P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 21

UNIT PELAJARAN 2

PENGAJARAN NOMBOR BULAT

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid-murid dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang nombor. 2. Membina PCK bagi pengajaran dalam bidang nombor bulat. 3. Merancang penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang nombor bulat.

PENDAHULUAN

P

engajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam asas nombor. Asas nombor yang sangat diberi penekanan adalah seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang dan peratus. Sebagai guru, penekanan terhadap asas nombor kepada murid-murid, bukan sahaja memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid, tetapi jauh lebih penting adalah mewujudkan pengalaman bermakna kepada murid-murid. Melalui pengalaman bermakna murid-murid akan membina makna terhadap nombor dan seterusnya berupaya mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka. Oleh itu, penguasaan pengetahuan isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge atau PCK) amat diutamakan demi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Bagaimanapun kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru dalam pengajaran demi menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan.

KESUKARAN DAN MISKONSEPSI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

K

esukaran murid-murid dalam pembelajaran matematik amat pelbagai. Antara kesukaran yang sering dialami oleh murid-murid adalah berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi. Kesukaran yang berpunca daripada kecuaian agak mudah dikesan oleh guru dan murid-murid. Masalah. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dalam mengatasi kesukaran ini adalah dengan sering mengingati murid-murid agar lebih berhati-nati semasa melakukan penyelesaian masalah matematik. Bagaimanapun, kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi. Mengapa begitu? Miskonsepsi dalam kalangan murid-murid ada kaitannya dengan teori pembelajaran. Melalui teori pembelajaran, membolehkan guru membuat:

Oleh itu. Perbincangan memberi tumpuan kepada dua teori pembelajaran yang boleh membantu guru dalam mengenal pasti murid yang menghadapi masalah miskonsepsi bagi tajuk berkaitan dengan nombor. Akomodasi terhadap persekitaran menerbitkan pengubahsuaian skema secara berterusan tetapi pertukaran ini tidak semata-mata kuantitatif. Asimilasi merupakan proses dalam mana seseorang kanak-kanak mencantumkan setiap pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada. built up out of his previous experience‟. Asimilasi dan akomodasi perlulah dalam keseimbangan. Interaksi ini melibatkan hubung kait dua proses asas pembelajaran iaitu asimilasi dan akomodasi. penjelasan tentang bagaimana dan kenapa murid membuat kesilapan. 1979) merupakan suatu kefahaman konsep yang tidak diperoleh melalui rangsangan dan gerak balas. dan membantu murid mengatasi masalah miskonsepsi yang dialaminya. dan pengetahuan sedia ada (current knowledge) tidak diperlukan untuk pembelajaran. Ini adalah kerana „knowledge can be transferred intact from one person to another‟. kanak-kanak itu menterjemahkan pengalaman baru berasaskan pengalaman lama. Kanak-kanak bukan sahaja membuat interpretasi pengetahuan. Teori Behaviourisme berpandangan bahawa pengetahuan diperoleh daripada pengalaman. Pembinaan pengetahuan ini melibatkan interaksi idea sedia ada dengan idea baru iaitu „new ideas are interpreted and understood in the light of that child‟s own current knowledge. This means that teachers would best ignore the incorrect performances and set about as directly as possible teaching the rules for correct ones” Mengikut teori konstruktivisme (constructivism). namun dia juga berperanan aktif dalam pembelajaran dengan membina pengetahuan dan kefahamannya sendiri. Oleh itu. Semasa seseorang individu itu berkembang dari sifat keanak-anakan kepada sifat kedewasan.. tetapi menyusunnya dan menstrukturkan pengetahuan kepada unit-unit konsep saling berhubungan yang lebih besar yang dinamakan sebagai skemata (iaitu sekelompok schema yang saling berhubungan). Skemp. cara ia bertindak dan berfikir bertukar beberapa kali kerana struktur mental baru menggantikan struktur lama berasaskan proses akomodasi. serta bergantung kepada kualiti idea daripada pengalaman tersebut. Dua teori pembelajaran yang dibincangkan adalah teori behaviourisme dan konstruktivisme (constructivism). pembelajaran (Piaget. Semakin lama skema itu akan mengalami pertukaran kualitatif. kesilapan dan miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid tidak penting kerana teori behaviourisme tidak mengambil kira konsep sedia ada murid berguna kepada pembelajarannya. Mengikut teori behaviourisme. Akomodasi pula merupakan proses pengubahsuaian kekal terhadap struktur mental untuk memenuhi kehendak pengalaman baru. can most readily be overcome by deliberate teaching of correct rules . as exhibited in faulty performance. 1970. Keseimbangan ini akan membolehkan . murid dilihat tidak pasif dalam menerima pengetahuan daripada persekitaran di mana „it is not possible that knowledge can be transferred ready-made and intact from one person to another‟. tetapi kemampuan seseorang untuk belajar daripada pengalaman. Pembelajaran melibatkan interaksi antara skemata dan penjanaan idea baru kanak-kanak.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 22    ramalan tentang kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid. Ini ditegaskan oleh Gagne (1983: 15) iaitu: “The effects of incorrect rules of computation. Berasaskan skema tersebut. murid belajar apa yang diajar atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada apa yang dipelajarinya. Walaupun instruksi (pengajaran) memberi kesan kepada seseorang kanak-kanak..

