You are on page 1of 19

KAJIAN TINDAKAN

1.0 TAJUK KAJIAN

DUDA – DEMONTRASI UNTUK DAPAT A PENGGUNAAN KAEDAH VIDEO UNTUK KAEDAH PENYELESAIAN DALAM TAJUK ORTOGRAFIK TINGKATAN 4

2.0 NAMA PENYELIDIK ANUAR BIN OTHMAN

3.0 NAMA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM JALAN LUNAS, 09000 KULIM KEDAH DARUL AMAN.

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Penglibatan saya dalam proses pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan selama hampir 16 tahun membolehkan saya dapat melihat sedikit sebanyak kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kemahiran. Bukan sahaja aspek kognitif malah kemahiran psikomotor dan kemahiran efektif juga perlu digunakan dalam proses pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Dalam tempoh tersebut didapati penguasaan topik di kalangan pelajar murid agak ketara. Sebahagian murid dapat menterjemahkan pemahaman mereka melalui kerja yang kemas dan betul. Manakala sebahagian lagi tidak mampu menggabungjalinkan pengetahuan yang diperolehi daripada guru seterusnya menterjemahkannya dalan bentuk lukisan yang kemas dan betul. Kelemahan di kalangan murid-murid ini meliputi penguasaan topik asas Pandangan Ortografik dan Lukisan Isometri . Sehubungan dengan itu, kebolehan pelajar menggunakan peralatan dengan betul dalam menjawab soalan perlulah dititikberatkan. Sehubungan dengan itu teknik yang betul perlulah ditunjukkan guru semasa pengajaran. Namun bilangan murid yang ramai di dalam kelas membantutkan proses ini. Oleh itu, untuk memenuhi yakni membolehkan murid-murid secara serentak dapat melihat teknik yang digunakan oleh guru, maka teknik DUDA digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan peralatan dalam lukisan kejuruteraan. Masalah yang dikenal pasti ialah : (i) Pelajar tidak dapat mengaplikasi kemahiran menggunakan peralatan dengan betul. (ii) Pelajar tidak dapat mengunjurkan pandangan dengan tepat. (iii) Pelajar tidak dapat menjawab tajuk-tajuk yang berkaitan seperti Lukisan isometri, Lukisan Oblik, Pengorakan dan Persilangan. (iv) Lukisan Bangunan yang dilukis tidak berkualiti terutamanya pada bahagian pandangan sisi. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian tingkah laku pelajar, soal selidik, analisis jawapan peperiksaan (ujian), dan pemerhatian rambang terhadap kerja pelajar satu rumusan dapat dibuat sebagai sandaran terhadap kajian tindakan yang dilakukan. Daripada analisis tersebut satu dapatan yang amat mengecewakan yang mana beberapa perkara kelemahan dapat disenaraikan.

2

Analisis yang didapati daripada jawapan pelajar : (i) (ii) Pelajar tidak dapat menyiapkan latihan pada masa yang ditetapkan Pelajar tidak dapat mengunjurkan pandangan dengan tepat ke arah pandangan sisi terutamanya. (iii) Pelajar kurang bermotivasi untuk membuat latihan tambahan yang diberikan berikutan kurang pengetahuan dalam penyelesaian masalah. (iv) Pelajar masih tidak menggunakan peralatan mengikut fungsi yang betul. Sebahagian pelajar menggunakan T square untuk garisan menegak sepatutnya Set Square dengan bantuan T Square digunakan.

5.0 FOKUS KAJIAN Daripada beberapa analisis yang telah dibuat majoriti pelajar tidak dapat menggunakan peralatan dengan betul. Kemahiran penggunaan perlatan ini menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam meyelesaikan masalah dalam lukisan ortografik. Masalah ini akan berterusan apabila pelajar berhadapan dengan tajuk yang lebih mencabar seperti lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan dan lukisan pengorakan. Apabila hal ini berlaku, pelajar tersebut tidak dapat menjawab secara tepat soalan lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan mahupun lukisan pengorakan. Jika kita menganalisis peratusan permarkahan untuk setiap soalan, lebih 60 % markah yang diberikan untuk ketepatan dan kejituan. Ketepatan dan kejituan yang diterima hanyalah ± 1mm. Untuk menjelaskan lagi di bawah ini di tunjukkan contoh pemarkahan untuk lukisan ortografik. 1. Kedudukan pandangan sisi kanan betul 2. Butiran garislurus 9 x 0.44 3. Mendapatkan lengkung - Titik perantaraan 4 X 0.5 - Melukis lengkung 2 X 0.5 JUMLAH 1.0 M 4.0 max 2.0A 1.0 M 8.0 M.

3

Daripada analisis, pembahagian markah kepada ketepatan dan kejituan melebihi 80%. Ini menunjukkan jika seseorang pelajar tidak dapat mengunjurkan dengan tepat, maka pelajar tersebut akan kehilangan sebahagian besar markah. Kurangnya kemahiran penggunaan peralatan akan menyebabkan masalah yang lebih besar apabila menjawab soalan lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan dan lukisan pengorakan. . Sekiranya pelajar tidak berjaya menjawab dengan baik, maka peluang untuk pelajar tersebut mendapat keputusan cemerlang tidak akan tercapai. Justeru itu saya berhasrat menggunakan DUDA (Demonstrasi Untuk Dapat A) dalam p&p bagi topik Lukisan Ortografik kepada kumpulan pelajar sasaran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

4

6.0 OBJEKTIF 6.1 OBJEKTIF UMUM Meningkatkan kebolehan pelajar menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan dengan betul dalam menyelesaikan masalah Lukisan Ortografik 6.2 OBJEKTIF KHUSUS (i) (ii) (iii) iv) Menggunakan T Square dengan betul untuk menunjurkan garisan binaan ke garisan 45O untuk menghasilkan pandangan sisi kiri atau pandangan sisi kanan. Menggunakan Set Square dengan betul untuk melukis garisan menegak. Menggunakan Jangka Lukis dengan betul untuk melukis bulatan dan lengkuk. Menggunakan Jangka Lukis dengan betul untuk melukis bulatan dan lengkuk

7.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 10 pelajar tingkatan 4. 8.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN 8.1 PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN 8.1.1 T SQUARE Berfungsi untuk membuat garisan mendatar

5

8.1.2 SET SQUARE Berfungsi unyuk membuat garisan mendatar, garisan menegak, garisan selari dan melukis garisan objek.

8.1.3 COMPAS (JANGKA LUKIS) Membuat bulatan dan lengkuk

6

8.1.4 PENSIL Menghasilkan garisan.

8.1.5 LENGKUNG PERANCIS Membantu melukis garisan lengkung.

7

8.2 PERALATAN UNTUK DEMONTRASI 8.2.1 Tripot Berfungsi untuk memegang kamera dan menetapkan dalam kedudukan yang dikehendaki.

8.2.2

Skrin Digunakan untuk memaparkan imej dari projector LCD.

8

8.2.3 Kamera Video. Kamera Video digunakan untuk menghasilkan imej digital.

8.2.4 Projektor LCD Projektor digunakan untuk memaparkan imej di skrin.

9

8.3.5

Kabel Penghantaran

Digunakan untuk membuat penghantaran data dari kamera video ke LCD .

9.0 MERANCANG TINDAKAN Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut :

10

AKTIVITI

LANGKAH PELAKSANAAN

MASA TINDAKAN

AKTIVITI 1

Memasang peralatan video seperti tripod, video 10 Minit camera cabel penyambungan terus ke LCD. Menghalakan kamera ke ruang kerja lukisan kejuruteraan. Menghidupkan kamera dan terus menayangkan pada skrin dihadapan kelas. Menjelaskan penggunaan T Square dengan menunjukkan 10 Minit penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin. Menjelaskan penggunaan Set Square dengan menunjukkan 10 minit penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin. Menjelaskan penggunaan Jangka lukis dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada 10 minit papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin. Menjelaskan penggunaan pensil dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada papan lukisan. 10 minit Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin.

Aktiviti 2

Aktiviti 3

Aktiviti 4

Aktiviti 5

Aktiviti 6

Guru menunjuk cara penggunaan 60 minit perlatan untuk menyelesaikan 10 soalan lukisan ortografik mengikut peringkat soalan mengikut peringkat kesukaran.

Aktiviti 7

Memberi satu pengukuhan

soalan 11

latihan 20 minit

Memberi 5 soalan latihan sebagai

10.0 JADUAL PELAKSANAAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

AKTIVITI Menyediakan bahan bercetak Riso edaran Tarikh Perlaksanaan Melaksanakan tindakan Refleksi Kajian Menulis laporan kajian Pemurnian Laporan Serahkan laporan ke PPD untuk diserahkan kepada JPN

TARIKH/TEMPOH Mac April Mei Jun Jun Jun Julai Julai

11.0 KOS BAHAN KUANTITI (unit) 1 rim 1 pek 2 set HARGA SEUNIT 22.00 90.00 12.00 Sedia ada JUMLAH (RM) 22.00 90.00 24.00

BIL 1 2. 3. 4.

BAHAN Kertas lukisan A3 Dakwat Pencetak Warna Pen Marker Peralatan Demontrasi

JUMLAH

136.00

12.0 PELAKSANAAN KAJIAN 12

12.1 TINJAUAN SEBELUM PELAKSANAAN Dalam pelaksanaan kajian ini saya mengumpulkan maklumat secara terperinci melalui 2 cara. Iaitu pemerhatian dalam bilik darjah dan pemeriksaan buku latihan.

12.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan sebahagian besar pelajar tidak dapat menggunakan perlatan lukisan kejuruteraan dengan betul. Garisan yang dihasilkan oleh para pelajar tidak tepat. Pada masa ini pelajar yang pandai sahaja akan dapat membuat jawapan dengan menggunakan garisan dari penggunaan peralatan dengan betul.

12.1.2 Pemeriksaan Kertas Latihan

Saya telah mengumpulkan buku latihan pelajar dan memeriksanya selepas mereka membuat latihan. Setelah saya memeriksa latihan mereka saya berpendapat bahawa pelajar lemah dalam mengaplikasikan kemahiran menggunakan peralatan dan kurang penguasaan dalam menjawab soalan.

13

13.0 ANALISIS TINJAUAN SELEPAS PELAKSANAAN 13.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap 10 orang pelajar tersebut didapati :

Majoriti pelajar

lebih melibatkan diri dalam pengajaran dan

pembelajaran engan menggunakan perlalatan dengan betul .

Pelajar tidak lagi diam dan lebih yakin semasa menjawab soalansoalan yang dikemukakan.

Hampir 100 % pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat dan betul.

Proses pengajaran dan pembelajran dijalankan dalam suasana yang lebih kondusif dan berkesan.

13.2

Pemeriksaan Latihan Pelajar. Berdasarkan pemeriksaan latihan selepas kajian dijalankan terhadap 10 orang pelajar tersebut didapati :

 

Murid rajin membuat latihan serta soalan – soalan yang diberikan. Majoriti pelajar dapat melukis garisan binaan menegak dan mengufuk. Ini menunjukkan kemahiran penggunaan peralatan dapat diterjemahkan dengan betul.

Kesemua 10 orang responden tersebut dapat menjawab latihan tajuk ortografik dengan betul. 13.3 Analisis Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun

14

Berdasarkan jawapan peperiksaan pertengahan tahun 10 orang pelajar tersebut didapati :

Pelajar dapat menggunakan perlatan dengan betul, unjuran garisan binaan dilukis dengan tepat.

Majoriti pelajar dapat menjawab soalan lukisan ortografik dengan tepat.

14.0 PENUTUP.

Pencapaian pelajar dari dalam tinjauan sebelum dan tinjauan selepas pelaksanaan telah menunjukkan hasil yang baik. Majoriti pelajar dapat menterjemahkan kemahiran penggunaan peralatan Lukisan kejuruteraan dengan mejawab soalan peperiksaan pertengan tahun dengan baik dan meyakinkan. Hasil dapatan kajian menujukkan bahawa teknik ini telah membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran, meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang telah dipelajari serta menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan ceria. Pelajar-pelajar juga juga telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik dan langkah – langkah yang digunakan dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, berkesan dan menyeronokkan.

15

Saya berasa amat berpuas hati dan berkeyakinan untuk mendidik para pelajar dengan bersungguh – sungguh dengan menggunakan teknik – teknik dan langkah – langkah yang dipraktikkan. Saya yakin bahawa keputusan keseluruhan sekolah dalam matapelajaran lukisan kejuruteraan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan meningkat.

15.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :  Menggunakan semua teknik yang telah dipraktikkan. Meneruskan langkah – langkah yang boleh membantu menjalankan kajian.  Teknik atau kaedah ini haruslah digunakan apabila memasuki tajuk peringkat awal lagi iaitu lukisan geomerti.  Guru boleh mennyediakan panduan menggunakan kaedah ini untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.  Pelajar-pelajar perlu diberikan dengan soalan-soalan untuk membantu mereka meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka dengan baik.

Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati , pelajar-pelajar dapat menerima sesuatu yang baru yang dapat membantu mereka dalam menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan. Di samping itu juga ia dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian saya ini

16

dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Insya Allah saya akan meneruskan lagi usaha saya ini untuk memartabatkan pendidikan di negara kita. Tajuk kajian saya seterusnya ialah teknik Citra Warna. Wassalam.

Anuar Bin Othman

......................................... (Guru Lukisan Kejuruteraan) Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim.

17

LAMPIRAN

18

DUDA – DEMONTRASI UNTUK DAPAT A PENGGUNAAN KAEDAH VIDEO UNTUK KAEDAH PENYELESAIAN DALAM TAJUK LUKISAN ORTOGRAFIK TINGKATAN 4

ANUAR BIN OTHMAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM 2009
19