You are on page 1of 65

Muliati Abdul

bab 1
Perak, Malaysia. BU! Tolong Qantan!!! jerit Qantan sambil susup-sasap menyelamatkan diri. Dengan sekuat tenaga dia mendaki anak tangga memasuki rumah. Wajahnya sudah pucat lesi. Tubuh gempal ibunya dipeluk seerat mungkin. Seakan enggan dilepaskan lagi. Di kaki anak tangga, Si Tom dan Agi masih menunjukkan sikap tidak puas hati. Sesekali terdengar kedua-duanya berbunyi namun masih juga tidak berganjak dari kaki anak tangga. Masih menunggu Qantan turun untuk bersemuka. Lagak seperti Hang Jebat mencabar Hang Tuah pula. Ada apa ni, Qantan? tanya Qhairil. Hairan sendiri melihat gelagat adiknya. Dari dalam dapur lagi dia sudah dapat mendengar suara Qantan menjerit minta tolong. Hasratnya untuk menjamah minuman petang terbantut seketika.

Qantan Biru Langit

Tom dengan Agi kejar Qantan. Itu yang terpekik terlolong macam orang gila, beritahu ibunya sebelum menggelengkan kepala berulang kali melihat telatah Qantan. Mahu ketawa pun ada melihat Qantan yang acap kali menjeling tangga rumah. Habis Tom dengan Agi tu kejar Qantan dari selekoh depan sana sampai sini. Qantan tak buat apa-apa pun. Tibatiba saja Agi naik minyak. Kemudian Tom pun ikut sekali. Memang Tom dengan Agi tak suka Qantan agaknya. Memang patut pun Agi dengan Tom tak suka pada Qantan, sampuk Qhairil. Pada bibirnya terselit senyum lucu. Saat menyedari betapa tajamnya jelingan Qantan, tawa yang cuba ditahan meletus jua. Abang Qhairil ni nak kena ni, gerutu Qantan. Masih diusik rasa geram yang teramat. Itulah... siapa suruh jarang balik rumah. Tom dengan Agi mesti ingat Qantan ni orang luar. Sebab selama ni angsa berdua tu tak pernah pun kejar akak. Kakak iparnya menyampuk. Namun sekadar membela Agi dan Tom. Semuanya membuat hatinya tambah panas dek kerana kerenah Tom dan Agi. Apa ni kak? Jadi sekarang semua orang sayang Agi dengan Tom saja? Tak sayang Qantan lagi? aju Qantan, sengaja membuat mimik muka sedih. Kami semua memang sayang Qantan. Tapi kalau Qantan segera bawa calon suami Qantan ke rumah ni, lagi kami semua sayang pada Qantan. Qantan Biru Langit mencebikkan bibirnya. Nampaknya Abang Qhairil sengaja membuka topik panas yang sekian lama cuba dielak. Lihat sahaja wajah ibu dan ayah sekarang. Bukan main berseri-seri lagi.

Muliati Abdul

Bukan Qantan tak nak bawa calon suami datang ke rumah. Tapi masalahnya tak ada siapa pun yang nak jadi calon suami Qantan. Qantan nak buat macam mana! gerutu Qantan. Nampaknya suasana tenang dalam dirinya sudah mulai menghindar. Inilah sebab utamanya kenapa dia jarang balik ke rumah. Fuad tu macam mana? tanya kakak iparnya dengan senyuman lebar di bibir. Fuad??? Hesy! Fuad tu kawan seuniversiti Qantan. Kami berdua kawan saja. Iya ke kawan? Akak tengok macam lebih daripada kawan saja. Memanglah. Fuad tu kawan baik Qantan. Kawan baik saja. Tak ada rasa cinta langsung! tegas Qantan. Amin? tanya Abang Qhairil pula. Sengaja tidak memberi peluang untuk Qantan melepaskan lelah setelah disoal oleh isterinya sebentar tadi. Berkerut-kerut dahi Qantan mendengar nama Amin meniti di bibir Abang Qhairil. Pelik bin ajaib bagaimana Abang Qhairil kenal dengan Amin. Amin, kan? desak Abang Qhairil. Bawalah Amin datang ke rumah. Ibu nak kenal dengan dia. Qantan minta tolong ibu.... Jangan minta Qantan bawa Amin datang ke rumah. Amin tu kawan sekerja Qantan saja. Tak lebih daripada tu. Takkanlah semua kawan lelaki Qantan adalah calon suami Qantan, rungut Qantan. Sudah mula menarik wajah empat belas. Janganlah kamu semua desak Qantan lagi. Tak payah susah-susah carikan jodoh orang luar untuk Qantan.

Qantan Biru Langit

Orang dekatkan ada. Suara ayah mulai kedengaran. Qantan memicit dahi. Tidak menduga ayahnya akan masuk campur. Sejuta kesalan menghimpit jiwa. Kalau dia tahu sudahnya begini, sumpah, dia tidak akan pulang bercuti. Ayah dah ada calon ke untuk Qantan? Ayah mengangguk pasti. Sekarang ayah cuma tunggu lampu hijau daripada Qantan. Siapa ayah? tanya kakak iparnya tidak sabar. Nampaknya seluruh warga keluarganya cukup bahagia mendengar kata-kata ayah. Hanya Qantan yang dilanda keresahan. Siapa agaknya orang dekat tu? tanya Qantan sendiri. Kepalanya terasa berat bila terus dihimpit dengan soalan calon suami. Lukhman. Lukhman anak Pak Long Zahari. Qantan menepuk dahi. Masya-Allah, Lukhman dengan Qantan dan macam adik- beradik, ayah. Lukhman sendiri pun ada calon isteri sendiri. Empat pasang mata tertumpu tepat ke arahnya. Masing-masing begitu terkejut mendengar berita tersebut. Wajah ibunya sudah berubah kelam. Pandangan mata ibunya cukup sayu menatap wajah anak gadisnya nan satu. Kalaulah wasiat ayah tak diingkari, Qantan takkan susah-susah cari calon suami, ujar ibu kemudian. Cukup perlahan. Hingga berjaya membuat Qantan diburu gelisah yang panjang. Nampaknya kalau macam ni, rumah kita bakal ada anak dara tualah ye, usik Abang Qhairil sambil ketawa.

Muliati Abdul

Qantan muda lagilah. Qantan baru dua puluh empat tahun. Muda lagi, tegas Qantan. Berusaha meyakinkan keluarganya. Terdengar keluhan maha berat daripada seisi rumah yang langsung sahaja membuat Qantan bingkas berdiri. Jangan risau. Qantan pasti akan bawa calon suami ke rumah ni. Qantan akan pilih lelaki terbaik Malaysia jadi suami Qantan. Hanya lelaki terbaik Malaysia yang mampu menjadi menantu terbaik pada ayah dan ibu, adik ipar terbaik pada Abang Qhairil dan Kak Min dan suami terbaik buat Qantan. Qantan tersenyum puas. Apa yang terbuku di hati selama ini sudah diluahkan. Biarlah ayah dan ibu terpaku mendengar dia inginkan lelaki terbaik untuk menjadi suaminya. Biarlah Abang Qhairil dan Kak Min terlopong saat dia menekankan kata terbaik. Dia tidak kisah. Yang penting dia hanya ingin lelaki terbaik Malaysia yang menjadi teman hidupnya kelak.

Qantan Biru Langit

bab 2
Selangor, Malaysia. AZIF meraup wajahnya dengan tenang. Namun jauh di relung hati, hati lelakinya sedang menangis sedih. Dia rindukan arwah isterinya. Dia rindukan senyuman isterinya. Dia rindukan tawa mesra isterinya. Namun rasa rindu yang menggebu tidak mampu dileraikan. Hanya air mata yang menitis membalas setiap rasa rindunya. Oh Tuhan, dia benar-benar inginkan arwah isterinya kembali. Dia ingin menikmati alam rumah tangga bersama isterinya. Dan dia percaya, Hafeez juga inginkan mamanya kembali. Tetapi bukankah kerja gila mengharapkan insan yang telah mati hidup semula? Razif menghela nafas panjang yang dirasakan semakin sempit. Kepalanya juga dirasakan kian berat. Setiap kali mengunjungi pusara arwah isterinya, setiap kali itu juga dia diserang rasa hiba yang mendalam. Entahlah, dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana hendak memujuk hatinya yang

Muliati Abdul

sedih. Papa, bila mama nak angun? Hafeez dah penat dah tunggu mama. Mama tak nak angun pun, ujar Hafeez. Wajah comelnya cemberut bukan main. Seperti sudah merajuk menunggu ibunya muncul di hadapan mata. Razif meraih tubuh kecil anaknya lalu dirangkul kemas. Rambut anak lelakinya diusap lembut. Apalah si kecil ini tahu tentang mati. Dan sungguh, dia buntu mencari kata paling sesuai untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada puteranya. Kerana pada saat ini, dia sendiri masih terkapaikapai seorang diri. Mencuba menerima takdir hidupnya dengan reda. Mama tak cayang pada Hafeez lagi ke papa? Hafeez cayang sangat ngan mama. Semakin erat pelukannya. Hati lelakinya tidak tahan mendengar suara Hafeez merayu untuk melihat ibunya lagi. Mama takkan jumpa kita lagi, sayang. Mama dah pergi jumpa Allah. Hafeez terdiam. Pusara ibunya ditatap nanar. Kemudian wajah ayahnya ditatap tajam. Hafeez benci mama! Mama jahat! Segera Razif Pelukannya cukup erat. memeluk tubuh kecil Hafeez.

Jangan cakap macam tu, Hafeez. Mama paling sayang dengan Hafeez. Abis tu nape mama tak angun lagi? Mama tak cayangkan Hafeez lagi, kan? Mama cayang dengan Allah je. Razif meleraikan pelukannya. Dia buntu untuk mencari jawapan pada segala soalan Hafeez. Dia kalah pada

Qantan Biru Langit

perasaannya sendiri. Di luar sedar, air matanya menitis. Hanya dengan menatap wajah Hafeez, hatinya dirundung hiba yang panjang. Dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk Hafeez. Dia tidak tahu bagaimana untuk menenangkan hati Hafeez. Kerana pada saat ini, dia lebih terluka dan sedih. Kalaulah Ain tidak dijemput Ilahi... kalaulah Ain masih di sampingnya... cahaya hidupnya tidak akan semalap ini. Razif mengeluh berat. Amat berat untuknya menerima takdir isterinya telah pergi untuk selamanya. Meninggalkan dirinya sendirian di sini. Meninggalkan segala kenangan indah untuknya. Razif.... Terdengar suara ibunya memanggil dengan lembut. Sesungguhnya Razif sangat bersyukur kerana mempunyai ibu yang sangat memahami lara hatinya. Ibunyalah yang tidak pernah lelah menasihatinya, mendorongnya untuk menjadi lelaki tabah. Hahauwe (Ibu), keluh Razif. Tatapannya cukup sayu membalas renungan mata tua ibunya. Banyakkan bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik semua perkara yang berlaku. Papa, mama ane? rengek Hafeez manja. Nampaknya masih percaya ibunya akan kembali. Langsung tidak ambil peduli pada gerhana yang melanda hidup ayahnya. Tidak peduli pada neneknya yang sedang memujuk hati ayahnya yang dilanda pilu. Hafeez hanya ingin melihat wajah ibunya. Sekarang Hafeez tak boleh cari mama lagi.

Muliati Abdul

Nape nek? Mamakan pegi sekejap je. Bila mama nak balik? Papa cakap tadi mama cayang ngan Hafeez. Kalau mama cayang Hafeez, mesti mama balik jumpe Hafeez. Mama mane? Ibu Razif mengusap lembut pipi cucu lelaki tunggalnya. Sekilas dia merenung anak lelakinya yang seolaholah sudah berada di dunianya sendiri. Mama dah pergi jauh. Mama takkan balik jumpa kita semua lagi. Mama pegi jauh? Sape suruh mama pegi? Mama pergi jumpa Allah. Ooo.... Kalau macam tu Hafeez pun nak pegi jumpa Allah. Tak boleh sayang. Sebab Allah tak panggil Hafeez lagi. Nape Allah tak panggil Hafeez lagi, nek? Ibu Razif mengemaskan simpuhnya. Nafas dihela cukup dalam, masih mencari-cari kata paling sesuai. Sebab Allah nak suruh Hafeez jaga papa. Tengok papa sekarang, papa sedih sangat sebab mama dah pergi jumpa Allah. Kalau Hafeez pun pergi jumpa Allah, siapa nak jaga papa? Barulah Hafeez membisu. Lalu tanpa dipaksa tubuh ayahnya dirangkul erat. Razif yang ternyata terkejut bila dipeluk secara tibatiba membuka sepasang matanya luas-luas. Papa angan sedih agi. Hafeezkan ada. Hafeez boleh jaga papa. Razif membalas pelukan anaknya seerat mungkin.

Qantan Biru Langit

Hatinya cukup terharu mendengar kata-kata yang diucapkan Razif, meski sedikit pelat. Anti Hafeez kirim urat ngan Allah supaya jaga mama baik-baik. Papa angan risau ye? pinta Hafeez lalu mengusap air mata yang bergenang di penjuru mata ayahnya. Razif menggigit bibirnya sendiri. Hafeez yang masih kecil juga sudah pandai untuk memujuknya. Tidak ada sebab untuknya terus tunduk pada kedukaan ini. Demi Hafeez, demi ibunya dan demi untuk dirinya sendiri. Papa sayang sangat dengan Hafeez, bisik Razif lalu sekali lagi mengeratkan pelukannya. Seolah-olah tidak ingin Hafeez jauh dari dirinya.

10

Muliati Abdul

bab 3
Plano, Perancis. ERCI MONSIEUR (Terima kasih), ujar Karin sambil melemparkan senyum mesra pada pelayan Cafe de France yang memakai tag nama Aloysius. Semakin lebar senyuman di bibir Karin saat matanya melekat pada dua set hidangan sarapan pagi, croissant French toast. Sejak di rumah lagi dia sudah mengidam untuk makan croissant French toast. Sempat dia mengerling ke arah abangnya, Rafael. Nampaknya lelaki itu lebih senang termenung jauh. Memerhati penghuni kota Plano hilir mudik sekitar jalan di hadapan kafe tersebut. Ada perempuan cantik ke kat sana? usik Karin bila menyedari sepasang mata Abang Rafael seperti dipaku melihat persekitaran Cafe de France. Rafael mengulum senyum tipis. Agak lama dia berkeadaan begitu. Kemudian barulah dia menumpukan

11

Qantan Biru Langit

perhatian pada Karin. Ada. Cantik sangat. Bagusnya! Lepas ni Karin akan dapat kakak ipar! Cara Karin cakap ni macam senang sangat nak jumpa soul mate. Karin ketawa senang mendengarnya lantas tanpa membuang masa lagi mulai menyantap hidangan sarapan pagi di hadapan matanya. Kalau tak berusaha mencarinya, memanglah susah. Abang usahakanlah sikit. Atau abang nak Karin tolong? Kecil tapak tangan, Lautan Hindi Karin tadahkan. Lain macam saja peribahasa Karin tu? Memanglah lain. Karin nak abang tahu Karin sangat sangat setuju kalau abang minta Karin tolong abang carikan jodoh. Karin boleh jamin, abang takkan menolak. Abang rasa Karin dan salah ambil course. Sepatutnya Karin ambil course perunding jodoh dan bukannya wartawan. Karin pun rasa macam tu. Demi Abang Rafael tersayang, Karin sanggup ambil course baru. Cubalah kalau nak kepala abang ni kena penggal dengan ayah. Nasiblah Karin sayang sangat dengan abang. Karin tak sanggup tengok abang tanpa kepala, ujar Karin lalu kembali menyuap sarapannya. Balik Malaysia nanti Karin nak buat apa? Kahwin? Terbatuk-batuk Karin dibuatnya mendengar telahan melulu Abang Rafael. Merah padam wajahnya kerana tersedak.

12

Muliati Abdul

Abang ni nak bunuh Karin ke? Kenapa soal kahwin pulak yang timbul. Tahun ni Karin baru saja dua puluh dua tahun. Baru nak merasa nikmat bekerja dan pegang duit sendiri. Abang ni memang sengaja nak kenakan Karin ye? Rafael ketawa besar. Melihat riak wajah Karin sekarang membuat tawanya semakin panjang. Nampaknya isu kahwin sangat tabu dalam kamus hidup Karin. Tadi sibuk sangat nak carikan abang jodoh. Abang pun nak jadi abang yang baik. Biar abang carikan jodoh untuk Karin. Hesy! Tak payahlah. Terima kasih banyak-banyak. Karin tak mahu. Karin lebih rela cari jodoh sendiri daripada abang carikan jodoh untuk Karin. Tahu pun. Macam tu jugalah yang abang rasa. Abang pun nak cari jodoh abang sendiri. Jadi abang merayu sangat-sangat, jangan sebut lagi soal nak carikan abang jodoh, ya? Karin mencebikkan bibirnya. Abang Rafael memang pintar melepaskan diri daripada rancangannya. Central Expressway yang mulai dipenuhi orang ramai sedikit pun tidak mampu menggugah rasa kecewa yang terpalit. Dia baru berkira-kira hendak menjodohkan Abang Rafael dengan teman seuniversitinya di sini. Tetapi nampaknya usahanya menemui jalan buntu meski belum dimulakan. Abang Rafael awal-awal lagi sudah menolak. Bila abang nak pindah Malaysia semula? soalnya tiba-tiba. Nantilah. Abang belum fikir pun lagi. Kalau Karin tanya, abang asyik beri jawapan yang sama. Nanti, nanti, nanti. Cubalah beri jawapan lain. Macam

13

Qantan Biru Langit

bulan depan ke... minggu depan ke... esok ke...? Mengarutlah tu. Abang takkan pindah Malaysia dalam waktu terdekat ni. Business abang baru nak berkembang. Beri abang sikit masa. Lagipun ayah masih marah dengan abang. Marah ayah bukannya lama. Nanti Karin tolonglah abang pujuk ayah. Hanya senyuman tipis yang mampu dilemparkan ke arah Karin. Untuk berbaik semula dengan ayahnya adalah sesuatu yang amat sulit untuk dilaksanakan. Ayahnya sudah mengenakan syarat. Selagi dia tidak mewarisi syarikat tekstil milik ayahnya, selagi itulah dirinya tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Karin yang tidak tahu hujung pangkal cerita tentu sahaja menganggap perkara memujuk ayah sangat senang. Namun jauh di sudut hati, dia juga tidak sanggup menceritakan perkara sebenar kepada Karin. Karin adik kesayangannya. Meski berlainan ibu, namun Karin tetap menjadi pilihan utamanya berbanding adik-beradik tirinya yang lain. Kerana itu, dia tidak sanggup melihat Karin berduka saat mengetahui syarat yang dikenakan ayah. Yang lebih penting, dia tidak ingin Karin bermasam muka dengan ayah. Biarlah dirinya sahaja yang dianggap anak derhaka. Karin harap lepas Karin balik Malaysia, abang pun ambillah masa untuk balik Malaysia. Duduk sehari dua kat Malaysia pun jadilah. Karin sajalah yang datang sini, pujuk Rafael. Mimik wajahnya turut berubah sayu. Seolah-olah kata putus Karin adalah penentu kebahagiaannya. Karin pun harap boleh buat macam tu. Tapi tak

14

Muliati Abdul

boleh. Karin kena kerja dah lepas ni. Nasib baik ayah tak paksa Karin kerja kat syarikat. Kalau tak, Karin akan pindah ke sini dan tinggal dengan abang sampai ayah tarik balik keputusannya. Ayah takkan buat begitu. Sebab kalau ayah buat begitu, abanglah orang pertama yang akan jadi pembangkang. Baguslah abang ni. Ini yang buat Karin sayang sangat dengan abang. Tapi Karin akan lebih sayang abang kalau abang benarkan Karin cari jodoh... Itu abang tak boleh terima, pintas Rafael selamba. Kalau Karin jumpa perempuan yang sesuai dengan abang macam mana? Pun tak boleh. Biar abang cari sendiri. Karin mengeluh berat. Nampaknya hari terakhirnya di kota Perancis ini lebih banyak mengundang rasa kecewa. Keputusan Abang Rafael terlalu bulat hingga sukar diganggugugat. Sudahnya dia yang dilanda geram yang teramat. Abang jangan menyesal, ugut Karin kemudian. Amboi...! Dah pandai ugut-ugut nampak? usik Rafael. Seronok melihat Karin merajuk di hadapannya. Habis abang tu... Karin nak tolong carikan teman hidup pun tak mahu. Karin mesti beri abang lampu hijau untuk carikan jodoh untuk Karin dulu, kemudian barulah abang boleh setuju dengan rancangan Karin. Barulah fair sistem barter kita. Okeylah. Karin takkan cari teman hidup untuk abang. Tapi croissant French toast tu abang nak ke tak? Kalau abang tak nak, lebih baik Karin habiskan. Karin lapar

15

Qantan Biru Langit

sangat ni. Rafael menggelengkan kepalanya berulang kali sebelum menyuakan hidangan yang ada di hadapannya kepada Karin. Makin gemuklah adik abang ni. Nampaknya makin jauhlah jodoh Karin. Biarlah Karin tak laku. Kalau Karin laku pun, Karin takkan melangkah bendul. Karin nak kahwin lepas abang kahwin. Rafael tersenyum panjang. Wajah adiknya ditatap sepuas hati. Bimbang dilanda rindu setelah gadis itu pulang ke Malaysia.

16

Muliati Abdul

bab 4
Freiburg, Switzerland. HALID ZHAFRAN masih berdiri di luar pintu pagar keluarga Bedingham. Sudah hampir satu jam dia berada di situ. Langsung tidak peduli pada orang ramai yang lalu- lalang dengan renungan sinis. Hatinya sudah nekad, hari ini dia harus menginjakkan kaki ke dalam rumah keluarga Bedingham. Sudah cukuplah selama ini hidupnya terumbangambing menunggu dirinya diterima ke dalam keluarga Bedingham. Walhal dia juga punya darah Bedingham dalam dirinya. Mengalir deras dalam setiap salur darah dalam tubuhnya. Namun dia cukup hairan kenapa haknya sebagai keluarga Bedingham dinafikan! Kalaulah hanya disebabkan ibunya berkahwin dengan orang Melayu, adalah sangat tidak adil untuk menghalangnya menjadi salah seorang ahli keluarga Bedingham.

17

Qantan Biru Langit

Sungguh, bukan harta kekayaan yang dikejarnya. Bukan juga nama kehormat keluarga Bedingham. Dia sekadar ingin menunaikan impian arwah ibunya. Dia cuma ingin diterima ke dalam keluarga Bedingham. Dia tidak kisah tinggal di luar, asalkan dirinya diiktiraf. Tidak mendapat pembahagian harta pun dia tidak kisah. Kerana harta boleh dicari bila-bila masa. Yang diperlukan saat ini hanyalah kasih sayang seorang datuk dan nenek, kasih sayang seorang mak cik dan pakcik, dan kasih sayang seorang sepupu dan anak saudara. Permintaannya bukan hebat sangat. Tapi masih juga sangat sukar untuk dimakbulkan hanya disebabkan darah yang mengalir dalam tubuhnya kononnya dicemari darah bangsa asing. Ah! Ceteknya pemikiran mereka semua. Namun demi hasrat ibunya, dia tetap bersabar melayan segala kerenah birokrasi seluruh ahli keluarga Bedingham yang sah. Dia sanggup dicerca, dihina, asalkan hasratnya tertunai. Tetapi apa yang berlaku sekarang sangat berat sebelah. Sudahlah dirinya dicerca, dihina dan dihalau. Namun hasratnya tetap kandas! Dia tetap dipulaukan. Kalau diikutkan rasa hati, dia juga tidak ingin menjadi sebahagian ahli keluarga Bedingham! Khalid. Lekas-lekas Khalid mengangkat wajah saat mendengar suara seorang yang dikenali memanggil lembut namanya. Terjengul di hadapannya tubuh tinggi lampai Natalie. Seperti selalu, Natalie tidak lokek memberikan senyuman. Natalie memang berbeza dengan sepupunya yang lain. Natalie sangat prihatin dan hanya dia satu-satunya yang sudi berbual dengannya.

18

Muliati Abdul

Kamu masih di sini? aju Natalie lagi. Hmmm.... Saya takkan pergi dari sini selagi saya tak dibenarkan masuk. Perbuatan kamu sia-sia. Kamu takkan dibenarkan masuk. Kalau begitu saya akan tunggu hingga saya dibenarkan masuk. Terdengar Natalie mengeluh berat. Wajah lesu Khalid ditatap nanar. Lama dia mengamati seraut wajah milik sepupunya itu. Jauh di relung hati, dia juga ingin Khalid segera diterima di dalam keluarga Bedingham. Kerana dia sangat letih berbual secara sembunyi-sembunyi seperti ini. Dia ingin berbual mesra tanpa ada siapa yang marah. Jangan begitu, Khalid. Pulanglah. Saya akan cuba memujuk mereka lagi. Khalid mengerling wajah polos Natalie. Natalie terlalu lembut. Suaranya tidak pernah meninggi. Namun hingga ke saat ini, kelembutan dan kesopanan Natalie belum berhasil melembutkan hati ahli keluarga Bedingham yang lain. Natalie! panggil Uncle Sam. Langkah deras segera diatur menghampiri anak gadisnya dan Khalid. What are you doing, Natalie? How many times I must warn you, dont talk to him. Your grandpa and grandma for sure will get angry if they knew about this. Papa, I was just... Enough! Get inside now! Sekali lagi Natalie mengeluh berat. Sangat berat. Tatapan matanya cukup sayu ke arah Khalid Zhafran. Dia masih ingin memujuk hati Khalid yang terluka. Dia ingin

19

Qantan Biru Langit

mengetahui apa yang bermain di hati lelaki itu. Tapi sekarang... ayahandanya sudah menjadi penghalang yang sangat payah untuk ditumbangkan. Sudahnya dia menghela nafas panjang. Take care, Khalid. Khalid tidak membalas. Sekadar pandang tanpa sebarang reaksi positif. membuang

Ternyata reaksi Khalid sangat melukakan hati dan perasaan Natalie. Kakinya enggan melangkah. Dia ingin lebih lama berada dekat dengan Khalid. Natalie, panggil Uncle Sam. Kerlingan matanya cukup tajam. Mahu tak mahu, Natalie tiada pilihan lain selain melangkah meninggalkan ayahandanya dan juga Khalid sendiri. Namun dia masih dapat menangkap perbualan mereka berdua. Nyata ayahnya tidak senang Khalid rapat dengannya. Awal-awal lagi ayah sudah memberi amaran. Leave my daughter, Khalid. Youre ruining her life. Im not, uncle! I never ruin Natalies life. You will. That is why I want you to stay away from her. Can you do that, for me? I never talk to her in the first place. She was the one who starts talking to me. So now youre blaming my daughter. I am not blaming your daughter. I was just explaning to you. By betraying me and my daughter? desak Uncle Sam.

20

Muliati Abdul

Khalid Zhafran membisu seribu bahasa. Rasanya tiada guna dia terus bertikam lidah dengan Uncle Sam, kerana pada akhirnya dia yang menjadi kambing hitam menanggung segala kesalahan. Alangkah tidak adilnya mereka! Now if you know your mistake, will you leave this house now? And why should I? Because ignorance. everyone here thinks youre just

I am still one of the Bedinghams. You are not! But maybe if you become... Become what? soal Khalid mendadak. Become world class tennis player. Win the grand slam. Like your uncle and your cousins. Is that all? Yes! Thats all. But Im afraid youll... Watch me. I will become world class player, potong Khalid Zhafran sebelum Uncle Sam memperlekehkan dirinya. Uncle Sam tergelak besar. Baginya pengakuan Khalid mahu menjadi pemain tenis bertaraf dunia sangat melucukan. Dan dia memang sengaja menyebut syarat untuk diterima ke dalam keluarga Bedingham hanya dengan menjadi pemain tenis bertaraf dunia. What did you say to him, papa? Nothing much. I was just telling him a way to become part of Bedinghams family. So there is a way?

21

Qantan Biru Langit

Nope. I was just bluffing and he completely trusted it. Hes so stupid! Papa! How could you do that to Khalid? After all, hes still my cousin. Hes not! Dont you ever try talking to him again. I dont want your grandpa and grandma angry at us. Wait papa. What did you ask Khalid to do? Nothing much. I just tell him to become world class tennis player. And I still cant believe he just accepted it. Now all we need to do is, watching his progress which is will never be achieved. Uncle Sam menyambung tawanya. Meninggalkan Natalie sendirian mengetap bibir sekuat hati. Sungguh! Dia tidak menduga ayahnya boleh menjadi sekejam ini hanya kerana ingin menjaga hati datuk dan nenek! Lalu tanpa berfikir panjang lagi, langkah panjang sudah diayun untuk mengejar Khalid Zhafran. Dia tidak sanggup melihat Khalid melakukan sesuatu yang sia-sia. Khalid, tunggu saya! jeritnya dari kejauhan. Hatinya bimbang bukan main tika melihat figura Khalid hilang dari tatapan matanya. Melihat Natalie yang memanggilnya, semakin deras langkah kaki yang diatur. Hatinya sudah nekad, dia tidak mahu sebarang gangguan yang boleh menghalang usahanya menjadi sebahagian keluarga Bedingham. I said wait, Khalid. Why wont you listen to me? I have something to tell you. Theres nothing to talk about. Saya harap lepas ni awak jangan jumpa saya lagi. Apa? Saya tak faham. Tapi lupakan semua tu dulu.

22

Muliati Abdul

Ada perkara yang lebih penting. Saya harap awak tak percaya dengan cakap ayah saya. Dia cuma berbohong. Saya tahu, balas Khalid selamba. Tapi saya akan tetap menjadi pemain tenis bertaraf dunia. Kata-kata ayah awak dah menyedarkan saya. Saya memang perlu menjadi pemain tenis. Hanya selepas menyandang gelaran itu, saya yakin saya akan diterima ke dalam keluarga Bedingham. Tapi... Terima kasih, Natalie. Saya harap kita takkan berjumpa lagi selepas ni hingga saya berjaya menjadi pemain tenis dunia. Ketika waktu tu tiba, saya harap awak datang menyokong saya. Siapa tahu saat itu saya sudah pun diterima ke dalam keluarga Bedingham. Waktu itu, saya adalah sepupu awak yang sah! Natalie terkasima. Senyuman Khalid Zhafran sebentar cuma itu begitu mendamaikan hatinya. pertama kalinya dia melihat wajah ceria lelaki itu. pertama kalinya dia melihat senyuman lelaki itu. ternyata, dia suka melihat wajah ceria Khalid. yang Buat Buat Dan

Alles gute (Selamat berjaya), Khalid! ujar Natalie lalu menguntum senyum lebar. Senyum senang hati. Senyum bahagia seorang sepupu. Danke (Terima kasih), Natalie. Bitte (sama-sama). Sempat Natalie melambaikan tangan. Dari kejauhan dia mendengar muzik yang menenangkan hatinya. Nampaknya acara International Folklore Festival pada tahun ini meninggalkan kesan yang mendalam. Muzik yang diperdengarkan begitu kena sekali. Sungguh, saat ini hatinya sudah lapang. Tiada lagi

23

Qantan Biru Langit

kerusuhan yang menebal dalam minda dan hatinya. Semuanya sudah lepas bebas. Dan pada saat figura Khalid hampir hilang dari pandangan mata, bibirnya kembali mengulum senyum tipis. Ich liebe dich (saya sayangkan awak), bisiknya sendiri. Masih juga memerhatikan figura Khalid hingga hilang dari pandangan mata.

24

Muliati Abdul

bab 5
NOUGH! Awak boleh balik. Buang masa saya aje! jerkah Khalid tanpa memandang Qantan. Bola tenis yang berada di tangannya segera disimpan di dalam kocek seluar. Nanti dulu! Satu game lagi dan saya takkan hampakan awak. Cukup, Qantan. Teknik awak tak berapa betul. Awak mesti faham perkara asas tentang tenis. Tenis bukan sekadar kejar dan pukul bola. Sekali lagi, pinta Qantan lantas mengemaskan kedudukan diri untuk menerima bola servis Khalid. Khalid tersenyum sinis. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Sudahlah, balasnya ringkas. Lebih sinis. Sekali lagi. Saya takkan berganjak dari sini selagi servis belum dimulakan. Khalid merenung Qantan tajam. Senyuman sinis di

25

Qantan Biru Langit

bibirnya mulai menghilang. Agak lama suasana sepi mencuri waktu sebelum lelaki itu kembali membuka mulut. Salah saya. Saya tak sepatutnya minta awak bermain tenis dengan saya. Khalid, sekali lagi, pinta Qantan tanpa jemu. Dia masih ingin bermain tenis bersama Khalid. Dia baru sahaja memahami cara permainan tenis dan sungguh, dia sangat menyukainya. Sekali lagi, pintanya terus, kali ini lebih berkeyakinan. Khalid membuang pandang. Enggan memandang Qantan. Kemudian langkah mula diayun. Nanti dulu, Khalid. Jangan pergi. Masih ada satu game. Jangan naif sangat, Qantan. Jangan terlalu meminta kalau awak tak tahu keadaan sebenar awak. Mungkin awak masih tak faham-faham lagi. Terus terang saya cakap, awak tak sesuai dengan tenis. Teknik awak sangat teruk. Dan kalau game ni diteruskan, saya tak yakin teknik saya sendiri semakin bagus. Mungkin sebaliknya atau semakin teruk macam teknik amatur awak. Awak bukan teman berlatih yang saya cari. Qantan terpaku. Bibirnya terkunci rapat. Di luar sedar, raket di tangannya terlepas jatuh. Peluh yang membasahi wajah dibiarkan sahaja menitis. Sorotan matanya masih tidak berkalih daripada merenung figura Khalid. Awak tak sesuai dengan tenis. Teknik awak sangat teruk. Awak bukan teman berlatih yang saya cari. Kata-kata Khalid seperti hantu yang memenuhi fikirannya.

26

Muliati Abdul

Sekujur tubuhnya menjadi lemah. Keyakinan yang setinggi gunung sudah ranap dilanda taufan maha dahsyat. Yang terdaya dilakukannya hanyalah mengetap bibir. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang bergolak di hatinya sekarang. Kalau boleh ingin sahaja dia membaling raket yang berada di tangannya ke arah Khalid. Awak dah melampau! jeritnya sekuat hati. Cukup untuk membuat semua penghuni apartmen sewaannya terjaga daripada lena yang panjang. Tidak sampai sepuluh saat sudah terdengar ketukan bertalu-talu di muka pintu. Suara Karin bernada cemas terdengar dari luar menyuruhnya membuka pintu. Qantan menyapu wajahnya sebelum bangun membuka lampu. Sebaik sahaja pintu terbuka, terjengul wajah cemas Karin. Namun hanya seketika. Sebaik sahaja terpandang wajah Qantan, Karin ketawa lucu. Bahu Qantan ditampar mesra berulang kali. Cuba bayangkan kalau kau dah kahwin dan suami kau nampak muka kau yang macam ni? Mesti dia pengsan di situ juga, ulas Karin seraya menyambung semula tawanya. Apa ni? Apa yang lucu sangat? aju Qantan sambil membetulkan rambutnya. Macam kena karan, celoteh Karin sambil menyentuh hujung rambut Qantan. Okey, cukup. Selamat malam. Pintu bilik lekas-lekas ditutup meskipun terdengar suara Karin di luar sana menyuruhnya membuka pintu semula. Tubuhnya disandarkan. Mindanya mulai mengingati mimpinya sebentar tadi. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia

27

Qantan Biru Langit

bermimpi perkara yang sama. Entah apa maksud mimpiku? Dan entah kenapa dalam ramai lelaki yang menjadi kenalanku, lelaki itu yang perlu hadir dalam mimpiku? Khalid Zhafran... bisik Qantan.

28

Muliati Abdul

bab 6
AFAEL memejamkan matanya rapat-rapat sebaik sahaja tubuh tinggi lampainya selamat berada di ruang legar KLIA. Setahun sudah berlalu sejak kali terakhir dia menghirup udara di sini. Tidak banyak perubahan yang dapat dilihatnya. Cuma lautan manusia sahaja yang makin bertambah. Ah! Kalau tidak kerana urusan kerja, memang dia tidak akan menginjakkan kaki di bumi Malaysia. Arahan ayahnya masih segar di ingatan. Dirinya dilarang sama sekali pulang ke Malaysia! Meski ibunya memaksanya untuk berjumpa semula dengan ayahnya, namun hatinya masih keras. Hatinya lelakinya masih merajuk. Tidak mudah untuk dipujuk dengan kata-kata. Hingga saat ini hatinya masih tidak berpuas hati kerana dihalang pulang ke Malaysia hanya kerana dia tidak menurut perintah ayahnya. Kadang-kadang ayahnya memang sukar difahami!

29

Qantan Biru Langit

Kalau dulu hatinya tertanya-tanya kenapa ibunya bercerai dengan ayah, tetapi sekarang jawapannya sudah ada di depan mata. Sikap keras kepalanya ayahnya memang menyakitkan hati! Dan kalau Karin juga menyuruhnya pulang ke kampung halaman mereka, rasanya dia lebih rela berbohong kepada Karin daripada pulang berjumpa ayahnya. Dia tidak sanggup berdepan dengan sikap keras kepala ayahnya lagi. Namun apalah yang mampu dilakukannya. Ayahnya tetap ayah yang wajib untuk dia hormati. Dia masih faham benar dengan ajaran ibunya untuk sentiasa menghormati kedua-dua orang tua. Cuma dia hanya seorang manusia biasa yang tidak lepas dengan khilaf. Sekali-sekala rasa marah terhadap ayah hadir juga dalam dirinya. Bukan tidak pernah dia cuba berbaik-baik semula dengan ayahnya, sudah banyak kali! Namun ayahnya sendiri yang enggan menjawab segala panggilan telefon daripadanya. Hati lelaki mana yang tidak terluka? Hanya Karin tempat bertanya tentang segala keadaan keluarga di Malaysia. Mujurlah adik tirinya yang satu itu begitu memahami. Sejenak terdetik di hatinya untuk menghubungi Karin. Namun dibatalkan saat memikirkan dia tidak boleh berada lama di bumi Malaysia. Tuntutan kerja memaksanya pulang semula ke Perancis pada petang esok. Dia datang ke sini pun secara senyap-senyap. Bimbang mengundang rasa marah ayahnya. Ki o tsukete (Jaga diri baik-baik), papa! jerit satu suara kecil yang langsung sahaja menarik perhatian Rafael. Tumpuannya terarah pada seorang anak kecil yang sedang melambaikan tangan pada seorang lelaki. Dan lelaki itu

30

Muliati Abdul

membalas sebelum mengayun langkah deras memasuki ruang legar KLIA. Saat berpapasan, sepasang matanya sempat mengerling lelaki tersebut. Wajahnya serius habis! Langkah kakinya sangat deras, lagak seperti dikejar hantu pula. Namun yang penting, lelaki itu masih muda. Sukar untuk dia percayai anak kecil itu adalah anak lelaki tersebut. Kalau hendak dibandingkan dengan dirinya yang sudah terlajak, memang seperti langit dan bumi. Kerana pada saat ini, tiada siapa lagi yang berminat untuk menjadi teman hidupnya. Nasib badan, keluhnya sendiri. Kemudian ketawa sendiri mengenang diri yang mendadak sahaja dilanda rasa cemburu terhadap lelaki tadi. Lalu tatapannya berkalih pula pada si anak kecil tadi. Pada wajah itu terlukis riak sedih. Mungkin tidak merelakan pemergian ayahnya. Pun begitu, masih tetap comel! Komennya sendiri. Wajah comel anak kecil itu tidak lepas-lepas lagi dari tatapan matanya. Seperti sudah digam. Mindanya melayang pada desakan ibunya beberapa hari yang lalu. Nampaknya ibu juga sama seperti kebanyakan ibu-ibu di Malaysia. Ibunya sudah mula bertanya bila saatnya dia akan membawa calon isteri datang berkunjung ke rumah. Alahai! Dialah lelaki paling gementar dan gusar bila diajukan soalan begitu. Entah ke mana dia hendak mencari calon menantu buat ibunya. Dia sendiri pening! Apa yang pasti, Karin dan ibunya memang sekepala dalam hal ini. Suka sangat mendesaknya supaya lekas-lekas mengakhiri zaman bujang. Hafeez, dengar cakap nenek. Jangan lari. Nanti jatuh! pesan wanita separuh umur yang sejak tadi berada di

31

Qantan Biru Langit

sisi anak kecil tersebut. Hafeez menyeringai namun tetap berlari meninggalkan neneknya. Langkah kakinya cukup laju mengejar langkah ayahnya yang sudah jauh di hadapan. Sungguh, dia belum puas menatap ayahnya. Papa! Papa! jeritnya tanpa henti. Tubuh kecilnya susup-sasap di antara orang ramai yang memenuhi KLIA. Tidak peduli pada suara neneknya. Dia sudah nekad, dia masih ingin mendengar suara dan melihat senyum ayahnya. Ayahnya baru pulang tiga hari lepas setelah bertugas di awan biru. Dan kini ayahnya akan terbang lagi. Sungguh, dia belum puas bermanja dengan ayahnya. Lariannya tambah kencang hingga akhirnya tubuh kecilnya melanggar susuk tubuh tinggi lampai. Tubuh kecilnya terhuyung-hayang sebelum jatuh terduduk. Tidak berkelip mata kecilnya merenung sang pemilik susuk tubuh yang dirempuhnya sebentar tadi. Tidak menunggu lama, suaranya sudah melengking. Bukan kerana sakit, tetapi kerana takut dimarahi. Sakit kat mana? tanya Rafael, terus lalu menyentuh tubuh kecil yang telah merempuhnya tadi. Makin kuat tangisan Hafeez saat lelaki yang dilanggarnya tadi sudah mula menyentuh lutut dan sikunya. Rafael mengulum senyum lucu. Sudah dapat menangkap riak ketakutan pada wajah comel itu. Lalu rambut halus anak kecil tersebut diusap dengan lembut. Uncle tak suka marah budak kecil, ujarnya kemudian. Barulah lengkingan suara Hafeez terhenti. Cuma bahunya sahaja yang masih terhinggut-hinggut menahan

32

Muliati Abdul

esak tangis. Nenek ane? Papa ane? soal Hafeez kemudian. Nenek ada kat sana, balas Rafael sambil menunjuk ke arah wanita separuh umur yang sedang menghampiri mereka berdua. Dan tu pula papa adik, sambungnya lagi. Kali ini dia menunjuk ke arah lelaki muda tadi pula. Hafeez, panggil si lelaki yang baru muncul dari tengah-tengah kerumunan manusia di KLIA. Tanpa menunggu sesaat lagi, lelaki yang lengkap berpakaian seragam juru terbang itu segera mendapatkan anak kecil tersebut. Kenapa Hafeez kejar papa? Nenek mana? Nenekkk! panggil Hafeez. Hanya itu yang mampu keluar dari bibir comelnya. Air matanya kembali mengalir dengan deras. Langsung tidak peduli dengan orang ramai yang mula berkerumun mengelilinginya. Hafeez cuma terkejut. Tak ada luka yang serius kecuali sikunya mungkin sakit sikit, jelas Rafael yang sejak tadi menjadi pemerhati setia. Razif menoleh ke sisinya. Kerana terlalu risaukan Hafeez, dia terlupa pada lelaki yang sejak tadi berada di sisi Hafeez. Terima kasih. Anak saya ni mesti dah banyak menyusahkan awak. Tak adalah. Budak kecil memang begini. Lagipun saya pasti Hafeez tak sanggup berpisah dengan ayahnya lagi. Razif terdiam. Renungannya singgah pada anak lelaki tunggalnya. Tugasnya sebagai juruterbang memaksanya selalu meninggalkan Hafeez di rumah bersama-sama ibunya.

33

Qantan Biru Langit

Sungguh, dia juga tidak sanggup selalu berpisah dengan Hafeez. Namun tiada apa yang mampu dia lakukan selagi dia menyandang jawatan sebagai juruterbang. Ibu minta maaf, Razif. Ibu salah. Ibu tak jaga Hafeez dengan baik. Ibu tak salah. Lagipun kita dah jumpa Hafeez semula. Kenapa Hafeez tinggalkan nenek? Hafeez tak sayang nenek lagi ke? Nenek, panggil Hafeez seraya memeluk erat tubuh gempal neneknya. Hafeez nak jupe papa je. Hafeez nak jupe papa sekejap je agi... jelas si kecil itu. Razif menghela nafas panjang. Pipi gebu Hafeez yang dibasahi air mata segera diseka dengan hujung jari telunjuknya. Ibu tunggu di sini. Sekejap lagi saya datang semula, luah Razif. Pada bibirnya terselit senyuman panjang. Nampaknya dia terpaksa menolak untuk menggantikan rakan sekerja hari ini. Kebahagiaan Hafeez lebih penting. Terima kasih banyak sebab dah tolong cucu mak cik tadi. Cucu mak cik ni memang nakal sikit, ujar nenek Hafeez. Bahasanya begitu tersusun sekali. Melalui wajah dan gaya percakapan nenek Hafeez, Rafael dapat meneka wanita separuh umur tersebut berbangsa Jepun. Tak adalah mak cik. Perkara kecil saja. Kenapa diam saja ni, Hafeez? Cepat cakap terima kasih pada uncle. Ima kacih, uncle. Arigatou gonzaimasu, ujar Hafeez sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

34

Muliati Abdul

Sudah jelas lagi bersuluh, memang keluarga yang ditemuinya hari ini mempunyai darah kacukan Jepun. Mungkin kerana itu ingatannya pada keluarga Jepun tadi enggan lupus dari ruang mindanya. Meski dia sudah tiba di bilik hotel, wajah comel Hafeez masih menari-nari di ruang mata tanpa jemu. Semuanya mengundang senyum yang panjang, senyum bahagia seorang lelaki. Tiba-tiba sahaja dia tidak sabar untuk menjadi seorang ayah! Tiba-tiba sahaja dia ingin sekali memiliki anak lelaki seperti lelaki tadi. Pasti hidupnya akan sangat bahagia! Rafael menggeleng kepala. Aneh dengan otak dan hatinya hari ini. Entah apa yang sudah merasuk, mendadak dia menginginkan sesuatu yang tidak pernah terlintas di minda sebelum ini. Tapi kalau ada anak lelaki, memang bagus! bisiknya sendiri. Senyuman pada bibirnya kian panjang.

35

Qantan Biru Langit

bab 7
ATAHARI petang yang tidak terlalu terik seperti memberi izin kepada dua insan bermain tenis sepuasnya. Angin yang bertiup lembut tanpa jemu menebarkan rasa nyaman yang begitu didambakan oleh kedua-dua insan tersebut. Karin, tersenyum puas meskipun peluh sudah mula membasahi seraut wajahnya. Gerakannya masih lincah dan cukup bertenaga mengejar backhand volley yang dihantar oleh Qantan. Harus dia akui, Qantan begitu bagus dalam menggunakan pukulan backhand. Tiada satu pun pukulan backhand Qantan yang sangkut di jaring. Qantan menghela nafas dalam meskipun dia mulai termengah-mengah. Lirikan mata bernada cemburu terarah tepat ke wajah temannya. Hatinya cemburu melihat ketangkasan Karin mengejar bola pukulannya. Sedangkan dia hanya mampu membiarkan bola hantaran Karin tidak berbalas. Sepasang kakinya terasa cukup berat untuk melangkah. Lebih-lebih lagi ketika Karin

36

Muliati Abdul

melancarkan overhead smash. Dia hanya berdaya melihat bola tersebut melantun di gelanggangnya sendiri. Sejenak dia dihimpit rasa kesal. Enam tahun tidak bersukan, ternyata otot-otot tubuhnya sudah mulai tidur. Dia tidak lagi secergas dahulu. Are you okay, Qantan? aju Karin. Jelas terlihat kerutan di dahinya melihat keadaan Qantan. Jangan paksa diri sangat. Esok kita ada meeting. Kalau nampak letih, apa pulak kata bos nanti. Qantan mengulum senyum mendengar kata nasihat daripada Karin. Jangan risau sangat. Aku tak apa-apa pun. Cuma dah lama tak bersukan, inilah padahnya, balas Qantan selamba seraya menyeka peluh yang mengalir. Cukuplah. Kita sambung lain kali, sambung Karin lantas mengayun langkah tenang mendekati Qantan. Cukuplah! Ucapan Karin mengejutkan hati dan minda Qantan. Tatapan matanya yang lesu berubah garang. Mimpinya malam tadi seperti layar perak terimbas di ruang mata. Apakah tenagaku telah hilang? Apakah aku hanya layak untuk dikasihani? Benarkah aku telah menjadi selemah itu? Hati kecilnya mulai bersuara. Tidak! Semua itu tidak benar. Tenagaku masih cukup untuk meneruskan perlawanan ini. Dan diriku bukan insan yang suka dikasihani. Aku tidak selemah yang disangka! No. Game ni mesti ditamatkan. Langkah kaki Karin terhenti lantas berpaling memandang temannya yang mendadak berwajah serius. Dia nampak lain. Sorotan matanya juga lain, bisik

37

Qantan Biru Langit

Karin, memberi analisa ringkas tentang keadaan teman serumahnya saat ini. Are you sure, Qantan? You look... Yup. Just bring it on, Karin. I wont loss to you. I will fight till the end. Sepasang mata Karin tidak berkelip merenung Qantan. Sejenak dia berpaling memandang bola tenis yang berada di tangannya. Setelah agak lama membisu, dia kembali mengambil tempat. Dia memang nampak lain. Sangat berbeza daripada sebelumnya, bisik Karin, mengiakan telahannya sebentar tadi. Match point, beritahu pengadil perlawanan. Match point.... Satu lagi bola bolos dan aku akan kalah. Aku akan menang, Qantan, ujar Karin lantas menghantar twist serve yang begitu sempurna kepada Qantan. Tak. Aku takkan kalah, sangkal Qantan lantas membalas dengan pukulan topspin serve ke tepi gelanggang Karin. Karin terpaku di tempatnya. Lirikan matanya cukup tajam memerhatikan bola tenis yang masih meleret di gelanggangnya. Agak lama dia berkeadaan begitu sebelum dia berpaling menatap Qantan. Aku tak sangka kau boleh buat pukulan topspin serve. Tiga puluh minit yang lalu kau hanya tahu menghantar volley serve. Jangan-jangan kau tipu aku tak? Kau cakap kau tak pandai main tenis, tapi aku tengok kau ni macam mahir sangat dalam sukan tenis ni, beritahu Karin, separuh

38

Muliati Abdul

bergurau. Namun jauh di relung hati, masih tertanya-tanya dari mana Qantan belajar membuat pukulan topspin itu. Mungkin Karin tidak sedar, sebenarnya Qantan sendiri masih terkejut dengan kebolehannya menghantar topspin serve. Segalanya berlaku dengan pantas. Saat dia memukul bola tadi, yang terbayang di ruang matanya hanyalah figura Khalid melakukan pukulan tersebut. Dia hanya mengingati cara Khalid bermain tenis. 15 - 40! laung pengadil perlawanan. Kali ni aku takkan lalai lagi, bisik Karin lantas sekali lagi melakukan twist serve ke arah Qantan. Seperti yang Karin duga, Qantan membuat pukulan topspin ke arah kiri gelanggangnya. Namun kali ini Karin berjaya mengawal keadaan dengan membuat satu serve flat yang begitu indah. Gerakan yang tersusun memaksa Qantan berlari kencang ke arah kanan gelanggang untuk membalas pukulan tersebut. Dengan menggunakan muslihat pergelangan tangan, dia berjaya memperdaya Karin dengan membuat seolah-olah dia ingin melakukan pukulan volley. Karin terpegun di hujung gelanggang. Bola yang dijangka akan ke belakang ternyata jatuh di bahagian depan gelanggang. Pukulan drop shot Qantan memberikan markah. 30 - 40! Laungan pengadil perlawanan membangunkan Karin daripada lamunannya. Sekilas dia merenung Qantan. Masih enggan percaya Qantan memperdayakannya dengan pukulan drop shot. Sejenak kata-kata Qantan sebelum perlawanan bergema di telinganya. Aku tak pandai main tenis. Jangan harap yang

39

Qantan Biru Langit

terbaik daripada aku dan jangan terkejut kalau aku kalah dalam straight game. Tenis bukan dunia aku. Karin mengulum senyum panjang. Tenis bukan dunia aku ye.... Baiklah. Aku takkan berlembut lagi, bisiknya sendiri lantas membuat pukulan bullet serve dengan anggaran kelajuan 142km/h ke arah Qantan. Qantan membalas dengan pukulan volley ball jauh ke hujung gelanggang. Pukulannya memaksa Karin berlari ke kiri gelanggang untuk menyelamatkan bola tersebut. Qantan mengulum senyum dan begitu yakin Karin akan membalas dengan pukulan volley ball juga. Jangkaannya tepat. Karin menghantar bola tinggi. Qantan mengerah seluruh tenaga untuk membalas dengan satu pukulan smash kencang ke arah tengah gelanggang. Deuce! laung pengadil perlawanan. Karin masih terpaku di tempatnya berdiri. Tidak berdaya untuk bergerak. Sepasang matanya tidak berkelip merenung Qantan. Semakin lama teknik bermain tenis Qantan semakin menyerlah. Diam-diam dia mulai merasa kagum dengan bakat bermain tenis Qantan. Smash apa tu? Tak pernah aku tengok pun? luah Karin seraya menyeka peluh yang membasahi wajah, Dead Smash! Aku belajar buat pukulan tu enam tahun lalu, jelas Qantan. Wow! Kau ni cukup misteri. Sekarang aku tak yakin boleh kalahkan kau kalau kau terus guna dead smash ni, akui Karin lantas sekali lagi mengemaskan kedudukan untuk membuat pukulan servis. Aku takkan kalah, bisik Qantan sebelum

40

Muliati Abdul

membalas pukulan Karin ke tengah gelanggang. Karin mengambil kesempatan yang ada dengan membuat satu pukulan drop shot. Qantan yang menyedari muslihat Karin berlari pantas ke arah jaring. Sebelum sempat raketnya menyentuh bola, dia tersilap langkah dan tanpa ampun lagi kakinya terseliuh. Dia menjerit kesakitan. Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan yang teramat. Qantan! laung Karin seraya berlari mendapatkan Qantan yang sedang memegang kakinya. Kau tak apa-apa ke, Qantan? sambung Karin sebelum membantu Qantan membuka kasut dan stoking. Ya Allah, bengkak! Aku minta maaf, Qantan. Aku yang sebabkan kaki kau jadi macam ni. Jangan cakap macam tu. Bukan salah kau. Lagipun tak sakit sangat, bohong Qantan lantas mencuba untuk berdiri. Tak sakit sangat? sindir satu suara garau. Sekujur tubuh tinggi lampai sudah bertekuk lutut di hadapan Qantan. Please dont tell lies to us. Saya pernah terseliuh and it hurts like hell, komen si pemilik suara garau itu. Sekilas Qantan berpaling ke arah Karin yang seolah-olah ingin melompat kegembiraan. Abang Rafael... ujar Karin. Tidak berkelip sepasang matanya memandang figura lelaki itu. Macam mana abang boleh ada kat sini? Abangkan sepatutnya ada kat France? lanjut Karin lagi. Jelas masih terkejut melihat kehadiran Rafael. Does that mean you dont want to see me in

41

Qantan Biru Langit

Malaysia? soal Rafael sebelum menolong mengurut kaki Qantan. Lekas-lekas Qantan menarik kakinya daripada disentuh oleh lelaki bernama Rafael itu. Sepasang matanya menyorot tajam ke arah lelaki yang bernama Rafael itu. Rafael mengulum penolakan Qantan. senyum, mengerti dengan

Saya tak bermaksud apa-apa. Saya cuma nak tolong awak, lanjut Rafael, terselit senyuman tipis di bibirnya. Boleh izinkan saya urut kaki awak? pinta Rafael sambil menghulurkan tangan. Qantan mengerling Karin di sisinya. Dont worry. Abang aku ni baik. Dia tak akan buat sexual harassment. Rafael tergelak kecil mendengar celoteh Karin. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Bukan macam tu. Saya tak bermaksud macam tu. Saya tak fikir pun macam tu, jelas Qantan. Hatinya risau bukan main kalau-kalau Rafael kecil hati. Saya tahu. Karin cuma bergurau. Jangan risau, hati saya ni sejuk macam ais. Dijamin takkan marah. Qantan menghela nafas dalam. Agak lama dia membisu sebelum menyuakan kakinya yang terseliuh kepada Rafael. Terima kasih sebab percaya pada saya, bisik Rafael lantas sekali lagi menolong mengurut kaki Qantan. Qantan mengamati wajah serius Rafael. Terbit rasa bersalah di hatinya kerana sempat berfikiran serong terhadap lelaki itu. Dalam diam dia menyalahkan diri.

42

Muliati Abdul

Ternyata Rafael begitu pakar mengurut kaki yang terseliuh. Urutan lelaki itu begitu lembut namun tidak semena-mena lelaki itu menarik ibu kaki Qantan. Tanpa sedar Qantan menjerit kesakitan. You should feel better by now. Rehat dua tiga hari dan rasa sakit tu akan hilang. Lepas tu awak boleh main tenis lagi, ujar Rafael seraya menghadiahkan senyum tipis. Benar kata lelaki yang bernama Rafael itu. Kakinya yang terseliuh tidak lagi berdenyut-denyut seperti sebelumnya. Qantan, meet my big brother. Rafael. Dialah abang yang selalu aku cerita tu. Macam mana? Boleh tahan, kan? Eh? Lidahnya kelu mendadak. Tidak menduga Karin boleh bertanya soalan tersebut padanya. Pleasure to meet you, Qantan dan tentang soalan Karin tu, tak payah jawab. Karin cuma bergurau. Pleasure to meet you too and thanks for helping me, balas Qantan dan sempat mengerling Karin di sisinya. Dia mahukan penjelasan dan sekali gus ingin Karin berhenti bergurau untuk seketika.

43

Qantan Biru Langit

bab 8
didengari oleh Rafael.

ETUL ke dia abang kau, Karin? aju Qantan separuh berbisik supaya tidak

Yup. Im her elder brother. Tapi saya tak faham kenapa Karin tak pernah tunjukkan gambar saya pada awak. Sampai hati Karin buat abang macam ni, rungut Rafael. Riak wajahnya bertukar sedih. Laaa... telinga lintah betul dia ni. Ingatkan tak dengar tadi, omel hati kecil Qantan. Karin ketawa lepas. Abang kalau merajuk nampak buruk sangat. Muncung panjang sedepa. Patutlah sampai sekarang abang tak kahwin lagi. Ke situ pulak, rungut Rafael sekali lagi. Karin tergelak kecil seraya kembali menatap wajah keliru Qantan. Abang Rafael is my brother and I do love him so much. Tapi kami lain ibu. Selama ni Abang Rafael tinggal dengan ibunya di France. Qantan mengangguk-anggukkan kepalanya.

44

Muliati Abdul

Macam mana abang tahu Karin ada kat sini? Secara kebetulan abang temankan rakan business abang main tenis kat sini, jelas Rafael sambil menunjuk ke arah rakan-rakannya yang sedang menunggu di gelanggang tiga. Maksudnya kalau kita tak jumpa kat sini, abang takkan datang cari Karin, kan? Rafael terdiam. Mati akal dan tanpa disedari rasa bersalah menguasai diri. Abang ni memang, tak berhati perut langsung. Jadi abang tak nak balik jumpa ayah jugak? aju Karin terus. Lagak seperti mafia yang siap untuk menjatuhkan hukuman. I will. Petang esok, tapi tak tidur sana sebab abang terpaksa balik France semula. Bila abang nak pindah Malaysia? Pujuklah ibu abang tinggal kat sini. Yang tu susah sikit abang nak buat. Apa yang susahnya. Abang cuma perlu pindah dan tinggal kat Malaysia je. Karin mesti faham, ayah dengan ibu abang dah bercerai. Abang sengaja nak cari alasan. Karin tahu, abang memang tak sayangkan Karin. Tanpa sedar Qantan mengulum senyum lebar melihat telatah Karin yang sudah merajuk. Jangan cakap macam tu, Karin. Abang sayangkan Karin, dan pada masa yang sama, abang pun sayangkan ibu abang. Beri abang sikit masa, okey? Dari dulu pun abang selalu cakap beri sikit masa.

45

Qantan Biru Langit

Tapi sampai sekarang abang tetap tinggal kat France. Rafael menepuk mesra bahu adiknya. Jangan merajuk, Karin. Okay, heres the deal.... Kalau Karin nak sangat abang pindah Malaysia, abang ada satu syarat. Apa syaratnya? soal Karin tidak sabar. Karin mesti carikan girlfriend untuk abang. Make sure shes Malaysian. Itu aja? Thats pretty easy. Qantan, will you be my brothers girlfriend? Eh? balas Qantan, separuh menjerit. Sepasang matanya terbuka luas membalas tatapan Karin. Rafael ketawa senang. Sekali lagi bahu Karin ditampar mesra sebelum mengulum senyum tipis ke arah Qantan. Jangan buat abang malu dengan Qantan. Sikap Karin ni dah buat Qantan terkejut, ujar Rafael kemudian, masih lagi tersenyum sebelum sorotannya beralih ke arah Qantan. Qantan, jangan ambil kisah sangat dengan katakata Karin tadi. Shes joking. Believe me. Apa pulak? Karin serius. Karin suka sangat Qantan jadi kakak ipar Karin. Ill make sure she ties you up to live in Malaysia. Tanpa sedar, Qantan mencubit lengan Karin. Wajahnya sudah hangat membahang mendengar gurauan melampau Karin. Sepasang matanya tidak berdaya lagi untuk memandang Rafael. Ouuuccchhh!!! jerit Karin. Tawa Rafael semakin besar namun beberapa saat kemudian lelaki itu meminta diri setelah rakan-rakannya

46

Muliati Abdul

memanggil dari kejauhan. Qantan mengikuti langkah Rafael sehinggalah Karin menegurnya. Macam mana? Macam mana apa? soal Qantan semula, pura-pura tidak mengerti. Buat-buat tak faham pulak. Tak berkenan ke dengan abang aku yang handsome tu? Dahlah handsome, tinggi pulak. Kerja pun bagus. Takkan tak tergoda? Kau ni demam ke? Tiba-tiba je melobi abang kau? Melobi pun bukan sikit, tapi tinggi melangit! Karin ketawa besar. Kata-kata yang keluar dari mulut Qantan kedengaran begitu lucu padanya. Aku sihat, cuma aku rasa kau ni calon yang sesuai untuk abang aku tu. Macam pinang dibelah dua. Hesy! Jangan buat lawak petanglah, nafi Qantan. Tak. Aku tak buat lawak. Aku serius. Macam mana kau rasa? aju Karin, terselit senyuman nakal di hujung bibirnya. Tak rasa apa-apa, ujar Qantan selamba. Sikit pun tak ada? desak Karin terus. Sejuta kerutan terlukis jelas di dahinya. Sikit pun tak ada. Karin menyapu wajah mendengar penjelasan Qantan. Dia enggan percaya Qantan tidak menyukai abangnya. Betul ke ni? Sikit pun tak ada??? desak Karin sekali lagi. Kali ini sepasang tangannya ikut memainkan peranan.

47

Qantan Biru Langit

Qantan menggelengkan kepalanya. Tipu! Mesti ada. Mustahil tak ada, desak Karin. Okey, aku mengaku. Aku suka abang kau. Tapi suka saja, bukan cinta. Ada beza tu, akui Qantan. Selagi dia tidak berterus terang selagi itulah Karin tidak akan jemu mendesaknya. You do? Thats great! Lama-lama nanti rasa suka tu boleh tukar jadi rasa cinta. Qantan celoteh Karin. menggelengkan kepalanya mendengar

Kau tahu Qantan, abang aku tu baik orangnya. Dia yang ajar aku main tenis. Dia juga yang ajar aku ABC. Pokoknya hes a great big brother. Dulu Abang Rafael tinggal dengan kami sehinggalah umurnya dua puluh tahun. Kemudian dia ambil keputusan untuk tinggal dengan ibu kandungnya di France. Abang Rafael nak jaga ibunya. Aku boleh jamin Qantan, tak rugi kalau jadi isteri Abang Rafael. Hidup dijamin bahagia. Okey. Aku tahu Abang Rafael kau tu baik orangnya. Jadi tak payahlah nak puji melangit sangat. Karin ketawa senang lantas menarik tubuh Qantan rapat ke tubuhnya. Tak sabar nak beritahu Abang Rafael yang kau suka dengan dia. Masya-Allah, suka sebagai kawan saja. Ni dah melalut fikir yang bukan-bukan pulak. Dahlah, jom balik. Aku nak rehat. Kalau boleh aku tak nak ambil MC esok. Karin sempat melambaikan tangannya pada Rafael sebelum mengangguk setuju pada cadangan Qantan. Keduaduanya melangkah keluar dari kawasan gelanggang.

48

Muliati Abdul

bab 9
ANDSOMENYA... kalau dia jadi suami aku, sah aku tak tidur malam jaga dia, ujar Aliya sambil tersenyum bahagia. Sejak tadi akhbar Berita Harian tidak lekang dari tangannya. Siapa yang handsome sangat tu? aju Karin. Matanya terarah pada Aliya dan Celine. Aku tak tahu pun selama ni Malaysia ada pemain tenis bertaraf dunia and youre right Aliya, hes handsome. Kacuk ke? Yup. Ibunya Swedish, balas Aliya. Patutlah sedap mata memandang. Kalau aku jumpa dia, aku tak tau nak cakap apa. Aku suka tengok sepasang mata dia. Kamu semua ni tengah bercakap tentang siapa ni? aju Karin sekali lagi. Kali ini dia sudah menghampiri Aliya dan Celine. seraya Kami tengah bercakap tentang dia ni, balas Aliya menunjukkan gambar Khalid Zhafran yang

49

Qantan Biru Langit

terpampang di muka depan akhbar Berita Harian. Oh, dia ni. Handsome pun tak guna kalau bongkak. Maksud kau? soal Celine. Sombong. Tak pandai bergurau, tak pandai senyum dan tak banyak cakap. Itulah sifat sebenar Khalid. Media kita sendiri nak interviu dia pun tak boleh. Aku rasa, lebih baik dia tukar nationality dia. Qantan tersenyum seorang diri mendengar cerita Karin. Dia tak berubah lagi rupanya. Masih lagi Khalid yang sombong dan berhati beku. Semua mata tertumpu ke arah Qantan. Aliya sudah meletakkan akhbar di tangannya di atas meja sebelum menerpa ke arah Qantan. Kau kenal dia? Maksud aku Khalid. Yup. Aku dengan dia pernah jadi rakan sekelas. Tiga pasang mata terbuka luas mendengar cerita Qantan. Enggan percaya pada kata-kata yang baru lahir dari bibir Qantan. Are you sure? Really really sure? soal Celine pula. Qantan sekadar menganggukkan kepala lantas ketawa kecil. Jangan buat muka macam tu. Aku dengan dia memang pernah jadi rakan sekelas. Tapi cuma setahun. Itu pun masa darjah enam. Sekarang kau kena cerita tentang Khalid dari A sampai Z, desak Aliya kemudian sambil ketawa senang. Riak wajahnya jelas terpancar kebahagiaan sebaik sahaja mendapat tahu Qantan pernah menjadi rakan sekelas Khalid. Tak ada apa yang nak diceritakan. Lagipun apa yang Karin cakap tadi betul. Sombong, tak banyak cakap, tak pandai bergurau dan hati beku.

50

Muliati Abdul

Tipu. Kau dengan dia mesti ada apa-apa. Qantan memukul lembut bahu Celine. Kau ingat zaman dulu-dulu umur dua belas tahun dah pandai bercinta ke? Kalau pasal Khalid, aku ada berita gembira untuk kau, Aliya, celah Sheila sambil tersenyum puas. Berita gembira? Yup. Company kita dah sepakat untuk buat satu buku biografi tentang Khalid. Pengurus Khalid dah bagi lampu hijau untuk jalankan projek ni. Aku akan bongkar semua cerita tentang Khalid yang selama ni dianggap misteri termasuk isteri idaman dia. Semoga berjaya, Sheila. Jangan hampakan kami semua dan paling penting jangan jadi macam wartawan akhbar lain, usik Karin. Aku yakin aku akan dapat bongkar cerita tentang Khalid. Kamu semua tunggu saja berita gembira daripada aku. Kau rasa dia boleh tak? soal Aliya sebaik sahaja kelibat Sheila hilang di sebalik pintu. Boleh apa? aju Qantan semula. Boleh interviu Khalid. Boleh kut. Aku pun tak pasti. Tapi aku rasa kau lebih sesuai buat interviu ni. Aku? Kenapa pulak? Kaukan pernah jadi rakan sekelas dia. Jadi kebarangkalian soalan kau tak dijawab adalah tipis. Qantan ketawa kecil. Mengarutlah. Aku yakin Sheila boleh berjaya tulis semua cerita tentang Khalid. Kau

51

Qantan Biru Langit

pun dengar tadi, betapa bersemangatnya Sheila. Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh cakap apa-apa. Tapi aku tetap rasa kau paling layak untuk buat tugasan tu. Sheila takkan hampakan syarikat, balas Qantan selamba. Boleh tak kita berhenti bercerita tentang Khalid. Rimaslah cakap pasal lelaki sombong tu. By the way Qantan, bila kau nak ambil cuti? Cuti? Cuti apa ni? Kerja tengah berlambak kau tanya pasal cuti pulak, balas Qantan. Alah, aku nak ajak kau pergi France jumpa Abang Rafael. Aku tau kau dah mula rindukan abang aku tu. Oh ya, baru aku ingat, aku ada perbincangan dengan Jessica. Kita jumpa after office hours ye, ujar Qantan sebelum meninggalkan Karin. Dia menghela nafas kelegaan setelah berhasil melarikan diri daripada Karin dan cerita tentang Rafael. Namun hanya seketika saat hatinya disapa rasa kecewa. Langkahnya terhenti dan sepasang matanya menyorot tajam ke arah Sheila. Kau bertuah, Sheila, bisiknya separuh kesal. Dan dalam diam dia sendiri masih keliru kenapa dia harus diburu rasa kesal.

52

Muliati Abdul

bab 10
ANTAN memandu tenang. Jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur mulai sesak dengan kenderaan. Sepasang matanya menyorot tajam pada sang mentari yang sedang enak melabuhkan tirai siang. Terbentang luas langit jingga yang begitu indah seolah-olah gembira menyambut kedatangan sang rembulan. Tanpa sedar Qantan mengeluh pendek. Rasa cemburu terhadap Sheila masih menebal. Meski dia tersenyum dan ketawa, namun dia tidak dapat membohongi perasaannya sendiri. Kalau boleh, dia ingin sekali dipilih untuk menemu ramah Khalid Zhafran. Aneh sungguh apa yang dialaminya sekarang. Sesungguhnya dia benci mempunyai perasaan sebegini. Namun meski berulang kali dia menepis, rasa cemburu itu tetap juga hadir memenuhi segenap relung hati. Sekali lagi dia mengeluh saat lampu isyarat bertukar merah. Tubuhnya disandarkan sebelum membuka radio. Terdengar suara DJ radio mengulas berita tentang

53

Qantan Biru Langit

sukan. Sejenak fikirannya kosong saat DJ radio itu menyebut nama Khalid Zhafran. Khalid memang hebat, bisiknya perlahan setelah mendengar berita kejayaan Khalid memenangi Grand Slam keduanya setelah Davis. Dari dulu sampai sekarang, dia memang hebat bermain tenis, bisiknya terus. Tanpa sedar kenangan sewaktu masih di bangku sekolah terpapar jelas di layar matanya. Awak ni suka sangat dengan tenis. Cubalah sukan lain, ujar Qantan selamba. Sepasang matanya menyorot tajam ke arah Khalid di hadapannya. Jangan sibuk. Jaga hal awak sendiri. Qantan menggigit bibir. Sebagai penolong ketua darjah, dia cuma ingin membantu Khalid membuat pilihan sukan yang tepat. Awakkan tahu, sekolah kita ni mana ada kelab tenis. Ada saya kisah? ujar Khalid yang hampir sahaja membuat Qantan hilang sabar. Saya cuma nak tolong awak. Sekolah kita ni ada banyak kelab sukan yang lain. Kan saya dah cakap, jangan sibuk. Saya nak main tenis ke, apa ke, awak peduli apa! Apa yang bagus sangat dengan tenis tu? Apa kata awak cuba badminton. Badminton dengan tenis... Hei otak udang, tak faham bahasa ke? Kan saya cakap jangan sibuk! tempelak Khalid. Kelas Enam Dinamik yang tadinya riuh-rendah terus sepi mendengar suara keras Khalid. Semua mata tertumpu ke arah Qantan.

54

Muliati Abdul

Otak udang? Dia panggil aku otak udang...? bisik Qantan. Wajahnya hangat membahang. Misinya untuk memujuk Khalid menyertai kelab badminton sudah lupus dari mindanya. Sabar ye Cik Bunga Kantan. Lain kali jangan... Nama aku bukan bunga kantan, pintas Qantan sambil menjeling Razif, Ketua Darjah Enam Dinamik. Sorotannya berubah tajam. Tidak berkelip matanya merenung Razif. Dia tahu Razif sekadar bergurau, namun pada saat ini hatinya sedang hangat membahang. Mak oiii... garangnya Cik Bunga Kantan ni! Memang sepadan dengan Khalid. Dua-dua garang macam singa. Kelas Enam Dinamik kembali bising dengan suara tawa Razif dan teman-temannya. Namun hanya seketika bila Khalid bangun dari bangku. Tanpa sebarang isyarat dia sudah meluru ke arah Razif dan satu tumbukan kencang tepat mengenai wajah Razif. Buat seketika Razif terhuyung-hayang sebelum jatuh terduduk. Darah segar membuak-buak keluar dari hidungnya. Sekali lagi kelas Enam Dinamik riuh-rendah. Kali ini bukan suara tawa, tetapi jeritan ketakutan. Hei otak udang. Her nama is Qantan, and not Bunga Kantan. Otak tak tahu letak mana. Lagi satu, muka aku muka manusia. Bukan macam singa, tempelak Khalid sambil menuding jari ke arah Razif yang jelas masih tergamam. Oiii Mat Celup. Aku cakap pasal perumpamaan. Kau garang macam singa. Kau tu yang otak tak tahu letak mana. Perumpamaan pun tak tahu!

55

Qantan Biru Langit

Apa kau cakap? Ulang sekali lagi? Baka Khalid! (Khalid yang bodoh) Zettaini baka (memang bodoh), tutur Razif dalam bahasa Jepun. Apa yang kamu berdua buat ni? Umur dah dua belas tahun, tapi perangai masih macam budak-budak. Ingat sikit, kamu berdua ada UPSR tahun ni. Kamu berdua nak digantung sekolah ke? gertak Cikgu Othman, guru disiplin yang entah muncul dari mana. Saya tak salah cikgu. Baka Khalid tu yang mulakan dulu. Sudah. Cikgu tak nak dengar sebarang alasan. Kamu sebagai ketua darjah sepatutnya jadi contoh kepada murid yang lain. Ini tidak! Cikgu, semua ni salah faham je, ujar Qantan, cuba untuk membela Khalid dan Razif. Salah faham? Sampai berdarah macam ni awak cakap salah faham lagi? Kamu pun sama, Qantan. Ketua dengan penolong, dua-dua macam budak kecil. Qantan mengetap bibir. Mendadak dia merasakan dirinya yang menjadi punca pergaduhan. Razif dengan Khalid, kamu berdua ikut cikgu sekarang! Dan Qantan, cikgu nak awak pastikan pelajar lain buat ulang kaji. Sekelip mata segala kenangan sewaktu di bangku sekolah hilang saat telinganya mendengar bunyi hon kereta saling bersahutan. Menyedari lampu isyarat sudah berubah hijau, kelam-kabut Qantan memasukkan gear. Namun kerana terlalu cemas, dia salah memasukkan gear. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya memecut laju. Lekas-lekas dia

56

Muliati Abdul

menekan brek kecemasan. Terdengar lagi hon kereta saling bersahutan. Qantan menghela nafas panjang sebelum kembali menghidupkan enjin dan memandu keretanya ke bahu jalan. Semangatnya yang hilang dek kerana terkejut tadi perlu dicari. Awak okey ke? tegur satu suara. Seperti kilat dia menoleh dan senyuman tipis seorang lelaki yang menyambut tatapan matanya. Ya Allah, apakah ini satu kebetulan atau suratan yang telah Kau tulis? hati perempuannya bertanya sendiri. Suasana hening mencuri waktu. Qantan kehilangan kata-kata dek kerana rasa terkejut buat kali kedua. Masya-Allah, awak ni Qantan, kan? aju suara itu lagi meski Qantan masih membisu. Kau tak ingat aku lagi ke? Aku Razif! Kita pernah jadi rakan sekelas. Ingat tak? Masya-Allah, Razif. Lamanya kita tak jumpa, balas Qantan, seolah-olah baru sahaja mengingati siapa Razif. Mana mungkin dia melupakan Razif Khusaini yang satu ini. Lelaki ini telah menjadi rakan sekelasnya sejak dari darjah satu sampai enam. Lelaki ini jugalah yang selalu mengusiknya dengan panggilan bunga kantan. Dan lelaki ini juga yang nyaris-nyaris menjadi suaminya. Yup. Kali terakhir kita jumpa lepas PMR kemudian terus lost contact. Kau apa cerita sekarang? Dah kahwin? Qantan ketawa kecil. No. Aku belum kahwin dan sekarang ni sihat walafiat. Kau pulak macam mana? Aku? Cuba kau lihat kat sana.... Qantan menyorot ke arah yang ditunjukkan oleh

57

Qantan Biru Langit

Razif. Seorang anak kecil dalam lingkungan tiga tahun berdiri di sisi sebuah kereta. Anak kau? Razif mengangguk. Kau ada rancangan apa-apa tak? Kalau tak ada, boleh join kami. Aku dengan Hafeez nak pergi Giant, join sekalilah. Apa pulak kata isteri dengan anak kau nanti? Razif tersenyum lebar seraya menganggukkan kepala. Hafeez lagi suka kalau tambah satu orang lagi. Isteri kau? Dijamin takkan marah. Lagipun kau kawan lama aku. Jangan risau, takkan ada skandal antara kita berdua. Qantan ketawa senang mendengar celoteh Razif dan sungguh, lelaki ini masih sama seperti dahulu. Masih banyak cakap. Kau ikut kereta aku, ya? pinta Razif sebelum berlalu menghampiri keretanya sendiri.

MANA isteri kau? Kenapa tak ikut sekali? soal Qantan setelah sekian lama menahan diri daripada bertanyakan soalan tersebut. Razif tersenyum pahit. Pipi lembut Hafeez diusap mesra sebelum kembali memberi tumpuan ke arah Qantan. Papa, esok kita pegi Giant lagi ye, pinta Hafeez manja. La... kan sekarang kita ada kat Giant. Wajah comel Hafeez terus berubah cemberut.

58

Muliati Abdul

Okeylah. Esok kita pergi Giant lagi. Horeeeyyy!!! Papa memang best! jerit Hafeez keriangan. Qantan yang melihat kemesraan kedua-duanya ikut mengulum senyum senang. Sebenarnya ibu Hafeez dah pergi menyahut seruan Ilahi. Senyuman di bibir Qantan terus hilang. Sorotan matanya tidak berkalih dari merenung wajah kelam Razif. Aku betul-betul minta maaf, Razif. Sepatutnya aku tak tanya soalan tadi, balas Qantan. Terbit rasa bersalah kerana membangkitkan kisah sedih Razif. Kau tak salah pun. Salah aku sebab tak beritahu dari awal. Lagipun perkara ni dah lama. Kau pulak macam mana? ujar Razif. Tak ada yang menarik pun. Cuma aku berjaya jadi wartawan macam yang aku cita-citakan dulu. Maka jadilah aku sebahagian manusia sibuk kat KL ni. Sekurang-kurangnya aku berjaya jadi wartawan. Tak macam aku. Berangan nak jadi doktor akhirnya tak dapat. Jadi pilot cabuk aje. Pilot cabuk? Merendah diri pula hamba Allah yang sorang ni. Kau tahu tak Razif, dekat luar sana ada beribu-ribu penganggur tengah berbaris nak jadi pilot cabuk macam kau. Sejak bila kau jadi manusia tak tahu bersyukur ni? gerutu Qantan. Razif ketawa senang mendengar rungutan Qantan. Aku tahu. Syukur alhamdulillah sebab aku dapat jadi pilot cabuk. Syukur jugaklah aku dapat cuti seminggu. Tapi minggu depan aku dipaksa pulak terbang ke Europe. Aku kesian dengan Hafeez aje. Aku rasa macam nak cari kerja

59

Qantan Biru Langit

lain. Yang tak payah terbang. Tapi aku rasa Hafeez seorang anak yang faham apa kerja ayahnya. Tapi kalau susah sangat, kau cari ibu baru aje untuk Hafeez, ujar Qantan sebelum membantu membersihkan pinggir bibir Hafeez yang dipaliti sos tomato. Razif ketawa senang. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Cakap memang senang, Qantan. Tapi bila mereka tahu aku ni duda anak satu, terus mereka angkat kaki. Kau ni bercakap macam orang putus asa. Jangan risau, aku akan tolong kau, ujar Qantan. Lebih berkeyakinan. Terbayang di ruang matanya wajah Karin. Okey. Aku tunggu berita baik daripada kau. Mesti cantik tau! Amboiii lebih-lebih pulak dia, tutur Qantan yang langsung dibalas tawa senang Razif. Taklah. Aku bergurau aje. Kau nak tolong pun aku dah syukur sangat. Aku tahu. Kau memang suka bergurau. Kalau tak kau takkan panggil aku bunga kantan. Terdengar lagi tawa senang Razif. Bibir matanya mulai digenangi air mata. Lepas kena penangan Si Khalid, aku dah tak berani panggil kau bunga kantan. Sakit sangat ke dia tumbuk? Macam nak patah tulang rahang aku. Cikgu Othman pun satu, ada ke patut dengan aku-aku sekali dia hukum bersihkan tandas. Seminggu badan aku bau macam tandas. Aku betul-betul minta maaf. Semua tu salah aku.

60

Muliati Abdul

Benda dah lepas. Khalid pun sekarang dah jadi pemain tenis. Tapi kalau ingat balik, macam nak balik semula zaman sekolah rendah dulu. Zaman gembira. persekolahan memang yang paling

Aku setuju dan aku perasan, kau tetap tak berubah. Kau masih lagi Qantan yang cepat mesra dan suka ketawa. Masa dalam kereta tadi, aku takut kau kekok dengan aku. Tapi nampaknya aku silap. Rasa macam mimpi dapat jumpa kau balik. Kalau harap nak jumpa Khalid, memang susah. Kalau ada peluang pun, tak tahu dia sudi tak jumpa aku, sambung Razif kemudian. Takkanlah dia tak sudi jumpa kau. Kaukan pernah jadi rakan sekelas dia. Razif termenung panjang, seolah-olah mengingati kisah persekolahannya dengan Khalid. cuba

Lepas UPSR diumumkan, aku dengan Khalid ditempatkan di SEMSAS, Kuantan. Kami satu kelas. Aku pun tak sangka boleh satu sekolah dengan dia lagi. Kau satu sekolah dengan Khalid? Kau tak pernah cerita dengan aku pun? soal Qantan, seperti tidak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja lahir dari bibir Razif. Cuma dua tahun. Lagipun kaukan tahu Khalid tu jenis tak suka campur dengan orang lain. Aku nak tegur pun fikir dua tiga empat kali. Silap hari bulan hinggap lagi buku lima dia kat muka aku ni. Qantan ketawa lucu mendengar cerita yang lahir dari bibir Razif. Dia garang sangat ke?

61

Qantan Biru Langit

Taklah garang sangat. Tapi sikapnya yang suka menyendiri tu yang aku tak tahan. Lagipun lepas ibunya meninggal, dia berhenti sekolah dan ikut pak ciknya ke luar negara. Tapi aku tak sangka dia akan betul-betul jadi pemain tenis bertaraf dunia. Kau pun tahu sendiri, sekolah rendah kita mana ada kelab tenis dan SEMSAS pun sama. Aku pun hairan macam mana dia buat latihan. Ibunya meninggal, bisik Qantan antara dengar dengan tidak. Fikirannya kosong sama sekali. Razif yang bercerita di hadapannya seolah-olah sudah tidak wujud. Fikirannya sudah jauh menerawang.

62

No. ISBN:- 978-967-5067-27-3 Jumlah muka surat: 371 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM16, Sabah/Sarawak: RM19 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM12, Sabah/Sarawak: RM15 Sinopsis:Seorang gadis biasa yang mempunyai nama yang luar biasa... Qantan Biru Langit. Hidupnya biasa-biasa sahaja hinggalah nama Khalid Zhafran muncul semula di dalam hidupnya. Pemain tenis bertaraf antarabangsa yang sejuk beku lagi dingin orangnya.

Qantanlah yang telah membuka pintu hati Khalid untuk menerima sebuah persahabatan ketika mereka sama-sama menuntut di sekolah rendah dahulu. Ketika tali persahabatan mereka bertaut kembali, kehadiran Razif mengganggu emosi Qantan kerana Razif menuntut Qantan melalui wasiat datuk Qantan yang mahukan mereka berdua dijodohkan. Di kala hidup Qantan semakin berserabut, Rafael (abang kepada kawan serumah Qantan iaitu Karin) juga mengharapkan balasan cinta daripada Qantan. Kata putus harus diambil. Qantan harus memilih. Siapakah lelaki Malaysia terbaik yang menjadi pilihan Qantan Biru Langit? Aku takkan pernah lelah menunggu lelaki terbaik Malaysia hadir di dalam hidupku. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan QANTAN BIRU LANGIT di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196