Praktikal 1.

KEPERSISAN, KEJITUAN, DAN KEPEKAAN Kepersisan sesuatu alat bermaksud kebolehan alat itu mengukur sesuatu kuantiti fizik

dengan memberi nilai yang konsisten dalam setiap pengukuran. Pengukuran yang persis terdiri daripada bacaan-bacaan yang mempunyai sedikit atau tiada sisihan relatif di antara satu sama lain. Sisihan relatif ditakrifkan seperti berikut:

Sisihan relatif =

X 100 %

Sisihan relatif suatu bacaan daripada alat pengukur yang persis 100 % adalah sifar kerana sisihan bagi setiap bacaan ialah sifar. Bacaanya hanya berubah jika nilai bagi kuantiti yang diukur berubah. Sebaliknya, bagi alat pengukuran yang tidak persis 100%, bacaannya mungkin sama jika nilai bagi kuantiti yang diukur berubah dan sebaliknya. Oleh itu, alat pengukur yang tidak persis 100% kurang sesuai digunakan untuk mengesan sedikit perubahan dalam kuantiti yang diukur. Kejituan sesuatu alat bermaksud kebolehan alat itu mengukur sesuatu kuantiti fizik tanpa ralat, iaitu bacaanya sama dengan nilai sebenarnya. Pengukuran yang jitu terdiri daripada bacaan-bacaan yang mempunyai sedikit atau tiada ralat relatif. Pengukuran yang jitu terdiri daripada bacaan-bacaan yang mempunyai sedikit atau tiada ralat relatif. Ralat relatif ditakrifkan seperti berikut:

Ralat relatif =

X 100 %

Jika pembahagian skala dalam sesuatu alat pengukur menjadi semaki nkecil, maka kejituannya semakin bertambah. Kepekaan sesuatu alat bermaksud kebolehan alat itu mengesan sedikit perubahan yang berlaku pada kuantiti yang diukur. Secara berangka, kepekaan biasanya ditakrifkan seperti berikut:

Kepekaan =

Rajah di atas merupakan hasil tembakan empat peserta A,B,C dan D dapat menerangkan dengan lebih jelas perbezaan antara kepersisan dan kejituan.

Rumusannya boleh dinyatakan seperti jadual berikut:-

Peserta A B C D

Kepersisan Tinggi Rendah Tinggi Rendah

Kejituan Rendah Tinggi Tinggi Rendah

RALAT

Sebarang kuantiti fizik yang diukur mempunyai tidak ketakpastian atau ralat dalam nilai yang diperolehi menyebabkan nilai yang diukur berbeza daripada nilai sebenar. Ralat pada amnya terbahagi kepada dua jenis iaitu ralat bersistem dan ralat rawak.

Ralat bersistem ialah ketidakpastian dalam pengukuran disebabkan

(i) oleh alat (ii) pemerhati (iii) persekitaran.

Ralat bersistem yang disebabkan oleh alat ialah ralat sifar dan juga ketidaksempurnaan alat .

Ralat sifar ialah bacaan yang bukan sifar apabila bacaan sebenar adalah sifar.

Ketidaksempurnaan alat di mana semasa ditentukur di kilang keadaan fizik seperti suhu, tekanan dan sebagainya mungkin berbeza apabila alat itu digunakan di luar.Contohnya panjang pembaris atau angkup vernier mungkin berubah dengan suhu manakala jam randik mungkin cepat atau menjadi lambat.

Ralat bersistem yang disebabkan oleh permerhati contohnya adalah masa tindakbalas ,kecacatan disebabkan oleh rabun jauh atau rabun dekat. Masa tindak balas ialah sela masa masa seseorang memulakan tombol jam 'mula' dengan masa sesuatu kuantiti mula dikira.

Ralat bersistem yang disebabkan oleh persekitaran ialah membuat anggapan yang salah mengenai sesuatu kuantiti,contohnya iaitu menganggap nilai sebagai 9.81 ms-2 pada semua tempat.

Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan mengambil min bacaan. Ralat bersistem boleh dikurangkan dengan merekabentuk dan menjalankan eksperimen dengan cermat dan mengulangi eksperimen dengan menggunakan alat-alat yang berlainan.Contohya semak bacaan sifar angkup vernier atau semak masa yang diambil oleh jam randik dengan jam yang lain.

Ralat rawak ialah ketidakpastian disebabkan oleh pemerhati semasa membuat pengukuran.

Ralak rawak disebabkan pemerhati

(i) salah membaca sesuatu skala (ii) salah membilang ayunan (iii) Memberi tekanan berlainan setiap kali rahang mikrometer ditutup (iv) Ralat paralaks (v) Perubahan suhu menyebabkan bacaan diambil adalah lebih besar atau lebih kecil daripada nilai sebenar.

Ralat paralaks adalah ralat kesilapan bacaan yang dibuat akibat kedudukan mata pemerhati tidak tepat dengan skala yang dibaca. Ralak rawak boleh dikurangkan dengan mengulangi bacan dan kemudian menentukan min bacan.

Teknik khusus untuk mengurangkan ralat dalam pengukuran pada beberapa alat.

1. Pastikan sama ada sesuatu alat itu mempunyai ralat sifar. Jika terdapat ralat sifar bacaan sebenar adalah seperti berikut:

Bacaan sebenar = (bacaan ketika terdapat objek diukur ) - ( ralat sifar)

2. Bagi ammeter,voltmeter atau galvanometer , ralat sifar boleh dibetulkan dengan menggunakan skru pelaras.

3.

Untuk mengelakkan

ralat

paralaks, garis penglihatan seseorang mesti

berserenjang dengan skala alat pengukur semasa membuat bacaan.

ALAT-ALAT PENGUKURAN Kepanjangan (a)Pendahuluan

Terdapat tiga jenis alat pengukuran panjang yang biasanya digunakan di makmal iaitu seperti jadual berikut:-

Alat

Kepekaan / kejituan Dalam cm

Kepekaan / kejituan Dalam mm

Pembaris meter

0.1

1

Angkup Vernier

0.01

0.1

Tolok skru mikrometer

0.001

0.01

(b)Pembaris meter

Pembaris meter terdiri dari kayu atau besi yang panjangnya 1 meter. 1 senggatan kecil adalah bersamaan 1 mm atau 0.1 cm. Semasa menggunakan pembaris cara berikut perlu dilakukan untuk mengelakkan ralat paralaks ataupun ralat sifar(ralat hujung).:-

(i)

pengukuran tidak semestinya bermula dihujung,kerana kemungkinan hujung pembaris haus yang menyebabkan berlakunya ralat sifar (ralat hujung)

(ii)

Pembaris hendaklah diletakkan tegak pada objek yang hendak diukur dan mata pemerhati hendaklah tegak dengan skala untuk mengelakkan ralat paralaks

(iii)

Bagi mengukur objek tiga dimensi pembaris dan sesiku hendaklah digunakan

(c) Angkup vernier

- Angkup luar digunakan untuk menyukat diameter luar - Angkup dalam digunakan untuk menyukat diameter dalam - Ekor digunakan untuk mengukur kedalaman ,contohnya kedalaman bikar. - Bukaan rahang dalam, bukaan rahang luar dan ekor sentiasa mempunyai panjang yang sama. - 1 senggatan kecil skala utama adalah 0.1 cm atau 1mm

- 1 senggatan kecil pada skala vernier adalah 0.09 cm atau 0.9 mm - Perbezaan satu senggatan kecil pada skala utama dan vernier = (0.1 - 0.09) cm = 0.01 cm - Bacaan pada angkup vernier = [bacaan skala utama + (0.01 x skala vernier)] cm

- Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan angkup vernier:-

(i) Tentukan ralat sifar ada atau tidak.Jika ada ralat sifar bacaan mesti diperbetulkan iaitu:

Bacaan sebenar = bacaan diperolehi - ralat sifar

(ii) Pastikan rahang betul-betul menyentuh objek diukur.

(e) Tolok skru mikrometer

- Kegunaannya ialah menentukan ketebalan kertas, diameter dawai atau alas bebola. - Hujung rahang iaitu anvil dan spindal harus dibersihkan terlebih dahulu dari kekotoran. - Apabila diletak objek, rahang ditutup dengan memutarkan bidal. Apabila rahang hampir rapat dengan objek, putarkan racet sehingga bunyi 'tik' yang petama. - 1 senggatan kecil skala utama adalah 0.5 mm . - Skala verniernya mempunyai 50 senggatan kecil.Apabila skala veriner diputar satu pusingan ,skala utama kan bergerak sejauh 0.5 mm.

Oleh itu 1 senggatan kecil pada skala vernier = mm =0.01 mm

- Bacaan pada angkup vernier = [bacaan skala utama + (0.01 x skala vernier)] mm

- Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan tolok skru mikrometer:-

(a) Tentukan ralat sifar ada atau tidak.Jika ada ralat sifar bacaan mesti diperbetulkan iaitu:

Bacaan sebenar = bacaan diperolehi - ralat sifar

(b) Gunakan racet untuk mengetatkan objek yang diletakkan pada rahang supaya tekanan yang berlebihan tidak dikenakan pada objek.

Berat Fungsi Dalam kehidupan sehari-hari, jisim sering diertikan sebagai berat, tetapi dalam konteks fizik, jisim dan berat adalah dua perkara yang berbeza. Jisim tidak dipengaruhi oleh graviti, sedangkan berat dipengaruhi oleh graviti. Fungsi dari neraca elektrik mahupun bukan elektrik secara umum adalah sebagai alat pengukur jisim. Kegunaan neraca ini tergantung dari skala neraca tersebut misalnya neraca / timbangan elektrik yang ada di pasar dengan yang ada di makmal tentunya mempunyai sensitiviti skala neraca yang jauh berbeza. Proses Pengukuran Secara umum proses menimbang dengan neraca elektronik/digital adalah: 1. Pastikan bahawa timbangan sudah dihidupkan. 2. Pastikan timbangan menunjukkan angka ”0” ( jika tidak, perlu di betulkan).

3. Letakakan benda yang jisimmnya akan diukur pada piringan yang disediakan di atas timbangan. 4. Pastikan skala yang tertera pada ”display digital” itu sesuai dengan skala yang akan digunakan untuk timbangan tersebut. 5. Untuk mendapatkan pengukuran yang tepat dan mempunyai sensitivti yang tinggi, anda perlu menunggu selama 30 minit.

Subjek: Physics in Context Kod Subjek: SCE 3105 Practikal No: 1 Topik: Pengukuran di dalam kehidupan seharian Hasil pembelajaran: Mengambil dan membanding beza pengukuran dengan menggunakan jenis alatan yang berbeza Alatan dan bahan: Pembaris meter, angkup vernier, tolok skrew mikrometer, neraca palang, neraca elektronik, seutas wayar kuprum, pensel, rambut, dan sekeping kertas. Aktiviti 1: Mengukur kepanjangan Prosedur: 1. Diameter pensel, seutas wayar kuprum dan sehelai rambut diukur dengan menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skrew mikrometer. 2. Pengukuran diulangi. 3. Keputusan dijadualkan. Penguasaan pengetahuan dan Kemahiran Soalan 1. Berdasarkan kepada ketiga-tiga jenis alatan yang digunakan untuk mengukur kepanjangan, yang manakah yang paling jitu? Yang manakah yang paling tepat? Alat yang paling jitu dan tepat ialah tolok skrew mikrometer.

2. Jika seorang pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur sesuatu ketebalan objek, ianya tidak realistik untuk dia mengukur bacaan sebanyak 4.32 cm.Terangkan kenapa?

