KEPENTINGAN KREATIVITI DALAM PENGURUSAN BERKUALITI Oleh: Norasmah Mohd Noor Pengurusan sangat penting di dalam sesebuah organisasi

. Sebesar mana sesuatu organisasi tersebut, sama ada swasta atau kerajaan, fungsi utama pengurusan terletak di bawah tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah, penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi tersebut. Kecemerlangan sesebuah organisasi tersebut bergantung kepada kualiti pengurusannya. Kualiti di sini merujuk pula kepada kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk dan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh yang membicarakan tentang kualiti ini daripada perspektif yang berlainan. Definisi kualiti di bawah ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat (JPM, 2008). Dalam “Implementing Total Quality (Goetsch & Davis, 1995), Fred Smith of Fedral Express mendefinisikan kualiti sebagai performance to the standard expected by the customer. Terdapat juga beberapa orang tokoh yang telah banyak menyumbang dalam falsafah pengurusan kualiti seperti W Edwards Deming, Kaoru Ishikawa, Joseph Juran, Armand Feigenbaum dan Philip Crosby. Menurut Ahmad Zamri Mansor (2011), Deming telah mendefinisikan bahawa kualiti adalah ditentukan oleh pelanggan pada peringkat awalnya dan meluaskan definisi kualitinya kepada ‘membuatkan setiap orang melaksanakan dengan tepat pada kali pertama’. Dalam mempertingkatkan kualiti, Demings telah menciptaDeaming‟s Seven

Deadly Diseases dan Demings 14 points. Kaoru Ishikawa, seorang ahli kumpulan penyelidikan kawalan kualiti bagi Union of Japanese Scientists and Engineers pula mendefinisikan kualiti sebagai ‘memenuhi keperluan pelanggan’. Menurut beliau lagi, perkhidmatan yang berkualiti akan dicapai jika kepuasan pelanggan dapat dipenuhi. Ishikawa telah menekankan bahawa pihak pengusaha organisasi juga haruslah memberikan banyak usaha dalam membentuk pekerja dan organisasi yang berkualiti supaya produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dapat memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. Joseph Juran mendefinisikan kualiti sebagai penyesuaian untuk kegunaan, iaitu dari segi ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan jaminan terhadap bebas dari kegagalan (freedom from failure). Juran menekankan kepada tiga perkara penting untuk menjayakan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi iaitu komitmen dan tindakan dari pihak pengurusan, latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh dan penambahbaikan kualiti secara berterusan. Menurut Ahmad

Feigenbaum pula, kualiti didefinisikan sebagai produk yang paling berfaedah yang dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Beliau turut berpendapat bahawa faktor teknologi dan manusia membawa ke arah peningkatan kualiti. Tokoh yang membawa konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami iaitu Philip Crosby menyatakan bahawa kualiti bukan saja betul, malah ia juga percuma. Beliau telah membentuk gerakan sifar di Martin Marietta pada tahun 1960-an yang bercanggah dengan teori-teori stratistikal Deming yang mengatakan bahawa kesilapan sentiasa berlaku di dalam mana-mana organisasi.

pengawalan kualiti menyeluruh adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan pembangunan kualiti. Beliau turut berpendapad bahawa faktor teknologi dan manusia dapat membawa ke arah peningkatan kualiti. Namun. faktor manusia dianggap lebih penting dalam mencapai kualiti. penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan kualiti oleh pelbagai pihak dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsi-fungsi organisasi mencapai tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan (Ahmad Zamri Mansor. Pengawalan kualiti bukan sahaja penting dalam peringkat pengeluaran. Untuk mencapai kualiti yang diingini kreativiti sangat penting dalam membangunakan organisasi yang bertaraf ‘world Class‟.Berdasarkan pandangan-pandangan beberapa tokoh yang dibincangkan. kreativiti boleh memainkan peranan penting ke arah meningkatkan kualiti pengurusan. malah juga penting dari segi pemasaran serta perkhidmatan selepas jualan (ibid). Organisasi yang produktif berupaya untuk bersaing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam pengurusan sesebuah organisasi yang menekankan kualiti. kualiti produk atau perkhidmatan ini boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. perubahan cita rasa pengguna serta peningkatan tahap pendidikan masyarakat. kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan sumber pengeluaran menyebabkan organisasi memberi penuh perhatian kepada peningkatan produktiviti dan kualiti. penulis lebih cenderung melihat kualiti yang dibangunkan oleh Armand Feigenbaum. Persaingat sengit. Dalam falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum. 2011). Penulis melihat . Oleh itu mereka berusaha untuk meningkatkan produktiviti menerusi teknologi moden bagi mengeluarkan produk dan perkhidmatan baru dengan harga yang lebih kompetatif.

mengenalpasti perkaraperkara yang sukar. membuat tekaan atau membentuk hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubahsuai dan mengujinya semula. Menurut Jones (1972). Kreativiti dianggap sebagai kebolehan semulajadi dan individu yang mempunyai kebolehan itu dianggap sebagai seorang yang mempunyai beberapa kualiti sejati yang jarang dijumpai.kepentingan kreativiti ini menerusi pendekatan ‘cost of conformance’ Feigenbaum dan juga konsep Kawalan kualiti menyeluruh (Total Quality Control) dalam melaksanakan program kualiti beliau. jurang pengetahuan. Pengawalan Kualiti menyeluruh adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan pembangunan kualiti. dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain. kreativi merupakan satu proses yang menjadikan seseorang itu peka terhadap masalah. unsur-unsur yang hilang. mencari penyelesaian. dipupuk dan diukur. Apabila manusia dianggap lebih penting dalam mencapai kualiti. maka kreativiti amat penting dalam mengendalikan sesebuah organisasi. ketidakharmonian dan sebagainya. Dengan memiliki sumber manusia . Dengan persekitaran dan teknik yang sesuai maka potensi kreatif ini boleh dikenalpasti. Pengurusan kualiti sesebuah organisasi tidak seharusnya mementingkan kualiti pengeluaran dan perkhidmatan tetapi turut mengujudkan budaya kualiti dan kreativiti terhadap sumber manusia dalam organisasi tersebut. kekurangan. Bagi Torrence (1974) pula. penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan kualiti oleh pelbagai pihak dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsifungsi organisasi mencapai tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan. manusia sememangnya mempunyai potensi untuk bersifat kreatif. Dalam falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum.

memerlukan perubahan atau anjakan paradigma dalam pemikiran tentang kualiti pengurusan secara teori dan praktis. Dalam menghadapi era pasaran global. Statistical Process Control. perkembangan yang pesat terhadap teknologi. Quality Circle dan sebagainya. Penulis sangat menekankan kreativiti dalam meningkatkan kualiti pengurusan kerana terdapat banyak pandangan cendikiawan terhadap pengurusan yang berkaitan . pemikiran terhadap pengurusan. Anjakan paradigma dalam pemikiran dengan menanamkan unsurunsur kreatif di samping budaya kualiti yang sedia wujud seharusnya diberikan keutamaan. ia akan melibatkan kualiti dan kuantiti sesuatu keputusan yang dihasilkan. pengurusan sesebuah organisasi itu mampu untuk meningkat maju. mereka cuba meningkatkan idea yang inovatif dan mampu dilaksanakan dalam persaingan dengan organisasi-organisasi yang lain. menerusi opsyen ini. sistem. Pelbagai perkara perlu diambilkira dalam mengurus sesebuah organisasi seperti pengurusan berasaskan masa. Pengurusan yang berkualiti dengan menerapkan unsur-unur kreativiti boleh mendatangkan faedah kepada sesebuah organisasi dan ini boleh dilakukan dengan anjakan paradigma dalam pemikiran menerusi penerapan unur-unsur kreativiti dalam pengurusan. pengeluaran intensif. kewangan berasaskan aktiviti dan sebagainya. pengurusan sesebuah organisasi itu perlu membuat penyesuaian terhadap perubahan dalam paradigma pemikiran.yang kreatif dan berkualiti. Untuk mencapai perubahan dalam struktur. perhubungan dan bentuk aktiviti yang mengintegrasikan kesemua matlamat. Sebagai contoh dalam meningkatkan kualiti banyak organisasi yang mengamalkan konsep TQM dengan menggunakan opsyen-opsyen tertentu seperti JustIn-Time. pendidikan untuk tenaga kerja.

Syarikat penerbangan ini begitu kreatif dalam pengendalaikan penerbangan setanding dengan Syarikat Penerbangan Mas yang telah lama beroperasi. Goetsch & David (1995). Dinamik disini merujuk kepada kualiti di mana kualiti boleh dan sentiasa berubah. 1994) “Identifies three different types of intelligence – analytical. Menurut Stenberg dalam “Breakthrough Thinking In Total Quality Management (Hoffher. menyatakan bahawa “quality is a dynamic atate associate with product. Syarikat Boeing pula: “Providing our customers with products and services that consistenly meet their needs expectations”. Terdapat kreativiti beberapa ini seperti syarikat The besar Geberal peringkat Services antarabangsa menekankan Administration. maka ia telah mula melakar perjalanan ke peringkat antarabangsa dalam tempoh yang singkat. manusia dan persekitaran menunjukkan bahawa kualiti tidak sahaja tertumpu kepada produk dan perkhidmatan tetapi juga melibatkan manusia dan proses serta persekitaran di mana kualiti itu disediakan. Di atas kekreatifan dan inovatif syarikat ini. USA menekan: “meeting the customer needs the first time and every time”. Manakala produk. people. processes enviromental that meet or exceed current expectations‟. services. Moran and Nadler. perkhidmatan. Ini . Kenyataan ini membuktikan bahawa peningkatan keberkesanan dan pemikiran yang kreativiti adalah penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang yang timbul.dengan kreativiti ini dapat melonjakkan sesuatu organisasi di peringkat antarabangsa dan dianggap „world class‟. creative and constextual play equally important roles in solving different types of problem. Penekan ini kepada kreativiti ini boleh kita perhatikan kepada kreatif dan inovatif yang ditonjolkan oleh syarikat penerbangan Air Aisa.

Perkara-perkara yang dinyatakan oleh Hoffher. Oleh itu pihak pengurusan perlu mewujudkan unsur kreativiti dalam mengurusan organisasi mereka. Moran dan Nadler (1995). kualiti dan kreativiti merupaka dua elemen yang boleh disepadukan dalam pengurusan sesebuah organisasi. Keutamaan kepada perkhidmatan dan kepada pelangggan memerlukan seseorang itu kreatif dan inovatif. Bagi meningkatkan produktiviti berdasarkan kreativiti di dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian. Moran dan Nadler ini merupakan langkah penting yang boleh diamalkan dalam pengurusan berkualiti sesebuah organisasi bagi mewujudkan budaya kreativiti. setiap orang dilayan dengan secara adil dengan mengenepikan perbezaan status dalam masyarakat. boleh dijadikan garis panduan di dalam pengurusan. cuba meningkatkan idea dengan membina atau mencantumkan dengan idea-idea lain.bertepatan dengan pandangan Mumford & Gustafson (1988) yang melihat kreativiti sebagai penjanaan produk-produk yang bersifat novel dan berguna bagi masyarakat. Idea-idea yang kreatif perlu dipupuk dan digalakkan bagi menghasilkan pemikiran yang berkualiti di samping insentif kepada . Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibincangkan oleh penulis. sesebuah organisasi yang ingin maju dan terkehadapan haruslah mengamalkan sikap mementingkan kreativiti dalan meningkatkan kualiti organisasi. Antaranya ialah mewujudkan peraturan tentang kritikan apabila sesuatu idea itu dijanakan khususnya di dalam mesyuarat. menangani idea-idea sebaik mungkin dengan menukarkan kemungkinan yang negatif kepada positif dan menggalakkan komitmen pihak atasan terhadap polisi yang menyokong kepada perubahan dan peningkatan berterusan. mengekalkan sikap yang positif. beberapa elemen yang dikemukan oleh Hoffher. menggalakkan „free wheeling‟ biarpun seganjil mana idea yang diberikan.

(1994). and Davis. TAJUK 10 : PENINGKATAN KUALITI PENGENALAN Pendidikan prasekolah dianggap semakin penting kepada ibu bapa. Http:// (Dimuat turun pada 6 Mei 2011) Goetsch. D. Englewood: Prentice Hall. Begitu juga dari segi kualiti perkhidmatan pendidikan yang yang ditawarkan tidak pernah dipertimbangkan.com. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan satu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan kurikulum pendidikan prasekolah di negara kita. Ini dapat dilihat daripada peningkatan bilangan kelas prasekolah anjuran kerajaan dan swasta. Tutorial2313. S. Kemahiran Berfikir Tinggi. Bhd. Implementing Total Quality.Pemilihan tadika oleh ibu bapa kebanyakannya berpandukan populariti . Bhd. Keseragaman kurikulum ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang menjana generasi akan datang yang berketerampilan daripada segi sahsiah dan intelektual. Developing Work Ethos for People Productivity. blogsot. Hal ini memberi kesan kepada pendidikan yang tidak seragam dan menjejaskan masa depan kanak-kanak serta negara. Moran. Ainon dan Abdullah (1995). N. (1995). Breakthrough Thinking In Total Quality Management. BIBLIOGRAFI Ahmad Zamri Mansor (2011). G. Jersey: Prentice Hall. and Nadler. Fadzila Azni Ahmad (2010). Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. J.subordinat agar berupaya mempengaruhi tingkahlaku dalam tugasan mereka khususnya untuk melaksanakan sesuatu yang menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti. G. Jersy Hoffher. L. (1994). L. anda seharusnya dapat . Inc. W. Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Pengurusan Kualiti yang Lazim.. M. OBJEKTIF Di akhir topik ini. (1986). Kumpulan TQM – Definisi Kualiti (Perbandingan di antara Tokoh-tokoh). Yong. New York: John Weatherhill. Krishnamurthy V. S. D. (Dimuat turun pada 6 Mei 2011). Kuala Lumpur: Utusan Pub & Dist. Mereka tidak didedahkan perkara yang diperlukan oleh anak-anak iaitu mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak dan tahap keupayaan anak-anak. Sdn.

Pengajaran Guru Beberapa teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh guru. Menghuraikan bentuk-bentuk program prasekolah yang dapat meningkatkan kualiti prasekolah . Membincangkan pelbagai bentuk strategi pengajaran guru agar kualiti prasekolah senantiasa meningkat dari semasa ke semasa 4. emosi dan fizikal. aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Konsep main untuk orang dewasa adalah berbeza.1. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan. Kanak-kanak bermain untuk belajar sambil mendapat keseronokan. Menyatakan cara-cara untuk mengawal langkah-langkah kesihatan kanak-kanak 6. Pengajaran dan pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilihat menerusi tingkahlaku dan perkembangan murid. Kanakkanak belajar menerusi bermain untuk memahami persekitarannya. Mengenalpasti kualiti-kualiti yang perlu ada disesebuah kelas parsekolah. 2. Ia merupakan pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. pengalaman dan kepakaran artistik. 7. 5. 3. Belajar Melalui Bermain Main merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Kebaikan bermain untuk kanak-kanak adalah seperti berikut: (i) Menguasai kemahiran dan pengetahuan baru (ii) Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus (iii) Meningkatkan daya imaginasi (iv) Meningkatkan sosialisasi (v) Menyelesaikan masalah b. Membincangkan jenis-jenis persekitaran dan penyediaan ruang pembelajaran untuk kanakkanak prasekolah. Pendekatan Bertema Pendekatan bertema seringkali diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Pengajaran bertema membolehkan pelajar . Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. a. Main bagi orang dewasa ialah riadah seperti bersukan untuk kesihatandan keseronokan. Menyatakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak diprasekolah. sosialisasi. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya. Menghuraikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikuasi oleh guru. Murid-murid meningkat dari segi perkembangan kognitif.

         Teras kesepaduan adalah Rukun Negara Pendidikan bersepadu memberi peluang kepada kanak-kanak Mendalami atau meneroka sesuatu topik Lebih banyak pilihan & motivasi untuk belajar dengan kepuasan Pembelajaran lebih aktif. Banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Kesemua unsur yang ada pada diri manusia dikembangkan secara optimum dan pengembangan itu dilakukan secara tidak berasingan tetapi sentiasa dikaitkan antara satu sama lain. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan ini. Pendekatan Projek Pendekatan projek di dalam Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendekatan yang memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah-pisah.mengubungkan di antara pemahaman. sikap dan kemahiran dalam bidang-bidang kurikulum tertentu. Organisasi sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema. mengalami dan mencari peluang mengekpresikan sesuatu tema yang diterima pakai. c. Konsep bersepadu ini hendaklah dilaksanakan dengan. pelajar diberi peluang untuk meneroka. Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil Kebaikan menggunakan pendekatan projek: . menyeronokkan & bermakna Meningkatkan daya imaginasi & kreativiti Mengembangkan kemahiran berbahasa Menghayati nilai-nilai murni Belajar bersama rakan sebaya Aspek-aspek Kesepaduan         Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai murni Kesepaduan aktiviti dalam dan luar kelas Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid Kesepaduan berbagai kaedah dan teknik Kesepaduan teori dan amali Kesepaduan pengalaman langsung Kesepaduan rohani dan jasmani d.Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran.

teks dan muzik yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar. mengukuh dan menambah kemahiran. Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. penggabungjalinan dengan bahan. Kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek. Dapat meneroka berulang kali. Internet membolehkan kanak-kanak meneroka. minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak. c. Matlamat ICT          Penggunaan ICT dapat mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat. Mereka mudah faham jika ada rajah. ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Belajar secara konkrit.a. Melalui ICT. Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal. mengurus dan memahami ICT.ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen. pembinaan. Dalam sistem pendidikan. E-mail (komunikasi). ilustrasi dan latihan. Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan. dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. grafik. Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal. Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. mencabar dan interaktif. net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak bertukar idea. Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna. Ramai kanak-kanak belajar secara ‘field dependent’. menarik. b. . Projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik. Pendekatan projek memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan kajian sendiri dan membentangkannya didalam pelbagai cara. e. Kelebihan ICT Dalam P&P    Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan. ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. melukis dan mewarna. Dalam ICT terrdapat bahan yang interaktif. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajjaran dan pembelajaran. Dengan cara ini projek dapat menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan diluar sekolah. mencari bahan.

Akan tetapi untuk menggunakannya potensi pengajaran secara keseluruhan. guru-guru perlu memastikan bahawa struktur pelajarannya dan perkembangan kandungan seharusnya jelas kepada pelajar. Kajian menunjukkan bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas sebagai pengajaran langsung didapati paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas. pengelolaannya dibahagikan secara kelas.  Membuat percubaan  Berlakon  Menyanyi beramai-ramai  Menonton  Bercerita  Membuat lawatan  Bersoal jawab Menyampaikan maklumat kepada kelas Untuk pengajaran secara aktiviti kelas.  Memberi fokus kepada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasa yang kabur. Aktiviti Kelas. Aktiviti kelas yang lain adalah seperti. Bahan pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkahlangkah kecil mengikut tahap kanak-kanak dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar kelangkah seterusnya. Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan dan memberikan maklumat semasa perbualan pagi. Ia menarik kerana bercorak interaktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala. Bahan dapat digunakan berulangkali Pembelajaran kanak-kanak Untuk melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran di prasekolah. terdapat panduan yang perlu diikuti oleh guru. Akriviti kelas merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan keseluruhan kelas untuk menjalankan aktiviti. Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-konsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu kanak-kanak mengekalkan dan memahani topik.   . a. kumpulan dan individu. Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai. penerangan dan membuat aktiviti penamat pada setiap akhir pembelajaran.    ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. memberi arahan.

 Kumpulan mengikut minat Pengumpulan mengikut minat adalah suatu proses pemilihan kendiri. Kumpulan. Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan pelajar digalakkan. guru sepatutnya bergerak daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain untuk membimbing dan menyelia mereka sekiranya perlu. Pelajar-pelajar ingin mempelajari tentang sumber asli di tempat-tempat tertentu boleh membentuk kumpulan yang lain. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbezabeza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Guru juga sepatutnya meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Sebaliknya. Menjadikan penyampaian tentang sesuatu topik sejelas mungkin. Sebagai contoh. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah.  Kumpulan mengikut kadar pencapaian Biasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat menentukan kadar pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu bahawa pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza walaupun mereka mempunyai kebolehan yang sama. Biasanya. Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang membahagkan kanak-kanak kepada kumpulan kecil. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan masing-masing Tiga alternatif asas mengumpulkan kanak-kanak ialah:  Kumpulan mengikut kebolehan Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek yang sama sekiranya ditempatkan di dalam kumpulan yang sama akan mencapai potensi mereka yang maksimum jika diberi cabaran dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai tahap perkembangan intelek yang hampir sama. Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik pengajaran aktiviti kumpulan. Ringkasan yang baik digunakan untuk memotivasikan pelajar berusaha untuk penambaikan. kumpulan pelajar lain mungkin berupaya untuk mencapai objektifnya tetapi pada kadar yang berlainan. Pengajaran kumpulan menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh . Pelajar-pelajar yang berminat untuk sama-sama berbincang tentang sumber manusia boleh membentuk satu kumpulan yang lain. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua untuk meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan . Hasil kerja yang baik boleh dipamerkan dalam kelas. pelajar-pelajar yang mahu membuat kajian tentang pengangkutan dalam komuniti mereka dalam mata pelajaran kajian tempatan boleh bekerja bersama-sama . b. ia berorientasikan projek. kumpulan yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut. .

Jenis-jenis pengajaran individu Dalam pengajaran individu. Pengajaran jenis ini diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.1. pelajar dan guru akan menentukan objektif pencapaian dan kemudiannya membuat pilihan tugasan-tugasan yang dirancang untuk mencapai objektif. memenuhi kehendak-kehendak tertentu .          Contoh aktiviti kumpulan: Bentuk doh Main pondok Main bongkah Main cantuman puzzle Main permainan tradisional Berkebun Penerokaan Permainan bahasa/ matematik Membuat kolaj/capan/cetakan/melukis/mewarna Pertandingan menyusun huruf/perkataan/ gambar bersiri c. Perlu diingat bahawa latihan dan perkembangan manusia . Pada asasnya pengajaran individu boleh dikatakan sebagai pembelajaran mengikut kadar individu adalah berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih. setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih yakni selalunya dengan bantuan guru iaitu matlamat yang spesifik dan tugasan individu. membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan. tetapi ada yang mencapai matlamat dengan lebih awal. Pelajar bekerja untuk mencapai matlamat yang sama. ia membawa makna yang berbeza kepada orang lain. beberapa tindakan susulan perlulah dilakukan dengan sempurna.2 Tindakan susulan Berdasarkan kepada huraian diatas. mengambil banyak masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. Individu Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan seperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain. sama ada dalam urusan perniagaan atau sekolah adalah dicipta / dibuat untuk pelajar dan tidak untuk memudahkan guru. kelemahan pengajaran individu ialah ia mahal . Sebagai contoh . Contoh aktiviti individu:  Melukis  Menyusun bongkah  Menggunting/menampal  Menguntal manik / bunga  Mengenakan butang baju  Membaca buku kecil / kad bacaan. Kebaikan pengajaran individu ini ialah dapat mempertingkatkan tanggungjawab . Ini adalah disebabkan untuk menjadikan sebuah prasekolah yang berkualiti peranan . 10. Walaubagaimanapun .

Perkembangan Menyeluruh. Program Prasekolah Kebanyakkan ibu bapa berkehendakan bahawa anak memasuki prasekolah yang berkualiti sahaja agar dapat membantu anaknya mencapai taraf kehidupan kepada kedudukan yang baik apabila dewasa nanti. intelek dan sosial. kedudukan dan persekitaran prasekolah itu sendiri. Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. moral dan potensi kanak-kanak. Pentadbiran dan pengelolaan organisasi prasekolah perlu menitikberatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada ibu bapa dan masyarakat. Pusat pembelajaran ini sangat penting kerana ia boleh merangsangkan proses pemikiran kanakkanak ketahap yang lebih tinggi dan komplek Untuk itu peralatan yang terdapat dipusat pembelajaran ini perlulah banyak yang merangsangkan minat dan kebolehan kanak- . Montessori.3 Persekitaran Prasekolah Jenis-jenis Pusat Pembelajaran di ruang dalaman kelas Prasekolah dan aktiviti a. kawasan. personaliti.guru di dalam menguruskankan penggunaan kaedah. Piaget.  Persekitaran prasekolah yang akan dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan sosialisasi dan kemahiran tingkahlaku yang positif. Head Start. Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial. Berdasarkan program yang ada ibu bapa dapat memilih program yang dikehendaki. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi. perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif. Untuk itu ibu bapa akan memilih hanya prasekolah yang berkualiti dan mengikut spek yang membolehkan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh terutamanya dari segi pemakanan. Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel. emosi.  Program yang menekankan Literasi kanak-kanak dan kesediaan untuk membaca. Ini adalah disebabkan banyak terdapat kegagalan dalam pelajaran akibat prasekolah yang dimasuki tidak membantu memperkembangan jasmani. Latihan 1:: Jelaskan perbandingan bentuk program kanak-kanak antara program Head start. program Montessori. Ciri-ciri program yang dikehendaki antaranya ialah :  Program yang boleh membantu kanak-kanak meningkatkan tahap akedemik dan kejayaan kanak-kanak. Sudut Pembelajaran Kognitif. 10. teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlulah ditingkatkan mengikut kemampuan dan kefahaman anda memahami keperluan kanak-kanak. High Scope. Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi. keselamatan. Rumusan Kualiti pendidikan prasekolah perlu ditekankan secara menyeluruh. rohani.

d. Dipusat pembelajaran ini juga boleh diletakkan peralatan pelbagai media audio-visual untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan perkembangan literasi kanak-kanak. . Manakala Dewey pula bependapat kanak-kanak akan:dapat memahami dengan lebih mendalam lagi jika dia melakukan sendiri aktiviti itu. radio dan VCD perlu diadakan untuk kanak-kanak melihat dan menonton pelbagai rancangan kanak-kanak. kerincing dan drum untuk belajar mencipta bunyi. Pusat Pembelajaran Bahasa Di Pusat pembelajaran bahasa ini diletakkan rak-rak buku. Disudut ini juga kanak-kanak akan memegang beberapa watak dan akan berperanan dengan watak-watak tertentu dan ini membolehkan kanak-kanak itu mendalami watak-watak itu yang dipegangnya. kastenet. Untuk itu aktiviti untuk menggambarkan diri sendiri serta orang-orang lain seperti bercerita dan berlakon yang diadakan samada didalam bentuk kumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk menggalakkan kepada perkembangan sosioemosi yang mementingkan kepada kemahiran berkomunikasi. Disamping itu telivisyen. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan adalah seperti menyanyikan lagu-lagu mudah sambil bertepuk tangan dan membuat pergerakan mengikut lirik atau irama serta memainkan alat muzik. Pada sudut pembelajaran sains ini kanak-kanak akan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti secara hands-on dan minds-on dengan menggunakan deria-deria melalui pemerhatian. menulis atau mendengar. b. membaca buku dan permainan kad huruf. Pusat Pembelajaran muzik Pada pusat pembelajaran ini kanak-kanak akan diberi peluang untuk menggunakan pelbagai peralatan muzik yang mudah dan ringkas seperti piano. Aktiviti-aktiviti berbahasa atau literasi yang kerap diadakan adalah seperti aktiviti bercerita. mengikut rentak dan irama serta mendisiplinkan diri dengan bermain muzik mengikut peraturan.kanak untuk meningkatkan keupayaan dan tahap pencapaiannya. eksperimen dan penerokaan konsep-konsep sains yang berkaitan dengan alam sekitar. Kesemua akrtiviti ini dapat merangsangkan perkembangan bahasa dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi seperti bertutur. pianika. Menurut Piaget: dipusat pembelajaran inilah kanak-kanak akan dapat membentuk dan menambahkan lagi ilmu pengetahuannya . tamborin. Pusat Pembelajaran Main Peranan: Sudut ini merupakan sudut untuk membina keyakinan diri dan semangat berdikari serta memupuk sifat kerjasama. sifat berdikari dan belajar kendiri. kerusi dan pelbagai buku cerita serta pelbagai media yang bertujuan untuk kanak-kanak berkomunikasi dan aktiviti bahasa dan literasi. c. e. Ini bermakna pusat pembelajaran muzik ini sangat sesuai untuk membentuk disiplin dan akan dapat untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan kognitif. Pusat Pembelajaran Sains Pusat ini memberi pendedahan kepada alam sains dengan menggunakan kaedah-kaedah inkuiri dan penemuan. Disamping itu pusat kognif ini juga dapat membina atau untuk membentuk keyakinan. meja. lawatan. kompang.

Bahan yang terdapat di pusat ini hendaklah bahan yang taan lasak dan tidak bertoksid. menaip. h. Pusat Pembelajaran Seni Pusat pembelajaran seni merupakan sebuah pusat yang dapat mengcungkil bakat kreativiti kanakkanak. melukis. Contoh program Microsoft office. publisher. mewarna. menyebut. melakar. berinteraksi dengan persekitaran? . Setiap perkembangan itu akan diperkembangkan menurut amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Di pusat ini juga akan diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti nyanyian dan pergerakan yang melibatkan konsep matematik dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat menghayati matematik dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan g. Terdapat pelbagai pealatan seni yang digunakan untuk pusat pembelajaran ini antaranya ialah esel. Disamping itu bahan yang terdapat di pusat pembelajaran ini akan dapat memberi pendedahan kepada konsep awal nombor. mencuba. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada ruang dalaman lebih menumpukan kepada pembentukan dan perkembangan sahsiah diri kanak-kanak secara menyeluruh an bersepadu. print artist. membuat kraf. bahan yang ada dan kemampuan kanak-kanak. saiz. pensil warna. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan di pusat pembelajaran ini ialah aktiviti mengira. printer serta pelbagai perisian dan program-program pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kognitif kanak-kanak. Antaranya ialah perkembangan bahasa dan komunikasi. Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral. Pusat Pembelajaran Teknologi.f. keluasan bilik. puzzle dan lain-lain lagi. Di pusat pembelajaran seni juga kanak-kanak digalakkan menggunakan bahan kitar semula atau bahan buangan untuk memupuk perasaan cinta pada alam dan bumi kita. copcop buah-biah dan pelbagai peralatan lagi. berus pelbahai saiz. Perkembangan Fizikal dan perkembangan Kreativiti dan Estetika. polidron. cop-cop gambar haiwan. permainan-permainan nombor dan konsep-konsep matematik. Di Pusat pembelajaran teknologi akan diletakkan komputer. perkembangan sosio-emosi. Tujuannya ialah untuk kanak-kanak mebuat contengan. perkembangan kognitif. Untuk itu aktiviti yang dijalankan pada setiap ruang dalaman itu perlulah mengambilkira tentang umur. mengkategorikan dengan berpandukan kepada perisian-perisian yang diprogramkan. cryon. Pusat pembelajaran Matematik dan manipulatif/ Blok Pada pusat ini adalah diharapkan kanak-kanak akan dapat berinteraksi dengan bahan-bahan manipulatif seperti blok kayu yang pelbagai saiz dan bentuk. Latihan 2: Nyatakan kepentingan pusat pembelajaran dalam membantu pembelajaran kanak-kanak yang membolehkan mereka meneroka. mengecap dan menstensil dengan menggunakan pelbagai alat dan media. word dan pelbagai program kanak-kanak yang lain. blok bernombor.

Untuk itu guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklassifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Jenis taman permainan dan susun atur Jenis taman permainan dapat dklasifikasikan mengikut zon ativiti yang akan diadakan Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa berada di ruang luar kelas. Zon aktiviti pembelajaran di luar kelas prasekolah terbahagi kepada dua iaitu zon senyap dan zon bising.10. imaginatif dan ekpresif Zon Aktiviti Ruang Luar Kelas Praseklah Di dalam kelas prasekolah terbahagi kepada beberapa zon pembelajaran untuk menentukan aktiviti yang dijalankan. Untuk itu ruang luar kelas perlulah disusun dan dirancang dengan rapi seperti ruang dalam kelas. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati.3. mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika. memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir.2 Pelan luar Keinginan untuk bermain adalah merupakan perkara lumrah pada setiap kanak-kanak dan ianya mempunyai nilai-nilai tertentu. Dengan bermain kanak-kanak dapat mempertingkatkan tahap keyakinan diri iaitu dengan memperluaskan minda. Di zon ini juga kanak-kanak akan memikirkan di zon mana yang ia akan bermain. Pepatah ada mengatakan. Setiap zon akan memainkan peranan yang unik didalam memperkembangan tahap jasmani. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai permukaan yang licin dan kesat untuk memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. a. Zon Senyap  Zon Transisi: Ini merupakan zon peralihan yang diletakkan dibahagian hadapan tempat permainan. Adalah diharapkan semasa kanak-kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapa mempertingkatkan kecekapan berbahasa an beomunikasi. . emosi. main adalah pekerjaan kanak-kanak. Pelan luar yang dirancang perlulah mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk mepastikan agar guru dapat mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti Segala longkang hendaklah ditutup. a. membentuk sosilsasi da bole menyelesaikan masalah. Kawasan pembelajaran luar kelas juga perlulah bersetentangan dengan ruang pembelajaran dalam kelas dan berdekatan dengan tandas. Sebelum abad ke 20an kebanyakan ruang pembelajaran luar kelas banyak meggunakan bahan yang diperbuat daripada kepingan logam kini ianya telah betukar kepada peralatan yang menjurus kepada aktiviti permainan imaginasi dan direka bentuk dengan mengambil kira ciri-ciri ketahanan. sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin. keselamatan dan penggunaan jangka panjang.  Zon main air: Zon ini merupakan zon yang membolehkan kanak-kanak bermain air samada air itu diletakkan didalam besin atau pada tempat yang khas yang telah tersedia bina. rohani dan sosial kanak-kanak. melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanakkanak itu seorang yang kreatif. Untuk itu ruang-ruang pembelajaran perlulah ada pengubahsuaian sama ada untuk ruang dalam mahupun ruang luar kelas. Ruang luar kelas hendaklah sentiasa bersih dan selamat dan penyediaan aktivitinya banyak bertumpu kepada keadaan cuaca dan suhu.

Tiada unit buaian yang bersentuhan manakala tali buaiannya ada lapisan plastisol atau yang setara untuk mengelakkan kecederaan. Pada zon ini juga perlu diletakkan beberapa buah kerusi meja.  Zon perkhidmatan : To aid in the maintenance of the playground.) should be located on or in close proximity to the playground.  Zon kreativiti: Pada zon ini kanak-kanak itu dapat melahirkan kreativiti untuk membina alat permainannya sendiri. seating areas. b. Saiz tempat duduk 600 x 100mm serta tali buaian itu panjangnya 1250-1800 mm.  Zon biasa : Merupakan zon yang merupakan padang. bermain bola.  Zon permukaan kasar: Zon ini mengandungi permukaan konkrit yang melibatkan aktiviti bermain melantunkan bola. Tujuan permainan buaian ini adalah untuk latihan kekuatan tangan dan membina keyakinan diri. Ketinggian buaian 2000 – 2100 mm. trash receptacles should be strategically located around picnic tables. Zon main pasir : Pada zon ini kanak-kanak akan dapat membina dan membentuk kekuatan tangan dan jari dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat mengimbangi otototot motor halus didalam mengodinasikan mata-tangan kanak-kanak. rakes. Satu tempat penyimpanan peralatan hendaklah disediakan untuk membolehkan kanak-kanak itu menyimpan kembali peralatan bongkah yang telah digunakan. Pada zon ini perlu disediakan satu pondok agar kanak-kanak dapat memainkan peranan dan berinteraksi bersama. jump ropes. etc. melompat. Zon bising  Zon main buaian: Ini adalah merupakan permainan yang paling diminat oleh kanak- kanak dan aktviti ini hendalah diletakan berjauhan dengan tempat permainan lain untuk tujuan keselamatan. etc. and big loose parts should also be provided. Ini adalah disebabkan dizon ini kanak-kanak boleh berinteraksi bersama rakan. Dimana untuk menggalakkan kanak-kanak berlari. air pancutan dan tempat rehat. Untuk itu di zon ini tedapat peralatan seperti bongkah-bongkah kayu dan plastik yang pelbagai bentuk untuk memudahkan membina dan meruntuh peralatan permainan yang disukainya. Untuk tujuan keselamatan kerangka yang digunakan hendaklah stabil.  Zon main drama : Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain peranan dan amat berguna untuk memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran literasi kanakkanak. blowers. dramatic play props. mengayuh basikal dan aktiviti yang banyak melibatkan aktiviti motor kasar dan penglibatan kordinasi anggota badan. . storage for loose play materials such as balls. Banyak tedapat pokok dan terdapat tempat yang berpayung untuk kanak-kanak berehat.  Zon selesa/ sosial: Zon ini sangat mustahak kerana kedudukan zon ini amat selesa kerana didalam zon ini perlu ada kawasan yang teduh samaada ditutupi oleh pokok atau tempat yang beratap. Semasa berada di zon ini kanak-kanak itu akan dapat meningkatkan kemahiranberbahasa dan kemahiran sosialnya. For supervised playgrounds. Consideration should also be made as to whether storage of maintenance equipment (mowers.

DVD & Radio Komputer Pencetak Perisian Board plus starter kit diperbuat dari tech-foam 2. 5. Linking quarter circle block 3.3 Kelengkapan Peralatan Sesebuah kelas prasekolah yang kondusif dan berkualiti dapat menyediakan peralatan yang digunakan pada permainan luar dan peralatan dalaman. 1. 4. Perancangan untuk menempatkan peralatan ini hendaklah mengambil kira aspek keselamatan. Alat pengukur Kanta pembesar Set magnet Set Tabung uji Foam alphabet Foam numbers Alat penimbang Alat formasi bentuk geografi Model haiwan Model Sayur-sayuran . terowong dan getah pelapik. 5. palang bergayut. Peralatan Dalaman Berikut adalah cadangan peralatan pembelajaran yang boleh digunakan didalam kelas: Bil Pusat Pembelajaran Peralatan 1. 8. Pelbagai jenis bentuk Blok 4. Zon Permainan motor kasar: Merupakan zon yang dilengkapi dengan peralatan permainan seperti papan gelongsor. 3. 5. Jenis-jenis peralatan dan bahan adalah disarankan seperti berikut: a. saiz badan dan persekitaran prasekolah itu sendiri. 7. 3. 9. 1. 4. Pusat Teknologi 3. 4. 10. 6. 2. Pusat Bahasa 1. Buku besar Buku cerita kanak-kanak Buku kecil bergambar Buku Puisi kanak-kanak Buku cerita/ lagu kanak-kanak Telivisyen CD. Carta poket 2. 6.2. jongkang-jongkit. Pusat Kognitif 1. 4. 3. 2. papan imbangan. Pusat Manipulatif 2.

5. 8. Pusat Estetika Kreativiti dan 1. 3. 6. 1. Pusat Pendidikan Islam 6. 4. Perabot Prasekolah Peralatan perabot di kelas prasekolah hendaklah bersesuaian dengan keperluan murid. 6. 5. Aktiviti permainan luar memerlukan peralatan.  Papan jongkangjongkit  Buaian  Gelongsor  Rangka bergayut  Kotak main air dan pasir  Terowong . Peralatan Permainan Luar Prasekolah. 7. Berikut adalah cadangan bentuk-bentuk perabot yang sesuai untuk kelas prasekolah:  Meja trapezium  Meja rectangular  Meja bulat  Kerusi murid  Kotak menyimpan carta  Rak buku rendah  Rak manipulatif  Rak buku permukaan sebelah  Rak serbaguna  Rak ABM beroda  Rak buku belipat  Papan esel b. 7. 3. 2. Carta huruf Hijaiyyah Huruf-huruf jawi Cop huruf jawi Buku cerita Buku cerita pendidikan moral / tauladan Panduan wuduk/ Solat Kelengkapan solat Warna air Berus Apron Peralatan dan media lukisan Play dough Serbuk warna Alat Permainan dalam Alat muzik b. 4. Berikut cadangan peralatan yang sesuai untuk aktiviti permainan luar. 5. 2.

 Penyediaan bilik hendaklah membolehkan kanakkanak itu bertanggung jawab menjaga peralatan yang ada seolah-olah kepunyaan sendiri.Peralatan seperti gambar. membina meningkat kemahiran. Persekitaran fizikalnya hendaklah bersih dan selamat terutamanya di tandas yang perlu senantiasa bersih.  Setiap ruang atau sudut perlulah pelbagai guna dan mempunyai pelbagai makna. Perlu disediakan satu ruang untuk kanak-kanak berlari. kemas dan menyeronokkan. meningkatkan konsep kendiri yang positif.  Pastikan aliran pergerakkan kanak-kanak tiada penghalangnya (traffic flow).Peralatan yang ada juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak mudah lentur. bahan yang digunakan dan mengikut kehendak falsafah pendidikan prasekolah. memerhati dan mengawasi setiap ruang bilik prasekolah untuk itu kabinet atau almari yang tinggi hendalah diletak ditepi dinding manakala kabinet . papan buletin hendalah pada tahap penglihatan kanak-kanak.  Tempat penyimpanan bahan perlu diberi perhatian terutamanya penyediaan tempat kering dan basah. bukan tahap guru. Menyeronokkan dengan warna yang pelbagai terutamanya bahanbahan yang letakkan dipapan buletin hendaklah disusun dengan kemas. Perlu diingat ruang yang ada boleh membantu keperluan dan minat kanak-kanak. Ruang untuk pemeblajaran seni hendaklah diletakkan berhampiran dengan sinki supaya mudah untuk kanak-kanak membasuh dan membersihkan peralatan seni lukisnya. ketinggian. Keadaan almari.  Ruang dan sudut hendaklah tidak tetap dan ada kalanya perlu ditukar kedudukannya supaya tidak membosankan kanak-kanak. rosak dan tahan untuk digunakan oleh kanak-kanak . almari dan rak yang rendah diletkkan ditengah-tengah. Pengurusan peralatan pembelajaran hendaklah disimpan pada tempat asalnya selepas digunakan. Pemilihan peralatan Segala peralatan yang diguna pakai diprasekolah hendaklah mengikut kepada kesesuaian saiz badan.  Bilik prasekolah dan persekitarannya perlulah bersih.  Ruang permainan alat muzik hendaklah diletakkan jauh dengan ruang untuk bercerita atau membaca buku. rak-rak buku dan lainlain bahan hendalah mudah dicapai oleh kanak-kanak.  Guru perlulah boleh melihat. interaksi sosial dan lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusat kanak-kanak dan pemblajaran berpusatkan bahan.  Kelas hendaklah diuruskan dengan baik dengan kedudukan barang disusun dengan teratur bukannya berselerak kerana ini boleh mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Iaitu untuk membolehkan kanak-kanak bebas membuat keputusan. Tiang bola keranjang  Pondok da getah pelapik Susun atur persekitaran ruang pembelajaran Berikut adalah garis panduan susun atur ruang pembelajaran prasekolah:  Bahan dan peralatan hendaklah pada saiz dan ketinggian kanak-kanak. Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah bersesuaian dengan saiz kanakkanak.

UJIAN 1 Belajar melalui bermain adalah merupakan satu pendekatan pendidikan prasekolah yang menjadi sinonim kepada pendekatan pembelajaran di prasekolah. Apakah kepentingan belajar melalui bermain yang dapat mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah? b. Disamping itu penyediaan ruang dan perancangan kemudahan kanak-kanak dan pemilihan peralatan yang digunakan di dalam program pendidikan prasekolah. Bagaimanakah belajar melalui bermain mempengaruhi perkembangan kanakkanak? . GLOSARI ICT Pelan luar Pelan dalam Sudut pembelajaran dan pembelajaran : Teknologi maklumat dan komunikasi : Kawasan luar bangunan prasekolah : Kawasan dalam bilik prasekolah : Tempat dimana diletakkan peralatan pengajaran untuk digunakan oleh guru da kanak-kanak Zon aktiviti prasekolah: Ruang atau sudut pembelajaran. a.RUMUSAN Tajuk ini melihat kepada peningkatan kualiti yang lebih menumpukan terhadap pengajaran guru dan pembelajaran kanak-kanak. pelaksanaan program yang meliputi kurikulum yang ada diprasekolah dan aktiviti serta persekitaran yang meransangkan pembelajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful