DAYA DAN GERAKAN Daya ialah suatu tindakan yang dapat mengubah jenis gerakan sesuatu jasad seperti

memulakan, menghentikan, memecutkan, melambatkan, dan mengubah arah geseran jasad tersebut. Dalam kajian kesan daya ke atas gerakan, paduan dan leraian daya sering kali digunakan. Satu daya paduan tunggal boleh dibentuk daripada paduan dua atau lebih daya. Paduan dua daya juga dapat ditentukan mellaui kaedah segiempat selari. Kesan daya-daya ke atas gerakan jasad adalah sama dengan kesan daya paduan ke atas jasad itu. Contoh seperti berikut:

Leraian daya pula bermaksud suatu daya yang boleh dileraikan kepada dua komponen daya yang serenjang seperti yang ditunjukkan dalam rajah contoh di bawah.

Daya F kos Ɵ ialah komponen mengufuk bagi daya F manakala daya F sin Ɵ ialah komponen mencancang bagi daya F. Kesan daya tunggal ke atas gerakan jasad adalah sama dengan kesan komponen-komponen daya daya itu. Jika daya paduan yang bertindak ke atas jasad adalah sifar, maka jasad itu mencapai keseimbangan daya. Paduan atau leraian daya boleh digunakan untuk membuktikan keseimbangan daya. HUBUNGAN ANTARA DAYA, JISIM, DAN PECUTAN Daya adalah berkadar dengan kadar perubahan momentum. Mengikut takrif bagi momentum, daya juga berkadar dengan hasil darab jisim dan pecutan.

Daya

F

F

F

ma (kerana a =

Mengikut perkaitan F

ma tadi, F boleh ditulis dalam bentuk persamaan

F=kma, k ialah sebarang pemalar. Daya 1 N dapat menghasilkan pecutan 1 ms-2 apabila bertindak ke atas jasad yang berjisim 1 kg. Dengan menggantikan nilai tersebut ke dalam persamaan tadi, 1=kX1X1 K=1  F = ma

DAYA TARIKAN GRAVITI, PECUTAN GRAVITI DAN BERAT Daya tarikan graviti adalah daya tarikan yang bertindak ke atas sebarang jasad pada pemukaan bumi menuju ke pusat bumi. Daya tarikan graviti ialah suatu kuantiti vektor. Unit SI bagi daya tarikan graviti ialah newton (N). Magnitud daya tarikan graviti bergantung kepada jisim jasad dan jarak dari pusat bumi. Pecutan graviti adalah pecutan yang dihasilkan oleh tindakan daya tarikan graviti ke atas jasad menuju ke pusat bumi. Pecutan graviti ialah kuantiti vektor. Unit SI bagi pecutan graviti ialah meter sesaat sesaat. Pecutan graviti di permukaan bumi ialah 9.8 ms-2 . Ia kadangkala dianggap bernilai 10 ms-2 . Oleh sebab daya tarikan graviti berubah dengan jarak dari pusat bumi, pecutan graviti turut berubah a[abila jarak dari pusat bumi berubah. Berat bagi sesuatu jasad adalahdaya tarikan graviti yang bertindak ke atas jasad itu menuju ke pusat bumi. Berat ialah kuantiti vektor. Unit SI bagi berat ialah newton (N). Oleh sebab daya tarikan graviti boleh berubah, maka berat juga boleh berubah. Berat kita di bumi adalah lebih besar daripada berat kita dibulan kerana daya tarikan graviti bumi adalah lebih kuat daripada daya tarikan graviti bulan.

JANGKAMASA DETIK Jangkamasa detik ialah suatu alat yang boleh bergetar mengikut frekuensi bekalan arus ulang alik. Alat ini disunakan untuk mengkaji gerakan suatu jasad pada selang masa yang singkat.

Apabila arus ulang alik yang berfrekuensi 50 Hz dibekalkan kepada jangkamasa detik, penggetar dalam jangkamasa detik akan memukul kertas karbon itu sebanyak 50 kali sesaat lalu menandakan 50 detik di atas pita detik seperti yang ditunjukkan.

Bagi pita detik yang dibuat oleh jangkamasa detik yang dibekalkan dengan arus ulang alik yang berfrekuensi 50 Hz, setiap detik mewakili sela masa 1/50 atau 0.02 s. Masa bagi 1 detik = 0.02 s

Oleh sebab pita detik dapat mengukur masa dan sesaran, halaju = dapat ditentukan. Contoh seperti berikut:

Pecutan juga dapat dikira berdasarkan halaju yang telah ditentukan. Pecutan =

. Contohnya seperti berikut:

Carta pita dibentukkan oleh keratan-keratan pita detik (yang mempunyai 10 detik) yang berturutan dilekatkan sebelah menyebelah. Kuantiti seperti masa, sesaran, halaju dan pecutan dapat ditentukan dengan menganalisis carta pita. Cara yang digunakan ialah seperti dalam penganalisan pita detik tadi. Contoh seperti di bawah:

Corak pita detik dapat menerangkanjenis gerakan jasa seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut: Jenis A Pita Detik Jarak Jenis gerakan menunjukkan bergerak

Jarak yang jauh di Ini antara detik-detik jasad

dengan laju B Jarak di antara Ini adalah jasad dengan seragam C Jarak yang rapat di Ini antara detik-detik jasad menunjukkan bergerak menunjukkan bergerak laju yang

detik-detik sama

dengan perlahan D Jarak di antara Ini menunjukkan jasa semakin

detik-detik semakin bergerak jauh E Jarak di laju

antara Ini menunjukkan laju semakin

detik-detik semakin jasad dekat berkurangan

Subjek: Physics in Context Kod Subjek: SCE 3105 Practikal No: 2 Topik: Daya dan Gerakan Hasil pembelajaran: 1) Untuk mengenal pasti jenis daya yang berbeza dalam konteks yang berbeza. 2) Untuk mengukur pecutan daya objek jatuh bebas Alatan dan bahan: Sebongkah kayu, sebiji bola tenis, satu bikar, dan sebuah buku. Aktiviti 1: Mengenal jenis daya yang berbeza dalam konteks yang berbeza Prosedur: 1. Sebongkah kayu diletakkan di atas lantai . Bongkah kayu diberi tolakan dan pemerhatian dicatatkan. 2. Sebiji bola tenis dilempar ke atas di dalam udara . Pemerhatian dicatatkan. 3. Sebiji bola tenis diletakkan di dalam satu bikar berisi air. Bola tersebut di tekan ke dalam air. Pemerhatian dicatatkan. 4. Sebuah buku diletakkan di atas tapak tangan. Pemerhatian dicatatkan. 5. Inferens untuk setiap pemerhatian dinyatakan.

Keputusan Eksperimen:

1) Bongkah kayu diberi tolakan

Jenis tolakan Daya sedikit yang

Pemerhatian dikenakan Bongkah bergerak kayu

Inferens tidak Hasil daya (net force) = 0 Magnitud daya normal sama dengan geseran FN = Fs magnitud daya

Daya banyak

yang

dikenakan Bongkah kayu bergerak

Wujud hasil daya (net force). FN – Fs = ma

2) Sebiji bola tenis di lempar ke atas di dalam udara

Pemerhatian Bola tenis jatuh ke bawah

Inferens Terdapat daya jatuh bebas (free fall force) yang dikenakan pada bola tenis

3) Sebiji bola tenis diletakkan di dalam satu bikar berisi air. Bola tersebut ditekan ke dalam air

Pemerhatian

Inferens

Bola tenis terapung semula ke atas Terdapat daya keapungan ( buoyancy selepas ditekan dengan force) yang bertindak ke atas bola tenis sehingga menyebabkan bola tenis

menggunakan jari

terapung semula ke atas.

4) Sebuah buku diletakkan di atas tapak tangan

Pemerhatian

Inferens

Buku berada dalam kedudukan Hal ini kerana keseimbangan daya statik / tidak bergerak / pegun. telah berlaku (force in the equilibrium). Jadi, pergerakan tidak berlaku. F-W = 0 F=W F = mg

Perbincangan: 1. Prosedur 1 menerangkan kesan daya geseran yang bertindak ke atas sesuatu objek. Daya geseran bertindak menghalang pergerakan objek ke hadapan. Pergerakan akan berlaku apabila wujudnya perbezaan antara dua daya yang bertindak ke atas objek yang juga dikenali sebagai hasil daya (net force). 2. Prosedur 2 menerangkan kesan daya jatuh bebas (free fall force) yang bertindak ke atas objek apabila sesuatu objek dilempar ke atas di dalam

udara. Jarak untuk objek yang mengalami daya jatuh bebas (free fall force) boleh dikira menggunakan formula d = ½ gt2 . 3. Prosedur 3 menerangkan konsep daya keapungan yang berlaku ke atas setiap objek yang dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi cecair. Ketumpatan bola tenis yang rendah berbanding ketumpatan air juga merupakan salah satu faktor objek boleh terapung di permukaan air. 4. Prosedur 4 menerangkan keseimbangan daya (equilibrium force) yang berlaku ke atas buku tersebut. Keseimbangan daya berlaku apabila daya yang

berbeza bertindak ke atas buku tersebut dengan mempunyai nmagnitud yang sama. Jadi hasil daya (net force) = 0. Tiada pergerakan akan berlaku kerana tidak wujud perbezaan daya.

Kesimpulan: Setiap daya yang dikenakan berbeza mengikut situasi benda itu diletakkan.

Aktiviti 2: Mengukur pecutan daya objek jatuh bebas Alatan dan bahan: Jangkamasa detik, pita detik, pengapit, bekalan tenaga (a.u) , wayar penyambung, pemberat 20 g, 40 g, 60 g dan selotape Prosedur: 1. Sebuah kerusi diletakkan di atas sebuah meja. Jangkamasa detik diapit di atas bahagian kerusi. 2. Pita detik dimasukkan ke dalam jangkamasa detik dan pemberat 20 g di selotape di atas pita detik. 3. Jangkamasa detik dihidupkan dan biarkan jisim tersebut jatuh bebas ke bawah. 4. Pita detik di potong kepada sebuah carta pita. 5. Langkah 3 diulang dengan menggunakan pemberat 40 g dan 60 g. jalur 2 detik dan disusun untuk membentuk

6. Untuk setiap kes, satu carta dibina dengan menggunakan jalur detik masingmasing dan pecutan ditentukan berdasarkan jalur detik.

Keputusan Eksperimen: Rujuk Lampiran 1

Pemberat

Halaju awal (u)

Halaju akhir (v)

Masa (t)

Pecutan, a=

20 g

0.027 m

0.039 m

0.02 s

a= a = 8 ms-2

40 g

0.011 m

0.029 m

0.02 s

a= a = 7 ms-2

a= 60 g 0.008 m 0.024 m 0.02 s a = 6 ms-2

Perbincangan: 1. Nilai pecutan bagi pemberat 20 g ialah 8ms-2, pemberat 40 g ialah 7 ms-2 dan 60 g ialah 6 ms-2 . Sepatutnya nilai bagi kesemua jenis pemberat ialah sama dengan nilai g , iaitu 9.81 ms-2 . 2. Nilai pecutan bagi setiap pemberat yang didapati daripada eksperimen ini adalah kurang daripada nilai g, iaitu 9.81 ms-2 . 3. Hal ini kerana: a) Kehadiran rintangan angin yang melambatkan pergerakan . b) Geseran yang wujud di antara jangkamasadetik dengan pita detik

c) Bilangan detik yang dihasilkan tidak tetap iaitu sebanyak 50 detik kerana alat jangkamasadetik yang digunakan sudah tua usianya dan tidak berapa tepat. d) Jarak yang dihasilkan oleh jangkamasa detik tidak mengikut jarak detik yang sepatutnya menyebabkan nilai halaju awal dan nilai halaju akhir yang diperolehi kurang tepat.

Kesimpulan: Pecutan yang dihasilkan oleh setiap jisim pemberat yang berbeza menghasilkan nilai pecutan yang kurang daripda pecutan graviti bumi, g, 9.81ms-2 .

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran Soalan: 1. Adakah nilai pecutan untuk setiap pemberat yang berbeza yang diperolehi sama dengan nilai g (pecutan yang disebabkan tarikan graviti bumi)? Terangkan.

Ya. Nilai pecutan untuk setiap pemberat yang berbeza yang diperolehi adalah sama dengan nilai g

2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya yang terhasil oleh objek jatuh bebas?

Didapati bahawa semua jisim yang jatuh bebas mempunyai pecutan yang sama iaitu pecutan graviti ,g, yang mempunyai nilai 9.8 m/s-2

3. Jika eksperimen ini dijalankan di atas bulan, adakah nilai pecutan untuk setiap pemberat yang berbeza yang diperolehi sama dengan nilai g ? Terangkan.

Tidak. Hal ini kerana daya tarikan graviti di bumi adalah berbeza berbanding di bulan. Daya tarikan graviti di bumi adalah lebih besar berbanding di bulan

kerana daya tarikan graviti bumi adalah lebih kuat graviti bulan.

daripada daya tarikan

4. Apakah yang dapat kamu pelajari daripada kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan? Daya geseran wujud pada setiap objek pegun yang bergerak Daya keapungan bertindak ke atas sesuatu objek yang berada di dalam kawasan cecair Densiti setiap objek bergantung kepada jisim dan isipadu objek tersebut. Setiap objek yang berada di atas bumi graviti bumi Pecutan graviti terhasil apabila tindakan daya tarikan graviti ke atas jasad menuju ke pusat bumi. Berat setiap objek berubah mengikut daya tarikan graviti di tempat objek tersebut diletakkan . dipengaruhi oleh daya tarikan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful