FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA IS 110: DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT IMD 203: SUPPORT SERVICES AND

MAINTENENCE I: PENGENALAN KEPADA WORDPRESS DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK AL BAKRI BIN MOHAMMAD DISEDIAKAN OLEH: MUZILAH MAULAD ZAIDAN NOOR HAZIQAH BINTI IDRIS NUR FARAH AIN BINTI AHMAD RADZI FATIN NAZIRA BINTI JAFFRY ISD3E2 (2007298092) (2007405902) (2007231338) (2007231378)

TARIKH HANTAR: 24 SEPTEMBER 2008

1

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

ISI KANDUNGAN
TAJUK
PENGHARGAAN 1) PENGENALAN 2) BUAT BLOG PERCUMA DENGAN WORDPRESS.COM 2.1) DAFTAR DI WORDPRESS.COM 2.2) LANGKAH PERMULAAN MENULIS DI BLOG WORDPRESS 2.3) CARA-CARA UNTUK MEMBINA PAGE DI WORDPRESS 2.4) MENUKAR TEMA BLOG DI WORDPRESS 2.5) UBAH SUAI SIDEBAR DENGAN WIDGETS 2.6) MENUKAR KEDUDUKAN MEDIA DI WORDPRESS 2.7) LANGKAH – LANGKAH UPLOAD FAIL DI WORDPRESS 13 2 5 7 8 10 12

M/S
i 1

3)BUAT BLOG DENGAN WORDPRESS.ORG 3.1) CARA-CARA NAK BUAT BLOG PADA DOMAIN SENDIRI DENGAN WORDPRESS.COM 3.2) BUAT DATABASE UNTUK BLOG 3.3) PASANG WORDPRESS KE ATAS DOMAIN 3.4) CARA MENUKAR TEMA DI WORDPRESS.ORG 3.5) 7 PLUGIN WORDPRESS UNTUK MEMUDAHKAN KERJA ANDA 16 18 21 23 15

4)CONTOH-CONTOH BLOG DI WORDPRESS 4.1) BLOG PERSENDIRIAN 4.2) BLOG YANG BERBAYAR RUJUKAN 26 28 31

2

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmatnya dapat kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pertama, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Al Bakri Bin Mohammad untuk subjek Support Services and Maintenence I kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat tugasan ini. Kami juga berterima kasih kepada beliau diberi walaupun beliau sibuk dengan kerja dan tugasan yang lain. Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan padu kepada kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Kami juga ingin berterima kasih kepada kawan-kawan sekelas dan ahli kumpulan kerana banyak menolong kami memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan memberi sokongan. Kami juga dapat menimba pengalaman yang baru dalam tempoh menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Sekian, terima kasih. Chapter: Pengenalan kepada Wordpress 3 kerana atas tunjuk ajar dan menolong kami dalam tempoh menyiapkan tugasan yang

1) PENGENALAN

Wordpress ialah penerbitan peribadi yang amat bermakna bagi penulis blog itu sendiri, ia fokus kepada estetika, standard bagi blog tersebut dan kegunaan bagi penulis blog tersebut. Word press juga bersifat unik dalam erti kata yang lain, ia juga merupakan satu aset yang berguna kepada penulis-penulis blog. Dalam membuat blog, Wordpress juga adalah satu ‘website’ atau ruang yang hebat untuk membuat blog selain daripada Blogspot. Wordpress.com adalah blog percuma untuk pengguna tanpa memiliki ‘domain’ dan ‘hosting’ sendiri. Terdapat dua jenis WordPress iaitu WordPress.com dan WordPress.org. WordPress.com ialah sejenis blog yang boleh dibuat terus, tidak memerlukan ‘hosting’ seperti blogger tetapi penggunaanya adalah terhad. WordPress.org pula adalah sebuah blog yang memerlukan ‘hosting’. Penggunaanya meluas dan boleh mengubah mengikut citarasa pengguna sendiri. Masih ramai yang di luar sana keliru tentang perbezaan antara Wordpress.com dan Wordpress.org. Sebenarnya Wordpress adalah satu "blog platform". WordPress.com merupakan satu pengendali laman blog percuma berasaskan WordPress. Manakala laman WordPress.org merupakan laman sumber berkaitan Wordpress. Anda boleh memuatturun perisian Wordpress ini daripada WordPress.org dan memasangnya mengikut ‘domain’ dan ‘hosting’ anda sendiri. Bagi Wordpress.com, anda tidak perlu memasang blog tersebut, ianya telah sedia untuk digunakan apabila anda mendaftar. Ianya adalah sebagaimana laman Blogspot.

4

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

2) BUAT BLOG PERCUMA DENGAN WORDPRESS.COM
2.1) DAFTAR DI WORDPRESS.COM
1) Terlebih dahulu, anda haruslah mendaftar di Wordpress.com. Pergi ke laman Wordpress.com dan klik pada butang “Sign Up Now!”

2) Pendaftaran di Wordpress.com adalah sangat mudah. Isikan borang yang diberi.

5

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

3) Klik Next setelah selesai.

4) Kini, buka emel anda untuk mengaktifkan akaun Wordpress.com tersebut

6

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

5)

Wordpress.com akan memaparkan mesej yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Kini anda sudah boleh login ke dalam blog anda.

6) Selepas itu, anda boleh menulis blog dan ‘log in’ ke Wordpress pada bila-bila masa sahaja. Masukkan username dan password seperti biasa.

7

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

2.2) LANGKAH PERMULAAN MENULIS DI BLOG WORDPRESS
1) Setelah anda login, Wordpress.com akan memaparkan blog-blog yang anda miliki. Klik mana-mana blog untuk mula menulis.

2) Untuk menulis entri baru, klik pada Write > Post

8

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

3) Jika anda ingin sertakan gambar dalam entri tersebut, klik pada butang “Insert image” atau “Add an image”

4) Setelah siap menulis entri anda, klik pada butang Save supaya ia akan dipaparkan pada blog anda.

9

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

Contoh blog yang dihasilkan apabila memasukkan gambar:

2.3) CARA-CARA UNTUK MEMBINA PAGE DI WORDPRESS
Berbeza dari entri biasa, Page adalah bahagian khas dalam blog anda. Page akan setiasa kelihatan pada muka hadapan blog, supaya senang pembaca untuk klik. Contohnya page adalah bahagian “Tentang Saya” yang boleh anda isi dengan profil diri anda.

10

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

Untuk membuat satu page baru, pilih Write > Page

2.4) MENUKAR TEMA BLOG DI WORDPRESS

1) Tema yang digunakan sekarang ‘Current Theme’ ialah ‘Chaotic Soul’:

11

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

2) Untuk menukar tema bagi blog anda, pilih Design > Themes.

3) Di sini anda boleh pilih dari mana-mana tema yang disediakan. Klik pada tema yang anda mahu.

12

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

4) Pastikan anda klik pada “Activate” bagi mengaktifkan tema baru tersebut.

5) Hasilnya adalah seperti berikut:

2.5) UBAH SUAI SIDEBAR DENGAN WIDGETS

13

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

1) Untuk mengubahsuai sidebar pada blog anda, pilih Design > Widgets.

2) Klik pada Add untuk menambah mana-mana Widgets dan klik Edit untuk mengubahsuai Widgets tersebut. Setelah selesai, klik pada butang “Save Changes”

14

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

3) Contoh sidebar yang dihasilkan:

15

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

2.6) MENUKAR KEDUDUKAN MEDIA DI WORDPRESS
1) Untuk menukar kedudukan media iaitu gambar di Wordpress anda, pilih Setting>Media

2) Anda boleh memilih kedudukan gambar yang sesuai untuk diletakkan di Wordpress anda.

16

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

3) Click pada save.

2.7) LANGKAH – LANGKAH UPLOAD FAIL DI WORDPRESS

1) Sewaktu menulis entri baru, klik pada butang Add Media.

17

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

2) Di bawah bahagian From Computer, klik butang Choose dan pilih fail yang anda inginkan. Kemudian, klik pada butang Upload.

3) Jika anda ingin sertakan fail tersebut ke dalam entri berikut, klik pada Insert into Post.

18

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

Wordpress.com menyediakan ruang yang besar untuk anda upload fail, sehingga 3 GB. Jenis fail yang dibenarkan adalah gambar (jpg, jpeg, png, dan gif) serta dokumen (pdf, doc, ppt, dan odt).

3) BUAT BLOG DENGAN WORDPRESS.ORG

19

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

3.1) CARA-CARA NAK BUAT BLOG PADA DOMAIN SENDIRI DENGAN WORDPRESS.COM
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah membeli domain dan hosting. Domain adalah alamat untuk blog anda, contohnya di www.nama-saya.com. Hosting pula adalah tempat anda simpan segala fail dan data bagi blog. Anda boleh dapatkan domain dan hosting ini dari DataKL, atau mana-mana syarikat yang lain. Pakej paling murah di DataKL sekarang hanya RM60 (hosting) + RM30 (domain). Ini bermakna anda hanya perlu bayar RM90 sahaja, untuk setahun. Terdapat pelbagai cara untuk membuat bayaran, pergi ke mesin deposit Maybank dan masukkan duit ke dalam akaun Maybank DataKL. DataKL akan memberi anda user name dan password untuk laman web anda. Chapter: Pengenalan kepada Wordpress 20

3.2) BUAT DATABASE UNTUK BLOG

1)

. Pergi ke www.[nama-saya].com/cpanel untuk membuka cPanel. cPanel ini, seperti namanya, merupakan Control Panel bagi laman web anda.

2)

Pada bahagian Databases, klik pada MySQL® Databases.

3)

Berikan nama untuk database baru anda sebagai Wordpress dan klik pada butang create database.

21

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

4) Buat satu user baru, klik pada butang Create User.

5) Kemudian, tetapkan user yang anda baru buat tadi kepada database Wordpress, dan klik pada butang Add. Pastikan anda tetapkan All Privileges pada skrin yang seterusnya. .

22

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

6)

Siap. Nama database, username, dan password ini akan digunakan sewaktu

memasang Wordpress nanti.

3.3) PASANG WORDPRESS KE ATAS DOMAIN
1) Terlebih dahulu, download Wordpress yang terbaru dari Wordpress.org. Extract fail.zip ini ke dalam komputer anda. 2) Dapatkan FileZilla untuk upload Wordpress ke atas domain anda, dan install. 3) Buka perisian FileZilla. Masukkan alamat laman web anda di ruangan Host (contohnya [nama-anda].com), serta Username dan Password yang diberikan oleh DataKL itu tadi, klik pada Quickconnect.

23

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

4) Upload kesemua fail dalam folder Wordpress tadi ke dalam /public_html

5)

Setelah selesai, pergi kepada

http://www.[domain-anda].com/ untuk mula memasang Wordpress. Klik pada Create a Configuration File.

24

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

6) Isikan nama bagi database, user name, serta password yang anda dah buat di cPanel tadi. Klik pada butang Submit

25

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

8) Berikan nama bagi blog anda. Jangan bimbang kerana tajuk ini boleh ditukar pada bila-bila masa. Klik pada Install Wordpress. 9) Anda akan diberikan Username dan Password untuk Wordpress. Gunakan Username dan Password ini untuk Log In ke bahagian Admin.

26

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

7) Kemudian, klik pada Run the install.

3.4) CARA MENUKAR TEMA DI WORDPRESS.ORG
Anda telah mempuyai domain sendiri dan berjaya memasang Wordpress. Cara menukar tema pada Wordpress tidak seperti Wordpress.Com, Wordpress.Org memerlukan kita untuk muat turun dan pasang tema secara manual. 1) Pertama sekali, muat turun tema Wordpress yang anda ingin pasang. Anda boleh dapatkan banyak tema dari Theme Viewer. Sesudah selesai muat turun, extract fail zip ini. 2) Buka aplikasi FTP kegemeran anda seperti FileZilla. FileZilla akan digunakan untuk memindahkan fail dari komputer anda kepada laman web anda. Isikan maklumat yang sepatutnya pada ruangan Host, Username, dan Password dan tekan Quickconnect Chapter: Pengenalan kepada Wordpress 27

3) Apabila hubungan dengan pelayan (server) telah berjaya, anda boleh mulakan proses muat naik tema baru anda. Pada bahagian sebelah kanan FileZilla iaitu Remote site, buka folder wp-content > themes. Kemudian pada sebelah kiri, iaitu

Local site, klik kanan pada folder tema anda dan pilih Upload. Pastikan anda muat naik (upload) beserta dengan foldernya sekali ke dalam folder themes

Klik untuk besarkan : Chapter: Pengenalan kepada Wordpress 28

Klik untuk besarkan :

Setelah selesai proses muat naik tema baru, anda sudah boleh menggunakannya! Login pada Wordpress anda dan pergi ke tab Presentation. Di sini anda akan nampak tema baru yang baru dipasang. Klik saja pada tema tersebut untuk menggunakannya

Produktiviti merupakan satu kata kunci yang penting bagi seorang penulis blog. Wordpress menyediakan pelbagai plugin yang akan dapat memudahkan kerja anda. Tujuh plugin Wordpress yang akan dapat membantu penulis blog supaya lebih cekap dan efisien:

1. Acronyms Jangan buang masa anda untuk memasukkan tag <acronym></acronym> setiap kali anda ingin menyertakan satu-satu akronim ke dalam blog. Dengan plugin ini, anda hanya perlu menetapkan akronim sekali sahaja. Contohnya, anda tetapkan akronim HTML umtuk memaparkan perkataan “Hypertext Markup Language”. Kemudian, setiap kali perkataan HTML muncul dalam mana-mana entri, ia akan ditukarkan kepada akronim secara automatik.

2. Admin Drop Down Menu Seperti namanya, plugin ini menyediakan drop down menu pada bahagian Admin. Anda boleh capai menu yang dikehendaki dengan cepat, tidak perlu lagi klik satu-persatu.

29

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

3.5) 7 PLUGIN WORDPRESS UNTUK MEMUDAHKAN KERJA

3. Ozh’ Absolute Comments Balas komen terus dari bahagian Admin. Ozh’s Absolute Comments juga turut menyokong threaded comments seperti Brian’s Threaded Comments.

4. Wordpress Automatic Upgrade Seperti namanya, plugin ini berfungsi untuk upgrade Wordpress anda kepada versi yang terbaru secara automatik.

30

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

5. PlugInstaller Install dan uninstall plugin Wordpress terus dari bahagian Admin. Tidak perlu lagi buka klien FTP dan bersusah-payah mengingati password FTP. PlugInstaller juga akan menyatakan sekiranya plugin anda ada versi yang terbaru.

6. Simple Tags Uruskan semua tag dalam blog anda. Apa yang menjadikan plugin ini sangat efisien ialah ia dapat mengubah tag dalam jumlah yang banyak sekaligus. Terdapat banyak lagi fungsi SimpleTags yang anda boleh terokai dari bahagian Settings.

7. Batch Categories Plugin ini berfungsi untuk menetapkan kategori bagi sejumlah entri sekaligus.

31

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

4) CONTOH-CONTOH BLOG DI WORDPRESS
4.1) BLOG PERSENDIRIAN
1) www.albakri88.wordpress.com

32

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

33

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

2) www.harzeeqah.wordpress.com

34

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

4.2) BLOG YANG BERBAYAR
Blog yang berbayar ialah blog yang mempunyai domain sendiri. Contoh blog berbayar yang mempunyai domain sendiri:

1. www.sembangkomputer.com

2. wordpress.org

35

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

36

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

RUJUKAN:
1) Retrieved August 26. 2008, from the World Wide Web:http://www.sembangkomputer.com/page/7/

2) Retrieved September 19. 2008, from the World Wide Web: http://www.photobucket.com

3) Retrieved September 18. 2008, from the World Wide Web: http://www.albakri88.wordpress.com

4) Retrieved September 18. 2008, from the World Wide Web: http://www.harzeeqah.wordpress.com

37

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

5) Retrieved September 23. 2008, from the World Wide Web: http://planet.wordpress.org

6) Retrieved September 23. 2008, from the World Wide Web: http://mut.wordpress.org

38

Chapter: Pengenalan kepada Wordpress

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.