HBML 12O3 SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA:MAHANI BINTI MOHAMAD NO MATRIK:720101116420001 0139299145 mohamadmahani@ymail.com
NAMA TUTOR:

EN.GHANI BIN ISMAIL PUSAT PEMBELAJARAN: UiTM KUBANG IKAN,CHENDERING, KUALA TERENGGANU

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN SEMESTER MEI 2012

Asallamualaikum…….. Bersyukur ke hadrat Illahi,dengan limpah dan kurnianya ,dapat saya menyiapkan tugasan HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU untuk semester 5 ini. Justeru ,saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN GHANI SALLEH selaku tutor yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menyiapkan tugasan ini.Tanpa bimbingan beliau pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan Disamping itu ucapan terimakasih ini ditujukan khas untuk suami dan anak-anak yang telah banyak berkorban,memberi masa dan ruang ,memahami serta pengertian yang tinggi dalam menyokong saya untuk menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan,terimakasih jua saya ucapkan kerana telah banyak berkongsi pengetahuan dan pengalaman,tidak lokek memberi tunjuk ajar dan teguran dalam menambahbaikan tugasan ini. Saya juga amat berharap dengan siapnya tugasan ini,akan dapat membei kefahaman yang lebih tentang subjek ini kepada saya sendiri dan menjadi bahan rujukan untuk kawan-kawan lain. Akhir sekali jutaan terima kasih jua untuk semua yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini

WASSALAM

ISI KANDUNGAN 1. 1.1. 1.2. 2. 2.1 PENGENALAN FONOLOGI FONETIK KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-B UNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU. PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAAYU. A) KONSONAN B) CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN. A)KONSONAN LETUPAN. B)KONSONAN GESERAN C)KONSONAN SENGAUAN. D)KONSONAN SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUARA [W] E)KONSONAN PINJAMAN. 2.2. PENGHASILAN BUNYI VOKAL DALAM BAHASA MELAYU. A)VOKAL HADAPAN DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. B)VOKAL TENGAH DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. C)VOKAL BELAKANG DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. D)VOKAL SENGAUAN DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. 3. 3.1. 4. 5. 6. FONEM ALOFON CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL KESIMPULAN. BIBLIOGRAFI.

Bidang fonologi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik.ia juga dikatakatakan sebagai satu bidang yang dipelajari oleh ahli bahasa terhadap sistem bunyi yang terkeluar melalui mulut manusia dalam sesuatu bahasa yang terdapat di dunia ini.Ini bermakna kajian ini mendalami ilmu mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.1.1. PENGENALAN 1.Jelasnya bidang fonologi moden memberi tumpuan terhadap aspek sebutan dan penekanan sebenarnya. terhadap aspek fizikal artikulasi sebutan yang . FONETIK FONETIK FONOLOGI FONEMIK Ahli bahasa telah memulakan kajian tentang fonologi bermula awal tahun 1800 dengan mengkaji perubahan bunyi bahasa dan membandingkan bunyi bahasa yang wujud dengan pelbagai bahasa yang ada di dunia ini.FONOLOGI Bidang Fonologi adalah merupakan bidang yang mengkaji mengenai pola bunyi bahasa.

Pendapat di atas juga hampir sama dengan pendapat ahli bahasa Rahimah Haji Sabran Sham (1985). bunyi" dan λόγος.Antaranya ialah. subjek perbincangan") mengatakan fonetik adalah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. pertuturan. "suara. Berdasarkan definisi-definisi diatas dapatlah dirumuskan bahawa ilmu fonologi ialah ilmu linguistic yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik.Ini jelas daripada Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.Ilmu yang merumuskan. Selain itu terdapat beberapa lagi pendapat yang mentafsirkan tentang bidang fonologi oleh ahliahli linguistic dari pelbagai bangsa dan bahasa yang dipelajari mereka seperti.Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana. "perkataan.1981:1567)menyatakan ilmu fonologi sebagai “the system of sounds used in a language”. Selain daripada itu ramai lagi ahli linguistik yang mentafsirkan apadia fonologi mengikut hasil kajian mereka atau takrifan berasaskan kefahaman masing-masing. “Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Clark dan Yallop (1995:5) pula menyatakan bahawa “phonology is concerned with the organization of speech within specific languages”.Manakala World Book of Dictionary (Barnhart dan Barnhat.menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.adalah kenyataan dan pendapat yang dikeluarkan oleh Dal bor yang merupakan salah seorang ahli linguistic Barat.khusus bagi sesuatu bahasa. .1984:61)Menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan.Menurut Frank Parker (1994).Abdullah Hassan (1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Pendapat lain pula seperti (daripada Greek: φωνή. phōnē.Bunyi yang dihasilkan mestilah melalui pertemuan dua titik artikulasi.fonologi adalah suatu bidang yang mengkaji mengenai system bunyi sesuatu bahasa melalui rumus-rumus yang telah ditentukan dalam aspek bahasa. dan ini beerti bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. lógos.Definisi tentang fonologi ini juga hampir sama dengan pendapat ahli linguistik daripada Barat.

Lufti Abas (1985).2. dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.fonetik digambarkan sebagai mengkaji cara bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa dituturkan atau direalisasikan. dan persepsi neurofizikal.1. Selain itu..Fonetik juga ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang .berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit.FONETIK Sebagaimana telah diketahui bidang fonologi terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidang fonetik dan fonemik. Sebagai ilmu. Fonetik adalah berkait rapat dengan sifat fizikal bunyi (fon). bukan bunyi bahasa. Bagi Arbak Othman (1983).Fonetik juga bermaksud bagaimana organ tubuh manusia bekerja. ilmu fonetik telah dikaji sejak 2500 tahun yang lalu. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Di India purba.Bidang fonetik ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian yang perlu dikaji atau dipelajari iaitu: a)fonetik artikulasi b)fonetik akustik c)fonetik auditori. yakni menurut Dr. fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. baik bunyi manusia. serta proses penghasilan fisiologi. ) (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê unyi" atau "suara") . Mengikut hasil kajian ahli linguistic. fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. manakala sebagai kemahiran. penerimaan auditori. mahupun bunyibunyi marginal. fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukumhukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya.Fonetik adalah cabang dari bidang fonologi. fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

. . Untuk membunyikan bunyi konsonan ini alat artikulasi merupakan organ utama yang telah berperanan dalam proses penghasilan atau pertuturan manusia.bunyi batuk.Bunyibunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.Bidang fonetik merupakan bidang yang rumit dan bersifat teknikal.PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU.Justeru. 2.walaupun ia merupakan satu cabang daripada bidang fonologi.1.tekak atau hidung.dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut. A) KONSONAN Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan.Koonsonan juga ialah bunyi selain daari bunyi vokal. Berdasarkan beberapa pendapat para ahli bahasa dapatlah disimpulkan fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa iaitu percakapan atau pertuturan yang diucapkan oleh manusia serta mengecualikan bunyi dengkuran.Secara amnya fonetik merangkumi semua proses penghasilan atau pertuturaan bunyi dan pengelasan.Pemahaman terhadap bahagian dan fungsi alat artikulasi ini amatlah penting untuk mengetahui bagaimana bunyi samada vokal atau konsonan dapat dihasilkan.Apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara maka terhasillah konsonan tidak bersuara dan apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru maka terhasillah bunyi konsonan bersuara.Konsonan juga terhasil apabila terdapat gangguan atau sekatan oleh alat artikulasi terhadap udara dari paru-paru.bersiul juga berdehem serta bunyi-bunyi yang tidak bermaksud.Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan tidak bersuara dan konsonan bersuara.KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KOSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU. 2. fonetik dikaji secara berasingan.Disamping itu juga terdapat konsonan asli dan konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu.sempitan.bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”.

Gigi bawah 5. Bibir atas 2. Lelangit lembut 8. Tenggorok . Rongga tekak 13. Anak tekak 9. Epiglotis 11.Alat dan daerah artikulasi KedudukanArtikulator DaerahArtikulasi 1. Gigi atas 4. Rongga hidung 14. Lidah 10. Pita suara 12. Lelangit keras 7. Bibir bawah 3. Gusi 6. Rongga mulut 15.

terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] kh l m n ng ny p q r [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat Sebutan [bo.dah] [naf.di] [khai.kah] [nge.rat] [la.zal] [har.la] [ca.la] [pa.pat] .pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.tat] [da.lai] [ma.Fonem dan bunyi konsonan telah diringkaskan seperti dalam rajah dibawah.da] [fa.perlu juga diketahui .ri] [nya.par] [qa.ri] [ra.Setelah mengenal dan memahami alat artikulasi.bus] [gha.la] [ka.kir] [ga.ga] [ja.ga] [ka.

letusan. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. sengauan.jam] [vi. lelangit lembut atau pita suara.. CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN Terdapat lapan belas konsonan asli yang ada dalam Bahasa Melayu yang dapat dikatogorikan mengikut cara dan daerah sebutannya kita perlu juga mengetahui bahawa konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. lelangit keras.lem] y z [y] [z] yuran zapin [yu.rik] [ta.s sy t v w x [s] [sy] [t] [v] [w] [z] saham syirik tajam virus wajah xylem [sa. sisian.jah] [zi. malaran dan getaran.rus] [wa. geseran.Dan ini dapat diringkaskan seperti jadual di bawah: .ham] [syi.ran] [za.pin] B). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir.

Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.Daerah Sebutan Cara Sebutan Gusi Bibir Gusi-L Keras 1 t b b t b b Sengauan b t b b Getaran Sisian Separuh Vokal b b b w m f v p b 2 t d 3 4 5 k g Letupan č j n  s z r l y Š  x h Letusan Geseran Carta konsonan Bahasa Melayu 1.Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b] dapat dihasilkan dengan Pita Suara 6  Lelangit Keras Lelangit Lembut . KONSONAN LETUPAN a) Konsonan letupan [p] dan [b]. Ada Sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.

tetapi apabila pita suara dirapatkan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.Ini dapat ditunjukkan seperti gambarajah di bawah.kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar.merapatkan dua bibir untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.Apabila arus udara dari parupaaru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan suara dan sekaatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta merta maka terhasillah bunyi letupan gusi tidak bersuara [t]. Gambar rajah konsonan letupan [p] dan [b] Contoh perkataan: Huruf Konsonan [p] Konsonan [b] Awal Padu Balik Tengah Lapuk Ribut Akhir Pop Adib b)Konsonan letupan [t] dan [d].bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].kemudian dengan cepat mulut di buka .Untuk penghasilan [b] pita suara mestilah bergetar. Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] dapat dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan rapat kegusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan kebelakan atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara kerongga hidung.Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan. Gambarajah konsonan letupan [t] dan [d]. Contoh perkataan: Huruf Konsonan [t] Konsonsn [d] Awal Tikus Dulang Tengah Betik Tindak Akhir Kasut Tekad .maka keluarlah bunyi [p].lalu pita suara direnggangkan.

dan seterusnya udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan maka terhasil lah bunyi letusan lelangit keras tidak bersuara [c].Lelangit lembut dan anak tekak mestilah dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung lalu pita suara direnggangkan.c)Konsonan [k] dan [g].Namun begitu.apabila pita suara dirapatkan.arus udara yang keluar melalui rongga mulut maka menggetarkan pita suara maka terhasil lah bunyi konsonan [g]. Untuk menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara serta lelangit lembut dan anak tekak dirapat kerongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Gambarajah konsonan letupan [k] dan [g] d)Konsonan [c] dan [j] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [c] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [j] dapat dibunyikan dengan cara hadapan lidah rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.tetapi jika arus udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letusan lelagit keras gusi bersuara [j].Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Gambarajah konsonan [c] dan [j] .

KONSONAN GESERAN Konsonan geseran melibatkan dua konsonan sahaja iaitu konsonan [s] dan konsonan [h].Pita suara direnggangkan dan arus udara melalui melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.sementara pada masa yang sama juga lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.Arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara menyebabkan pita suara tidak bergetar . . Gambarajah hentian glottis [?]. Bagi penghasilan bunyi geseran glottis tak bersuara [h].udara mestilah keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vocal. Contoh perkataan: Awal Anak Ikan Tengah Saat Rakyat Akhir Lemak Budak B).e)Hentian glottis Bagi menghasilkan hentian glottis [?] lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak bagi membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung dan pita suara di rapatkan sepenuhnya. Gambarajah konsonan geseran [s] dan [h].Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran [s] hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

setelah itu arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara dan pada masa yang sama arus udara dari rongga mulut menggetarkan hujung lidah. KONSONAN GUSI BERSUARA [l]. .Hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat.Pita suara dirapatkan. KONSONAN GETARAN GUSI BERSUARA [r].C). D). Konsonan gusi bersuara [i] juga dikenali denagan konsonan sisian. Konsonan getaran gusi bersuara [r] dapat dihasilkan apabila hujung lidah dikenakan pada gusi lalu lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan kebelakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Udara keluar melalui bahagian tepi lidah maka terhasil lah bunyi sisian gusi bersuara [i].Lelangit lembut dinaikkan dan pita nsuara bergetar. Gambarajah konsonan gusi bersuara [l]. Gambarajah konsonan getaran gusi bersuara [r].

Gambarajah F). Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan supaya arus udara dapat disekat.Bunyi ini dinamakan separuh vocal dua bibir bersuara.Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. KONSONAN SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUAR [W]. KONSONAN SENGAUAN (NASAL) Konsonan sengauan terdiri daripada konsonan [m].Namun begitu ianya berbeza antara satu sama lain iaitu perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara digetarkan.Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran dan arus udara dilepaskan perlahan-lahan.kedudukan lidah tidak tetap.Untuk menghasilkan bunyi separuh vocal.Untuk konsonan sengaun [n] pula tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras.Untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung lelangit lembut dan anak tekak di turunkan.E). a)Bagi fonem konsonean [w]. a) konsonan sengauan [m]. Ada dua bunyi separuh vocal.manakala untuk menghasikan konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ng] belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.[n].[n].[n] dan [ng] Perbezaan penghasilan konsonan sengauan [n] dengan yang lain ialah hujung lidah dinaikkan ke gusi.dan [n].keadaan diperingkat awal lidah seperti untuk membunyikan [u]kemudian bergerak pada vocal yang lain.tetapi bergerak dan membuat luncuran. b)konsonan sengauan [n]. . Gambarajah konsonan separuhvokal [w].

pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi ngeseran bibir gusi bersuara. Cara membunyikan konsonan separuh vocal lelangit keras bersuara [j].Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyigeseran bibir gusi tidak bersuara.[gh] menjadi [g]. Selain itu.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.Konsonan sy yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab.‟a („alam).huruf „i („ilmu).bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabilaudara melalui terdapat geseran.Pada tempat lain.b)konsonan separuh vocal [j].[dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z].skuasy. KONSONAN PINJAMAN Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab kecuali huruf v.Contohnya [f] dan [v].sebagai darjah kebesaran atau bintang yang dikurniakan olehSultan atau Yang Di Pertuan Negeri.Lelangit lembut dinaikkan.Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. .digangti degan huruf k menjadi makna.Namun begitu masih ada bunyi yang digunakan srhingga kini dan bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.ada konsonan yang dimasukkan ke dalam Bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam.digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya.depan lidah diangkat tinggi kea rah gusi manakala bibir dihamparkan.Manakala untuk membunyikan [v]. J).Ia digantikan dengan konsonan Melayu seperti [th]bunyi daripada Bahasa Arab kepada [s].Pita suara di getarkan sambil liodah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan [j].Huruf ain seperti dalam perkataan ma‟na.‟u („umur) digugurkan.Selain itu huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato‟. Gambarajah konsonan separuh vocal [j].

keadaan lelangit lembut. [e]. sh.Seterusnya bagi fonem[z]. Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu. 2.Bagi [s] pula. sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang .vokal tengah serta vokal belakang. turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i]. keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan. ejaan lama Bahasa Melayu. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. dz. iaitu [ə]. dh menjadi d dan th menjadi s. ny dan ng. Seterusnya.Bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. ng. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy.Konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.Proses membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Akan tetapi. gh. iaitu kh.Pita suara tidak bergetar. ch. ny. [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah. Gambarajah Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah. dinaikkan sedikit atau diturunkan.2. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. iaitu kh. (Abdullah Hassan. iaitu ch menjadi c.lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. dz menjadi z. gh. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. PENGHASILAN BUNYI VOKAL DALAM BAHASA MELAYU Vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu vokal hadapan . Selain itu. 2006:95-96). dh dan th. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u].

terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Abdul Hamid Mahmood (1998:31): “ Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan.Antara depan lidah dan lelangit keras.disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Bunyi bersuara yang dihasilkanadalahlantangdanlebihjelasdaripadabunyikonsonan. dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glotis.contoh dalam perkataan ialah ibu. Selain vokal terdapat juga separuh vokal.ubi. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal. Charles F.biru. VOKAL HADAPAN Vokal hadapan sempit [i].ketika membunyikannya saluran udaranya lebih luas . sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyibunyigeseran(ArbakOthman1983:54)Selaras dengan pengertian itu. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. i. é. udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. huruf hidup atau huruf saksi ( a.Contohnya perkataan geli. Hockett dalam buku„ACourseInMordenLinguistic‟memberi definisi vocal sebagai:“ Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara (Arbak Othman 1983:54) Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi definisi seperti berikut:“ Vokal tulin. o. u ) Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyibunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan.sewaktu menyebutnya depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. e. Sejajar dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi.Danel Jones dalam bukunya „Outline of English Phonetics‟ mengatakan: “ Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan.Untuk vocal hadapan separuh sempit pula [e].” Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut: “ Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara.umi dan geli. hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripadaparu-paru. diftong dan vokal rangkap. A). Menurut Prof. Dr.

Gambarajah kedudukan bunyi vocal dalam Bahasa Melayu. CARA MENGHASILKAN VOKAL a)Vokal hadaapan sempit [i] Untuk menghasilkan vokaln ini hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras.bibir dihamparkan separuh sempit dan depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya seperti vocal[i].Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Gambarajah vocal hadapan separuh sempit [e] .Sewaktu menyebut vocal [a] tlang rahang turun dan saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan. Gambarajah vocal hadapan sempit [i] Contoh perkataan Awal kata ipar itu Tengah kata bila kita Akhir kata Tali Guli b)vocal hadapan separuh sempit [e] Bagi menghasilkan bunyi vocal hadapan separuh sempit [e].lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

Contoh perkataan Awal kata Ela elak Tengah kata leper Heret Akhir kata Sate c)vocal hadapan separuh luas [ ] Cara membunyikan vocal hadapan separuh luas [ ].sebaliknya udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut.seoalah-olah terhampar dan mulut kita dalam keadaan terbuka luas.depan lidah dinaikkan separuh rendah ke gusi.Pita suara digetarkan.keadaan bibir hampar.Hadapan lidah .Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar. Gambarajah vocal hadapan separuh luas [ ] Contoh perkataan Awal kata Esa enak Tengah kata belok Belek Akhir kata Tempe Tauge d)Voakal depan luas atau lapang [a] Vokal ini paling banyak dalam Bahasa Melayu dan ia terletak jauh di bahagian bawah.

supaya semasa udara keluar melaluinya.tempat 3. 1.pita suara dirapatkan .perahu 2.anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan antara lelangit keras da lelangit lembut.dinaikkan sedikit sahaja kea rah lelangit keras. CARA MEMBUNYIKAN VOKAL TENGAH Bagi menghasilkan bunyi vocal tengah [ ]. Contoh perkataan.pita suara akan bergetar.empat . Gambarajah vocal depan luas atau lapang [a] Contoh perkataan Awal kata Ahli anjing Tengah kata beras Kadar Akhir kata Nama Siapa B) VOKAL TENGAH Vokal ini hanya tedapat diawal dan di tengah suku kata sahaja.

Maka terhasil lah bunyi vocal belakang separuh sempit [o].sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan.kecuali vocal [a] vocal yang lain membundarkan bibir. Awal kata Unta ubi Tengah kata buka Lupa Akhir kata Kuku Batu b)Vokal belakang separuh sempit [o] Belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.C).a].alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah.Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar menggetarkan pita suara ke rongga mulut.belakang kidah dinaikkan tinggi kea rah lelangit lembut.o. . Gambarajah penghasilan vocal belakang [u] Contoh perkataan. CARA MEMBUNYIKAN VOKAL BELAKANG.Sewaktu penghasilan vocal belakang.e. a)Vokal belakang sempit /tinggi [u] Bagi menghasilkan bunyi vocal belakang proses yang berlaku ialah bibir dibundarka.Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi vocal-bunyi vocal belakang. VOKAL BELAKANG Terdapat empat vocal belakang dalam bahasa melayu iaitu [u.

vokal belakang separuh luas[ ]. . Bibir hendaklah dibundarkan.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar lalu pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Gambarajah penghasilan vocal belakang separuh sempit [ ].Gambarajah vocal belakang separuh sempit [o] Contoh perkataan. Awal kata orang oleh Tengah kata borang kotak Akhir kata bolot pidato c).sementara belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit lembut.

nyawa 2mewah 3.Kedua-dua vocal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan KVVK.VOKAL SENGAU Bagi mengeluarkan vocal sengauan.Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vocal itu dan ia boleh terjadi kepada semua bunyi vocal.Setelah rongga hidung tidak tertutup rapat.rongga hidung juga terlibat dan lelangit lembut anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung.lambing yang digunakan ialah [~]. b)Kedua-dua vocal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK.iaitu rongga hidung dan mulut.saat . CARA MEMBUNYIKAN VOKAL SENGAUAN a)Vokal sengauan ini terhasil bila sebelumnya terdapat konsonan sengauan .Dalam struktur ini konsonan yang pertamanya adalah separuh vocal atau hentian glottis [h]. Contoh.maut 3. Contoh: 1.Contoh perkataan Awal kata Oren olok Tengah kata sudoh Pokok Akhir kata Kito Belako D).mama.minum 2. Contoh: 1.mahu c).udara keluar dari kedua-dua rongga.maal 2. 1.

ianya merupakan satu ujaran yang bermakna.atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Bunyi-bunyi ini dipanggil fonem. 3.bunyinya hampir sama tetapi fonemnya berbeza[s] dan [l] dan ertinya juga berbeza.Perkataan /tabah/ dan /tapah/ -Perkataan ini mempunyai lima unit bunyi terkecil iaitu.Bila diganti /b/ dengan /p/ maka tabah bertukar menjadi tapah.manafaat. Kita juga boleh melihat melalui beberapa contoh lain: 1.Bunyi bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara.Oleh itu.jumaat 2. Contoh: 1. Contoh: 1.Contohnya kata „palu‟ .b dan p dalah unit terkecil yang berfunsi kerana unit itu membezakan unit ujaran. .semua e)Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menurut geseran rongga tekak [?] dalam tulisan jawi yang dilambangkan sebagai [E].Dengan kata lain fonem juga boleh dikataka sebagai unit bahasa terkecil yang berfungsi.nyawa 2.maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.d) Kedua-dua vocal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan KVKVV.Fonem dan teranskripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.Contohnya perkataan sayang dan bayang./t/-/a/-/b/-/a/-/h/ dan unit ini adalah berfungsi. FONEM Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti.Sekiranya keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya. Kesimpulannya bunyi vocal ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusiaSemua bunyi vocal adalah bunyi-bunyi bersuara.

CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL Terdapat empat unsur suprasegmental dalam elemen Bahasa Melayu yang perlu dipelajari.Kita juga kadangkala berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata dan diucapkan sama rata atau mendatar sahaja.Oleh itu./u/.btdan k adalah unit terkecil yang berfunsi kerana unit itu membezakan unit ujaran. 2.Bila diganti /t/ dengan /k / maka mata bertukar menjadi „maka‟.seharusnya perlu diketahui pula fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Kita menuturkan segmen-segmen dengan pelbagai tingkat tekanan dan nada.Keadaan ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas. 3.Untuk menjelaskan lagi apa dia alofon kita boleh melihat melalui pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi keduadua perkataan itu.Inilah yang dinamakan alofon.Oleh itu./i/.Banyak contoh yan boleh diberi antaranya: 1.Inilah yang dinamakan alofon.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna.lupa dan luap. ALOFON Setelah memahami apa itu fonem.makal fonem konsonan pula terdiri daripada 25 fonem./e/./m/-/a//t/-/a/ dan unit ini adalah berfungsi.Ini dinamakan sebagai pasangan minimum atau pasangan terkecil.Ia adalah berbeza dengan unsur-unsur segmental kerana setiap satu bunyi adalah satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Dalam Bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal iaitu /a/.Perkataan /mata/ dan /maka/ -Perkataan ini mempunyai empat unit tercil iaitu .mempunyai makna yang berlainan.bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna iaitu tidak diletupkan./o/.tetapi dalam luap./e/.Dalam suprasegmental terdapat empat cirri suprasegmental iatu: .Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza tidak berbeza maknanya.maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada satu fonem. 3.2. Perkataan /bilik/ dan /bili?/ -bagi perkataan ini ejaannya berbeza dan bunyi sedikit berbeza tetapi ianya memberi makna yang sama.fonem/p/ mempunyai dua alofon.Contoh yan ketiga ialah bunyi p‟p‟ dalam palu.Perkataan /faham/ dan /paham/ -bagi perkataan ini ejaannya berbeza dan bunyi sedeikit berbeza tetapi ianya memberi makna yang sama. 4. Bunyi-bunyi ini dipanggil fonem.1.

ayat berita menggunakan nada yang menurun pada akhir ayat.2(biasa).3(tinggi).a)Tekanan b)Nada c)Jeda d)Panjang-pendek A)TEKANAN Ciri suprasegmental yang pertama ialah tekanan.Ini menjelaskan bahawa tingkat nada meningkat pada suku kata akhir.subjek atau kata ganti nama diri yang kedua iaitu awak telah digugurkan dan akhirnya tinggal predikatnya sahaja.Unsur tekanan dihasilkan bersama perkataan atau suku kata.Contohnya dalam ayat “pergi”adalah ringkasan daripada ayat „awak pergi!”.berlainan dengan ayat tanya yang menggunakan nada yang tinggi diakhir ayat.Dalam ayat asalnya.bunyi vocal juga turut disebut dengan lantang dan panjang.Nada ditandai oleh nombor-nombor 1(rendah). Ciri kedua suprasegmental ialah nada.Contohnya..Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan suku kata tersebut. B)NADA.Nada pada ayat perintah a)pergi! b)Pergilah Bagi nada ayat perintah . Contohnya:a)[ki/‟/ta] b)[ba/‟/pa] c)[sa/‟/tu].Antara contoh nada pada ayat-ayat dalam Bahasa Melayu ialah: 1.Dalam ayat (a).Nada ialah unsure naik atau turunnya suara dalam pengucapan ayat atau frasa.predikat lebih diutamakan daripada subjek.Dalam bahasa Melayu tekanan kuat berlaku pada suku kata kedua dalam sessuatu perkataan.Percakapan seharian terdiri daripada ayat-ayat yang bersambung dan mempunyai nada yang berbeza.Tekanan pada vocal biasanya berlaku dalam Bahasa Melayu.perkataan pergi! Ditandakan dengan tingkat nada 2-3.Ayat Bahasa Melayu mempunyai pelbagai nada dan lagu.Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /‟/.Manakala dalam ayat (b) pula partikel-lah .dan 4(tinggi sekali).Selain itu.

maka getaran akan berlaku lalu terhasil lah bunyi bersuara.Bunyi vocal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.telah digunakan dalam ayat perintah tersebut kepada tingkat yang lebih rendah pada akhir suku kata. Selain dariapada bagaimana bunyi terhasil bidang kajian fonologi dan fonetik juga merangkumi kajian terhada sifat-sifat bunyi bahasa tersebut. .] adalah lambang bagi setengah mora. D)PANJANG –PENDEK Fonem suprasegmental yang seterusnya ialah panjang pendek.ayat atau rangkaikata.Lambang [:] beerti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora.Organ pertuturan manusia ini juga dikenalai sebagai alat artikulasi.Keadaan ini bergantung kepada keadaan pita suara. Contohnya: 1.iaitu unsure hentian yang memisahkan antara unsure-unsur linguistic.Contohnya kajian juga meliputi bidang fonem serta sifatnya.Udara merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. [#saya makan nasi # emak?] adalah berbeza dengan [#Saya makan nasi emak?#].iaitu sekiranya keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya.sama ada perkataan.Nada ditandakan dengan tingkat nada 2-3-1.Begitulah sebaliknya.Lambang yang digunakan jeda ialah #.Unsur ini boleh membezakan makna. C)JEDA Jeda juga disebut sebagai persendian.Dalam Bahasa Melayu panjang pendek tidak membezaakan sesuatu makna perkataann. 5.Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora.Lambang [: :] menunjukkan dua mora manakala lambang [.Selain alat artikulasi manusia satu unsure penting yang terlibat dalam proses penuturan manusia ialah udara. KESIMPULAN Sebagai rumusannya kajian fonologi dan fonetik melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung.Semua bunyi vocal merupakan bunyi-bunyi bersuara dan bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. alofon dan ertinya serta suprasegmental berserta cirri-cirinya.

Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Linguistik Am.BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992).

Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lutfi Abas. (1977). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. . (1997). Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Marzukhi Nyak Abdullah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. Asas Fonetik.Asmah Hj Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). (1985). (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful