You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

1.0 Faktor perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani 1.1 Faktor insfrastruktur 1.2 Faktor murid 1.3 Faktor persekitaran 1.4 Rumusan 2 3 5 8 9

2.0 Reka bentuk kurikulum Pendidikan Jasmani 2.1 Berpusatkan subjek 2.2 Berpusatkan pelajar 2.3 Berpusatkan masalah 2.4 Rumusan

10 11 12 13 14

3.0 Bibliografi

15

Soalan 1
Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop yang tersusun dan mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang baik kepada

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

murid bagi memupuk gaya hidup aktif dan sihat demi mencapai matlamat yang ditetapkan. Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani berbagai faktor perlu dititik beratkan. Faktor utama perancangan perlu diteliti dengan baik dan perlu dilihat sebagai aset utama yang bakal menentukan kejayaan perlaksanaan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Berdasarkan petikan di atas, klasifikasikan faktor utama perancangan aktiviti yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang terancang di sekolah.

1.0 Faktor perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani Menurut Dauer (1995), Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Manakala menurut Freeman (1977, 1992), Pendidikan Jasmani adalah meliputi pembangunan fizikal dan mental. Ia juga menumpukan kepada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Manakala Colfer (1986) pula menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan satu bentuk pembelajaran yang bersifat holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar. Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani, setiap pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman menjalankan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani juga berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat. Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop pengalaman 2

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

pembelajaran yang rapi dan berturutan serta mampu mendedahkan kanak-kanak kepada gaya hidup aktif dan sihat untuk berupaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat beberapa faktor di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah yang perlu diambil kira. Faktor-faktor utama yang harus diteliti ialah faktor infrastruktur, faktor perkembangan murid dan faktor persekitaran. Ketiga-tiga faktor ini merupakan faktor utama kejayaan di dalam perlaksanaan sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.

1.1

Faktor Insfrastruktur Faktor insfrastruktur merupakan antara salah satu faktor penting yang perlu di

ambil kira di dalam perancangan sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani yang terancang di sekolah. Antara perkara yang perlu dititik beratkan di dalam konteks insfrastruktur ini ialah dari segi kemudahan, peralatan dan kepakaran. Dari segi kemudahan, perkara yang perlu difikirkan ialah dari sudut kedudukan sesebuah sekolah itu. Terdapat sekolah yang berada dikawasan bandar dan juga sekolah yang berada dikawasan luar bandar. Seperti yang kita ketahui, sekolah yang berada di bandar mempunyai banyak kelebihan berbanding sekolah yang berada di luar bandar. Kewujudan sesuatu pertubuhan yang terdapat di bandar memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menggunakan kepakaran yang mereka ada untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah mereka. Bukan itu sahaja, di bandar juga tedapat guru-guru yang mempunyai kepakaran khas di dalam sesuatu bidang. Ini kerana, terdapat persatuanpersatuan yang diiktiraf oleh badan kerajaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil kemahiran di dalam bidang Pendidikan

Jasmani yang tertentu. Tetapi berlainan pula dengan sekolah yang berada di luar bandar. Kepakaran di kalangan guru dan orang luar amat terhad dan ini menyebabkan tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Bukan itu sahaja, aktiviti yang hendak dilaksanakan juga perlu

3

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

mengikut pekerjaan ibu bapa jika mahukan mereka terlibat sama di dalam aktiviti sekolah anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, kegiatan di luar kelas juga terhad dan seterusnya akan menghadkan penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal tersebut. Selain daripada kedudukan sekolah, kemampuan kewangan sekolah juga perlu diambil kira di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani. Sesebuah sekolah akan diberi peruntukan kewangan berdasarkan kepada jumlah pelajarnya. Ini bermakna, sekolah yang mempunyai ramai murid akan mempunyai banyak wang untuk membuat aktiviti. Bukan itu sahaja, faktor sosioekonomi seseorang pelajar juga merupakan faktor penyumbang kepada kemajuan sesebuah sekolah. Ini kerana jika pihak sekolah ingin meminta sumbangan kewangan dan kerjasama daripada ibu bapa, mereka tidak akan mempunyai masalah untuk memberi bantuan kewangan dan sumbangan tenaga. Selain itu, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah juga perlu difikirkan sewaktu merancang sesebuah aktiviti. Ini kerana jika kemudahan itu tidak mencukupi, pihak sekolah perlu memikirkan alternatif yang lain untuk membuat penambahbaikan bagi mengelakkan aktiviti yang dirancang terganggu kelancarannya. Manakala dari sudut peralatan, pemilihannya perlulah berdasarkan kepada spesifikasi umur seseorang individu itu. Ini kerana alatan yang dibuat adalah berdasarkan kemampuan seseorang pelajar mengikut peringkat umur mereka. Contohnya ialah ada alatan yang dibuat khusus untuk murid bedasarkan tahap umur mereka seperti baton untuk acara lari berganti-ganti, bola lontar peluru dan sebagainya. Bukan itu sahaja, terdapat juga spesifikasi yang perlu dipatuhi sekiranya ada diantara pelajar yang bertanding di dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan. Ini kerana jika alatan yang digunakan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, ia boleh mengundang kepada kecelakaan dan kemudaratan kepada penggunanya.

Selain itu, kepakaran seseorang tenaga pengajar juga merupakan salah satu daripada faktor yang perlu diambil kira di dalam merancang sesebuah aktiviti Pendidikan Jasmani. Ini kerana guru-guru Pendidikan Jasmani seharusnya memahami bahawa skop 4

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

bidang tugas mereka ini mempunyai risiko. Keperluan tenaga pengajar yang pakar dalam sesuatu matapelajaran juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah sekiranya mereka ingin melaksanakan sesebuah aktiviti Pendidikan Jasmani dengan jayanya. Pihak sekolah memberikan mereka liabiliti yang perlu dipertanggungjawabkan semasa menjalankan tugas mereka. Disebabkan itu, setiap guru Pendidikan Jasmani perlu mempunyai kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan sesuatu yang tidak diingini mungkin terjadi kepada pelajar mereka. Bukan itu sahaja, sikap para guru juga perlu selari dengan bidang tugas mereka untuk mengelakkan terjadinya kejadian yang boleh mencemarkan karier perguruan mereka. Selain itu, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh guru Pendidikan Jasmani seperti yang telah digariskan oleh pihak kementerian. Antaranya ialah, memastikan bahawa murid yang menjalankan aktiviti cergas, aktiviti yang dipilih perlu bersesuaian dengan umur dan kebolehan murid, aktiviti yang dipilih perlu diluluskan oleh badan profesional dan sekolah, guru yang menggendalikan aktiviti fizikal atau kokurikulum mempunyai kepakaran, arahan yang diberikan jelas, betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama akitviti yang berisiko seperti permainan ragbi dan kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dijalankan.

1.2

Faktor murid Faktor kedua yang perlu di ambil kira di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah ialah faktor murid. Pendidikan Jasmani mementingkan aspek perkembangan diri setiap individu. memberi penekanan kepada perkembangan kognitif, perkembangan afektif, perkembangan psikomotor dan juga

perkembangan sosial setiap pelajar. Perkembangan setiap pelajar boleh dikategorikan kepada empat domain. Domain yang pertama ialah domain kognitif yang melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain yang kedua ialah domain afektif yang

5

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain ketiga ialah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar dan domain yang terakhir ialah domain sosial yang melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar. Domain yang pertama ialah domain kognitif. Ia merupakan fokus utama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia boleh dibahagikan kepada enam peringkat iaitu daripada tahap yang boleh dicapai dan seterusnya kepada tahap yang sukar dicapai. Perkembangan domain kognitif melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. Perancangan kognitif ini disusun mengikut keupayaan pelajar seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan untuk membina kefahaman mereka di dalam sesuatu aktiviti. Kemudian mereka akan cuba untuk mengaplikasikannya. Setelah itu, mereka akan membuat analisis, sintesis dan penilaian terhadap aktiviti yang mereka lakukan. Guru perlu menggunakan domain ini sewaktu pengajarannya supaya pelajar boleh memahami dan seterusnya mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru dengan jayanya. Domain yang kedua ialah domain afektif. Domain ini mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai pelajar. Domain ini boleh dikelaskan kepada peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi. Peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat penerimaan, gerakbalas, penilaian, organisasi dan perwatakan. Dalam penggunaan domain ini, pelajar perlu bersedia untuk menerima pelajaran dan seterusnya memberikan tindakbalas. Seterusnya, pelajar akan membuat penilaian berdasarkan perlakuannya dan akhirnya menyusun perlakuan tersebut untuk membentuk perwatakan yang sesuai. Penggunaan domain ini di dalam pengajaran Pendidikan Jasmani akan dapat membantu pelajar merasa seronok dan gembira sewaktu melakukan sesuatu aktiviti.

Domain psikomotor pula merupakan domain yang ketiga. Ia merupakan kemahiran yang berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal seseorang individu. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, pelajar diajar untuk menguasai pergerakan yang

6

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

biasa dilakukan dalam kehidupan seharian dan pergerakan baru dalam senaman. Terdapat tujuh peringkat di dalam domain psikomor ini iaitu daripada susah kepada mudah. Peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks, pergerakan suaian dan pergerakan cipta. Pelajar akan membuat persepsi berdasarkan kepada perlakuan yang dibuat oleh guru dan seterusnya membuat persedian untuk melakukan perlakuan tersebut. Kemudian, pelajar akan membuat pergerakan yang terkawal, pergerakan mekanistik dan seterusnya kepada pergerakan kompleks. Akhir sekali, pelajar akan cuba untuk membuat pergerakan suaian dan pergerakan cipta dengan dibantu oleh guru. Domain ini penting untuk dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani kerana ia mampu menghasilkan pelajar yang berkemahiran tinggi di dalam menguasai sesuatu kemahiran. Domain yang terakhir ialah domain sosial. Menurut Dettmer (1997), domain ini khusus untuk hubungan atau tingkah laku sosial. Ia terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim, memulakan dan menukar. Pelajar akan berhubung dan berkomunikasi bersama rakan di dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Seterusnya mereka akan melibatkan diri, berunding dan bekerjasama bersama rakan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Kemudian, pelajar akan menghakimi apa yang telah dilakukannya dan kemudian mereka akan memulakan dan menukar anggapan dan aktiviti mereka supaya ia boleh menjadi suatu aktiviti yang lebih berjaya. Domain ini mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai sikap dan sifat dari sudut kemanusiaan, kemasyarakatan dan saling bantu membantu sesama rakan. Sekiranya kesemua domain ini dapat diterapkan dan dilaksanakan, ia akan dapat menwujudkan aktiviti Pendidikan Jasmani yang lebih terancang dan seterusnya menghasilkan pelajar yang seimbang dari sudut kognitif, afektif, psikomotor dan sosial. Faktor persekitaran Faktor terakhir yang perlu di ambil kira di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah ialah faktor persekitaran. Antara perkara yang perlu

7

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

dititik beratkan di dalam konteks persekitaran ini ialah dari segi budaya setempat, pengaruh politik dan penyelarasan program sukan. Seorang guru Pendidikan Jasmani yang mahir, mampu memanipulasi sesebuah aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Budaya setempat mampu memupuk minat, meningkatkan prestasi dan menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif di dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang terlibat di dalam proses sosialisasi pelajar seperti kepercayaan, pembentukan sosial, bangsa, agama dan kumpulan sosial. Projek khas seperti kem kemahiran dianggap berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan mental pelajar dengan perkembangan rohani, jasmani dan sosial mereka. Ia juga boleh merangsang penglibatan masyarakat setempat yang mempunyai kemahiran untuk sama-sama memberikan sumbangan. Selain itu, jika pelajar terlibat dengan aktiviti fizikal ia akan dapat memupuk gaya hidup yang sihat. Hasilnya akan lahirlah masyarakat yang mempunyai kecergasan fizikal dan mental yang membawa kepada pembentukan budaya setempat yang positif. Selain daripada budaya setempat, pengaruh politik juga perlu diambil kira di dalam merancang sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani. Ini kerana, setiap aktiviti yang dijalankan seharusnya mampu memperkukuhkan interaksi antara pelajar dan memupuk integrasi antara kaum di negara ini seperti yang dihasratkan oleh pemerintah sekarang. Ia juga boleh membentuk dan melatih pelajar menjadi warganegara yang berguna dengan memiliki sifat kesopanan, berdikari dan mematuhi undang-undang negara. Bukan itu sahaja, setiap aktiviti Pendidikan Jasmani yang ingin dilaksanakan perlu mengambil kira keadaan politik semasa supaya tidak berlaku masalah dikemudian hari. Penyelarasan program sukan juga boleh digunakan untuk merancang aktivitiaktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Pendekatan yang boleh diperkenalkan ialah program yang bersifat realistik. Terdapat Program Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan) yang merangkumi tiga aspek utama seperti Program Gerak Kerja Kokurikulum dalam Lingkungan Sekolah (Intramurals), Program Gerak Kerja Kokurikulum Dalam dan Luar (Extramurals) dan juga Program Antara Sekolah. 8

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Selain daripada terlibat dengan aktiviti kurikulum di dalam kelas, pelajar juga perlu melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum di luar waktu pembelajaran. Program kokurikulum ini pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu program intramurals, program extramurals dan program antara sekolah. Progran intramurals ialah program pengukuhan dan pengayaan kurikulum yang melibatkan semua pelajar di dalam kelas Pendidikan jasmani. Mereka wajib memilih persatuan dan unit beruniform yang diminati. Manakala program extramurals pula ialah program yang melibatkan pelajar yang lebih mahir. Contohnya seperti mewakili rumah sukan mereka di dalam acara sukan tahunan sekolah. Program yang terakhir ialah program antara sekolah. Ia meliputi pertandingan diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan. Program seperti ini dikendalikan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri pada peringkat awal untuk memilih pelajar yang berpotensi untuk mewakili negeri.

1.3

Rumusan Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani, faktor infrastruktur, faktor perkembangan murid dan faktor persekitaran perlu dititik beratkan oleh mereka yang terlibat. Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu mempunyai perancangan yang bersistematik dan dirancangkan dengan teliti bagi memastikan kejayaan dalam perlaksanaan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop yang tersusun dan berturutan serta mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang baik kepada murid bagi memupuk gaya hidup aktif dan sihat demi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Soalan 2
Dalam membentuk kurikulum, terdapat beberapa reka bentuk yang boleh dipilih oleh pembangun kurikulum. Reka bentuk itu perlu dijadikan asas rujukan bagi memastikan keperluan kurikulum itu benar-benar sesuai dengan keperluan murid.

9

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Bincang dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian berdasarkan reka bentuk yang dimaksudkan dalam pembentukan kurikulum.

2.0 Reka bentuk kurikulum Pendidikan Jasmani Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan citacita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).

Sebelum sesebuah kurikulum itu dibentuk, pembangun kurikulum perlu mengkaji dan meneliti tentang teori yang berkaitan dengan kurikulum, falsafah pembentukan kurikulum dan kriteria-kriteria yang perlu ada di dalam pembentukan sesebuah kurikulum itu. Terdapat tiga teori utama dalam mereka bentuk sesebuah kurikulum iaitu teori tradisional, teori konseptual dan teori rekonseptual. Teori tradisional ialah teori yang memfokuskan kepada pendekatan tingkahlaku. Manakala teori konseptual pula ialah teori yang memberi fokus kepada analisis situasi semasa. Manakala teori rekonseptualis pula ialah teori yang menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang boleh membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Selain daripada teori, falsafah juga penting di dalam pembentukan sesebuah kurikulum itu. Kandungan falsafah akan membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai secara luaran dan dalaman arah tujuan pendidikan. Terdapat beberapa aliran falsafah yang boleh mempengaruhi reka bentuk sesebuah kurikulum seperti falsafah

10

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

idealisme,

realisme,

paramatism,

perianelisme,

essentialisme,

progressivesme,

rekonstrutionalisme dan eksistensialisme. Bukan sahaja teori dan falsafah penting, kriteria pemilihan reka bentuk juga penting di dalam pembentukan sesebuah kurikulum. Terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji oleh pembangun kurikulum sebelum sesebuah kurikulum itu dihasilkan. Kriteria-kriteria yang perlu dianalisis ialah reka bentuk berpusatkan subjek, reka bentuk berpusatkan pelajar dan reka bentuk berpusatkan masalah.

2.1

Reka bentuk berpusatkan subjek Reka bentuk berpusatkan subjek ialah sebuah reka bentuk yang berasaskan kepada isi kandungan sesebuah pelajaran. Ia terdiri daripada reka bentuk matapelajaran, reka bentuk disiplin, reka bentuk bersepadu dan reka bentuk korelasi. Reka bentuk matapelajaran ialah reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ia kerap juga digunakan dalam mereka bentuk sesebuah kurikulum. Kurikulum ini disusun dengan teratur supaya ia mempunyai peranan sebagai sebuah matapelajaran. Bukan itu sahaja, konsep juga disusun daripada yang ringkas kepada yang kompleks dan ia memberi tumpuan kepada proses mengingat dan memahami. Contohnya, kurikulum sesuatu matapelajaran yang hendak dibentuk perlulah berdasarkan kepada kandungan yang terdapat di dalam buku teks supaya ia boleh disusun dengan baik dan dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu yang dipelajari.

Reka bentuk disiplin pula menekankan kepada isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Ini kerana setiap mata pelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri. Reka bentuk ini dibina berdasarkan kepada proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang. 11

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Contohnya di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani, pelajar bukan sahaja diajar tentang kemahiran membuat sesuatu aktiviti malah mereka juga diajar tentang disiplin sesuatu kemahiran yang hendak dipelajari. Manakala reka bentuk bersepadu ialah reka bentuk yang mencantumkan dua atau lebih subjek supaya menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Ia akan memberi pelajar ilmu yang bersepadu, tidak terasing dan lebih bermakna. Ia juga menghilangkan sempadan antara matapelajaran dan sesuatu disiplin. Contoh reka bentuk bersepadu ialah di dalam matapelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani. Tajuk organ-organ dalam tubuh manusia terdapat dalam kedua-dua subjek tersebut. Reka bentuk yang seterusnya ialah reka bentuk korelasi. Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek kepada satu subjek yang lain dengan tujuan untuk mengurangkan pemisahan antara subjek. Guru-guru bagi subjek yang berkaitan perlu bekerjasama bagi merancang kursus bagi mengaitkan maklumat dari subjek-subjek yang berlainan. Contohnya ialah guru Pendidikan Jasmani boleh bekerjasama dengan guru matapelajaran Sains untuk menghasilkan kerja kursus yang saling berkaitan antara keduadua matapelajaran ini.

2.2

Reka bentuk berpusatkan pelajar Reka bentuk seterusnya yang perlu dikaji oleh pembangun kurikulum ialah reka bentuk yang berpusatkan pelajar. Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan satu elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Ia berdasarkan falsafah progressivesme. Reka bentuk ini terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk yang berpusatkan pelajar, berpusatkan pengalaman dan berpusatkan humanistik. Reka bentuk berpusatkan pelajar ialah berdasarkan kepada pendekatan semulajadi pelajar ketika belajar. Ia menganggap pemikiran pelajar akan berkembang sekiranya mereka diberi peluang untuk belajar berasakan kepada kegemaran dan keperluan mereka. Contohnya ialah seperti sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar mencuba 12

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

sesuatu permainan yang baru, maka di dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani, unsur permainan kecil diselitkan. Reka bentuk berpusatkan pengalaman ialah sebuah reka bentuk yang memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum. Namun reka bentuk ini tidak akan dapat dirancang kerana keperluan dan minat murid tidak dapat dijangka. Ia hanya boleh dibina setelah pendidik benar-benar mengenali seseorang pelajar itu. Contohnya, jika sesuatu kurikulum baru hendak digubal, maka pembina kurikulum perlulah turun padang untuk lebih mengenali pelajar tersebut supaya kurikulum berpusatkan pengalaman dapat dibentuk. Manakala reka bentuk berpusatkan humanistik ialah reka bentuk yang mementingkan konsep kendiri kepada pelajar yang akan membuat mereka belajar dan membina tugasan atas kesedaran mereka sendiri. Ia juga menyepadukan unsur kognitif dan unsur afektif. Reka bentuk ini mementingkan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasan. Bukan itu sahaja, reka bentuk ini juga menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan. Contohnya ialah jika reka bentuk ini digubal, ia perlulah menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan pelajar sekolah supaya kurikulum ini berjaya dilaksanakan.

2.3

Reka bentuk berpusatkan masalah Reka bentuk berpusatkan masalah ialah reka bentuk yang memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Ia meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan. Terdapat dua jenis reka bentuk berpusatkan masalah iaitu reka bentuk situasi-kehidupan dan reka bentuk semula masyarakat. Reka bentuk situasi-kehidupan ialah reka bentuk yang berpendapat bahawa pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini. Contohnya ialah kurikulum yang dibina

13

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

perlulah memberi penekanan dalam penyelesaian masalah di dalam kehidupan manusia yang sebenar seperti yang terdapat di dalam kurikulum matapelajaran Pendidikan kesihatan, iaitu tentang bagaimana hendak menjaga kebersihan diri. Reka bentuk semula masyarakat ini pula berorientasikan masyarakat. Ia mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum ini dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Kurikulum ini menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti. Contohnya yang terdapat di dalam matapelajaran Pendidikan Moral yang banyak mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan di dalam hidup bermasyarakat.

2.4

Rumusan Sebelum merekabentuk sesebuah kuikulum, pembangun kurikulum perlu mengkaji, menganalisis serta memilih teori-teori, falsafah-falsafah dan kriteria yang berkaitan dengan pembentukan kurikulum. Reka bentuk yang dipilih perlulah dijadikan asas rujukan bagi memastikan keperluan kurikulum itu benar-benar sesuai dengan keperluan murid itu sendiri. Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru kepada pelajar-pelajarnya.

Bibliografi
1. Buku Panduan Guru Tingkatan I, II, III: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

14

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

2. Shahabuddin Hashim, Dr Rozaini Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: Stratergi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. Mohd Daud Hamzah. (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. 5. Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan, Hasnul faizal Hushin Amri. (2009). HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

15