You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PROJEK (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan

n Rubrik Pemarkahan)

Tarikh Mula: 27/08/2012 Kursus: BMM 3116: Genre Kesusasteraan Malayu Dalam Bahasa Melayu PGSR-SR PGSR-SR BM AMBILAN NOVEMBER 2008 JABATAN PENGAJIAN MELAYU Penyelaras Kursus Ketua Jabatan Tempoh: Tarikh Serahan: 31/10/2012 Tahun/ 2012 Semester

Program: Kumpulan: Disediakan Oleh Disahkan Oleh Nama dan Tandatangan

( SINIT @ JOHN BIN GITOM ) Tarikh

( ISMAIL BIN AG PIUT )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUGASAN PROJEK


TAJUK PROGRAM: PGSR-SR BM AMBILAN DIS 2008 TAJUK KURSUS: TARIKH MULA: HASIL PEMBELAJARAN : 1. 2. 3. 4. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu Sekolah Rendah. Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu (sastera) sekolah rendah. Mengaplikasikan pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah. Melaksanakan teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah; sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja. Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah. PROJEK BMM3116 NAMA GURU PELATIH: SEMESTER: 2012 TARIKH HANTAR:

5.

OBJEKTIF : Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat :

1. Mengumpulkan dan memahami maklumat tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran teks sastera dalam bahasa Melayu sekolah rendah daripada pelbagai sumber. 2. Menghasilkan esei tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran teks sastera dalam bahasa Melayu sekolah rendah. 3. Menghasilkan sebuah cerpen atau drama pendek (panjang karya antara 7 - 10 halaman) atau tiga sajak daripada mana-mana tema yang sesuai dijadikan sebagai teks sastera untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. 4. Membuat refleksi secara individu tentang pelaksanaan tugasan projek.

TUGASAN PROJEK Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah bukan sahaja mewujudkan corak pengajaran kemahiran berbahasa yang menarik tetapi juga dapat membentuk jati diri, meluaskan horizon pemikiran dan kreativiti murid. Justeru, guru haruslah memanipulasi penggunaannya di bilik darjah agar pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menjadi lebih bermakna dan signifikan. Tugasan ini hendaklah dijalankan secara individu dalam jangka masa yang telah ditetapkan seperti di atas. Dalam pelaksanaan projek ini, anda dikehendaki : 1. Mengumpulkan dan memahami maklumat tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran teks sastera dalam bahasa Melayu sekolah rendah daripada pelbagai sumber (sekurangkurangnya empat sumber berlainan; buku, jurnal, majalah, modul, nota, petikan surat khabar, bahan daripada internet, bahan audio visual, wawancara, dan sebagainya). Bahan-bahan rujukan hendaklah disertakan sebagai lampiran dan dinyatakan dalam senarai rujukan.

2.

Menghasilkan esei yang membincangkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran teks sastera dalam bahasa Melayu sekolah rendah.

3.

Menghasilkan sebuah cerpen atau drama pendek (panjang karya antara 7 - 10 halaman) atau tiga sajak daripada mana-mana tema yang sesuai dijadikan sebagai teks sastera untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah (karya mestilah asli. Plagiat atau adaptasi mana-mana teks sastera tidak dibenarkan sama sekali dan akan dikenakan denda yang berat).

4.

Membuat satu refleksi secara individu tentang pelaksanaan projek tersebut (yang menjelaskan kekuatan, kelemahan, dan penambahbaikan dalam perancangan dan pelaksanaannya). Panjang refleksi sekurangkurangnya 200 patah perkataan.

5.

Menghantar laporan tugasan dalam salinan asal (hard copy) dan salinan maya (soft copy) pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

Tugasan individu ini mestilah bertaip komputer dengan menggunakan font Arial bersaiz 12 dengan langkau 1.5 sebaris. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Kelewatan menghantar tugasan daripada tarikh yang ditetapkan akan mengakibatkan pemotongan markah. Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( ISMAIL BIN AG PIUT ) Jabatan pengajian Melayu IPG Kampus Kent, Tuaran

ISMAIL BIN AG PIUT Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kent, Tuaran