You are on page 1of 19

HBHE 3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

1

HBHE 3203

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1.1 1.1.1 1.1.2 1.1.3 Stor Sukan Pengenalan Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru Penerangan Tatacara Penggunaan Stor Sukan Sekolah 4 5 6 4 3

1.2 1.2.1 1.2.2 1.2.3

Kantin Pengenalan Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru Penerangan Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah

7 7 8 9

1.3 1.3.1 1.3.2 1.3.3

Dewan / Foyer Pengenalan Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru Penerangan Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah 11 12 12

11

1.4 1.4.1 1.4.2 1.4.3

Bilik Komputer Pengenalan Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 14 15

14

Penerangan Tatacara Penggunaan Bilik Komputer Sekolah 15 2.0 Kesimpulan 3.0 Risalah Tatacara Penggunaan Kantin 4.0 Bibliografi 17 18 19

2

HBHE 3203

1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan edisi keempat, sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar. Selain itu, sekolah juga didefinisikan sebagai tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Dalam akta pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai suatu tempat di mana sepuluh atau lebih orang pelajar yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah tetapi tidak termasuk tempat di mana pengajaran terhad kepada pelajaran Islam sahaja. Menurut Nicholson (1985), untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita perlu mewujudkan sekolah yang berkesan. Sekolah yang berkesan mestilah sekolah yang selamat dengan cara menjadikan sekolah itu efektif dari sudut penggunaannya. Howard (1981) menggariskan enam faktor utama yang perlu diterapkan bagi menjadikan sesebuah sekolah itu selamat. Faktor-faktor tersebut ialah kepimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Keenam-enam faktor ini jika dilaksanakan akan menghasilkan sekolah yang selamat. Salleh Buang (1996) ada juga menyatakan bahawa di dalam sesebuah institusi, terdapat ahli-ahli yang memerlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan. Ini bermakna, sesebuah institusi pendidikan perlu memberikan segala keperluan yang diperlukan warganya bagi memastikan sesebuah institusi pendidikan itu berjaya. Selain itu, Comer (1998) menyatakan bahawa perancangan sekolah yang selamat adalah rangka tindakan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk masa sekarang dan masa akan datang. Rangka tindakan tersebut meliputi pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah dari elemen negatif pihak dalam dan juga pihak luar. Oleh itu, bagi memastikan sesebuah sekolah itu berada dalam keadaan yang sempurna, aspek penjagaan keselamatan perlulah dititik beratkan oleh pihak pengurusan sekolah. Ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan kejadian yang tidak diingini. Prosedur keselamatan sewaktu murid-murid berada di dalam kawasan sekolah perlulah diwujudkan bagi menjamin keselamatan murid-murid di sekolah. Antara tempat

3

HBHE 3203

yang memerlukan prosedur keselamatan ialah di bilik darjah, tandas, stor sukan, kantin, dewan/foyer, bilik komputer, bilik alat pandang dengar (APD), perpustakaan dan sebagainya. Sebagai contoh, prosedur keselamatan di dalam kelas seperti dilarang berlariberlari, dapat membantu mengelakkan kemalangan di kalangan murid-murid sewaktu berada di dalam kelas. Ia dapat membantu mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku kepada semua warga sekolah dan dapat memastikan keselamatan warganya pada setiap masa.

1.1 Stor Sukan 1.1.1 Pengenalan Tajuk : Tatacara Penggunaan Stor Sukan Sekolah

Kebanyakan sekolah di Malaysia mempunyai stor peralatan atau dikenali sebagai stor sukan. Stor sukan memainkan peranan penting sebagai tempat untuk menyimpan alatan sukan. Pengekalan sesuatu alatan sukan dapat memberi peluang kepada guru-guru pendidikan jasmani untuk merancang pengajaran mereka supaya menjadi lebih seronok dan bermakna. Bagi murid-murid sekolah pula, bilangan peralatan yang mencukupi membolehkan mereka menerima pelajaran dengan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Selain itu, kewujudan stor sukan juga boleh menentukan bilangan alatan sukan yang perlu dibeli oleh sesebuah sekolah. Sekiranya peralatan sukan ini tidak diletakkan di satu-satu tempat yang khas, maka agak sukar bagi 4

HBHE 3203

guru untuk mengetahui jumlah peralatan sukan yang sebenarnya. Ini seterusnya akan menyukarkan sesuatu pengajaran itu dirancang dan dilaksanakan. Berdasarkan kepada surat pekeliling ikhtisas bilangan 9/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), terdapat beberapa garis panduan yang perlu diberi perhatian khusus oleh semua pihak yang terlibat sewaktu menguruskan dan menggunakan stor sukan. Garis panduan yang ditetapkan oleh KPM adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

1.1.2

Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 1. 2. 3. Alatan-alatan sukan mestilah diletakkan di tempat khas yang telah disediakan oleh penyelaras stor sukan. Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan ke dalam buku keluar masuk peralatan sukan. Penyelaras stor sukan perlu memastikan peralatan sukan yang digunakan mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan sama ada ia rosak atau perlu diperbaiki. Semua murid dilarang untuk masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran daripada guru. Murid-murid dilarang untuk mengambil sebarang peralatan sukan tanpa kebenaran daripada guru. Murid-murid diminta untuk melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan. Guru diminta untuk mengawasi dengan rapi penggunaan peralatan sukan yang boleh dikategorikan sebagai alatan yang merbahaya. Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan. Memastikan stor sukan berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur pada setiap masa. 5

HBHE 3203

11. 12.

Memastikan hanya jurulatih atau guru penasihat sukan yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan. Memberikan penerangan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk mengendalikan peralatan sukan dengan cara yang betul.

1.1.3

Penerangan Tatacara Penggunaan Stor Sukan Sekolah Bagi tatacara yang pertama, setiap peralatan sukan yang diambil oleh guru perlu diletakkan semula di tempat khas yang telah disediakan. Ia bagi mengelakkan guru lain tercari-cari peralatan tersebut jika ia diletakkan ditempat yang berlainan. Tatacara yang kedua pula ialah merekodkan semua alatan yang dikeluarkan dari stor sukan ke dalam buku keluar masuk peralatan sukan. Ini bagi memudahkan penyelaras untuk mengesan sekiranya ada perlatan sukan yang tidak mencukupi atau hilang. Tatacara yang ketiga ialah penyelaras stor sukan perlu memastikan peralatan sukan yang digunakan mempunyai kelulusan piawai daripada undang-undang persatuan sukan. Tatacara ini sangat penting kerana jika berlaku kemalangan disebabkan oleh penggunaan peralatan yang tidak mengikut piawaian, maka pihak sekolah akan dipersalahkan. Tatacara yang keempat ialah membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan sama ada rosak atau perlu diperbaiki. Ini bagi memastikan setiap peralatan yang digunakan oleh murid-murid selamat dan tidak boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Tatacara yang kelima ialah semua murid dilarang untuk masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran daripada guru. Ini kerana, di dalam stor sukan terdapat beberapa peralatan yang dianggap merbahaya kepada murid-murid sekolah seperti bola lontar peluru. Sekiranya murid-murid ini masuk ke dalam stor sukan tanpa sebarang pengawasan dan berlaku kemalangan, maka guru pada waktu tersebut akan dipersalahkan oleh pihak sekolah. Tatacara yang keenam ialah murid-murid dilarang untuk mengambil sebarang peralatan sukan tanpa kebenaran guru. Tatacara ini dibuat bagi mengelakkan murid masuk ke dalam stor sukan dan bermain-main dengan peralatan-peralatan sukan yang tidak sepatutnya. Perbuatan ini boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka. 6

HBHE 3203

Tatacara yang seterusnya ialah murid-murid diminta untuk melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan. Laporan perlu dibuat oleh murid sekiranya peralatan yang mereka gunakan bermasalah dan guru juga boleh mengasingkan peralatan tersebut daripada digunakan oleh kelas yang lain. Tatacara yang kelapan ialah guru diminta untuk mengawasi dengan rapi penggunaan peralatan sukan yang boleh dikategorikan sebagai alatan yang merbahaya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku kepada murid sekiranya tiada pengawasan daripada guru. Tatacara yang kesembilan ialah guru perlu mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang telah ditetapkan. Guru-guru dilarang daripada meminjam peralatan sukan selain daripada waktu pengajaran dan pembelajaran mereka bagi mengelakkan guru lain kekurangan bahan untuk pengajaran. Tatacara yang kesepuluh ialah memastikan stor sukan berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur pada setiap masa. Keadaan stor sukan yang kemas dan teratur akan memudahkan guru untuk mencari peralatan sukan yang dikehendaki. Tatacara yang kesebelas ialah memastikan hanya jurulatih atau guru penasihat sukan yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan. Ini kerana, cara pengendalian setiap peralatan sukan adalah berbeza. Cara pengendalian yang betul akan mengurangkan risiko kerosakan kepada peralatan tersebut. Tatacara yang terakhir ialah memberikan penerangan kepada murid-murid tentang cara untuk mengendalikan peralatan sukan dengan cara yang betul. Penerangan yang diberikan oleh guru dapat membantu untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan yang mungkin dihadapi oleh murid sekiranya mereka mengendalikan sesuatu alatan sukan dengan cara yang salah.

1.2

Kantin 7

HBHE 3203

1.2.1

Pengenalan Tajuk : Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1989), pembekalan perkhidmatan makanan kepada guru dan murid merupakan satu kewajipan dalam setiap sekolah. Kantin sekolah adalah sumber utama kepada guru, murid dan warga sekolah yang lain untuk mendapatkan bekalan makanan semasa sesi persekolahan. Selain daripada menyediakan makanan, kantin juga merupakan satu tempat penting bagi mewujudkan pelbagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Murid-murid boleh membina pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan serta tabiat sosial. Menurut Dudley S.R (1998), objektif utama dalam perkhidmatan makanan di sekolah adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk dimakan. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 2/1983 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada menyatakan bahawa kantin merupakan satu kemudahan yang penting di sekolah dan pihak pentadbir perlu memastikan bahawa kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

1.2.2

Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 1. Guru yang bertugas perlu memastikan menu yang disediakan oleh pihak kantin mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.

8

HBHE 3203

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Murid-murid diminta untuk meletakkan bekas makanan dan minuman ke dalam bekas yang disediakan. Semua murid diminta untuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang telah disediakan. Murid-murid diminta untuk beratur sewaktu membeli makanan dan minuman. Pihak sekolah perlu memberi teguran kepada pengusaha kantin sekiranya terdapat peraturan-peraturan yang tidak dipatuhi. Semua murid tidak dibenarkan untuk membuat bising sewaktu berada dikawasan kantin sekolah. Murid-murid perlu mengikut arahan pengawas yang bertugas sewaktu berada di kantin. Semua murid diminta untuk membuang sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan. Semua warga sekolah perlu memastikan kebersihan kantin pada setiap masa. Murid-murid perlu mematuhi semua peraturan kantin yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Guru-guru perlu memastikan peralatan yang terdapat dikantin mencukupi. Guru perlu memantau jenis-jenis makanan yang dijual di kantin supaya mematuhi peraturan yang telah disediakan.

1.2.3

Penerangan Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah Berdasarkan kepada tatacara penggunaan kantin sekolah di atas, tatacara yang pertama ialah guru yang bertugas perlu memastikan menu yang disediakan oleh pihak kantin mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Ini penting bagi memastikan menu yang dibuat merangkumi semua nutrisi harian yang diperlukan oleh murid-murid. Tatacara yang kedua ialah murid-murid diminta untuk meletakkan bekas makanan dan minuman ke dalam bekas yang disediakan. Tatacara ini bagi mendisiplinkan murid-murid 9

HBHE 3203

terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tatacara yang ketiga ialah semua murid diminta untuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang telah disediakan. Ia bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara yang betul untuk membersihkan tangan sebelum dan selepas makan. Tatacara yang keempat ialah murid-murid diminta untuk beratur sewaktu membeli makanan dan minuman. Tatacara ini sangat penting kerana jika mereka tidak melakukannya akan berlakukan pergaduhan dan perebutan sewaktu membeli makanan dan minuman di kantin. Tatacara yang kelima ialah pihak sekolah perlu memberi teguran kepada pengusaha kantin sekiranya terdapat peraturan-peraturan yang tidak diikuti. Jika pengusaha kantin tidak menutup makanan yang dijual, maka teguran perlu diberikan oleh pihak sekolah bagi mengelakkan makanan yang dibeli oleh murid tercemar dengan kuman. Tatacara yang keenam ialah semua murid tidak dibenarkan untuk membuat bising sewaktu berada di kawasan kantin sekolah. Ini bagi mengelakkan suasana di kantin menjadi tidak terkawal dan arahan dari pengawas yang bertugas di kantin tidak dapat didengari oleh murid-murid. Tatacara yang ketujuh ialah murid-murid perlu mengikut arahan pengawas yang bertugas. Tatacara ini penting untuk diikuti oleh murid kerana arahan yang dibuat oleh pengawas adalah bagi melicinkan perjalanan di kawasan kantin. Tatacara yang kelapan ialah semua murid diminta untuk membuang sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan. Ini penting kerana pembuangan sisa makanan yang tidak betul akan menyebabkan kuman mudah merebak ke kawasan persekitaran kantin. Tatacara yang kesembilan ialah semua warga sekolah perlu memastikan kebersihan kantin pada setiap masa. Sekiranya kantin berada dalam keadaan yang tidak bersih seperti ada sampah di sekitarnya, murid-murid mungkin akan terpijak dan tergelincir dan seterusnya akan menyebabkan kemalangan. Tatacara yang kesepuluh ialah murid-murid perlu mematuhi semua peraturan kantin yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Ini supaya perjalanan dikawasan kantin berjalan lancar. Tatacara yang kesebelas ialah guruguru perlu memastikan peralatan yang terdapat dikantin mencukupi. Peralatan yang tidak mencukupi ini akan menyebabkan keadaan kelam kabut dan menimbulkan 10

HBHE 3203

suasana huru hara di kalangan murid-murid. Tatacara yang terakhir ialah semua guru perlu memantau jenis-jenis makanan yang dijual di kantin supaya mematuhi peraturan yang disediakan. Pemantauan ini perlu dilakukan dengan kerap supaya pihak kantin tidak menjual makanan yang dilarang seperti makanan berlemak dan mempunyai gula yang berlebihan kepada murid.

1.3 Dewan 1.3.1 Pengenalan Tajuk : Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah

Dewan ialah tempat untuk berkumpul bagi murid, guru dan pihak pentadbiran. Bukan itu sahaja, dewan juga selalu digunakan untuk majlis-majlis anjuran pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Acara yang selalu dibuat di dewan sekolah ialah, perhimpunan unit beruniform, mesyuarat PIBG, pertandingan sukan seperti badminton, ping-pong dan sebagainya. Dewan sekolah juga sering digunakan oleh pihak luar bagi membuat majlis keraian oleh penduduk setempat. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif untuk membuat peraturan dan tatacara supaya ia boleh dipatuhi oleh semua pihak. Peraturan yang dibuat akan memberi panduan kepada pihak luar tentang tatacara yang perlu mereka patuhi sewaktu menggunakan dewan sekolah.

11

HBHE 3203

1.3.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Dewan sekolah hanya boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja. Kebenaran secara bertulis perlulah dibuat jika ada pengguna yang hendak menggunakan dewan pada hari sabtu atau ahad. Dewan sekolah hanya boleh digunakan sebelum pukul 10.00 malam pada hari persekolahan. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan. Lampu dan kipas hendaklah ditutup sebelum pengguna keluar dari dewan sekolah. Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan yang berada di dalam dewan. Sebarang kerosakan yang berlaku di dalam dewan perlulah dilaporkan kepada guru besar dengan segera. Murid-murid dilarang membuat bising semasa berada di dalam dewan. Jika murid menghadapi sebarang masalah untuk mengendalikan peralatan di dalam dewan, guru yang bertugas perlulah dirujuk. Guru-guru perlu memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik. Guru perlu mengunci pintu dewan apabila mereka selesai menggunakannya. Guru perlu menulis di dalam buku khas penggunaan dewan apabila mereka menggunakan dewan pada bila-bila masa.

1.3.3

Penerangan Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah Tatacara penggunaan dewan yang pertama ialah dewan sekolah hanya boleh

digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja. Ini bagi mengelakkan dariapada dewan digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 12

HBHE 3203

seperti melepak. Tatacara yang kedua ialah kebenaran secara bertulis perlulah dibuat jika ada pengguna yang hendak menggunakan dewan pada hari sabtu atau ahad. Ini kerana pihak sekolah perlu mengetahui tujuan penggunaan, siapa yang terlibat dan acara yang hendak dibuat pada hari sabtu atau ahad. Tatacara yang ketiga ialah dewan sekolah hanya boleh digunakan sebelum pukul 10.00 malam pada hari persekolahan. Ini bagi mengelakkan dewan digunakan sehingga lewat malam dan mengganggu warga sekolah dan penduduk setempat. Tatacara yang keempat ialah sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan. Di dalam dewan terdapat peralatan elektrikal yang tidak boleh terkena air dan sisa makanan. Sekiranya ada sisa makanan yang tertinggal, serangga kecil akan merosakkan peralatan yang ada di situ. Tatacara yang kelima ialah lampu dan kipas hendaklah ditutup sebelum pengguna keluar dari dewan sekolah. Ini bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik. Tatacara yang keenam ialah tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan yang berada di dalam dewan. Ini bagi mengelakkan peralatan tersebut hilang atau tersalah letak dan ini akan menyukarkan pihak lain untuk menggunakannya. Tatacara yang ketujuh ialah sebarang kerosakan yang berlaku di dalam dewan perlulah dilaporkan kepada guru besar dengan segera. Ia perlu dibuat supaya peralatan yang rosak dapat digantikan dan perbaiki supaya perjalanan sesuatu majlis berjalan dengan lancar. Tatacara yang kelapan ialah murid-murid dilarang membuat bising semasa berada di dalam dewan. Ini bagi mengelakkan gangguan terhadap sesuatu majlis atau acara yang berlangsung. Tatacara yang kesembilan ialah jika murid mempunyai sebarang masalah untuk mengendalikan peralatan di dalam dewan, guru yang bertugas perlulah dirujuk. Ini bagi mengelakkan peralatan tersebut rosak jika tersalah guna. Tatacara yang kesepuluh ialah guru-guru perlu memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik. Ini bagi melancarkan perjalanan sesuatu majlis tanpa ada gangguan akibat peralatan yang rosak. Tatacara yang seterusnya ialah guru perlu mengunci pintu dewan apabila mereka selesai menggunakannya. Tatacara ini penting untuk dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang peralatan yang terdapat di dalam dewan dicuri. Tatacara yang kedua belas ialah 13

HBHE 3203

guru perlu menulis di dalam buku khas penggunaan dewan apabila mereka menggunakan dewan pada bila-bila masa. Ini kerana, sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan dewan, pihak sekolah boleh mencari guru yang menggunakan dewan sebelum kejadian tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

1.4 Bilik Komputer 1.4.1 Pengenalan Tajuk : Tatacara Penggunaan Bilik Komputer Sekolah

Bilik komputer merupakan salah satu daripada kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zoraini Wati Abas (1993), kewujudan penggunaan komputer bukan sahaja dapat merangsang pemikiran pelajar, bahkan dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, pendedahan kepada penggunaan komputer di sekolah telah direalisasikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Disebabkan itu, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif dengan membuat satu tatacara atau peraturan yang boleh diikuti oleh semua orang supaya perjalanan sesuatu aktiviti di dalam bilik komputer berjalan dengan lancar.

14

HBHE 3203

1.4.2 Tatacara Penggunaan Am 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. komputer. 8. 9. 10. 11. 12. Sekiranya terdapat maklumkan kepada guru. Sila pastikan suis komputer ditutup sebelum anda keluar. Guru-guru dan murid-murid perlu mendapatkan kebenaran daripada penyelaras bilik komputer sebelum menggunakan kemudahan komputer. Mematuhi panduan yang betul sewaktu menghidupkan dan mematikan peralatan komputer. Mencatatkan kehadiran ke dalam buku khas yang telah disediakan. masalah dengan penggunaan komputer, sila Murid-murid diminta untuk menanggalkan kasut sekolah sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Dilarang merokok, makan atau minum di dalam bilik komputer. Hanya pengguna yang mendapat kebenaran sahaja yang boleh berada dalam bilik komputer. Pengguna tidak dibenarkan untuk mengganggu atau mengubah suai peralatan komputer. Pengguna yang menggunakan kemudahan dalam bilik komputer hendaklah menggunakan peralatan dengan berhati-hati. Pastikan penghawa dingin dipasang sebelum suis komputer dihidupkan. Murid-murid dilarang membuat bising sewaktu berada di dalam bilik

1.4.3

Penerangan Tatacara Penggunaan Bilik Komputer Sekolah Tatacara penggunaan bilik komputer yang pertama ialah murid-murid diminta

untuk menanggalkan kasut sekolah sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Ia bagi mengelakkan sebarang kekotoran dibawa masuk ke dalam bilik komputer kerana kekotoran tersebut boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan komputer. Tatacara yang kedua ialah dilarang merokok, makan atau minum di dalam bilik komputer. Ini bagi mengelakkan peralatan komputer tersebut rosak terkena sisa makanan dan minuman yang 15

HBHE 3203

tumpah. Tatacara yang ketiga ialah hanya pengguna yang mendapat kebenaran sahaja yang boleh berada dalam bilik komputer. Perkara ini sangat penting untuk dipatuhi bagi mengelakkan orang yang tidak mendapat kebenaran menggunakan bilik komputer dan mengambil giliran orang lain. Tatacara yang keempat ialah pengguna tidak dibenarkan untuk mengganggu atau mengubah suai peralatan komputer. Ini bagi mengelakkan peralatan komputer tersebut sukar digunakan oleh orang lain. Tatacara yang kelima ialah pengguna yang menggunakan kemudahan dalam bilik komputer hendaklah menggunakan peralatan dengan berhati-hati. Ini kerana, peralatan di dalam bilik komputer ialah peralatan elektrikal yang sensitif dan memerlukan penggunaan yang berhati-hati dan teliti bagi mengelakkan kemalangan. Tatacara yang keenam ialah memastikan penghawa dingin dipasang sebelum suis komputer dihidupkan. Perkara ini penting kerana peralatan komputer memerlukan pengudaraan yang baik bagi mengelakkan peralatan tersebut cepat rosak. Tatacara yang ketujuh ialah murid-murid dilarang membuat bising sewaktu berada di dalam bilik komputer. Ini bagi mengelakkan pihak lain berasa terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh pihak yang lagi satu. Tatacara yang kelapan ialah sekiranya murid mempunyai masalah penggunaan komputer, sila maklumkan kepada guru. Murid-murid dilarang sama sekali cuba menyelesaikan sendiri masalah yang melibatkan bahagian teknikal komputer bagi mengelakkan masalah tersebut bertambah buruk. Tatacara yang kesembilan ialah memastikan suis komputer ditutup sebelum anda keluar. Ini bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik daripada berlaku. Tatacara yang seterusnya ialah guru dan murid perlu mendapatkan kebenaran daripada penyelaras bilik komputer sebelum menggunakan kemudahan komputer. Kebenaran perlu dibuat supaya penyelaras dapat memantau penggunaan komputer. Tatacara yang kesebelas ialah mematuhi panduan yang betul sewaktu menghidupkan dan mematikan peralatan komputer. Ini bagi memastikan peralatan komputer berada dalam keadaan baik dan tidak mudah rosak akibat daripada penggunaan yang salah. Tatacara yang terakhir ialah mencatatkan kehadiran ke dalam buku yang telah disediakan penyelaras bilik komputer.

16

HBHE 3203

Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti peralatan komputer rosak teruk, maka penyelaras bilik komputer dapat mengetahui pengguna terakhir yang menggunakan peralatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

2.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, stor sukan, kantin, dewan dan bilik komputer sekolah merupakan antara kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk kemudahan semua warganya. Pihak pentadbiran sekolah, guru dan murid mempunyai tanggungjawab yang sama bagi memastikan peralatan dan kemudahan yang digunakan berada dalam keadaan baik, terjaga dan tidak mendatangkan bahaya kepada pihak yang menggunakannya. Ini kerana, setiap tatacara yang dirangka adalah meliputi aspek keselamatan, kebersihan dan pengurusan untuk kepentingan semua pihak. Tatacara yang dibuat dapat membantu memberikan panduan kepada semua pihak tentang bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara dengan cara yang betul. Maka, adalah penting bagi semua warga sekolah terutamanya murid-murid untuk mematuhi tatacara penggunaan yang dibuat oleh pihak sekolah supaya kejadian yang tidak diingini boleh dielakkan daripada berlaku.

17

HBHE 3203

18

HBHE 3203

Bibliografi

Comer, J.P. (1998). Model of The School Development Program Success. New Haven, CT: Comer School Development Program. Yale Child Study Centre. Dudley, S.R. (1998). Mastering Catering Science. London: Mcmillan Education. Hjh Noresah Baharom, et al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Howard, W. (1981). ‘School Without Failure”. New York: Harper & Row Publishers. Nicholson, G. Stephen, R. Leavit, V. (1985). “Safe School: You Can Do It Alone”. Phi Delta Kappan, volume 66, number 7, page 491-496. Salleh Buang. (1996). Sejarah Perundangan Malaysia: Kes dan Material. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zoraini Wati Abas. (1993). Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn Bhd. http://forum.smkengkilili.com/index.php?topic=1112.0 http://pat.ipti.edu.my/file.php/1/peraturan_makmal_ipti_hyo.pdf http://www.slideshare.net/asifyahya/garis-panduan-kantin-sekolah

19