You are on page 1of 13

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/1

OBJEKTIF AM :
Mengaplikasi hukum ohm untuk mencari arus dan voltan dan kuasa dalam litar sesiri.

OBJEKTIF KHUSUS

:

Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Mengira jumlah rintangan dalam litar sesiri.  Mentakrifkan Hukum Ohm.  Menggunakan hukum ohm untuk mencari arus dan voltan.  Membuat  Membuat pengiraan kuasa di dalam ampere litar sesiri. penyambungan meter dan meter volt dalam litar sesiri.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/2

10.0

PENGENALAN

 Bab ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu litar sesiri, litar selari dan litar sesiri-selari yang menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff.  Hukum Ohm ialah hukum yang paling asas dan penting dalam teori elektrik. Dengan menggunakan Hukum Ohm, kita dapat menentukan nilai rintangan, arus voltan dan kuasa dalam sesuatu litar AT.  Manakala Hukum Kirchoff pula merupakan satu daripada kaedah yang digunakan untuk menghitung kuantiti elektrik. Arus dan voltan dapat ditentukan daripada persamaan yang diterbitkan.

10.1

CIRI-CIRI DALAM LITAR SESIRI

Dalam litar sesiri, nilai rintangan, arus, voltan dan kuasa mempunyai ciriciri tertentu bagi membezakannya dengan litar selari.
V1 I1 IJ VJ R1

I2 R2 V2

R3 V3

I3

Rajah 10.1 Litar sesiri

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/3

10.1.1

Ciri-ciri rintangan dalam litar sesiri

 Merujuk kepada Rajah 10.1, jumlah rintangan adalah hasil tambah bagi semua perintang yang terdapat di dalam litar tersebut. Oleh yang demikian : RJ = R1 + R2 + R3 + ..... 10.1.2 Ciri-ciri voltan dalam litar sesiri

 Merujuk kepada Rajah 10.1, nilai beza upaya, V merentasi setiap perintang bergantung kepada rintangan masing-masing. VJ = bezaupaya dalam litar V1 = bezaupaya yang merintangi R1 V2 = bezaupaya yang merintangi R2 V3 = bezaupaya yang merintangi R3 Oleh yang demikian : VJ = V1 + V2 + V3 + ..... 10.1.3 Ciri-ciri arus dalam litar sesiri

 Merujuk kepada Rajah 10.1, litar sesiri mempunyai satu laluan arus sahaja dan nilai arus yang mengalir melalui semua perintang dalam litar adalah sama, IJ = arus yang mengalir dari punca voltan I1 = arus yang mengalir melalui R1 I2 = arus yang mengalir melalui R2 I3 = arus yang mengalir melalui R3 Oleh yang demikian :

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/4

IJ = I1 = I 2 = I3

Contoh 10-1 :
R1 10Ω voltan R2 10 Ω R3 10 Ω

Rajah 10.2

Cari jumlah rintangan, RJ bagi rajah 10.2 . Penyelesaian : RJ = R 1 + R 2 + R3 = 10  + 10  + 10  = 30 

10.2 HUKUM OHM
 Satu ohm ditakrifkan sebagai rintangan yang membenarkan satu ampere arus (1 A) untuk mengalir bila voltan satu volt (1 V) dibekalkan merentanginya.  Hubungan ini dirumuskan oleh seorang ahli sains bernama George Simon Ohm dan dinamakan Hukum Ohm.  Hukum Ohm menyatakan bahawa pengaliran arus di dalam sesuatu litar elektrik adalah berkadar terus dengan voltan tetapi berkadar songsang dengan rintangan.
Voltan (V)

Arus (A)

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/5

Rajah 10.3 Graf arus berkadar terus dengan voltan

Arus berkadar terus dengan voltan

IV

I  1/R Arus berkadar songsang dengan rintangan Rintangan tetap, Arus meningkat jika voltan meningkat Arus menurun jika voltan menurun Voltan tetap, Arus meningkat jika rintangan menurun Arus menurun jika rintangan meningkat

Untuk memudahkan kita mengingat formula Hukum Ohm ini, cuba fahami gambarajah dibawah. Hukum Ohm V = I x R

Kalau hendak mencari voltan, tutup bahagian V untuk mendapatkan

V = I x R

Kalau hendak mencari arus, tutup bahagian I untuk mendapatkan

I = V R

Kalau hendak mencari rintangan, tutup bahagian R untuk mendapatkan

Jadual 10.2 Unit dan Simbol Kuantiti Elektrik

R = V I

Kuantiti Elektrik Arus Voltan
NAM/KKJU/2012Rintangan

Unit Ampere Volt Ohm

Simbol A V 

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/6

Contoh 10-2 : Kirakan voltan yang diperlukan untuk mengalirkan arus sebanyak melalui rintangan 10 . Penyelesaian: 3 A

V

= = =

IR 3 x 10 30 V

Contoh 10-3 : Kirakan rintangan yang diperlukan untuk mengalirkan arus 15mA dari bekalan voltan 50V. Penyelesaian: R = = = = Contoh 10-4 : Kirakan arus yang mengalir sekiranya diberi rintangan adalah 6  dan voltan bateri adalah 12 V. Penyelesaian: I = = = V/R 12/6 2 A V/I 50/(15 x 10-3) 3333.333 ohm 3.333 k

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/7

Contoh 10-5 :
R1 20Ω 5V R2 30 Ω

Rajah 10.3

Daripada rajah 10.3. Tentukan i) Jumlah rintangan, RJ ii) Arus, I yang mengalir dalam litar iii) Voltan yang wujud di perintang R1 dan R2 Penyelesaian : i. RJ = R 1 + R 2 = 20  + 30  = 50  ii. I = V / RJ = 5 / 50 = 0.1 A

iii.

V1 = I x R 1 = 0.1 x 20 = 2 V

V2 = I x R2 = 0.1 x 30 = 3 V

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/8

10.3 KUASA DALAM LITAR SESIRI
 Tenaga haba merupakan kuasa yang terlesap pada perintang dan diberi simbol P. Nilai kuasa, P yang dilesapkan oleh sesuatu perintang bergantung kepada nilai rintangan masing-masing. Diukur dalam unit Watt (W). Rumus kuasa ialah P=VxI atau P = I2 x R atau P = V2/R  Rajah 10.8 menunjukkan litar yang mengandungi 3 perintang sesiri.

P1
I

P2 R2 V2

R1 V1

E

R3 V3

P3

Rajah 10.8 Litar sesiri

Merujuk Rajah 10.8 di atas : P1 = V1 x I P2 = V2 x I P3 = V3 x I

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/9

Di mana P1 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R1 Di mana P2 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R2 Di mana P3 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R3

Oleh itu jumlah kuasa yang terlesap dalam litar di atas ialah : PJ = VJ x IJ Di mana PJ adalah jumlah kuasa yang terlesap pada litar Di mana VJ adalah jumlah voltan yang merintangi perintang Di mana IJ adalah arus yang mengalir dalam litar

Jumlah kuasa tersebut boleh juga ditulis sebagai : PJ = P1 + P2 + P3 + …..

Contoh 10-6 :
V1=20V R1=5Ω 120V V2=40V R2=10Ω R3=60Ω V3=60V

Rajah 10.9

Berdasarkan rajah 10.9 , tentukan i. Dapatkan kuasa oleh setiap perintang ii. Jumlah kuasa yang digunakan oleh litar lengkap Penyelesaian : i. P1 = V12/R1 = (20)2/5 = 400/5 = 80 W
NAM/KKJU/2012

P2 = V22/R2 = (40)2/10 = 1600/10 = 160 W

P3 = V32/R3 = (60)2/60 = 3600/60 = 60 W

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/10

ii. PJ = P1 + P2 + P3 = 80 W + 160 W + 60 W = 300 W

10.4 MENYAMBUNG DAN MEMBACA METER AMPERE DAN METER VOLT DALAM LITAR SIRI
 Kualiti arus dalam voltan boleh di ketahui nilainya dengan cara menggunakan meter ampere untuk mengukur arus dan meter volt untuk mengukur voltan.  Kaedah menggunakan meter volt untuk mengukur voltan dalam litar sesiri adalah seperti berikut :

V

V

V

Rajah 10.10

Mengukur voltan menggunakan meter volt

 Meter volt mestilah sentiasa disambung selari dengan perintang yang hendak diukur voltan yang merintanginya.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/11

 Kaedah menggunakan meter ampere untuk mengukur arus dalam litar sesiri adalah seperti berikut :

A

A

A

Rajah 10.11 Mengukur arus menggunakan meter ampere

 Meter ampere mestilah sentiasa disambungkan sesiri dengan perintang dan menunjukkan bacaan yang sama.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/12

 Nilai arus yang mengalir melalui semua perintang dalam litar adalah sama  Nilai beza upaya, V merentasi setiap perintang bergantung kepada rintangan masingmasing.

Rumus Litar Siri RJ = R1 + R2 + R3 +....... IJ = I1 = I2 = I3 = ....... VJ = V1 + V2 + ....... Di mana V1 = I x R 1 V2 = I x R2

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 10/13

TAKRIF
Rintangan yang membenarkan satu ampere arus (1 A) untuk mengalir bila voltan satu volt (1 V) dibekalkan merentanginya.

Volt (V)

Ampere (A)

Ohm (Ω)

KUASA
Nilai kuasa, P yang dilesapkan oleh sesuatu perintang bergantung kepada nilai rintangan masing-masing. Diukur dalam unit Watt (W).

Rumus Kuasa P=VxI P = I2 x R P = V2/R PJ = VJ x IJ PJ = P1 + P2 + P3 + …..

NAM/KKJU/2012