KULIAH 7 - HANYUTAN BENUA

Alfred Wegener

KONSEP HANYUTAN BENUA Satu teori yang menerangkan bahawa bahagian-bahagian benua boleh bergerak di permukaan bumi disebabkan oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat pada plat tektonik ( kerak bumi ). Kata kunci  bahagian-bahagian benua boleh bergerak.  kelemahan-kelemahan yang terdapat pada plat tektonik ( kerak bumi ) TEORI –TEORI HANYUTAN BENUA Teori awal Salah seorang ahli sains terawal mengemukakan teori hanyutan benua ialah Alfred Wegener pada tahun 1925  Kira- kira 200 juta tahun lampau terdapat hanya satu benua di permukaan bumi dikenali sebagai Pangea.  Pangea dikelilingi oleh sebuah lautan purba yang dikenali sebagai Panthalassa ( merupakan lautan pasifik hari ini )  Pangea dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laurasia di hemisfera utara dan Gondwanaland di hemisfera selatan.  Benua-benua ini kemudiannya berpecah dan bergerak secara perlahan-lahan meninggalkan antara satu sama lain. 225 juta tahun yang lalu ( zaman Karboniferus)  Bumi mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dikenali sebagai Pangaea.  Daratan atau tanah besar ini dikelilingi oleh sebuah laut purba yang dikenali sebagai Panthalassa ( merupakan dasar lautan Pasifik pada hari ini ).  Pangaea ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laurasia di hemisfera utara dan Gondwana di hemisfera selatan.

(i)

200 juta tahun yang lalu ( zaman Triasik tengah )  Berlaku 2 hanyutan atau pergerakan benua.

Hanyutan pertama telah memisahkan Pangaea kepada 2 bahagian yang utama iaitu Laurasia di sebelah utara yang mengandungi benua-benua Amerika Utara, Eropah dan Asia.Laurasia juga mengandungi lautan Atlantik Utara dan Lautan Artik.  Manakala di sebelah selatan ialah Gondwana yang terdiri daripada benua-benua Afrika, Amerika Selatan,Antartik,Australia dan benua kecil India. Bahagian ini juga mengandungi Lautan Atlantik Selatan, dan lautan Hindi.  Lautan Pasifik terletak di sebelah timur dan terpisah daripada kedua-dua bahagian ini. 135 juta tahun yang lalu ( zaman Jurasik Akhir)  Proses hanyutan benua telah berlaku dengan lebih giat.  Pada masa ini, benua Amerika Selatan mula bergerak meninggalkan Afrika dan benua kecil India pula hanyut kearah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia bergerak kearah timur dan berpisah daripada Antartik. 65 juta tahun yang lalu ( zaman Kretasius Akhir )  Proses hanyutan benua berlaku dengan lebih serius.  Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebih jauh meninggalkan benua Afrika.  Benua Afrika hanyut 10 darjah kearah timur dan menghampiri benua Asia.  Benua kecil India terus hanyut kearah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia terus bergerak meninggalkan lautan Atlantik. 50 juta tahun yang lalu ( zaman Tertiari )  Proses hanyutan benua terus berlaku.  Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah daripada benua Eropah. India telah bersambung dengan Asia, Amerika Utara dan Selatan bercantum semula.  Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara,Madagascar, Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.

Proses Evolusi Pembentukan Benua

BUKTI-BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA 1. Bukti keselanjaran benua  Wujudnya persamaan garis pantai antara pantai timur Amerika Selatan dengan pantai Barat Afrika.  Kedua-dua benua ini sepadan dan boleh dicantumkan. 2. Bukti geologi  Persamaan ciri bijih besi yang dijumpai di Singhbum dan Bastar , India dengan yang dilombong Yampi Sound, Australia.  Emas yang dilombong di Kolar, India, sama usianya ( 2,400 juta tahun ) dengan emas yang terdapat di Kalgoorlie, Australia.  Bukti-bukti tersebut menunjukkan kedua-dua benua tersebut pernah bercantum. 3. Bukti iklim purba  Proses glasier purba zaman Karboniferus membuktikan bahawa benua Afrika dan Amerika Selatan pernah bercantum. Contoh, terdapat persamaan kedudukan batuan yang terdapat di Iapo, berdekatan Sao Paulo, Brazil dengan lapisan batuan yang terdapat di Cape Town , Afrika Selatan.  Mendapan glasier Pra Kambrian yang terdapat di Katanga, Barat laut Afrika sama jenis dengan mendapan glasier yang dijumpai di Lavras, Brazil ( kedua-duanya berusia antara 600 800 juta tahun ) 4. Bukti Paleontologi atau fosil  G.G. Simpsons ( 1943 ), menyatakan sebahagian besar reptilia Trasik yang pernah hidup di Amerika Selatan bersamaan keturunan yang hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah dijumpai fosil reptilia yang hidup di dalam air bernama Mesosaurus.  Fosil kerangan dan lapisan batu kapur yang dijumpai di Umaria, bahagian utara India mempunyai persamaan dengan yang dijumpai di Pantai Barat Australia. 5. Bukti sistem gunung lipat  Tanah Tinggi Appalachian di sebelah timur Amerika utara mempunyai persamaan dengan banjaran-banjaran yang wujud di Scotland.  Banjaran-banjaran Kaledonia yang terdapat di sebelah barat Greenland dikatakan mempunyai sifat yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia di barat laut Eropah.  Kedua-dua persamaan ini membuktikan bahawa benua Amerika utara pernah bercantum dengan benua Eropah 6 . Bukti Paleomagnetisme / kemagnetan purba  S.K. Runcorn ( 1962 ), menyatakan bahawa batuan mempunyai kandungan mineral yang tertentu semasa pembentukannya dan akan menetap medan magnetnya supaya sama dengan medan magnet bumi iaitu ke arah utara .  Kedudukan magnet batuan yang mengarah ke arah kutub utara mula mengalami perubahan pada zaman geologi yang berlainan.  Kedudukan kutub utara sebenarnya tidak pernah berubah tetapi perubahan medan magnet batuan tersebut berlaku disebabkan pergerakan benua-benua. KESAN-KESAN FIZIKAL AKIBAT HANYUTAN BENUA 1. Pemisahan benua-benua utama / pembentukan benua-benua  Semasa zaman karboniferus, bumi mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dikenali sebagai Pangaea .  Pergerakan atau hanyutan benua telah menghasilkan benua-benua baru seperti sekarang seperti benua Asia, Afrika, Amerika utara, Amerika Selatan, Eropah, Austrlia dan Antartika.

2. Pembentukan jurang lautan selari dengan bumi Hanyutan benua telah menghasilkan jurang-jurang lautan terutama sekali di pinggir benua Asia, iaitu di Lautan Fasifik dan Lautan Hindi seperti Jurang Mariana, Jurang Mindanao, Jurang Jepun, Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico dan sebagainya. 3. Pembentukan garis pantai yang panjang.  Pemisahan benua tunggal ( Pangea ) telah menghasilkan benua-benua dan pulau-pulau di permukaan bumi.  Pembentukan benua-benua dan pulau-pulau telah menyebabkan kawasan pinggir pantai ( garis pantai ) lebih panjang daripada sebelumnya. 4. Pembentukan pulau-pulau  Evolusi hanyutan benua pada zaman tertiari menjelaskan benua Amerika Utara telah berpisah dengan benua Eropah, Benua Kecil India bersambung dengan benua Asia, Amerika Selatan dan Amerika Utara bercantum.  Saki baki tanah yang tertinggal membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia Barat dan kepulauan Fasifik. 5. Pembentukan ciri-ciri fizikal khusus di permukaan bumi khususnya di kawasan pinggir pantai seperti fiord, tebing tinggi dan sebagainya.

6. Pembentukan laut dan selat

Hanyutan benua telah mewujudkan laut-laut baru dan selat-selat seperti Lautan Fasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan selat-selat seperti Selat Melaka , Selat Bass, Selat Gibraltar dan sebagainya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.