Malahan mereka juga berupaya mencari jalan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan menggunakan kemahiran yang spesifik. menjelaskan bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan. dan juga mengambil kira pengajaran dan pengalaman mereka. Dari perspektif konstruktivisme. Oleh itu. Miskonsepsi ini menjadikan kanak-kanak bertanggapan negatif tentang matematik. disamping pelbagaikan dan perkayakan dengan pengetahuan baru. membuat refleksi kendiri serta perbincangan antara sesame guru amatlah membantu dalam menangani miskonsepsi ini dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran matematik ini.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 23 kanak-kanak pertingkatkan kefahaman dan kemahiran. Bagi mengatasi masalah miskonsepsi kanak-kanak. Antara miskonsepsi dalam matematik adalah tentang pembelajaran matematik yang dianggap sebagai sesuatu yang „mysterious‟ dan berbeza dengan mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu atau Sejarah. Beberapa miskonsepsi dalam matematik berkemungkinan membuatkan murid-murid merasa tekanan dalam pembelajaran mereka. kepada guru yang kurang berpengalaman. Guru yang berkesan boleh membantu murid-muridnya memahami konsep dengan cara yang mudah. yang seterusnya membawa kepada kesukaran memahami konsep dan kemahiran matematik. Ini adalah kerana miskonsepsi terbentuk daripada struktur konseptual murid-murid yang berinteraksi dengan konsep baru. Adalah jelas bahawa skemata kanak-kanak akan menentukan maklumat yang muridmurid peroleh daripada pengalaman dan bagaimana ianya difahami. Apakah peranan kita sebagai guru dalam menghadapi permasalahan ini? Berikut adalah tiga strategi yang boleh dilakukan oleh guru dalam menangani permasalahan tentang miskonsepsi murid-murid: meramalkan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid. maka guru perlu melihat skemata sedia ada (current schemas) dan bagaimana ianya berinteraksi antara satu sama lain. Sebagai guru. . Sebagai guru yang berpengalaman mungkin agak mudah untuk mengenal pasti atau meramal miskonsepsi yang sering dilakukan murid-murid. dan mempengaruhi pembelajaran yang baru. pengalaman dan persediaan awal sebelum pengajaran amatlah penting. Kegagalan menanganinya akan membawa kepada kegagalan membentuk murid-murid agar meminati matematik dan seterusnya sukar menjadikan mereka untuk terus mempelajari matematik. di mana selalunya dalam cara yang negatif kerana miskonsepsi menghasilkan kesilapan (generate errors). Bagaimanapun. dan membantu murid-murid memperbetulkan miskonsepsi murid-murid. miskonsepsi adalah amat penting kepada pembelajaran dan pengajaran muridmurid. permasalahan ini perlu ditangani semenjak daripada awal pembelajaran dan juga secara berterusan. Miskonsepsi Matematik Murid-murid Sekolah Rendah S    atu miskonsepsi yang sering menghantui murid-murid ialah tentang subjek matematik itu sendiri yang dianggap sukar dan membosankan.

Contohnya dalam masalah “307 – 182” di atas. minta murid-murid meletakkan titik perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat.3 (iaitu jawapan yang salah) atau abaikan. Perhatikan contoh yang berikut: i) 307 . 89 dan 350.287 181 v) 835 .0 masingmasingnya.0). Tindakan sebegini akan memberi pengukuhan tentang tujuan titik perpuluhan di samping secara langsung memberi gambaran tentang nilai tempat bagi suatu nombor bulat. Bagi mengatasi masalah miskonsepsi ini. iaitu: Miskonsepsi pertama ialah murid-murid dilihat menolak dua nombor daripada lajur yang mempunyai „0‟. walaupun suatu nombor itu ditulis tanpa titik perpuluhan (seperti nombor 76). Miskonsepsi Kira Tolak agi kanak-kanak (umur 7 tahun) mengalami miskonsepsi „smaller-from-large‟.217 622 Di sini dua jenis miskonsepsi berlaku. murid-murid diajar untuk menyusun nilai tempat digit dan tambah secara menegak. tetapi sebenarnya terdapat titik perpuluhan bagi sebarang nombor bulat (iaitu 76.3).699 157 iii) 606 . gunakan garis nombor untuk menunjukkan beza antara integer dan nilai perpuluhan.0 dan 350. muridmurid yang menghadapi kesukaran ini akan menyusun nombor dengan mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi jawapan 33. Kanakkanak dilihat menolak digit kecil dalam setiap lajur daripada digit yang lebih besar tanpa mengambil kira kedudukan digit tersebut.568 168 iv) 308 .P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 24 Miskonsepsi Nilai Tempat M urid-murid kadang kala mempunyai miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah aritmetik atau digit yang selalu disusun secara menegak dan bermula dari kanan. 34. Contohnya. Miskonsepsi ini timbul daripada kefahaman yang salah tentang operasi kira tolak iaitu “operasi tolak hanya boleh berlaku dengan nombor besar ditolak dengan nombor yang lebih kecil”. Contohnya: B 153 28 135 Operasi 8 – 3 73 . Untuk latihan. .27 54 Operasi 7 – 3 Kanak-kanak juga dilihat mengalami miskonsepsi semasa menolak melibatkan nombor „0‟.0.0. Apabila murid-murid diberikan masalah seperti (100 + 23. kepada nombor-nombor seperti 76. 89.182 285 ii) 856 . 0 – 8 dianggap sebagai 8 – 2 bagi member jawapan 5. galakkan murid-murid menulis dalam bentuk 76. 34. Notasi ini secara tradisional. Seringlah mengingati murid-murid bahawa.

24 = 0. Contohnya. hasilnya integer positif yang mengecil. hasil darab adalah lebih kecil. kanak-kanak tidak mengurangkan 3 kepada 2 semasa penolakan dilakukan.24. Dalam contoh 4 x 5 = 20. 0. di .072 < 0. iaitu 0. Begitu juga kira darab nombor perpuluhan. (iv) dan (v) di atas. hasil darabnya adalah lebih kecil. katakan ¼ X 20 sebagai satu perempat „daripada‟ 20 dengan satu perempat kali 20. Tetapi bagi hasil pendaraban dua pecahan. Sebagai contoh ambil nombor 8: 2 x 8 = 24 5 x 8 = 40 Tetapi bagi kira darab satu nombor positif integer dengan pecahan yang kecil daripada 1.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 25 Miskonsepsi kedua ialah murid-murid dilihat tidak melakukan pengurangan (decrementing) nombor sebelah kiri daripada „0‟. hasil darab positif integer berkurangan. iaitu 8 x atau x 8.072.3 dan 0. iaitu mana < dan < . guru harus menjelaskan bahawa murid-murid harus menganggap pendaraban pecahan dengan nombor bulat dengan menggunakan perkataan „daripada‟ bukan sebagai „kali‟. x = . Apabila nombor pecahan atau perpuluhan yang kurang daripada satu didarabkan dengan integer positif. adakah hasilnya lebih besar daripada 8? Sebenarnya bagi operasi ini. walau bagaimanapun. Contoh. hasil kira darab adalah nombor yang lebih besar.3 x 0. jadi 220 > 20 dan 220 > 11. Cuba anda kenal pasti masalah miskonsepsi yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi masalah (ii). Apabila 20 x 11 = 220. jadi 20 > 4 dan 20 > 5.072 < 0. Contoh dalam masalah 307 – 182. Bagi membantu murid-murid mengatasi masalah miskonsepsi pendaraban ini.Pengukuhan ini hanya berlaku kepada pecahan yang kurang dari satu. (iii). Apabila pecahan atau nombor perpuluhan kurang daripada satu didarabkan dengan integer positif. Miskonsepsi Kira Darab K ebanyakan miskonsepsi murid-murid tentang masalah pendaraban dua nombor. jawapan adalah kecil daripada 8: x8=4 Miskonsepsi ini diperbetulkan melalui contoh-contoh berikut: Contoh: 4 x 5 = 20.

seseorang kanak tidak seharusnya disogokkan dengan pengetahuan tentang simbol dan pembelajaran secara hafalan semata-mata. tetapi sama pentingnya ialah menguasai kaedah dan strategi penyampaiannya. dan memahami konsep nilai tempat. perhatian harus diberikan kepada penguasaan enam kemahiran asas berikut: mengelas dan membanding. merekodkan dengan perkataan dan simbol. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti aktiviti mengelaskan benda mengikut ciri-ciri tertentu yang wujud pada benda yang dibilang ataupun aktiviti membandingkan secara intuitif dan mengenal pasti kumpulan yang banyak atau sedikit. Oleh itu aktiviti secara berkumpulan dan refleksi kendiri seharusnya digunakan secara meluas dalam pengajaran kelas. Sebaliknya kefahaman secara yang bermakna dan rasional tentang konsep-konsep asas matematik haruslah ditekankan. Di peringkat awal proses pembelajaran ini. alam memastikan pengajaran matematik dilaksanakan dengan berkesan. Apakah kesukaran yang dihadapi oleh murid bagi masalah penambahan nombor bulat yang berikut: a) 523 +25 748 b) 523 + 25 948 c) 523 + 25 48 dan bagaimana guru Apakah masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh murid? mengatasinya? PEMBINAAN PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI BAGI PENGAJARAN NOMBOR BULAT D A i. para guru matematik seharusnya bukan hanya memiliki pengetahuan matematik. Berikut adalah satu contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran kelas: Aktiviti: Mengelas objek . menyusun nombor mengikut tertib.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 26 Latihan 1. memadan satu dengan satu. Penekanan Strategi Pengajaran Pembelajaran Konsep Nombor pakah konsep dan kemahiran asas yang harus ditekankan oleh guru dalam pengajaran matematik? Dalam perancangan pengajaran pembelajaran konsep nombor. Mengelas dan membanding Mengelas dan membanding merupakan konsep asas pranombor yang harus ditekankan oleh guru di peringkat awal pengajaran matematik. membilang.

Bagaimanapun. . murid-murid secara langsung akan dapat menentukan sama ada kedua-dua kuantiti itu sama banyak atau sebaliknya. Contoh ciricirinya adalah bucu. Memadan satu dengan satu Konsep memadankan antara suatu objek dengan suatu objek yang lain adalah penting untuk diketengahkan kepada murid-murid sebelum mereka bersedia murid-murid tentang membilang nombor. Langkah 4: Guru membantu murid-murid untuk merumuskan tentang pengelasan dan perbandingan antara objek. ii. Langkah 2: Murid-murid dalam kumpulan masing-masing diminta membuat padanan satu dengan satu antara pencil dengan pemadam. Langkah 3: Guru memberikan lembaran kerja yang menggambarkan padanan berkenaan kepada murid-murid.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 27 Langkah 1: Menyediakan dua kumpulan bongkah. Guru meminta murid-murid mewarnakan gambar rajah pencil dan pemadam serta membuat garisan padanan secara satu dengan satu antara gambar rajah pencil dan pemadam. Melalui aktiviti ini juga secara langsung akan dapat memperkenalkan konsep „sama dengan‟. permukaan melengkung dan sebagainya. Langkah 2: Murid-murid-murid-murid dalam kumpulan masing-masing diminta mengasingkan bongkah mengikut bentuk. Aktiviti ini akan memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep lebih. Aktiviti: Memadankan pencil dengan pemadam Langkah 1: Menyediakan dua kumpulan benda. Langkah 3: Tanyakan kepada murid-murid. Langkah 4: Guru membantu murid-murid untuk membuat rumusan bahawa pencil dan pemadam adalah sama banyak. iaitu 5 bongkah berbentuk kubus dan 3 bongkah berbentuk pyramid kepada kumpulan-kumpulan murid-murid. ciri-ciri bagi setiap bentuk berkenaan. Melalui konsep padanan ini. satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah membandingkan dua kumpulan benda (seperti pencil dengan pemadam) dengan cara memadankan setiap objek dalam kumpulan pertama (pencil) dengan setiap objek dalam kumpulan kedua (pemadam). konsep padanan satu dengan satu ini diperluaskan lagi dengan memberi kepada murid-murid dua kumpulan benda yang kuantitinya tidak sama banyak. murid-murid digalakkan untuk berbincang secara bebas tentang ciri-ciri sesuatu bentuk berdasarkan perbandingan antara kedua-duanya. Oleh itu. Dalam Aktiviti ini memperlihatkan bahawa pengajaran memberi tumpuan kepada pengelasan objek mengikut bentuknya. kurang dan sama banyak. iaitu 3 batang pencil dan 3 ketul pemadam dan diberikan kepada setiap kumpulan murid-murid. permukaan rata. Seterusnya. „lebih daripada‟ dan „kurang daripada‟.

Murid-murid juga perlulah diberi kemahiran membilang terus daripada suatu kuantiti yang diberi. iv. Antara aktiviti membilang yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran kelas ialah seperti: membilang satu persatu bermula daripada 1. Sebagai contoh. 6.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 28 iii. 4 dan 5 yang ditulis secara lakaran pupus-putus. Langkah 3: Seterusnya berikan lembaran kerja yang mengandungi nombor-nombor selain daripada 1. membilang secara melompat seperti 2. 4 dan 5 itu. Minta muridmurid menulis nombor-nombor dengan berpandukan kepada lakaran titik putus-putus bagi membentuk nombor 2. jika terdapat lima objek. 8 dan seterusnya. iaitu tertib menurun dan tertib menaik. 2. iaitu:  menandakan benda yang kelima (konsep ordinal)  menunjukkan bilangan benda dalam kumpulan ialah lima (konsep kardinal). 102 dan seterusnya. Menyusun nombor mengikut tertib Kemahiran menyusun nombor mengikut tertib. iaitu memadankan nombor yang disebutnya dengan bilangan objek sebenar. 3. Langkah 2: Murid-murid diminta menulis nombor mengikut lakaran garis putus-putus tersebut. Melalui aktiviti seperti ini akan memberi peluang kepada murid-murid secara langsung konsep nombor. Contohnya membilang dengan bermula daripada nombor 100 yang dikembangkan kepada 101. menjadi asas untuk menguasai konsep operasi tambah dan tolak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran kelas ialah seperti berikut: Aktiviti: Menulis nombor mengikut bilangan objek Langkah 1: Murid-murid diberi satu lembaran kerja yang mengandungi nombor 1 yang dibuat secara lakaran garis putus-putus. 3. Merekodkan dengan perkataan dan simbol Kemahiran membilang yang diperoleh dengan menyebut nombor-nombor itu merupakan langkah awal sebelum murid-murid belajar menulis nombor. 4. 3 dan seterusnya. v. iaitu nombor 2. Membilang Kemahiran memadan satu dengan satu membolehkan murid secara langsung belajar membilang. murid akan menyebut „satu‟ hingga „lima‟ semasa membilang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mengisi tempat kosong bagi satu susunan nombor 1 hingga 9 yang disusun secara menaik atau menurun. . Di sini nombor „lima‟ yang digunakan untuk membilang satu dengan satu membawa dua makna.

ratus. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam kelas adalah dengan menyuruh murid-murid menulis nombor yang sesuai dalam jadual berikut: 4 Ribu (103 ) 4. konsep nilai tempat dan sifar boleh diperkenalkan.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 29 Contoh: Isikan nombor yang sesuai bagi siri berikut: 1 2 3 5 6 7 i. ii. Pengajaran Operasi Nombor Bulat B eberapa strategi melaksanakan pengajaran operasi nombor bulat adalah seperti berikut: i. Berikan contoh aktiviti pengajaran pembelajaran untuk pembinaan konsep sistem penomboran asas 10. nombor 0 berguna untuk menyatakan bahawa sesuatu nombor itu mempunyai nilai tempat puluh. guru seharusnya menerangkan kepada murid-murid bahawa sifar “0” merupakan simbol yang berguna untu menulis nombor 10. ribu dan seterusnya. iii. ii. guru perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: . Oleh itu. Dalam hal ini. Strategi Pengajaran Pembelajaran Operasi Kira Tambah dan Kira Tolak Dalam perancangan strategi pengajaran dan pembelajaran operasi tambah dan tolak. Rancang satu aktiviti pengajaran pembelajaran untuk mengajar nilai tempat bagi nombor dalam lingkungan 1000 hingga 9999. 7 6 4 3 2 1 vi) Memahami konsep nilai tempat Setelah murid tahu membilang sehingga 20.000 8 Ratus (102 ) ? 7 Puluh (101 ) ? 6 Sa (100 ) ? Mengapa membilang sehingga 20 ini penting diberikan penekanan kepada murid? Siapkan tugasan berikut: i. Sila buat catatan tentang sejarah perkembangan sistem penomboran.

Fakta asas diajar supaya murid dapat mengenal pasti pola nombor dan membuat generalisasi tentang fakta asas. Cikgu Chong yang Cari nilai yang berikut: i. iii. iv. ii. Operasi kira tambah dan kira tolak yang melibatkan nombor lebih daripada satu digit perlu dijalankan serentak apabila murid menguasai fakta asas tambah dan tolak. iii. Contoh: 9 + 5 = (9 +1) + 4 = 10 + 4 = 14 Proses mengumpul semula diajar dengan menggunakan bahan konkrit. 725 – 317 614 – 241 308 – 143 291 – 36 420 – 18 543 – 276 634 – 397 825 – 394 311 – 145 425 – 258 ii. Penyelesaian masalah bukan rutin boleh diberi untuk perkembangan daya pemikiran kreatif dan kritis murid. Proses operasi tambah dikaitkan dengan operasi kira tolak iaitu operasi kira tolak sebagai songsangan operasi tambah. Strategi Pengajaran Pembelajaran Operasi Darab dan Bahagi . Soalan penyelesaian masalah melibatkan operasi kira tambah.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 30           Operasi tambah dikaitkan dengan membilang secara menaik dan operasi tolak dikaitkan dengan membilang secara menurun. Perkenalkan strategi melibatkan fakta asas. Cikgu Aminah Cari nilai berikut: i. bincangkan bagaimana untuk membimbing murid-murid menambah nombor dalam lingkungan 18. Pengalaman konkrit diberi secara informal iaitu dengan menggunakan benda konkrit sebelum simbol matematik diperkenalkan secara formal. Yang manakan lebih sesuai digunakan. Berdasarkan pengetahuan anda sendiri. ii. v. konsep nilai tempat dan proses mengumpul semula. tolak dan gabungan kedua-duanya menggunakan konteks situasi harian. v. Proses mengumpul semula dan tanpa mengumpul semula diajar serentak bagi mengelakkan pengulangan yang boleh membosankan murid. iv. Bandingkan dua set tugasan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid membuat latihan kira tolak.

