You are on page 1of 15

Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970 Perpaduan dapat diertikan

sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan ialah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal,budaya, adat resam,cara hidup,latar belakang,kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi diperingkat wilayah dan antara kaum,berasaskan persamaan hak dan keadilan. Cabaran ini berkait rapat dengan cabaran ke-5 yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak-ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara. Sebelum tahun 1970, terdapat beberapa faktor yang menyulitkan dan menggagalkan usaha kerajaan untuk membina negara dan mewujudkan perpaduan rakyat melalui proses asimilasi. Antara faktor-faktor tersebut ialah; Perbezaan Agama dan Budaya: adalah jelas ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu mempunyai adat resam,bahasa,agama dan falsafah hidup yang berbeza. Setiap kumpulan etnik jahil mengenai adat resam,kebudayaan dan pengamalan agama masyarakat yang lain. Masing-masing menganggap 1

kebudayaan dan agama mereka adalah yang terbaik. Walaupun berlaku perkahwinan campur antara kaum, tetapi ianya terhad kerana wujud halangan yang kuat dari segi agama. Perbezaan dan pengasingan agama,budaya dan cara hidup ini bukan sahaja menguatkan lagi sikap prasangka buruk antara masyarakat, mahan menghalang proses integrasi sosial antara kaum. Dasar Pecah Dan Perintah British: Dasar British tidak mengambil langkah-langkah yang menggalakkan bagi mewujudkan kerjasama,toleransi atau interaksi antara kaum di Tanah Melayu. Pengimportan buruh dari Cina,India dan Sri Langka secara beramai-ramai adalah untuk kepentingan ekonomi British. Walaupun wujud segregasi kaum secara sukarela dan bukannya sesuatu yang dirancang dengan sengaja bagi tujuan dasar pecah dan perintah semata-mata, British membiarkan keadaan ini terus berlaku. Dasar British tidak langsung mengambil kira masa depan Tanah Melayu yang bergantung kepada aspek perpaduan negara sebagai asas kedaulatan dan kemerdekaan negara . Atas kepentingan sosioekonomi British, pihak penjajah menetapkan status dan peranan sosioekonomi yang berlainan bagi kaum Melayu,Cina dan India. Contohnya; golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam perkhidmatan awam sementara orang Melayu kebanyakannya digalakkan terus menetap di kawasan luar bandar. Orang cina dibiarkan tinggal di lombong-lombong dan di bandar, manakala orang India tinggal diladangladang getah. Interaksi antara kaum terhad kepada pergaulan di pejabat dan pasar semasa proses jual beli sahaja. Sistem Pendidikan Yang Berasingan: Sehingga Penyata Razak 1956 dibentangkan,tidak terdapat satu bentuk sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu. Wujud corak pendidikan vernakular yang menekankan kepada empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Pendidikan Melayu terbahagi kepada dua iaitu pendidikan agama di pondokpondok dan pendidikan sekular peringkat rendah yang membolehkan orang Melayu sekadar tahu membaca,menulis dan mengira yang diperkenalkan oleh British. Pendidikan sekular rendah ini adalah percuma dan belajar setakat darjah enam sahaja dalam Bahasa Melayu dengan kurikulum yang sesuai untuk

menjadikan murid itu seorang petani atau nelayan yang lebih baik daripada bapanya. Bagi orang cina pula, sekolah-sekolah telah didirikan oleh masyarakat itu sendiri yang terdiri dari sekolah rendah dan menengah. Kurikulum,buku teks dan guru biasanya diimport dari Negeri China. Sementara orang India pula, sekolah-sekolah Tamil didirikan di estet-estet berasaskan kurikulum dan buku teks yang dimport dari India Selatan. Tujuan sekolah-sekolah Tamil didirikan di estet-estet yang berkaitan adalah untuk mengekalkan bekalan buruh di ladangladang tersebut. Terdapat juga sekolah Inggeris yang didirikan oleh British dan mubalighmubaligh kristian. Sekolah tersebut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan kurikulum berasaskan pendidikan Britain. Sekolah ini didirikan di bandar dan mengenakan yuran serta perbelanjaan lain yang tinggi. Sekolah ini mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk bandar (Melayu, Cina atau India) Berdasarkan penjelasan di atas, sistem pendidikan yang sedia ada pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua tidak menitikberatkan perpaduan sosiobudaya di kalangan penduduk yang berbilang bangsa. Tidak terdapat bahasa penghantar yang tunggal atau kurikulum yang sama dikalangan empat aliran pendidikan. Tujuan sistem pendidikan ketika itu bukan untuk membentuk rakyat Tanah Melayu yang berjati diri bersama tetapi untuk keperluan sosiopolitik dan ekonomi penjajah British atau keperluan sosiobudaya kaum-kaum yang terlibat. Pengasingan Kegiatan Ekonomi: Secara amnya, British telah menetapkan bidang-bidang kegiatan ekonomi penduduk di Tanah Melayu mengikut keperluan ekonomi British. Oleh itu orang Melayu, Cina dan India dibiarkan menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan. Orang Melayu menjadi petani dan nelayan.Sebaliknya orang Cina tinggal di kawasan bandar dan terlibat secara langsung dalam sektor perniagaan,perlombongan,pembinaan dan kewangan.Manakala orang India menjadi buruh diladang-ladang getah dan buruh kasar Keretapi Tanah Melayu dan Pejabat Kerja Raya. Pengasingan kegiatan ekonomi antara kaum-kaum inilah menyebabkan mereka pada masa itu

kurang berpeluang berinteraksi dari aspek sosiobudaya mahupun ekonomi. Keadaan ini telah turut mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum Melayu , Cina dan India pada masa itu. Keadaan inilah membawa kepada keadaan mengindenfikasikan kaum-kaum melalui aktiviti ekonomi, orang cina berniaga dan menjadi kaya; orang Melayu sebagai petani dan nelayan sementara orang India di estet-estet bekerja sebagai buruh kasar. Keadaan ini berlarutan sehingga tempoh sepuluh tahun selepas Merdeka. Pendudukan Jepun: Pendudukan Jepun pada tahun 1942-1945 telah menyumbangkan kesan yang negatif kepada hubungan kaum di Tanah Melayu. Jepun mengamalkan dasar pro-Melayu dan anti-cina mengakibatkan wujud permusuhan antara orang Melayu dengan orang cina secara terbuka. Jepun telah mengambil orang Melayu menjadi askar dan polis di samping melantik mereka memegang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan. Sebaliknya orang Cina terpaksa tunduk kepada segala layanan buruk tentera Jepun termasuk memberi sumbangan kewangan besar kepada perbelanjaan perang Jepun. Orang Melayu juga merupakan sebagaian besar daripada pasukan tentera Jepun yang menyerang dan menangkap Tentera Rakyat Anti-Jepun (MPAJA) yang dikuasai oleh orang Cina.Keadaan inilah yang menjadikan hubungan Melayu-Cina bertambah buruk. Setelah Jepun kalah Ogos 1945 dan British belum sampai ke Tanah Melayu, Tentera MPAJA atau Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. Pada waktu itulah mereka bertindak membalas dendam ke atas orang Melayu hingga menyebabkan pergaduhan yang besar antara orang Melayu dengan orang Cina dan mengorbankan banyak nyawa di Batu Pahat,Batu Kikir dan Sungai Manik. Permusuhan ini meninggalkan kesan negatif kepada hubungan kaum antara orang Melayu dan orang Cina yang sangat mendalam hingga menjejaskan pross perpaduan dan integrasi kaum seterusnya. Anasir-anasir Pelampau: Di Tanah Melayu wujud pelbagai badan politik,sosial dan ekonomi berasaskan kumpulan etnik yang memperkuatkan lagi identiti etnik perasaan syak wasangka dikalangan kaum. Badan-badan tersebut bersikap cauvinis yang hanya bergiat memperjuangkan kepentingan kumpulan

etnik yang diwakilinya dan kurang berfikir tentang kepentingan negara secara keseluruhannya. Parti-parti politik yang bersifat perkauman juga mengeeksploitasi perbezaan yang wujud di kalangan masyarakat etnik atau isuisu perkauman seperti bahasa, kebudayaan dan ekonomi bagi memajukan kepentingan politik masing-masing. Tindakaan sedemikian memburukkan lagi hubungan antara kaum. Refleksi: Daripada latihan ini, saya dapat menganalisis sebab mengapa perpaduan dan integrasi kaum di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dahulu terlalu sukar untuk dicapai dan apakah punca-punca yang menjadikan masalah ini berlaku.Saya dapat juga mengetahui juga mengapa terdapatnya perbezaan tempat tinggal serta perbezaan ekonomi yang ketara antara ketiga-tiga kaum terbesar di negara kita ini. Setelah menjalankan analisis untuk menyiapkan tugasan ini,akhirnya saya mendapat tahu bahawa sememangnya penjajah British memisahkan tempat tinggal dan juga ekonomi penduduk atas tujuan untuk menggelakkan perpaduan berlaku dalam kalangan penduduk di negara ini.

Menganalisis Perkembangan Modenisasi Di Malaysia Dan Luar Negara.

Modenisasi merupakan suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Perubahan yang dialami oleh sesuatu masyarakat dapat berlangsung sama ada secara berencana atau secara tidak berencana. Perubahan berencana ialah proses yang mempunyai matlamat,kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Perubahan berencana ini disebut sebagai modenisasi atau pembangunan.Secara umumnya modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Konsep dan proses modenisasi ini bermula di Eropah Barat akibat daripada 2 revolusi besar iaitu Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Secara umumnya, modenisasi di Eropah Barat yang dipacu oleh dua perkembangan besar ini telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat. Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut. Pertama sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman tentang kemajuan atau evolusi yang akhirnya melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan soaial. Dalam hal ini, teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat. Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sehingga dapat diramalkan. Kedua sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada kemajuan yang dicapai di Eropah Barat. Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha menggumpul kekayaan. Aspek yang menonjol dalam proses tersebut ialah pengantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera. Manifestasi proses ini pertama kali muncul di Britain abad ke-18 dan disebut sebagai Revolusi Perindustrian. Secara ringkas, dapat dikatakan bahawa matlamat modenisasi di Eropah Barat adalah untuk mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.Matlamat tersebut dicapai dengan cara meningkatkan Sains dan Teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara yang dapat diukur dengan kaedah perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kedatangan penjajah Barat. Oleh yang demikian, perjalanan yang dilalui adalah untuk mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat. Sebagaimana negara

baharu lahir setelah Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Proses modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial British telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian. Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian. Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi,pembangunan pertanian dan industri gantian import. Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri berorientasikan eksport menjelang tahun 2000-an. Malaysia mula memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi. Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, sekitar 8.9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Dalam rentetan sejarah pembangunan negara, terdapat perubahan dasar yang dilakukan untuk mencapai matlamat memodenkan Malaysia. Pada tahun 1960an dan 1970an, miskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian, tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian, dan menghapuskan kemiskinan dil uar bandar, telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA. Menjelang tahun 1980an dan 1990an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Perindustrian Berat dan Dasar Penswastaan, sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia dan masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan k-ekonomi. Apa yang jelas,

dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam rancangan-rancangan pembangunan negara. Dari sini jelaslah bahawa modenisasi yang telah dilaksanakan dapat meningkatkan lagi tahap perkembangan penduduk di negara kita ini. Tanpa modenisasi sudah pasti sukar untuk kita melihat perubahan ekonomi dan juga pembangunan yang kita kecapi pada masa kini. Modenisasi inilah yang telah membantu membangunkan negara kita dan meletakkan negara kita di persada dunia dan merupakan negara yang semakin maju, maka sudah pasti rakyatnya juga semakin maju dan berjaya seiring dengan kemajuan yang telah dikecapi. Inilah yang perlu dipertingkatkan lagi untuk mencapai wawasa 2020 pada masa yang akan datang.

Jelaskan Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik Di Malaysia. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ianya menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990. Selepas kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan. Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam kerangka kehadiran Masyarakat pelbagai kaum sejak abad ke-15 sehingga merdeka .Pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan Melayu. Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka dikalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap Sultan dan pembesar Melayu.Mereka menggunakan dan menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti Gujerat,Chulia dan Chettiars. Dasar ini juga menggelakkan kelahiran Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah. Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu

mengikut Hukum Kanun Melaka. Pedagang asing terpaksa menerima syaratsyarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka. Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke 16 telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika. Dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai. 10% dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal. Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin untuk berdagang di Melaka. Pedagang tidak puashati dan ramai berpindah ke Acheh dan Pedir. Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641. Pelbagai dasar monopoli diperkenalkan. Belanda mengawal barangan utama yang dimport dan dieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaan. Belanda menguasai monopili ke atas barangan seperti lada hitam,rempah-ratus, kayu cendana,timah dan pelbagai jenis kain. Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan penguasaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786, Melaka pada 1795 dan Singapura pada 1819. Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1826 dan ia menarik semula pedagang asing, termasuk Cina dan India.Ketigatiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum. Tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu,Cina dan India). Keadaan berubah pada abad ke19 apabila lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina,India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan dan perlombongan. Pada abad ke-20 pula, British mula menyingkirkan penguasaan Cina dalam sektor perlombongan dan perniagaan yang menguntungkan. Buruh India dan Cina dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk memajukan sektor perladangan dan perlombongan ini. Bentuk ekonomi yang diperkenalkan Inggeris ini telah membawa faedah kepada kebanyakan orang cina yang menetap dibandar, orang Melayu terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri. Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan

tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar. Pada awal abad ke-20 inilah kaum Cina mula menjadi pemilik utama lombong-lombong di Tanah Melayu. Peningkatan penggunaan teknologi bangsa Eropah pada tahun 1930-an telah mula mengambilalih dominasi orang Cina dalam sektor ini. Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada Zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis. Kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai Kampungkampung Baru di bawah rancangan Briggs. Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada abad ini. Ini adalah berasaskan hubungan orang Melayu dengan golongan peminjam wang India (Chettiar).Namun begitu, pada tahun 1930-an hubungan ini menjadi renggang apabila orang India membuat tuntutan politik supaya diberikan lebih banyak keistimewaan. Keadaan bertambah buruk pada tahun 1948-1960(zaman darurat), buruh India telah menuntut supaya mereka diberi upah yang sama dengan buruh Cina.Mereka turut menuntut tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet. Berdasarkan kemajuan ekonomi yang dialami oleh ketiga etnik ini pada abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Ini jelas terbukti pada tahun 1947 hanya 14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan orang Cina mewakili 54% dan India 39%. Pada tahun 1955 dan 1956, UMNO,MCA dan MIC telah berkompromi dan membentuk sebuah perikatan dan perjanjian. Melalui persetujuan inilah orang Melayu telah bersetuju memberi hak kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu dan sebagai balasan mereka telah bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan rajaraja Melayu sebagai raja berperlembagaan. Kompromi ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Walaupun sudah dipersetujui, namun ianya telah dijadikan oleh parti pembangkang sebagai isu sensitif dan menyebabkan kemuncaknya tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969.

10

Selepas kejadian itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan menyusun semula masyarakat tanpa

telah diperkenalkan bangsa dan

mengira

agama.Pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di tekankan dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965). Pelbagai agensi telah ditubuhkan antaranya RIDA, FELDA,FAMA, MARA dan sebagainya telah berperanan untuk meningkatkan taraf hidup di bandar mahupun di luar bandar.Namun begitu, dasar ini telah memberi keuntungan pada satu pihak iaitu orang Cina, orang Melayu dan India masih ketinggalan. Menyedari keadaan ini, kerajaan telah memperkenalkan DEB, dengan harapan akan menyusun semula masyarakat dan tidak berlaku lagi dominasi ekonomi pada satu etnik sahaja. DEB berkembang di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),ketiga (1976-1980),Keempat (1981-1985) dan kelima (1986-1990). Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan meyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi, memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara. Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan. Pada tahun 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India di bawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB. Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar Pembangunan Nasional (1990-

11

2000) dan Wawasan Negara (2001-2010) DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21 Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu,dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.

Huraikan Proses Pembentukan Pembangunan Ekonomi Mengikut Acuan Malaysia.

Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah oleh British. Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit untuk memenuhi bekalan industri di Eropah Barat. Begitu juga industri bijih timah. Aspek lain yang turut penting ialah pembinaan rangkaian prasarana yang kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasn kereta api, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport. Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat pembahagian buruh (division of labour) mengikut kumpulan etnik. Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing,modal kaum cina dan sebagainya. Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus bertahan hingga hari ini. Pada dasarnya Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka. Ini bermakna ia mudah dipengaruhi oleh perubahan ekonomi antarabangsa, terutamanya negara-negara maju. Ianya dapat dilihat melalui perkembangan ekonomi sebelum merdeka dan selepas merdeka, iaitu industri getah telah menguasai sektor pertanian dan merupakan

12

eksport penting pada zaman sebelum merdeka. Walaubagaimanapun pihak Inggeris menyekat industri ini daripada berkembang di negara ini dengan mengimport keperluan pengguna dari Britain. Selepas merdeka, sektor awam memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk rakyat. Dalam masa yang sama, sektor syarikat masih diterskan dengan dikuasai modal dan pelabur asing. Kerajaan telah mengawal dan memantau kestabilan politik negara dengan baik , dengan itu, ramai pelabur datang dan melabur di negara ini. Di samping itu harga barang-barang mentah juga dipengaruhi oleh sistem dunia moden, terutamanya kuasa pembeli di negara maju dan ini akan menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna tersebut. Tahun 1970, tumpuan diberikan terhadap sektor perkilangan akibat kejatuhan KDNK Sektor Pertanian dan pembangunan ekonomi negara dipertingkatkan menerusi penubuhan badan-badan seperti PETRONAS dan UDA. Tahun 1974 sektor perkilangan telah meningkat dengan pesat, begitu juga sektor pembalakan dan kelapa sawit. Ianya telah menambah pendapatan eksport negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang menganggur. Kesannya Malaysia telah menjadi pengeksport terbesar kelapa sawit,koko dan balak di dunia. Sektor perlombongan yang meliputi perlombongan bijih timah, petroleum,tembaga,bijih besi,gas asli dan petroleum berkembang dengan pesat. Industri petroleum telah meningkat akibat kenaikan harga minyak dunia, kesannya hasil pendapatan kerajaan telah melebihi hasil duti eksport getah dan minyak sawit. Sektor perkilangan juga turut menunjukkan pertumbuhan dan kemajuan pesat melebihi pengeluaran sektor pertanian dalam tempoh 19761987 dan terus meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan oleh perubahan dasar perindustrian dalam negeri iaitu daripada industri pengantian import kepada industri berorientasikan eksport terutamanya dalam pengeluaran tekstil,jentera elektrik dan elektronik serta menumpukan usaha ke arah memajukan industri-industri berasaskan sumber asli. Namun, ianya telah

13

mengalami kemelesetan ekonomi dunia. Keadaan ini telah dapat dipulihkan secara nyata pada kadar pertumbuhan ekonomi meningkat pada tahun 1987. Ekonomi negara telah berkembang pesat dalam tempoh pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama pada tahun 1971-1990. Beberapa program penting seperti wawasan 2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, Dasar pembangunan Nasional, Rancangan Malaysia Keenam dan sebagainya telah diperkenalkan. Kesannya kadar KDNK negara meningkat secara global, kemajuan ekonomi negara tertumpu kepada ekonomi yang mampu menyara diri dalam jangka masa yang panjang, dinamis,mempunyai daya ketahanan yang tinggi,seimbang, moden dan mantap,perkhidmatan yang cekap,produktif, mampu melakukan yang segera terhadap pola-pola pengeluaran, mempunyai jaringan industri yang bersepadu meliputi keseluruhan sistem dan daya pengeluaran yang tinggi dan meningkat secara berterusan. Bagi melaksanakan pembangunan ekonomi, beberapa dasar ekonomi sektor awam telah dibangunkan, kerajaan berperanan utama dan bertindak memastikan pengurusan belanjawan dan kewangan berfungsi dengan baik,mempertingkatkan kemudahan, prasarana fizikal, dan pembangunan sosial, melakukan perubahan ekonomi secara berperingkat, mendorong aliran masuk, modal asing dan membantu syarikat-syarikat tempatan. Kerajaan juga turut mempertingkatkan kemudahan, prasarana fizikal,dan pembangunan sosial,melakukan perubahan ekonomi secara berperingkat,mendorong aliran masuk modal asing dan membantu syarikat-syarikat tempatan. Kerajaan juga turut mempertingkatkan kemajuan teknologi dan tenaga mahir dan tidak mengabaikan sektor pertanian dan perkhidmatan. Pencapaian ekonomi negara dapat dibuktikan melalui 10 tahap Rancangan Pembangunan 5 tahun, iaitu Rancangan Malaya Pertama (19561960), Rancangan Malaya Kedua (1961-1965),Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia kelima(1986-1990), Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995),

14

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000), dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) manakala Rancangan Malaysia Kesembilan sedang dilaksanakan. Kesimpulannya, pencapaian ekonomi negara berada dalam kedudukan yang kukuh dan telah bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan perkembangan tersebut mestilah seimbang dan selaras dengan kemakmuran negara kerana pertumbuhan ekonomi yang pesat tidak bermakna tanpa keharmonian dan perpaduan rakyat. Malaysia mesti mencapai tahap sebuah negara yang bersatupadu, maju,beretika kukuh,bermoral tinggi,ekonomi yang saksama,makmur dan budaya saing menjelang tahun 2020. Walaupun hasrat yang ingin direalisasikan terlalu optimistik, namun ia mendorong negara berusaha keras untuk mencapai matlamat mengekalkan keamanan,toleransi antara berjaya. kaum,kebebasan agama,pendidikan,kemudahan kesihatan dan perpaduan amat penting untuk menyediakan manusia sebuah negara yang

15