You are on page 1of 20

PENGENALAN

Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti belari, melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkambangkan secara berterusan.

Olahraga merupakan eleman yang peling penting dalam Sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikkan di semua Negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tamnahan pula ia menawarkan peluang kapada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

ACARA OLAHRAGA Olahraga meliputi acara trek dan padang, larian di jalan raya, jalan kaki dan merentas desa (IAAF 1998-1999 :41).

Acara olahraga secara amnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut :

Acara Trek

100 meter Jarak dekat (pecut) 200 meter 400 meter Jarak sederhana 800 meter 1500 meter 3000 meter Jarak jauh 5000 meter 10000 meter 4x100 meter Lari berganti-ganti 4x200 meter 4x400 meter 100 meter (wanita) Lari berpagar 110 meter (lelaki) 400 meter (lelaki dan wanita) Lari berhalangan 3000 meter

Acara Padang

Lompat jauh Lompatan Lompat kijang

Lompat tinggi Lompat galah Merejam lembing Balingan Melampar cakera Melontar peluru Membaling tukul besi

Acara Khusus

Heptathlon (wanita sahaja) Pentathlon (lelaki sahaja) Decathlon (lelaki dan wanita) Marathon Lumba jalan kaki Merentas desa

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Ia disertai oleh peserta lelaki dan wanita dan dipertandingkan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat antarabangsa. Acara ini dipercayai telah pun dimulakan pada acara olimpik kuno dan acara ini diminati ramai. Ia mula dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1986 hinggalah sekarang. Buat julung kalinya ia dikendalikan pada kurun ke-19 bertempat di England. Para peserta bertanding dan bersaing melepasi palang yang diletakkan diantara dua belah tiang yang boleh diturunkan dan dinaikkan berdasarkan pada tingkat ketinggian yang telah ditetapkan.

Dari semasa ke semasa, terdapat banyak perubahan dari segi teknik lompat tinggi. Perubahan ini dilakukan untuk mendapat lompatan yang lebih baik di samping untuk mengelakkan diri daripada kecederaan. Gaya yang pertamakan diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya gunting (Scissors Style) dan diikuti dengan Gaya Timur. Selepas itu diperkenalkan Gaya Guling Barat (Wastern Roll), Plana (Straddle) dan Gaya Lentang (Flop).

Pada peringkat awal acara lompat tinggi, lompatan statik digunakan. Gaya ini digunakan dalam peringkat awal sukan Olimpik. Gaya Gunting mula diperkenalkan oleh peserta-peserta dari Asia. Gaya Plana pula diperkenalkan oleh peserta-peserta dari Eropah, manakala Gaya Lentang dipopularkan di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1986, seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat, Dick Fosbury telah memperkenalkan satu gaya baru limpat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas Olimpik 1986 di Mexico. Gaya yang beliau gunakan ialah gaya lentang. Sejak itu gaya tersebut semakin popular dan kini digunakan oleh atlitatlit lompat tinggi di seluruh dunia, termasuklah atlit Malaysia. Mengambil sempena pengasas gaya lompatan itu dikenali sebagai lompatan Fosbury Flop. Di Malaysia atlit lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.

JENIS-JENIS GAYA LOMPATAN

TEKNIK GAYA GUNTING

Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagihampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.Teknik ini ditiru oleh orang Jerman bernama Pierre Lewden yang kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Pergerakan dalam lompatan cara gunting adalah seperti berikut : a. Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan sendiri. b. Peserta membuat lompatan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi. c. Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.

d. Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua- dua belah kaki tanpa menjatuhkan badan. Digunakan oleh hampir semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan Gaya Gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama(1914-1945), malah satu-satunya cara yang dilakukan dalam sukan terbesar seperti Sukan Olimpik. Terdapat empat fasa dalam teknik gaya gunting :

1. Penujuan i. ii. iii. Pelompat menuju ke palangsecara bersudut kira-kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7 – 9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan dan begitulah sebaliknya.

2. Lonjakan i. ii. Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pingguldi hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

3. Layangan i. ii. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong kea rah palang.

iii.

Kaki lonjak dihayun ke atas.

4. Pendaratan i. Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

TEKNIK GAYA GULING BARAT (WASTERN ROLL)

Gaya ini sesuai untuk atlet yang baru mula belajar melompat. Ia senang dipelajari dan pendaratannya adalah selamat. Iai juga sesuai untuk melompat paras ketinggian yang rendah. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya lompat tinggi.Dalam teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan.Pergerakan peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran (roll) dan

dikenali sebagai Wastern Roll, sebutan daripada tempat Horrine, iaitu dari Pantai Barat Amerika Syarikat.Horrine menjadi orang pertama yang melepasi 2 meter

iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, Carlifonia.Gaya ini terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.

TEKNIK GAYA TIMUR

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

TEKNIK GAYA PELANA

Gaya ini hampir sama dengan gaya guling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

TEKNIK GAYA LENTANG (FOSBURY FLOP)

Gaya lentang (flop) merupakan lompatan yang paling akhir diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. lompatan ini sangat sesuai untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa pengunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk gaya pelana. Terdapat empat fasa dalam teknik Fosbury Flop :

1. Penujuan i. Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.

ii.

Guna larian 5 – 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara malengkung.

iii.

Butiran lain seperti gaya gunting.

2. Lonjakan i. Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang. ii. iii. iv. v. vi. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.

3. Layangan i. ii. iii. iv. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat kepala ke atas.

4. Pendaratan i. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

Fasa-fasa Dalam Lompat Tinggi Fosbury Flop

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI 1. Fasa Penujuan (Apporach) 2. Fasa Lonjakan (Take-off) 3. Fasa Layangan (Bar Clearance) 4. Fasa Pendaratan (Landing)

1. Fasa penujuan i. Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung. ii. iii. iv. Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil. Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan. Tambahakan kelajuan larian dengan langkah yang lenih besar dan kuasa. Condongkan ke dalam semasa larian lengkung, bahu yang di dalam 2. Fasa Lonjakan

2. Langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak dan mesti mendarat cepat. i. ii. lengkung lebih rendah daripada bahu yang di luar lengkung. Teruskan penambahan kelajuan larian.

i.

Tumit mengarah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat.

ii.

Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukanhorizontol dan mengekalkan kadudukan begitu.

iii.

Tangan di hayun ke atas setinggi kepala dan kekalkan kedudukan.

3. i.

Fasa Layangan Selepas melonjak, teruskan dengan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal.

ii. iii. iv.

Gerakkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. Angkat pinggul semasa melepasi palang. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.

4. i. ii.

Fasa Pendaratan. Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan. Jarakkan lutut semasa mendarat.

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

1. PENUJUAN / LARIAN LANDAS
I. II. III. Pelajar hendaklah mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian. Tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakn pelajar melepasi palang

dengan bahagian belakangnya dahulu. IV. Semasa larian lurus, pelajar mestilah memastikan belakang badan di

tinggikan. V. Pelajar perlu tambahakan kelajuan larian dengan langkah yang lenih

besar dan kuasa. VI. Pelajar hendaklah condongkan badan ke dalam semasa larian

lengkung, bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di luar lengkung. VII. Pelajar mestilah meneruskan penambahan kelajuan larian.

2. LONJAKAN
I. Sebaik sahaja pelajar mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya hendaklah melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hampir selari dengan palang. II.Pelajar hendaklah membengkokkan dan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. . III.Pelajar hendaklah mengarah tumit ke kawasan mendarat dan kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat.

IV.Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontol dan mengekalkan kadudukan begitu. V.Pelajar hendaklah menghayunkan tangan ke atas setinggi kepala dan kekalkan kedudukan.

3. LAYANGAN
I.Semasa di udara, pelajar hendaklah menoleh ke belakang (memandang palang) sambil melentikkan badan. II.Pelajar hendaklah meletakkan tangan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. III.Pelajar hendaklah melentikkan badan kerana akan membantu bahagian punggung pelajar melepasi palang. IV.Setelah badan pelajar melepasi palang,pelajar mestilah meluruskan kedua-dua belah kaki dan diangkat tegak ke atas. V.Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang.

4. PENDARATAN
I.Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelajar mestilah menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. II.Pelajar hendaklah mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas dan pelajar haruslah mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat III.Pelajar hendaklah jarakkan lutut semasa mendarat. .

LATIHAN ANSUR MAJU TEKNIK FOSBURY FLOP
Sebelum memulakan latihan ini, murid-murid mestilah terlebih dahulu dapat menentukan kaki manakah yang akan digunakan untuk membuat lonjakan.

LATIHAN 1
I. Melompat lapan petak dengan posisi separuh cengkung. II. Latihan ini khusus ditujukan pada bahagian kaki.

LATIHAN 2
I. Lari melepasi pagar dengan melompat menggunakan kedua-dua belah kaki. II.Jarak antara pagar disususn sejauh 1 meter. III. Kedua-dua kaki dan tangan dibengkokkan semasa melakukan lompatan.

LATIHAN 3
I. Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkung beberapa langkah ke kiri. II. Sekiranya pelajar melompat dangan kaki kanan, dia haruslah melengkung ke kanan dan begitulah sebaliknya. III. Latihan ini hendaklah dibuat berulang-ulang. Latihan ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkung.

LATIHAN 4 I. Seperti dalam latihan 3, apabila pelajar melangkah pada tandaan di bahagian
melengkung, dia mestilah melonjak dengan serta merta ke atas.

II. Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas (siku dibengkokkan dan badan dipusingkan ke udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan). III. Pelajar mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan. IV. Latihan ini berupa latihan penujuan, lonjakan dan memusingkan badan di udara.

LATIHAN 5
I. Seperti latihan 4, palajar melonjak ke atas dan melentik badan. II. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung. III. Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan.

LATIHAN 6
I. Pelajar berdiri membelakangkan taliatau palang yang direntangkan. II. Pelajar melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. III. Pelajar mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. IV. Latihan ini bertujuan untuk melentik badan, melepasi palang dan mendarat.

LATIHAN 7
II. Pelajar berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat. III. Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk melonjak.

ALAT – ALAT

1. Tiang-tiang. Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-cagak hendaklah dipasang dengan kemas kepada tiang-tiang. Tingginya tiang-tiang itu mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10mm. jarak di antara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter. 2. Tiang-tiang tidak bolah dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan pada pendapat referi bahawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan selesai. 3. Palang. Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti ‘ fiber glass’, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratin rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00m ( lebih kurang 2cm ). Berat maksimumnya ialah 2kg. garis bahagian bulatnya ialah 30mm. palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagianbahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30-35mm dan panjang 15-20mm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dengan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila

diletakkan diatas tempatnya. Lenturan yang dibolehkam aialah paling maksimum 2cm. pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3kg di tengah-tengah palang

ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7cm maksimum.

PERATURAN 171 LOMPAT TINGGI

1) Peserta mencabut undi untuk menentukan giliran lompatan. 2) Sebelum pertandingan bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketimggian permulaan dan kenaikannya. 3) Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan.ini bererti juga bahawa pelompat boleh memilih untuk tidak melompat selepas gagal percubaan kedua atau ketiga (selepas gagal percubaan pertama atau kedua) dan masih lagi layak melompat pada ketinggian yang berikutnya. 4) Kenaikan seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut : a. Sehingga seorang palompat tertinggal b. Terdapat seri pada kedudukan pertama Walau bagaimanapun untuk acara campuran (contoh: heptathlon), setiap

kenaikan ialah 3cm. 5) Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja. 6) Kegagalan pelompat adalah kerana keadaan berikut : a) Palang jatuh. b) Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh c) Gagal melepasi palang tiga kali berturut-turut. 7) Landas larian seharusnya tidak kurang daripada 15 m.

BIBLIOGRAFI

Buku Peraturan Olahraga KOAM (2005-2006), Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia Arnold, P., Physical Education and Personality Development – Lond, U.K, 1968. James, J.M, Education and physical Education – Bell, U.K, 1980.

Teoh T.L and Aziz Omar, Istilah-istilah Pendidikan Jasmani dan Permainan Kecil – Anthonian, KL. Walter, K.P, Perspectives in Physical Education – Academic Press, NY; USA; 1971.