ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN OBJEKTIF HASIL KAJIAN : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
ix.

MUKA SURAT 2 3 4 5 6 8 9 12 14 18 19 21 22 23 24

Pengenalan Negeri Terengganu dan Daerah Besut Sejarah penubuhan Besut Perkembangan sejarah Besut Penjajahan yang pernah berlaku di Besut Perkembangan dari segi sosial, ekonomi, dan pendidikan Kehidupan masyarakat Besut Tokoh Ulama Pondok dan Pendidikan Islam di Besut Aspek keagamaan yang dianuti oleh masyarakat Besut Seni dan Budaya yang terdapat di Besut Keistimewaan Besut

x.

SUMBER RUJUKAN PETA DAERAH BESUT LAMPIRAN

1

OBJEKTIF KAJIAN

Kawasan kajian yang dikaji ialah Daerah Besut. Objektif kajian kumpulan ini ialah agar mahasiswa dan mahasiswi sekaligus para pelajar dapat: i. ii. Mengetahui sejarah penubuhan dan perkembangan Daerah Besut Mengetahui dan dapat mengkaji sejarah tokoh-tokoh yang telah menubuhkan Daerah Besut iii. Mengetahui dan dapat mengkaji latar belakang masyarakat di Daerah Besut dari aspek sosial iv. v. Mengetahui sejauh manakah perkembangan ekonomi daerah tersebut Mengetahui perkembangan pendidikan di Daerah Besut

2

dan pendidikan Tokoh Ulama Pondok dan Pendidikan Islam di Besut Aspek keagamaan yang dianuti oleh masyarakat Besut Keistimewaan Besut 3 . vii. vi. iii. viii. ii. iv. Pengenalan Negeri Terengganu dan Daerah Besut Sejarah penubuhan Besut Perkembangan sejarah Besut Penjajahan yang pernah berlaku di Besut Perkembangan dari segi sosial. v.HASIL KAJIAN Antara hasil kajian yang didapati setelah mengkaji Daerah Besut ini ialah: i. ekonomi.

185 4 . “Taring anu” ini akhirnya bertukar menjadi “Terengganu”. Besut merupakan salah sebuah daerah di dalam negeri Terengganu yang terletak di bahagian utara. Daerah ini bersempadan dengan negeri Kelantan.616 orang pada tahun 1990. Terengganu mendapat nama apabila sekumpulan pemburu dari Pahang terjumpa sebatang taring ketika berburu di Sungai Terengganu Mati. Apabila ditanya dimanakah mereka mendapat buruan itu.PENGENALAN NEGERI TERENGGANU DAN DAERAH BESUT Terengganu Darul Iman ialah salah sebuah negeri di dalam negara Malaysia yang mempunyai Sultan.956km persegi yang terletak di antara negeri Kelantan (di sebelah utara dan di barat laut) dan negeri Pahang (di sebelah selatan dan di barat daya) manakala sebelah timur negeri ini pula terhampar luas Laut China Selatan.76 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 114. Bendera daerah Besut ialah MERAH.240 orang penduduk dan hampir 95% daripadanya ialah orang Melayu. 2. Maksud bendera ini ialah melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja. Setiap daerah yang berada di dalam negeri ini mempunyai warna benderanya yang tersendiri. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 1. Keluasan negeri ini lebih kurang 12. Pada tahun 1970.367. penduduk di daerah ini lebih kurang 79. 3. Salah seorang daripada mereka menjawab “taring anu” kerana tidak tahu taring binatang apakah yang sebenarnya. Beberapa hari kemudian mereka berjaya memperolehi rusa dan kayu gaharu. Setiap bendera ini telah dipersetujui untuk diterima pakai mulai 7 Jun 1988 bersamaan 22 Syawal 1408. Salah seorang pemburu menanyakan soalan “taring apakah itu” kepada salah seorang pemburu. Keluasan daerah ini ialah 123.8 hektar atau 1978. mereka memberitahu buruan dan kayu gaharu itu diperolehi di “taring anu”.

187 5 . Anak baginda sendiri yang bernama Tengku Abdul Kadir telah datang sendiri untuk mengetuai pasukan ini. Beliau juga pernah meminta bantuan daripada Sultan Mansur Pertama untuk menghantar angkatan tentera bagi membasmi lanun-lanun tersebut. Encik Namat mendapat tentangan daripada lanun yang berkubu di pulau-pulau sekitar daerah Besut. banyak rintangan yang terpaksa dihadapinya. Daerah ini suatu ketika dahulu diperintah oleh seorang ketua lanun yang bergelar “Raja Sang Nyana”. Perjumpaan dan rundingan tersebut berlaku di Kampung Nail (tempat membentuk mata kail) dan satu perjanjian juga dibuat supaya tidak berlaku pencerobohan dan pembunuhan oleh puak-puak pangan ke atas orang-orang Encik Wan semasa mencari hasil hutan di dalam Daerah Besut. Beliau berjaya dalam pertempurannya dan dilantik menjadi pemerintah Besut manakala Encik Namat menjadi seorang pembesar daerah. Kuala Besut mempunyai beberapa buah gua batu yang sesuai dijadikan tempat perlindungan lanunlanun. Encik Wan memujuk puak-puak pangan yang mendiami kawasan Besut dengan menukarkan segantang mata kail dengan ketuanya iaitu Pak Wong agar berpindah ke tempat lain.SEJARAH PENUBUHAN DAERAH BESUT Nama Besut adalah terbitan dari nama ketua seorang pangan atau sakai. Nama ini diambil sempena nama negeri asalnya iaitu Palembang Sumatera. meninggal dunia pada 12 November 1974) dan Haji Muhammad (bekas imam Masjid Kampung Raja). Pada tahun 1780-an. Sekumpulan pedagang dari Patani datang ke Besut dan diketuai oleh Encik Wan yang berasal dari Sumatera. anaknya yang bernama Encik Namat telah mengambil alih tempat Encik Wan sebagai ketua. Selepas kematian Encik Wan. Encik Wan dan orang-orangnya juga telah membuat sebuah kampung di tepi Sungai Besut yang diberi nama Palembang. Semasa Encik Namat menjadi ketua. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 185. Besut. Beliau merupakan datuk yang keenam kepada Haji Yusof Ali (bekas imam Kampung Payang Setiu dan tinggal di Palembang.

Tengku Ibrahim dan Orang Kaya Megat Seri Mahkota. Segala persiapan telah diatur untuk melantik Tengku Ahmad iaitu saudara baginda menjadi Yamtuan Muda dan menjemput Tengku Ali supaya menghadiri istiadat itu tetapi Tengku Ali enggan memperkenankan jemputan tersebut. Ada musuh dalam selimut. Yamtuan Muda Tengku Abdullah iaitu saudara baginda sendiri. Sultan Umar juga telah menghatar mufti Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amim ke Kelantan untuk menyampaikan hasrat baginda bahawa mereka tidak berniat hendak mengubah sempadan antara Kelantan-Terengganu. mereka mendapati Tengku Ali sedang berkumpul di Kampung Raja dengan beberapa pasukan yang bersenjata dari Kelantan. Selepas kematian Tengku Abdul Kadir. Kejadian ini telah berlaku pada 22 November 1875 atau pada 23 haribulan Syawal 1292H. sebaik sahaja tiba di tempat Tengku Ali. Punca pemberontakkan Tengku Ali adalah disebabkan oleh dasar Sultan Umar kerana memerintah daerah-daerah sekitar Terengganu secara langsung. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 187. Walaupun Tengku Ali adalah anak sepupu Sultan Umar. Namun demikian. Tindakan Tengku Ali telah mencetuskan peperangan antara pasukan beliau dengan pasukan dari Terengganu. Hal ini tidak diketahui oleh Sultan Umar dan baginda juga menjemput Tengku Ali menghadiri satu acara istiadat. 188 6 . mereka tidak pernah menjalinkan hubungan rapat selama 15 tahun termasuk juga dengan pihak istana. Baginda telah menghantar beberapa orang utusan untuk menjemput Tengku Ali iaitu Tuan Muda. beliau juga telah membina bentengbenteng pertahanan sepanjang Sungai Besut yang berhampiran dengan Pelembang dan membuat tempat kediamannya di kawasan Kampung Raja selepas menjadi pemerintah Besut. puteranya yang bernama Tengku Ali telah mengambil alih pemerintahan di Besut dan beliau enggan mematuhi pemerintahan Yang Dipertuan di Kuala Terengganu. Pihak baginda telah mengutus surat bantahan kepada pemerintahan Siam di Senggora dan juga bantahan atau amaran kepada pemerintahan Kelantan supaya tidak mencampuri hal ehwal di Besut. itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Tengku Ali apabila beliau meminta bantuan dari Kelantan agar membantunya menurunkan baginda daripada takhtanya dan diganti dengan Tengku Cik Muda Putra.PERKEMBANGAN SEJARAH BESUT Tengku Abdul Kadir berjaya mentadbir Besut.

Kemudian baginda menghantar satu angkatan perang ke Besut. daerah Besut mula mengalami perubahan dari semua segi dan beransur maju. Dato’ Bandar Jaafar. Tindakan Tengku Ali yang ingin menjatuhkan Sultan Umar menyebabkan Besut tiada pemerintah. mereka mendapati Tengku Ali telah melarikan diri ke Kelantan. Tuk Kaya Mahkota Haji Abdul Rahman. (Tengku Long Pendikar).000 orang mengikut jalan laut dan jalan darat yang diketuai oleh Panglima Besar Orang Kaya Megat Seri Mahkota Raja (Wan Abdul Rahman bin Idris) saudara sepupu baginda. Seramai 8. dan Tengku Nik. manakala panglima-panglima perang ialah Encik Musa. Semasa pemerintahan Tengku Chik Haji. Tengku Long bin Mustaffa. seterusnya kepada Tengku Chik Haji anak Tengku Abdul Kadir. penolongnya Tengku Yusof Panglima Kedai Payang. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 188 7 . Terdapat juga cerita yang mengatakan Tengku Ali meninggal dunia di Kelantan pada 11 Zulkaedah 1292H atau pada 9 December 1875 selepas kejadian yang berlaku di Besut. Oleh itu pemerintahan Besut diserahkan kepada Tengku Ngah. Angkatan ini diatur sendiri oleh Engku Saiyed Seri Perdana (Engku Saiyed Zain bin Muhammad) yang dianggap sebagai Perdana Menteri baginda. Tuk Setia Wan Ismail Kampung Gedung. Engku Saiyed Seri Perdana telah membedil Besut dari laut. Engku Saiyed Seri Perdana dan angkatannya mendarat selepas membedil Besut.

Paka dan Dungun). Setiap jajahan ditempatkan seorang ketua jajahan (Gunco) berbangsa Melayu. Perlantikan Penasihat British telah membawa kepada penyusunan semula pentadbiran. Terengganu yang dahulunya ditadbirkan mengikut sistem pentadbiran daerah telah berubah kepada sistem jajahan iaitu dengan wujudnya tiga buah jajahan iaitu Jajahan Timur (Kemaman. Jabatan-jabatan penting seperti Jabatan Kastam. Jikeidan dibentuk bagi menjamin keselamatan kampung. Pentadbiran negeri Terengganu diletakkan di bawah kendalian Syuciji (Gabenor). Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pernah dijajah oleh Negara Barat dan Negara Jepun.PENJAJAHAN YANG PERNAH BERLAKU DI BESUT Seperti yang kita ketahui. Penjajahan yang pernah berlaku di Terengganu khususnya Besut ialah pernah dijajah oleh pihak British dan Jepun. Jabatan Tanah dan Galian. Jajahan Tengah (Kuala Terengganu. Marang dan Kuala Berang) dan Jajahan Barat (Besut dan Setiu) dengan pusat pentadbirannya di Kuala Terengganu. Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perubatan diletakkan di bawah Penasihat British. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 7 JEPUN Selain itu. negeri ini juga pernah dijajah oleh negara Jepun pada tahun 1941.Besut dan Hulu Terengganu ditadbir oleh Pesuruhjaya Jajahan berbangsa Jepun. seterusnya mukim di bawah Penghulu dan kampung di bawah Ketua Kampung. Dungun. Malaysia atau nama panggilannya. Di peringkat negeri wujud tiga buah pejabat pentadbiran iaitu Pejabat Penasihat British. pihak British mula campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Terengganu. Kemasik. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 8 8 . Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan. BRITISH Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Kertih. Jajahan atau daerah Kemaman. Ketiga-tiga buah jajahan ini ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya dan dibantu oleh Penolong Penasihat British.

Kampung Gong Mak Som (3 buah).PERKEMBANGAN DARI SEGI SOSIAL. daerah Besut mempunyai 18 buah buah kemudahan kesihatan iaitu sebuah hospital. EKONOMI DAN PENDIDIKAN Terdapat beberapa perkembangan yang sedang rancak berlaku di Terengganu. 367 9 . Pembinaan kemudahan kesihatan yang diberikan adalah berasaskan kepada kepadapatan penduduk. ekonomi dan pendidikan. Salah satu bantuan yang diberikan ialah menyediakan tempat tinggal selesa melalui Penempatan Keluarga Miskin.  SOSIAL Kebajikan Bantuan kerajaan negeri yang diberikan kapada penduduk di Terengganu untuk melicinkan proses penyediaan kemudahan sosial kepada kumpulan sasaran. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 363. Taska yang telah ditubuhkan ialah TASKA Keluarga Besut. 357 Yayasan Pembangunan Keluarga Sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada 25 April 1986. Perkembangan ketiga-tiga unsur ini menyebabkan Terengganu yang dahulunya agak mundur kini menjadi maju. antaranya ialah Nurul Saadah di Kampung Tok Dor (53 buah). Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan mutu kehidupan keluarga ke peringkat optimum. 351 Kesihatan Slogan “Rakyat Sihat Negara Sejahtera” bersesuain dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjayakan “Wawasan Sihat”. Perkembangan tersebut meliputi sosial. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 355. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 349. Kampung Gong Tembila (10 buah) dan Kampung Teluk Budu (10 buah). 3 buah klinik dan 14 buah klinik desa. 350. Pada tahun 1997.

