BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

lelangit keras. lelangit lembut. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. Dua cabang lagi. fonetik akustik dan fonetik auditori. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.Dari ketiga-tiga cabang ini. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang. iaitu fonetik artikulasi. dan sebagainya.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. 1.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa.1. 1. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. 5 . fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Selain itu.1. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. bibir. seperti lidah. anak tekak.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak.1. frekuensi dan amplitud. 1.

menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. 2. Dapat merumuskan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. 2008: 90) 1. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Banding beza bahan tersebut. fonetik akustik. Input kepada kajian linguistik tinggi. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. 1. Aziz.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Asas kepada kajian fonologi. iaitu morfologi dan sintaksis. (Siti Hajar Abd. dan fonetik auditori.

2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Penggiat bahasa risau. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. tatabahasa. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. morfologi. dengan asas yang padu dan kukuh ini. Menurut Awang Sariyan (2004). dan kosa kata. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Kini. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. Bahasa baku ialah bahasa standard.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . sintaksis dan semantik. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini.1999). Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi.

iii. untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1. kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 .ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. ahli. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. dan laras bahasa. ii.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. Secara khusus. sistem ejaan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. dan tidak ada huruf yang senyap”. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. iv. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. di tengah atau di akhir kata. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. tertutup. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja.

sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV . Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. KVK . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. KV + KV . Indonesia dan Inggeris 10 . KVK + KVK.

5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 . Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1. Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab .

sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. ii. kekejutan. seperti khatib. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. kekecualian. 2. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. seperti kegembiraan. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. v. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. keakraban. kemarahan. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. ayat tanya. kebosanan. ayat perintah. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. iv. vi. penjual ubat atau sarjan tentera. sama ada ayat penyata biasa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. 12 . Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Antaranya: i. positif atau negatif dan seumpamanya. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. Ada beberapa fungsi intonasi. iii.

sen man.lẼnd] [sun.yang] [niu zi.go.ham.rul éh.vi.la] [lim kéng yék] [but.dé.nia her. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.wéi le.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.ros but.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.na] [pyong.la.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.gun] 13 .ros gha.ze.ngor da. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.mad hat.san] [bos.

bi.vi. Scientific and Cultural Organization) [am.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.lé.ver.sia] [a.si.ké.gén.di.ti.lé.di.gi me.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.la.nés.ti ték.dio té.ko] atau (United Nations Educational.mi.si pe.sia] [u. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.dia] atau [a.si peng.ké.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.ra] [ra.lé.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.syen me. Öik.mé.mé.lo. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu.ni.te.él.gén.la.ngi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.no. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.nan mul.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .nan mul.ti.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.pu.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.

Agensi Penerbitan Nusantara. Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1982). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi. Raja Mukhtaruddin Raja Dain.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar. Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 . (1988). Awang Sariyan. (1977).ti.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. iaitu mengunyah makanan.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah). alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Oleh itu. lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. 2. lelangit keras dan lelangit lembut. iaitu lidah. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. gusi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. gigi. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. gusi. menelan dan menghembus nafas. 17 . 2. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut.

ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Tenggorok Rajah 2. i. Gigi bawah 5. Pita suara 12. lidah. Rongga hidung 14. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. e. Rongga tekak 13.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. separuh tinggi. Gusi 6. o. Bibir bawah 3. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Epiglotis 11. Bibir atas 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Gigi atas 4. Lelangit lembut 8. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. Rongga mulut 15. Lidah 10. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. anak tekak. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. separuh 18 . dan u. Lelangit keras 7. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut.2: Alat-Alat Artikulasi 2. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. iaitu tinggi. Anak tekak 9. Huruf-huruf tersebut ialah a.

Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. e. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. iaitu neutral. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Rajah 2. separuh luas dan luas. u. T in g g i e m (s Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. seperti beg dan bos. separuh sempit. iaitu [i. ≅ ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga. iaitu depan. iaitu [ε] dan [Ο ]. Bunyi-bunyi [ε] dan [Ο ] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. hampar dan bundar.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. bibir bundar 19 S e p a ru h .3: Bahagian Lidah Seterusnya. a. o. bibir terhampar. iaitu sempit.

___________________________ xi.___________________________ x.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan.___________________________ 20 .______________________________ v._______________________________ vi._______________________________ ii. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa. i.__________________________ viii.___________________________ xii._______________________________ iii.______________________________ vii. berdasarkan rajah di bawah.______________________________ iv.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.__________________________ ix.

(1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. 2. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Mardian Shah Omar (2006). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Rencana Linguistik. (1980). Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Asas Fonetik. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Abdullah Hassan. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid.

Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3 3.0 KANDUNGAN ISI 22 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.

jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. 3. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #]. gigi-gusi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. [ai] dalam [pandai] pandai. mengenai (Abdullah Hassan.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. seperti dua bibir. [# panau #] dan [# amboi #]. 2006:42). 3.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa. menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 .2006:44). iaitu [ai]. sama ada letupan. [au] dan [oi]. anak tekak dan lain-lain. lelangit lembut. geseran dan sebagainya.1997:63). serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong. dan [au] dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. letusan. sengauan. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. 3. lelangit keras.

dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. malaran dan getaran. letusan. lelangit lembut atau pita suara. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. sengauan. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. [ai] dalam [pandai] pandai. [ai] dalam [pantai]. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. [oi] dalam [sepoi] sepoi. geseran. Bunyi Letupan 24 . lelangit keras. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. (iii) diftong menurun. sisian. anda juga perlu mengetahui bahawa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. Ini menghasilkan bunyi [l]. [n]. iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. **bunyi [? ] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. [Ν ]. Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). dan [ϑ ]. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. 25 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [? ] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu? ] [kad] [kata] * [garau] [bε g] ** [ana? ] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. geseran (frikatif) dan malaran.

Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. [z]. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [Ν ] [Ν aΝ a] [bujaΝ ] [ϑ ] [ϑ aϑ i] * *Bunyi [ϑ ] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. [v]. dan [h]. iaitu [r]. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. [š]. Untuk menghasilkan bunyi malaran. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. [s]. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah.

? 27 . Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. dan [y]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [vΟ kal] ‘vokal’. (iii) Geseran gigi tak bersuara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vε n] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. dan [univərsiti] ‘universiti’. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. [l]. [g]. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. (iv) Geseran gigi bersuara. [t]. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. [d]. Perbezaannya ialah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. seperti bunyi [b]. pita suara tidak digetarkan. [r]. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. dan [ma af] ‘maaf’. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. [m]. [k]. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. [hafal] ‘hafal’. [n]. [w]. [vərsi] ‘versi’. [s]. dan [h]. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. seperti bunyi [p]. [f].

Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. [axbar] ‘akhbar’. 28 . Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. [lo7 at] ‘loghat’. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Perbezaannya ialah. Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha). Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. ketika mengeluarkan bunyi [7 ] pita suara digetarkan. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). Contoh sebutan: [7 aeb] ‘ghaib’. dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith). Akhirnya. dan [bale7 ] ‘baligh’. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [Ο 7 aΝ ] dan [ba7 aΝ ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin). sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. dan [axer] ‘akhir’. Perbezaannya ialah.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. BAHAN BACAAN 29 . berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. LATIHAN 1.

(1977). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Indirawati Zahid. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. (1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mardian Shah Omar (2006). Raminah Sabran dan Rahim Syam. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Asmah Hj Omar. (1975). Lutfi Abas. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Abdullah Hassan.Bhd. (2006). (1980). TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan.

pinjaman. gandingan dan rangkap. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 .1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. iaitu konsonan asal. pinjaman. konsonan dan diftong. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. PINJAMAN. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. gandingan dan rangkap. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4.

i. e taling dan o. 1977:42). ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. pinjaman.1 Definisi Huruf Vokal. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. 4. u. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. iaitu konsonan asal. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. jenis-jenis huruf vokal. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. iaitu huruf a. 4. Rajah 4. Dengan perkataan lain. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal. Seperti yang telah dipelajari. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. e pepet.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap.2006:44).

.ga] [ja.rik] [ta.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.rus] [wa.ri] [nya.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.ham] [syi.jam] [vi.ri] [ra.bus] [gha.3 di bawah.jah] [zi.la] [ca.lem] [yu.la] [ka. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.kir] [ga.rat] [la.da] [sé.la] [pa.di] [khai.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.zal] [har.dah] [naf.kah] [nge.ga] [ka.pat] [sa.lak] [bi.par] [qa.da] [fa.duk] Rajah 4.lik] [bo.tat] [da.lai] [ma.ran] .tol] [du.mak] [se.

pin] Rajah 4. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et. Pinjaman. 34 .3 Konsonan Asal. iaitu letupan. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.tai] [pu. 2006). getaran. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan.poi] Rajah 4. geseran. iaitu ai.al. pinjaman.lau] [se.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. sisian. Daripada segi cara sebutan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za. letusan.4 di bawah. sengauan dan separuh vokal. gandingan dan rangkap. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu.5 di bawah.

Sa’odah. skuasy. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah. Pada tempat lain. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na. sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Selain itu. 35 . huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. ‘a (‘alam). digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. huruf ‘i (‘ilmu). ‘u (‘umur) digugurkan. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6 ? h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j ϑ s z Š Ν x Rajah 4. digantikan dengan huruf k menjadi makna.

bunyi sebutannya tetap sama. 36 . ny dan ng. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. iaitu kh. walaupun huruf berubah. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. dz. gh. dh menjadi d dan th menjadi s. manakala satu berubah satu huruf. iaitu empat kekal. gh. ch. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. dh dan th. ng. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. sh. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. iaitu ch menjadi c. iaitu kh. Namun. 2006:95-96). Sebenarnya jika anda peka. Selain itu. dz menjadi z. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. (Abdullah Hassan. Akan tetapi. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. AKTIVITI Secara berpasangan. ny.

Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j ϑ Ν h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6 ? 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh b w b b 2 t d 3 4 l 37 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1.

Abdullah Hassan. (1997). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Mardian Shah Omar (2006). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. 38 . (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. (2006). (2006). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Lutfi Abas. (1975).al. Marzukhi Nyak Abdullah.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Nik Safiah Karim et. Tatabahasa Dewan. Indirawati Zahid. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. (1980). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Bhd.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Vokal BAHAN BACAAN Abdullah Hassan.

2. simbol konsonan. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. anda seharusnya dapat: 1. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 . Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

simbol konsonan. berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf).1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 .1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. dan simbol diftong.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. simbol konsonan rangkap. 5.

[Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5. 41 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k]. 2.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu. [/].2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5. dan 3.

4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [7 ] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ ] [ð] [x] Rajah 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

Agensi Penerbitan Nusantara. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Petaling Jaya: Secara individu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. Ilmu Fonetik dan Linguistik. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. 2005. Linguistik Pengenalan. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful