengkaji juga mendapati bahawa Husna kurang keyakinan diri apabila menjawab soalan yang diajukan oleh Ibunya. Husna kelihatan takut-takut untuk menjawab soalan yang diberikan oleh ibunya. Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menghalang Husna untuk mengucapkan perkataan dan ayat dengan betul. 13

HBML 3303

Faktor pertama ialah ibu dan bapa Husna jarang meluangkan masa untuk berbual dengannya. Perbualan yang tidak kerap akan menghalang anak-anak untuk mengetahui perkataan baru setiap hari. Dari pemerhatian pengkaji, perkataan yang tidak dapat digunakan dengan betul oleh Husna ialah tek, ju dan beberapa perkataan lagi. Perkara ini terjadi kerana waktu pekerjaan bapanya yang tidak menentu menyukarkan bapanya untuk berkomunikasi dengan Husna setiap hari. Ibu Husna pula terlalu sibuk untuk menguruskan keluarga setiap hari dan menyebabkan komunikasi antara Husna dengan ibunya hanya berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja. Perkataan-perkataan yang diucapkan juga tidak banyak dan ini membuatkan Husna tidak mengetahui cara untuk menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul. Faktor yang kedua ialah apabila si ibu berkomunikasi dengan anaknya, si ibu lebih suka menggunakan sebutan yang pelat. Sebutan pelat yang selalu digunakan akan menyebabkan anak menggunakan sebutan pelat tersebut dalam perbualan sehariannya. Pengkaji mendapati apabila Husna berkomunikasi, perkataan yang diucapkan Husna kebanyakannya dipengaruhi sebutan yang pelat daripada ibunya. Contohnya seperti perkataan ”syuke” yang disebut oleh Husna. Apabila pengkaji bertanyakan hal ini kepada ibu Husna, jawapan yang diberikan ialah si ibu berasa lebih mudah menggunakan sebutan

pelat tersebut kerana sebutan tersebut telah digunakan kepada kenam-enam anaknya semenjak dari dahulu lagi. Faktor ketiga yang mempengaruhi sebutan Husna ialah masalah pergaulannya dengan rakan-rakannya yang lain. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa tidak banyak kosa kata yang digunakan Husna apabila berbual bersama ibu dan adik beradiknya yang lain. Pada usia sebegini, sepatutnya Husna diberi pendedahan untuk berkawan dan bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya sama ada di kawasan rumahnya atau pun di tadika. Namun, Husna tidak dapat berbuat demikian kerana ibu Husna tidak dapat menghantarnya ke tadika kerana masalah kewangan. Ibu Husna juga 14

HBML 3303

tidak dapat menemani Husna untuk berkawan dengan rakan sebayanya kerana si ibu perlu menjaga adik Husna yang masih bayi di rumah. Jadi, pergaulan Husna hanya berlaku di dalam rumah sahaja. Berdasarkan teori mentalis, manusia dilahirkan dengan peranti pemerolehan bahasa (LAD) yang menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Jadi, Husna secara semula jadi akan menguasai bahasa yang didengarnya. Namun, sekiranya Husna tidak dedahkan dengan bahasa dari persekitaran luarnya, dia tidak boleh menguasai sebutan sesuatu bahasa dengan baik. Kosa katanya juga tidak akan bertambah. Hasil daripada pemerhatian dan temubual pengkaji dengan Husna dan ibunya, pengkaji mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa Husna. Masalah kewangan keluarga dan faktor kurangnya perhatian daripada ibu dan bapanya menyebabkan Husna tidak dapat mengucapkan perkataan dengan sebutan yang betul. Penggunaan sebutan pelat di kalangan ahli keluarganya juga mendorong Husna untuk menggunakan sebutan pelat dalam perbualan sehariannya.

4.0 Rumusan dan Cadangan Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa faktor latar belakang keluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Bagi kes kajian kanak-kanak yang bernama Najwan, didapati bahawa keperihatinan keluarganya menyebabkan Najwan dapat menguasai bahasa dengan baik dengan menggunakan sebutan yang betul. Tahap pendidikan ibu bapanya yang tinggi juga mendorong ibu bapa Najwan untuk mendapatkan pendidikan awal kepada anak mereka. Manakala bagi kajian kes kanak-kanak yang bernama Husna, kurangnya perhatian keluarga dan penggunaan sebutan yang pelat dalam komunikasi mereka sekeluarga menyebabkan Husna tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul. Masalah kewangan juga 15

HBML 3303

menyebabkan ibu bapa Husna tidak dapat menghantarnya ke tadika untuk menerima pendidikan dengan lebih awal. Berdasarkan masalah yang dialami oleh keluarga Husna, pengkaji ada beberapa cadangan yang dirasakan boleh membantu proses pemerolehan bahasanya dengan lebih baik lagi. Cadangan yang pertama ialah ibu dan bapa Husna perlu sentiasa berkomunikasi dengan anaknya. Komunikasi yang kerap dapat membantu anak menggunakan kosa kata dengan betul. Apabila Husna sentiasa berkomunikasi dengan ibu atau bapanya, secara tidak langsung sebutan pelat Husna dapat dibetulkan. Penggunaan sebutan yang betul oleh ibu bapa Husna dapat membantunya menguasai sebutan dengan betul dan seterusnya dapat menghalang Husna daripada menggunakan sebutan yang pelat dalam perbualan sehariannya. Cadangan yang kedua ialah dengan menghantar Husna ke tadika atau taska. Terdapat kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji menunjukkan bahawa kanakkanak yang dihantar ke tadika dari kecil lebih menguasai bahasa dengan baik daripada mereka yang tidak dihantar ke tadika. Oleh yang demikian, ibu dan bapa Husna perlu memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk menghantar anak mereka ke tadika bagi memastikan Husna dapat menguasai bidang bahasa dengan baik. Bukan itu

sahaja, apabila Husna belajar di tadika secara tidak langsung dia akan dapat belajar bendabenda baru dengan guru-guru yang berpengalaman. Cadangan yang ketiga ialah dengan membelikan Husna buku-buku bacaan untuk dibaca olehnya ketika berada di rumah. Selain daripada buku, ibu dan bapa Husna juga boleh membelikan cd interaktif kepada anaknya. Penggunaan buku dan cd interaktif dapat membantu Husna untuk belajar menguasai bahasa dan sebutan dengan baik dalam situasi yang menyeronokkan. Bagi kanak-kanak dalam peringkat umur satu tahun ke atas, mereka memerlukan bahan yang berwarna-warni, menarik dan mudah untuk mereka pelajari.

16

HBML 3303

Penggunaan bahan-bahan yang tidak menarik akan menyebabkan kanak-kanak kurang berminat dengan apa yang diajar dan ditunjukkan kepada mereka. Cadangan yang terakhir ialah dengan membawa Husna untuk bergaul dengan rakan-rakannya yang lain sama ada di kawasan perumahan atau di tadika. Pergaulan dengan rakan-rakan yang lain dapat membantu Husna untuk mempertingkatkan perbendaharaan katanya dengan betul. Pergaulan dengan rakan-rakannya juga dapat memberikan maklumat baru kepada Husna tentang perkataan yang salah dan perkataan yang betul untuk digunakan.

5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melibatkan proses kognitif dan pendedahan bahasa. Proses kognitif melengkapkan kebolehan kanak-kanak untuk mentafsirkan bunyi dan makna. Pendedahan bahasa yang cukup akan dapat merangsang keyakinan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang yang berada disekelilingnya. Kanak-kanak yang didedahkan dengan bahasa ibundanya akan terus dapat memperolehi bahasa itu melalui pengalaman dan pengajaran daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mendapati bahawa lokasi tempat tinggal, kedudukan taraf sosio ekonomi keluarga serta tahap pendidikan ibu bapa merupakan antara agen yang mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Bibliografi

Berk, L.E. (2000). Child Development (5th Ed). Boston: Allyn & Bacon. Bukatko, D. & Daehler, M.W. (1995). Child Development: A Thematic Approach Boston: Houghton Mifflin Company. Kamus Dewan edisi keempat. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

HBML 3303

Mei-Yu, Lu. (2000). Language Development in The Early Years. Eric Digest D154. 1 Oktober 2000. Nik Safiah Karim. (1998). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Aina Dani. (2007). Pengantar Psikolinguistik. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia: Selangor Tay, Meng Guat. (2000). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak dari Segi Sintaksis: Satu Analisis. Jurnal Dewan Bahasa, Februari, 228-241.

LAMPIRAN Kanak-Kanak 1

18

HBML 3303

Nama: Muhammad Irfan Najwan Bin Mohd Rahmat Tarikh Lahir : 3 Ogos 2008

Kanak-Kanak 2

Nama: Afifah Husna Bin Hisham Tarikh Lahir : 18 Ogos 2008

19