kursus. Kerajaan dan agensi swasta ini telah memberi kerjasama dan sokongan terhadap pembangunan usahawan seperti Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). perdagangan atau pembekal sebanyak 10. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. perhotelan pula sebanyak 5. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 32 10 . Institut Kemahiran Belia Nasional (IKBN) dan INStitut Lathan Perindustrian (ILP). Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) – Halaman 389  EKONOMI Berdasarkan syarikat yang berdaftar dengan YPU pada 1999. Instut Teknikal Tinggi Terengganu (TATI). Sektor yang banyak diceburi ialah pemborong binaan iaitu sebanyak 185. Kem-kem tersebut ialah. Institut Latihan Perindustrian Petroleum (ILPP). kerajaan dan agensi-agensi swasta telah mengambil peranan masing-masing. Kem Bina Negara dan Kem Lata Tembakah. Kem Seri Keluang. perkilangan sebanyak 6 buah syarikat. Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC). khemah kerja dan program-program yang mempunyai hubung kait dengan pembinaan insan. Jabatan Belia dan Sukan. sektor makanan pula berada di tempat kedua iaitu sebanyak 14 buah syarikat IKS yng terlibat dalam sektor ini. bidang ekonomi yang diceburi oleh masyarakat di Besut adalah sangat memberangsangkan. Tempat ketiga pula ialah sektor perkayuan iaitu sebanyak 11. percetakkan dan pembinaan atau harta tanah masing-masing 3 dan perkhidmatan professional sebanyak 1 sahaja. Malaysian Industrial Estates Berhad (MIEL). Standard Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM).Kem-kem Bina Diri Kem-kem bina diri di Terengganu telah ditubuhkan untuk memberi kemudahan latihan. Bagi memantapkan lagi bidang ekonomi. batik dan kraftangan atau tekstil. Bilangan dan sektor penglibatan syarikat IKS di daerah ini mencecah angka 200. Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (TESDEC).

(Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 63 11 . Kesibukan tidak dijadikan alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dalam pengajian pondok. Pengajian pondok diberikan kepada masyarakat di sekitar Besut terutamanya para petani dan penangkap ikan. malah mereka menggunakan masa lapang mereka untuk mempelajari alQuran dan mengikuti pelajaran agama. PENDIDIKAN Pendidikan Islam dan Ulama Pondok Pendidikan yang ditekankan di daerah ini ialah pendidikan agama dan pengajian pondok.

Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut – Halaman 45. 69 Besut mempunyai dua jenis kategori nelayan iaitu kelompok nelayan baru yang bekerja sebagai awak-awak dan berpendidikan rendah dan yang keduanya ialah kelompok keluarga nelayan lama yang mempunyai ketua keluarga lanjut usia. peruntukkan daripada agensi-agensi tertentu telah disalurkan kepada nelayan melalui Jabatan Perikanan. jumlah anak bagi satu keluarga adalah lebih daripada sepuluh orang. Sektor perkilangan dan sektor pembinaan di bandar adalah lebih baik kerana mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih banyak dan tetap. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan di Besut. Anak-anak yang telah tamat persekolahan rendah atau menengah atau gagal melanjutkan pengajian tinggi akan terus bekerja bersama bapa mereka. Melaka. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut – Halaman 25. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). status sosial dan budaya tempat kerja yang lebih selesa dan kemudahan pengangkutan yang lebih baik. 26. 30. untuk menjadikan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Selain diberikan peruntukkan. para nelayan juga disediakan pelbagai pinjaman untuk membiayai dan menggalakkan pembangunan ekonomi golongan nelayan. Dana yang diperuntukkan ini bertujuan untuk membiayai pembelian atau penggantian bot. 29. Besut merupakan salah satu kawasan yang terkenal dengan aktiviti perikanan. Secara amnya. anak-anak Besut berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. 27 Bagi membantu kehidupan nelayan pesisir ini. Dana khusus seperti bantuan peralatan menangkap ikan kepada para nelayan di Besut juga disediakan secara percuma. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut – Halaman 28. Bantuan kerajaan seperti Program Ternak Ikan Air Tawar. Pulau Pinang dan Johor Bharu kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang lebih menarik dan bergaji lumayan. Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) dan bantuan pinjaman modal untuk membeli bot dan kelengkapan tangkap ikan oleh MARA diberikan kepada para nelayan untuk meningkatkan taraf hidup.KEHIDUPAN MASYARAKAT BESUT Seperti yang kita ketahui. Namun demikian. pukat dan peralatan berkaitan bagi membantu nelayan secara terus. Kuantan. anak-anak muda Besut telah berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Pengagihan sumber ekonomi biasanya dipengaruhi oleh saiz keluarga. Shah Alam. 46 12 . enjin.

Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut – Halaman 65. peralatan yang canggih telah dibekalkan kepada para nelayan melalui bantuan dan peruntukkan yang diberikan oleh badan-badan tertentu. 67 13 . 66. Ikan merupakan sumber pendapatan kepada majoriti penduduk Besut. Pada tahun 1970-an dan 1980-an.Ikan sangat penting kepada nelayan di Besut. Oleh itu. Hasil tangkapan ikan adalah kegunaan sendiri dan jika hasil tangkapan adalah lebih yang selebihnya akan dijual untu membeli barangan keperluan harian. komuniti Kuala Besut sangat mewah dengan jumlah tangkapan ikan yang melimpah ruah.

Beliau telah membina rumahnya berhampiran dengan istana Tengku Muda. Daerah Patani. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 65. Tuan Guru Haji Hussein memilih Besut kerana penempatan Kampung Lampu yang agak besar. beliau bersama-sama dengan keluarganya telah berpindah ke Besut.  Tuan Guru Haji Hussein dan pengasasan Pondok Kampung Lampu Tuan Guru Haji Hussein merupakan orang pertama yang memperkenalkan sistem pondok di Besut. beliau juga diberikan sebidang tanah sawah untuk keluarganya. Selepas Tuan Guru Haji Hussein barangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya. Tuan Guru Haji Hussein berasal dari Tnat Dang. Sokongan dan pertolongan Tengku Muda menyebabkan Tuan Guru Haji Hussein mendapat satu kawasan untuk mendirikan pondok bagi menempatkan pelajar-pelajar luar.TOKOH ULAMA PONDOK DAN PENDIDIKAN ISLAM DI BESUT Terdapat empat tokoh ulama yang terkenal di Besut iaitu Tuan Guru Haji Hussein. Kematian Tuan Guru Hussein sebagai guru diganti oleh anaknya iaitu Tuan Guru Haji Muhammad. Pada tahun 1905 ramai pelajar yang datang dari Kelantan. Kedatangan beliau telah menyebabkan Kampung Lampu menjadi terkenal dan mendapat perhatian luar. Selain itu. Pondok Kampung Lampu dibuka pada tahun 1905 dan pusat pengajian ini berjalan sehingga tahun 1917. Selatan Thai. Tuan Guru Haji Umar dan Tuan Guru Haji Abdul Latif. Sebelum Tuan Guru Haji Hussein meninggal dunia. 66 14 . Pada tahun 1917 Tuan Guru Haji Hussein telah meninggal dan pada tahun itu juga merupakan perkembangan pesat pondoknya. Beliau seringkali ke Mekah untuk menunaikan haji disamping mendalami lagi pengajiannya. Hubungan antara pemegang kuasa tempatan dengan beliau adalah baik. beliau sempat mendidik dan melatih anak-anaknya untuk mengantikan beliau sebagai guru di Pondok Kampung Lampu. Pahang dan dari dalam Terengganu untuk belajar dengannya. Beliau menjadi Guru alQuran kepada anak-anak Tengku Muda. Beliau merupakan bekas anak murid Tuan Guru haji Hassan Al-Fatani. Tuan Guru Haji Muhammad.

Gurunya banyak memberi nasihat dan memberi perangsang semasa Tuan Guru Haji Muhammad mengendalikan pondok di Kuala Besut. Keadaan berubah apabila sebilangan pelajar dari pondok Haji Hussein di bawah kelolaan Tuan Guru Haji Abdullah datang belajar dengan beliau. Pada tahun 1918 beliau telah mendirikan pondoknya di kampung itu. Tuan Guru Haji Muhammad telah berpindah ke Kuala Besut setelah berkahwin dengan seorang gadis di sana. Suasana ini telah dihadapi oleh Tuan Guru Haji Muhammad sebagai seorang pendidik agama. Masyarakat di Kuala Besut tidak mengambil berat terhadap pendidikan agama. 68. Semasa berada di tanah suci beliau telah berguru dengan Syeikh Daud alFatani. Patani. Dalam usianya yang muda beliau telah membuka pondoknya dengan mendapat sokongan Raja Besut pada tahun 1919. Mereka lebih menumpuhkan masa mereka dengan perkerjaan dan hiburan. Yala. Tuan Guru Haji Muhammad telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan pada ketika itu hanya lima buah pondok sahaja di Pondok Kuala Besut. Kemerosotan ini berlaku kerana kepesatan pendidikan moden dan pendidikan agama juga diambil alih oleh beberapa sekolah Arab di daerah Besut. Kampung Raja. Tuan Guru Muhammad mendapat pendidikan asas dari ayahnya sendiri. Pada tahun 1930-an bilangan penuntut semakin berkurangan apabila ramai penuntut berpindah ke Pondok Haji Umar di Kampung Raja dan di tempat-tempat lain. Ayahnya merupakan orang terkaya pada masa itu di Kampung Sungai. Tuan Guru Haji Muhammad dan Pengasasan Pondok Kuala Besut Beliau dilahirkan di Tnat Dang. Pada mulanya beliau mengajar di masjid yang telah dibina oleh orang ramai khususnya kepada orang-orang tua. 69  Tuan Guru Haji dan Pengasasan Pondok Kampung Raja Tuan Guru Haji Umar dilahirkan kira-kira tahun 1891 di Kampung Sungai. Selatan Thai pada tahun 1880 dan merupakan anak sulung. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 67. Selepas itu beliau dihantar ke Mekah dan menuntut di Mekah 15 . Beliau tidak terus mengajar secara pondok setelah menetap di Kuala Besut. Bilangan penuntut menjadi semakin ramai akibat kedatangan pelajar-pelajar daripada kawasan lain selain di Besut.

Kematian Tuan Guru Haji Umar menyebabkan ramai di antara pelajarnya berpindah ke pondok-pondok lain. Disamping itu. Beliau mengajar di sebuah masjid yang telah dibina menerusi bantuan-bantuan orang Kampung Palembang. Kampung Raja. kebakaran telah berlaku di Kampung Palembang yang menyebabkan pondok-pondok dan rumah tuan guru sendiri turut terbakar. Keadaan ini menyebabkan Pondok Tuan Guru Haji Umar dipindahkan ke kawasan Beris.selama dua belas tahun. pengasas Pondok Alor Keladi merupakan anak tempatan Besut. Pelajar-pelajar yang datang dari luar Besut terpaksa menumpang di masjid Kampung Raja. Beliau dilahirkan pada tahun 1915 di Pulau Berangan. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 69. 70  Tuan Guru Haji Abdul Latif dan Pengasasan Pondok Alor Keladi Tuan Guru Haji Abdul Latif. iaitu apabila pusat pendidikannya didatangi oleh orang luar. Tuan Guru Haji Umar telah dilantik sebagai Imam Masjid Raja dengan diberi saguhati $30. Pengajaran Tuan Guru Haji Umar juga membawa kepada penubuhan lebih kurang tujuh puluh buah pondok kesemuanya. dari tahun 1938 hingga 1941. apabila pusat pengajian itu tutup. beliau mendapat zakat fitrah dari orang ramai. pemerintah Besut. iaitu sebelum pendudukan Jepun di Daerah Besut. Beliau pernah berguru dengan Tuan Haji Umar di Kampung Raja dan pernah menjadi murid kepada Tuan Guru Haji Musa di Pondok Bukit Puteri. Di situ telah dibina sebuah masjid dan pondok-pondok yang baru bagi meneruskan pengajaran agama. Jertih. Tuan Guru Haji Umar meninggal dunia pada tahun 1941. 16 . Pelajar tersebut merupakan orang dari Kelantan. Pada tahun 1932. Hal ini menyebabkan beliau disenangi rakan seperjuangannya. Tuan Guru Haji Umur mempunyai perwatakan yang baik dan bersopan-santun. Tuan Guru Haji Abdul Latif mendapat pendidikan di Besut.00 sebulan oleh Tengku Chik. Keadaan ini berlaku kerana tiada pengganti beliau yang boleh meneruskan pengajaran agama yang telah diasaskan oleh Allahyarham. Anaknya yang bernama Hajah Nafisah telah dihantar ke Mekah untuk belajar. beliau pulang dari Mekah dan terus menetap di Kampung Palembang. dengan bilangan pelajar seratus lima puluh orang. Pada tahun 1919. berhampiran dengan Kampung Raja Besut.

Semasa di Tanah Suci. Tuan Guru Haji Abdul Latif pulang ke Pulau Berangan iaitu tempat asalnya. Tuan Guru Haji Abdul Latif mengambil inisiatif menjelajah kampung-kampung untuk menjalankan kempen. Perkembangan pusat pengajian yang pesat menyebabkan Ketua Agama Islam menghantar wakilnya untuk merundingkan supaya pondok itu diambil alih olehnya. Apabila keluarga beliau tidak mampu memberi wang perbelanjaan kepada beliau seketika. 72 17 . Sejak perubahan pondok di Alor Keladi sehinggalah zaman akhir hayat Tuan Guru Haji Abdul Latif . Beliau terkenal sebagai Tuan Guru Haji Abdul Latif Geluk Getah kerana kepandaiannya dalam silat gayung. 71. pelajar-pelajarnya hanya datang dari Daerah Besut dan Kelantan. Pondoknya menjadi pusat kegiatan PAS dan seramai seratus peratus daripada pelajarnya menyertai parti tersebut. Sekembalinya beliau dari Mekah pada tahun 1949. terutamanya penuntut-penuntut dari Indonesia. Pengisytiharan Tuan Guru Haji Abdul Latif sebagai penyokong PAS menjelang pilihanraya 1959 sebenarnya memberi perangsang kepada anak-anak muridnya untuk menyertai parti tersebut. beliau sentiasa bergaul dengan pelajar-pelajar dari luar negeri.Selepas itu beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan tinggal disana selama lapan belas tahun dengan mempelajari pelbagai ilmu. Beliau kemudian berpindah ke Alor Keladi dan di sana kedatangan beliau disambut mesra oleh penduduk setempat serta menjemput beliau mengajar al-Quran di sebuah masjid yang telah pun dibina. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1970 pondok tersebut diuruskan oleh pelajarnya yang pernah menjadi pembantunya iaitu Abdul Latif Mohamad. Tuan Guru Haji Abdul Latif merupakan ulama yang aktif dalam politik kepartian di Besut. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 70. Tuan Guru Haji Abdul Latif telah menjadi guru silat gayung kepada orang-orang di Mekah. Sebaliknya beliau menolak tawaran tersebut dan meneruskan pengajaran di kawasan persekolahnya secara bebas.

67. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 65. 71. 68. Besut telah menjadi kawasan yang subur dengan kegiatan agama. 66. Tuan Guru Haji Muhammad. 69. Keempat-empat ulama ini telah membentuk satu tradisi pengajian yang agak kukuh di daerah ini. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 195 Selain itu. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) – Halaman 185 Kedua-dua tokoh ini terkenal dan berjasa kepada negeri Terengganu. Satu kerugian dialami oleh negeri ini apabila kedua-dua tokoh agama ini telah meninggal dunia. Negeri Terengganu mempunyai dua orang tokoh agama iaitu Tuan Syeikh Abdul Kadir bin Tuk Wan Abdul Rahim dan Tuan Guru Haji Hassan bin Tuan Ishak. 70.240 orang ialah berbangsa Melayu. Terdapat catatan yang menyatakan makam Tuan Syeikh Abdul Kadir bin Tuk Wan Abdul Rahim berada di Perkuburan Syeikh Ibrahim Kuala Terengganu manakala makam Tuan Guru Haji Hassan bin Tuan Ishak atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Hassan Gedong pula berada di Kampung Raja Besut. Oleh itu. Tuan Guru Haji Umar dan Tuan Guru Haji Abdul Latif. terdapat juga empat orang ulama di Besut yang mengajar pengajian pondok dan pendidikan agama iaitu Tuan Guru Haji Hussein. 72 18 .ASPEK KEAGAMAAN YANG DIANUTI OLEH MASYARAKAT BESUT Hampir majoriti penduduk di Daerah Besut ini memeluk agama Islam iaitu 95 peratus daripada 79.

 ANGGUK MERBUK Angguk merbuk merupakan satu aktiviti kepada pencinta burung. gasing cina dan gasing buku benang. gasing leper. Gasing yang lama berputar akan dikira menang. Aktiviti ini dipertandingan bagi mencari suara merbuk yang baik dan kerap diadakan. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 63  SEPAK RAGA Permainanan ini telah diperkenalkan sejak seratus tahun dahulu dan masih popular dalam kalangan pemuda di luar bandar. Negeri ini juga banyak aktiviti seni dan budaya yang berkembang.SENI DAN BUDAYA DI BESUT Terengganu sememangnya terkenal dengan kecantikkan semula jadi dan seni budaya yang menawan hati. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 63  GASING Permainan gelanggang yang sangat popular. Silat juga dikenali sebagai satu bentuk gerak tari yang menarik selain sebagai seni mempertahankan diri. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 63  SILAT MELAYU Silat Melayu adalah seni mempertahanakan diri. Moto pelancongan yang diberikan juga bersesuaian dengan tempat ini iaitu. “Terengganu Cantik Budaya Menarik”. Seni dan budaya ini jugalah yang telah mewarnai Besut. Terdapat beberapa jenis gasing iaitu gasing jantung. Nilai burung merbuk bukan terletak pada bentuk rupa tetapi suaranya. Permainan ini biasanya dimainkan pada akhir musim menuai. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 64 19 .

Permainan ini didendangkan dalam bahasa Arab yang memuji Allah dan RasulNya. nasyid. Sebidang layar putih akan dibentangkan atas pentas dan batang pisang untuk memudahkan patung wayang kulit dipacakkan. Patungnya diperbuat daripada belulang. rodat dan bacaan al-Quran.w. 66 20 . Berzanji ialah satu seni bacaan sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad (s. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 64  WAYANG KULIT Permainan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Terengganu. Seni yang ketiga ialah rodat. Seni seterusnya ialah bacaan al-Quran. Main Puteri ini digunakan untuk tujuan perubatan. Selain itu. Ianya dipengaruhi oleh wayang kulit Jawa dan Siam. Nasyid biasanya diajar di sekolah. Majlis ujian Tilawah al-Quran sering diadakan bagi melahirkan qari dan qariah yang bermutu tinggi. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 65. Peralatan untuk latar belakang muzik yang digunakan untuk permainan ini ialah rebab dan gong. pondok. telur rebus dan duit syiling 15sen bagi memulakan perubatan. Kalimantan. Seni kata dan cara persembahannya dijaga menurut tatasusila Islam. bertih. Seni suara yang berkembang baik di negeri ini ialah berzanji. Tuan rumah pesakit mesti menyediakan bahan keperluan seperti beras kunyit.a. Sebiji lampu juga akan digantungkan di sebelah dalam layar untuk menghasilkan baying ketika persembahan dimainkan. Mempelajari dan mengaji al-Quran menjadi tradisi. Seni yang kedua ialah nasyid iaitu nyanyian Islam. tadika dan persatuan-persatuan. MAIN PUTERI Secara tradisinya. ia juga dipersembahkan dalam majlis bercukur rambut untuk anak-anak yang baru lahir. Bacaan al-Quran dan tajwid adalah suruhan agama.) dan puji-pujian (selawat) ke atas baginda. Permainan ini telah dibawa masuk dari Sambas. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) – Halaman 65  SENI SUARA Seni suara juga tidak ketinggalan di negeri ini. Maulidur Rasul dan majlis perkahwinan.

KEISTIMEWAAN TENTANG BESUT  Pengajian Pondok Keistimewaan daerah ini ialah. nasihat. Putera-putera tersebut mendapat pendidikan secara perseorangan dari ulama. 72 21 . kebolehan dan kepandaian telah menjadikan mereka tokoh-tokoh yang mendapat perhatian umum. Selain itu. Besut menjadi kawasan yang subur dengan kegiatan pendidikan agama. dan ketika politik pilihanraya melanda daerah Besut. Kehadiran ulama dari Patani menyebabkan munculnya pengajian ini. Kemunculan ulama dan penglibatan mereka dalam pengajaran secara pondok di Besut terbukti telah membentuk satu tradisi pengajian yang kukuh di daerah itu. pengaruh yang ada pada individuindividu ini. Sikap dan sambutan yang telah diberi oleh masyarakat tempatan turut bertanggungjawab mewujudkan keadaan yang membolehkan perkembangan ini berlaku. Besut mempunyai tradisi pengajian pondok. Anggota masyarakat mengunjungi mereka untuk mendapat bantuan. Penglibatan mereka dalam lapangan-lapangan juga seterusnya mempunyai kesan pendidikan kerana secara langsung pembabitan tersebut membantu pemasyarakatan dan pembentukan nilai-nilai Islam. Pengajian pondok ini juga mendapat perhatian dalam kalangan istana dan menjadi guru kepada kepada anak-anak raja. Kedudukan sosial ulama-ulama ini sendiri termasuk keilmuan. ketiadaan alim ulama yang berkelayakan untuk mengajar dan membimbing orang ramai di daerah ini juga memudahkan pengasasan dan perkembangan pondok. perubatan. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) – Halaman 63. Satu aspek penting dalam sejarah kebangkitan ulama dan pengasasan pondok di Besut ialah kerjasama dan sokongan moral serta material. yang telah diberi oleh wakil raja atau pemerintah daerah sendiri kepada usaha-usaha pembangunan Islam.

Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang Diterbitkan oleh: Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu 1999 2. Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu) Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Fakulti Pengurusan dan Ekonomi 5. Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) Dato’ Setia Jasa (Dato’ Haji Muhammad Saleh Haji Awang) Dibantu oleh: Mohd. Noraien Mansor. Ulama Terengganu Suatu Sorotan Suntingan dan pengenalan oleh Muhammad Abu Bakar 4. Muhammad Najit Sukemi INTERNET Peta Daerah Besut yang terbaru 22 . Mohd Shaladdin Muda. Yusof Abdullah Mohamad Abu Bakar Haji Othman Haji Ali 3.SUMBER RUJUKAN BUKU ILMIAH 1. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut Isu dan Perspektif Penyelidikan Edisi Kedua Disunting oleh: Nik Fuad Mohd Kamil.

google.PETA DAERAH BESUT http://maps.com.my/ 23 .

LAMPIRAN 24 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful