You are on page 1of 6

Soalan Semester Januari 2012: HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA Bahagian A: 1. Nyatakan empat rumpun bahasa Austronesia.

Bahasa Nusantara (Kepulauan Melayu), Bahasa Melanesia, bahasa Mikronesia, Bahasa Polinesia 2. Senaraikan nama kitab yang telah dihasilkan oleh Sheikh Nuruddin Al-Raniri dan Hamzah Fansuri. (a) Sheikh Nuruddin Al-Raniri ("Bustanul Salatin") (b) Shamsuddin Al-Sumaterani ("Mirat Al-Mukmin") (c) Abdul Rauf Singkel ("Mirat Al-Tullab") (d) Hamzah Fansuri ("Syair Perahu") 3. Berikan dua tujuan penubuhan ASAS 50. (a) Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu; (b) Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; dan (c) Mengadakan pembaharuan dalam sastera. 4. Tunjukkan dua matlamat Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
   Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lainlain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dan Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5. Jelaskan cara kedwibahasaan koordinat berlaku.
Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian. Kedua-dua sistem tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan

Bahagian B: 1(a). jelaskan kenyataan yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia. Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia 1(b). Tunjukkan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Pasai sebagai sebuah kerajaan Melayu di Nusantara suatu ketika dahulu Pada zaman kegemilangannya,  kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri seperti China, India, Arab, Siam, Parsi dan lain-lain. Kerajaan ini juga menggunakan mata wang yang dinamakan dirham.  Banyak karya sastera Melayu telah dilahirkan misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai. Zaman ini diikuti pula oleh perkembangan zaman Melaka. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Pada zaman ini juga, banyak karya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Golongan cendekia Pasai menjadi pakar rujuk dalam bidang keagamaan.  Abad ke-13 juga merupakan permulaan Bahasa Melayu Klasik yang berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Melayu Pasai. Bahasa Melayu Klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi yang menggunakan aksara Arab. Ragam bahasa persuratan inilah yang menjadi bukti wujudnya Bahasa Melayu Klasik. Tradisi persuratan Melayu Klasik juga merupakan asas kepada kemunculan Bahasa Melayu baku khususnya dari segi tatabahasa yang lahir dalam penulisan klasik sebagai sumber korpus data.  Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu (tulisan Jawi). Namun demikian, tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Karya ini merupakan bukti terbaik bagi mengkaji perkembangan Bahasa Melayu pada zaman kerajaan Aceh. 2(a). Nyatakan hasrat Laporan Razak 1956 dan berikan tiga perkara penting yang terkandung dalam laporan tersebut berkaitan peranan bahasa Melayu. Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:  Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah;  Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan; dan  Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan. 2(b). Berikan pengertian perancangan bahasa dan tunjukkan dua komponen penting yang wujud dalamnya berserta huraian. Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.

3(a). Terangkan lima peraturan utama untuk merumikan ejaan bahasa Melayu. (i) Semua perkataan Inggeris yang dipinjam oleh Bahasa Melayu dieja mengikut sebutan Bahasa Melayu. (ii) Kata pinjaman yang meluas dalam Bahasa Melayu seperti akal (dipinjam daripada bahasa Arab) dieja mengikut sebutan orang Melayu. (iii) Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal pembentukan katanya dipilih walaupun sebutannya berbeza. Misalnya „kemudian‟ bukan „kemedian‟, „demikian‟ bukan „demekian‟, „arakian‟ bukan „arekian‟. (iv) Kata terbitan yang mengandungi imbuhan, kata dasarnya dieja menyamai bentuk asalnya walaupun terdapat perubahan bunyi. Misalnya „keluar‟ (lawan masuk) dieja berbeza dengan „kaluar‟ (arah luar). (v) Perkataan seperti „sahaja‟, „bahaya‟, „sahaya‟ dan „cahaya‟ dieja dengan abjad h ditengahnya, iaitu menyamai anjuran Ophuijsen. (vi) Sistem pemilihan vokal antara „o‟ dan „u‟, antara „e‟ dan „i‟ pada akhir suku kata tertutup: Vokal „o‟ dipilih bukan „u‟ jika pada suku kata akhir yang berpola „ong‟, „ok‟, „oh‟. Misalnya „kepong‟, „buloh‟, „merbok‟. Vokal „u‟ dipilih jika suku kata akhir berpola „um‟, „ut‟, „un‟, „ul‟, „us‟, dan „ur‟ misalnya „minum‟, „tahun‟, „betul‟, „hangus‟ dan „labur‟. 3(b). Nyatakan empat prinsip dalam penyusunan kamus.  Keaslian kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.  Keperwakilan bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benar-benar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak-kanak.  Kelayakan penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.  Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan. Bahagian C:

1. Bincangkan sejarah penterjemahan di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.  sejarah penterjemahan Bahasa Melayu, banyak cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Si Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman dari Arab. Beliau menggunakan istilah saduran termasuklah juga kitab agama yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri, Sheikh Abdul Samad al-Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya ialah Hidayatul Salikin, Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin.  Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Menurut Norizah Ardi (2000), pada tahun 1924 , O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk menubuhkan “Badan Menterjemah” yang ditukar nama menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM). PKM melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting buku pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya terjemahan. PKM telah menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah melatih penterjemah dan menggalakkan kegiatan-kegiatan lain yang berkait dengan penterjemahan seperti penganjuran kursus penyuntingan, seminar dan persidangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Badan ini juga menterjemahkan perkara yang diperlukan oleh kerajaan. Kebanyakan penterjemah baharu ini berkelulusan Senior Cambridge dan berminat dalam bidang penterjemahan. Kegiatan penterjemahan amat diperlukan kerana penerbitan buku-buku teks untuk tujuan pengajaran bagi pelajar maktab tersebut. Antara kejayaan penerbitan PKM yang terkenal ialah The Malay School Series dan The Home Library Series. Sehingga tahun 1936, PKM telah menghasilkan 32 buku teks terbahagi kepada lima

kelompok, iaitu buku teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik, geometri dan congak, buku teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan tubuh. Usaha yang signifikan ialah penerbitan cerita 1001 Malam daripada naskhah Inggeris yang diusahakan oleh Allayarham Dato‟ Onn Jaafar semasa beliau memimpin “Lembaga Melayu” pada awal 1930-an. Di sinilah juga lahir seorang tokoh ulung dan pejuang Bahasa Melayu, iaitu Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za‟ba. Apakah pula peranan Za‟ba dalam memantapkan kegiatan penterjemahan pada masa itu? Za‟ba dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1924. Beliau diakui sebagai salah seorang ahli bahasa yang memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan Bahasa Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Za‟ba telah menyentuh tentang kepentingan bidang terjemahan dalam memajukan Bahasa Melayu dan mengingatkan bakal penterjemah tentang kepentingan menjaga bentuk dan jalan bahasa awal yang diterjemah (Za‟ba :1957 dipetik daripada Belham: 2002). Anak Raja dengan Anak Papa (rujuk Rajah 9.5) merupakan buku umum yang pertama dalam Bahasa Melayu yang telah diterjemahkan oleh Za‟ba daripada buku Bahasa Inggeris The Prince and The Pauper pada tahun 1958. Kebanyakannya ialah karya prosa drama Shakespeare oleh Za‟ba, dan juga kisah pengembaraan seperti Lions of Uganda, Treasure Island, dan Robin Hood. Karya Sherlock Holmes juga turut diterjemahkan. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 22 Jun 1956 di Johor Bahru dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1957 turut membantu perkembangan kegiatan penterjemahan. PKM telah dipindahkan ke DBP dan diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran. Kerja penterjemahan terus diambil alih oleh DBP. Selepas kemerdekaan, DBP telah menerbitkan majalah bulanan Dewan Bahasa dan banyak penulis menyumbang idea mereka dalam wahana ini. Salah seorang daripadanya ialah Za‟ba. Dewan Bahasa dan Pustaka pula dalam usaha untuk memperbanyak karya terjemahan melancarkan “Peraduan Menterjemah Novel” pada tahun 1978. Sejak tahun 1980-an, bidang penterjemahan telah menjadi satu disiplin akademik yang semakin berkembang maju. Beberapa karya tentang terjemahan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu misalnya, Masalah Teori Terjemahan (1991) (penulis asal ialah Georges Mounin) diterjemahkan oleh Azizah Haji Ahmad dan karya Peter Newmark Pendekatan Terjemahan (1992) diterjemahkan oleh Zainab Ahmad dan Zaiton Abdul Rahman. Bagaimanakah pula dengan peranan yang dimainkan oleh Universiti Malaya dalam usaha memantapkan kegiatan penterjemahan di Malaysia? Menurut Belham (2002), pada tahun 1975, Universiti Malaya yang didorong oleh keyakinan bahawa Malaysia memerlukan banyak tenaga penterjemah yang terlatih mula menawarkan kursus terjemahan pada peringkat diploma. Universiti Malaya juga telah menganjurkan seminar penterjemahan pada tahun 1978 di Pusat Bahasa. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 4 Oktober 1979. Kegiatan penterjemahan dijalankan secara kolektif dan memperkukuh kerjasama antara para penterjemah. Keahlian PPM terdiri daripada pelbagai kaum dan latar akademik yang berbeza. Pada tahun 1983, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Kesannya, permintaan terhadap buku-buku terjemahan amat tinggi. Akibat gesaan daripada Majlis Tindakan Negara, Bahagian Penterjemahan diwujudkan kembali pada 1 Mac 1986. Usaha penterjemahan dipertingkat untuk memenuhi keperluan yang mendesak. Selain menjalankan kerja penterjemahan, bahagian ini juga mengendalikan kursus terjemahan secara usaha sama dengan Persatuan Penterjemah Malaysia. Biro Khidmat Terjemahan pula ditubuhkan pada Jun 1985 untuk mengendalikan kegiatan terjemahan bagi mereka yang memerlukan khidmat terjemahan. Perkhidmatan yang disediakan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Perancis, Arab, Jepun dan Mandarin. Biro ini telah membuat kerja-kerja terjemahan untuk industri seperti badan kerajaan, sekor swasta dan penerbit antarabangsa. Biro ini ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan terjemahan bagi pelbagai bentuk teks, termasuk buku, laporan, skrip, dokumen, ucapan, perjanjian, surat, iklan, poster, sijil dan sebagainya. Biro ini juga membantu pemindahan ilmu melalui terjemahan dan interpretasi. Melalui khidmat Biro Terjemahan, PPM mendapatkan peluang penterjemahan untuk anggotanya. Jelasnya, sejarah perkembangan penterjemahan bermula dengan PKM, dan diteruskan oleh DBP dan dibantu oleh Persatuan Penterjemah Malaysia dan Biro Khidmat Terjemahan (Sharifah Haji Malek,1995) . Akhirnya, penubuhan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) (rujuk Rajah 9:7) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28 April 1993 telah menyediakan prasarana bagi pengembangan kerja penterjemahan di Malaysia. ITNMB ditubuhkan secara rasmi pada 14 September

1993. ITNMB mengambil alih kerja-kerja terjemahan daripada Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka secara rasmi dan menjadi badan tunggal di Malaysia yang merancang, melaksana, mengurus dan menyelaras hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bangsa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. ITNMB diberikan dua peranan, iaitu pertama, sebagai sebuah badan korporat yang dilambangkan dengan perkataan Berhad di hujung namanya; dan kedua, sebagai sebuah badan sosial seperti yang dilambangkan dengan perkataan institut pada awal namanya. Strategi awal ITNMB adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan, ekonomi, perdagangan, perindustrian, diplomatik, kesukanan dan pelancongan. 2. Bincangkan kaedah terjemahan dinamik. Terjemahan dinamik bermaksud bahawa mesej teks asal yang hendak disampaikan ke dalam teks sasaran sama dari segi kesan pembacaan. Teori dinamik Nida ini menggunakan tiga kata kunci: persamaan, terdekat dan bersahaja. Pendekatan dinamik memerlukan tiga proses penting, iaitu proses analisis, proses pemindahan mesej dan proses menstruktur semula nahu bahasa sasaran. Terjemahan dinamik tidak mengandungi unsur-unsur import - unsur asing yakni tidak berbau terjemahan - sebaliknya seperti ditulis dalam bahasa penerima. Bagi terjemahan dinamik, yang serupa bukanlah jumlah perkataan tetapi jumlah idea, yakni jumlah maklumat perlu sama - tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok tambah. Menurut Nida, pendekatan dinamik sesuai diterapkan dalam penterjemahan Injil kerana bahasa asal teks Injil sukar difahami oleh masyarakat Kristian moden pada masa kini. Selain itu, pendekatan ini sesuai diterapkan dalam penterjemahan kreatif seperti cerpen dan novel. Istilah pendekatan dinamik menghasilkan empat pedoman yang perlu menjadi pegangan penterjemah, iaitu: • Keselarasan konteks pembaca sasaran lebih diutamakan daripada cara sesuatu maklumat dikemukakan atau keselarasan perkataan demi perkataan. Dua perkataan yang yang sama mungkin berlainan ertinya dalam konteks tertentu. Terjemahan mestilah menepati konteks. • Persamaan dinamik hendaklah diutamakan daripada keselarasan formal. Penerimaan pembaca yang ditekankan supaya pembaca teks asal dan teks terjemahan mengalami kefahaman, perasaan dan tindakan yang sama. • Bentuk-bentuk bahasa yang didengar hendaklah diutamakan lebih dahulu daripada bentuk bertulis. Dalam kes tertentu apabila teks itu akan lebih banyak didengar daripada dibaca sendiri dalam hati. • Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk bahasa. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan.