You are on page 1of 3

Dapatan Kajian 8.1- Konsep perniagaan pasar malam.

Konsep perniagaan pasar malam adalah urusan jual beli dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir. Biasanya,perniagaan runcit (pasar malam) mempunyai banyak jenis barangan tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap jenis. Perniagaan yang biasanya dijalankan adalah seperti makanan dan minuman,sayursayuran,buah-buahan,ikan dan daging.Tterdapat juga peniaga yang menjual pakaian dan kasut. Perniagaan pasar malam ini,memerlukan modal yang kecil dan lesen perniagaan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pasar malam di Padang Jawa, Shah Alam beroperasi di Jalan Besar Padang Jawa, berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Padang Jawa dan ianya mudah dikunjungi oleh penduduk sekitar. Pasar malam ini beroperasi setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam. 8.2-Kepentingan Perniagaan Pasar Malam. Kegiatan perniagaan pasar malam yang berlokasi di Padang Jawa ,Shah Alam pada setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi di sekitarnya. Antaranya ialah: 1. Menyediakan peluang pekerjaan – Berbagai-bagai pekerjaan disediakan di lokasi pasar malam ini. Antaranya peniaga makanan dan minuman, buahbuahan,sayur-sayuran daging, ayam, pakaian dan kasut. Kebanyakan peniaga ini terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan kawasan pasar malam. 2. Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan – Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang ini telah berjaya meningkatkan pendapatan

keluarganya. Dengan ini taraf hidup mereka telah meningkat. 3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan – Lokasi pasar malam yang berdekatan dengan jalan besar dan kawasan perumahan merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar. Penduduk boleh mendapatkan barang keperluan seperti ikan,daging dan ayam dengan mudah. Kunjungan sekali seminggu pada hari Jumaat ini memang dinantinantikan oleh penduduk di kawasan Padang Jawa kerana berbagai juadah dan makanan dijual. 4. Menyediakan barangan segar – Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang. Sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku,ulam-ulaman pegaga,pucuk ketereh dan daun kaduk adalah hasil tanaman peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut seperti ikan,udang dan sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar.

Sebagai salah seorang penduduk di Padang Jawa ini,saya merasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

8.3- Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit yang berfokuskan pasar malam. Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah: 1. Governan – Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan bersebelahan

13. di Padang Jawa. Contohnya.6 % 16. diikuti sumber dari institusi kewangan (52. Modal. Lokasi pejabatpejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini.001 . seorang peniaga memperoleh jualan tahunan sebanyak RM546. Hasil kajian mendapati majoriti perniagaan (70%) memulakan perniagaan dengan modal kurang dari RM5. memudahkan lagi pekerjanya mengunjungi pasar malam tersebut selepas tamat bekerja pada jam 6 petang. 2. Waktu ini amat bersesuaian dengan masa tamat bekerja di pejabat. Kesesuaian waktu berniaga – Perniagaan pasar malam Padang Jawa memang sering dinanti-nati oleh penduduk di sini kerana waktu perniagaannya beroperasi seawal jam 5 petang setiap hari Jumaat.001 sehingga RM10.000k a s .6% R 5000 k ba h M e wa R 5.4% 4. Jumlah Modal permulaan RM 5. geraigerai perniagaan pasar malam dapat disusun dengan baik.R 10.000 M M M e ta 70% R 10. majoriti peniaga pasar malam (47. Manakala 33. Sila rujuk Jadual 1 dan carta pai di bawah : Mengenai sumber modal pula.000 RM 10. Sebagai salah seorang komuniti di Padang Jawa. tapak pasar malam yang disediakan oleh MBSA ialah di sepanjang lorong berbentuk “U” berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Padang Jawa.000 hingga RM 150.000 ke bawah RM 5.000 setahun. sebanyak 5. Oleh kerana kos overhednya rendah. Ini juga memudahkan urusan jual beli dilakukan.000.8%.kawasan perumahan. maka peniaga pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah.000.000 ke atas Peratusan 70 % 13.000 sebanyak 18. Jumlah Tempatan – Sebahagian peniaga pasar malam (42%) perolehi jualan kurang dari RM50.000 dan selebihnya (13.3%) dan hanya 0. Shah Alam saya merasa bertuah dan bersyukur kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.000 dan daripada daripada kajian. Manakala.6% peniaga memperoleh jualan tahunan melebihi RM200.000 dan diikuti jualan tahunan RM100.000 sehingga RM100.6%) menggunakan modal melebihi RM5. Biasanya peniaga hanya mengeluarlan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan.000 setahun.4 % Jadual 1: Jumlah modal permulaan peniaga mengikut peratusan di pasar malam Padang Jawa. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan.6 % peniaga pula memperoleh jualan tahunan antara RM50.Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar.3% sahaja peniaga memperolehi dari sumber lain sebagai modal perniagaan. Shah Alam Jumla m l permula n pernia a n h oda a ga runc meng ut pera a it ik tus n 16.4) menggunakan simpanan peribadi sebagai modal. Dengan adanya tapak ini. Manakala selebihnya ( 16%) menggunakan modal melebihi RM10.001 – RM 10. Hal ini menunjukkan peniaga pasar malam juga dapat menjana pendapatan yang begitu tinggi. 3.