You are on page 1of 13

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/1

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Mengetahui simbol perintang rintangan. Mengaplikasi rintangan dalaman menggunakan formula. takrifan dan rintangan, kadaran yang unit kuasa, piawai, jenis rintangan, saiz,

faktor-faktor

mempengaruhi

OBJEKTIF KHUSUS

:

Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Menulis  Menulis semula semula maksud unit rintangan piawai dan

dalam litar elektrik simbol rintangan  Menyenaraikan saiz dan kadaran kuasa bagi perintang  Menamakan jenis-jenis perintang dan kegunaannya.  Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan
NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/2

 Mengira

nilai

rintangan

dalaman

menggunakan formula.

3.0 PENGENALAN
 Di dalam litar elektronik, rintangan tambahan diperlukan untuk mengawal kadar aliran arus. Komponen yang memenuhi kehendak tersebut dinamakan sebagai perintang.  Perintang ialah sejenis komponen pasif yang kerap digunakan di dalam litar disamping komponen yang lain.

Rajah 3.1 Perintang

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/3

3.1 TAKRIFAN RINTANGAN DALAM LITAR ELEKTRIK
Rintangan ialah tentangan yang diberikan oleh sesuatu bahan kepada pengaliran arus yang melaluinya.

3.2

UNIT PIAWAI DAN SIMBOL RINTANGAN

Rintangan diukur dalam unit Ohm (Ω) Simbol bagi rintangan ialah R

atau
R

R Perintang Tetap

Rajah 3.2

atau
R

R

Rajah 3.3

Perintang Boleh Ubah

Pecahan unit ohm (Ω) adalah seperti berikut:  1000 Ohm () = 1 Kilo Ohm (1 k)  100000 Ohm () = 100 Kilo Ohm (100 k)  1000000 Ohm ()= 1 Mega Ohm (1 M)  1.5 juta Ohm () = 1.5 Mega Ohm (1.5 M)

Jadual 3.1 Nombor piawai bagi unit

UNIT Giga

SIMBOL UNIT G

NOMBOR PIAWAI 1 x 109

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/4

Mega Kilo mili mikro nano piko

M k m µ n p

1 x 106 1 x 103 1 x 10-3 1 x 10-6 1 x 10-9 1 x 10-12

Masa untuk menjawab aktiviti……. Selamat Maju Jaya !!!!!!

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya : a) Nyatakan maksud perintang ? b) Nyatakan maksud rintangan ? c) Tukarkan nilai perintang yang diberi kepada Ohm () i) ii)
NAM/KKJU/2012

6.8 Mega Ohm 6.8 Kilo Ohm

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/5

iii)

6.8 Giga Ohm

3.3 SAIZ DAN KADARAN KUASA PERINTANG
 Kadar kuasa perintang bergantung pada saiz fizikalnya. Semakin besar saiz diameter perintang, semakin besar kuasa yang mampu ditanggungnya.  Nilai kuasa perintang adalah antara 0.25 W hingga 100 W. Rajah 3.4 menunjukkan perintang dengan kadar kuasanya.

Rajah 3.4 Perintang dengan kadar kuasa

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/6

3.4 JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYA
Terdapat 2 jenis perintang yang sering digunakan. 3.4.1 Perintang tetap

 Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah nilai rintangannya.  Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya.  Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang.  Contoh perintang tetap ialah seperti berikut.  Perintang komposisi karbon  Perintang berselaput karbon  Perintang belitan dawai

Rajah 3.5 Perintang karbon

3.4.2

Perintang Boleh Ubah

 Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset.  Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.  Jadual 3.2 menunjukkan simbol, bentuk fizikal dan ciri-ciri perintang boleh ubah.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/7

Jadual 3.2 Simbol, bentuk fizikal dan ciri perintang boleh ubah. Perintang boleh ubah Simbol Bentuk fizikal Ciri-ciri

Reostat  Nilai rintangan boleh diubah dengan melaraskan tombol boleh laras. Meter upaya

 Nilai rintangan boleh diubah. Praset

Termistor

 Termistor pekali positif – nilai rintangan bertambah dengan pertambahan suhu.  Termistor pekali negatif – nilai rintangan berkurang dengan pertambahan suhu.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/8

Varistor

 Digunakan sebagai pengawal voltan pusuan iaitu kenaikan voltan yang berlaku secara tibatiba yang disebabkan oleh pensuisan, kilat dan perubahan beban yang mendadak.

Mari cuba buat aktiviti…

Gariskan jawapan yang betul pada kenyataan yang diberikan.

1) Kadar kuasa perintang bergantung kepada ( saiz , bahan ) fizikalnya. 2) Terdapat ( 3 , 2 ) jenis perintang yang sering digunakan. 3) ( Perintang boleh ubah , Perintang tetap ) boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/9

4) Kod warna perintang boleh digunakan untuk menentukan nilai rintangan ( perintang boleh ubah , perintang tetap ).

3.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RINTANGAN
Terdapat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai sesuatu rintangan. Antaranya ialah seperti di bawah : 1. 2. 3. 4. Panjang sesuatu pengalir iaitu berkadar terus dengan rintangan. R α ℓ. Luas keratan rentas pengalir iaitu berkadar songsang dengan rintangan R α 1/A Kerintangan bahan yang digunakan. suhu bagi pengalir.

3.6 NILAI RINTANGAN DALAMAN DENGAN FORMULA
R = ρℓ A

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/10

Dengan R = Rintangan ℓ = Panjang ρ = Kerintangan

A = Luas keratan

Contoh 3-1 Carikan rintangan bagi karbon sekiranya kerintangannya adalah 3.5 x 10 -5 Ωm dengan luas muka keratan rentas adalah 0.2 m² dan panjangnya adalah 0.3 m. ρ = 3.5 x 10-5 Ωm A = 0.2 m² ℓ = 0.3 m

Penyelesaian R = ρℓ A

= (3.5x10-5) (0.3) 0.2 m² = 5.25 x 10-5Ω Contoh 3-2 Carikan panjang bagi karbon sekiranya rintangannya adalah 3x10-5 Ω dengan luas muka keratan rentas adalah 0.3 m². ρ = 3.5x10-5 Ωm Penyelesaian ℓ = RA ρ = (3x10-5 Ω) (0.3m²) 3.5x10-5 Ωm R = 3x10-5 Ω A =0.3 m²

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/11

= 9x10-6 Ω 3.5x10-5m = 0.257m

1) Carikan rintangan bagi karbon sekiranya kerintangannya adalah 3.5x10- Ωm dengan luas muka keratan rentas adalah 0.5 m panjangnya adalah 1 m.
5 ²

dan

2) Carikan panjang bagi karbon sekiranya rintangannya adalah 5x10- Ω dengan luas muka keratan rentas adalah 0.7 m². 3) Carikan luas permukaan bagi karbon sekiranya rintangannya adalah 5.5x10- Ω dengan panjangnya adalah 1m .
5

5

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/12

Ukur dalam unit ohm (Ω) Rintangan :tentangan yang diberikan oleh sesuatu bahan kepada pengaliran arus yang melaluinya. Semakin besar saiz diameter perintang semakin besar kuasa yang mampu ditanggungnya.

PERINTANG

Faktor yang mempengaruhi rintangan
NAM/KKJU/2012

Jenis perintang

Perintang boleh ubah

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 3/13

UNIT 3
Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Semoga maju jaya. ??? PENILAIAN 3-1

a) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rintangan. b) Namakan unit bagi perintang. c) Lakarkan simbol bagi i. Perintang tetap ii. Perintang boleh laras d) Perintang mempunyai kadar kuasa di dalamnya. Apakah yang menyebabkan besar atau kecilnya kadar kuasa ini. PENILAIAN 3-2 a) Terdapat 2 jenis perintang. Namakan perintang-perintang tersebut. b) Senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi rintangan. c) Carikan rintangan bagi karbon sekiranya kerintangannya adalah 3.5x10- Ωm dengan luas muka keratan rentas adalah 0.8 m panjangnya adalah 0.5 m.
5 ²

dan

NAM/KKJU/2012