You are on page 1of 71

Damia Zahra

bab 1
ATINYA tidak tenang sejak kehadiran pengurus bahagian korporat yang baru. Entah mengapa setiap kali mereka terserempak, tiap kali itulah dadanya berdegup kencang. Dia cuba melontar perasaan itu jauh-jauh namun gagal. Setiap kali dicubanya, semakin jelas pula wajah itu menghampiri. Sejak sekian lama dia tidak pernah merasai perasaan seperti itu. Ya, sejak peristiwa silam yang menimpanya suatu ketika dahulu. Dia juga seakan cuba menafikan perasaan seumpama itu dari hadir ke dalam dirinya semula. Dan penafian itu berjaya ditanam di sudut hati. Namun kebelakangan ini penafian yang sekian lama terpahat seperti mahu runtuh. Dia cuba lagi untuk menguatkan hatinya agar jangan terus tersungkur, sayangnya dia kian gagal mengawal perasaan itu dari hadir semula. Dan kegagalan itu kini mengganggu hidupnya.

Seindah Taman Raudah

Puas dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Malam itu ditempuhinya dengan seribu kegelisahan yang sukar diredakan. Dia bagaikan tidak sabar menanti pagi menjelma. Raudah menoleh ke wajah anak bongsunya yang mungil. Dia mengelus lembut rambut Khairani yang halus. Perlahanlahan dia mencium pipi Khairani. Anak kecil itu menggeliat kegelian dengan ciuman Raudah. Raudah bangun menuju ke bilik tidur yang satu lagi. Dia menolak daun pintu bilik itu, terlihat Ian Haikal sedang enak dibuai mimpi. Ian Haikal, satu-satunya anak lelaki yang dipunyainya. Dan wajah Ian Haikal sering mengingatkannya kepada seseorang yang amat dirindukan. Raudah beralih ke daun pintu sebelah. Dengkuran halus kedengaran dari dalam. Raudah merapati birai katil dan membetulkan selimut Sofea. Raudah meneliti susuk tubuh Sofea yang kian meningkat dewasa. Cepat sungguh masa berlalu hingga dia tidak sedar bahawa Sofea kian meningkat dewasa. Raudah keluar dari bilik Sofea lantas menuju ke bilik air. Dia segera berwuduk kerana mahu bertahajud. Dia mahu menyerahkan dirinya kepada Allah Yang Esa. Dia tidak mahu diganggu oleh mana-mana ilusi yang tidak pasti. Dia tidak mampu menepis sebarang perasaan yang hampir kepadanya. Oleh itu dia perlu mendambakan dirinya kepada Allah agar dia dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Ya Allah, hanya pada-Mu aku berserah. Hanya pada-Mu aku mengadu. Kau berikanlah kekuatan kepadaku dalam menjalani kehidupanku. Aku tidak mampu untuk berdiri tanpa pertolongan-Mu, Ya Allah. Kau berilah aku petunjuk. Kau berikanlah ketenangan dan ketabahan untukku mengharungi hidup ini....

Damia Zahra

Raudah menadah tangan memohon rahmat-Nya. Dia berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Dia tidak mahu kenangan lama hinggap semula di kotak mindanya. Dia mahu melupakan segalanya. Dia mahu ketenangan yang dikecapi kini tidak terganggu. Cukuplah pengalaman lalu mengajarnya erti kehidupan. Raudah sedar dia tidak mampu mengubah takdir. Kekuatan itu hadir setelah dia bertarung dengan penafian yang begitu kuat terpahat di dalam hati. Namun dia bersyukur kerana akhirnya dia sedar bahawa dia perlukan kekuatan diri. Dia perlu melihat dunia ini dengan penuh keinsafan. Yang paling penting ialah dia mahu membina semula kehidupannya yang telah musnah dahulu. Dia mahu mulakan hidup baharu demi Sofea. Demi Ian Haikal dan demi Khairani. Ya Allah, kupohon keampunan-Mu andainya aku telah lalai dalam menjalankan kewajipan. Aku mohon ampun andai aku terleka. Aku mohon ampun andai aku hanyut seketika. Sesungguhnya aku manusia yang lemah. Kau teguhkanlah imanku, Ya Allah. Kau jauhkanlah aku dari syak wasangka. Sesungguhnya aku berserah kepada-Mu. Amin. Raudah meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Dia kembali baring di sisi Khairani. Anak kecil yang baru berusia lima tahun itu masih enak dibuai mimpi. Raudah menarik selimut dan menutup tubuhnya serta tubuh kecil Khairani.

Seindah Taman Raudah

bab 2
Raudah mengeluh. Jam sudah menunjukkan angka satu. Waktu makan tengah hari sudah sampai. Perutnya juga sudah berpalu. Dia paling tidak gemar dipanggil menghadap pada saat-saat begini. Bagi Raudah, tahap kerajinannya untuk bekerja sudah berada di tahap maksima. Sejak jam sembilan tadi dia begitu asyik dengan kerjanya. Meneliti tiap patah perkataan draf ucapan pengarah urusan sempena majlis makan malam ulang tahun syarikat yang kedua puluh lima, membuatkan Raudah leka. Dia tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Masuk. Faizal memandang Raudah menjengah di muka pintu dengan senyuman. yang

AUDAH masuk ke bilik saya sekejap, panggil Faizal menerusi telefon.

Raudah memalingkan pandangannya. Dia tidak

Damia Zahra

mahu melihat senyuman yang dilemparkan kepadanya. Bukan dia bencikan Faizal, tetapi dia tidak sanggup menerima senyuman itu. Jika orang lain mungkin ya, tetapi tidak daripada Faizal. Setiap senyuman yang dilemparkan oleh Faizal pasti mendebarkan jantungnya. Kadang-kadang Raudah terfikir sendiri, mengapa Faizal yang perlu hadir di syarikat itu. Mengapa tidak orang lain? Kenapa Raudah? Awak tak suka pandang muka saya? Faizal cuba mengusik. Reaksi serba salah Raudah menyebabkan Faizal gemar mengusiknya. Dahulu dia juga tidak berani berbuat begitu, tetapi apabila Raudah turut tidak menghiraukan usikan-usikannya, Faizal semakin galak mengusik. Faizal cukup suka apabila melihat wajah Raudah yang merona kemerahan bila diusik. Kadangkala Raudah langsung tidak berani mengangkat muka. Dalam arus kota metropolitan ini, masih ada juga wanita seperti Raudah rupanya, bisik hati kecil Faizal. Bukan mudah untuk menemui wanita sebegini. Jika ada pun hanya sekadar sementara. Tetapi Raudah tidak. Raudah tetap Raudah. Perangainya tidak pernah berubah biarpun pantai kerap berubah. Beberapa orang kakitangan bahagian korporat mula beransur keluar untuk menjamu juadah tengah hari. Pintu bilik Faizal ternganga luas. Dia memang tidak gemar menutup pintu. Bagi Faizal, dengan cara itu dia mahu setiap kakitangannya tahu bahawa dia sedia untuk ditemui pada bila-bila masa. Dia juga bukan jenis yang suka memerap di dalam bilik semata-mata. Bila bosan dengan kerja, dia akan keluar dan menyapa tiap kakitangan bawahannya. Kemesraan Faizal

Seindah Taman Raudah

tanpa mengira pangkat dan kedudukan membuatkan kakitangan Bahagian Korporat Syarikat Gloria berasa senang hati menerimanya sebagai Pengurus Bahagian. Hampir setahun bertugas di Bahagian Korporat, dia sudah mengenali semua kakitangan bawahannya termasuk Raudah. Entah mengapa di antara semua kakitangannya yang seramai empat puluh lima orang itu, hanya wajah Raudah yang redup asyik mengganggu ketenangannya. Bukan tidak ada kakitangan lain yang lebih cantik dan bergaya daripada Raudah. Malah ada yang bersikap daring terhadapnya. Namun dia tidak tahu mengapa hatinya terlekat kepada Raudah. Sewaktu dia diperkenalkan kepada Raudah, dia tidak pernah menyangka bahawa Raudah adalah pegawai korporatnya. Penampilan Raudah yang sederhana tidak langsung menampakkan imejnya sebagai pegawai korporat. Hanya bila adanya majlis-majlis rasmi barulah dia tersedar penampilan Raudah yang menyerlah. Penampilan Raudah berubah menjadi lebih bergaya walaupun dia tidak lepas dari memakai baju kurung. Tidak pernah sekalipun Faizal melihat Raudah memakai baju lain selain daripada baju kurung. Tanpa secalit mekap pun wajah Raudah yang bersih sudah cukup menenangkan mata yang memandang. Kematangan Raudah terserlah ketika melaksanakan tugas. Dia tahu apa yang perlu dibuat tanpa perlu disuruh, apatah lagi dipaksa. Tidak mustahil jika lima orang staf bawahannya begitu menghormatinya. Duduklah, kata Faizal setelah dilihatnya Raudah masih tercegat di situ. Raudah menarik kerusi di sebelahnya. Dia

Damia Zahra

mengeluarkan buku nota, bersedia untuk mencatat sebarang arahan. Tak perlulah tulis apa-apa, Raudah. Saya panggil ni hanya kerana nak bertanyakan sesuatu. Raudah mengangkat mukanya memandang tepat ke arah Faizal. Apa halnya la pulak ni? bisik hati kecil Raudah. Dia memandang jam tangannya, sudah pukul satu sepuluh minit petang. Tentu tidak ramai orang berada di dalam pejabat pada waktu ini. Dia berasa kurang senang. Janganlah bimbang, Raudah. Saya bukannya nak buat apa-apa. Saya cuma nak berbual saja. Kata-kata Faizal membuatkan Raudah berasa malu. Malu kerana menyangka yang bukan-bukan terhadap Faizal. Awak tahu Raudah, sudah hampir setahun saya bertugas di sini. Hampir kesemua kakitangan di sini saya kenali. Tapi awak Raudah, walaupun awak adalah pegawai saya, kenapa susah benar untuk awak berhubung dengan saya? Faizal memulakan bicara. Maksud Encik Faizal? Raudah kehairanan. Yalah, setiap perkara yang perlu diselesaikan, awak serah pada Kirana. Mengapa tidak awak sendiri, Raudah? Saya ada buat salah dengan awak? Ataupun agaknya saya ni tak sesuai untuk duduk di kerusi ni? tanya Faizal, cuba mencungkil isi hati Raudah tentang dirinya. Wanita berusia pertengahan tiga puluhan ini amat sukar untuk didekati. Sekali pandang, tiada siapa menyangka bahawa Raudah sudah melewati angka tiga puluh. Tubuh kecilnya sahaja sudah mampu menyembunyikan usia sebenar Raudah.

Seindah Taman Raudah

Raudah tunduk. Tidak tahu hendak berkata apa-apa. Bukan dia sengaja, tetapi dia sebenarnya cuba lari dari kenyataan. Lari dari bertemu dengan Faizal. Namun apa dayanya kerana dia tidak bisa membuat pertukaran ke bahagian lain. Tahukah kau wahai Faizal, bahawa aku sebenarnya cuba lari dari kenangan masa silam? Lari dari mengingati seseorang yang sudah lama tiada? hati Raudah berkata-kata. Tetapi kata-kata itu tidak sampai ke cuping telinga Faizal. Tapi semua kerja selesai, bukan? soal Raudah kembali. Memang selesai, tapi saya tak puas hati. Faizal mengetuk meja dengan pen. Kenapa? Sebab orang lain mahu berjumpa saya dengan senang hati. Tapi awak tidak. Kalau saya tak panggil awak ke bilik saya, muka awak pun saya tak akan nampak seharian. Kenapa Raudah? tanya Faizal perlahan. Raudah diam. Bagaimana dia harus menjawab sedangkan dia tidak mempunyai jawapannya. Jika ada pun, dia tidak akan sama sekali menyuarakannya kepada Faizal. Tidak sama sekali! Saya tahu awak tak sukakan saya... sebab itu awak tak mahu berurusan dengan saya. Suara Faizal agak kendur, seakan merajuk. Apa pulak sampai macam tu? bantah Raudah dalam diam. Hei, macam budak-budak pulak, getus hati kecil Raudah lagi. Bu bukan begitu maksud saya, Encik Faizal. Sebenarnya saya mahu melatih Kirana mengendalikan

Damia Zahra

tugasnya sebagai pegawai korporat. Tak lama lagi syarikat kita akan buka cawangan baru di Sabah, jadi saya fikir kalau Kirana dilatih dari sekarang, tentu dia ada peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut. Takkan selamanya dia nak jadi pembantu saja... terang Raudah panjang lebar. Harapannya agar Faizal menerima alasan yang diberikan. Faizal menggeleng. Dia tidak bersetuju dengan jawapan Raudah. Soal pembukaan cawangan baru adalah soal kedua dan perjalanannya juga masih jauh. Bukan dia tidak tahu mengenai perkara itu. Setakat hal-hal pengurusan, Raudah tidak boleh mengatasinya. Apa-apa keputusan pengurusan, dia yang akan lebih dahulu mengetahuinya. Faizal tersenyum sumbing mendengar kata-kata Raudah. Awak marahkan saya pasal Tidak. Bukan pasal tu, potong Raudah pantas. Habis tu? Kenapa susah sangat untuk awak bersua muka dengan saya? Faizal meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan nada kesal. Hati Faizal seakan meronta ingin mengatakan bahawa dia akan jadi rindu jika tidak melihat wajah Raudah walaupun sehari. Dia tidak memandang kepada kecantikan wajah semata-mata, tetapi ada sesuatu yang ada pada Raudah tetapi tidak ada pada orang lain. Wajahnya amat manis ketika senyum. Lesung pipit yang berlekuk di pipi kelihatan nyata tatkala dia ketawa atau tersenyum. Faizal cukup suka melihat Raudah tersenyum. Raudah memang pemurah dengan senyuman. Sesiapa sahaja yang ditemuinya pasti dihadiahkan sebuah senyuman. Tetapi mengapa dengan dia Raudah tidak mahu menghadiahkan senyuman? Mengapa setiap kali bertentang mata, Raudah

Seindah Taman Raudah

kelihatan bersahaja? Tidakkah Raudah sedar bahawa setiap kali mereka bertentang mata, degup jantungnya kian kencang? Encik Faizal maafkan saya. Suara Raudah memecah kesunyian. Lagi-lagi maaf. Bukannya awak buat salah sampai nak kena minta maaf. Saya cuma tanya kenapa susah sangat untuk awak datang berjumpa saya? Itu saja. Sebenarnya saya Tok! Tok! Spontan Faizal memandang ke arah pintu. Encik Faizal, Datuk hendak berjumpa, beritahu Azila, setiausaha Datuk Hairul. Sekarang? Azila angguk. Sekarang waktu lunch. Kenapa tak telefon aja? tanya Faizal sambil mengeluh. Azila menjongketkan bahunya. Tangannya tergawang-gawang menunjukkan dompet di tangannya. Mungkin dia terus hendak pergi ke kafeteria setelah menyampaikan pesanan tersebut. Pandai cakap orang, tapi dia panggil aku masuk waktu lunch tak sedar, rungut Raudah di dalam hati. Baiklah, sekejap lagi saya naik. Biar saya habiskan discussion dengan Raudah dulu. Azila menghilangkan diri. Lebih baik Encik Faizal naik sekarang. Kalau tidak, pasti Datuk mengamuk. Susah Encik Faizal nanti. Raudah mengambil kesempatan untuk mengundur diri.

10

Damia Zahra

Ah biarkanlah sekejap. Bukan ada urgent pun. Semua laporan dah saya hantar tadi. Raudah serba salah. Dia faham benar perangai Datuk Hairul. Jika marah, semuanya akan jadi tidak kena. Jika puas hati dengan sesuatu perkara, dipuji, dilambung setinggi langit. Kadang-kadang Raudah sendiri tidak faham dengan perangai Datuk Hairul yang sering berubah-ubah. Pergilah Encik Faizal. Saya tak mahu ada masalah nanti. Lagipun perbincangan ni kita boleh sambung kemudian... pujuk Raudah. Memang perbincangan ni boleh disambung. Tapi saya tak pasti bila. Faizal menjeling tajam ke arah Raudah. Geram benar dia dengan Datuk Hairul saat ini. Baru sahaja dia hendak berbual dengan Raudah, ada sahaja gangguannya. Sebenarnya sudah beberapa kali dia mahu menyuarakan perkara itu kepada Raudah, tetapi setiap kali itu juga dia membatalkan hasratnya. Kini bila dia sedang membuat sesuatu untuk diri sendiri, ada sahaja gangguannya. Faizal mendengus kasar. Baiklah. Nanti kita sambung lagi. Raudah segera angkat punggung. Tapi ingat Raudah, kita belum habis lagi. Kata-kata Faizal menghentikan langkah Raudah. Raudah berpaling dan memandang tepat ke anak mata Faizal. Faizal tersenyum nakal. Raudah bungkam. Entahlah, dia sendiri tidak tahu apa yang dikehendaki oleh lelaki seperti Faizal. Bukan dia tidak mahu melayan kerenah Faizal, tetapi Raudah lebih suka mengambil langkah berhati-hati. Apa yang Raudah tahu, Faizal sudah beristeri. Tetapi

11

Seindah Taman Raudah

Faizal tidak pernah membawa isterinya ke mana-mana majlis anjuran syarikat. Alasan yang selalu diberikan ialah isterinya sibuk. Entah benar atau tidak, Raudah tidak pernah tahu. Dan dia memang tidak pernah ambil tahu! Raudah menghempaskan punggung ke kerusi di biliknya semula. Selera makan tengah harinya tiba-tiba mati. Dia memandang skrin komputer dengan pandangan kosong. Dia mengeluh kecil. Melihat ke arah jam tangannya, dia menarik laci mejanya dan mengeluarkan sebuah beg kertas berisi telekung. Dia segera menuju ke surau.

12

Damia Zahra

bab 3
Kebetulan Raudah masuk ke ruang bahagian korporat untuk menemui Fakrul bagi menyelesaikan masalah mengenai jemputan tetamu yang akan hadir pada majlis makan malam tidak lama lagi. Faizal mahu bersikap terbuka kepada semua kakitangannya. Dia tidak mahu ada halangan di antara mereka. Itu prinsip Faizal. Tetapi sikap Raudah terhadapnya tidak begitu. Raudah adalah antara pegawainya yang dihormati oleh kakitangan lain di syarikat itu. Sikap Raudah yang sentiasa merendah diri membuatkan orang lain selesa bekerja dengannya. Tidak pernah dia melihat Raudah meninggi suara apatah lagi bersikap sombong. Hampir setiap hari pegawai-pegawainya akan

AIZAL merenung Raudah dari tempat duduknya.

13

Seindah Taman Raudah

berjumpa dengannya untuk bertanya sesuatu atau mendapatkan keputusan. Tetapi Raudah kerap menghantar Kirana sebagai penghubung di antara mereka. Boleh dikira dengan jari, berapa kali Raudah bertemu muka dengannya dalam seminggu. Mulanya Faizal tidak pernah ambil kisah tentang itu. Tetapi setelah hampir setahun, telinganya sering menangkap nama Raudah di kalangan kakitangannya. Raudah itulah, Raudah inilah. Segala-galanya Raudah tetapi dia sendiri jarang menemuinya. Sebaik sahaja dia mengetip kad kedatangan, dia akan terperuk di dalam biliknya seharian. Jika tiada keperluan, Raudah tidak akan menjengukkan mukanya di situ. Bila dipanggil ke pejabatnya, Raudah sering memberi alasan mahu segera keluar untuk menemui pelanggan. Pening Faizal memikirkannya. Walaupun semua kerja yang dilakukan oleh Raudah dapat diselesaikan, dia tetap tidak berpuas hati. Dia tidak menafikan bahawa Raudah memang kerap keluar untuk bertemu dengan pelanggan, sesuai dengan jawatannya. Namun kesibukan itu tidaklah begitu keterlaluan. Ada ketikanya jika tiada temu janji, Raudah turut senyap. Bayangnya pun susah untuk dilihat. Dari jauh Faizal lihat Raudah sedang rancak berbual dengan Fakrul. Faizal menghampiri tanpa disedari oleh Raudah mahupun Fakrul. Beberapa kakitangan yang duduk berhampiran tidak mengendahkan perbuatan Faizal, kerana mereka memang tahu sudah begitu perangai Faizal yang suka menjelajah di setiap sudut pejabat itu. Entahlah kak, saya pun tak dapat confirmkan kehadiran Tan Sri Ayyub ni lagi. Keluhan Fakrul kedengaran amat berat.

14

Damia Zahra

Tan Sri Ayyub merupakan salah seorang pemegang saham terpenting syarikat. Kehadirannya di majlis makan malam amat diperlukan bagi mengukuhkan lagi kepercayaan para pelabur mereka. Raudah diam. Kasihan melihat Fakrul yang telah ditugaskan untuk mengatur kedatangan para tetamu kehormat. Apa kata akak telefon aje Tan Sri tu sendiri. Lagipun akak kenal dia, kan? cadang Fakrul. Raudah masih diam. Mungkin sedang berfikir mengenai cadangan Fakrul. Nanti akak tolong contact dia ya? Suara Fakrul seakan memujuk. Raudah melihat senarai nama yang ada di atas meja Fakrul. Hampir enam puluh peratus daripada senarai jemputan yang akan hadir. Ini sesuatu yang baik, kata Raudah di dalam hati. Hei malaslah akak bab contact mengcontact ni. Raudah menggawangkan tangannya seakan cuba menolak permintaan Fakrul. Ala tolonglah kak. Akakkan pernah berurusan dengan dia. Apa salahnya akak tolong saya kali ni. Boleh ya, Kak Raudah? rayu Fakrul lagi. Nantilah akak suruh Kirana tolong. Raudah memberikan kata putus. Kenapa pula akak nak suruh Kirana? Bukannya Kirana tu biasa dengan Tan Sri. Ala tolong la kak. Kalau tak dapat Tan Sri ni, mampus saya kena marah dengan Encik Faizal nanti. Akak tahu la dia tu Ehem ehem.

15

Seindah Taman Raudah

Serentak itu Raudah dan Fakrul berpaling. Fakrul terkedu melihat Faizal yang sedang berdiri di sebelah Raudah. Kenapalah aku tak perasankan dia tadi, Fakrul mengutuk diri sendiri di atas kealpaannya. Raudah berganjak ke kanan memberi jarak di antara dia dan Faizal. Ada apa-apa masalah Fakrul? tanya Faizal selamba walhal dia telah mendengar semuanya. Tak ada apa-apa, Encik Faizal. Perkara biasa saja. Lagipun Kak Raudah ada, dia boleh tolong. Ada masalah Raudah? tanya Faizal sambil memandang tajam ke arah Raudah. Errr tak ada, Encik Faizal. Nanti saya uruskan hal ni. Bukan ke tadi awak kata awak malas hendak apa tu contact mengcontact? Faizal cuba meniru gaya Raudah yang dilihatnya tadi. Rona wajah Raudah kelihatan merah menahan malu. Malu kerana Faizal telah meniru kata-katanya sebentar tadi. Fakrul tergelak mendengar kata-kata Faizal. Dia segera menutup mulutnya sebaik sahaja dia terpandangkan jelingan tajam Raudah. Aduh! Sakitnya. Kenapa Encik Faizal? tanya Fakrul cemas. Sertamerta ketawanya terhenti. Raudah turut terkejut. Sakit sebab jelingan tu, jawab Faizal sambil memberi isyarat ke arah Fakrul.

16

Damia Zahra

Fakrul segera menyambung tawanya.

faham

maksud

Faizal

lantas

Raudah menggetapkan bibirnya, marah kerana dipermainkan. Kak Raudah kalau marah makin manis, Encik Faizal. Sahut Ikram yang duduk selang semeja dengan Fakrul. Ketawa mereka bertiga memecah kesunyian pejabat ketika itu. Raudah segera meninggalkan tempat itu. Malas dia hendak melayan mereka yang seolah-olah sepakat mengenakannya.

FAIZAL merenung kolam renang yang tenang tidak beralun tanpa berkelip. Wajah Raudah datang dan pergi silih berganti di ketenangan itu. Sesekali Faizal tersenyum sendirian mengenangkan perangai Raudah. Sudah beranak tiga tetapi kelakuannya tidak menunjukkan dia sudah mempunyai tiga orang anak. Kalau sekali pandang orang lain mungkin menyangka Raudah masih belum berkahwin atau paling tidak belum mempunyai anak. Kenapa dia bersikap seperti itu? Faizal menggaru lengannya yang digigit nyamuk. Raudah Raudah. Tercetus nama itu dari bibirnya. Faizal mengeluh berat. Dia membayangkan wajah Raudah yang redup dan manis. Raudah tidak secantik Mimi. Raudah juga tidak mempunyai susuk tubuh yang mengancam seperti Tiara. Tetapi entah mengapa wajah itu yang selalu tergambar di ruang matanya. Faizal mengalih perhatian ke arah tempat parkir.

17

Seindah Taman Raudah

Sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam memasuki pekarangan rumah banglo setingkat itu. Pemandunya turun dan terus menuju ke arah Faizal yang masih bersantai di tepi kolam renang. Baru balik? sapa Faizal lembut. Ringkas jawapan Nia. Dia Hmmm membaringkan tubuhnya ke kerusi malas di sebelah Faizal. Macam mana function tadi? Seronok? Nia angguk. Ramai yang datang? Nia angguk lagi. Kalau you letih, pergilah mandi dan berehat, usul Faizal. Sekejap lagi la. I nak tengok bulan tu sekejap. Rasanya dah lama I tak duduk di sini. Akhirnya Nia bersuara juga. Macam mana you nak duduk di sini kalau setiap malam you asyik busy dengan function itu, function ini, rungut Faizal. Sayang I kan sekarang businesswoman. Jadi kenalah jaga imej dan bergaul dengan orang lain. Kalau tak macam mana I nak dapat client? jawab Nia. Orang lain pun ada business jugak. Tapi ada masa untuk keluarga. Faizal bersuara perlahan. Nia berpaling ke arah Faizal. Come on sayang, we already discussed about it, arent we? I know. But cant you consider it again? pujuk Faizal.

18

Damia Zahra

Sudah beratus kali dia cuba memujuk Nia agar cuba membahagikan masa di antara kerja dan keluarga. Mama dan papanya sudah acap kali merungut mengenai menantu mereka yang jarang menunjukkan muka. Jika bertandang, hanya Faizal seorang sahaja. Bukan dia tidak tahu perangai Nia yang jika mahukan sesuatu, dia pasti akan mendapatkannya. Dahulu memang mereka pernah mengimpikan untuk membuka perniagaan sendiri. Mereka tidak mahu makan gaji. Tetapi hasrat mereka ditentang oleh papa Faizal. Mahu atau tidak terpaksalah Faizal meminta Nia menguruskan perniagaan mereka sendirian. Kasihan Faizal melihat Nia terkontang-kanting menguruskan syarikat yang baru setahun jagung. Namun Nia sudah nekad, dia tidak akan sesekali undur diri. Bagi Nia itu adalah matlamat hidupnya. Memadai bagi Nia jika Faizal memberi keizinan untuk dia meneruskan perniagaan mereka. Faizal juga memberi kebebasan kepada Nia untuk membangunkan perniagaan tekstil mereka. Hingga kini Nia telah berjaya membuka tiga buah gedung tekstil dan juga beberapa butik di sekitar Kuala Lumpur. Semangat Nia yang membara untuk maju di bidang perniagaan turut mendapat dorongan orang tuanya. Tambahan pula mereka itu memangnya ahli perniagaan. Melihat kemajuan yang dicapai oleh isterinya, Faizal bangga dengan hasil kerja keras Nia. Nia tidak pernah mengeluh penat. Nia tidak pernah merungut letih. Segalagalanya Nia tanggung sendiri. Itu yang membuatkan Faizal bangga dengan Nia. Semangat Nia kental. Nia mencapai tas tangannya yang jatuh ke lantai. Dia bangun dan membetulkan rambutnya yang dibiarkan

19

Seindah Taman Raudah

lepas. Nia menghampiri Faizal dan mengucup dahi Faizal dengan lembut. Sudah lama Faizal tidak merasai kehangatan ciuman Nia seperti itu. Belum sempat tangannya mencapai Nia, Nia sudah berlalu pergi. Faizal mengeluh kesal.

20

Damia Zahra

bab 4
AIZAL melangkah menjengah ke bilik Raudah. Lampu bilik itu sudah terang menandakan ada penghuni di dalamnya. Pagi itu sengaja dia datang awal ke pejabat. Dia mendengar suara halus dari dalam bilik Raudah. Faizal mendekati pintu bilik Raudah. Tiba-tiba suara halus itu terhenti. Faizal segera beredar. Kring!Kring! Faizal mengangkat telefon yang sedang menjerit minta diangkat. Baik, Datuk. Faizal segera bangun dari duduknya. Dia menuju ke bilik Raudah. Raudah, ikut saya, arah Faizal dengan wajah serius. Raudah segera bangkit dari kerusi dan mencapai buku nota dan pen. Pastinya menghadap Datuk Hairul, bisik

21

Seindah Taman Raudah

hati kecil Raudah. Tadi dia telah dimaklumkan oleh Azila bahawa Datuk Hairul mencarinya sewaktu dia bersarapan di kafeteria. Kenapa Tan Sri Ayyub tak dapat hadir Faizal, Raudah? Mata Datuk Hairul tertancap ke arah Faizal dan Raudah. Bukankah saya sudah minta diusahakan agar Tan Sri dapat datang. Majlis makan malam itu penting. Ramai tetamu khas kita datang. Kalau Tan Sri tak hadir, itu sudah menunjukkan bahawa minat Tan Sri terhadap syarikat ini berkurangan, marah Datuk Hairul. Maafkan saya, Datuk. Raudah bersuara perlahan. Saya tak salahkan kamu, Raudah. Faizal kenapa tidak diuruskan hal Tan Sri? Datuk Hairul mengarahkan pandangannya kepada Faizal. Kami sudah berusaha, Datuk. Sampai sekarang kami belum sempat berjumpa dengan Tan Sri, yalah sejak dia balik dari Kanada, sahut Faizal. Saya tidak mahu mendengar sebarang alasan. You should take this responsibility Faizal. Jangan harapkan Raudah. Status Tan Sri perlukan orang yang lebih tinggi kedudukannya selain Raudah. Raudah tersentak. Begitu sekali Datuk Hairul memandang rendah akan kebolehannya. Adakah kerana selama ini dia hanya berdiam diri maka Datuk Hairul tidak pernah menilainya? Hati Raudah tiba-tiba dilanda sebak. Shes your officer but youre the boss. So I want the answer about Tan Sri by tomorrow. Tegas sekali arahan Datuk Hairul kedengaran. Terkulat-kulat Faizal mendengar kata-kata tersebut.

22

Damia Zahra

Sekilas dia memandang Raudah yang tunduk. Entah apa yang difikirkan oleh Raudah saat ini. Raudah you may go now. Datuk Hairul mengendurkan suaranya. Terima kasih, Datuk. Raudah keluar dengan perasaan berbuku. Geram dengan kata-kata Datuk Hairul. Selama dia bertugas di bahagian korporat, jarang dia dimarahi oleh Datuk Hairul. Sejak Faizal mengambil alih tugas Encik Syed, kerap sekali dia dimarahi. Kenapa Faizal tidak menyelesaikan masalah itu sekiranya dia sudah tahu mengenainya? bisik hati kecil Raudah. Semalam dia sudah membuat laporan terkini status kehadiran tetamu mereka. Kirana yang menghantarnya kepada Faizal. Faizal tidak pula bertanya apa-apa. Faizal juga tidak merungut mengenai Tan Sri Ayyub itu. Kenapa sekarang hal itu timbul? Tidakkah Faizal melaporkannya kepada Datuk Hairul semalam? Raudah tertanya-tanya. Lain kali laporkan terus kepada saya. Raudah tersentak. Faizal berdiri di muka pintu biliknya sambil bercekak pinggang. Entah bila Faizal selesai berbincang dengan Datuk Hairul, Raudah tidak pasti. Masuk ke bilik saya. Now! Suara Faizal meninggi. Beberapa orang kakitangan yang mendengarnya berpaling. Mengapa Faizal naik angin? Selama ini mereka tidak pernah mendengar suara Faizal meninggi apatah lagi dengan Raudah yang tidak pernah melawan. Mendengar tapak kasut Faizal menuju ke biliknya, mereka buat-buat tidak dengar.

23

Seindah Taman Raudah

Raudah mengikuti langkah Faizal dengan perasaan yang berdebar-debar. Kena marah terukkah Faizal tadi? Takkan aku pula yang kena tempiasnya, bisik hati kecil Raudah. Rasa tidak puas hati bersarang di dadanya. Duduk, arah Faizal. Mukanya masam mencuka. Dia memandang Raudah tepat-tepat. Raudah jadi tidak tentu arah. Dia masih terkejut dengan tindakan Faizal yang meninggikan suara padanya tadi. Sudah berapa kali saya pesan, kalau ada masalah terus laporkan kepada saya. Faizal memulakan bicara. Awak tahu awak tu siapa di sini? Raudah mengangkat muka. Wajahnya berkerut. Awak adalah pegawai korporat di syarikat ini. Sebagai pegawai korporat, you should report to me directly. Bukan asyik minta staf awak tu berikan saya laporan daripada awak. Apa, susah sangatkah awak nak melangkah masuk ke bilik ni? Berat sangatkah mulut awak nak bercakap? Awak ingat saya ni apa? Harimau? marah Faizal bertalu-talu. Kali ini Faizal benar-benar tidak dapat membendung rasa marahnya. Raudah terkedu. Haruskah dia membalas kata-kata Faizal? Raudah berkira-kira untuk menjawabnya. Mulai esok, setiap hari awak kena buat laporan pada saya... every morning. Faham? Raudah mengangguk. Geram hati Faizal melihat Raudah yang hanya mendiamkan diri. You may go now.

24

Damia Zahra

Raudah bangun. Ingat Raudah, setiap pagi awak kena duduk menghadap saya dan laporkan setiap perkembangan perjalanan majlis tu. Faizal mula mengendurkan suaranya. Terasa ada kemenangan di sebalik kata-kata tersebut. Raudah keluar dari bilik Faizal dengan langkah longlai. Mulai esok dia terpaksa menghadap muka Faizal. Setiap pagi? Oh Tuhan, bagaimana hendak dilalui hari-hari tersebut, desis hati kecil Raudah. Fakrul memandang Raudah yang melintasi mejanya dengan perasaan belas. Bagi Fakrul, tidak patut Faizal melakukan perkara sebegitu kepada Raudah. Bukan salah Raudah jika Tan Sri Ayyub tidak dapat hadir, getus Fakrul. Dia tahu Raudah sudah cuba mendapatkan tarikh temu janji dengan Tan Sri Ayyub tetapi masih gagal. Dia juga kerap membantu Raudah mengenai perkara itu. Sebab itu Fakrul rasa Raudah tidak patut dimarahi. Fakrul memandang Kirana yang turut bersimpati dengan Raudah. Bukan Kirana tidak tahu usaha Raudah. Sudah lenguh jarinya menekan nombor pejabat Tan Sri Ayyub. Setiap kali setiausahanya menjawab, pasti ada sahaja alasan yang diberi. Sebagai pegawai korporat, Raudah kerap bertemu orang luar atas pelbagai urusan. Kadangkala kasihan Kirana melihat Raudah yang keletihan melayan tetamu yang datang. Setiap hari aku kena menghadap dia? Ah! Tak boleh jadi ni, Raudah berkata-kata di dalam hati. Mampukah dia menahan pandangan nakal Faizal? Mampukah dia mengikis bayangan wajah Faizal? Raudah menggeleng-gelengkan kepala. Bukan dia bencikan Faizal. Namun wajah itu

25

Seindah Taman Raudah

mengingatkan dia kembali kepada peristiwa lama yang selama ini cuba dikikisnya. Iras wajah Faizal mengingatkan Raudah kepada seseorang yang suatu ketika dahulu pernah bertakhta di hatinya. Tawa Faizal mengingatkan dia kepada zaman kebahagiaan yang dikecapi bersama orang yang dicintai. Raudah mengeluh berat. Tidak sanggup rasanya hendak memandang wajah Faizal saban hari. Jika boleh, sudah lama dia mahu bertukar jabatan. Tetapi Datuk Hairul tidak mengendahkan permintaannya. Melihat wajah Faizal sahaja sudah membuatkan hatinya goyah. Mampukah dia bertahan menatap wajah Faizal saban hari? Memang dia tidak nafikan seboleh mungkin dia cuba mengelak dari berhadapan dengan Faizal. Dia tidak mahu kenangan silamnya muncul kembali. Raudah mengeluh lagi.

26

Damia Zahra

bab 5
namanya dipanggil.

AUDAH

Raudah berpaling sebaik sahaja mendengar

Ikut saya ke pejabat Tan Sri Ayyub. Setengah jam lagi kita bertolak. Raudah tergamam. Ke pejabat Tan Sri Ayyub? Gila ke dia ni? Raudah merungut di dalam hati. Bukan Faizal tidak tahu betapa susahnya mendapatkan temu janji dengan Tan Sri Ayyub itu. Saya dah dapatkan temu janji. Tapi kita pergi berdua. Belum sempat Raudah membuka mulut, Faizal terlebih dahulu menerangkan. Raudah mengeluh kecil seraya mengangguk. Tidak sampai setengah jam Raudah sudah terjongol

27

Seindah Taman Raudah

di muka pintu bilik Faizal. Kelihatan Faizal sedang sibuk mencari sesuatu. Dia menarik fail biru dan mencapai kot yang tergantung di penjuru bilik. Jom ajak Faizal. Raudah membuntuti langkah Faizal. Dia cuba menyaingi langkah Faizal yang laju. Fakrul sekadar memandang mereka berlalu tanpa sempat bertanya apa-apa kepada Raudah. Selalunya Raudah akan meninggalkan pesanan sekiranya dia keluar atas urusan pejabat. Encik Faizal panggil Raudah. Faizal menghentikan langkahnya. Kenapa? Kita Naik kereta saya. Kereta syarikat tak ada yang kosong hari ni, ujar Faizal seolah-olah memahami apa yang bermain di benak Raudah. Selalunya jika Raudah hendak pergi ke mana-mana, dia akan menggunakan kereta syarikat. Dia jarang menaiki kereta sendiri kerana Raudah tidak begitu arif keadaan jalan di Kuala Lumpur. Apa yang dia tahu ialah jalan di antara rumah dan pejabatnya sahaja. Lagipun dia tidak perlu pening kepala memikirkan tempat parkir. Sementelahan Raudah sendiri jarang merewang ke tempat-tempat lain. Jika hendak pergi membeli-belah, dia akan menumpang kawan-kawan yang lain atau jalan paling mudah ialah dengan menaiki teksi. Raudah teragak-agak mendengar kata-kata Faizal. Berdua dengan Faizal? Aduh, macam mana ni? hati kecil Raudah berdetik. Kenapa? Takut? Awak ingat saya sengaja ke? Suara

28

Damia Zahra

Faizal kedengaran kasar. Mungkin tersinggung dengan sikap Raudah. Tak saya saya. Raudah tidak menyambung kata-katanya sebaik sahaja melihat pandangan Faizal yang tajam. Raudah mengorak langkah menuruti jejak Faizal yang mula meninggalkannya. Mereka berjalan menuju ke arah tempat parkir. Raudah masih membisu, tidak berani bersuara. Sepanjang perjalanan itu mereka tidak bersuara. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Faizal teringatkan perbualannya dengan setiausaha Tan Sri Ayyub pagi tadi. Please confirm my appointment with Tan Sri today. Faizal seakan merayu. Tangannya sudah jenuh mendail nombor telefon pejabat Tan Sri Ayyub. Teringatkan pesanan Datuk Hairul agar dia sendiri menyelesaikan hal Tan Sri Ayyub, tidak jadi dia hendak mengarahkan Raudah. Meskipun dia tahu selama ini Raudah yang sering berurusan dengan Tan Sri Ayyub. Okay. Ill try. Itu janji setiausaha Tan Sri Ayyub, Zarina. Ill be waiting for your call. Give me about half an hour. Faizal meletakkan gagang telefon setelah mendengar janji Zarina. Dia memang sudah bersiap sedia dari pagi tadi untuk terus datang ke pejabat Tan Sri Ayyub sekiranya Tan Sri Ayyub bersetuju untuk menemuinya. Hampir sejam dia menunggu panggilan Zarina. Resahnya semakin menebal. Jika dia gagal berjumpa Tan Sri Ayyub, alamat kena menjawablah dengan Datuk Hairul. Pasti

29

Seindah Taman Raudah

telinganya pedih mendengar leteran Datuk Hairul. Kalau hendak sangat Tan Sri itu hadir ke majlis makan malam itu, kenapa tidak dia sendiri yang menjemput? marah Faizal di dalam hati. Geram dengan kerenah Datuk Hairul. Sebaik sahaja dia mendapat lampu hijau daripada Zarina, dia terus bergegas mencari Raudah kerana Tan Sri Ayyub meminta Raudah turut hadir. Faizal tidak sempat memikirkan sebab mengapa Tan Sri Ayyub mahu Raudah hadir sama. Tidak sampai sejam, mereka sudah berada di dalam pejabat Tan Sri Ayyub. Mereka tidak perlu menunggu lama kerana Tan Sri Ayyub sudah sedia menanti mereka. Kami amat berbesar hati jika Tan Sri dapat turut serta dalam majlis malam itu nanti. Faizal cuba memujuk Tan Sri Ayyub. Nanti saya akan fikirkan. Banyak temu janji saya pada minggu depan. Saya akan minta Zarina aturkan temu janji yang baru jika boleh. Tapi saya tidak berani berjanji, jawab Tan Sri Ayyub seraya memandang Faizal yang kelihatan gelisah. Tan Sri Ayyub cuba meredakan kegelisahan yang bertandang di hati Faizal. Sebelum ini dia kerap mendengar nama Faizal melalui Datuk Hairul. Hanya sekarang dia dapat bertemu muka dengan Faizal. Sewaktu melihat Faizal melangkah masuk ke pejabatnya, Tan Sri Ayyub agak kaget. Dia merenung Faizal tanpa berkelip. Inikah pengurus baru yang diberitahu oleh Datuk Hairul? hati kecil Tan Sri Ayyub berbisik. Faizal memang kagum dengan Tan Sri Ayyub. Walaupun sudah berumur namun masih mampu mempertahankan kekuatan ekonomi empayarnya biarpun

30

Damia Zahra

dunia dilanda krisis ekonomi yang teruk. Tentu lelaki ini punya formula sendiri, hati kecil Faizal berkata-kata. Bagi Faizal, lelaki ini adalah contoh usahawan Melayu berjaya. Mata Faizal menjelajah setiap sudut pejabat Tan Sri Ayyub. Dia berasa beruntung kerana dapat berjumpa dengan pelabur terbesar Syarikat Gloria. Anak matanya menangkap gambar yang terpamer di dinding sudut sebelah kiri pejabat itu. Punggungnya seakan mahu terangkat untuk melihat gambar itu dengan lebih dekat. Tan Sri Ayyub yang seakan mengerti memberitahu, itu gambar family saya. Faizal angguk, malu dengan reaksinya. Namun dia kurang pasti gambar wanita yang berada di belakang Tan Sri Ayyub. Wajah itu seakan pernah dikenali. Tetapi di mana? Dia tidak ingat. Puas otaknya berfikir, hampa. Dia benar-benar tidak dapat mengingati. Tan Sri Ayyub berdeham apabila dilihatnya Faizal masih tidak lepas dari memandang foto yang tergantung itu. Faizal terkesima. Raudah kenapa diam saja? tegur Tan Sri Ayyub. Sejak mereka masuk ke dalam pejabat Tan Sri itu tadi, sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut Raudah. Faizal baru tersedar mengenai keadaan itu. Dia berpaling ke arah Raudah yang duduk membatu di sebelahnya. Raudah ni pemalu sikit, Tan Sri. Faizal menjawab bagi pihak wanita itu. Raudah menjeling tajam ke arah Faizal. Tan Sri Ayyub ketawa besar.

31

Seindah Taman Raudah

Faizal kehairanan. Kenapa Tan Sri? Saya sudah lama kenal Raudah. Dia ni akan jadi pemalu dengan orang yang tidak dikenali saja. Kalau dah kenal, sampai tak cukup mulut nak bercakap. Faizal mengerutkan keningnya. Mustahil! Sepanjang dia bertugas di bahagian korporat, tidak pernah dia melihat Raudah bersikap seperti yang diceritakan oleh Tan Sri Ayyub. Atau mungkin dia sahaja yang tidak perasan. Raudah tunduk. Malu dengan kata-kata Tan Sri Ayyub. Dia sebenarnya agak kekok untuk berbual dengan Tan Sri Ayyub kerana Faizal ada bersama. Selama ini dia menemui Tan Sri Ayyub sendirian, tanpa teman. Jadi dia bebas untuk berbual dengan Tan Sri Ayyub. Raudah sihat? Mabuk ke apa Tan Sri ni, rungut Faizal. Dari tadi mereka berada di dalam bilik, tidakkah dia nampak Raudah sihat segar-bugar. Sudahlah jemputan dari pihak syarikat belum berjawab, sudah bertanya soalan lain yang tidak ada kena-mengena dengan kedatangan mereka ke pejabat itu ketika ini. Sihat, Tan Sri. Puan Sri sihat? Tan Sri Ayyub angguk. Puan Sri dah lama tak bertemu Raudah, katanya rindu sangat. Haaa? Apa kena-mengena Raudah dengan Puan Sri pulak? hati kecil Faizal berbisik. Insya-Allah, jika ada kelapangan saya akan datang. Sampaikan salam saya pada Puan Sri nanti, ujar Raudah perlahan. Raudah ni Faizal, selalu menemankan isteri saya

32

Damia Zahra

jika nak berbelanja. Maklumlah orang perempuan... kalau nak bershopping, tak cukup tangan nak memegang. Faizal menarik nafas panjang. Teka-tekinya berjawab. Dulu Raudah selalu datang ke sini untuk urusan pejabat. Dari situ isteri saya mengenali Raudah, sambung Tan Sri Ayyub lagi. Raudah menarik nafas panjang, lega dengan katakata Tan Sri Ayyub. Tidak perlulah dia bersoal jawab dengan Faizal nanti. Baiklah Faizal, Raudah. Nanti saya akan minta Zarina confirmkan selewat-lewatnya besok pagi. Tengoklah sama ada dia boleh ubah atau tidak temu janji pada malam tu. Janji Tan Sri Ayyub sedikit sebanyak melegakan Faizal. Tidak perlu lagi dia berperang dengan Datuk Hairul. Sewaktu keluar dari bilik Tan Sri Ayyub, beberapa orang kakitangan yang ada di situ cuba menegur Raudah dengan mesra. Raudah segera memberi isyarat sambil menunjuk ke arah Faizal yang sedang berjalan mendahuluinya. Bos ada bersama, lain kali kita bersembang, Raudah memberikan isyarat tanpa suara. Bagaikan mengerti, mereka diam dan kembali menyambung tugas masing-masing. Tan Sri Ayyub memerhatikan langkah Faizal dan Raudah dari jauh. Hatinya tiba-tiba berbunga. Adakah ini satu takdir? Atau adakah pertemuan ini satu permainan takdir? Tan Sri Ayyub mengeluh berat. Saya tak sangka awak kenal rapat dengan keluarga Tan Sri.

33

Seindah Taman Raudah

Spontan Faizal bersuara sebaik sahaja mereka memasuki kereta. Raudah diam. Awak tak dengar ke apa yang saya cakap? Suara Faizal agak meninggi. Raudah tersentak. Hilang sekejap semangatnya. Mak ai! Aku tak jawab pun nak marah? Suka hati akulah nak jawab ke tak nak! Berbakul rasa geram yang berbuku di hati Raudah. Raudah Geram dengan sikap Raudah, Faizal menggenggam tangan Raudah. Serentak itu Raudah menarik tangannya dengan kuat. Encik Faizal! Haaa ada pun awak di sini. Saya ingatkan dah hilang entah ke mana. Sakit hati Raudah melihat senyuman sinis Faizal. Lain kali kalau saya panggil tu, jawablah, kata Faizal bersahaja tanpa rasa bersalah. Dia melihat wajah Raudah merah. Entah marahkan dirinya entahkan malu, Faizal tidak tahu. Dia juga tidak menyangka akan bertindak seperti itu sebenarnya. Tetapi sikap Raudah yang endah tak endah itu yang menyebabkan dia geram. Faizal membetulkan duduknya dan terus membawa keretanya keluar dari tempat parkir. Sepanjang perjalanan itu masing-masing tidak berkata-kata. Kedua-duanya senyap melayan perasaan. Raudah kesal dengan tindakan spontan Faizal. Tidakkah dia keterlaluan? Raudah bersoal jawab di dalam hati. Salah dia juga kerana tidak menyahut panggilan Faizal tadi. Tetapi dia sebenarnya lebih memikirkan ajakan Tan Sri

34

Damia Zahra

Ayyub tadi. Pasti Tan Sri Ayyub akan memberitahu pertemuannya tadi dengan Puan Sri. Raudah mengeluh kecil. Faizal menoleh ke arah Raudah. Entah apa yang difikirkan oleh Raudah, dia tidak pasti. Tetapi dia tertanyatanya sendiri, sekiranya Raudah amat mengenali Tan Sri Ayyub, mengapa susah benar Raudah hendak mendapatkan temu janji dengan Tan Sri Ayyub? Nantilah... aku akan tanya bila sampai masanya. Geram benar dia dengan tindakan Raudah sekiranya perkara itu benar. Apakah Raudah sengaja hendak menyusahkannya? Apakah Raudah sengaja hendak menjatuhkan air mukanya di hadapan Datuk Hairul? Raudah Raudah terlalu banyak persoalan yang tidak berjawab, keluh Faizal pula. Kali ini Raudah pula menoleh ke arah Faizal sebaik sahaja dia mendengar keluhan Faizal. Serentak mereka berpandangan. Raudah maafkan perbuatan saya tadi. Saya tak sengaja, kata Faizal perlahan. Raudah diam. Raudah panggil Faizal lagi. Errr lupakan saja perkara tadi, Encik Faizal. Akhirnya Raudah bersuara. Faizal angguk. Jika itu kehendak Raudah, dia akan akur. Salah dia juga kerana terlalu tergesa-gesa bertindak. Kereta terus meluncur laju menghala ke pejabat semula.

35

Seindah Taman Raudah

bab 6
ETUKAN pintu yang bertalutalu mengejutkan Raudah dari tidurnya. Dia menggosok matanya dan melihat ke jam yang tergantung di dinding kamarnya. Tiga pagi! getusnya. Ketukan di pintu semakin kuat kedengaran. Raudah melangkah turun dari katil dan menuju ke arah pintu hadapan. Dia menarik tombol pintu dan sekujur tubuh menghempap badannya. Hidungnya terus menangkap bau yang amat meloyakan. Sekonyong-konyong dia segera menarik keras tubuh sasa itu dan meletakkannya di sofa berdekatan. Dia mencapai kusyen kecil yang tersandar dan meletakkan kepala lelaki itu di atasnya agar tampak selesa. Raudah segera berlari ke singki dapur. Dia tidak dapat menahan isi perutnya dari keluar. Segala yang dimakannya siang tadi berlumba-lumba hendak keluar dari

36

Damia Zahra

saluran tekaknya. Puas mengeluarkan segala yang memualkan, dia kembali ke ruang tamu. Dilihatnya lelaki itu sudah lena tidur. Dia melucutkan kasut dari kaki lelaki itu dengan perlahan, tidak mahu mengejutkannya. Dia meletakkan kasut di rak berdekatan pintu. Raudah membetulkan kedudukan lelaki itu agar kelihatan selesa. Kemudian dia kembali ke bilik tidur dan mengambil sehelai selimut bagi mengelakkan lelaki itu dari kesejukan. Raudah menatap wajah lelaki itu dengan perasaan yang sukar digambarkan. Suatu ketika dahulu, lelaki ini amat dicintai. Lelaki ini juga telah menatangnya bagai minyak yang penuh. Entah di mana silapnya, Raudah tidak tahu. Lelaki ini kembali semula ke tabiat asalnya. Lelaki ini juga sudah mula lupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan sebagai seorang ayah. Lelaki ini juga sudah lupa tanggungjawabnya kepada Tuhan yang satu. Raudah mengusap lembut wajah lelaki itu. Mengusap dengan penuh kasih. Biar apa pun, dia tetap mencintainya. Biar apa pun, dia tetap akan menjaga maruah lelaki itu. Biarlah dia menanggung segalanya sendirian. Tidak sanggup rasanya hendak berkongsi cerita dengan orang lain. Raudah membetulkan selimut dan mengucup dahi lelaki itu sebelum beredar. Perlahan-lahan Raudah melangkah menaiki anak tangga. Dia cuba menyambung tidurnya yang terganggu namun gagal. Gelisah. Dia bangkit dan menuju ke bilik air. Daripada dia gelisah tidak tentu hala, lebih baik dia menyerahkan dirinya kepada Allah. Hanya itu yang mampu membuatkan dia tenang apabila mengingatkan lelaki itu. Hanya pada Allah sahaja tempat dia mengadu segalanya. Dia

37

Seindah Taman Raudah

membulatkan hati bahawa suatu ketika nanti lelaki itu pasti berubah. Dan Raudah amat yakin dengan kata hatinya.

CURAHAN air yang bertalu-talu dari dalam bilik air mengejutkan Raudah dari lena. Dia menggosok matanya. Dia mencapai jam yang terletak di sisinya. Ya Allah, sudah pukul enam empat puluh lima minit pagi! Dia masih belum bersolat subuh. Raudah segera berlari ke bilik air yang satu lagi. Dia tahu, tidak guna menanti lelaki itu keluar dari bilik air kerana dia sudah arif benar dengan perangainya yang mengambil masa lama tiap kali menggunakan bilik air. Usai solat lelaki itu masih belum keluar. Raudah menggelengkan kepala. Dia melipat sejadah dan menuju ke bilik sebelah melihat Sofea yang masih nyenyak tidur. Raudah mencium Sofea yang mengerekot kesejukan. Raudah meninggikan suhu penghawa dingin bilik Sofea. Raudah kemudiannya berjalan pula ke bilik sebelah. Dilihatnya Ian Haikal juga masih lena. Biarlah mereka meneruskan tidur mereka, bisik hati kecil Raudah. Raudah meniti anak tangga menuju ke dapur. Bibik sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng mi. Semalam Raudah sudah berpesan kepadanya agar menyiapkan bahan-bahan tersebut kerana pada pagi ini Raudah bercadang hendak menggoreng mi. Sudah siap bik? tegur Raudah. Matanya memerhatikan bahan-bahan mentah yang disediakan oleh bibik. Sawi, ada. Udang, ada. Tomato, ada. Satu demi satu Raudah tengok. Tanpa berlengah dia terus menuang minyak

38

Damia Zahra

ke dalam kuali dan mula menumis. Aroma yang harum memenuhi ruang dapur. Selesai menggoreng, Raudah meletakkan tersebut di atas meja. Sekejap lagi lelaki itu pasti turun. mi

Morning, ucap Raffique seraya menegur Raudah. Morning. Dah siap? tanya Raudah sebaik sahaja dia melihat Raffique sudah siap berpakaian pejabat. Awalnya hari ini dia bersiap, getus hati kecil Raudah. Bibik menghilangkan diri entah ke mana sebaik sahaja Raffique muncul di ruang makan. Mungkin tidak mahu mengganggu majikannya di awal pagi. Raffique menarik kerusi dan terus menyudu mi goreng yang sudah berisi di dalam pinggan. Dia mengunyah dengan pantas. Nak lagi? tanya Raudah setelah dilihatnya mi goreng tadi habis dimakan Raffique. Cukup. Abang nak cepat. Where are you going? I have a meeting with Mr. Smith today. Ooo thats why youre early today. You know my dad. Hell be mad if Im late, terang Raffique sambil meneguk air Milo panas dengan perlahan. Raudah memandang Raffique sambil tersenyum. Dia faham benar perangai bapa mertuanya yang begitu menepati masa. Jangan sekali-kali terlewat ketika membuat temu janji dengannya. Raudah terlalu pasti mengenai itu kerana dia sendiri pernah bekerja dengan bapa mertuanya dahulu. Sebelum Raffique menerajui Tinta Emas Holdings,

39

Seindah Taman Raudah

Raudah terlebih dahulu bekerja di situ. Kemudian setelah mereka berkahwin, Raffique masih enggan memegang tampuk pengurusan Tinta Emas Holdings hinggalah akhirnya daddy diserang sakit jantung. Walaupun serangan itu minor, Raffique mengambil tanggungjawab di Tinta Emas Holdings. Dia tidak mahu daddynya terus-terusan mendesak dan memaksanya memasuki Tinta Emas Holdings. Dia mahu daddynya senang hati dan berehat. Tidak lama setelah Raudah disahkan mengandung, Raudah disuruh tinggal di rumah menemani mummy. Raudah juga bersetuju kerana enggan bekerja sebumbung dengan Raffique dan dia sendiri berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Raffique meneguk air Milo sekali lagi. Kali ini dia minum hingga habis. Dia bangun dan mencapai briefcase yang tersandar di kerusi sebelah. Dia mencium ubun-ubun Raudah dengan penuh kasih sayang. Raudah menciumnya. mencapai tangan Raffique dan

Mereka berjalan beriringan ke muka pintu. Raudah, Im sorry about last night. Hmmm sahut Raudah malas. Jangan beritahu mum and dad ya. Raffique minta simpati. Entah sudah berapa kali dia meminta simpati Raudah, Raffique sendiri tidak tahu. Nasib baik Raudah akur dengan kehendaknya. Jika tidak pasti mummy dan daddynya mengamuk sakan. Raffique teringat ketika dia mula berjinak-jinak dengan air kuning itu. Semuanya angkara rakan-rakan yang suka mencabar. Kebetulannya mummy dan daddy berada di London selama tiga bulan atas urusan perniagaan.
40

Damia Zahra

Namun sejak perkenalan dengan Raudah, dia sudah boleh menjauhkan tabiat tersebut. Malang sekali kerana sejak menerajui Tinta Emas Holdings ditambah dengan pengaruh Hanif, Raffique tersungkur semula ke tabiat lamanya. Hanif, lelaki yang gemar bersosial. Hidupnya sentiasa penuh dengan keseronokan. Hanif bijak menangani kerenah pelanggan, itu yang membuat Raffique terpaksa mengakui kebolehan Hanif. Abang pergi dulu. Raffique mencuit dagu Raudah. Raudah melambaikan tangannya hingga kereta yang dipandu oleh Raffique hilang dari pandangan. Raudah mengeluh berat. Sudah hampir lima bulan Raffique kembali ke perangai lamanya. Jika berjumpa dengan pelanggan, pulangnya pasti dalam keadaan mabuk. Sudah puas dia menasihati Raffique tetapi sia-sia belaka. Akhirnya dia mengambil sikap mendiamkan diri. Malas dia hendak memanjangkan perkelahian. Rasanya tiada guna dia asyik menyuruh Raffique berhenti dari meneguk air syaitan itu. Dengan adanya Hanif sebagai tangan kanan Raffique, sukar bagi Raudah untuk menangani masalah itu. Hanif, tercetus nama itu dari bibir Raudah. Bilakah Hanif akan sedar dari kealpaannya? Raudah tertanya-tanya sendiri. Hanif orang kepercayaan Raffique. Semoga Hanif berjumpa jalan pulang, doa Raudah. Andai Hanif sedar, Raffique pasti kembali ke sisinya sebagai Raffique yang dahulu. Sudah acap kali Raudah hendak mengadu kepada ibu dan bapa mertuanya tetapi rayuan Raffique melunturkan semangatnya. Cintanya terhadap lelaki itu menyebabkan dia merelakan perbuatannya, meskipun Raudah tahu bahawa dia

41

Seindah Taman Raudah

turut bersalah kerana bersubahat. Namun dia tidak tergamak hendak melanggar permintaan Raffique yang satu itu. Kadang-kadang Raudah berasa terlalu bodoh kerana membiarkan perasaan cintanya terhadap Raffique mengaburi kebenaran yang perlu dipertahankan. Cintanya terhadap Raffique juga menyebabkan dia tidak dapat membuat pertimbangan yang betul. Rengekan Ian Haikal yang berada di dalam dukungan bibik menyedarkan Raudah dari lamunan. Raudah menyambut Ian Haikal dari bibik. Dia mencium pipi Ian Haikal berkali-kali. Wajah Ian Haikal saling tak tumpah wajah Raffique. Bezanya cuma Ian Haikal mempunyai lesung pipit seperti dirinya. Haikal nak susu? Ian Haikal angguk. Bibik, tolong buatkan susu Haikal! Bibik beransur ke dapur. Raudah meletakkan Ian Haikal di atas sofa. Ini susunya buk, kata bibik sambil mengunjukkan botol susu yang penuh. Ian Haikal segera menyorong botol susu ke dalam mulutnya sebaik sahaja botol itu dicapainya. Perlahan-lahan Haikal, kata Raudah setelah dilihatnya Ian Haikal kelihatan gelojoh. Mungkin dia terlalu haus, bisik hati kecil Raudah. Anak kecil berusia tiga tahun itu dicempungnya. Geram sungguh dia dengan wajah Ian Haikal yang gebu. Kulitnya putih sama seperti Raffique. Rambutnya lurus juga seperti Raffique. Segala-galanya sama seperti

42

Damia Zahra

Raffique. Mereka yang mengenali pasti akan memanggil Ian Haikal dengan panggilan Raffique Junior. Dan selalunya Raffique dengan bangga akan mempamerkan Ian Haikal kepada tetamu yang datang ke rumah. Kata Raffique, Ian Haikal akan jadi seperti dirinya tetapi dia akan pastikan Ian Haikal mewarisi sifat Raudah. Raudah selalunya tersenyum mendengar ungkapan Raffique. Kring!Kring! Raudah tersentak. Tangannya segera mencapai telefon yang berdering. Assalamualaikum sapa Raudah. Mummy? Sihat? Wajah Raudah ceria sebaik sahaja mengetahui pemanggil di sebelah sana. Raudah sedang buat apa? Kedengaran suara mummynya bertanya. Tengah layan Haikal minum susu. Dia baru bangun tidur. Ooo cucu nenek dah bangun. Rindu rasanya dah lama tak jumpa budak-budak tu, Raudah. Mummy datanglah ke sini. Boleh juga kita bersembang lama. Tak bolehkah kamu saja yang datang ke sini? Ha Si Raffique tu takkan sibuk memanjang sampai tak sempat bawak anak bini datang ke rumah mummy? Daddy tu pun sibuk juga, tapi masih ada masa untuk bercuti. Raudah tersenyum lebar mendengar leteran ibu mertuanya. Sejak daddy tidak lagi melakukan kerja-kerja syarikat, mummy mempunyai banyak masa terluang. Sebab itu kalau mereka tidak menjenguk mummy lebih daripada

43

Seindah Taman Raudah

seminggu, mummy akan berleter hingga kadang-kadang kasihan Raudah melihat mummy yang kebosanan. Baiklah mummy. Nanti Raudah beritahu pada Raffique. Hmmm kalau tunggu Si Raffique tu, alamat berkurunlah baru mummy boleh tengok budak-budak tu, rungutnya lagi. Mummy apa kata mummy datang saja ke sini hari ni. Raudah pun tak ada buat apa-apa. Boleh kita bersembang panjang. Raudah cuba mengalih perhatian. Memang mummy nak ke sana pun. Sekejap lagi mummy sampai. Raudah menggeleng mengenangkan telatah ibu mertuanya. Dia juga geram dengan perangai Raffique kebelakangan ini. Hendak balik ke rumah ibu sendiri pun payah, apatah lagi hendak bersama keluarga. Sudah acap kali dia mengingatkan Raffique. Sudah jenuh mulutnya berpesan agar menjenguk mummy. Lagipun jarak rumah mereka dengan rumah kedua-dua orang tua Raffique bukannya jauh. Tidak sampai setengah jam mereka sudah boleh sampai ke rumah mummy. Namun kata-kata hanya tinggal kata-kata. Raffique tetap seperti itu juga. Sibuk dengan dunianya sendiri. Kadangkala dia juga berasa iri hati dengan orang lain yang punya kesempatan untuk bersama keluarga. Raudah segera menyiapkan Ian Haikal dan mengejutkan Sofea. Sekejap lagi bila nenek mereka datang, ada sahaja permainan yang hendak ditunjukkan kepada nenek mereka. Pasti ibu mertuanya akan keletihan melayan telatah Sofea dan Ian Haikal.

44

Damia Zahra

bab 7
AIZAL berjalan tenang menuju ke bilik Datuk Hairul. Senyuman menguntum di bibirnya sepanjang pagi ini. Khabar gembira yang diterima daripada Zarina, setiausaha Tan Sri Ayyub perlu disampaikan kepada Datuk Hairul. Jika diikutkan, dia tidak perlu bersua muka dengan Datuk Hairul, memadai dengan memaklumkan berita tersebut melalui telefon. Tetapi Faizal tidak puas hati. Dia menekan butang lif untuk ke tingkat tujuh. Ada apa Faizal? tanya Datuk Hairul seraya mempersilakan Faizal duduk. Mengenai Tan Sri Ayyub, Datuk. Datuk Hairul mengangkat mukanya. Keningnya berkerut. Tan Sri bersetuju untuk hadir.

45

Seindah Taman Raudah

Faizal mengukir senyum sambil memberitahu berita baik tersebut. Ooo itu. Saya dah tahu. Faizal terkesima. Bagaimana Datuk Hairul boleh tahu sedangkan baru tadi Zarina menelefonnya? Faizal tertanya-tanya. Datuk tahu? tanya Faizal, tidak puas hati. Datuk Hairul mengangguk mengiakan kata-katanya tadi. Raudah beritahu saya tadi. Kebetulan saya berjumpa Raudah di dalam lif pagi tadi, terang Datuk Hairul bersahaja. Lagi, lagi Raudah. Raudah Raudah. Nama itu sahaja yang didengarnya. Bagaimana Raudah boleh tahu berita itu? Dia belum pun berjumpa Raudah sejak pagi tadi. Jika Raudah tahu, mengapa Raudah tidak memaklumkannya? Faizal menggetap bibirnya, geram. You ni lambat sangat beritahu saya. Zaman sekarang ni patutnya maklumat yang kita terima tak perlu sampai berjam-jam baru dapat. Petik jari maklumat datang. Sindiran Datuk Hairul begitu menyengat di telinganya. Kalau pun Datuk Hairul tidak berniat hendak menyindirnya, dia terasa seperti dipermainkan. Faizal bungkam. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Malu dia dengan Datuk Hairul kerana menyangka dia membawa khabar gembira untuk Datuk Hairul tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Wajah Raudah bermain di ruang mata Faizal. Geram ada. Sakit hati pun ada mengenangkan perangai Raudah. Keluar sahaja dari bilik Datuk Hairul, Faizal

46

Damia Zahra

bergegas mencari Raudah. Hatinya bertambah sakit apabila didapatinya bilik Raudah kosong. Dia menghempaskan failnya di atas meja Kirana. Tersentak Kirana dibuatnya dengan tindakan Faizal. Hampir terpelanting pen yang dipegang. Kirana mengurut dadanya yang berdegup kencang akibat terkejut. Dia memandang wajah Faizal yang menyinga. Fakrul yang kebetulan baru hendak bangun, terduduk semula. Taufan apa pulak ni? rungut Fakrul. Beberapa orang yang ada di situ turut tercengang dengan kelakuan Faizal. Apa hal la pulak dia ni! getus Kirana di dalam hati. Faizal memandang Kirana dengan mata yang merah menyala menahan marah. Raudah mana? tanya Faizal serius. Tiada nada mesra langsung. Alamak, dia ni lupa ke apa? Bukan ke Kak Raudah ada temu janji dengan pihak hotel? Kirana berkata-kata sendiri di dalam hati Awak pekak ke? Saya tanya mana Raudah? Errr... errr Kak Raudah a ada appointment dengan pihak hotel, Encik Faizal. Dengan gugup Kirana menjawab. Faizal mendengus kuat. Geram sungguh dia kerana gagal melemparkan kemarahannya terhadap Raudah. Kali ini Raudah terlepas dari terkena tamparan kemarahannya. Dia balik nanti beritahu dia, saya nak jumpa, pesan Faizal tegas. Sedikit pun dia tidak menghadiahkan senyuman seperti selalu.

47

Seindah Taman Raudah

Beberapa orang yang duduk bersebelahan Kirana, turut terpinga-pinga mendengar kemarahan Faizal. Angin tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba melenting. Agaknya itulah tanggapan mereka sekarang. Faizal sudah tidak peduli dengan pandangan staf sekeliling. Jika ada Raudah ketika itu, mahu sahaja dia mencekik perempuan itu. Geramnya sudah tidak dapat ditahan. Faizal mengambil semula fail yang dicampakkannya di atas meja Kirana dan berlalu pergi. Kirana menarik nafas lega. Segera dia memandang ke arah Fakhrul. Fakhrul menggelengkan kepalanya. Kirana mengangkat bahu tanda tidak tahu. Teruklah Kak Raudah nanti, Kiran, ujar Fakhrul perlahan, bimbang suaranya didengari Faizal yang berada di dalam biliknya. Kesian Kak Raudah. Tak pasal-pasal kena marah. Kau agak kenapa ya? Kirana tidak menjawab pertanyaan Fakrul kerana dia sendiri tiada jawapannya.

SAYA setuju dengan cadangan Puan Zulaikha, ujar Raudah sambil memandang ke arah dewan besar Hotel Istana. Pentas juga luas dan sesuai dengan majlis yang hendak dibuat. Cukup untuk memuatkan beberapa orang penari yang akan membuat persembahan tarian tradisional. Kalau begitu, saya perlukan letter of undertaking, Puan Raudah.

48

Damia Zahra

Boleh, nanti saya fakskan. Cuma bayaran pendahuluan tu saya perlu bincang dengan bahagian akaun. Rasanya tiada masalah. Lagipun majlis tu dua minggu lagi. Puan Zulaikha mengangguk tanda faham. Bukan perkara baru berurusan dengan Raudah. Sebelum ini pun dia sudah beberapa kali membuat urus niaga dengan Raudah. Raudah berjalan mengelilingi dewan besar itu sekali lagi. Dia mahu pastikan ruang itu berupaya memuatkan empat ratus orang tetamu nanti. Lebih-lebih lagi bahagian yang akan diduduki oleh VVIP. Raudah tidak mahu timbul rungutan di pihak Datuk Hairul. Dia faham benar perangai Datuk Hairul yang satu itu. Jika ada yang tidak kena, pedihlah telinganya nanti kerana terpaksa menadah semua lontaran yang tidak enak didengar. Meja VVIP di mana? tanya Raudah. Puan Zulaikha menunjukkan arah tengah dewan di bahagian hadapan. Kedudukan mereka kita letak di tepi sedikit dan bukan di tengah-tengah. Raudah angguk. Dia sudah arif mengenai protokol itu. Band muzik bagaimana? Saya sudah uruskan. Dua hari sebelum majlis, saya harap Puan Raudah dapat datang dan lihat persembahan mereka dulu. Kalau tak sesuai, kita boleh ubah suai lagi. Puan Zulaikha mencadangkan. Saya pun fikir begitu juga. Saya akan bawa pengurus bahagian korporat sekali masa tu nanti. No problem. Saya pun mahu berkenalan dengan bos Puan Raudah juga. Rasanya saya belum pernah berjumpa

49

Seindah Taman Raudah

dengan dia lagi. Hmmm memang pun belum. Masa kali terakhir kami buat majlis di sini, puan cuti panjang. Tak apa la, minggu depan saya akan perkenalkan puan dengan dia, janji Raudah. Raudah berjalan menuju ke arah pintu. Seketika dia berpaling ke tepi pintu. Kenapa? tanya Puan Zulaikha hairan. Risau jika ada yang tidak kena di mata pelanggan. Syarikat Gloria tempat Raudah bekerja memang kerap berurusan dengan hotel itu. Seboleh mungkin dia mahu menjaga prestasi hotelnya di mata Raudah dan Syarikat Gloria. Boleh tak kalau saya nak hiaskan dewan ni dengan bunga hidup? Semua atau sebahagian? Permintaan Raudah adalah biasa bagi Zulaikha. Kebanyakan syarikat gergasi tidak lokek untuk menghabiskan wang mereka untuk keselesaan bagi sesebuah majlis yang mereka anjurkan. Boleh berikan saya budget untuk kedua-duanya? pinta Raudah. Entah kenapa dia boleh terfikir perkara itu secara tidak langsung. Mungkin juga kerana sudah jemu dengan konsep biasa. Saya boleh uruskan. Petang nanti saya akan fakskan kepada Puan Raudah. Cuma pihak syarikat setuju ke nak gunakan bunga segar? Raudah diam. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya dengan pertanyaan itu. Setujukah Faizal nanti? Raudah tertanya-tanya sendiri. Ah, pedulikanlah. Semalam

50

Damia Zahra

dia sudah mengajak Faizal untuk turut serta melihat keadaan hotel dan membuat sedikit perbincangan, tetapi Faizal seakan tidak mengendahkan ajakannya. Jika tidak diajak, marah... sudah diajak, tiada jawapan. Kebetulan pula pagi ini Faizal lambat masuk ke pejabat, terus dia pergi sendirian. Ah, biarlah asalkan Datuk Hairul suka sudahlah, Raudah membuat kesimpulan. Kenapa? Ada masalahkah sebelum ni? tanya Raudah spontan. Tidaklah. Saya cuma mahu pastikan. Yalah... biasanya bunga segar orang guna untuk majlis resepsi pengantin. Jarang sekali kalau majlis begini, lebih-lebih lagi majlis makan malam. Itulah sebabnya saya nak gunakan. Saya nak buat kelainan sikit. Saya mahu dewan ni dipenuhi dengan baubauan bunga-bunga segar. Tentu harum dewan ni nanti. Zulaikha senyum senang mendengar pandangan Raudah. Puan Raudah ni sentimental juga ya, usik Zulaikha. Haaa? Yalah, selalunya peminat bunga segar adalah orang yang sentimental jiwanya. Raudah ketawa kecil mendengarnya. Entahlah, itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya mahu majlis malam tu berlainan sedikit daripada biasa. Maklumlah, jemputan kebanyakannya VVIP. Kami juga menjemput pelabur baru untuk berkenalan. Majlis makan malam tu penting untuk syarikat kami. Kalau boleh biarlah pelabur baru tu puas hati dengan layanan pihak kami. Zulaikha mengangguk, faham.

51

Seindah Taman Raudah

Ada apa-apa lagi puan? Zulaikha bertanya sambil tangannya memegang tombol pintu dewan dan menutupnya. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Saya tunggu faks daripada pihak puan. Yang lain kita akan uruskan nanti selepas saya keluarkan letter of undertaking. Raudah menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Zulaikha menyambutnya dengan senang hati. Kita minum dulu, Puan Raudah, ajak Zulaikha. Terima kasih. Lain kali saja. Banyak lagi urusan yang perlu saya buat. Saya ada appointment dengan Dewan Budaya, tolak Raudah dengan sopan sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Zulaikha lantas mengangguk tanda memahami dan meminta diri. Mengingatkan temu janjinya dengan Encik Razlan dari Dewan Budaya, Raudah mempercepatkan langkah. Dia mahu berbincang dengan Encik Razlan mengenai persembahan kebudayaan pada malam itu. Dia mahu Encik Razlan membuat persembahan yang melambangkan kebudayaan masyarakat Malaysia yang sebenar. Pelabur-pelabur luar negara pasti kagum melihat kebudayaan mereka nanti. Bukan senang hendak mendapat negara yang berbilang bangsa hidup aman dan damai seperti di Malaysia. Segalanya dikongsi bersama. Segalanya dipikul bersama. Jika hendak menyediakan persembahan Barat, tentu pelabur dari luar negara sudah biasa benar. Dia akan berbincang dengan Encik Razlan mengenai perkara itu. Lagipun konsep persembahan itu telah dipersetujui oleh

52

Damia Zahra

Datuk Hairul. Dia teringat bagaimana dia bertekak dengan Faizal mengenai konsep persembahan itu sewaktu berbincang sebelum memanjangkannya kepada Datuk Hairul. Geram sungguh dia dengan pandangan Faizal ketika itu. Nasib baik Kirana turut membantu menegakkan pendirian mereka. Dia dan Kirana sudah puas membuat penilaian persembahan dan memikirkan persembahan kebudayaan adalah yang terbaik untuk malam itu. Faizal tetap mahu mengadakan persembahan teater. Alangkah bosannya malam itu nanti, fikir Raudah dan Kirana. Namun dia puas hati kerana Datuk Hairul menyebelahinya dan bukan Faizal. Wajah Faizal mencuka. Dan dia tahu bahawa dia dan Kirana perlu berusaha keras untuk menjayakan majlis itu nanti. Jika tidak, pasti Faizal akan mencari jalan untuk mengutuknya.

53

Seindah Taman Raudah

bab 8
EBAIK sahaja Raudah menjengulkan mukanya di pintu masuk pejabat, Kirana telah terlebih dahulu menerkam Raudah. Terkejut melihat perbuatan Kirana, Raudah hampir menjerit. Kirana segera memberikan isyarat diam. Raudah terpinga-pinga. Kirana menarik tangan Raudah terus ke dalam bilik ketuanya itu. Dia menutup pintu bilik. Raudah meletak beg di atas meja. Dia mengerutkan dahinya. Pelik dengan perangai Kirana. Apa kena dengan budak ni? hati kecil Raudah berkata-kata sendiri. Kak bos mengamuk! Raudah tercengang. Mengamuk? Apa kena-mengena dengan aku? Raudah tertanya-tanya.

54

Damia Zahra

Bos marahkan akak... Raudah tambah tercengang. Seharian ini dia belum pun bertemu dengan Faizal, bagaimana boleh Faizal memarahinya? Apa isunya? Akhirnya Raudah bertanya. Pasal Tan Sri Ayyub tu la. Kenapa? Kenapa akak tanya? Bulat biji mata Kirana mendengar pertanyaan itu. Yalah, kenapa pulak dengan Tan Sri Ayyub? Raudah masih belum dapat menangkap maksud kata-kata Kirana. Pasal akak tak beritahu Encik Faizal mengenai persetujuan Tan Sri nak hadir ke majlis makan malam tu. Raudah menepuk dahi. Alamak, memang aku terlupa la! katanya di dalam hati. Pagi tadi dia terkocohkocoh hendak keluar berbincang dengan pihak hotel mengenai majlis tersebut. Kebetulan Faizal belum tiba di pejabat, jadi dia terus terlupa mengenainya. Yang Si Zarina telefon aku pasal apa la pulak? Kalau terus beritahu Encik Faizal, kan senang! marah Raudah di dalam hati. Pagi tadi sebaik sahaja dia sampai ke pejabat, telefon bimbitnya berbunyi dan dia melihat nombor telefon pejabat Tan Sri Ayyub terpapar di skrin telefon. Dia juga berasa amat pelik dengan panggilan tersebut. Sementelahan pula panggilan dibuat pada awal pagi. Mahu tak mahu terpaksalah dia menjawabnya. Mana mungkin panggilan daripada orang yang paling penting hendak dibiarkan. Tetapi bukan niatnya hendak membelakangkan Faizal sama sekali. Cuma pagi itu

55

Seindah Taman Raudah

dia tidak berkesempatan hendak bersua muka dengan Faizal. Itu sahaja. Habis tu, takkan pasal tu Encik Faizal nak mengamuk? Raudah menarik nafas panjang. Dia masih tidak faham mengapa Faizal harus memarahinya. Akak ni! Geram benar Kirana dengan sikap bersahaja Raudah. Yalah kalau dia dah tahu, kenapa pulak dia nak marah? Raudah semakin pelik. Akak tahu tak, lepas setiausaha Tan Sri telefon... terus dia berkejar nak berjumpa dengan Datuk Hairul. Senyum lebar macam ni. Kirana cuba mengajuk gaya senyuman Faizal ketika melangkah kaki ke pejabat Datuk Hairul. Raudah tergelak kecil melihat mimik muka Kirana. Ha ketawalah ketawa! marah Kirana. Raudah menutup mulut, cuba menyembunyikan tawa. Nyata, tidak berjaya. Geli hatinya tidak habis lagi. Dah buat muka macam tu, akak gelaklah, sahut Raudah, masih ketawa. Kirana menjeling Raudah. Marah. Yalah yalah habis tu? Raudah mengalah. Lepas dia jumpa Datuk, tup-tup bila turun, habis kita orang semua disergahnya. Haaa kenapa? Raudah mengerutkan keningnya. Haaa baru tahu nak tanya. Dia marah sebab dia ingat dia bawak berita gembira pada Datuk. Beria-ia dia

56

Damia Zahra

bercerita dengan Datuk, rupa-rupanya Datuk dah tahu lebih dulu daripada akak. Mana kawan tu tak marah. Malu la dia! Raudah menggetap bibir. Kepalanya teranggukangguk macam burung belatuk. Pasti sekejap lagi Faizal akan mencarinya untuk melampiaskan kemarahan yang tidak dapat dikeluarkan sejak pagi tadi. Raudah menarik nafas dalam-dalam. Tak apa la Kiran. Nanti akak minta maaf banyakbanyak pada Encik Faizal. Bukan akak sengaja, sahut Raudah perlahan. Memang dia tidak sengaja melakukannya. Tidak terniat langsung di hatinya untuk membelakangkan Faizal di dalam hal ini. Apatah lagi hendak memalukan lelaki itu. Dia terkocoh-kocoh hendak keluar dan Faizal pula tiada. Hendak diberitahu pada Kirana, dia terlupa langsung. Mudahnya dia bercakap, getus hati Kirana. Telefon di meja Raudah berdering. Dia mengangkat telefon dan melekapkan ke telinganya. Dia memberikan isyarat kepada Kirana bahawa pemanggil itu adalah Faizal. Kirana tersengih. Habislah Kak Raudah kali ni, bisik hati kecil Kirana. Selesai menjawab, Raudah bangun dari kerusi. Kirana membuka pintu bilik Raudah. Baca selawat banyak-banyak, kak. Angin dia tak baik tu, pesan Kirana. Raudah senyum kelat. Dia harus bersedia menerima hamburan daripada Faizal sekejap lagi. Raudah menarik nafas panjang. Dia mengenyitkan matanya ke arah Kirana. Raudah mengetuk pintu bilik Faizal. Faizal yang sedia menanti Raudah memberikan sebarang reaksi. Wajahnya mencuka. tidak

57

Seindah Taman Raudah

Raudah berdiri di sisi kerusi tetamu. Lama dia begitu dan Faizal langsung tidak menyuruhnya duduk! Geram dengan situasi itu Raudah terus duduk tanpa disuruh. Faizal memandang wajah Raudah tanpa berkelip. Raudah jadi serba salah. Faizal mengetuk pen di atas meja. Sengaja dia membiarkan Raudah resah. Tentu Raudah sudah tahu mengenai peristiwa pagi tadi. Pasti Kirana telah menceritakan perkara yang berlaku pagi tadi. Kenapa awak tak maklumkan pada saya, Raudah? tanya Faizal dengan nada suara yang mendatar. Saya minta maaf, Encik Faizal. Saya bukan sengaja nak buat begitu, jawab Raudah tanpa bertanya sebabnya kerana dia sudah teramat maklum. Jadi awak dah tahu kenapa saya panggil awak? tanya Faizal sambil memandang wajah Raudah tepat-tepat. Raudah angguk. Bagus jadi tak perlulah saya ceritakan dengan panjang lebar lagi, ujar Faizal. Nada suaranya masih seperti tadi. Raudah angguk lagi. Yang awak terangguk-angguk macam burung belatuk tu kenapa? Raudah memandang tajam ke arah Faizal. Geramnya dia bila Faizal menyamakan dia dengan burung belatuk. Tak ada benda lain ke dia nak samakan dengan aku? marah Raudah di dalam hati. Awak tahu tak, saya malu dengan Datuk hari ni? Raudah diam. Suara Faizal masih mendatar tetapi

58

Damia Zahra

agak keras. Mungkin menahan marah. Raudah masih diam. Tidak tahu bagaimana hendak meredakan kemarahan Faizal. Dia sudah pun meminta maaf tadi. Tetapi nampaknya Faizal masih tidak puas hati. Teruklah macam ni, getus hati kecil Raudah. Yang awak ni pun, satu. Apalah salahnya kalau beritahu saya. Taklah saya rasa malu sangat. Yang dia beria-ia sangat tu kenapa? Raudah bersoal jawab di dalam hati. Entah kenapa lidahnya rasa kelu lagi. Agak lama baru dia bersuara. Saya minta maaf, Encik Faizal, ulang Raudah lagi. Kenapa pejabat Tan Sri telefon awak dan bukan telefon saya? Raudah geleng. Mana aku tahu, jawabnya di dalam hati. Suka hati dia oranglah nak telefon siapa, rungutnya lagi. Namun semua kata-kata itu bagaikan tersekat di kerongkongnya. Faizal diam, ditenungnya Raudah dalam-dalam. Pagi tadi dia memang benar-benar marah dengan kejadian itu. Di matanya hanya terpamer wajah Raudah. Geram dengan sikap Raudah itu menyebabkan rasa amarahnya membuak-buak. Habis satu jabatan korporat itu terkena habuannya. Raudah jadi gugup dengan pandangan tajam Faizal. Dia diasak rasa bersalah. Besar sangatkah kesalahannya itu sampaikan terlalu sukar untuk Faizal memaafkannya? Saya tahulah awak selalu berurusan dengan mereka. Tapi kejadian seperti ini tak patut berlaku. Awak faham? tanya Faizal. Faham Encik Faizal dan sekali lagi saya minta

59

Seindah Taman Raudah

maaf. Saya betul-betul tak sengaja, kata Raudah mohon maaf sekali lagi. Buat seketika mereka tidak bersuara. Faizal sedar bahawa dia tidak sepatutnya marahkan Raudah bulat-bulat. Tetapi entah mengapa sejak fikirannya terganggu, mudah benar dia naik angin. Sudahlah Raudah. Saya rasa awak pun banyak lagi kerja yang nak dibuat. Awak boleh keluar sekarang. Betul ke dia tak marah lagi? Raudah pandang Faizal seperti tidak percaya. Faizal senyum seperti tahu apa kata hati Raudah.

60

Damia Zahra

bab 9
IA meletakkan kasut di tepi pintu bilik hotel. Dia memandang jam tangannya. Ada setengah jam lagi untuk dia menghadiri mesyuarat dengan pengilang tekstil dari Brunei. Dia sampai di Bandar Seri Begawan siang tadi. Selepas meletak bagasi di bilik, dia terus keluar menuju ke Syarikat Megaria untuk menandatangani kontrak perjanjian jual beli tekstil. Kontrak juga menyebut untuk mengadakan usaha sama pertunjukan fesyen di London pada tahun hadapan. Nia tersenyum senang dengan kejayaannya mendapatkan kontrak membekal tekstil kepada gedung fesyen terkenal di Brunei. Tidak sia-sia penat lelahnya selama ini cuba melobi Syarikat Megaria agar bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

61

Seindah Taman Raudah

Nia sedar persaingan di bidang tekstil amat sengit. Apatah lagi jika terdapat longgokan bahan dari negara China dan Thailand. Namun usaha gigih yang tidak mengenal penat jerih akhirnya berbayar juga. Dia mengangkat bagasinya ke atas katil. Dibukanya kunci bagasi dan dia mengeluarkan sehelai blaus warna ungu. Dia cuba mengenakannya dengan skirt labuh yang ketat. Kemudian dia mengeluarkan sehelai skarf panjang. Puas hati dengan pilihannya, dia menuju ke bilik air. Dia mahu membasahkan tubuhnya dengan jirusan air hangat. Keletihan sepanjang penerbangan dan pertemuan di Syarikat Megaria memerlukan dia berehat sebentar. Dia bernasib baik kerana pertemuan yang diatur oleh para pengilang itu di hotel yang sama. Jadi tidak perlulah dia terkejar-kejar. Nia membuka paip air dan merasa kehangatannya dengan tapak tangan. Dia membiarkan air itu memenuhi tab mandi hingga setengah. Kemudian dia mencecahkan kakinya ke dalam tab mandi. Nia mencapai cecair yang tertulis shower cream di sisi dan memicitnya. Dia meratakan shower cream itu ke seluruh badan. Dia menyanyi kecil. Sebaik sahaja selesai mandi, telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon. Pantas sekali dia mencapainya dan menekan butang hijau. Hai! Nia menyapa. Dah lama sampai? Kedengaran pertanyaan di hujung corong. Nia angguk bagaikan pemanggilnya dapat melihatnya. Tengah hari tadi, jawabnya. Nanti kita jumpa.

62

Damia Zahra

Okey. I nak bersiap. Kita jumpa di bawah. Nia menutup telefonnya. Bibirnya mengukir senyum. Dia memang menantikan panggilan tersebut. Nia melilitkan skarf panjang pilihannya tadi ke lehernya yang jenjang. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin bagi memastikan penampilannya tampak kemas. Minyak wangi jenama Gucci kegemarannya disemburkan ke tubuh.

PERJUMPAAN tersebut berjalan lancar. Masing-masing puas hati dengan taklimat yang diberikan oleh Nia. Nia memandang ke arah Ikhwan yang sedari tadi tersenyum gembira. Ikhwan, rakan kongsi yang boleh diharap. Mereka sudah beberapa kali memberikan taklimat kepada syarikat luar. Pengalaman Ikhwan di dalam bidang perniagaan amat berguna bagi membesarkan perniagaan yang mereka kongsi bersama. Nampaknya mereka puas hati dengan taklimat you tadi, puji Ikhwan ikhlas. Nia mencapai cawan yang masih penuh dengan teh panas. Diteguknya perlahan. Itu pun hasil usaha you juga. You banyak membantu, balas Nia. Lagu Show Me The Meaning To Be Lonely yang berkumandang, begitu enak di pendengaran. Buat seketika mereka diam menghayati lagu tersebut. Masing-masing hanyut dibuai perasaan.

63

Seindah Taman Raudah

FAIZAL merenung televisyen plasmanya dengan pandangan kosong. Pagi tadi Nia sudah berangkat ke Brunei. Nia akan berada di sana selama tiga hari untuk turut serta dalam lawatan yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Brunei. Tentu Nia sudah selesai memberi taklimatnya. Kasihan Nia kerana terpaksa melakukannya seorang diri. Bukan dia tidak mahu turut serta dalam lawatan Nia itu. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia terbang sekarang juga. Tetapi dia tidak boleh buat begitu. Majlis makan malam tinggal dua hari sahaja lagi. Esok dia perlu ke Hotel Istana untuk melihat persiapan akhir. Dia tidak mahu ada sebarang kecacatan di majlis tersebut. Dia mahu Datuk Hairul berpuas hati dengan majlis tersebut. Sudahlah konsep persembahannya gagal merebut perhatian Datuk Hairul. Tambahan lagi Tan Sri Ayyub sebagai pemegang saham terbesar akan hadir. Pastinya majlis itu menjadi satu majlis yang amat penting bagi Syarikat Gloria. Faizal menekan nombor telefon Nia. Sekali. Tidak berangkat. Dua kali. Tidak berangkat. Tiga kali. Juga tidak berangkat. Faizal mengeluh kesal. Mengapa Nia tidak menjawab panggilannya? Baru pukul sebelas malam. Sudah tidurkah? Faizal tertanya-tanya. Mungkin dia keletihan mengikut siri lawatan tadi. Faizal cuba menyedapkan hati sendiri.

64

Damia Zahra

bab 10
AUDAH sudah siap menanti Faizal di ruang legar. Sebentar lagi mereka akan menuju ke Hotel Istana. Tadi Raudah sudah mengarahkan Kirana pergi melihat latihan yang dipimpin oleh Encik Razlan di Dewan Budaya. Jom, ajak Faizal. Raudah mengekori langkah Faizal. Kereta syarikat sudah siap menanti mereka di pintu hadapan. Setibanya di Hotel Istana, Zulaikha sudah sedia menanti kedatangan mereka. Zulaikha menyambut mereka dengan senyuman. Kenalkan ini Encik Faizal, Pengurus Bahagian Korporat dan juga bos saya. Raudah memperkenalkan. Zulaikha menghulur tangan dan salam bersambut.

65

Seindah Taman Raudah

Zulaikha. Faizal. Selamat datang ke hotel kami, Encik Faizal. Zulaikha mengalu-alukan kedatangan Faizal. Faizal angguk. Mari kita ke dewan. Mereka menuruti langkah Zulaikha tanpa sebarang protes. Becok mulut Zulaikha bertanya itu dan ini kepada Faizal. Raudah sememangnya sudah lali dengan keramahan Zulaikha. Dia membiarkan Zulaikha menemu ramah Faizal yang pertama kali ditemuinya. Faizal pula dengan rajin menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan oleh Zulaikha. Inilah dewannya, mempersilakan Faizal masuk. Encik Faizal. Zulaikha

Faizal memerhatikan sekeliling. Beberapa orang pekerja hotel sedang sibuk mengatur meja bulat dan menyusun kerusi. Di bahagian hadapan pula kelihatan backdrop sedang dipasang. Ada yang sedang menggantung perkataan dan ada yang sedang menggantung lampu. Bila internal deco akan mula dibuat? Faizal bertanya. Besok bunga akan sampai. Jadi kami akan mula menghias besok pagi. Bunga? Faizal bertanya pelik. Hmmm bunga segar. Dewan ini akan dipenuhi

66

Damia Zahra

dengan bunga-bunga segar. Encik Faizal tak tahu? Zulaikha memandang Faizal, kehairanan. Mustahil dia tidak tahu, bisik hati kecil Zulaikha. Melainkan dia tidak ambil tahu, Zulaikha membuat kesimpulan. Raudah? Faizal berpaling ke arah Raudah meminta penjelasan. Bukankah tempoh hari saya dah maklumkan pada Encik Faizal yang saya nak hiaskan keseluruhan dewan ni dengan bunga segar? Saya nak buat kelainan sikit, Raudah menjawab. Orang sudah beritahu minggu lepas lagi. Sajalah tu buat-buat lupa, rungut Raudah. Macam orang nak buat resepsi saja, komen Faizal. Raut wajah Raudah bertukar masam. Zulaikha segera memahami perubahan wajah Raudah. Tapi Encik Faizal, idea Puan Raudah itu bagus sebenarnya. Bau-bauan bunga segar lebih baik daripada pewangi. Cuba Encik Faizal bayangkan, makan malam bersama bau bunga segar. Rasa macam dalam taman. Relaks dan menyenangkan, jelas Zulaikha dan dalam masa yang sama cuba membantu untuk meneutralkan kembali keadaan yang sedikit tegang. Faizal diam. Budak ni dah melampau! marah Faizal di dalam hati. Sudahlah konsep persembahannya ditolak, kini konsep hiasan pun Raudah ubah. Faizal memandang Raudah dengan perasaan tidak senang hati.

67

Seindah Taman Raudah

Benarkah Raudah sudah memberikan maklumat tersebut minggu lepas? Dia sendiri lupa mengenainya. Dia lebih mengingati Nia yang ada di Brunei. Mengapalah dia boleh jadi lalai dengan tanggungjawabnya terhadap syarikat? Faizal menggaru kepala yang tidak gatal.

68

No. ISBN:- 978-967-5067-26-6 Jumlah muka surat: 374 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17 Sinopsis:Cinta Raudah terhadap arwah suaminya, Raffique masih teguh laksana tiang seri yang tak mungkin dimamah masa. Ketenangan kolam hatinya mula berkocak dengan kehadiran pengurus baru di pejabatnya, Faizal. Raudah tidak betah berurusan dengan Faizal kerana wajah Faizal yang

begitu mirip dengan arwah suaminya. Tambahan pula Faizal sering mengusiknya. Mujurlah adanya Tan Sri Ayyub, dahan buat Raudah dan anak-anak berpaut demi mengharungi hidup ini. Kepada Tan Sri Ayyub Raudah meluahkan rasa. Faizal pula tertarik dengan keperibadian Raudah yang tulus dan ikhlas di dalam menjalankan tugas. Namun, kehadiran si isteri mengekang dia meluahkan isi hatinya kepada Raudah. Faizal menghormati Raudah. Namun, naluri seorang lelaki yang mendambakan belaian isteri merontaronta menyeksa sukma. Nia, isteri yang dinikahi atas nama cinta telah berubah arah kepada lelaki lain. Faizal dan Raudah... masing-masing perlu membuat keputusan yang paling penting di dalam hidup mereka. Sanggupkah Faizal melepaskan Nia? Bagaimana pula dengan Raudah? Bolehkah dia menghilangkan bayangan arwah Raffique yang sentiasa bermain-main di wajah Faizal? Andai itu ketentuan-Nya, aku terima.... Aku terima cintamu seikhlasnya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan SEINDAH TAMAN RAUDAH di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/

kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196