You are on page 1of 11

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Program : PISMP IPGM Kursus : penilaian dan pentaksiran dalam pengajaran Sains Pengajian : PISMP-IPGM ambilan Januari 2010 SEMESTER 6 Kod : SCE3111 Tahun 3 Kredit : 3(3+0) PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN. PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran  Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran  Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran  Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.  Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.  Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.  Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.  Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT

Page 1

satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab. kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting. diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. pengukuran dan penilaian yang tepat. 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 2 . 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan. Kesimpulannya.PENGUJIAN Definisi Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan. atau satu sistem yang berkategori”. pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian. dikukuhkan oleh Milagros 1981. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah 1991:2). Justeru. atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Pengujian menjelaskan tahapberapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti. yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas. Menurut Cronbach (1970) “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor. (dipetik dari Raminah.

lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Selain itu. Dengan itu. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 3 .PENILAIAN Definisi Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar. guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik. pengukuran dan penilaian Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya. Daripada penilaian yang dijalankan juga. guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Perkaitan pengujian. kemahiran atau sikap. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah. sama ada pada tahap yang sangat memuaskan. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran. penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. memuaskan. sederhana.

Tujuan lain Penilaian Ujian 1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan. seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu. Misalnya. kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. seperti tatabahasa. sederhana atau gagal. seperti cemerlang. Tanpa bantuan khas ini. Misalnya. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Selain itu. tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 4 . guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. iaitu motivasi daripada luar. pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM). Bimbingan dan kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan. Sekiranya penguasaan mereka berbeza. Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. 3. Contohnya. mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam. guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran. iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain memulakan sesi pengajaran. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. Selain itu. seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar. perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakanrakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian. misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR). seperti pemilihan dan penempatan. perbendaharaan kata dan sebagainya. 2. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Dalam keadaan ini. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya.diatasi.

Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya 5. ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 5 . 8. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. 9. 6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. 7.4.

Pengujian Pengukuran Pentaksiran Penilaian ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 6 .

Penilaian dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Melibatkan pengenalpastian. Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk i. Melibatkan tiga proses utama iaitu: 1.gred (A.B. Kualitatif sahaja : . Kuantitatif sahaja : .D) . -Penilaian Guru ☻ bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya -Penilaian Piawai ☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar. kepujian. Menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran. Dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika ia wujud pada jumlah tertentu. Menentukan ukuran 2. dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat. pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil Jika sesuatu perkara itu wujud. Menganalisis ukuran 3.tepat dan bersih Kategori Penilaian: -Penilaian Kendiri: ☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian atau peperiksaan.penilaian. ia wujud pada jumlah tertentu.Pengenalan Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian. maka kita boleh mengukurnya Penilaian Penilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). lulus atau gagal ii. Menurut Stufflebeam (1971):Penilaian adalah proses mengenalpasti. penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru „mengajar‟ dan pelajar „belajar‟.C. pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Pengertian Konsep : Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.dinyatakan dalam nilai cemerlang. ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 7 . Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

ujian kemahiran psikomotor ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 8 .Menilai kejayaan program SenamTari anjuran Kementerian Kebudayaan PENGUJIAN Pengujian dalam bilik darjah. psikomotor ataupun efektif Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah . 30/100 untuk ujian penglihatan. pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif. Ujian bukan berbahasa ☻ contoh :ujian prestasi .” Muilagros(1981) • Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar. Ujian berbahasa: ☻ Contoh :ujian pensel . Dalam erti kata lain.☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar Contoh Penilaian 1.proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab. 3. II. atau satu sistem yang berkategori Contoh ☻skala bernombor : I. 100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test) 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.Menilai pencapaian objektif P & P 2. II. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan Pelaksanaan pengujian terbahagi kepada dua kumpulan: 1. “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.Menilai pencapaian matlamat menguasai kemahiran 3M di kalangan murid sekolah rendah. ☻sistem berkategori: I. Croanbach (1970) “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor. III.kertas set ujian lisan 2. atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah. Tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu . 50% dan 80% jenis kategori.ujian membaiki radas elektronik. motivasi sederhana dan motivasi tinggi. pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh.. Tidak bersifat mutlak. Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran: I. : motivasi rendah. walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45 Ciri pengukuran: Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Maka ia tidak bersifat mutlak. pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan. Peringkat proses pengujian -Persediaan -Pelaksanaan pentadbiran ujian -Pemeriksaan skrip jawapan Pengukuran: Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik. Untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu Contoh: Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. iv. iii. Dalam hal ini. Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu: i. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat sepeti penggunaan pembaris. Justeru. Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan. Contoh. Ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. jenis kuantitatif : 20 %. II. Skala Nominal Skala Ordinal Skala Interval Skala Nisbah Skala Nominal ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 9 . Ciri pengukuran: i. sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. ii.

Contoh: perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius.kurang setuju 3. Untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu: i. Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala. mengumpul. merekod.5 atau pengukuran lain di antaranya). pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) ii. Konteks pendidikan : pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai.sederhana setuju 4. Tidak perlu aturan atau ruangan Contoh 1 = lelaki. Contoh lain: umur. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) iii. pekerjaan tetap dan bangsa Skala Ordinal Skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan contoh: angka 1. Skala Nisbah Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal yang unik (bukan titik rambang yang asal).sangat setuju Skala Interval Data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Penulisan Pentaksiran Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) . pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)  proses pembelajaran berterusan  dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 10 . Pemerhatian ii. 2 = perempuan (tidak ada 1.setuju 5. di mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori. memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.sangat tidak setuju 2. Contoh : Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari orang yang mempunyai berat 40 kg.Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual eksklusif”. Lisan iii. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain. Mengganda atau membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi akan memberikan nisbah 2:1 Pengukuran Pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu: i.

menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran.  menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain ERIC EXODUS PISMP SCE 10 IPGKT Page 11 . pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)  proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid  memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).  pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat.  Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan.  Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.  berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan. dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.  mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) . supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid. penyesuaian.