Hal ini kerana pembaris meter mempunyai skala kejituan sebanyak 0.1cm. Jadi, ketebalan objek sebanyak 4.32cm adalah tidak realistik kerana tidak mematuhi tempat titik perpuluhan bagi skala tersebut iaitu sebanyak satu titik perpuluhan.

3. Apakah alatan yang boleh kamu gunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas? Terangkan.

Alat yang boleh digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah tolok skrew mikrometer. Hal ini kerana skala kejituan bagi alat tersebut ialah 0.001cm. Jadi, tolok skrew mikrometer paling sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas bagi mendapatkan ukuran yang lebih jitu dan lebih tepat.

Aktiviti 2: Mengukur berat Prosedur:

1. Berat sekeping kertas diukur dengan menggunakan neraca palang dan neraca elektronik. 2. Pengukuran diulangi. 3. Keputusan dijadualkan. Penguasaan pengetahuan dan Kemahiran soalan 1. Berdasarkan kepada kedua-dua jenis alatan yang digunakan untuk mengukur berat, yang manakah yang paling jitu? Yang manakah yang paling tepat? Terangkan.

Alatan yang paling jitu dan paling tepat untuk mengukur berat ialah neraca elektronik. Hal ini kerana bacaan pada neraca elektronik adalah sebanyak dua titik perpuluhan.

2. Namakan jenis penimbang yang lain yang boleh digunakan untuk mengukur berat dalam kehidupan seharian?

Neraca spring, neraca tuas, neraca mampatan

3. Apakah yang dapat kamu pelajari daripada dua jenis dijalankan tadi?

aktiviti yang telah

-

Pemilihan alat ukuran mestilah sesuai dengan bahan yang hendak diukur. Kejituan dan ketepatan sesuatu alat bergantung kepada skala terkecil bagi alat tersebut.

-

Setiap bahan yang diukur dengan suatu alat pengukuran mestilah mematuhi cara penggunaan alat tersebut dengan betul supaya mendapat ukuran yang tepat.

Nota:

1. Ketepatan sesuatu nilai ukuran : Sejauh mana nilai sesuatu ukuran itu menghampiri nilai sebenar. 2. Kejituan bukanlah sama seperti ketepatan. Seutas jam tangan digital murah yang menunjukkan waktu 9:35:45 a.m adalah paling jitu (waktu ditunjukkan dalam bentuk sesaat) tetapi jika seutas jam tangan menunjukkan waktu

beberapa minit lambat, maka waktu tersebut tidak paling tepat. 3. Jam seorang datuk mungkin paling tepat (contoh jika waktu yang ditunjukkan adalah betul) tetapi jika jam tersebut tidak mempunyai jarum minit, maka ianya tidak paling jitu.

Keputusan Eksperimen:

Aktiviti 1 Bahan: Pensel Alatan Bacaan Pertama Pembaris meter Angkup Venier Tolok 0.720cm 0.720cm 0.724cm 0.720cm 0.725cm 0.720cm 0.725cm 0.7cm 0.7cm 0.7cm 0.7cm Bacaan Kedua Bacaan Ketiga Purata Bacaan

skru 0.725cm

mikrometer

Bahan: Wayar Kuprum Alatan Bacaan Pertama Pembaris meter Angkup Venier Tolok 0.054cm 0.054cm 0.050cm 0.054cm 0.051cm 0.054cm 0.051cm Bacaan Kedua Bacaan Ketiga Purata Bacaan

skru 0.051cm

mikrometer

Bahan: Rambut Alatan Bacaan Pertama Pembaris meter Angkup Venier Tolok 0.006cm 0.006cm 0.006cm Bacaan Kedua Bacaan Ketiga Purata Bacaan

skru 0.006cm

mikrometer

Aktiviti 2 Bahan: Sekeping kertas Alatan Bacaan Pertama Neraca elektronik Neraca palang 3.30g 3.30g 3.30g 3.30g 3.37g 3.37g 3.37g 3.37g Bacaan Kedua Bacaan Ketiga Purata Bacaan

Perbincangan:

1. Purata bacaan bagi kepanjangan pensel ialah 0.7 cm dengan menggunakan pembaris, 0.720 cm dengan menggunakan angkup venier, dan 0.725 cm dengan menggunakan tolok skrew mikrometer. 2. Purata bacaan bagi kepanjangan wayar kuprum ialah 0.054 cm dengan menggunakan angkup venier dan 0.051 cm dengan menggunakan tolok skrew mikrometer. Kepanjangan wayar kuprum tidak dapat ditentukan dengan pembaris meter kerana strukturnya yang berbelit-belit dan tidak tegang menyukarkan pengukuran dengan pembaris meter. 3. Purata bacaan bagi kepanjangan rambut ialah 0.006 cm dengan

menggunakan tolok skrew mikrometer. Kepanjangan rabut tidak dapat ditentukan dengan menggunakan pembaris meter dan angkup venier kerana struktur rambut yang sangat nipis dan halus menyukarkan pengukuran dengan alat-alat tersebut. 4. Bagi pengukuran berat, kertas diukur dengan menggunakan neraca palang dan neraca elektronik. Purata bacaan bagi sekeping kertas ialah 3.37 g dengan menggunakan neraca elektronik dan 3.30 g dengan menggunakan neraca palang. Jadi, dapat disimpulkan bahawa penggunaan neraca elektronik adalah lebih tepat nilai ukurannya bagi sekeping kertas kerana neraca elektronik mempunyai skala ukuran yang lebih kecil berbanding neraca palang.

5. Alat yang paling jitu dan tepat untuk digunakan mengukur kepanjangan ialah tolok skrew mikrometer. Hal ini kerana tolok skrew mikrometer mempunyai skala kepekaan yang terkecil iaitu 0.001 cm iaitu sama dengan skala kepekaamn angkup venier. Tetapi, angkup venier hanya membaca nilai genap pada tempat ketiga titik perpuluhan iaitu 2,4,6,8 dan seterusnya manakala tolok skrew mikrometer membaca nilai 1-9 pada tempat ketiga titik perpuluhannya. Jadi, tolok skrew mikrometer merupakan alat yang paling jitu dan tepat dalam eksperimen ini . 6. Mengukur adalah satu kemahiran yang penting dalam pembelajaran Fizik 7. Kejituan boleh ditentukan daripada satu set bacaan sisihan biasa. Jika sisihan itu kecil, maka kejituan adalah tinggi. 4. Ketepatan boleh ditingkatkan jika jumlah kesemua bacaan yang diambil dibahagi dengan jumlah bilangan bacaan yang diambil untuk mendapatkan bacaan purata. 5. Hubungan diantara ketepatan dan kejituan tidak wujud, iaitu, bacaan yang jitu tidak semestinya tepat. 6. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jitu, seorang pelajar perlu: a) memilih jenis alatan pengukuran yang sesuai untuk melakukan aktiviti pengukuran yang ingin dijalankan b) gunakan alatan pengukuran dengan cara yang betul. 7. Elakkan rala semasa melakukan pengukuran seperti lat sifar, ralat paralaks, dan sebagainya. 8. Gunakan kaedah membaca skala pada alat ukuran dengan cara yang betul

Kesimpulan:

1. Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, alatan yang paling jitu dan mempunyai nilai ukuran yang tepat untuk mengukur kepanjangan sesuatu objek ialah tolok skrew mikrometer kerana alat ini mempunyai kejituan sebanyak 0.001 cm atau 0.01 mm. 2. Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, alatan yang paling jitu dan mempunyai nilai ukuran yang tepat untuk mengukur berat sesuatu objek ialah neraca elektronik kerana alat ini mempunyai skala yang lebih kecil berbanding neraca palang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful