PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENGENALAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

1

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Linguistik merupakan sebuah bidang ilmu yang masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pelajar bahasa dan orang kebanyakkan. Mereka berpendapat bahawa ilmu linguistik itu ialah ilmu mempelajari bahasa. Oleh sebab itu sarjana linguistik ialah seorang yang pandai bertutur banyak bahasa. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa, dan mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian daripadanya. Matapelajaran penghantar linguistik adalah matapelajaran wajib yang harus diambil oleh semua guru pelatih yang mengambil subjek major Bahasa Melayu semester empat di Insititut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.

Tugasan ini telah diperjelaskan oleh pensyarah pembimbing mengenai apa yang perlu dilakukan. Perkara yang perlu diberi perhatian terhadap Kerja kursus ini ialah pelajar haruslah menghuraikan aspek-aspek dalam bidang-bidang linguistik, sifat bahasa, sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik dan bahasa Melayu saintifik. Selain itu tugasan ini juga mengharuskan pelajar menjelaskan tiga bidang ilmu linguistik iaitu psikolinguistik, sosiolinguistik, dan linguistik antropologikal.

Selain itu, pelajar juga dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang zaman perkembangan ilmu linguistik serta membanding bezakan antara mana-mana dua zaman perkembangan tersebut. Antara bidang–bidang yang terdapat dalam bidang linguistik ialah linguistik am, linguistik gunaan, sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual. linguistik

Hasil tugasan ini hendaklah disediakan dalam bentuk CD dengan menggunakan aplikasi power point. Selain itu, „hard copy‟ juga haruslah dihantar bersama dengan CD. Tugasan ini sedikit sebanyak membolehkan guru pelatih memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu linguistik bahasa Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

2

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIDANG – BIDANG LINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

3

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIDANG – BIDANG LINGUISTIK
 Linguistik Am Linguistik Am merupakan ilmu linguistik yang mengkaji teori – teori dan kaedah – kaedah menganalisis bahasa iaitu dari segi fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonetik ialah bidang kajian tentang bunyi-bunyi bahasa manusia. Fonologi ialah bidang kajian ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa menurut fungsinya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur,bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat .Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji perihal makna. Antara kaedah mengajar bahasa ialah kedah terus dan kaedah pandang sebut.  Linguistik Gunaan ( linguistik terapan)

Linguistik gunaan ialah bidang linguistik yang mengkaji tentang diskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan untuk mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Ini menghasilkan kaedah – kaedah mengajarkan bahasa dan bahan – bahan mengajarkan bahasa.

Beberapa definisi linguistik terapan ialah penggunaan temuan ahli bahasa oleh guru bahasa. Kumpulan istilah untuk penerapan keahlian dalam linguistik yang dikaitkan dengan bidang praktis. Pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh penyelidik bahasa, dan menggunakan bahasa sebagai komponen inti. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori bukan pencipta teori. Kesimpulannya, penerapan linguistik dalam bidang yang bersifat praktis. Linguistik terapan bukan teori, tetapi penerapan teori. Tugas praktis dengan jalan pemusatan perhatian pada bahasa. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori yang dihasilkan oleh ahli bahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

4

 Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain.kadang selama berabad-abad lamanya. sistem-sistem morfologi. dan leksikon.  Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. kadang .Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi. Linguistik am teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. bidang-bidang linguistik kontekstual mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.Linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang di dokumenkan itu.Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik berkembang daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 5 . Mengkaji perubahan dan perkembangan bahasa itu dalam suatu jangka masa. sintaksis.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Linguistik Sejarah Linguistik sejarah ialah bidang linguistik yang mengkaji cara bahasa berubah dengan berlalunya masa.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 6 .

 Peringkat Awal ZAMAN INDIA ZAMAN YUNANI ZAMAN PERTENGAHAN ZAMAN ROMAWI ZAMAN PEMBAHARUAN  ZAMAN INDIA Zaman india merupakan piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua. iaitu peringkat awa. dan peringkat permodenan. Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa. peringkat perkembangan. Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda. Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 7 .PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Sejarah perkembangan ilmu linguistik terbahagi kepada tiga peringkat. Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda.

Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN YUNANI Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM. rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung). dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. wujud secara konvensyen. regular dan logik. iaitu onoma (kata nama). Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis. iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja). Ini telah menimbulkan persoalan:     Mengapa bahasa manusia tidak sama? Bagaimana wujudnya bahasa? Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan? Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini? Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia.Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional. sama ada bersifat tabii atau kesepakatan. Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural. Mereka INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 8 . tidak seragam dengan pelbagai kelainan. iaitu ciptaan Tuhan.Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala. manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya. iaitu benda dengan nama benda. di samping memperkenalkan konsep neutral. Bagi Plato. Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi. Logos terbahagi dua. bersifat semula jadi. walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya.

dan arthron (kata sandang). iaitu nomen (kata nama). rhema (kata kerja). epirrhema (kata keterangan). verbum (kata kerja). dan syndesmoi (kata hubung). iaitu onoma (kata nama). Kemudian kaum Alexandrian memperluaskan kelas kata kepada lapan. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno. antonymia (kata ganti). Semua kajian berasaskan teks kuno. prothesis (kata depan). Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. syndesmoi (kata hubung). metosche (partikel). INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 9 . arthron (kata sandang).PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU membahagikan kata kepada empat.

Melalui bukunya yang terkenal. motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. daripada lapan menjadi sembilan. Karyanya ini dianggap baku hinggi kini. Priscia dan Donatus. iaitu nomen. Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna. adverbiu. Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. verbum. Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos. iaitu tambahan numeralia (kata bilangan). aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 10 . Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. Pada zaman Romawi. situasi. interjectio dan conjunctio. yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus. M. pengkodifikasian pemikiran. Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan. sintaksis dan etimologi. kelas kata telah ditambah. iaitu:    Senainon: tanda dan simbol Semainomenon atau lekton: makna Pragma atau tungchanon: hal luaran. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin. Penggunaan kategori morfologi. Selain fonologi. Ini bermakna. beliau telah merumuskan:    Bahasa itu seragam secara semula jadi. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN ROMAWI Pada Zaman Romawi. participium. Terrentius Varro. M. wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. praepositio. pronomen. iaitu De Lingua Latina. dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif.

iaitu Yunani. waktu petang perdebatan. bahasa diplomasi dan bahasa ilmu. Eropah. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 11 . Petanda zaman ini ialah sekolastik.Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN PERTENGAHAN Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa. iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara. Latin dan Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Ibrani. Cendekiawan zaman ini mengagungkan humanisme. Dua hal terpenting zaman ini ialah:   Penguasaan tiga bahasa. diskusi orang alim dan golongan aristokrat. falsafah dan kesusasteraan. Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian. Waktu pagi pengajaran. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa gereja. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 12 . Latin dan Ibrani.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN PEMBAHARUAN Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian. Dua hal terpenting zaman ini ialah: > > Penguasaan tiga bahasa. Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. Empat yang terbesar ialah Yunani. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah. Cendekia zaman ini mengagungkan humanisme. Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Romawi dan Slavia. iaitu Yunani. bahasa di India dan bahasa di Nusantara. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah. Jerman. bahasa Cina. falsafah dan kesusasteraan.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PERBANDINGAN ANTARA DUA ZAMAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 13 .

Jespersen.Plato (427-437 SM) Karyanya yang bertajuk Crystalus. present tense). “ Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk. letupan dan sebagainya (fonetik). Membezakan kata nama dan kata kerja serta mengenali bunyi konsonan geseran.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PERBANDINGAN ANTARA DUA ZAMAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN YUNANI a) Sejarah perkembangan Bermula sejak 500 SM. -Aristotle (384 – 322 SM) Memperkenalkan kata hubung dan sistem kala „tense‟ (past tense. kata kerja. 1959) b) Tokoh . maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan ” – (O. kata hubung dan artikel (kata nama khas. Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat. juga memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif. Memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Inggeris (go:went:gone). „Logos‟ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita). Ayat ialah „logos‟ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna. Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 14 . dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif. Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan. tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan. -Kaum Stoik Kaum Stoik membezakan antara bentuk dan makna. kata ganti nama). Pembahagian kata : kata nama.

d) Kekurangan Menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap. arthron (kata sandang). prothesis (kata depan). epirrhema (kata keterangan). tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki. jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU c) Kelebihan Pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik dan menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam. rhema (kata kerja). f) Karya .Iliad and Odyssey INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 15 . antonymia (kata ganti). e) Kelas kata – lapan kelas kata Onoma (kata nama). dan syndesmoi (kata hubung). metosche (partikel).

Appolonius Discollus Mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis selain menambahbaik huraian Thrax. disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi. Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasa. Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M. Dalam bidang morfologi. Cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik. beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 16 . kasus. tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin.T. Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle.Varro yang mengkaji bahasa Latin.Varro (116-27 SM) Hidup sezaman dengan Thrax.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU ZAMAN ROM a) Sejarah perkembangan Tidak banyak menghasilkan karya asli. Mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan. Berpendapat bahawa bahasa hádala seragam.T. Berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja. Menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja. Pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik. Terdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan. b) Tokoh .M. sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik. nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia. Juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian .

d) Kelemahan Hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah selain cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro). Penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten. e) Kelas kata .Institutiones Grammatikae INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 17 . metosche (partikel).sembilan kelas kata Onoma (kata nama). arthron (kata sandang). rhema (kata kerja). -Priscian (500 TM) Karyanya yang dinamakan Instituciones Grammaticae. f) Karya . Melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius.De Lingua Latina . Di dalam bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan manakala bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro).PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu. antonymia (kata ganti). kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik. c) Kelebihan Menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin dan karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini. dan syndesmoi (kata hubung). Lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat. epirrhema (kata keterangan). prothesis (kata depan). numeralia (kata bilangan).

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PSIKOLINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 18 .

Pertama adalah aliran empirisme yang berhubung erat dengan psikologiasosiasi. iaitu langage (bahasa yang pada umumnya bersifat abstrak) langue (bahasa tertentu yang bersifat abstrak) dan parole (bahasa sebagai pertuturan yang bersifat konkrit).  Ferdinand de Saussurre (1858-1913) pakar linguistik berbangsa Swiss memperkenalkan tiga istilah bahasa.  Leonard Bloomfield (1887-1949) pakar linguistik yang berasal dari Amerika berpendapat bahawa peringkat berbahasa bermula daripada pengalaman yang luar biasa.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PSIKOLINGUISTIK  SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU PSIKOLINGUISTIK Pada abad yang silam terdapat dua aliran falsafah yang terus bertentangan dan sangat mempengaruhi perkembangan psikologi dan linguistik.  Von Humboldt (1767-1835) berbangsa Jerman. Beliau menerapkan teori psikologi behaviorisme yang dikenalisebagai linguistik struktural atau linguistik taksonomi. terutamanya penjelmaan daripada tekanan emosi yangsangat kuat. Aliran kedua ialah rasionalisme. Aliran empirisme melakukan kajian terhadap data empiris atau objek yang dapat dicerap dengan cara menganalisis unsur-unsur pembentukannya sehinggalah yang sekecil-kecilnya. Menurut Sapir. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 19 .  Edward Sapir (1884-1939) yang berasal dari Amerika adalah pakar dalam bidang antropologi dan linguistik. Aliran ini mengkaji akal sebagai satu keseluruhan dan menyatakan bahawa faktor-faktor yang ada dalam akal patut diteliti untuk memahami perilaku manusia. telah mengkaji hubungan antara bahasa dengan pemikiran manusia. Beliau merumuskan bahawa struktur bahasa menentukan struktur pemikiran manusia. psikologi menerbitkan dasar ilmiah yang padu dalam pengkajian bahasa.

Beliau menyatakan bahawa bahasa adalah alat untuk melahirkan fikiran. Di samping itu. tetapi merupakan lambang-lambang dalam otak yang menjelmakan pemikiran. kemudiannya beliau telah menyamakan perilaku bahasa dengan teori Stimulus – Respons (S-R) yang dikembangkan oleh Pavlov. pakar linguistik berbangsa Denmark telah menganalisis bahasa menurut psikologi mentalis yang juga sedikit berbau behaviorisme. berjalan dan bekerja. Namun.  Watson (1878-1958) ahli psikologi behaviorisme berbangsa Amerika. seperti makan.  Wundt (1832-1920) ahli psikologi Jerman merupakan orang pertama yangmengembangkan teori mentalis bahasa secara sistematik . Dartstellung pula adalah gambaran pokok bagi masalah yang dikomunikasikan. Appel adalah permintaan yang ditujukan kepada orang lain. Beliau menempatkan perilaku atau kegiatan berbahasa sama dengan perilaku atau kegiatan lain. Wundt turut dikenali sebagai pengembang teori performasi bahasa. persamaan tersebut mengesahkan kata-kata adalah sama dengan benda lain sebagai respon daripada sesuatu stimulus. Kungabe adalah tidakan komunikatif yang diwujudkandalam bentuk verbal. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 20 .  Karl Buchler pakar psikologi Jerman dalam bukunya Sprach Theorie (1934) mengupas bahawa bahasa manusia mempunyai tiga fungsi yang disebut Kungabe (kemudian disebut Ausdruck) Appel (yang disebut Auslosung) dan Dartstellung. Oleh itu. Menurutnya bahasa tidak wujud dalam pengertian satu benda seperti sebuah kereta atau seekor arnab.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Otto Jespersen.

namun secara tradisinya psikologi lazimnya dimaksudkan sebagai satu bidang ilmu yang cuba mempelajari tingkah laku manusia. iaitu: Pertama. psikologi secara harfiahnya bererti ilmu jiwa atau ilmu yang objek kajiannya adalah jiwa. Kajian linguistik mikro adalah struktur dalaman bahasa yang mencakupi struktur fonologi. morfologi sintaksis dan leksikon. Alasannya.Walau bagaimanapun. kedua-duanya berperanan melatakkan bahasa sebagai objek yang formal. Justeru. iaitu linguistik mikro dan makro. Secara umumnya. Secara etimologi. manakala kata logos bermaksud ilmu. katapsikologi berasal daripada bahasa Yunani Kunopsyche dan logos. Namun. kita boleh meneliti kewujudan berbagai-bagai cabang linguistik dengan berdasarkan pelbagai kriteria atau pandangan. jiwa bersifat abstrak sehingga tidak dapat diamati secara empirikal. Oleh sebab itu. objek kajiannya dibahagikan kepada dua jenis. Bidang linguistik dikelaskan dalam tiga fasa kajian. iaitu dua bidang ilmu yang berbeza. Kajian lingustik makro pula adalah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 21 . objek kajian setiap ilmu harus dapat dicerap secara mendalam. Ada juga yang menyebut psychology of languange.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  PENGERTIAN PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik terbentuk daripada perkataan psikologi dan linguistik. Dalam gambaran luas. Walaupun besar kemungkinan gerak-geri seseorang belum tentu menggambarkan keadaan jiwa sebenarnya. Bahasa merupakan fenomena yan hadir dalam segala aktiviti kehidupan manusia. psikologi lebih membahas atau mengkaji tingkah laku manusia dari segi yang boleh diamati. linguistik bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang meletakkan bahasa sebagai objek kajian. Pada awalnya hubungan antara kedua-dua disiplin disebut psikologi linguistik. roh atau sukma. Katapsyche bererti jiwa. masing-masing boleh berdiri dengan sendiri berdasarkan prosedur dan kaedah yang berlainan.

sama ada untuk dibandingkan ataupun sebaliknya. Sejarah linguistik pula mengkaji perkembangan ilmu linguistik. aliran-aliran teori ataupun hasil-hasil kerja(Chaer.Teori yang dikemukakan oleh Wiess:  Bahasa merupakan satu kumpulan respons yang jumlahnya tidak terbatas terhadap sesuatu stimulus. kewujudannya disebut linguistik sejarah atau sejarah linguistik. psikologi. Kajian teoritis hanya ditujukan untuk mencari atau menemukan semua teori linguistik. Weiss yang berasal dari Amerika merupakan salah seorang tokoh psikologi behaviorisme yang terkemuka.Beliau telah merintis jalan ke arah kelahiran disiplin psikolinguistik. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 22 .PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bahasa dan hubungannya dengan faktor-faktor diluar bahasa seperti sosiologi. 1994). Ketiga. Kedua. antropologi dan neurologi. linguistik dapat dibezakan dalam dua Bidang utama. seperti pengajaran bahasa. Kajian terapan pula difokuskan ke arah penerapan kaedah-kaedah linguistik dalam aktiviti yang praktis.sama ada tentang tokoh-tokoh. Linguistik sejarah mengkaji perkembangan dan perubahan sesuatu bahasa atau sejumlah bahasa.Bahasa merupakan stimulus terhadap sesuatu respons atau sesuatu respons terhadap stimulus. iaitu linguistik teoritis dan linguistik terapan.  Perilaku bahasa adalah alat untuk mengubah dan menampilkan kegiatan seseorang sebagai hasil warisan dan perolehan. menurut tujuan kajiannya. terjemahandan penyusunan kamus.

Dalam bidang psikolinguistik. iii. khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (misalnya jalan dan berjalan) dan pembentukan perkataan dengan berdasarkan peraturanperaturan (contohnya pembentukan kata berimbuhan).PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  SUB BIDANG PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang daripada berbagaibagaibidang. seperti psikologi. Terdapat beberapa subbidang dalam psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia. sains kognitif dan linguistik. Sintaksis adalah kajian pola-pola yang menetapkan tatacara perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat. Pragmatik adalah kajian tentang peranan konteks dalam pentafsiran makna. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat. Fonetik dan fonologi adalah kajian tentang bunyi pertuturan. ii. iaitu : i. v. iv. semantik pula mengolahkan maksud ayat yang sebenar. penyelidikan menumpukan perhatian pada cara-cara otak memproses dan memahami bunyi. Semantik adalah kajian yang berkenaan dengan makna perkataan dan ayat. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 23 . Morfologi adalah kajian tentang struktur-struktur perkataan.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SOSIOLINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 24 .

Dalam karyanya yang berjudul As tadhayayi. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 25 . Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat. tepatnya pada abad 19. Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor linguistik moden. beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi. budaya. bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersediri. Edward Sapir. Baru beberapa abad kemudian. Parole bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai idiolek. Dr. dan Van Name (1869-1897)untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. bahasa Belanda. misalnya bahasa Perancis. Tidak lama selepas itu. Hasseling. J. Langage bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa.W. Verhaar. langue dan parole ( Prof.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SOSIOLINGUISTIK  SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLINGUISTIK Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik.1983:1).M. Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu. bahasa Jerman. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. dan kognisi. Schuchardt. misalnya langage. satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa. Oleh sebab itu. Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satusatu kumpulan penutur tertentu. langkah de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Syarikat. seperti Franz Boas. dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa. Pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 26 .PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama Harver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi. bahasa dalam masyarakat. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi. Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang. Setahun berikutnya. bahasa dalam kebudayaan. yang diikuti dengan kemunculan karya-karya besar lain dalam bidang ini. Weinreich (1953) menulis Language in Contact. bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Tokoh ini sebelumnya melihat kajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial.

ragam stailistik (rasmi. Arab dll. kelas tinggi dan rendah). Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Ia mencuba memberi pengertian-pengertianumum. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan. ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik. dan rumus-rumus bahasa.). santai. fungsi kelompok. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkandan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil. Inggeris. Maksud istilah masyarakat. dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur. perhubungan-perhubungan dan perbezaan- perbezaannya dari segi bahasanya. Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi. dalam ilmu sosiolinguistik. menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu. Oleh sebab bahasaINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 27 . termasuklah pernyataan kekecualiannya. Brunei.ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia. intim dansebagainya). sektor-sektor sosial. kosa kata. Dengan itu. Kelantan.). Thai Selatan. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan prosesproses kemasyarakatan. ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan. Indonesia. yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). pertembungan antara kelompok. rational dan empirikal serta bersifat umum. Singapura. Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentukbentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem. mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. empirikal.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  DEFINISI UMUM SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik. Kedah dll. rasional. peggolongan. termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat.

Selanjutnya. Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tandadan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. lebih-lebih lagi di Malaysia. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin sosiolinguistik. manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat. kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. perilaku bahasa dan perilaku sosial. Di samping itu. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas. akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur. Sesungguhnya kita maklum. bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu. maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. pendidikannya. dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu. seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya. Bagaimana seseorang itu bercakap. sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. cara ia menyebut perkataan. sosiolinguistik juga INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 28 . sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan. kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan. walaupun tanpa disedari. Secara umum. buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. (Abdullah Hassan. mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. 2007). Daripada apa yang dicakapkan. sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks social dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati. Kamus Dewan edisi keempat (2007). pekerjaannya. bunyi-bunyi perkataan. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung. Sebagai contoh.

Jadi. Walaupun membawa pengertian yang sama. “patik”. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. topik pembicaraan dan seting pembicaraan beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek. “anda”. retorika dan sosiolinguistik. sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik. “abang”. Perbezaan INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 29 . “tan sri”. pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. “dato”. Di samping itu. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. “adik”. iaitu penekanan dan sifat kajian. “puan sri” dan seumpamanya. “engkau”.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU turut mengkaji sistem ganti nama. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti “aku”. “tuan”. pilihan-pilihanyang dilakukan oleh penutur. sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. kedua-dua ungkapan.“mak cik”. “encik”. “puan”. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. “beta”. “pak cik”. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertuga smenjelaskannya. Cakupan kedua. serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Di pihak lain. Pada pihak lain.

Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalaminteraksinya dalam kelompok kecil dan informal. sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti. jenis kelamin. pendidikan. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 30 . sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia. sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU lain adalah. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain. retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa.

Kedua. kedua-dua aspek. Menurut Dell Hymes (1966 ). Ketiga. yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 31 . struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. khususnya unsur yang membentuksistem bahasa. pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara. Dalam kata lain. Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistic sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa. tajuk perbincangan.1981: 4 ). Keempat. Dalam hal ini. fungsi sesuatu interaksi. terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. peserta (participant). Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Pertama. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar negara. bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim. sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting ). struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  DEFINISI SOSIOLINGUISTIK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. Dalam Kamus Dewan (1994:1533) istilah sosio dianggap sejajar dengan social yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.

Contohnya. dan mengenaimasalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak. jenis kelamin. penggunaan sebenar bahasa.A. Sejajar dengan pendapat di atas. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa. to whom. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. bila. hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna. dengan bahasa apa. pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistic. berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. dan sebaliknya. kepada siapa. dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. Fishman mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi. ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi. sehingga menyebabkan perubahan-perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. bahasa dalam konteks sosialnya. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 32 . Eastman (1975) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. tingkat ekonomi dan faktor situasi. Selanjutnya. Menurut Wolfram dan Fasold. Dengan perkataan lain. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial. what language. karakteristik fungsi bahasa. menurut J. tingkat pendidikan. jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama. seperti status sosial. iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar. di mana. and when.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU kehidupan sosial. umur. Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa.iaitu siapa berbicara. kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial.

Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 33 .PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa. Menurut Nababan lagi (1993) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat dianggap menggunakan tiga kajian. Termasuk dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa. serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. Abdul Chaer dan Agustina (1995) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga. ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi. dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Rene Appel (dalam Suwito. Nabahan (1993) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa. khususnya perbezaan-perbezaa (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). faktor sosial dan budaya. kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan. iaitu kajian bahasa dalam konteks social dan kebudayaan. sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi. Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. dan kajian-kajian yang sekategori. 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat. Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. dan perancangan bahasa. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat.

huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi pertuturan berskala kecil. kehormatan dan sebagainya. Downes (1998) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabilabeliau mendefinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial. semiotik sosial atau linguistik kritis. kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat. geografi. iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. jantina. Secara kesimpulannya. dalam konteks perubahan sejarah. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik. kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual. Pertama. Kedua. etnografi komunikasi. Menurut Downes lagi. segala sesuatu yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya. analisis perbualan. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi. dapatlah dikatakan bahawa. kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. termasuk faktor konteks. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 34 . dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. kajian variasi. analisis wacana. itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatikyang mengkaji makna. sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). Oleh itu.

Laras bahasa. bahasa rasmi. penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. variasi bahasa dan ragam bahasa. sistem panggilan dansistem gelaran dalam masyarakat Melayu. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 35 . cara menyebut perkataan. pidgin. Kesantunan bahasa.Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begituluas untuk dikaji. dan kreol.  Sikap terhadap bahasa. bunyi-bunyi perkataan. pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. Perancangan bahasa. Bahasa kebangsaan. Sosiolinguistikjuga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama. Bilingualisme dan multilingualisme. Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  BIDANG-BIDANG DALAM ILMU SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topikseperti berikut:        Kesetiaan terhadap bahasa.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 36 .

” Masyarakat yang menuturkan bahasa yang berbeza sering kali mengamalkan budaya hidup yang berbeza. Antara persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli linguistik antropologi adalah sejauh manakah struktur nahu sesuatu bahasa ditentukan oleh atau menentukan bentuk dan kandungan budaya para penuturnya. Harimurti (1984: 118) ketika menghuraikan ruang lingkup kajian linguistik antropologi mengatakan ia sebagai satu bidang ilmu “. pekerjaan atau kekerabatan. Sapir (1949: 209) mengatakan.” Jelas dibayangkan kepada kita bahawa linguistik antropologi mengkaji keterjalinan hubungan di antara bahasa yang digunakan dan budaya yang diamalkan oleh penutur.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL Matlamat utama bidang linguistik antropologi adalah untuk mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya.. Di samping itu.yang mempelajari variasi dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan pola kebudayaan dan ciri-ciri bahasa yang berhubung dengan kelompok sosial. ia wujud daripada sekumpulan amalan dan kepercayaan yang diwarisi melalui hubungan sosial. ahli-ahli linguistik antropologi mengkaji aspekaspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Dalam lain-lain perkataan. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 37 . agama. ahli linguistik antropologi juga mengkaji sejauh manakah kelainan perbendaharaan kata di antara bahasa-bahasa yang berbeza mempunyai kaitan dengan kelainan budaya yang diamalkan oleh para penutur bahasa-bahasa yang berbeza itu( Encyclopaedia Britanica vol. 7:60). dan kelainan inilah yang menjadi fokus kajian ahli-ahli linguistik antropologi. “Bahasa tidak wujud secara terpisah daripada budaya. dan amalan-amalan serta kepercayaan-kepercayaan inilah yang menentukan corak kehidupan yang dijalani oleh penutur. Suasana kehidupan dan sistem nilai yang berbeza akan menghasilkan pola pemakaian bahasa yang berbeza. Tentang pengaruh budaya ke atas bahasa.

Crystal 1974). dan biasanya hidup bersamasama penutur natif bahasa tersebut. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 38 . dan melalui kaedah ikut serta inilah data yang asli bagi sesuatu bahasa itu dikumpul dan dicatat (Harimurti 1984: 116.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Ahli linguistik antropologi yang ingin mengkaji sesuatu bahasa yang tidak mempunyai tradisi tulisan biasanya akan ke lapangan.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU REFLEKSI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 39 .

Kaedah yang digunakan ialah melalui media elektronik atau internet. peraturan paradigmatik. saya mula mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan sebanyak mungkin. Saya memulakan tugasan ini dengan membuat rujukan awal bagi mencari tajuk yang sesuai bagi membuat tugasan ini. Saya melakukan pembacaan dan pencarian menyeluruh mengenai isu dan perkara yang berkaitan bagi menyiapkan tugasan saya. stilistik dan bahasa Melayu saintifik. Selain itu saya juga menggunakan sumber internet bagi memantapkan lagi maklumat yang telah saya perolehi. Saya mengasingkan berdasarkan kepada beberapa kategori yang tertentu iaitu berdasarkan kepada jenis. variasi bahasa. sosiolinguistik.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU REFLEKSI Alhamdulillah. Selain itu tugasan ini juga mengharuskan pelajar menjelaskan tiga bidang ilmu linguistik iaitu psikolinguistik. Setelah mendengar dan memahami penerangan serta perbincangan yang diberikan. Saya mula melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu membuat analisis data terhadap segala maklumat yang saya terima. saya tidak mempunyai sebarang masalah. Tugasan ini hendaklah disampaikan dalam bentuk buku skraf. Setelah sumber yang sesuai kami perolehi. saya berasa sedikit keliru dan tidak memahaminya. dan linguistik antropologikal. faktor luaran. Ianya merupakan tugasan secara berpasangan. Hampir keseluruhan maklumat yang saya guna pakai adalah diperolehi daripada buku Pengantar Linguistik. Tugasan ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan kepada guru pelatih major Bahasa Melayu bagi Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). struktur linguistik. Guru pelatih dikehendaki membuat satu buku skraf dan ‟soft-copy‟ tentang Pengantar Linguistik. sifat bahasa. huraian dan contoh INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 40 . Pada peringkat seterusnya. sejarah perkembangan ilmu linguistik. Tugasan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada menghuraikan aspekaspek dalam bidang-bidang linguistik. bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Mohammad Shamsudin Bin Jamiran ini dalam masa yang ditetapkan.

( SITI NURULHASIKIN BINTI HANAFI ) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 41 . Setelah semua maklumat yang telah siap dianalisis. Saya telah menyerahkan segala maklumat awal yang perolehi ini bagi disemak oleh pensyarah. Ia adalah bertujuan bagi memastikan segala tugasan ini dihantar dan disiapkan tanpa sebarang kesalahan. saya mula melakukan penyemakan awal buat kali pertama. Setelah semua maklumat siap sedia. Saya tetap berusaha. Walaupun keadaan ini berlaku. Saya mempunyai masa yang agak suntuk iaitu selama kira-kira sebulan sahaja bagi menyiapkan segala tugasan ini. Setelah segala komen dan pandangan yang kami terima. Masalah yang kedua yang terpaksa saya hadapi ialah kesukaran perlaksanaan iaitu kesalahan dan kesilapan samada kecil dan besar dalam membuat buku skraf ini. Dalam melaksanakannya terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa saya hadapi. Saya telah meminta beberapa orang pelajar bagi melakukan penyemakan bagi kali ini. saya telah melaksanakan jadual perancangan yang teliti dan menggunakan segala sumber yang ada dengan semaksimum yang mungkin. Oleh yang demikian saya terpaksa menggunakan masa yang ada bagi dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Setelah semua maklumat dimasukkan dan diedit sepenuhnya. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan tugasan saya ini. maka saya mula melaksanakan tugasan buku skraf ini. Jutaan terima kasih terhadap apa yang telah diberikan. Maka dengan itu berakhirlah segala tugasan yang saya usahakan selama hampir satu bulan ini. Bermula daripada mendapatkan maklumat berkaitan fonetik dan fonologi hingga memindahkan rakaman ke dalam bentuk transripsi fonetik. namun ia bukanlah sebab bagi saya untuk menyerah kalah dan berputus asa. saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas hasil kerja saya. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti dan program lain yang dirancang dan perlu dilaksanakan.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU perkataan. Saya berasa puas hati dengan segala hasil kerja yang telah saya hasilkan. saya melakukan sekali lagi semakan buat kali yang kedua. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini. Pertamanya dari segi masa.

( TENGKU FEZZYAZLI BIN TENGKU AB. saya berharap tugasan ini memberi manfaat yang berpanjangan dan berguna kepada saya dan dapat aplikasikan ketika menyusun tesis mahupun ketika mengajar nanti seperti memiliki pengetahuan yang lengkap berkaitan psikolingustik dan sosiolingustik. soalan ini juga memerlukan saya membaca dan memahami keseluruhan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik ini untuk memudahkan saya membuat perbandingan yang tepat antara zaman-zaman yang dipilih. bersyukur kehadrat Ilahi kerana kehendaknya saya telah pun menyiapkan tugasan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Tugasan ini menghendaki saya mengkaji perkembangan ilmu linguistic serta membandingbezakan antara zaman yang dikehendaki. Antara objektif tidak langsung kerja kursus ini ialah untuk melihat sejauh mana hubungan guru pelatih dengan pensyarah penasihat. Bagi saya soalan ini agak susah kerana bagi nota linguistik antropologikal ianya sangat terhad manakala .PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU REFLEKSI Assalamualaikum. wang dan tenaga walaupun melakukan tugasan ini secara “In-door”. saya juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan lain melalui perkongsian ilmu dan bertukar pendapat supaya kertas cadangan saya dapat diaplikasikan sebaik mungkin. Secara jujurnya tugasan ini memerlukan pengorbanan masa. Sekian sahaja daripada saya. Hal ini terbukti apabila tidak ramai yang berjumpa pensyarah penasihat dengan pelbagai-bagai alasan. yang baik akan jadikan kekuatan yang buruk saya jadikan perbandingan. Akhirnya. Melalui kerja kursus ini. Selain itu. GHANI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 42 . Bagi saya kehendak soalan ini lebih memerlukan pembacaan dan pemahaman tentang sejarah ilmu lingustik dan bidang-bidang linguistik yang merujukkan kepada nota yang lengkap manakala pensyarah sebagai kawalan jawapan.

Rencana Linguistik. (2005). http://www.my/knet/ebook/preview/previu%20Pengantar%20Linguistik %20Am%20v3.org/wiki/bahasa_Melayu INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 43 .karyanet. (2005).com.wikipedia.  LAMAN WEB http://www. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.  Abdullah Hassan.tulisanmakyun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.blogspot. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU BIBLIOGRAFI  BUKU  Abdullah Hassan.com/ http://ms.pdf.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU LAMPIRAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 44 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful