ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

Prakata Isi Kandungan Soalan Bahagian A Falsafah Pendidikan Saya 1

Soalan Bahagian B Biodata Al Farabi Matlamat Pendidikan Al Farabi Kurikulum Menurut Al Farabi Guru dan Kaedah Mengajar Biodata Plato Matlamat Pendidikan Plato Kurikulum Menurut Plato Guru dan Kaedah Belajar Perbandingan Kesimpulan Rujukan 7 8 9 11 13 14 15 16 17 18 19

Ilmu yang dipelajari bukan untuk diri sendiri tetapi disebarkan kepada orang lain dengan cara menyampaikan kepada mereka secara hikmah dan dapat menjawab persoalan yang membelenggu diri mereka. mempunyai ilmu yang tinggi. patuh serta taat kepada tuhan. baik dari segi akhlak. Ini 2 . emosi dan jasmani. bertanggungjawab. bertanggungjawab kepada diri sendiri dan orang lain. Begitulah juga dengan saya. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.” Sebenarnya jika diamati dan diteliti secara amnya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa dipenuhi dengan nilai-nila positif. masyarakat dan negara. berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. memiliki moral dan sifat yang seimbang serta menyeluruh dan mempunyai sikap bersatu padu dan tidak goyah. Bagi saya tujuan pendidikan bukan sekadar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan malah melibatkan pengaplikasian ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Ilmu tidak berguna jika tidak diaplikasikan dengan sebaiknya. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Mok Song Sang (2009:177) yang menyatakan matlamat FPK adalah untuk melahirkan warganegara yang baik. kehendak pelajar dan kehendak guru. kehendak masyarakat. saya mempunyai pendapat dan falsafah pendidikan yang tersendiri. berakhlak mulia. Setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri berkaitan FPK ini. Secara amnya nilai-nilai baik yang ingin kerajaan lahirkan dalam setiap individu yang percaya. rohani. Sebagai seorang guru. Falsafah pendidikan saya selaras dengan FPK yang merngkumi tujuan pendidikan.FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara dibentuk pada 1988 adalah seperti berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.

produk bagi seorang guru adalah pelajarnya. Manusia hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Apabila individu itu menjadi manusia yang berguna barulah dia dapat menyumbang kepada kemajuan dan ketamadunan masyarakat serta negara dari pelbagai aspek kehidupan. Masyarakat berkehendakkan pendidikan yang mampu membela nasib mereka atau dengan kata . Maka falsafah pendidikan saya juga memntingkan kehendak pelajar. saya akan melibatkan diri dengan masyarakat dan dalam masa yang sama saya akan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan itu sendiri.lain dapat membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi dan mempunyai kerjaya yang terjamin. Oleh yang demikian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan ke arah menjadi guru yang cemerlang kepada pelajar-pelajar yang menjadi harapan negara. keluarga. masyarakat dan negara. Sebagai seorang guru. pendidikan haruslah menepati kehendak masyarakat. Selain itu. Di sekolah umpamanya. saya akan berusaha menggabungkan segala pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk mencapai tujuan atau objektif falsafah ini. Justeru. Dalam konteks pendidikan. Penggunaan alat bantu mengajar dan set induksi yang menarik dapat menarik amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. mereka juga tidak gemarkan pendidikan yang membosankan. Jadi sebagai seorang guru. saya akan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang guru bitara dan seorang guru yang bertanggungjawab serta sentiasa menjadikan Falsafah Pendidikan Guru. Guru juga merupakan sebahagian masyarakat. Kerjaya seorang guru bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah kerana kerjaya ini melibatkan masa depan anak bangsa. Oleh yang demikian. Pendidikan yang diperlukan bukan sekadar meliputi pengetahuan dalam sesuatu kerja malah turut melibatkan pendidikan akhlak dan sosial supaya mereka dapat menjalankan kerja yang melibatkan masyarakat atau orang lain.bermakna objektif pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melahirkan individu yang berguna untuk diri sendiri. pelajar-pelajar berkehendakkan pendidikan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan mereka pengetahuan yang baru dan dapat digunakan. sebagai seorang guru proses mendidik haruslah dilakukan dengan kreatif dan kritis supaya ianya menarik dan lebih berkesan. Penguasaan 3 . Peranan guru kepada masyarakat juga dianggap penting.

saya akan menjadi seorang guru yang tegas kepada pelajar-pelajar. sebagai seorang guru saya akan sentiasa menambahakan ilmu pengetahuan dengan pelbagai maklumat bukan sahaja tentang subjek yang saya ajar malahan mengenai pengetahuan am yang berkaitan.teknologi maklumat dan komunikasi juga amat penting dalam menjalankan tanggung jawab mendidik di era globalisasi kini. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang bertanggung jawab dan berakhlak mulia. Tegas di sini bukanlah bermaksud garang dan sentiasa memarahi pelajar-pelajar tetapi tegas sewaktu mengajar dan dalam masa yang sama menggunakan gaya pengajaran yang mudah diterima oleh pelajar agar pelajar tidak main-main ketika di dalam kelas dan dapat menerima apa yang diajar dengan mudah kerana tiada tekanan diberikan. sebagai seorang guru saya akan cuba menerapkan disiplin yang baik kepada pelajar-pelajar terutamanya berkaitan dengan masa. Saya akan memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaik mungkin kerana masa itu emas. Di samping itu juga. Apabila kita menjawab sesuatu perkara itu dengan yakin . Saya juga akan mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu apabila masuk ke dalam kelas agar apabila pelajar menyoal sesuatu saya dapat menjawabnya dengan baik dan tidak gelabah. Hal ini kerana pelajar zaman sekarang lebih berfikiran jauh malah ada juga yang lebih bijak daripada gurunya. Di samping itu juga. Sebagai seorang guru. Oleh itu kehendak guru tidak dapat diketepikan dalam merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan. Akhlak serta keserba bolehan yang terdapat pada guru amat penting kerana mereka berperanan sebagai medium pendidikan di samping menjadi contoh ikutan (role model) kepada pelajar-pelajar. Guruguru perlulah diberikan pendididkan yang menyeluruh supaya mereka mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang kehidupan di samping mempunyai akhlak dan disiplin yang baik. saya percaya pelajar akan lebih menghormati kita dan yakin dengan kerjaya kita sebagai seorang guru tanpa mempersoalkannya. 4 . Pengurusan masa sangat penting bagi seorang pelajar kerana apabila mereka dapat menguruskan masa dengan baik bererti mereka dapat menguruskan pelajaran mereka dengan sebaik mungkin. Guru merupakan kerjaya yang paling rapat dengan pendidikan.

Tidak dapat dinafikan peranan guru amatlah luas. iltizam.Selain itu juga. Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa serta mempunyai cirriciri seperti mudarris. guru perlu diterapkan dengan keimanan. Sebagai seorang Islam saya percaya jika kita mendapat keredhaan daripada Allah maka jalan yang kita lalui akan dipermudahkan. tanggung jawab. penggerak dan penasihat kepada pelajar-pelajarnya. pembimbing dan pendorong. maka semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Guru juga penyampai ilmu. Kesimpulannya. kepentingan peranan guru itu tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. kecerdasan emosi dan kebijaksanaan dalam bersosial supaya pendidikan yang mereka berikan dapat diterima oleh pelajar dan masyarakat. terlibat dengan rasuah. Ini bermaksud seseorang guru atau pendidik itu mempunyai tugas dan tanggung jawab yang mencabar. Contohnya apabila hati kita ikhlas dalam menjalankan tugas seharian sebagai pendidik. mursyid dan murabbi jika dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan terpuji. bukannya sekadar menyebarkan maklumat kepada pelajar dan lulus peperiksaan. Contohnya jika menghadapi masalah sesuatu masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Guru adalah pendidik. Ianya melibatkan kasih sayang. kecurian dan jenayah syariah tidak akan berlaku kerana kita akan sentiasa mengawal tingkah laku dan sentiasa menggunakan akal dan iman dalam membuat sesuatu keputusan. penyalah gunaan dadah. pendidikan bagi saya adalah segala usaha yang mampu melahirkan individu yang berguna bukan sekadar pada diri sendiri tetapi turut kepada keluarga. Oleh sebab itulah pendidikan amat penting bagi setiap individu terutamanya insan pendidik itu sendiri kerana mengajar dan memdidik melibatkan banyak perkara. masyarakt. Oleh itu sebagai seorang guru. Apabila kita bekerja ikhlas kerana Allah. agama dan negara selaras dengan apa yang telah ditetapkan dalam FPK. cabul dan gangguan seksual. salah laku guru seperti tidak hadiri bertugas. ketahanan fizikal. Untuk 5 . Dari sudut pandangan Islam meletakkan tugas guru sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyyah adalah di tempat yang mulia jika menyampaikan ilmu secara hikmah semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. mu’allim. kita haruslah berpegang teguh kepada agama kerana agamalah yang dapat memandu kita ke jalan yang benar. dedikasi dan kesabaran. tidak amanah dan ingkar perintah.

Selain itu juga. guru perlu menjadi ‘role model’ yang terbaik kepada pelajarpelajarnya dan masyarakat supaya profesion perguruannya sentiasa dipandang tinggi dan mulia.mengajar guru perlu mempunyai keyakinan yang utuh dan menghormati keupayaan pelajarnya. 6 .

Beliau telah kembali ke rahmatullah semasa berumur 80 tahun. ilmu fikah dan ilmu kalam. ilmu matematik. ilmu fizik. Beliau dilahirkan di Wasij dalam daerah Farab di Turkestan pada tahun 872 Masihi bersamaan tahun 260 Hijrah. al-Farabi telah mengklasifikasikan berbagai-bagai cabng ilmu kepada lapan kumpulan utama. Kehebatannya dalam bidang falsafah mengatasi ahli falsafah islam yang lain seperti alKindi dan Ibnu Rushd. sains.AL FARABI Al Farabi atau nama sebenarnya. tidak gilakan harta dan tidak cintakan dunia. pada tahun 950 masihi. malah beliau merupakan seorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam pelbagai pelbagai bidang seperti perubatan. Selepas beberapa lama di sana beliau telah berpindah ke Damsyik dan seterusnya ke Halab. Abu Nasr Muhammad Ibnu Ibnu Muhammad Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau telah berpindah ke Baghdad dan telah mempelajari Bahasa Arab di sana di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad Ibn al–Sariy. Namun begitu keterampilannya lebih menonjol dan terkenal dalam bidang falsafah. Bidang fikah mendapat catatan yang paling pendek di dalam perbincangan al-Farabi tentang cabang-cabang ilmu di dalam kita\ 7 . Pembahagian penulisannya lebih bermakna jika pembahagian itu menuruti pembahagian ilmu yang dikemukakan sendiri oleh al-Farabi di dalam kitab ihsa al-‘ulum. Bapanya merupakan seorang komanden tentera Turki. Kemampuan Al Farabi bukan sekadar itu sahaja. Beliau merupakan seorang ilmuan yang cukup terkenal pada zamannya dan mampu menguasai pelbagai bahasa. Al Farabi di sandarkan sempena nama tempat tersebut iaitu Farab. ilmu politik. Di sebabkan penulisan tokoh ini meluas mencakupi bidang yang berbagai. Semasa hidupnya beliau amat bersederhana. Di dalam Ihsa’ al-‘ulum. Al-Farabi menulis kesemuanya karyanya di dalam Bahasa Arab. daripada mencari kekayaan dunia. muzik dan juga sejarah. maka ramai sarjana moden yang cuba mengenal pasti bentuk serta pola penulisannya serta titik asas kemiripan intelektualnya dengan mengklafikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu. ilmu metafizik. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu. matematik.. ilmu nahu dan linguistik. ilmu logik.

Baginya tanpa pendidikan perkara ini tidak akan tercapai. maka pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk sahiah individu. Ini kerana hidup tanpa disiplin akan membuatkan seseorang atau sesebuah masyarakat akan hidup tanpa had sempada dan menyebabkan mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan. Al Farabi berpendapat untuk mencapai kesempurnaan hidup dengan gaya hidup yang sempurna dan bermoral tinggi. Beliau telah memperkenalkannya metod pendidikannya dengan bertujuan untuk membawa keluar bangsanya dari pandangan sempit dan berjaya untuk hidup dalam keadaan realiti yang sebenar. mempunyai kesempurnaan yang tinggi. 8 . pendidikan bertujuan untuk mempersiapkan manusia sebagai anggota yang bersiap sedia untuk terjun kedalam masyarakat. Beliau menegaskan bahawa. tahyul dan sebagainya yang tidak dapat diterima akalnya. Sekiranya pendidikannya sempurna maka ia akan melahirkan insan yang sempurna. seseorang mestilah mempunyai sikap keberanian dan keterbukaan untuk menerima perubahan. Menurut beliau pendidikan semacam ini amat penting untuk membentuk jiwa manusia seterusnya dapat melahirkan manusia yang berjiwa kental.Matlamat Pendidikan Menurut Al Farabi Bagi Al Farabi. Dengan wujudnya disiplin seseorang itu akan dapat melatih diri mereka untuk hidup dengan landas-landas yang telah ditetapkan. Iannya haruslah bermula semenjak dari kecil sehinggalah ke dewasa. pendidikan merupakan suatu yang mesti diperjuangkan. Baginya pendidikan merupakan suatu yang wajib dipelajari. Semasa hidup dizamannya didapati masih lagi terdapat kaumnya yang masih lagi berpegang pada mitos. Beliau berpendapat pendidikan memainkan peranan penting dalam mendisiplinkan seseorang. Tujuan utama pendidikan baginya adalah untuk mencapai kesempurnaan hidup dengan gaya hidup yang sempurna dan mempunyai nilai moral yang tinggi berlandaskan Islam. Bagi mencapai tujuan ini. Bermula dari itulah beliau telah melahirkan satu idea tentang pendidikan dengan berpandukan dari ahli falsafah yang lepas iaitu Plato dan juga Aristotle.

Pendidikan juga bertujuan untuk membimbing dan juga mengajar seseorang dalam mengenal hakikat kehidupan yang sebenar. terletak pada tindakannya yang sesuai dengan teori yang difahaminya. 9 . menurut Al-Farabi. melainkan ianya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari orang lain. Beliau berpendapat. Begitu juga denga asuhan. dalam mengharungi kehidupan di dunia ini untuk mencapai kesempurnaan hidup.Pendidikan juga bertujuan untuk melatih diri seseorang atau sesebuah masyarakat. Sebagaimana diketahui bahawa pendidikan dalam Islam mempunyai martabat yang suci dan penting sekali dan ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana merupakan tuntutan dan kewajiban. Al Farabi menekankan akan kepentingan Pendidikan Islam dengan tumpuan kepada Fiqh ( Jurisprudence). kesempurnaan manusia. ini kerana tanpa pendidikan manusia tidak akan mampu mencapai kebahagian dan kesempurnaan yang diidam-idamkan. Dalam mentafsir. manusia di asuh untuk agar dapat menjadi insan yang sempurna. tanpa ilmu dan pendidikan manusia tidak akan dapat menafsir sesuatu dengan betul. Menurut Al Farabi pendidikan amat penting untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Qanun (undang-undang Islam) dan juga ilmu kalam atau teologi. Selain itu Al Farabi juga menekankan bahawa pendidikan juga bermatlamat untuk menaksir dan juga mengasuh individu. Lebih tegas lagi. Kurikulum Mengikut Al Farabi Pendidikan. oleh itu mencari ilmu adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim. Tanpa pendidikan seseorang itu akan sesat dialam nyata dan juga akan kegelapan di dalam kehidupan. Islam mewajibkan bagi setiap orang muslim dan muslimat untuk menuntut ilmu. Menurut pendapatnya seseorang itu tidak akan dapat berdiri dengan sendiri. Dalam pandangan Islam mencari ilmu dan mengajarkannya adalah suatu kewajiban yang sangat mulia. harus menggabungkan antara kemampuan pembelajaran dari segi teori yang mampu diaplikasikan dengan tindakan yang yang dipraktikkan dengan betul.

tetapi ilmu logic atau mantic adalah satu jalan atau kaedah untuk menguasai bahasa. maka dia tidak akan dapat memahami akan sesuatu dan mereka tidak akan dapat memajukan diri mereka. orang yang bijak adalah mereka yang mahir dalam bidang seni dan muzik. Kurikulum awal pendidikan tersebut adalah bahasa. ilmu politik. Seseorang akan dapat menjelaskan perasaan.Kurikulum dalam pendidikan al-Farabi disusun sedemikian rupa dan dari yang senang kepada yang rumit atau dari yang umum kepada yang abstrak. kemudian dilanjutkan dengan logika. dan teologi (kalam) . Menurut beliau sesiapa yang ingin mempelajari seni yang berasaskan teori mesti menguasai ilmu matematik terlebih dahulu. Ilmu mantik atau logic amat penting untuk menguasai ilmu sains dan matematik. yang dimulai dengan nombor dan diikuti dengan pengukuran. hukum. Setiap orang wajib mempelajari matematik sebelum dapat menguasai ilmu sains. matematik. beliau telah menitik beratkan akan pendidikan bahasa. Bahasa merupakan bahagian yang amat penting dalam kurikulum menurut al Farabi. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran mestilah bermula dengan susunan dan struktur bahasa itu sendiri seperti tatabahasa dan seterusnya. Menurutnya bahasa wajib dikuasai sebelum penguasaan ilmu-ilmu lain. fiqh. ilmu alam. Menurut beliau kedua-dua ilmu ini amat penting untuk seseorang. Selain dari itu. Menyedari akan kepentingan ini. tentang matematik dan juga sains. diharapkan anak didik mampu berkembang dengan penuh kesempurnaan imannya. Dengan urutan kurikulum yang semacam ini. dasar kurikulum Al Farabi juga menyelitkan pendidikan muzik dan juga seni. Selepas bahasa Al Farabi menekankan pula pada ilmu mantiq ataupun ilmu logik sebelum kepada ilmu-ilmu yang lain seperti matematik. Ini kerana jika seseorang yang tidak dapat menguasai bahasa. Ia akan menguasai ilmu yang ada di dunia ini namun ia tidak akan lupa kepada pencipta ilmu tersebut. pandangan dan juga kritikan melalui muzik dan juga seni. sains. 10 . Kurikulum seterusnya menurut Al Farabi. Ini kerana tidak dapat dinafikan lagi bahawa penguasaan bahasa adalah asas untuk semua jenis ilmu pengetahuan yang lain. musik dan juga seni. Menurut Al Farabi.

Menurut Al Farabi lagi. Padanya tugas seorang guru amat rumit. Ini kerana perihal tersebut akan menimbulkan rasa benci dikalangan pelajar. Guru juga mesti bijak memainkan peranan dalam apa jua situasi sekalipun agar apa yang diajarkan dan disampaikan mudah difahami dan di kuasai oleh muridnya. membimbing ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. dan menaksir (taqwim). namun ianya merupakan tugas yang amat besar dalam membentuk dan mendisiplinkan seseorang yang berguna kepada masyarakat dan seterusnya manpu menjadi pemimpin untuk memajukan Negara. mengasuh (tarbiya). mengajar (ta‟lim). keseumpurnaan (tasdid). Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib). melatih (tahdhib). Jika terlalu berlembut pula. Beliau menyarankan agar guru mestilah menilai hasil pembelajaran dengan bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar dan juga tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang yang dipelajari olehnya. Seorang guru juga mestilah ikhlas dan secara sukarela untuk menyampaikan ilmu. Tugas guru Menurutnya guru bukanlah orang yang sembarangan. Oleh itu beliau menekankan agar guru bersederhana dalam semua aspek sama ada dalam memberi hukuman dan juga tegas semasa mengajar. Seorang guru juga menurutnya mestilah menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak disampaikan atau yang hendak diajar. guru mestilah orang yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi dan tidak mementingkan akan harta dunia semata-mata.Peranan Guru dan Kaedah Pengajaran Menurut Al Farabi Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep “pendidikan‟ yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. 11 . Seorang guru mestilah penuh dengan sifat qanaah dan sentiasa ingin mencari kebenaran. seorang guru tidak boleh terlalu berkeras dalam memberi hukuman kepada pelajar. menurutnya akan membuatkan pelajar kurang memberi tumpuan dan pemerhatian kepada pelajaran. Sebaliknya guru sepatutnya pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan pelajarnya. Seterusnya kepentingan menilai hasil pembelajaran.

dan menaksir (taqwim). mengasuh (tarbiya). Pada pendapatnya untuk mengubah orang yang degil atau “keras kepala”. Tugas guru 12 . Kaedah ini memerlukan penjelasan dari guru sebelum meminta pelajar memberikan pendapat melalui perbincangan berdailog dan sebagainya. kaedah pengulangan dan kebiasaan ini amat di perlukan. Untuk mencapai kesempurnaan dalam melaksanakan kaedah-kaedah yang telah diutarakan. dengan mengajak mereka membiasakan diri dengan berfikir dan betingkah laku yang baik akan dapat memujuk mereka kembali ke jalan yang sebenarnya. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib). kesempurnaan (tasdid). Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep “pendidikan‟ yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Walaupun terdapat kaedah yang diutarakannya diambil dari pendapat Plato namun ianya telah disuaikan dengan kehendak masa dan juga kehendak Agama Islam. mengajar (ta‟lim). Menurutnya melalui kaedah ini pelajar akan dapat memperolehi pemahaman yang sebenar tentang sesuatu perkara. Pertama metod atau kaedah demontrasi dan satu lagi kaedah memujuk. Manakala pelajar pula digalakkan untuk mengeluarkan pendapat dan berdailog dalam situasi-situasi yang tertentu. membimbing ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. perkaitan dengan sesuatu. melatih (tahdhib). perbandingan atau banding beza.Metod atau kaedah pengajaran pula Al Farabi menekankan pada dua metod atau kaedah utama. inkuiri penemuan dan sebagainya. Kaedah demontrasi menurutnya memerlukan guru bercakap dan mengutarakan persoalan untuk menyampaikan pengetahuan. akan menjadi kebiasaan baginya dan membolehkan pelajar memahami kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. kesimpulan pemilihan penyelesaian masalah. Selain dari dua kaedah ini terdapat beberapa kaedah lain yang ditekankan oleh Al Farabi seperti kaedah huraian. Al Farabi menekankan pada kebiasaan dan pengulangan. Manakala bagi kaedah memujuk pula guru perlu mempengaruhi pelajar untuk memujuk mereka. Ini kerana jika seorang pelajar sentiasa mengulang-ulang sesuatu perkara. Kaedah ini tidak memerlukan kepastian tentang pengetahuan yang ada pada seseorang.

dimana politik banyak mempengaruhi falsafahnya. Setelah mencapai umur 20 tahun beliau mula mengikuti pelajaran yang di sampaikan oleh Socrates dan telah menjadi muridnya yang setia sehinggalah pada saat kematian gurunya. Selepas kematian gurunya Socrates beliau mula menyampaikan hujah-hujah dan idea-ideanya. Ini kerana beliau berpendapat bahawa pena dan dakwat membekukan pemikiran sejati yang ditulis dalam huruf-huruf yang membisu. Libya dan juga Itali. kesucian. keberanian. undang-undang. Plato telah meninggal dunia pada tahun 438 sebelum masihi di Athens. Boleh dikatakan hampir kesemua karyanya adalah dalam bentuk dialog. Setelah kematian gurunya beliau telah meninggalkan Athens dan telah mengembara ke beberapa buah Negara seperti Mesir. maka yang paling sesuai adalah tulisan yang berbentuk dialog. Menurutnya jika sesuatu pemikiran hendak ditulis. nama asalnya adalah Aristokles. kecantikan dan lain-lain lagi. Melalui gurunya beliau telah mempelajari berbagai-bagai ilmu dan telah mampu untuk mengeluarkan hujah dan pendapat. Walaupun lahir dalam keluarga yang mendominasi bidang politik di negaranya menyebabkannya juga berhasrat untuk menceburi politik pada asalnya. akan tetapi gurunya telah memberikannya nama Plato yang berkaitan dengan bahunya yang lebar. Kebanyakan hujah-hujahnya adalah dari pendapat gurunya Socrates. Karyanya yang terkenal ialah “ Repbulic of Plato” yang membentangkan idea-idea tentang pentadbiran kerajaan demokrasi. retorik. Hujahnya mengandungi pelbagai isu seperti keadilan. Akibat dari perkembangan politik yang tidak menentu pada masanya menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk menceburi bidang tersebut. 13 . Beliau dilahirkan pada tahun 428 sebelum masihi di Athens Greek. Beliau juga banyak menulis tentang politik.PLATO Plato merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal pada zaman Yunani. Menurut catatan.

Pada pendapat beliau. Ini kerana tanpa pendidikan manusia akan terus hidup dalam kejahilan dan tidak akan maju. untuk mendidik kanak-kanak haruslah disediakan alam sekeliling atau persekitaran yang sesuai. Tujuan utama pendidikan menurut Plato adalah untuk membebaskan masyarakat daripada belenggu kejahilan yang kuno dan palsu. maka tiga golongan manusia tadi akan memainkan peranan masingmasing dalam membentuk sebuah Negara yang sejahtera. Beliau amat bersetuju dengan pendapat gurunya Scorates yang menyatakan pendidikan bertujuan untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Ini kerana proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang. Nehr dan Wehr. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mengeklkan status quo. Menurut beliau manusia dijadikan Tuhan dengan kebolehan tertentu utnuk mempelajari sesuatu. Ini adalah bertentangan dengan kebanyakan pendapat lain tentang falsafah. aman makmur dan masyhur. Menurutnya manusia dari golongan Lehr akan menjadi pemimpin.MATLAMAT PENDIDIKAN Menurut Plato pendidian ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. kerana melaluinya kebaikan boleh diperolehi. segala inovasi atau perubahan tidak digalakkan. Baginya juga pendidikan harus mengajar kanak-kanak bagaimana membezakan di antara yang benar dan yang salah. Baginya matlamat pendidikan bukan perkembangan individu tetapi sumbangan individu kepada Negara yang menjamin kebahagiaan rakyat berasaskan keadilan. Plato berpendapat demikian kerana beliau menginginkan agar tiap-tiap golongan membuat sesuatu yang sesuai dengan potensi yang ada pada mereka. 14 . Baginya alam sekeliling amat penting untuk pendidikan. golongan Nehr pula menjadi pekerja sementara golongan Wehr pula bertindak sesbagai tentera. serta pendidikan adalah jalan untuk mencari kebenaran. Plato berpendapat bahawa pendidikan haruslah memainkan peranannya dalam melahirkan tiga golongan manusia iaitu Lehr. Pembahagian ini berdasarkan kepada pembawaan bakat yang terdapat pada seseorang. Apabila seseorang itu telah tamat pengajiannya.

Ini bertujuan untuk mendisiplinkan kanak-kanak agar tidak terlalu dimanjakan. Pada peringkat ini kesemua pelajar dikehendaki menumpukan secara eksklusif untuk tempoh dua hingga tiga tahun dengan latihan fizikal dan ketenteraan. Pada pemndapat beliau lagi. 15 . menulis. Geometri. Manakala sistem persekolah bermula menurut beliau bermula dizama pra lagi iaitu semasa umur 3-6 tahun beliau menyaranka agar pada peringkat ini ia diperkenalkan dengan cara permainan dibawah pengawasan. menengah serta tinggi. mengira dan sebagainya. Astronomi. Padanya ia adalah tanggungjawab ibu bapa yang mesti dilaksanakan ke atas anak-anak mereka. Beliau menyarankan agar wanita yang hamil berjalan-jalan dan bergerak-gerak agar bayi dalam kandungan menjadi lebih sihat dan cergas. Bagi peringkat rendah beliau menyarankan agar diajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan. Baginya pendidikan hendaklah dimulakan sebelum kanakkanak itu lahir lagi. Seterusnya Plato menekankan pada pendidikan Pra Sekolah. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah Matematik. muzik dan juga latihan jasmani. kurang berdikari. takut dan mudah kecewa. kanak-kanak terlalu dimanjakan akan menjadikan mereka cepat marah. mengguna dan menganalisis kebenaran idea-idea yang diperolehinya.KURIKULUM Dari segi sistem kurikulum pendidikan Plato telah membahagikan kepada tiga peringkat iaitu rendah. Pada usia 18 tahun merupakan peringkat penghujung tempoh pendidikan asas. pelajar-pelajarnya diberi latihan mentaakul. Bagi peringkat tinggi yang merupakan lanjutan peringkat menengah. Matlamat pendidikan di sini ialah untuk melahirkan ahli fikir yang bijak dan berguna kepada masyarakat. Plato amat mengutamakan kesihatan dan kecantikan tubuh badan serta kecerdasan minda. Pada peringkat inilah ahli seni dan falsafah mendapat pendidikan. Dengan sebab itulah beliau mencadangkan pendidikan jasmani dan juga muzik bermula di peringkat rendah. Bermula dari umur 6-13 tahun. Bagi peringkat menengah. mereka mula diajar membaca. Muzik dan Kesusasteraan. kanak-kanak itu haruslah didedahkan dengan pelajaran yang lebih luas lagi yang bersifat ilmu pengetahuan dan logik.

perdebatan dan juga perbincangan di antara pelajar dengan pelajar dan juga antara pelajar dengan guru. maka tugas gurulah untuk membawa mereka ke jalan kebenaran. sesuatu hujah dibentangkan dan diikuti dengan perbincangan yang mendalam. yang ada hanya adalah ahli falsafah. 16 .Ini kerana dengan kekerasan yang keterlaluan membuatkan murid tidak bermaya. Melalui kaedah ini. Satu lagi kaedah yang dititik beratkan oleh plato ialah kaedah penyoalan dan perbincangan. Melalui proses ini akan dapat mencetuskan minda individu untuk merangsangkan pemikiran yang kritis seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan mampu untuk memimpin masyarakat. Dengan kaedah ini akan dapat mempengaruhi minda pelajar untuk belajar. Ini kerana sifat semulajadi kanak-kanak yang tidak lepas dari bermain. Namun begitu saranannya tidak diendahkan. kaedah ini melibatakan dialog. lemah semangat. Pada pendapatnya orang yang mempunyai ilmu pengetahuan hendaklah mengajar membantu serta mendidik mereka yang memerlukannya. guru memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pendidikan untuk membebaskan masyarakat dari kejahilan. Menurutnya semua manusia memilki keupayaan dan keinginan untuk belajar. Sekiranya dibiarkan tanpa disiplin menjadikan mereka mudah marah dan tidak menghormati guru.Walaupun demikian cerita yang disampaikan mestilah sesuai dengan peringkat umur dan golongan. Guru tidak boleh terlalu keras dalam mendisiplinkan kanak-kanak. Antara kaedah pembelajaran yang disarankan oleh Plato ialah kaedah permainan. Beliau menyarankan agar jawatan guru diwujudkan.PERANAN GURU DAN KAEDAH PENGAJARAN Mengikut Plato. pada zamannya tiada jawatan guru khas yang dibayar gaji oleh pemerintah. Pelajar juga tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Selain itu Plato juga menekankan kaedah bercerita dalam pendidikan. Menurutnya. yang mempunyai pendapat yang berbeza. Melalui kaedah ini akan membuatkan kanak-kanak memberi tumpuan kepada satu-satu ilmu ynag dipelajarinya. putus asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menurutnya lagi guru mesti pandai memainkan peranan semasa mendidik.

Menurut beliau pendidikan semacam ini amat penting untuk membentuk jiwa manusia seterusnya dapat melahirkan manusia yang berjiwa kental.PERBANDINGAN Sebagaimana yang telah dinyatakan. Pendidkan asas beliau ialah agama dan linguistik. Bagi mencapai tujuan ini. maka tiga golongan manusia tadi akan memainkan peranan masing-masing dalam membentuk sebuah Negara yang sejahtera. mempunyai kesempurnaan yang tinggi. perubatan. Menurutnya pendidikan haruslah memainkan peranannya dalam melahirkan tiga golongan manusia iaitu Lehr. Nehr dan Wehr. Iannya haruslah bermula semenjak dari kecil sehinggalah ke dewasa. Sekiranya pendidikannya sempurna maka ia akan melahirkan insan yang sempurna. Apabila seseorang itu telah tamat pengajiannya. seseorang mestilah mempunyai sikap keberanian dan keterbukaan untuk menerima perubahan. Beliau menegaskan bahawa. Ilmu pengetahuan yang dimiliki beliau tidak terhad hanya kepada tiga bidang sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain seperti sains. pendidikan bertujuan untuk mempersiapkan manusia sebagai anggota yang bersiap sedia untuk terjun kedalam masyarakat. matematik dan muzik. Berbanding dengan Plato yang berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. aman makmur dan masyhur 17 . Al Farabi telah menggariskan bahawa tujuan utama pendidikan baginya adalah untuk mencapai kesempurnaan hidup dengan gaya hidup yang sempurna dan mempunyai nilai moral yang tinggi berlandaskan Islam.

mengasuh. 18 . Seorang guru mestilah penuh dengan sifat qanaah dan sentiasa ingin mencari kebenaran. kedua-duanya bertujuan untuk memberi pendidikan dan ilmu yang membezakannya adalah cara dan juga pelaksanaannya. menafsir. tetapi kedua-duanya menggunakan mekanisme yang berbeza-beza. Al Farabi telah mentakrifkan pendidikan sebagai mendisplin. penyoalan dan juga perbincangan. membimbing. Jika diperhatikan kedua –dua tokoh ini telah menghujahkan pandangan masing-masing. Seorang guru juga mestilah ikhlas dan secara sukarela untuk menyampaikan ilmu. Walaupun dilihat kedua-dua tujuan pendidikan adalah sama iaitu untuk melahirkan insan yang sempurna untuk kesejahteraan hidup dan seterusnya untuk membina Negara bangsa yang masyhur dan berjaya. Persamaan ini mungkin berlaku kerana sumber rujukan dan panduan utama Al Farabi adalah daripada falsafah Plato dan Aristotle. Berkenaan dengan guru pula Al Farabi mengungkapkan guru bukanlah orang yang sembarangan. Walaupun terdapat banyak persamaan pemikiran falsafah berkaitan pendidikan kedua-dua tokoh ini. beliau banyak mengambil pandangan dari kedua ahli falsafah ini. mengasuh dan juga sebagai irtiyad. Dari segi kaedah dan metod pula Al Farabi menekan pada dua kaedah utamanya iaitu demontrasi dan juga memujuk. melatih. Jika hendak disifatkan adanya keseragaman antara pemikiran dan metod Al-Farabi dengan pemikiran dan metod Plato terutama sekali mengenai pendidikan ini adalah agak sukar. di sesuaikan dengan agama Islam. Metodnya mungkin berbeza kerana al Farabi berlandaskan Islam. mengajar.KESIMPULAN Kesimpulannya konsep pendidikan menurut Al-Farabi dan Plato merupakan perbicaraan dunia peradaban besar dunia iaitu peradaban islam yang bertunjangkan wahyu dan peradaban Barat hasil pencarian dan jumpaaan manusia sendiri berasaskan kekuatan daya akal fikiran. Manakala Plato pula lebih menekankan pada kaedah permainan. guru mestilah orang yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi dan tidak mementingkan akan harta dunia semata-mata.

(2006) Karya Lengkap Driiyarkara. (1992).pdf 7 julai 2012 19 .my/1745/4/BAB_1.edu.um. Nicolaus Drikayar.blogspot. Sistematienarka Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat.html http://id. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.RUJUKAN Drs. Jakarta: PT.1974. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Kementerian Pelajaran Malaysia. http://amazingfilsafat. (1991). Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad Idris Zakaria. Al-Farabi: Kehidupan. Hasil Karyanya dan peri penting tokoh. Metafika.com/society-and-news/environment/2233778-kosep-dasar-pendidikanmenurut-al/#ixzz20KiRi8tU http://digitaleprints. Sidi Gazalba.shvoong.al). Teori Pengetahuan. Teori Nilai.Sudiarja et.com/2007/04/filsafat-pendidikan-al-farabi. Teori Politik al-Farabi Dan Masyarakat Melayu. Esai-Esai Filsafat Pemikir Dalam Perjuangan Bangsa (Suntingan A. Gramedia. Osman Bakar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.