You are on page 1of 10

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /1

OBJEKTIF AM :
Mengetahui maksud pemuat dan kemuatan. nilai kemuatan bagi sesuatu Mengaplikasikan pemuat.

OBJEKTIF KHUSUS

:

Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Mentakrifkan kemuatan bagi pemuat  Menukarkan pemuat.  Melukis simbol pemuat  Mengira nilai kemuatan bagi pemuat berdasarkan warna kod bercetak pemuat. dan kod pada badan unit kemuatan bagi

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /2

5.0 PENGENALAN
Pemuat adalah satu peranti elektronik yang berfungsi untuk menyimpan cas dan tenaga elektrik.

5.1 TAKRIFAN KEMUATAN DALAM LITAR ELEKTRIK
 Kemuatan ialah sifat menentang sebarang perubahan bezaupaya (voltan) dalam litar.  Kekuatan penentangan terhadap perubahan bezaupaya tersebut dapat menentukan kemampuan komponen pemuat menyimpan cas dan tenaga elektrik.  Oleh yang demikian kemuatan ialah kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dan tenaga elektrik.

5.2 UNIT PIAWAI DAN SIMBOL PEMUAT

 Unit bagi kemuatan ialah Farad (F)  Kemuatan 1 Farad bermakna suatu pemuat boleh menyimpan 1 Coulomb cas elektrik apabila pemuat itu dibekalkan voltan 1 volt.  Oleh itu 1 Farad ialah satu Coulomb per Volt. C=Q/V Dengan C=kemuatan (Farad,F)
NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /3

Q= Cas elektrik (Coulomb,C) V=Voltan (Volt,V)  Farad adalah terlalu besar untuk digunakan sebagai unit kemuatan dalam kerja praktik litar elektrik.  Unit yang biasa digunakan ialah mikrofarad (µF) , pikoFarad (pF) dan nanoFarad (nF). Persamaan unit kemuatan.  1 F = 1 000 00 atau 1 x 106 µF.  1 F = 1 000 000 000 000 atau 1 x 1012 pF.  1 µF = 0.000 001 atau 1 x 10-6 F.  1 µF = 1 000 000 atau 1 x 10 6 pF.  1 pF = 0.000 000 000 001 atau 1 x 10 -12 F.  1 pF = 0.000 001 atau 1 x 10 -6 µF.  1 nF = 0.000 000 001 atau 1 x 10 -9 F.

 Menukar unit kemuatan  MikroFarad kepada pikoFarad Ubah titik perpuluhan 6 tempat ke kanan Contoh 5-1 : 2 uF = 2 000 000 pF  PikoFarad kepada mikrofarad Ubah titik perpuluhan 6 tempat ke kiri

Contoh 5-2 : 250 pF = 0.000 25 µF  Simbol pemuat.

Rajah 5.1 Pemuat tetap

Rajah 5.2 Pemuat boleh laras

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /4

5.3 NILAI KEMUATAN
 Nilai kemuatan bagi pemuat biasanya ditulis di badan pemuat. Di antara spesifikasi teknikal yang ditunjukkan ialah:  nilai kemuatan  had terima pemuat  Voltan kerja  kadar kebocoran  pekali suhu. Spesifikasi teknikal Nilai kemuatan Keterangan Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan kod bercetak atau kod warna pada badan pemuat Had terima menunjukkan kejituan julat-julat sebenar pemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum. Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui. Nilai ini dinyatakan dalam pmkd atau voltan kerja AT. Arus bocor yang berlaku pada pemuat bergantung kepada rintangan penebatan dielektrik pemuat. Setiap jenis pemuat mempunyai julat suhu kendalian yang ditentukan oleh pengilang. Ia ditandakan pada badan pemuat.

Had Terima Pemuat

Voltan kerja

Kadar kebocoran

Pekali suhu

 Kaedah menentukan nilai kemuatan  Kod bercetak.
NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /5

Kod warna

Kod Bercetak Kod bercetak Nilai kemuatan Nilai pemuat = 100 00 µF Voltan kerja maksimum = 16 v Suhu maksimum = + 85° C Nilai Kemuatan ialah 100 00 µF 16 V

10000uF16V KA+85 C

0.22J400

Nilai pemuat = 0.22 pf Had terima J= 5% Huruf Had terima J ±5% K ±10% M ±20% Voltan kerja = 400 V Nilai Kemuatan ialah 0.22 pF ±5% 400V Nombor pertama =1 Nombor kedua = 0 Pendarab = x 104 = 10000 Had terima K = ±10% Voltan kerja maksimum = 150 V Nilai kemuatan ialah 100 000 pF ±10% 150 V Nombor pertama = 1 Nombor kedua = 0 Pendarab =x 101 Nilai pemuat ialah 100 p

104K

150

101

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /6

P68

Nilai pemuat = 0.68 pF Contoh : Kod Nilai pemuat 6p8 6.8 pF 1nF 1000 pF @ 1 nF 6n8 6.8 nF 1µ0 1000 nF @ 1 µF

Contoh 5-3 : Kirakan nilai kemuatan berdasarkan kod bercetak yang ditunjukkan pada badan pemuat.

100uF20V KA+85 C

Rajah 5.3

Kaedah penyelesaian : Nilai pemuat = 100 µF Voltan kerja maksimum = 20 v Suhu maksimum = + 85° C Nilai Kemuatan ialah 100 µF 20 V  Kod Warna Dalam sistem kod warna, terdapat 5 jalur atau titik yang menunjukkan angka pertama, angka kedua, pendarab ( sentiasa dalam unit pF), tolarensi dan kadar voltan. Jika terdapat jalur atau titik yang ke 6, ia menunjukkan ciriciri suhu.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /7

Jadual 5.1

Kod Warna, Nilai, Toleran Had Terima dan Voltan Bagi Jalur Pemuat

KOD WARNA

JALUR A NILAI 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

JALUR B NILAI 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

JALUR C PENDARABAN

HITAM COKLAT MERAH OREN/JINGGA KUNING HIJAU BIRU UNGU KELABU PUTIH

1 pF 10 pF 100 pF 1000 pF 10000 pF 0.01 pF 0.1 pF

JALUR D TOLERAN HAD TERIMA ± 20% ± 1% ± 2% ± 5% ± 10%

JALUR E KADAR VOLTAN

250 400 630 -

Jalur-jalur warna pada pemuat adalah berbeza mengikut jenis pemuat tersebut. Rajah 5.4 hingga Rajah 5.7 menunjukkan perbezaan tersebut.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /8 Rajah 5.4 Jalur Warna

Pemuat Seramik

Jalur 1 (Nilai) Jalur 2 (Nilai)

Jalur 3 (Pendarab) Jalur 4 (Had terima)

Jalur 5 (Kadar voltan)

Rajah 5.5

Jalur Warna Pemuat Tantalum

Jalur 1 Nilai

Jalur 5 Kadar voltan Jalur 2 Nilai Jalur 3 Pendarab Jalur 4 Had terima

Rajah 5.6 Jalur Warna Pemuat Poliester

Titik 1 (Nilai)

Titik 2 (Nilai)

Titik 3 (Pendarab)

NAM/KKJU/2012

Titik 4 (Kadar voltan)

Titik 5 (Tiada warna)

Titik 6 (Had terima)

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /9

Rajah 5.7

Jalur Warna Pemuat Mika

Titik 5 yang tidak mempunyai warna bagi pemuat tantalum menunjukkan kedudukan pemuat tersebut. Pastikan barisan yang mengandungi titik tersebut berada di bahagian bawah sebelum menentukan nilai pemuat tersebut. Contoh 5-3 : Kirakan nilai kemuatan berdasarkan kod warna yang ditunjukkan pada badan pemuat.

Jalur 1 Merah

Jalur 5 Hijau Jalur 2 Oren Jalur 3 Kuning Jalur 4 Kelabu

Rajah 5.8

Kaedah penyelasaian : Nilai kemuatan ialah: Warna pertama ,merah Warna kedua , Oren Warna ketiga, Kuning Warna keempat, Kelabu Warna kelima, Hijau

=2 =3 = x 104 = ± 8% = + 600V

Oleh itu nilai kemuatan ialah 23 x 104 pF ± 8% +600V
NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 5 /10

 Pemuat ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk

menyimpan cas dan tenaga elektrik.
 Kemuatan ialah kemampuan sesuatu pemuat menyimpan cas

dan tenaga elektrik.
 Unit bagi kemuatan ialah Farad (F)  Nilai kemuatan boleh ditentukan melalui kod warna dan

kod bercetak.

NAM/KKJU/2012