You are on page 1of 17

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 2

2.0 Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. 2.1 Definisi Sebutan Baku 2.2 Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 3.0 Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor-Riau dari Segi Fonologi 3.1 Sebutan Baku 3.2 Sebutan Johor-Riau 4.0 Kebaikan dan Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu 4.1 Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu 4.2 Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu 5.0 Rumusan/Kesimpulan 6.0 Rujukan 7.0 Lampiran 12 14 16 17 11 6 8 3 5

1

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.0

Pendahuluan Bahasa merupakan alat penting yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi

sesama mereka. Bahasa bukanlah suatu fenomena semula jadi, sebaliknya ia merupakan sesuatu yang dipelajari. Bahasa digunakan untuk memenuhi kehendak dan keperluan setiap individu. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan pada zaman itu. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu iaitu sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Apabila termaktubnya Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada abad ke 20 yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undangundang Parlimen”, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu iaitu satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh kepulauan Melayu. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, salah satu usaha ke arah pembentukan identiti bangsa adalah melalui dasar bahasanya, iaitu bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan Negara. Seorang tokoh linguistik Melayu, Asmah haji Omar (1998) menyatakan bahawa bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Menurut Noriah Mohamed (1998), beliau menjelaskan bahawa penggunaan bahasa dipengaruhi oleh satu atau lebih komponen sosial berikut iaitu pemeran (siapa yang bertutur dan siapa lawan tutur), latar belakang, tempat, topik, dan fungsi. Sebagai contoh, peribahasa “Bahasa jiwa bangsa” merupakan antara peribahasa yang sering diucapkan oleh rakyat di negara ini. “Bahasa”

2

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

yang digunakan dalam peribahasa ini tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem), ia juga merujuk kepada lambang budaya dan peranan sesuatu bahasa itu sebagai satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat.

2.0

Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.

2.1

Definisi Sebutan Baku

Garvin,P dan Mathiot,M mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa itu diterima oleh masyarakat secara umum. Menurut Asmah Hj. Omar (1978), beliau mendefinisikan bahasa Melayu baku sebagai bahasa Melayu yang diterima oleh semua pemakai bahasa Melayu dan berbagai-bagai dialek. Penggunaan bahasa Melayu baku lebih kepada situasi formal yang meliputi bidang sintaksis dan sebutan. Abdullah Hassan (1974), E.M.F. Payne (1978), dan Nik Safiah Karim (1978) pula sependapat dengan pengertian bahasa baku yang dikemukakan oleh Asmah Hj. Omar. Menurut mereka: “Bahasa Melayu baku ialah satu variasi dialek yang diajar di sekolah-sekolah dan di institut pengajian tinggi, digunakan di radio dan televisyen Malaysia (RTM) juga termasuk bahasa yang digunakan oleh para cendekiawan”. Ramai juga yang berpendapat bahawa sebutan baku merupakan satu ragam atau kelainan bahasa yang digunakan oleh golongan atasan, golongan terpelajar dan orang-orang yang sentiasa berusaha meninggikan taraf mereka dalam masyarakat. Sebutan baku selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara dan siaran melalui media elektronik. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan sebutan di dalam Bahasa Melayu. Prinsip sebutan baku bahasa Melayu (Malaysia dan Singapura) untuk kali pertama telah ditetapkan dalam Kongres 3

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (September 1956) di Johor Bahru dan Singapura. Kongres ini memutuskan bahawa sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik iaitu sebutan yang berdasarkan ejaan, bukan sebutan yang berdasarkan kelaziman sebutan dialek Johor-Riau. Asas sebutan fonemik ialah ‘kata-kata dieja sebagaimana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja dan tidak ada huruf yang senyap’. Setiap huruf vokal dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi vokal tertentu kecuali huruf vokal e melambangkan dua bunyi vokal, iaitu vokal e pepet dan e taling. Manakala setiap huruf konsonan pula melambangkan satu bunyi konsonan, kecuali beberapa huruf yang dapat mewakili beberapa bunyi. Contohnya, huruf konsonan (k) dapat melambangkan tiga bunyi, iaitu bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara (k) seperti pada kata kaki, bunyi hentian glotis (ʔ) seperti pada kata emak dan bunyi geseran rongga tekak bersuara (ç) seperti pada kata hikmat’. Manakala ada bunyi-bunyi konsonan yang dilambangkan oleh konsonan gabung seperti ny [ ɲ ], ng [ ɳ ], sy [ ʃ ], kh [ X ] dan gh [ ɤ ]. Apabila kita memahami kesepadanan antara huruf dengan bunyi, maka dapatlah kita melaksanakan penggunaan sebutan baku dengan betul. Secara keseluruhannya, sebutan baku atau dikenali juga sebagai sebutan fonemik merupakan sebutan yang berdasarkan ejaan. Sistem sebutan baku ini menggunakan sistem satu huruf satu bunyi. Sebutan baku juga dikatakan sebagai sebutan standard kerana penggunaan bahasa ini boleh difahami oleh semua pengguna bahasa yang terdiri daripada mereka yang menggunakan pelbagai dialek di negara ini. Selain itu, sebutan baku juga digunakan didalam situasi formal seperti di dalam bidang pendidikan, bidang penyiaran, majlis-majlis formal dan sebagainya. Hal ini kerana, sebutan baku ini mudah difahami oleh semua golongan masyarakat walaupun mereka mempunyai bahasa ibunda mereka sendiri. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa sebutan baku ini merupakan sebutan yang sempurna dan boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat.

4

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

2.1

Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu

Dasar umum sebutan baku ialah sebutan baku atau dikenali sebagai sebutan fonemik disebut berdasarkan ejaan dan tiada huruf yang disenyapkan. Ini bermakna, seseorang penutur itu mestilah menyebut perkataan itu berdasarkan setiap huruf yang terdapat di dalamnya, iaitu sebutan berdasarkan perlambangan huruf dan penyukuan kata, serta fungsinya dalam ayat. Penutur juga perlu memberi perhatian kepada sebutan huruf iaitu setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah disebut dengan jelas menurut bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Ciri-ciri sebutan yang perlu diberi perhatian ialah dari segi sebutan huruf, sebutan kata dan intonasi. Ciri-ciri sebutan huruf bermakna sebutan huruf dalam ejaan rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa melayu yang dilambangkan. Manakala ciri-ciri sebutan kata ialah hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata iaitu pola-pola suku kata sama ada kata dasar atau kata terbitan. Bagi ciri-ciri intonasi, ia bermaksud nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan intonasi itu hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau perkataan dalam bahasa Melayu. Datuk Hassan Ahmad (1989) pernah menyatakan bahawa, “Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris”. Ini bermakna, dasar umum sebutan baku bahasa Melayu menekankan ciri-ciri sebutan huruf, sebutan kata dan juga intonasi untuk digunakan apabila seseorang itu hendak menyebut sesuatu perkataan menggunakan sebutan baku. Maka jelaslah di sini bahawa dasar umum sebutan baku bahasa Melayu adalah sebutan yang berdasarkan ejaan. Dialek atau sebutan perkataan asing tidak akan digunakan sama sekali. Selain itu, dalam

5

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

dasar umum sebutan baku bahasa Melayu ini terdapat tiga ciri yang perlu diberi perhatian iaitu ciri-ciri sebutan huruf, ciri-ciri sebutan kata dan ciri-ciri intonasi.

3.0

Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor-Riau dari Segi Fonologi 3.1 Sebutan Baku

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga tahun 2000, perkataan ‘baku’ membawa maksud “sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bukan bahasa, sebutan, ejaan)”. Sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. Bukan itu sahaja, sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebutan baku juga memiliki struktur hukum yang lebih jelas, tekal dan seragam. Sebutan baku berupaya menghindarkan kecelaruan sebutan yang timbul akibat perbezaan latar belakang dialek, etnik dan geografi. Sebutan baku merangkumi sebutan huruf vokal, huruf konsonan, diftong dan perkataan yang sudah baku sebutan. Terdapat enam huruf vokal pada sebutan baku. Hurufhuruf vokal ini perlu disebut dengan betul bunyi huruf itu iaitu a, e, i, o dan u. Terdapat juga dua bunyi vokal bagi perkataan serapan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Vokal /a/ diucapkan [a] pada sebarang kedudukan, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya ialah perkataan apa [a + pa] dan keranda [ke + ran + da]. Manakala contoh sebutan [a] bagi perkataan serapan Bahasa Inggeris ialah album [al + bum]. Vokal /e/ yang melambangkan /e/ taling dan /e/ pepet diucapkan [e] atau [ә] mengikut bunyi asal sesuatu perkataan itu. Contohnya ialah perkataan elok [e +lok] dan perkataan emak [e + mak]. Vokal / i / dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [ i ] bukannya bunyi [ e ]. Contohnya ialah pulih [pu + lih] dan bukannya disebut sebagai puleh [pu +leh]. Begitu juga dengan vokal /o/ yang disebut sebagai [o] dan bukannya [u]. Contohnya ialah perkataan

6

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

borang [bo + rang] dan bukannya disebut sebagai burang [bu + rang]. Vokal /u/ yang

melambangkan bunyi [u] diucapkan bunyi [u] juga, dan bukannya bunyi [o]. Begitu juga dengan perkataan pinjaman dan serapan. Contohnya ialah perkataan ulat [u + lat] dan ulam [ u + lam ].
Terdapat tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu /ai/, /au/, dan /oi/. Semua diftong ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi. Huruf diftong /ai/ dilafazkan dengan bunyi [ai] pada semua kedudukan pada suku kata terbuka. Contohnya ialah perkataan kedai [ke.dai] dan pandai [pan.dai]. Manakala huruf diftong /au/ dilafazkan dengan bunyi [au] pada semua kedudukan (suku kata terbuka). Contohnya ialah perkataan pulau [pu.lau] dan aurat [au.rat]. Huruf diftong /oi/ pula dilafazkan dengan bunyi [oi] dan bukan dengan bunyi [i] bagi kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka). Contohnya ialah perkataan amboi [am.boi] dan boikot [boi.kot]. Terdapat lapan belas fonem konsonan yang dianggap sebagai konsonan asli, seperti yang dilambangkan dengan huruf-huruf b, c, d, g, h, j, k, I, m, n, ng, ny, p, r, s, t, w, y. Semua huruf-huruf konsonan disebut dengan nilai bunyinya sama ada di awal, di tengah dan di akhir setiap perkataan. Contohnya ialah konsonan b apabila berada dia awal disebut sebagai [ba.kul], di tengah [sam.bal] dan di akhir [lem.bab]. Manakala contoh huruf-huruf konsonan c yang berada di awal, di tengah dan di akhir ialah [cu.lik], [pu.cuk] dan [Mac]. Perkataan yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di awal, di tengah atau di akhir perkataan. Contohnya ialah huruf gh, di awal [ gha.ib ], di tengah [ magh.rib ] dan di akhir [ ba.ligh ]. Huruf kh, di awal [ kha.bar ], di tengah [ a.khir ] dan di akhir [ ta.rikh ]. Fonem-fonem seperti yang dilambangkan dengan huruf-huruf f, gh, kh, q, sy, v dan z adalah fonem-fonem asing yang dipinjam daripada pelbagai bahasa lain seperti bahasa ‘Arab dan bahasa Inggeris.

7

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Huruf a e ә i o u ai au oi

Bunyi a e i o u ai au oi

Contoh perkataan dan ejaan apa elok emak pulih borang ulam kedai pulau amboi

Sebutan baku [apa] [eloʔ] [emaʔ] [pulih] [borang] [ulam] [kedai] [pulau] [amboi]

3.2

Sebutan Johor-Riau

Sebahagian besar karya Melayu lama muncul di daerah Johor-Riau. Salah satu daripada karya sastera tersebut ialah Sulalatus Salatin atau dikenali sebagai Sejarah Melayu yang ditulis di Johor oleh Tun Sri Lanang. Pola-pola ayat yang terdapat dalam karya tersebut dianggap sebagai pola-pola ayat Melayu baku. Sebutan Johor-Riau boleh dikatakan lebih bersifat kolokial iaitu mempunyai pengaruh dialek dan slanga. Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebutan bahasa Melayu yang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Sebutan Johor-Riau ini juga menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Sebutan Johor -Riau mengandungi enam fonem vokal yang ditulis dalam tulisan rumi. Ia mengandungi hanya lima huruf iaitu a, e, i, o dan u. Fonem /a/ sebagai vokal pada suku kata terbuka yang berada di akhir perkataan disebut dengan bunyi [e]. Contohnya perkataan berapa dan siapa disebut dengan sebutan [berape] dan [siape]. Perkataan daripada bahasa Arab contohnya seperti dunya disebut sebagai [dunie] dan

8

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

bhasa daripada perkataan Sanskrit disebut seperti [bahase]. Ini bermakna, fonem /a/ pada suku kata akhir tidak diucapkan sebagai [a] mengikut yang dieja dalam tulisan, tetapi dieja sebagai [e] mengikut kebiasaan umum dalam pertuturan loghat Riau-Johor. Walau bagaimanapun, akhiran ‘a’ untuk perkataan yang diambil dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal. Contohnya ialah perkataan anda yang disebut anda dan merdeka yang juga disebut sebagai merdeka. Selain itu, fonem /i/ dan /u/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka disebut dengan bunyi [i] dan [u] seperti yang ditulis dalam ejaan. Contohnya ialah perkataan kini dan kamu yang disebut dengan sebutan [kini] dan [kamu]. Manakala fonem /e/ dan fonem /o/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka tidak berlaku dalam loghat ini. Oleh itu perkataan seperti sate daripada bahasa Jawa atau teko daripada bahasa Cina adalah asing dalam sebutan Riau-Johor asli. Pada suku kata tertutup, fonem /a/ tetap disebut dengan bunyi [a] seperti yang dilambangkan dalam ejaan. Contohnya perkataan rapat dan salam. Perkataan-perkataan ini disebut dengan sebutan [rapat] dan [salam]. Fonem /e/ tidak berlaku pada suku kata tertutup dalam loghat Riau-Johor. Ini bermakna, perkataan seperti artikel, sistem dan sumber adalah asing dalam sebutan menurut loghat Riau-Johor asli. Manakala fonem /e/ dan /o/ pada suku kata tertutup tetap diucapkan dengan bunyi [e] dan [o] seperti yang dilambangkan dalam ejaan. Contohnya perkataan toleh dan goreng. Perkataan-perkataan ini disebut dengan sebutan [toleh] dan [goreng]. Begitu juga dengan perkataan-perkataan seperti becok dan botol yang disebut dengan sebutan [becok] dan [botol]. Fonem /i/ dan /u/ pada suku kata tertutup diucapkan dengan bunyi [e] dan [o] dalam sebutan loghat Riau-Johor asli. Oleh sebab itu perkataan-perkataan seperti pulih, hakim, putih dan katil disebut dengan sebutan [puleh], [hakem], [puteh], dan [katil]. Begitu juga dengan perkataan-perkataan seperti urut, perut dan mulut yang disebut dengan sebutan [urot], [perot] dan [mulot]. Selain itu, terdapat suku kata tertutup yang mempunyai akhiran ‘r’ yang akan gugur apabila perkataan itu disebut. Contohnya ialah

9

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

perkataan besar, kasar dan wayar. Semua perkataan ini akan disebut sebagai [besa], [kasa] dan [waya] dengan sebutan a yang betul. Terdapat juga bunyi ‘o’ yang digunakan untuk menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”. Contohnya perkataan tidur yang disebut sebagai [tido] dan telur disebut sebagai [telo]. Akhir sekali, terdapat pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonan. Contohnya ialah seperti perkataan kerja yang disebut sebagai [keja] di mana huruf a menjadi sebutan ě dan perkataan berjalan disebut sebagai [bejalan]. Huruf vokal pada suku kata akhir terbuka a i u Huruf vokal pada suku kata akhir tertutup a e i o u Bunyi e i u Bunyi a e e o o Contoh perkataan dan ejaan berapa kini kamu Contoh perkataan dan ejaan rapat toleh putih botol urut Sebutan Johor-Riau [berape] [kini] [kamu] Sebutan Johor-Riau [rapat] [toleh] [puteh] [botol] [urot]

4.0

Kebaikan dan Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu 4.1 Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu

10

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Sebutan baku bahasa Melayu mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja kepada penuturnya, malah kepada pendengarnya juga. Antara kebaikan sebutan baku bahasa Melayu ialah ia menggunakan prinsip fonemik. Prinsip fonemik ialah prinsip dimana satu huruf satu bunyi. Ini akan memudahkan para penutur menuturkan kata-kata tanpa melakukan kesilapan kerana penggunaan bahasa baku mempunyai sebutan yang jelas dan mudah difahami oleh pendengarnya. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada terjadinya salah faham antara penutur dan pendengar akibat daripada penggunaan bahasa yang salah atau yang sukar difahami. Kedua, kebaikan sebutan baku bahasa Melayu ialah ia dapat membantu seseorang itu meningkatkan penguasaan tatabahasa mereka. Hal ini kerana, dengan menggunakan sebutan baku bahasa Melayu, ia dapat meningkat penguasaan individu dari segi tatabahasa, sistem ejaan dan kosa kata iaitu dari segi perbendaharaan kata umum dan istilah. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan daripada mereka melakukan kesilapan sewaktu berbicara dalam bahasa melayu, malah ia juga akan membantu mereka untuk menguasai sebutan baku bahasa Melayu dengan lebih baik lagi. Selain itu, terdapat kebaikan sebutan baku bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini kerana, sistem sebutan baku itu yang bersifat fonemik akan dapat menghasilkan ketekalan bunyi antara huruf dan bunyi. Secara tidak langsung, ia akan dapat menyeragamkan penggunaan bahasa dikalangan murid-murid agar ia dapat memudahkan proses pembelajaran bahasa di sekolah. Manakala dari segi penulisan, bahasa baku tidak mengubah ejaan sesuatu perkataan. Ini bermakna, murid-murid tidak akan mengalami masalah dalam penulisan mereka. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa baku merupakan bahasa yang melambangkan kedaulatan Negara kita. Hakikat ini termaktub dalam perlembagaan persekutuan dibawah perkara 152 yang menyatakan bahawa,“Bahasa Kebangsaan di negara ini adalah Bahasa

Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Secara tidak langsung, dengan termaktubnya 11

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

perlembagaan ini, ia akan dapat menyatukan rakyat yang berbilang bangsa. Melalui Dasar Pendidikan Negara, aspek yang ditekankan ialah penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian kerajaan yang lain. Melalui penggunaan satu bahasa yang sama diharap akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Menurut Sidek Saniff (1992), pembakuan sebutan ini akan menjadikan bahasa Melayu lebih kental. Hal ini kerana, dengan penggunaan bahasa baku yang seragam antara semua rakyat, ia akan dapat memartabatkan bahasa itu dikalangan masyarakat. Bukan itu sahaja, sebutan baku bahasa Melayu ini juga hampir sama sebutannya dengan bahasa yang digunakan di Singapura dan Indonesia. Secara tidak langsung, ia akan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara tersebut dengan Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya meneruskan dan mempertahankan bahasa baku ini sebagai bahasa rasmi negara kita daripada terus terkubur.

4.2

Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Selain daripada kebaikan, terdapat juga beberapa keburukan sebutan baku bahasa Melayu. Antara keburukan sebutan baku bahasa Melayu ialah dari segi tatabahasanya. Ini kerana, tatabahasanya sering berubah seiring dengan peredaran zaman. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. Apabila timbul kekeliruan, ia akan menyebabkan masyarakat semakin sukar mendalami dan memahami sesuatu sebutan baku itu dengan betul. Akibatnya, ada di antara individu-individu yang malu menggunakan bahasa baku kerana takut ditertawakan sekiranya mereka menyebut satu-satu ayat itu dengan sebutan yang salah. Selain itu, pengaruh dialek yang terdapat dikebanyakan negeri di negara ini juga boleh menyebabkan bahasa baku terpinggir. Ini kerana, apabila masyarakat sering menggunakan bahasa dialek, mereka akan seolah-olah terlupa dengan bahasa baku yang perlu mereka ketahui dan gunakan dalam urusan rasmi dan formal. Apabila jarang

12

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

digunakan, pengetahuan mereka dalam sebutan baku akan semakin berkurangan dan menyebabkan mereka sukar menentukan sama ada sebutan baku yang mereka gunakan betul atau tidak. Hal ini sering terjadi kerana pengaruh bahasa dialek mereka lebih kuat berbanding pengaruh sebutan baku dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, terdapat juga ahli-ahli bahasa dan para cendiakawan yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa baku ini menyukarkan mereka terutamanya dari segi sebutan. Menurut Awang Sariyan (2002),”Ketika gagasan sebutan baku sedang dimantapkan, tidak kurang kalangan yang menentang dan memperolok-olokkannya”. Hal ini terjadi kerana pelaksanaan sebutan baku ini juga memerlukan masa yang lama untuk dihayati sedangkan kebanyakan penuturnya lebih mahir dengan penggunaan sebutan biasa mahupun dialek yang sudah sebati dalam kehidupan mereka. Masih ada di antara individu-individu ini yang masih lagi menyebut sesuatu perkataan itu dengan menggunakan sebutan yang telah menjadi kebiasaan mereka. Jika perkara ini berterusan, proses pembakuan bahasa akan sukar untuk dicapai. Selain itu, bahasa baku yang jarang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga boleh mengakibatkan murid-murid tidak mahir menggunakan bahasa baku. Hal ini sering berlaku disesetengah negeri kerana mereka lebih mengutamakan dialek mereka sendiri. Alasan yang sering diberikan ialah jika guru-guru menggunakan bahasa baku, murid-murid tidak akan memahami apa yang diperkatakan oleh guru. Ia akan menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Ini menunjukkan bahawa masih ada pihak yang menganggap bahasa baku bukan merupakan bahasa yang perlu diberi keutamaan untuk diajar kepada generasi yang seterusnya.

5.0

Kesimpulan/rumusan

13

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Pembakuan

bahasa Melayu

merupakan

wawasan

yang bertujuan

untuk

mewujudkan masyarakat yang padu. Ini kerana, kita mahu seluruh masyarakat di negara ini tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala urusan rasmi dan urusan formal. Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah sebutan yang berdasarkan kepada ejaan. Maksudnya satu huruf satu bunyi. Sebutan baku ini biasanya digunakan dalam majlis rasmi dan formal. Bukan itu sahaja, sebutan baku juga amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Ini adalah untuk membina budaya berbahasa yang betul dari segi ejaan,sebutan huruf, sebutan kata, penggunaan tatabahasa dan istilah serta laras bahasa di kalangan para pelajar. Dasar umum sebutan baku ialah sebutan baku atau sebutan fonemik Bahasa Melayu hendaklah disebut berdasarkan ejaan. Ini bermakna, seseorang penutur itu mestilah menyebut perkataan itu berdasarkan setiap huruf yang terdapat di dalamnya. Sebutan baku bahasa Melayu juga adalah sebutan yang dikodifikasi dan seragam sifatnya dan diterima oleh masyarakat. Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa bahasa Melayu Johor-Riau adalah sebutan baku. Ini kerana, penggunaan bahasa Melayu Johor-Riau yang meluas di negara ini. Namun tanggapan ini terbukti salah. Sebutan baku bukanlah sebutan yang berdasarkan kelaziman sebutan dialek Johor-Riau. Walaupun terdapat ramai penutur bahasa Melayu Johor-Riau di negara ini, namun ialah bukanlah bahasa baku yang sebenarnya. Hakikat ini termaktub dalam perlembagaan persekutuan dibawah perkara 152 yang menyatakan bahawa,“Bahasa Kebangsaan di negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undangundang Parlimen”. Perkara ini diakui sendiri oleh Nik Safiah Karim seorang tokoh bahasa yang terkenal. Beliau menyatakan bahawa “Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila terdapat manusia yang menggunakan pelbagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang sesama mereka. Setiap pihak berusaha untuk menggugurkan dialek masingmasing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau dengan tujuan

14

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

untuk difahami oleh pihak yang mendengarnya. Oleh sebab itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga menggunakan bahasa baku dalam perbualan seharian kita. Ini kerana bahasa baku mampu membuatkan semua pihak bersatu-padu dan seterusnya mampu membawa perubahan kepada negara.

RUJUKAN

15

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Raminah Hj Sabran. (1989). Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 2. Kamarudin Hj Hassan, Siti Hajar Hj Abdul Aziz. (1999). Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. Dr.Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu Asas Pegangan Guru. Selangor: PTS Publicators & Distributors Sdn.Bhd. 4. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. http://www.slideshare.net

6. Asraf. 1986. “Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik”,

dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 2 Bilangan 2, MITA, Hlm 25.

LAMPIRAN

16

SUTINA BINTI MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML 1203) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor-Riau Huruf a e taling e pepet i o u ai au oi r Bunyi a e i o u ai au oi r Contoh perkataan dan ejaan apa peka meter katil botol mulut kedai automatik amboi kasar Sebutan Baku [apa] [peka] [meter] [katil] [botol] [mulut] [kedai] [automatik] [amboi] [kasar] Sebutan JohorRiau [ape] [pәka] [mitәr] [katel] [botol] [mulot] [kedai] [otomatik] [amboi] [kasa]

17