Pengalaman konkrit diberi secara informal dengan menggunakan bahan konkrit sebelum simbol matematik darab dan bahagi diperkenalkan secara formal. Pendekatan yang perlu guru terap dalam pengajaran adalah sebagaimana yang disarankan oleh Polya. Para guru perlu sedar bahawa memahami masalah merupakan sebahagian daripada pelajaran yang diperlukan oleh murid- . pelajar akan dapat pendedahan dan seterusnya dapat mempelajari konsep matematik melalui pengalaman sendiri. Pengajaran fakta asas kira darab dapat membantu murid mengurangkan hafalan sifir lingkungan 81.   Bagaimana pula pengajaran kira bahagia? Cuba jelaskan? Latihan Laksanakan kira darab yang berikut dengan cara yang paling mudah menurut kefahaman anda:: i. guru perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:      Operasi darab dikaitkan dengan penambahan berulang. Penyelesaian masalah bukan rutin boleh diperkenalkan bagi memperkembangkan kemahiran berfikir murid. Contoh: 4 X 6 = 4 X 2 X 3 =8X3 = 24 Penyelesaian masalah disediakan dalam konteks situasi harian yang sebenar dan berkaitan dengan pengalaman murid.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 31 Dalam perancangan strategi pengajaran pembelajaran operasi darab dan bahagi. Operasi bahagi dikaitkan dengan penolakan berulang dan juga songsangan kepada operasi darab. Bagaimanapun kebanyakan guru tidak sabar untuk menunggu murid-muridnya mencuba sendiri. Menggalakkan strategi yang boleh memudahkan pembelajaran fakta asas. 24 X 25 = ? PENGAJARAN MELALUI PENYELESAIAN MASALAH P engajaran tidak seharusnya ditumpukan kepada jawapan yang betul sahaja. seperti berikut: Memahami masalah: Pada tahap ini guru perlulah memberi tumpuan kepada murid-muridnya agar memahami masalah yang diberikan itu. Melalui prose ini. 4 X 17 = ? ii. Berikan masa kepada murid-murid untuk mencuba sendiri memahami masalah. Tetapi yang lebih penting adalah pelajar sendiri mencuba untuk menyelesaikan masalah. Terdapat sebilangan guru yang mengambil jalan mudah dengan menerangkan maksud soalan kepada pelajar.

tetapi akan meningkat setelah dilakukan berulang kali.Apakah nilai yang ingin dicari?. Merancang penyelesaian: Merancang penyelesaian amat berguna.Apa nilai yang diberi? .Cuba anda lukis rajah? . Murid-murid juga boleh diberi peluang untuk menyemak hasil kerja rakan-rakan yang lain.Apa istilah dan perkataan yang anda tidak faham? . Pelbagai contoh penggunaan bahan konkrit. Berilah masa kepada murid-murid dan jangan terlalu tergesa-gesa menyuruh murid-murid menyiapkan dengan cepat.Adakah anda memahami masalah? . Bagaimanapun pun guru boleh membantu murid-muridnya memahami masalah dengan mengemukakan soalan-soalan tertentu. Prose menyemak ini bukan sahaja memastikan jawapan yang diperoleh itu betul dan sesuai. Bahan Konkrit .Blok Dienes enggunaan blok Dienes bagi membantu murid memahami konsep nilai tempat serta menguasai kemahiran menambah dan menolak. Contoh heuristik ialah: . . media dan teknologi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik di bilik darjah. INTEGRASI BAHAN KONKRIT DAN TEKNOLOGI B P ahagian ini membincangkan penggunaan bahan konkrit. Antaranya seperti: .Adakah cara mudah untuk menyelesaikannya? Melaksana penyelesaian: Peluang mesti diberikan kepada murid untuk melakukan sendiri penyelesaian masalah. khususnya masalah yang sukar ditentukan prosedur penyelesaian dengan mudah. Meninjau kembali: meninjau kembali merupakan proses untuk murid-murid sendiri menyemak semula penyelesaian yang sudah dilakukannya. media dan teknologi ditunjukkan bagi membolehkan guru mengajar konsep matematik dengan berkesan daripada penggunaan bahan statik seperti buku teks dan lambaran kerja. Galakkan murid-murid menggunakan heuristik yang sesuai. Rancangkan suatu aktiviti pengajaran penyelesaian masalah melibatkan nombor bulat. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan blok Dienes bagi operasi penambahan dan penolakan. Kemahiran mereka mungkin agak terhad pada peringkat awal.Apakah formula yang sesuai? . tetapi juga memberi peluang membuat refleksi kendiri.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 32 murid.Adakah anda pernah menyelesaikan masalah yang serupa? .

P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 33 a) Operasi Tambah Tanpa Mengumpul Semula 23 + 14 = 39 b) Operasi Tolak Tanpa Mengumpul Semula 23 - 11 = 12 c) Operasi Tambah Tanpa Mengumpul Semula: Nombor Bulat Yang Besar 123 + 42 = 165 d) Operasi Tolak Tanpa mengumpul Semula Nombor Bulat Yang Besar 135 23 = 112 .

Jadual Logaritma. Penggunaan kalkulator saintifik telah mengurangkan pergantungan kepada penggunaan buku Jadual Trigonometri. „slide rules dan abakus. punca kuasa dua dan peratus. Media dan Teknologi M enurut National Council of Teachers of Mathematics (NCTM). video. radio. memori ingatan. dan pelbagai alat pandang dengar yang lain. Kalkulator Saintifik mempunyai fungsi asas yang sama tetapi kekunci yang lebih fungsinya. Kalkulator boleh digunakan dalam bilik darjah untuk aktiviti yang tidak lagi fokus kepada kemahiran pengiraan. Terdapat tiga jenis kalkulator yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran matematik.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 34 e) Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula Nombor Bulat Yang Besar 135 53 = 82 Cuba fikirkan bahan konkrit yang boleh digunakan untuk membimbing murid membuat penambahan dan penolakan. Penggunaan kalkulator dalam pengajaran melibatkan proses seperti berikut: . Galakan penggunaan kalkulator di sekolah dalam aktiviti melibatkan meneroka corak nombor. Modul ini hanya memberi penekanan kepada bahan teknologi terkini iaitu kalkulator dan komputer yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah. dan (ii) mengumpul semula. Kalkulator yang mudah dan murah mempunyai kekunci bagi empat operasi asas (+. dan membantu pembelajaran tentang idea-idea matematik. ). kalkulator. bahan teknologi merupakan sebahagian daripada pengajaran pembelajaran dan pengajaran tidak bermakna tanpa penggunaan teknologi yang sesuai. komputer. Bahan teknologi yang sesuai digunakan dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah merangkumi televisyen. paparan dan saiz. -. Cuba fikir dan jelaskan bagaimana menerangkan kepada murid operasi tambah dan operasi tolak menggunakan strategi (i) tanpa mengumpul semula. X. Terangkan menggunakan contoh yang sesuai. penyelesaian masalah melibatkan nombor yang besar.

Antara tujuan penggunaan kalkulator dalam pengajaran pembelajaran matematik ialah untuk membantu murid-murid memahami konsep matematik. inverse. murid-murid dengan mudah dan cepat dapat melaksanakan pengiraan dengan mendarab sebarang nombor bulat dengan 2 dan seterusnya dengan mudah dapat membuktikan bahawa penyelesaiannya ialah nombor genap. katakan pengajaran guru menghendaki murid-murid membuktikan satu pernyataan bahawa “sebarang nombor bulat yang didarab dengan nombor 2 akan memberi jawapan nombor genap”. murid boleh melihat berbagai hubungan perkembangan antara sesuatu nombor. . X. untuk latihan sifir. dapatlah disimpulkan bahawa sebarang nombor bulat yang didarabkan dengan nombor 2 akan memberi jawapan nombor genap. Dengan melakukan uji kaji atau eksperimen dengan kalkulator. Contohnya. Jadi. khususnya nombor yang terlalu besar . fungsi memori. ) . Seseorang guru matematik harus sedar tentang sumbangan dan penggunaan kalkulator dalam pengajaran pembelajaran sebagai alat mengajar yang bermanfaat dalam bilik darjah. kira darab dan kira bahagi. Tahu kah anda. untuk motivasi membuat penyiasatan tentang corak (patterns) dan teori nombor mudah. identiti. -. penggunaan kalkulator sangatlah perlu bagi membantu mempercepatkan aktiviti pengiraan oleh murid-murid. fungsi. eksperimen menggunakan kalkulator merupakan satu cara memahami konsep nombor. murid boleh melihat berbagai hubungan dan perkembangan antara sesuatu nombor. untuk memperkenalkan konsep baru seperti nombor negatif. Antara tujuan penggunaan kalkulator dalam pengajaran pembelajaran matematik adalah:  Alat untuk memahami konsep matematik Dengan melakukan uji kaji atau eksperimen dengan kalkulator. punca kuasa dua dan peratus. Dalam hal ini.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 35     untuk mengukuhkan konsep sedia ada seperti nilai tempat (place value). kira tolak. Murid-murid dengan cepat dapat melaksanakan pengiraan secara “cuba dan jaya” sehinggalah jawapan diperoleh. Kalkulator K alkulator elektronik telah diperkenalkan lebih empat puluh tahun yang lalu dan telah mengalami perubahan daripada segi saiz dan rupa bentuk yang mudah dan murah yang berkemampuan untuk melakukan penyelesaian matematik melibatkan empat operasi asas (+. commutative. Penggunaan kalkulator juga membantu murid-murid mengenal pasti pola sesuatu operasi matematik seperti kira tambah. Satu contoh ialah dalam pengajaran konsep nilai tempat suatu nombor yang besar seperti nombor 9876521. associative and distributive law. Cuba anda fikirkan bagaimana konsep darab dan bahagi boleh ditunjukkan dengan menggunakan kalkulator. Satu persoalan yang boleh ditanyakan kepada murid-murid ialah seperti „Bagaimanakah angka 7 dapat dikeluarkan tanpa mengubah angka-angka lain dalam nombor ini?” Dalam hal ini. notasi algebra (algebraic notation).

. Adakah 651234 merupakan hasil darab bagi „3‟? ii. Apakah yang boleh dibuat rumusan? Di sini murid-murid menjadi lebih kreatif dalam membuat penerokaan tentang nombor-nombor bulat. 3X2 =6 3+3+3 = 9. Walau bagaimana pun. 1000 dan 10. Bagaimana menggunakan kalkulator untuk mengukuhkan fakta asa kira darab muridmurid? . Sebagai contoh.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 36 Kalkulator juga boleh digunakan sebagai alat untuk meneguhkan konsep matematik di kalangan murid-murid. Apakah yang berlaku? Darab dengan 100. bimbingan guru adalah penting bagi memastikan murid-murid tidak salah menggunakan alat tersebut. Bagaimana konsep kuasa dua dan punca kuasa dua dapat ditunjukkan dengan menggunakan kalkulator. Apakah yang boleh anda rumuskan? Kemudian bahagikan dengan 10. apakah yang anda dapat perhatikan? Kemudian darabkan dengan 1000. kemudian darab dengan 10. 3X3 =9 . murid perlu digalakkan untuk menjelajah lebih lanjut bagi mengukuhkan konsep. 100. apabila konsep matematik telah diperkenalkan.. 3 = 3... konsep pendaraban..000.  Alat untuk mengukuhkan konsep matematik Apabila konsep matematik telah diperkenalkan murid perlu digalakkan untuk menjelajah lebih lanjut bagi meneguhkan konsep. Bagaimanakah angka 7 dapat dikeluarkan tanpa mengubah angka-angka lain dalam nombor itu? Murid-murid juga boleh mengenal pasti nombor-nombor perdana dan juga dapat meneroka pola-pola bagi nombor-nombor tertentu seperti berikut: i. Apakah yang dapat dirumuskan tentang nombor-nombor hasil darab „3‟? iii. 10. Aktiviti kalkulator boleh digunakan bagi memberi peluang untuk amalan dan aplikasi.62134 dalam paparan kalkulator. Contoh: Konsep nilai tempat boleh dijelaskan dengan aktiviti kalkulator iaitu jika nombor 9876521 dipaparkan. Bagi memahami nilai tempat.000. 3X1 =3 3+3 = 6. iaitu: i. Adakah 2183 sebagai nombor perdana? Bincangkan mengapa anda membuat keputusan tersebut. maka guru boleh mengemukakan soalan bagi aktiviti ini. cuba aktiviti ini: Masukkan 4.. Oleh itu.

. tetapi jauh lebih penting adalah mewujudkan pengalaman bermakna kepada murid-murid. penguasaan pengetahuan isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge atau PCK) amat diutamakan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan. bukan sahaja kepada pengetahuan dan kemahiran. Oleh itu. perpuluhan. wang dan peratus.P e n g a j a r a n N o m b o r B u l a t | 37 KESIMPULAN P engajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam asas nombor seperti nombor bulat. kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diberi perhatian demi menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan. Di samping itu. penekanan pengajaran. Sebagai guru. pecahan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful