FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

DISEDIAKAN OLEH NAMA : SHAFIYAH BT MOHAMAD SUBKI I/C : 730731-02-5354

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH OPEN UNIVERSITI MALAYSIA 2011

0

2 Peranan ibubapa terhadap pengaruh media elektronik 4.3 Pengaruh rakan sebaya 2.0.1 Makian 3.1 Faktor emosi serta cara didikan keluarga 2.Cadangan mengatasi Penggunaan bahasa tidak sopan 4.Rujukan M/S 2 3 8 13 16 17 1 .2 Silang budaya 3.3 Bahasa lucah 3. Jenis-jenis bahasa tidak sopan 3.3 Elakkan penggunaan bahasa rojak 4.0.ISI KANDUNGAN 1.Kesimpulan 6.0. Faktor yang menyebabkan berlakunya bahasa tidak sopan 2.0.4 Sikap individu dan pengaruh persekitaran 3.1 Mendidik remaja bertutur dengan sopan 4. Pengenalan 2.2 Penggunaan bahasa dalam media massa 2.4 Kata panggilan 4.0.0.4 Membudayakan bahasa 5.

Oleh sebab itu terdapat berbagai variasi bahasa sebagai salah satu penanda kelompok. `bodoh’. tujuan. bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi (Kamus linguistic 1997:27). topik.`tak berotak’ dan sebagainya. Perkataan –perkataan yang digunakan biasanya menyentuh perasaan oang lain. Bahasa yang dihamburkan adalah mengikut perasaan. Menurut kamus linguistik. negara dan budaya menjadi tidak ada. Dalam berkomunikasi. Kelompok sosial secara tradisional biasanya ditentukan oleh batas territorial atau batas geografi yang nyata. televisyen menunjukkan adanya variasi bahasa.PENGGUNAAN BAHASA TIDAK SOPAN ATAU BAHASA KASAR DIKALANGAN MASYARAKAT 1.PENGENALAN Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang dipergunakan oleh para anggota kelompok sosial untuk bekerjasama. Salah satu penanda ikatan kelompok sosial yang biasa dijadikan identiti negara salah satunya ialah bahasa. Namun dalam masyarakat moden dan pada era globalisasi ini masyarakat antara kelompok. berkomunikasi dan mengidentifikasikan diri.0. konteks. radio. Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis. jalur dan media. 2 . seperti surat kabar. demikian juga penggunaan media. terdapat pelbagai faktor penentu penggunaan bahasa iaitu penutur. Jalur lisan berbeza dengan tulisan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti `bangang’. majalah.

(Abd. (Riwayat At Tabrani) Semasa pembesaran seseorang individu. Anak-anak adalah amanah Allah SWT bagi ibu bapa.FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BAHASA TIDAK SOPAN 2. sosial dan rohani manusia. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang anak dengan ibu bapanya atau keluarganya atau dengan rakan sebaya atau seorang guru dengan murid-muridnya. 1992).2. seperti sabda Rasulullah SAW: Bermaksud: “Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih maka kedua ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Nasrani atau Majusi”. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya.1. Rahman Abu Bakar. Pendidikan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Kedua ibubapa merupakan institusi yang paling asas dalam pendidikan anak-anak. Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah menerima apa yang dicorak kepada anak-anak samada ke arah kebaikan ataupun keburukan. Oleh kerana pendidikan adalah satu proses penerimaan dan penyebaran maklumat.Faktor emosi serta cara didikan keluarga Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. Ibu bapa yang tidak berlemah 3 . maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal. didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasaalahan ini.0. Faktor emosi serta cara didikan keluarga boleh menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini.

Namun begitu kebanyakkan hiburan kartun yang ada televisyen banyak memaparkan penggunaan bahasa yang negatif yang boleh mempengaruhi cara berbahasa atau pertuturan yang kurang sopan dikalangan kanak-kanak. 4 . 1989). Media massa membolehkan orangorang yang tinggal di pelbagai tempat menerima maklumat yang serupa dengan pantas. remaja. Hiburan sebenarnya boleh mendatangkan ketenangan.2 Penggunaan Bahasa Dalam Media Massa Menurut Kamus Dewan media massa membawa maksud pelbagai jenis alat perhubungan seperti televisyen. E. media tersebut akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat sesebuah negara. menghilangkan kekecewaan dan mengatasi masalah emosi. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anakanak.Namun begitu media elektronik yang merangkumi televisyen dan radio paling memberi kesan terhadap penggunaan bahasa. Apabila menonton dan mendengar maklumat yang disampaikan melalui televisyen maka.lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak boleh mendidik anak-anak mereka menjadi begitu. Media massa di Malaysia terbahagi kepada dua klasifikasi iaitu media cetak dan media elektronik. Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai menonton televisyen. surat khabar. Pertumbuhan dan keunggulan TV dalam kehidupan kita sehari-hari di samping peningkatan teknologi dalam memancarkan maklumat amat besar peranannya (Dennis. radio. Oleh itu media massa memberikan peranan yang penting kepada manusia dengan memberikan kesankesan tertentu kepada kehidupan manusia.E 1994:96). Perkara yang menjadi tontonan adalah berhubung dengan hiburan seperti rancangan kartun dan nyanyian. 2. Media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak. majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat ( Kamus Dewan. belia dan warga tua.

89). Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah. Sinchan. Waktu yang sepatutnya digunakan oleh mereka untuk membaca dan bersama ibu bapa digunakan untuk menonton kartun. Antara contoh kartun seperti Doraemon.Setiap hari kartun diibarat seperti makanan wajib dimakan untuk hidup. Pengaruh media ini sangat besar kesannya dalam mempengaruhi hilangnya kesantunan berbahasa dikalangan masyarakat kini. Perkataan atau frasa ini tidak sepatutnya dijadikan makanan untuk Si Cilik. rakan sebaya dan masyarakat persekitaran.3. rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa. terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Perkataan-perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan ini boleh menjadi ikutan terutamanya golongan remaja. 2. Pengaruh Rakan Sebaya Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990. Bahasa yang digunakan oleh rancangan kartun mempunyai bahasa-bahasa kasar yang patut dijauhi. kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertuturan yang baik-baik dan tidak berunsur negatif. satu peringkat usia yang suka mencuba. Detektif Conan. Bagi para pelajar. Tanpa kita sedari televisyen telah mendidik kanak-kanak dan bukannya ibu bapa. Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”. Spongebob dan lain-lain lagi. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku.contohnya banyak dialog-dialog negatif dilontarkan oleh pelakon-pelakon di dalam filem atau drama. sikap dan identiti 5 . Remaja akan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian tanpa mengetahui kesan buruknya. Jika perkataan ini berulang-ulang didengar oleh kanak-kanak tidak mustahil ianya akan diterjemahkan dalam kehidupan seharian terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa.

Persoalannya adakah mereka mengerti akan maksud perkataan yang diungkapkan serta kesannya terhadap perilaku diri dan sensitiviti orang lain? Sungguh pun pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri. Hogue & Steinberg. Sebagai contoh. encik dan sebagainya. semasa bergaul sesama rakan sebaya mereka biasa menggunakan kata ganti nama diri yang kurang sopan dan agak kasar seperti gua. lu. Namun sebenarnya perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya. 1995). adalah tidak mustahil untuk mereka menuturkannya apabila berbicara dengan orang lain. kamu awak.. 6 . 1998. Pendengaran kita juga biasa disajikan dengan ungkapan “ tau tak pe” yang kini dilihat menjadi kebiasaan pengucapan golongan remaja. beb dan sebagainya berbanding menggunakan bahasa yang sopan seperti saya. Sebenarnya sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat atau kurang sopan dalam pergaulan seharian. Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown. Selain daripada itu. Jones &Coyle.saudara. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa penerimaan masyarakat secara halusnya telah menidakkan keupayaan bahasa ibunda sebagai kayu ukur yang menentukan tingginya martabat bangsa. Hal ini amat jelas apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.dengan mereka (Akers. perkataan seperti “sial” sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. 1990). Lebih mengecewakan ialah mereka langsung tidak mengetahui negatifnya unggkapan tersebut walaupun bertujuan untuk mengiyakan atau bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan. bro.

memaki hamun. melecehkan orang lain dan sebagainya kini mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif. remaja. teknologi yang bercirikan budaya luar. hormat. Secara tidak langsung keadaan ini telah menghakis sedikit demi sedikit nilai-nilai berbudi dan santun yang selama ini menjadi pasak kemegahan budaya dan bangsa. status dan pangkat sama ada golongan kanak-kanak. merendah diri serta penggunaan lagu suara yang baik dan menyenangkan. Sikap Individu Dan Pengaruh Persekitaran HAKIKAT yang berlaku dalam sistem komunikasi masyarakat Malaysia menampakkan semakin lunturnya budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan.4. Kini. dewasa bahkan sektor awam yang seharusnya menjunjung etika berbahasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat semakin kurang ditekankan. ketertiban. Keadaan ini berlaku sealiran pula dengan berkembang dan memuncaknya nilai pembangunan material. Bangsa Melayu khususnya sedang berhadapan dengan satu fasa kebejatan budi yang memperlihatkan betapa mudahnya keperibadian bangsa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Krisis ini berlaku tidak mengira peringkat umur. memprovokasi. keluhuran. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri. keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu. memfitnah. nilai kesantunan ketika berbahasa tidak lagi dipelihara dan semakin kurang diberi perhatian. Lebih malang ialah kini indahnya sesebuah bangsa bukan lagi kerana bahasa yang digunakan. Bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabung jalin segala aspek pemikiran. mengejek.2. Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh dengan nilai-nilai mulia dan budi pekerti tinggi. 7 . kesopanan.

Maksudnya sesuatu perkataan yang digunakan oleh sesebuah masyarakat membawa maksud yang positif. „haram jadah‟atau „anak haram‟ Perkataan „anak haram‟ dan „haram jadah‟ menurut Kamus Dewan Edisi Empat sebenarnya merujuk kepada anak yang tidak sah taraf iaitu lahir di luar nikah. Penggunaan bahasa-bahasa ini seakan sudah sebati dalam masyarakan sehinggakan kadang-kala dianggap seperti satu kebiasaan. „Kurang ajar‟ Berdasarkan Nota Efektif KBSM terbitan Pelangi (2005).1 Makian Menurut Kamus Dewan Edisi Empat. makian merujuk kepada kata-kata yang keji yang bertujuan untuk menghina atau memarahi orang lain.2 Silang Budaya Setiap negeri atau negara ada keunikan tersendiri daripada segi budaya mahupun bahasanya. namun pada masa yang sama negatif pada pengamal budaya yang lain. ii. 8 . 3. Oleh itu perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosiolinguistik yang berbeza. „kurang ajar membawa maksud tidak sopan atau tidak berbudi bahasa. Contohnya dalam bahasa melayu „lawa‟ ertinya cantik tetapi bagi bahasa Sarawak perkataan „lawa‟ membawa maksud sombong.Jenis Bahasa Tidak Sopan 3.Antara contoh penggunaan kata makian yang sering didengar ialah: i.3.0 Jenis. Oleh demikian makna sesuatu perkataan berbeza dalam konteks silang budaya yang merentasi sesebuah negara.

Kedua-dua buah negara ini dahulunya berasal daripada rumpun bahasa dan bangsa yang sama. Kapan Kain putih yang digunakan untuk Kata adverba. Jadi tidak hairanlah penutur bahasa di kedua-dua buah 9 . Butuh Alat kemaluan lelaki dianggap tabu Kata kerja. melakukan hubungan seks Cerewet Seseorang yang banyak bercakap. iaitu bila membalut mayat Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia. iaitu perlu atau ingin dalam kalangan masyarakat Melayu Bapak Seseorang lelaki yang telah Memanggil/menyapa seseorang di berkahwin dan mempunyai anak.Berikut adalah beberapa contoh perkataan yang wujud dan membawa konotasi yang berlainan bagi dua negara serumpun ialtu Malaysia dan Indonesia: Perkataan Jakun Makna di Malaysia Digunakan untuk mengejek Makna di Indonesia dan Halkum (saluran makanan yang mempersendakan seseorang Makna sebenarnya dirujuk bermula dari mulut ke perut atau juga kerongkong). yang disebut sebagai Kepulauan Melayu. kepada salah satu kaum asli di Malaysia. malah di Indonesia juga. dalam situasi rasmi atau formal yang membawa makna ‟encik‟ Seronok Suka atau gembira tentang sesuatu Seseorang yang baru sahaja selesai aktiviti. comel suka berleter atau bersungut.

nahuan dan sosiolinguistik. Cibai turut digunakan bersama perkataan hokkien lian untuk menambah kemarahan mereka yang menerima makian tersebut. 3. Antara contoh bahasa lucah yang sering digunakan dalam masyarakat dewasa ini ialah: „Cibai‟ juga adalah antara kata makian yang wujud dalam perbualan sehari-hari dalam kalangan rakyat Malaysia. sesuatu perkataan mempunyai makna emotif mengikut makna bagi kedua-dua negara ini. Sehubungan itu.keji.sangat rendah.bermaksud „faraj busuk‟ . Singapura dan Indonesia. kita dapat lihat bahawa sesuatu perkataan yang sama mempunyai makna yang berbeza.bermaksud „lubang faraj‟ Nimbu e cibai . iv. ii. Ia bermaksud demikian ketika seseorang merasa marah atau kecewa dengan sesuatu kejadian. Bagaimanapun.3 Bahasa Lucah Menurut Kamus Dewan Edisi Empat. Berikut adalah gabungan antara perkataan cibai dengan perkataan lain: i. Dengan itu. Cibai juga digunakan untuk merujuk kepada perempuan dalam perbualan pada kebiasaannya di kalangan kaum lelaki.negara tersebut saling memahami. iii. Chau cibai Cibai bin Cibai kang . kini terdapat sejumlah perkataan yang berbeza dari segi makna rujukan.bermaksud „faraj mamakmu‟ Apabila seseorang individu itu itu berada dalam keadaan marah seringkali perkataan-perkatan ini dihamburkan tanpa memikirkan perasaan dan sesitiviti individu lain yang mendengar. hina. Perkataan ini merupakan perkataan Hokkien(bahasa cina) yang bermaksud „faraj‟ namun telah digunakan oleh kebanyakkan kaum di Malaysia melalui pergaulan antara berlainan etnik. 10 .tidak senonoh atau tidak sopan. Selain membawa maksud‟faraj‟ cibai juga bermaksud sial. perkataan „lucah‟ membawa maksud. bergantung kepada masyarakat dan budaya.bermaksud „muka faraj‟ .

orang yang dinaksudkan atau dikenali juga sebagai pihak ketiga. Penggunaan kata ganti nama diri atau kata panggilan yang tidak sesuai dianggap kurang sopan atau biadap. Telitikan dialog-dialog berikut: 11 . hamba Jamak (dua atau lebih) . engkau Jamak – kalian iii. Contohnya: Tunggal .saya. beta. beliau.kami. Contoh: Tunggal – dia.mereka Kata ganti nama diri atau kata panggilan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai dengan sosiobudaya masyarakat Melayu. patik.3.kita ii. Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap dan orang yang mendengar percakapan atau dikenali juga sebagai pihak kedua. Contohnya: Tunggal (seorang) . baginda Jamak .awak. Orang ketiga biasanya tidak hadir atau tidak mendengar ketika percakapan itu berlaku. anda. Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama.4 Kata Panggilan Kata panggilan merujuk kepada kata ganti nama diri iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang apabila bercakap. aku. Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. ia. Kata ganti nama diri terbahagi: i.

menggampangkan memudahkan. Ada pula yang menggunakan istilah ini sebagai kata gurauan agak kasar yang digunakan dikalangan kawan rapat sehingga ada yang menjadikannya kata panggilan kepada kawan rapat sebagai gurauan.) (c) “Ayah aku hendak berjumpa dengan kamu.” kata Siew Ling kepada Pak Cik Halim. gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja.) (b) “Awak dari balai mana?” tanya Arumugam kepada pegawai polis itu. Istilah „gampang‟ termaktub dalam Kamus Dewan sebagai: gampang Jw mudah.(a) “Kau hendak pergi ke mana?” tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah. (Sepatutnya: “Ayah saya hendak berjumpa dengan pak cik. misalnya istilah yang berupa kata pinjam „gampang‟ yang datang dari etnik jawa digunakan secara meluas dalam pertuturan harian masyarakat melayu terutama di tangah dan selatan negeri Perak. (Sepatutnya: “Cikgu hendak pergi ke mana?” tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah. Bagi masyarakat Melayu Perak yang turut sering menggunakan istilah "gampang" menuturkannya tanpa mengambil kira konteks penggunaannya sehingga ada yang marah apabila mendengar istilah ini kerana menganggapnya sebagai kata cacian. tidak dengan bersunguhsungguh. 12 .) Kata panggilan yang agak kasar dan tidak bersopan juga sering digunakan oleh masyarakat di negara ini.anak haram. menganggap ringan. (Sepatutnya: “Encik dari balai mana?” tanya Arumugam kepada pegawai polis itu. gampangan Jk lebih mudah. anak . alang-alangan..” kata Siew Ling kepada Pak Cik Halim.

4. 13 .1 Mendidik Remaja Bertutur dengan Sopan Dalam hal ini. Ketegasan ibu bapa semasa di rumah diperlukan agar anak-anak terbiasa dengan disiplin pertuturan yang terdidik walau di mana mereka berada. 4. media merupakan salah satu medium yang berperanan dalam memperkenalkan unsur-unsur bahasa tidak sopan kepada masyarakat terutama golongan kanakkanak dan remaja melalui rancangan –rancangan hiburan yang ditayangkan.Begitu juga peranan guru-guru di sekolah perlu sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk berkelakuan dan berbahasa sopan dalam kehidupan seharian. Oleh itu ibu bapa mestilah meluangkan waktu bersama kanak-kanak dalam setiap aktiviti mereka. Ibu bapa juga perlu menegur dan menegah anak-anak kecil daripada menggunakan perkataan yang kasar atau kesat sejurus perkara tersebut berlaku agar tidak diulangi lagi.2 Peranan Ibu Bapa Terhadap Pengaruh Media Elektronik Seperti yang diketahui.Oleh itu di sini masyarakat harus memainkan peranan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik ketika berbahasa. para ibu bapa. Mereka kemudiannya akan berusaha menggunakan ungkapan tersebut dalam pergaulan seharian walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan. Anak-anak terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sememangnya amat mudah mempelajari ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Belaian ibu bapa terhadap sicilik merupakan tanda kasih sayang yang amat diperlukan mereka.0. Jika menonton rancangan televesyen sewajibnya ibu bapa menemani sicilik agar rancangan televesyen yang dipertontonkan dipantau dengan rapi agar tidak terdedah kepada unsur-unsur negatif. 4.Cadangan Mengatasi Penggunaan Bahasa Tidak Sopan. institusi pendidikan dan masyarakat berperanan untuk membimbing anak-anak atau golongan remaja dalam membentuk gaya pertuturan yang sopan dan teratur.

Budaya membaca ini akan menjadikan anak anda lebih matang dan berwawasan jauh. hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan mula renggang akibat ada orang ketiga. tetapi selepas itu pertuturan kita menjadi tunggang-langgang. Kita tidak nafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu sendiri ketika bertutur sesama rakan. bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika zaman Parameswara lagi iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. terdapat juga rancangan yang menjana otak mereka supaya menjadi matang. Apabila sicilik melihat rancangan dokumentari ini dengan ditemani ibu bapa dan keluarga secara tidak langsung keterikatan hubungan makin erat dan rapat. 14 .3 Elakkan Penggunaan Bahasa Rojak Kempen demi kempen mengenai bahasa sering kita lakukan namun usaha untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan menemui pelbagai masalah. Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-kanak ia haruslah rapat dengan budaya membaca. Jika perkara sebegini berlaku dan televisyen menjadi kehidupan mereka. Ada yang menganggap kita semua mampu menggunakan bahasa kita dengan betul ketika kempen diadakan. Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang mana rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi.Rancangan Berunsur Dokumentari Bukan semua rancangan di televesyen itu negatif. Pastikan Televesyen Jarang Terpasang Televisyen yang dipertontonkan kepada anak anda haruslah jarang dipasang agar televisyen tidak menjadi keperluan mereka. Jika bahasa itu dilaung-laungkan sebagai lambang jati diri bangsa. 4. Menurut sejarah. maka sudah sewajarnya usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu diperhebatkan dan setiap warga yang bahasa ibundanya bahasa Melayu berusaha mendaulatkan bahasa Melayu. Kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa Alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada penghujungnya.

media massa perlu melipatgandakan usaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu supaya diyakini penggunaannya. tidak perlu kita mencampuradukkan bahasa asing dalam pertuturan harian ketika berurusan atau berbual-bual sesama rakan.Di Melaka ketika itu. Slogan „bahasa menunjukkan bangsa‟ tidak berguna lagi jika orang Melayu mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris atau Arab dalam perbualan harian mereka. surat perjanjian jual beli.4 Membudayakan Bahasa Membudayakan bahasa secara ringkas boleh dikatakan mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan. Oleh itu. Ini tidak bermakna bahasa ibunda lain mesti diketepikan tetapi dalam pelbagai urusan harian yang membabitkan surat-menyurat. Kepelbagaian jenis pencemaran bahasa di negara kita memerlukan pemantauan yang bersungguh-sungguh oleh pencinta bahasa. Pelbagai pihak yang bersedia merujuk aspek bahasa kepada badan berpengaruh tentang bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan jalan terbaik mengurangkan masalah pencemaran bahasa di negara kita. 15 . terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan. seminar yang bersifat kebangsaan mesti menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Kerjasama pihak yang membuat kesalahan dengan bersedia dan berusaha menukar kesalahan mengenai bahasa amat dialu-alukan. ceramah. jika kita mementingkan identiti bangsa yang mampu terpancar menerusi bahasa. 4. Badan yang bertanggungjawab untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Sampai kini isu bahasa rojak tidak pernah selesai malah bertambah buruk sehingga menjejaskan bahasa Melayu. maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan terutamanya di kalangan remaja dikatakan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.

sosiobudaya kita.asal-usul kita. Yang kurik itu kendi. sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan dapat mengeratkan ikatan ukhuwah antara sesama insan. siapa kita. Melaui bahasa kita dapat menyembunyikan dan mengungkapkan pemikiran kita. tetapi biar bertempat dan biar tidak dicampuradukkan. Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat.Tidak salah kita menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian. Yang indah itu bahasa. cakaplah bahasa Inggeris sepenuhnya dan jika bertutur bahasa Melayu. pendidikan kita. 5. Lemah-lembut dan bersopan dalam pertuturan tidak akan merendahkan harga diri. (3.0 Kesimpulan Kesantunan ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam interaksi antara dua atau lebih pihak yang berkomunikasi. Yang merah itu saga. Dengan bahasa juga konflik tercipta dan berakhir. tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan penuturnya. bercakaplah bahasa Melayu sepenuhnya.264 patah perkataan) 16 . sama ada ia sesuatu yang baik ataupun sebaliknya. Yang cantik itu budi. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita. Jika bercakap Inggeris.

Dimuat turun dari : http://www.utusan.beritaonline. Salam H. Asmah Hj Omar (1986). Dimuat turun dari: http://www. Bahasa Oh Bahasa. Nurl Izzah Sidam. Kuala Lumpur. Minda : Hilang Budaya Santun.com.Jakarta.s 35. Sikap Bahasa : Satu tinjauan ringkas.my 8. 4. 2. Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Pulau Pinang. Nooriah Mohamad (1998). Penerbit Universiti Sains Malaysia. Fokus m. Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. 3.Burhanuddin (1987). Noor Hashimah Jalaluddin (1992). P. Asas Moral Dalam Kehidupan Manusia.Analisis Kesantunan Berbahasa: Satu Kajian Kes.com. 6. Dewan Bahasa Dan Pustaka.RUJUKAN 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Semantik Dan Pragmaktik : Satu Pengenalan. Dewan Bahasa Dan Puataka. Nor Azian Abd Aziz (2005).T Rineka Cipta.my 17 .Etika Sosial. 5. 7. Norizah Ardi (1990). Kuala Lumpur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful