SEMINAR ISU-ISU PENDIDIKAN PPP 6083 PROF. DR. OMAR B.

ABDULL KAREEM Tugasan Kumpulan 2 Pelajar CHE HASSAN CHE YAHYA SUHAIMI BIN ZULKIPLI M20092000897 M20092000858

......................................................................................................................................... ULASAN JURNAL

The impact of principal leadership behaviors on instructional practice and student engagement
David M. Quinn
The University of Arizona, Tucson, Arizona, USA

Pendahuluan
Selama beberapa dekad para pendidik menyokong pentingnya guru besar dan pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional sekolah. Objektif daripada kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara perilaku kepemimpinan sekolah dan guru yang menjalankan pengajaran. Kajian dibuat di lapan buah sekolah rendah, lapan buah sekolah menengah dan lapan buah sekolah tinggi yang mengambil bahagian di dalam proses penambahbaikan sistematik sekolah di Amarika. Permerhatian dan pengumpulan data dibuat dan menemui bahawa kepimpinan instruksional sangat berkorelasi dengan amalan guru. Kajian ini menegaskan pentingnya kepimpinan instuksional dan menyediakan wawasan khusus dalam dunia kepimpinan pendidikan.

Mendefinisikan Kepemimpinan Instruksional
Sebelum memahami kepimpinan instruksional kita harus terlebih dahulu memahami pengertian istilah instruksional. Menurut buku Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal tulisan James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009), istilah instruksional adalah kata kerja yang bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’. Ia adalah proses, 1

bentuk. teknologi dan peralatan yang berkesan. menyediakan sokongan individual. hal 3) menjelaskan kepimpinan instruksional sebagai serangkaian perlakuan yang dirancang untuk mempengaruhi peraturan di bilik darjah dengan menyampaikan kepada guru tentang strategi baru pendidikan. Jantzi dan Leithwood (1996. Para penyelidik bersetuju bahawa pemimpin sekolah harus menjadi pemimpin instruksional yang kuat. 2 . mengenal pasti dan mengartikulasikan sebuah visi. Menurutnya. iii. hal. pentingnya peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional dan hubungan langsung tentang perubahan instruksional amalan pelajar untuk meningkatkan prestasi telah diteliti secara menyeluruh. sumber instruksional. 9-20) menggambarkan pemimpin instruksional yang berkesan sebagai seorang pemimpin sekolah ialah sebagai pembekal sumber daya. memupuk penerimaan tujuan kelompok. Dalam konteks sekolah kepimpinan instruksional bererti kepimpinan pengajaran. 514-15) menakrifkan enam dimensi penting dalam amalan kepimpinan termasuk: i. hal. Penyelidikan mereka mendapati bahawa data prestasi pelajar memperoleh skor yang tinggi signifikan dengan pemimpin sekolah yang baik dan berkesan. v. komunikator. Ketika konsep kepimpinan instruksional pertama muncul. dan sentiasa keterlihatan di sekolah. iv. atau cara penyampaian maklumat oleh seseorang kepada orang lain. Pemimpin instruksional harus mampu mempengaruhi orang lain untuk amalan instruksional yang sesuai dan terbaik juga dapat menyediakan sumber guru yang bersedia memberi tumpuan kepada pelajar. vi. Foriska (1994) menggambarkan kepimpinan instruksional sebagai penting bagi pembangunan dan penyelenggaraan sekolah yang berkesan. mengekalkan disiplin yang baik dan menciptakan standard sekolah yang tinggi. Leithwood (1994. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa penunjuk instruksional yang berkesan kepimpinan melibatkan sejumlah pembolehubah. rangsangan intelek. Dalam jurnal David M. para pengamal dianggap berkesan jika mereka mengetuai sebuah sekolah dengan menetapkan ekspektasi yang jelas. menyediakan model yang sesuai dan ekspektasi mutu kerja yang tinggi Andrews dan Soder (1987. Quinn ini menjelaskan. ii. meskipun mereka tidak selalu sepakat mengenai definisi atau ciri yang mewujudkan kepimpinan instruksional.

(Murphy. hal 66) percaya guru harus memberikan kesempatan bagi siswa untuk terlibat secara aktif terlibat dalam kelas. mereka harus diminta untuk melakukannya. Menurut pengkaji lagi. Secara mudahnya. lembar kerja) kepada pendekatan yang lebih konstruktivis dalam pendekatan (contohnya pendekatan hand-on. dan memberi peluang mereka mengambil tanggung jawab untuk pembelajaran mereka sendiri. Penyelidikan ini menyarankan perlunya pemimpin sekolah dan guru untuk bekerja bersama memastikan pengajaran mencapai matlamatnya. anjakan daripada pendekatan pedagogi yang didasarkan pada teknologi pemindahan (contohnya kuliah. subjek dan matlamat pengajaran. pembelajaran berasaskan masalah. Namun. dan pendekatan pertanyaan) mempunyai implikasi yang besar sebagai amalan pembelajaran. berkait langsung dengan pencapaian pelajar. kurikulum merujuk kepada ‘apa’ yang hendak diajar manakala instruksional merujuk kepada ‘bagaimana’ hendak mengajarnya. Wilen (1990) berpendapat bahawa perbincangan kelas yang edukatif. Salah satu faktor yang paling konsisten berkaitan tahap yang lebih tinggi pelajar belajar adalah waktu belajar akademik yang ditakrifkan sebagai jumlah waktu pelajar belajar secara aktif terlibat dalam kegiatan akademik di mana mereka mengalami tahap kejayaan yang tinggi. (King. tidak berkesan atau bahkan tidak produktif jika terlalu banyak atau dalam situasi yang salah. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa amalan pengajaran paling berkesan bahawa guru boleh menggunakan pembelajaran aktif. drill dan amalan. melibatkan para pelajar dalam interaksi sosial. hlm. dan berstruktur mewujudkan pemikiran kritis. reflektif. 19-20). Dan Duignan (1986. Darling-Hammond dan McLaughlin (1995) mengutip sejumlah kajian yang mendapati bahawa mengajar yang dianggap berkesan dalam beberapa situasi. 3 . Keputusan daripada proses belajar yang aktif biasanya penciptaan sesuatu yang baru mengarah kepada pemahaman yang lebih mendalam.Meneliti amalan instruksional Menurut penulis. Dalam hal ini kita harus memahami bahawa kepimpinan instruksional di sekolah merangkumi juga kepimpinan kurikulum. 1992. pelajar tidak secara spontan terlibat dalam pembelajaran aktif. Pengajaran yang berkesan bergantung kepada pelbagai aspek termasuk karektor pelajar. hal 31). 1993. Oleh kerana itu kita perlu memberikan kesempatan kepada mereka untuk mengambil bahagian secara aktif.

4 . jatuh bangunya sesebuah sekolah dengan mudah dapat dikaitkan dengan kualiti pentadbirnya. saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dengan pentadbir yang lemah. Dalam setiap kes. Hechinger seorang wartawan menyatakan. memilih strategi. Fred M. Mereka juga mempunyai bidang tugas yang mikro yang tertumpu pada usaha mempertingkatkan kawalan dan pemahaman murid dalam konteks bilik darjah. Saya telah melihat sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah yang berjaya dan kesalnya sekolah yang unggul merosot dengan cepat. Menurut penulis. dalam Andrews dan Soder's (1987) kajian mereka mendapati bahawa terdapat signifikan hubungan antara kepimpinan sekolah dan keputusan-keputusan pelajar di semua sekolah untuk membaca dan matematik. Memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran Menjalankan kajian tindakan pada masalah pengajaran Membuat keputusan. Menurut buku Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal tulisan James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009). daripada pengalaman sebagai wartawan. Bersifat adil dan terbuka pada idea bagi memaksimumkan kejayaan murid. atau sekolah lemah dengan pentadbir yang baik. Menggalakkan sebarang inisiatif yang diambil oleh guru dan konteks pengajaran dan pembelajaran yang mampu meningkatkan pembelajaran murid. Antara tugasnya ialah. pemimpin instruksional harus memiliki pengetahuan asas tentang faktor-faktor di sebalik pengajaran dan pembekajaran bersandarkan teori atau falsafah pendidikan yang kukuh. Memimpin pembelajaran dan merebut peluang yang berpotensi bagi meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran.Kepimpinan instruksional dan amalan instruksional Unggulan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional adalah kemampuan untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada guru dengan matlamat meningkatkan amalan instruksional dan akhirnya pencapaian pelajar. dan taktik demi mendapatkan hasil pengajaran dan pembelajaran.

mendefinisi kepimpinan instruksional adalah suatu entiti yang berbeza daripada urusan rutin pentadbiran di sekolah. James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009). Bagi mencapai tujuan ini kita perlu menyediakan kaedah yang mungkin terbaik di bilik darjah. Semua kemahiran ini sangat penting dalam memberikan suasana yang menyokong pengajaran yang berkesan dan menarik yang berkaitan kejayaan pelajar dan pencapaian akademik. berkomunikasi. Aspek kepimpinan melibatkan banyak aspek termasuk menyediakan sumber. Blase dan Blase. namun kepimpinan seperti itu sangat penting dalam mencipta sebuah sekolah dengan nilai-nilai dan berusaha untuk mencapai pendidikan yang luar biasa untuk semua. Pemimpin instruksional harus memiliki kemahiran bercorak hand-on yang unggul dalam mengendalikan bilik darjah yang dapat diteladani oleh guru-guru lain. Data yang dikumpul daripada 24 projek sekolah menyediakan sekilas tentang kuat hubungan yang signifikan kepimpinan instruksional yang kuat pada instruksional amalan. dan sentiasa keterlihatan di sekolah (Smith dan Andrews. Leithwood. Lashway. Barth. perlunya kebolehan kepimpinan instruksional daripada pemimpin sekolah sekolah (Smith dan Andrews. 1989). 1998).Perbincangan Menurut pengkaji. Glickman. 1994. Sheppard (1996) dalam James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009). Antaranya kemahiran menyampaikan pengajaran yang berkesan dan membuat penyeliaan tentang pengajaran guru dan mengambil tindakan susulan yang wajar bagi memperbaiki kualiti pengajaran. 1989. Pemimpin instruksional yang hebat tidak diperlukan dalam memberikan pengajaran yang luar biasa. mengejar kejayaan pelajar adalah tujuan penting sekolah. 1986. Brubaker dan Simon. tetapi berkait rapat dengan perlakuan pentdbir dalam penyeliaan tugas guru di bilik darjah dan pemantauan kemajuan murid. Keputusan kajian ini memberikan wawasan baru tentang dunia kepimpinan instruksional. 5 . 1990. Penyelidikan ini telah menyediakan sebuah jambatan antara penyelidikan tentang instruksional kepimpinan dan prestasi pelajar yang kurang dalam literatur. instruksional menyediakan sokongan. Kajian juga menunjukkan bahawa tahap yang lebih tinggi pengajaran dan pembelajaran aktif berlaku di sekolah-sekolah di mana pemimpin sekolah berfungsi sebagai pemimpin instruksional. 1995. Implikasi amalan Menurut pengkaji. melalui buku Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal.

boleh dikatakan hampir semua guru besar dan pengetua telahpun menghadiri kursus. peranan instruksional ini lebih banyak dimainkan oleh Jemaah Nazir Sekolah yang hadir berkampung di sekolah-sekolah dengan matlamat menyelia dan memberikan bimbingan kepada guru-guru termasuk kepada pentadbir sekolah. Dalam hal ini. hubungan baik serta saling bertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar dan sekolah seluruhnya 6 . Isu ini dilihat begitu serius apabila Kementerian Pelajaran serta kalangan guru cuba mempertahankan hak mereka daripada diambil alih oleh pegawai-pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang cuba untuk menyusup masuk sebagai pentadbir sekolah dengan alasan guru-guru tidak mempunyai ilmu dalam mengurus dan mentadbir satu jabatan perkhidmatan awam (sekolah). Kepimpinan Instruksional dan amalan di Malaysia Kesedaran keperluan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah berlaku sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Keputusan menunjukkan bahawa para pemimpin instruksional sebagai komponen asas di sekolah-sekolah sebagai media paling efektif untuk mempengaruhi pencapaian murid. Kajian merangkumi data kuantitatif yang menunjukkan korelasi kualiti dan daya kepimpinan instruksional yang kuat telah mempengaruhi amalan pengajaran di bilik darjah. Jika dahulu. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan semua guru besar dan pengetua mampu bukan saja memimpin sekolah dengan baik. keperluan mata pelajaran serta keperluan teknologi maklumat dan perkembangan semasa. tetapi juga semua aspek pengurusan sekolah. bukan saja yang berkaitan dengan kepimpinan instruksional. yang menjadi pusat latihan pegawai-pegawai tadbir dalam Kementerian Pelajaran termasuk guru besar dan pengetua di sekolah. dapat memastikan guru-guru menjalankan tugas mengajar di bilik darjah dengan cara yang betul mengikut pedagogi. Namun perbezaannya lebih nyata setelah wujudnya Institut Aminuddin Baki. Penyelidikan ini menyarankan perlunya pemimpin sekolah dan guru untuk bekerja bersama memastikan pengajaran mencapai matlamatnya. Hari ini.Implikasi bagi penyelidikan masa depan Kajian ini menyediakan rangka untuk mempelajari asas instruksional pembolehubah kepimpinan dan kesannya terhadap amalan-amalan pengajaran. bagi memastikan hak guru-guru dapat dipertahankan salah satu cara dan pra syarat bagi mentadbir sekolah adalah kebolehan dan mempunyai ilmu dalam kepimpinan instruksional. tetapi yang lebih penting. Dalam konteks di negara kita.

jika kita membicarakan proses penyeliaan klinikal sepenuhnya. sudah banyak pemimpin sekolah membuktikan bahawa kepimpinan instruksional yang mereka laksanakan di sekolah telah membuahkan hasil menjadikan sekolah mereka cemerlang. sebagaimana hasil kajian yang dijalankan di Amerika ini menunjukkan korelasi kualiti dan daya kepimpinan instruksional yang kuat telah mempengaruhi amalan pengajaran di bilik darjah. kesan pembelajaran terhadap murid sangat rendah. Mengajar di bilik darjah pada hakikatnya bukanlah satu tugas mudah yang boleh diambil alih oleh orang lain yang tidak terlatih kerana ianya melibatkan bukan saja kemahiran mengajar tetapi juga perkembangan secara psikologi seorang kanak-kanak. banyak perkara yang menjadi amalan guru perlu diberi bimbingan dan diperbetulkan secara bersungguh-sungguh. Di negara kita hari ini. Menurut kajian tersebut serta kajian-kajian lain di negara kita juga menunjukkan bahawa pemimpin instruksional (guru besar / pengetua) sebagai komponen asas di sekolah-sekolah sebagai media paling efektif untuk mempengaruhi pencapaian murid. pemimpin sekolah wajib mempunyai kebolehan kepimpinan instruksional dengan menyeluruh mencakupi semua bidang ilmu pendidikan. Ia merupakan satu tugas profesional yang harus dilakukan oleh orang profesional. 7 . Pengajaran dan pembelajaran mungkin hanya tertumpu kepada sebahagian murid yang lebih pandai dan sebahagian besar murid hanya melalui masa belajar mereka tanpa mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. jika guru besar tidak memberi perhatian atau tidak membuat penyeliaan klinikal secara bersungguhsungguh terhadap tugas dan amalan guru di bilik darjah. Melalui pengalaman saya sendiri sebagai pentadbir sekolah (guru besar). Dalam hal ini. Masyarakat melihat pencapaian sesebuah sekolah adalah bukti kepada usaha-usaha guru serta pentdbir sesebuah sekolah.adalah menjadi perkara paling penting dalam matlamat pendidikan negara. Justeru.

Bibliografi David M. 8 . Tucson. Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. (2002) Jurnal: The impact of principal leadership behaviors on instructional practice and student engagement. Quinn. Arizona. The University of Arizona. USA James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009). Kuala Lumpur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful