You are on page 1of 20

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

HBPE 3203

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1.1 Konsep Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia 1.2 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar berdasarkan Objektif Pendidikan Konserversi UNESCO 1976

2 2 3

2.0 Fakta-fakta Asas Flora dan Fauna yang Dikaji 2.1 Flora – Pokok Bakau 2.2 Fauna – Orang Utan 3.0 Status Taburan dan Populasi Flora dan Fauna 3.1 Flora – Pokok Bakau 3.2 Fauna – Orang Utan 4.0 Faktor-Faktor Kepupusan Flora dan Fauna 4.1 Flora – Pokok Bakau 4.2 Fauna – Orang Utan 5.0 Usaha-Usaha Konserversi 5.1 Flora – Pokok Bakau 5.2 Fauna – Orang Utan 6.0 Kesimpulan 7.0 Bibliografi

5 6 7

9 10

12 13

15 16 17 18

2

HBPE 3203

1.0 Pengenalan Bumi dan alam sekitar adalah ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Manusia dijadikan Allah untuk menjaga alam sekitar yang telah diamanahkan kepada mereka. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. Sekitar pula bermaksud di satu tempat atau sekeliling. Perkataan alam sekitar pula membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan yang membawa maksud apa sahaja yang melingkungi manusia. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar Malaysia (2004), alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuklah tanah, air, udara, iklim, bau, rasa, faktor biologi dan juga faktor sosial. Kesemua benda-benda ini saling bergantungan antara satu sama lain.

1.1 Konsep Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia Menurut Abu Bakar Yang (2004) pula, alam sekitar merupakan penampung kepada keperluan benda-benda hidup yang ada di muka ini dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Alam sekitar yang berkualiti juga dapat mewujudkan hubungan yang erat di antara manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Manakala menurut Fadil Othman (1996), pengertian sains dan teknologi berdasarkan alam sekitar ialah, segala apa yang ada disekeliling dan berhubung kait dengannya sehingga menimbulkan suatu suasana atau persekitaran. Oleh itu, sesuatu yang ada di alam ini mempunyai persekitaran masing-masing dan boleh menjadi persekitaran kepada sesuatu yang lain. Menurut agama Islam, ”invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut Hj Husin (2011), terdapat hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa misi kerasulannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Oleh itu, sebarang pencemaran alam sekitar yang berlaku adalah berpunca daripada ketidaksempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Akhlak yang tidak sempurna akan mendorong kepada kebinasaan kepada diri sendiri dan alam sekitar. Oleh itu, konsep agama Islam menjadikan manusia sebagai khalifah 3

HBPE 3203

menunjukkan bahawa alam ini merupakan ciptaan Allah dan sebagai manusia, kita perlu menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. 1.2 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar berdasarkan Objektif Pendidikan Konserversi UNESCO 1976 Berdasarkan objektif pendidikan konserversi mengikut UNESCO 1976, terdapat enam objektif yang perlu dilakukan bagi memulihara dan memelihara alam sekitar. Antara objektifobjektif tersebut ialah kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran, kebolehan menilai dan bekerjasama. Sekiranya kesemua objektif ini dapat dicapai, masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar akan diatasi dan seterusnya akan dapat menghasilkan alam sekitar yang sempurna untuk didiami oleh semula hidupan dimuka bumi ini. Objektif yang pertama adalah untuk membentuk kesedaran terhadap setiap individu terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. Objektif ini sangat penting untuk dicapai oleh setiap lapisan masyarakat supaya mereka dapat memberikan satu kesedaran dalam diri mereka dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kesedaran yang berjaya dipupuk dalam diri setiap individu juga dapat membantu meningkat keprihatinan mereka terhadap pendidikan konservasi alam sekitar yang dilakukan. Sebagai contoh, kempen-kempen yang dilakukan secara berterusan melalui media massa dapat membantu memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Antara kempen-kempen tersebut ialah kempen menjaga kebersihan sungai, kempen mengelakkan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Objektif yang kedua ialah pengetahuan. Pengetahuan bermaksud pemahaman yang diperolehi mengenai alam sekitar dari sudut permasalahan, peranan dan tanggungjawab setiap manusia terhadap alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Pengetahuan yang diperolehi oleh setiap manusia akan memberikan mereka rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Secara tidak langsung, ia akan dapat mendidik masyarakat untuk memberikan komitmen yang padu terhadap aktiviti-aktiviti konserversi alam sekitar. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah telah diberi pengetahuan oleh guru secara menyeluruh tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui subjek pendidikan alam sekitar. Melalui subjek ini, pelajar-pelajar ini akan mengetahui kepentingan penjagaan alam sekitar dan manfaat yang boleh diperolehi sekiranya alam sekitar ini terjaga dan terpelihara. 4

HBPE 3203

Objektif yang seterusnya ialah tentang sikap. Sikap yang dimaksudkan ialah sikap individu yang sayangkan alam semula jadi. Sikap sayang ini akan dapat membuatkan mereka bertindak dengan lebih proaktif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara sikap yang perlu dipupuk ialah keprihatinan yang mendalam terhadap alam sekitar, semangat dalam menghargai alam secara lestari dan motivasi diri untuk menyertai usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk melindungi alam sekitar. Bukan itu sahaja, pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan menjadikan setiap daripada kita lebih menghargai sumber-sumber alam dengan lebih baik lagi. Sebagai contoh, sesebuah institusi kekeluargaan atau institusi pendidikan dapat memupuk dan membentuk anak-anak supaya sayangkan alam sekitar. Ini supaya konsep menjaga alam alam sekitar dapat diterapkan dalam dari mereka ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Objektif yang keempat ialah kemahiran. Kemahiran ialah peranan dan kepakaran anggota masyarakat dalam memelihara alam semula jadi. Kemahiran yang diperolehi akan dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar yang berlaku disekeliling mereka dengan lebih efisyen lagi. Kemahiran yang diperolehi juga dapat memberikan maklumat yang betul kepada kelompok masyarakat yang lain dalam menggunakan sesuatu teknik atau cara bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Sebagai contoh, jika seseorang individu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam terhadap penyelesaian bagi sesuatu masalah berkaitan dengan alam sekitar, maka dia boleh menggunakan kemahirannya bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. Objektif yang kelima ialah kebolehan menilai. Kebolehan menilai bermaksud setiap anggota masyarakat dapat menilai dan mengukur setiap tindakan yang mereka ambil yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, kebolehan menilai ini juga dapat membantu setiap lapisan masyarakat untuk menilai setiap program konservasi yang dijalankan dari segi kebaikan dan manfaat yang boleh diperolehi oleh mereka dan alam sekitar. Sebagai contoh, dalam aspek penjagaan kebersihan sungai, masyarakat boleh menilai sendiri tindakan yang mereka lakukan seperti membuang sampah ke dalam sungai, dapat memberi kesan pada masa akan datang. Sekiranya penilaian diambil sebelum sesuatu tindakan dilakukan, mereka akan dapat menyedari bahawa tindakan yang mereka ambil akan membinasakan sungai dan seterusnya alam sekitar. 5

HBPE 3203

Objektif yang terakhir ialah bekerjasama. Pendidikan konservasi yang dilaksanakan akan dapat menyatukan setiap lapisan masyarakat untuk sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi alam sekitar yang dilakukan. Kerjasama dari semua pihak dapat meningkatkan rasa tanggungjawab mereka terhadap sesuatu masalah. Sebagai contoh, terdapat beberapa kumpulan NGO yang sering mengadakan aktiviti membersihkan alam sekitar seperti di kawasan perkelahan, pusat rekreasi dan taman-taman awam. Kumpulan-kumpulan NGO ini bekerjasama dan berganding bahu dalam memberikan sumbangan tenaga dan idea supaya alam sekitar berada dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Inisiatif yang diambil oleh kumpulankumpulan ini merupakan satu kerjasama yang baik dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Kesimpulannya, objektif pendidikan konserversi amatlah penting bagi membentuk jiwa yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat. Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar perlu dilakukan kerana alam sekitar merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Ia bersifat sejagat dan bukannya bersifat sementara. Segala pencemaran yang berlaku kepada alam sekitar akan memberikan kesan buruk kepada manusia secara langsung atau tidak langsung. Jadi, amatlah penting kepada kita sebagai manusia untuk samasama berganding bahu bagi memastikan alam sekitar ini terjaga dan terpelihara.

2.0 Fakta-fakta Asas Flora dan Fauna yang Dikaji Flora dan fauna khazanah yang berharga kepada manusia. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), flora membawa maksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Fauna pula bermaksud seluruh binatang yang hidup disesuatu daerah tertentu. Menurut sumber dari majalah Dewan Kosmik 28 April 2011, di Malaysia terdapat beberapa spesis flora yang hampir pupus. Antaranya ialah buah Setambun Merah, Pokok Bakau, pokok Merawan Kanching, Keruing Layang, Putat, Orkid Jewel, Buah Simpoh, Kulat Earth Ball dan sebagainya. Manakala menurut sumber dari laman sesawang PERHILITAN, fauna yang dikesan hampir pupus di Malaysia ialah Badak Sumatera, Orang Utan, Monyet Probascis, Gajah Asia, Linsang, Pipit Pinang, Harimau Belang, Kongkang, Harimau Bintang dan sebagainya. Kesemua fauna yang hampir pupus ini dilindungi sepenuhnya oleh PERHILITAN melalui akta perlindungan hidupan liar 2010 (akta 716).

6

HBPE 3203

2.1 Flora – Pokok Bakau

Hutan hujan tropika merupakan satu ekosistem kompleks yang menampung pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Ia menyediakan habibat kepada pelbagai jenis flora dan fauna. Selain itu, ia juga membantu untuk mengawal iklim, sumber air dan kestabilan alam sekitar. Hutan hujan tropika terdiri daripada hutan paya laut, hutan paya gambut, hutan pamah dan bukit. Hutan paya laut atau dikenali sebagai hutan paya bakau merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat di pesisiran laut yang bercampur pasir laut apabila air pasang dan surut. Ia merupakan salah satu daripada ekosistem lahan basah yang terdiri daripada kawasan payau, paya dan tanah gambut. Ia juga memiliki vegetasi rata, rapat dan memiliki tumbuhan berdaun. Hutan paya laut mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna yang penting kepada sistem ekologi dan biologi di Malaysia. Antara spesis utama hutan paya laut ialah pokok bakau. Antara jenis-jenis tumbuhan bakau adalah seperti Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata), Lenggadai (Bruguiera Parriflora), Bakau Tulen (Rhizophora Stylosa), Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata), Bakau Putih/Berus (Bruguiera Cylindrica) dan Bakau Tegar (Ceriops Tagal). Hutan paya bakau merupakan antara tempat penghasilan dan pembiakan sumber laut. Ini kerana, kawasan paya bakau merupakan tempat perlindungan bagi anak-anak ikan berlindung dari ikan pemangsa. Terdapat beberapa spesis fauna seperti ikan dan udang yang menggunakan paya bakau sebagai tempat untuk mereka mencari makanan, bertelur dan membesar. Kawasan bakau dan dataran lumpur paya bakau merupakan tapak bagi burungburung residen dan hijrah mencari makanan dan membuat sarang. Kawasan paya bakau ini 7

HBPE 3203

juga kaya dengan sumber makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar. Selain itu, ia juga menjadi habitat kepada ketam yang merupakan makanan istimewa dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk setempat. Kawasan paya bakau merupakan tempat yang sesuai untuk menternak ikan atau udang dalam sangkar. Bukan itu sahaja, hutan paya bakau juga berperanan sebagai benteng pemecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak. Ia juga dapat menghalang hakisan tanah dan tiupan angin kencang. Pokok bakau telah terbukti dapat membantu menyelamatkan beberapa rumah kediaman dan bot-bot nelayan yang ditambat di alur sungai daripada menerima kerosakan yang lebih teruk. Selain itu, ia juga dapat menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai pemampan semulajadi terhadap ribut taufan. Akar daripada pokok bakau juga mengheningkan air yang berkelodak dan menjadikan air dikawasan tersebut jernih. Bukan itu sahaja, kayu pokok bakau juga tahan lama dan mampu terendam dalam air dalam tempoh waktu yang panjang. Ia sering digunakan dalam pembinaan tiang jeti dan sesuai dibakar bagi menghasilkan arang.

2.2 Fauna – Orang Utan

Salah satu daripada fauna yang hampir pupus di Malaysia ialah orang utan. Nama saintifik orang utan ialah pongo pygmeus. Orang utan adalah spesis hidupan liar yang terancam dan dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. Dianggarkan kini terdapat hampir 20,000 hingga 27,000 orang utan yang masih wujud secara bebas di kepulauan Borneo dan Sumatera. Mamalia ini terdapat di kawasan pergunungan pada paras 2400 M dari Gunung Kinabalu.

8

HBPE 3203

Orang utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulu dibadannya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Orang utan jantan mempunyai pad pipi yang lebih yang lebih lebar apabila matang. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Mereka juga mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Bagi orang utan jantan, purata panjang kepada dan badannya ialah adalah lebih kurang 96 sentimeter, ketinggian 1.4 meter dan berat 70 kilogram hingga 100 kilogram. Manakala orang utan betina mempunyai berat di antara 34 kilogram hingga 40 kilogram. Mamalia ini membina sarang di atas pokok dengan menggunakan dahan-dahan

berdaun untuk mereka tidur pada waktu malam. Selalunya, orang utan membina sarang baru setiap hari. Mereka merupakan antara haiwan yang suka bersendirian dan hanya hubungan antara ibu dan anak sahaja yang berkekalan. Orang utan jantan hanya akan bergaul dengan orang utan betina pada musim mengawan. Orang utan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang haiwan lain. Pergaduhan jarang berlaku di antara orang utan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Orang utan hanya makan buah-buahan, daun-daun, kulit kayu, bunga hutan dan pucuk-pucuk pokok. Kadang-kadang, mereka juga makan telur burung dan cicak kecil. Mamalia ini boleh hidup melebihi 50 tahun. Ada juga yang mencapai umur yang lebih panjang. Seekor orang utan betina mampu melahirkan 3 hingga 4 ekor anak sekali dengan purata seekor anak setiap tahun. Masa bunting adalah selama 9 bulan. Anak orang utan akan disusukan selama beberapa tahun dan dibawa bersama ibunya selama 1 hingga 2 tahun sebelum anak orang utan itu berdikari sendiri. Anak orang utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat kadang-kadang mengambil masa 5 hingga 7 tahun sebelum mencapai kematangan seksual.

9

HBPE 3203

3.0 Status Taburan dan Populasi Flora dan Fauna 3.1 Flora – Pokok Bakau Di Malaysia, hutan paya bakau boleh dilihat di kawasan Semanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak. Terdapat 646,000 hektar hutan paya Bakau di Malaysia iaitu 366,000 hektar di Sabah, 174,000 hektar di Sarawak dan 106,000 hektar di Semenanjung Malaysia. Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi pokok bakau ialah 6 buah pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor. Negeri Sabah pula mempunyai kawasan pokok yang bakau yang besar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Berdasarkan peta yang ditulis oleh Hanisah Mohd Amin (2005), dapat diperhatikan bahawa hutan paya bakau kebanyakannya terdapat di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Perak, Selangor, Terengganu, Johor dan Kedah. Hutan paya bakau juga terdapat di pantai timur Sabah dan pantai utara dan barat daya Sarawak. Hutan Bakau utama di Terengganu ialah di Hutan Simpan Sungai Pimpin Dungun, Hutan Simpan Kuala Kemaman, Kampung raja, Lagun Setiu, Kampung Benting Lintang, Kampung Kuala Bharu, Batu Rakit dan beberapa tempat lagi. Walaupun kelihatan habitat hutan paya bakau ini banyak, namun kini hutan paya bakau semakin diancam kepupusan akibat daripada sikap manusia yang tamakkan

10

HBPE 3203

wang ringgit tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka kepada ekosistem hutan paya bakau. 3.2 Fauna – Orang Utan Orang utan adalah haiwan yang sukar ditemui di dalam hutan. Menurut ”Newsletter” keluaran Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tembadau Sabah, baru-baru ini JHL dibiayai oleh DANIDA/Projek SWD-CAP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perancis-HUTAN telah memulakan Kajian Fauna Kedua di Sabah. Aktiviti ini akan membolehkan mereka menentukan saiz populasi orang utan dan taburannya di negeri ini. Pada masa ini, cara yang paling tepat adalah dengan menggunakan teknik pengiraan sarang orang utan disepanjang transek. Walau bagaimanapun teknik ini banyak menggunakan tenaga, masa, kakitangan, kewangan dan kawasan yang dapat ditinjau dari tanah adalah terhad. Sejak 3 tahun lepas, Kinabatangan Orang Utan Conversation Projek (KOCP) telah bekerjasama di kawasan Kinabatangan untuk membangunkan kaedah pengiraan sarang orang utan melalui bancian dari udara, dengan menggunakan helikopter. Hasilnya, penggabungan kedua-dua kaedah ini boleh menentukan saiz taburan dan populasi orang utan dengan lebih tepat. Sehingga kini, kumpulan daripada JHL dan KOCP telah membuat kajian lebih kurang separuh daripada kawasan hutan di Sabah. Hasil awal untuk sebilangan hutan simpan yang telah ditinjau sehingga kini adalah seperti di bawah.

11

HBPE 3203

Kawasan Hutan Simpan Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan (SHLK) Hutan sekeliling SHLK Hutan Simpan Gunung Rara Hutan Simpan Kalabakan Hutan Simpan Malua Hutan Simpan Ulu Segama Hutan Simpan Danum Valley Hutan Simpan Segaliud Lokan Hutan Simpan Tangkulap Hutan Simpan Deramakot Hutan Simpan Ulu Kalumpang

Saiz Habibat (km ²) 247 320 2200 2200 340 1600 420 570 270 530 500

Kepadatan Orang Utan (seekor/km²) 2.00 1.44 0.11 0.20 2.41 1.86 0.80 1.48 1.79 1.78 0.20

Saiz Populasi (seekor) 495 460 240 440 820 2980 335 840 480 945 100

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa taburan orang utan tidak seragam dan ia lebih tertumpu di hutan bahagian Timur Sabah. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil populasi yang terpencil dibahagian Croker dan Taman Kinabalu. Selain itu, Hutan Simpan Samantolong, Madai, Baturong, Sugut dan Paitan yang mempunyai kepadatan orang utan yang agak rendah. Populasi orang utan yang terdapat di Ulu Segama, Malua, Kuamut, Gunung Rara, Hutan Simpan Kalabakan dan lembah Danum yang kesemuanya 12

HBPE 3203

dibawah jagaan Yayasan Sabah, adalah populasi yang terbesar di Malaysia, dengan bilangan minima sebanyak 5000 individu, populasi ini merupakan tempat terakhir bagi spesis orang utan ini di Borneo. Ia juga merupakan peluang terakhir bagi orang utan untuk terus hidup dalam jangka masa yang panjang. Malua adalah hutan simpan yang mempunyai kepadatan orang utan tertinggi dalam konsesi Yayasan Sabah iaitu 2.41 individu/km² dengan lebih daripada 800 ekor orang utan. Manakala di Hutan Simpan Ulu Segama menyokong lebih 3000 ekor orang utan dengan corak taburan berbeza manakala rekod kepadatan tertinggi adalah di sekeliling Lembah Danum. Menurut kajian juga, kepadatan orang utan di bahagian selatan Hutan Simpan Ulu Segama adalah tinggi walaupun di kawasan itu habitatnya hampir musnah. Selain itu, Hutan

Lembah Danum mempunyai populasi lebih kurang 500 individu orang utan. Hutan Dara Lembah Danum merupakan hutan simpan kelas pertama. Walaupun Lembah Danum adalah kawasan habitat penting untuk orang utan, ia mempunyai kawasan yang terhad. Ini kerana, hutan dara mempunyai sumber makanan yang terhad mengikut musim. Walaupun hutan dara digemari oleh spesis orang utan, namun adalah mustahil bagi mereka untuk mendiami kawasan tersebut dalam tempoh waktu yang lama. Kajian yang dilakukan dari udara dibahagian selatan Hutan Simpan Kuamut menunjukkan kehadiran sarang orang utan yang banyak. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil kawasan Hutan Simpan Kuamut yang telah ditinjau dan terlalu awal untuk membuat anggaran saiz populasi dan taburan orang utan di hutan simpan ini. Kebanyakan populasi orang utan yang dikenalpasti tinggal di luar kawasan yang dilindungi iaitu di dalam kawasan yang dieksploitasi oleh manusia. Bagi memastikan kehadiran spesis orang utan berkekalan di negeri Sabah, ia harus dilindungi secara aktif dan efektif.

4.0 Faktor-Faktor Kepupusan Flora dan Fauna 4.1 Flora – Pokok Bakau Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kepupusan hutan pokok bakau di Malaysia. Antaranya ialah aktiviti pembalakan kayu bakau secara berleluasa, aktiviti penternakan ikan dan udang, penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian atau 13

HBPE 3203

pembangunan, pencemaran minyak dan bahan buangan industri, pemburuan haiwan-haiwan di kawasan hutan bakau dan penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan. Faktor yang pertama ialah pembalakan hutan pokok bakau secara berleluasa. Terdapat segelintir manusia yang lebih mementingkan keuntungan daripada alam sekitar. Hutan paya bakau ditebang sesuka hati bagi mendapatkan batang pokok bakau. Batang pokok bakau mendapat permintaan ramai pihak kerana ia boleh dijadikan sebagai benteng penahan ombak, kayu pengikat bot dan sampan dan juga boleh dibakar untuk dijadikan arang. Maka disebabkan itu, permintaan terhadap kayu pokok bakau semakin tinggi dan menyebabkan penebangan pokok bakau semakin berleluasa. Faktor yang kedua ialah aktiviti penternakan ikan dan udang di kawasan hutan bakau boleh menyebabkan habitat pokok bakau terjejas. Ini kerana, aktiviti tersebut dapat menjejaskan ekosistem yang ada di kawasan tersut dan seterusnya mengganggu pokok bakau daripada berkembang. Faktor yang ketiga ialah penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian atau pembangunan. Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat pembangunan pesat membangun di kawasan sekitar tepi pantai atau sungai. Terdapat banyak chalet dan hotel-hotel yang dibina dikawasan hutan paya bakau dan sekaligus memusnahkannya. Faktor yang keempat ialah pencemaran minyak dan bahan buangan industri. Terdapat banyak kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan kecil yang dibina berhampiran kawasan hutan pokok bakau. Kilang dan perusahaan ini akan mengalirkan minyak dan bahan buangan industri mereka ke dalam kawasan hutan pokok bakau. Ini akan menyebabkan banyak hidupan akuatik di kawasan tersebut terjejas dan menyebabkan ekosistem dikawasan tersebut terjejas. Faktor yang seterusnya ialah pemburuan haiwan di kawasan hutan bakau oleh pemburupemburu haram. Kegiatan yang tidak bermoral ini boleh mengganggu tumbesaran pokok bakau dan haiwan-haiwan yang berada di sekitarnya. Ini kerana, pemburu-pemburu ini tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka kepada keadaan sekitar malah mereka akan berasa bangga apabila hajat mereka untuk mendapatkan haiwan tertentu tercapai. Faktor yang terakhir ialah penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan kawasan sekeliling. Cara pengendalian peralatan perikanan yang tidak betul seperti penggunaan jala atau pukat ikan akan menyebabkan kawasan hutan pokok bakau terjejas dan memusnahkan habitat hutan paya bakau secara perlahan-lahan.

4.2 Fauna – Orang Utan 14

HBPE 3203

Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada kepupusan orang utan di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Menurut sumber dari akhbar Berita Harian bertarikh 27 Februari 2012, antara punca-punca bilangan orang utan semakin berkurangan dan diancam kepupusan ialah pemburuan haram, pembalakan haram, gangguan manusia terhadap habitat orang utan, pemerdagangan hidupan liar oleh manusia, pembukaan kawasan untuk penanaman kelapa sawit dan sebagainya. Faktor pertama kepupusan spesis orang utan ialah pemburuan haram. Pemburuan orang utan secara haram sering berlaku kerana mendapat permintaan yang tinggi. Pemburuan ini akan mengakibatkan spesis orang utan semakin pupus dan akan menyebabkan kemusnahan kepada habitat orang utan.

Faktor yang kedua ialah pembalakan haram. Terdapat segelintir manusia yang menebang pokok secara haram jauh di dalam hutan kerana pokok-pokok yang berharga selalunya terdapat di kawasan hutan yang masih belum diterokai lagi. Aktiviti ini dilakukan dikawasan hutan tebal kerana pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak mahu aktiviti pembalakan haram mereka dikesan oleh pihak berkuasa. Disebabkan aktiviti ini, banyak habitat haiwan liar musnah termasuklah habitat orang utan. Faktor yang ketiga ialah gangguan manusia ke atas habitat orang utan. Kawasan habitat orang utan tidak boleh diganggu atau dimusnahkan. Ini kerana, orang utan merupakan haiwan yang sensitif terhadap gangguan, Sekiranya perkara ini berlaku, orang utan akan meninggalkan kawasan mereka dan berpecah daripada kumpulan mereka. Sekiranya mereka hidup bersendirian, risiko diserang haiwan lain adalah tinggi dan seterusnya akan mengancam nyawa mereka. Faktor yang seterusnya ialah pemerdagangan hidupan liar. Terdapat beberapa kumpulan manusia yang memperdagangkan hidupan liar disebabkan permintaan yang tinggi oleh sesetengah individu. Ini sebabkan kerana, populasi orang utan yang hanya terdapat di Malaysia dan Indonesia. Orang utan yang ditangkap akan diseludup ke negara luar dan dijual dengan harga yang tinggi. Akibat daripada perbuatan ini akan menyebabkan habitat orang utan semakin pupus dan diancam kemusnahan. Faktor yang terakhir ialah pembukaan kawasan untuk penanaman kelapa sawit. Terdapat beberapa kawasan habitat orang utan yang berada dalam kawasan pertanian milik Yayasan Sabah. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang dicadangkan untuk penanaman pokok kelapa sawit. ¼ kawasan tersebut telah dibangunkan dan 15

HBPE 3203

ini menyebabkan orang utan yang mendiami kawasan tersebut terpaksa berpindah ke kawasan lain. Sewaktu perpindahan tersebut, mereka terdedah dengan bahaya diburu dan dibunuh oleh pemburu-pemburu haram.

5.0 Usaha-Usaha Konserversi 5.1 Flora – Pokok Bakau Bagi mengatasi masalah kepupusan pokok paya bakau di Malaysia, terdapat beberapa inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah menggubal satu akta baru bagi mencegah pencerobohan hutan paya bakau. Akta ini penting bagi menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab daripada melakukan sesuka hati mereka terhadap habitat hutan paya bakau. Usaha yang kedua ialah dengan menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap kawasan-kawasan panas ini bagi mengelakkan pokok bakau ditebang sesuka hati. Jabatan Perhutanan dan Pihak Maritim telah menjalinkan satu usahasama bagi membendung pencerobohan hutan pokok bakau secara berleluasa. Usahasama ini terbukti berkesan apabila terdapat penurunan terhadap kes-kes penebangan pokok-pokok bakau secara haram di sekitar Semenanjung Malaysia. Usaha yang ketiga ialah program penanaman semula pokok bakau. Terdapat beberapa tempat yang telah menjalankan projek penanaman semula pokok bakau bagi mengelakkan kepupusannya. Contohnya seperti sebuah badan bukan kerajaan iaitu Global Environment Centre (GEC) yang telah mengambil inisiatif untuk membuat projek penanaman semula pokok bakau di Kuala Gula, Perak yang telah mengalami masalah kepupusan pokok bakau. Bukan itu sahaja, GEC juga telah menubuhkan Sahabat Hutan Bakau bagi menyelamatkan ekosistem di sekitar Kuala Gula. 16

HBPE 3203

Selain itu, terdapat pelbagai agensi kerajaan dan agensi swasta di Malaysia yang bergiat cergas dalam aktiviti memulihara dan memelihara alam sekitar. Antaranya ialah Kementerian Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysia Nature Society, Sahabat Alam Malaysia, World Wildlife Fund Malaysia dan sebagainya. Agensi-agensi ini bersama-sama memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar, caracara untuk mengelakkan kemusnahan alam sekitar dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara contoh kempen yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ialah kempen ”Satu Pelajar, Satu Pokok”. Kempen ini berjaya memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri setiap pelajar yang menyertai program ini.

5.2 Fauna – Orang Utan Di Sabah, orang utan adalah haiwan yang dilindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan Haiwan 1963. Oleh itu, Jabatan Hidupan Liar Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membuka penempatan orang utan seperti di Semanggoh Sarawak dan di Sepilok Sabah bagi membendung kepupusan orang utan ini daripada berleluasa. Penempatan ini dapat membantu mengambil anak orang utan yang kehilangan ibu mereka akibat daripada pemburuan haram dan dijaga di penempatan tersebut. Anak-anak orang utan ini akan dijaga dan diberi makanan supaya mereka dapay meneruskan hidup. Pada peringkat umur tertentu, mereka akan dibebaskan di kawasan hutan yang sebenar. Usaha konserversi yang kedua ialah dengan memulakan pelan pembangunan negeri untuk spesis orang utan dengan kerjasama oleh Jabatan Hidupan Liar, DANIDA/Projek SWDCAP, di mana ia melibatkan penglibatan semua pihak iaitu Jabatan Hutan Yayasan Sabah, pengurus syarikat konsesi pembalakan, komuniti tempatan dan sebagainya. Satu perjanjian telah dimeterai oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk melindungi dan menjauhi kawasan habitat hidupan orang utan supaya ekosistem dikawasan tersebut tidak terjejas dan seterusnya menghalang habitat orang utan daripada pupus. Pendidikan konservasi alam sekitar juga merupakan salah satu daripada inisiatif yang dilakukan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak tentang alam sekitar. Setiap kanakkanak dididik tentang kepentingan menjaga alam sekitar daripada kemusnahan dan kehancuran. Pendidikan konservasi ini juga penting bagi memberi pengetahuan dan membantu kanak-kanak 17

HBPE 3203

untuk mengenal dan memahami betapa penting penjagaan terhadap alam sekitar. Secara tidak langsung, ia akan dapat memberikan mereka kesedaran tentang kewajipan mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar mereka. Di Malaysia juga terdapat beberapa akta yang diwujudkan bagi memulihara dan memelihara alam sekitar. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), antara akta-akta yang diwujudkan ialah Akta Perhutanan Negara 1984 (313), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (akta 716) dan beberapa akta-akta yang lain. Akta-akta ini wujud bagi membendung kegiatan-kegiatan yang boleh memusnahkan dan mengancam hidupan flora dan fauna terutamanya orang utan. Menurut sumber daripada akhbar Berita Harian bertarikh 28 April 2003, Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah iaitu Agustine Tugga, tindakan tegas oleh kerajaan dengan mengetatkan pelaksanaan undang-undang Pemeliharaan Hidupan Liar 1957 antara faktor kepupusan orang utan dapat dikawal. Berdasarkan kepada undang-undang tersebut, sesiapa yang melakukan kesalahan memelihara tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen 42 Enakmen yang sama.

6.0 Kesimpulan Kesimpulannya, Malaysia merupakan tempat yang mengandungi pelbagai spesis flora dan fauna yang berharga dan jarang ditemui ditempat lain seperti spesis orang utan dan pokok bakau. Spesis ini merupakan khazanah negara yang amat bernilai. Disebabkan itu, objektif pendidikan konserversi UNESCO 1976 diwujudkan bagi memupuk dan membentuk jiwa yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat supaya spesis flora dan fauna dapat dilindungi daripada diancam kepupusan dan kemusnahan. Jadi, adalah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara, memulihara dan seterusnya memastikan flora dan fauna ini masih terjaga dan terpelihara dengan baik supaya generasi yang seterusnya mendapat manfaat daripadanya.

18

HBPE 3203

Bibliografi Abu Bakar Yang. (2004). Alam Sekitar Anugerah Tuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fadil Othman. (1996). Permasalahan Alam Sekitar. Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hjh Noresah Baharom et al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanisah Mohd Amin. (2005). Atlas Informatif:KBSR Tahun 4,5 dan 6. Selangor: Penerbir Fajar Bakti Sdn. Bhd. Haji Husin. (2011). Era Hijau: Ke Arah Generasi Lestari. Selangor: UPM Holding Sdn Bhd. Zaini Ujang. (2011). Dewan Kosmik. Kuala Lumpur: Nikaz Publications. Newsletter Jabatan Hidupan Liar Tembadau Sabah. 7 Mac 2003. Vol. 3. Akhbar Berita Harian bertarikh 27 Februari 2012 http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/Apr03%2028d.htm http://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/20110428_M_DWK_NEWS_pg54,55_21309e _Spesies%20Tumbuhan%20Ter.pdf http://www.wildlife.sabah.gov.my/NEWSLETTER7%20malay.pdf http://www.wildlife.sabah.gov.my/NEWSLETTER7%20malay.pdf 19

HBPE 3203

20