You are on page 1of 19

GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH1

SEJARAH LOMPAT JAUH/LONG JUMP Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkalikali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan. PENGENALAN LOMPAT JAUH/ LONG JUMP Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat,atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak, Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian

Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.Tindakan kaki untuk menaikkan badan Layangan . Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan. Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.27m pada 27/11/2005 dan bagi acara lompat jauh lelaki adalah oleh Josbert tinus iaitu 7. FASA LOMPAT JAUH a) Lari landas .Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara d) Mendarat .Larian menghala ke tempat lompatan b) Lonjakan c) .Sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat GAYA LOMPAT JAUH a) Gaya belayar ( Sailing) b) Gaya ayunan punggung/ ( hip-swing) c) Gaya mengayuh ( Hitch kick/ running in the air) a) TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA LAYAR Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan. • Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti. Di Malaysia rekod bagi acara lompat jauh wanita adalah oleh Ngew Sin Mei iaitu 6. Fasa lari landas • • Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Pada 1935.Lari 21-23 langkah atau jarak 35-45 meter.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH2 daripada Sukan Olimpik.88m pada 5/10/2007. .

Fasa mendarat • Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh. Fasa layangan • Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank e hadapan. b) TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA GANTUNG Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat Fasa lari landas • Sama seperti lari landas gaya layar. • Hayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH3 Fasa lonjakan • Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum. • Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah. Fasa layangan • Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan . Fasa lonjakan • Lonjak dengan kuasa kaki maksimum • Lutut kaki hadapan diangkat seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan. • Condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. 2. • Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan. Fasa lari landas dan lonjakan • • • Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung. Fasa layangan Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau dua setengah langkah. Pergerakan ‘tendang kayuh’ dua setengah langkah: 1. • Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH4 keadaan seperti tergantung. Tangan lurus ke hadapan. • Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara. c) TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA TENDANG KAYUH Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat. . Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan. Fasa mendarat • Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan. Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.

Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH5 3. PERBEZAAN GAYA-GAYA DALAM LOMPAT JAUH BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI INI: Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan. Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk . Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit. tangan lurus ke hadapan Fasa mendarat • • • Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan. Baran bongkok sedikit ke hadapan.

gluteus Maximus • Calcaneal. Fasa Lonjakan • Otot kuadrisep • Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula). gluteus Maximus Gambar 1: SIstem otot Triseps Biseps . 1. Gastrocnemius. Fasa pendaratan • Otot Kuadrisep.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH6 menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan. Calcaneal 4. 2. gluteus medius. vastus medialis dan rectus femoris (femur). • Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. • Vastus lateralis. gluteus medius. Fasa Layangan • Otot Kuadrisep.. Tibialis anterior (Tibia) 3. Otot triseps dan biseps. Metatarsal. Otot triseps dan biseps. Fasa Penujuan • Otot Kuadrisep. vastus intermedius.

Semimembranosus Quadriseps 1. Vastus medialis Gambar 2 : Otot yang digunakan semasa fasa layangan lompat jauh UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN UMUM LOMPAT JAUH 1. Semitendinosus 2.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH7 Gasctrocnemi us Gluteus Maximus 1. Adductor longus 2.Kawasan Lari Landas . Biceps femoris 3. Rectus Femorius 3. Vastus Lateralis 4.

75 meter hingga 3 meter lebar. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal. setiap peserta diberi 3 kali percubaan lompatan.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter.21 hingga 1.Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. 2.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.Setiap peserta diberi masa 1 minit untuk melakukan lompatan.Jika terdapat lapan peserta atau kurang.Peraturan Umum Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta.22 meter hingga 1.rujuk lompatan ketiga terbaik.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.Jika masih sama.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan 3 kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian. 3. 5. 4.Papan Penanda Plastesin Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.Kawasan Mendarat Kawasan ini mestilah berukuran antara 2. PERATURAN 185 Peraturan Lompat Jauh . mereka diberi enam kali percubaan lompatan. Berukuran 1.Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH8 Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.

Jarak antara papan lonjak dengan hujung kawasan mendarat sekurang kurangnya 10m . Semasa meninggalkan kawasan mendarat. semasa mendarat. atau c. Ukuran hendaklah dibuat serenjang dengan garisan lonjak atau lanjurannya. 2. melonjak dari luar hujung papan lonjak. 3.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH9 Pertandingan 1. melakukan apa jua jenis balik kuang semasa membuat larian atau sedang membuat lompatan atau.menyentuh bumi selepas garisan lonjak dengan mana-mana bahagian badannya.sama ada selepas atau sebelum hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan. atau d. atau b.kaki atau tangan ke garisan lonjak atau lanjuran garisan lonjak. e. Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau: a. menyentuh bumi di luar kawasan mendarat berhampiran dengan papan lonjak dari bahagian kesan jatuh yang paling hampir. Papan lonjak 1. sama ada membuat larian tanpa melompat atausedang garisan lonjak. atau f. sentuhan pertama dengan kaki di luar kawasan mendarat adalah hampir dari kesan jatuh yang paling hampir di pasir. semasa melonjak. hubungan pertama kaki seorang atlet dengan sempadan kawasan mendarat atau lantai di luarnya mestilah lebih jauh dari kesan mendarat di pasir dari garisan lonjak. menyentuh bumu di kawasan antara papan dengan kawasan mendarat. apabila meninggalkan kawasan mendarat. Semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling membuat lompatan.

berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan. PERATURAN 145 ( CARA MENGUKUR JARAK) 1.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH10 2. Selepas itu. 3. PERATURAN 173 1. 2. 3 percubaan dibenarkan. menyentuh kawasan luar mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjak Selepas mendarat. Kawasan mendarat 1. Ia hendaklah. jika boleh. 8 orang peserta terbaik dipilih untuk buat 3 lagi lompatan. Pembatalan berlaku dalam keadaan : • • • • Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak Melonjak di luar kawasan papan lonjak Semasa mendarat. Ukuran terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjak yang terdekat dengan kawasan mendarat . Dalam pertandingan yang melibatkan lebih 8 orang peserta . Papan lonjak hendaklah diletakkan antara 1m dan 3m dengan pangkal kawasan lonjakan. Kawasan mendarat hendaklah mempunyai kelebaran minimum 2.75m dan maksimum 3m.peserta akan diberi 6 kali lompatan. Jika peserta kurang dari 8 orang . terletak sama tengah dengan landas lari sekitanya dilanjurkan.

LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH .GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH11 2.01m di bawah ketinggian yang di ukur. Merekod kepada meter terdekat 0.

¬ Tujuannya:Menguatkan quadriceps. layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan). Posisi duduk. Latihan . Naikkan lutut kaki lonjakan. Lakukan bangkit tubi L-seat.angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding. 2. 7. Lari. Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal. 4. pinggang dan kaki. Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat). Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan. Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas. 3.plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Ada beberapa cara . Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas. Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan. MENENTUKAN KAKI LONJAKAN Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH12 1. Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).lutut bengkok dan tangan di belakang. 6. Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon. Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh). Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu. Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal. tangan dan bahu. 5.

Setelah mendapatkan kaki lonjakan. maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju. ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan. • B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah • .GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH13 untuk menentukan kaki lonjakan: • Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh.Jika menapak sebelum papan lonjakan. anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan. • A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan. • Berpasangan.Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru. • Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan. ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH Ansur Maju Lari Landas Berpasangan. A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. ANSUR MAJU LONJAKAN Ansur maju 1 . • Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan. B menolak A dari belakang tanpa isyarat. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH14 • Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh Ansur maju 2 • Berlari melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak Ansur maju 3 • Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat Ansur maju 4 • Berlari 3 langkah dan menanduk objek digantung .

GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH15 Ansur Maju Layangan dan Mendarat Ansur maju 1 • Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan Ansur maju 2 • Lompat dan mendarat dari peti lombol atau papan anjar dan mendarat ke kawasan mendarat Ansur maju 3 • Lompat berdiri melepasi timbunan pasir yang berbeza ketinggian .

plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan. saraf. kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH16 KECEDERAAN DALAM SUKAN LOMPAT JAUH ( BAGI SUKAN LOMPATAN ) • ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak. koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). • Dalam aktiviti sukan misalnya. • Walaubagaimanapun. Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’? . tendon. • Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion. ragbi). kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata. • Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah. keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

• Apabila berlakunya koyakan. Lebam e. rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah: 1) Rawatan awalan (R. Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang Rawatan Secara ringkasnya. • Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive movement of the joint’.C. Terdengar bunyi crack c.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH17 • ‘Ankle sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali.E) . Sakit b.I. Bengkak d. seseorang itu akan mengalami simptomsimptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah: a.

 Berdiri di atas trampolin. Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah:  Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata. Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian secara lurus.GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH18 2) Rawatan susulan\ a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki  Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)  Balutan kaki (dilakukan 2 . Aktiviti ‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih sepenuhnya o Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan ‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’ tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak terlalu berat) juga dibolehkan.  Berdiri di atas ‘wobble board’. bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki.3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit) b) Rehabilitasi o Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi kecederaan ini. o Mendapattkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang.  Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup. RUJUKAN . bulatan. Latihan-latihan ini adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki. jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF).

GERKO OLAHRAGA : LOMPAT JAUH19 Dimuat turun pada 9 Februari 2010: http://www.com%2Fdocument_downloads%2F22973660%3Fextension%3Dpdf %26skip_interstitial%3Dtrue Wee Eng Hoe.org/statistics/records/inout=o/discType=5/disc=LJ/detail.com/suggested_users?from=download&next_url=http%3A%2F %2Fwww.html Dimuat turun pada 9 Februari 2010: http://en.org/community/athletics/trackfield/newsid=9460.html Dimuat turun pada 2.org/wiki/Long_jump Dimuat turun pada 9 Februari 2010: http://www. Panduan Pengajaran Olaharaga :Karisma PublicationSdn Bhd Shah Alam Buku Peraturan Olahraga KOAM 2010-2010: .iaaf.iaaf.scribd.wikipedia. 2009.iaaf.org/statistics/records/inout=O/index.scribd.06 petang.html Dimuat turun pada 9 Februari 2010: http://www. 26 Februari 2010 http://www.