Gelombang Bunyi Gelombang bunyi ialah gelombang membujur yang memerlukan medium dalam perambatannya.

Rajah 1.01 Gelombang bunyi Bunyi dihasilkan oleh getaran seperti getaran tala bunyi, getaran konpembesar suara, getaran tali gitar atau turus udara dalam alat muzik.

Rajah 1.02 Penghasilan gelombang bunyi

Rajah 1.02 (a) dan (b) menunjukkan proses penghasilan bunyi yang disebabkan oleh getaran tala bunyi dan getaran pembesar suara.

Regangan di udara

Mampatan di udara

Rajah 1.03 Regangan dan mampatan gelombang Apabila tala bunyi atau kon pembesar suara bergetar, lapisan udara di sekeliling akan bergetar dan tenaga bunyi merambat melaluinya dalam bentuk gelombang. Udara dimampatkan apabila cabang tala atau diafragma pembesar suara bergerak ke hadapan dan udara direnggangkan apabila cabang tala atau diafragma pembesar suara bergerak ke belakang. Getaran ke hadapan dan ke belakang alat penggetar menghasilkan satu siri mampatan dan renggangan udara yang berulangan. Molekul-molekul udara bergetar pada arah yang selari dengan arah perambatan gelombang bunyi. Oleh itu, gelombang bunyi adalah gelombang membujur. Bunyi tidak boleh merambat dalam vakum sebab vakum tidak mempunyai zarah untuk memindahkan tenaga bunyi.

Rajah 1.04 Bunyi tidak boleh merambat dalam vakum

Rajah 1.04 menunjukkan sebuah balang kaca yang boleh membuktikan bahawa bunyi tidak boleh merambat dalam vakum. Keadaan vakum diwujudkan apabila udara dalam balang disedut keluar oleh pam vakum. Bunyi loceng semakin kurang kedengaran semasa udara dipamkan keluar. Gelombang bunyi boleh merambat melalui pepejal, cecair dan gas. Biasanya gelombang bunyi diterima oleh telinga kita selepas merambat dalam udara tetapi kita masih dapat mendengar bunyi apabila berenang di dalam air. Tembok, tingkap, pintu dan bumbung membolehkan bunyi merambat melaluinya. Ujikaji menggunakan penjana isyarat audio dan pembesar suara yang dijalankan oleh saintis menunjukkan telinga manusia boleh mengesan bunyi yang berfrekuensi dalam julat 20 Hz hingga 20 000 Hz. Walau bagaimanapun, keupayaan telinga kita mengesan bunyi berfrekuensi tinggi semakin merosot apabila umur meningkat. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis bunyi dan julat frekuensinya. Bunyi infrasonik < 20 Hz Bunyi frekuensi audio 20 z – 20 kHz Bunyi ultrasonik >20 kHz

Halaju Bunyi Halaju bunyi, v dalam satu medium diberi oleh v = fλ dengan λ ialah panjang gelombang bunyi dan f ialah frekuensi gelombang bunyi itu. Unit SI bagi v ialah ms-1 , f ialah Hz dan λ ialah m. Halaju bunyi dalam pepejal > Halaju bunyi dalam cecair > Halaju bunyi dalam gas Halaju bunyi tidak dipengaruhi oleh tekanan. Jika tekanan atmosfera berubah, halaju bunyi dalam udara tetap tidak berubah. Halaju bunyi bertambah dengan suhu. Pada tempat yang tinggi seperti di puncak gunung, halaju bunyinya adalah kurang berbanding dengan halaju bunyi pada paras laut. Keadaan ini bukan disebabkan oleh tekanan atmosfera yang rendah tetapi suhu yang rendah di puncak gunung. Didapati kelajuan bunyi dalam udara hanya daripada halaju cahaya.

Kelansingan Bunyi (Pitch of Sound) dan Frekuensi Kelansingan ialah ketinggian not bunyi yang di dengar. Kelansingan merupakan satu sensasi yang dialami oleh seorang pendengar. Kelansingan disebabkan oleh frekuensi not. Sesuatu not yang berfrekuensi tinggi menghasilkan kelansingan yan tinggi, iaitu not itu kedengaran lebih ‘tajam’.

Rajah 1.05 Kelansingan bunyi Kenyaringan Bunyi (Loudness of Sound) dan Amplitud Kenyaringan sesuatu not bunyi dikatakan tinggi jika bunyi itu didengari oleh pendengar adalah kuat. Amplitud sesuatu gelombang bunyi mempengaruhi kenyaringan bunyi.

Rajah 1.06 Kenyaringan bunyi

Kualiti Bunyi Kualiti bunyi dipengaruhi oleh bentuk gelombang bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik. Rajah 1.07 menunjukkan perbandingan bentuk gelombang not .Setiap jenis alat muzik mempunyai kualiti bunyi yang tersendiri . Satu not asas ialah not yang mempunyai frekuensi beramplitud besar dan dikenali sebagai frekeunsi asas. Manakala bunyi lain yang berfrekeunsi rendah dan lemah dikenali sebagai not kalian. Gabungan not asas dan not kalian menghasilkan kualiti bunyi alat muzik tersebut. Bunyi yang sentiasa berubah frekuensi secara rawak dikenali sebagai bising (noise).

Rajah 1.07 Perbandingan gelombang not

Rajah 1.08 Kualiti bunyi yang dihasilkan

Praktikal 3: Kualiti Bunyi Hasil pembelajaran : Mendemonstrasi dan menerangkan bagaimana kualiti bunyi yang berbeza dihasilkan Bahan dan alatan: 3 botol kaca yang sama, air, tala bunyi , mangkuk, pembaris meter, dan pensel Aktiviti : Mendemonstrasi penghasilan kualiti bunyi yang berbeza Prosedur: 1. Mangkuk diisi air. Tapak kaki kasut diketuk dengan perlahan dengan

menggunakan tala bunyi. Hujung gigi garpu tala bunyi dimasukkan ke dalam air. Apa yang dapat kamu perhatikan? 2. Tala bunyi diketuk dengan perlahan lagi. Anggarkan apa yang berlaku apabila kamu memegang tala bunyi itu berhampiran dengan telinga. Apa yang dapat kamu dengar? 3. Air dimasukkan ke dalam 3 gelas botol yang sama supaya botol A terisi ¼ penuh, botol B ½ penuh, dan botol C ¾ penuh. 4. Jarak dari bahagian atas botol tersebut dengan permukaan ar diukur. Selepas itu, ketinggian air dalam setiap botol diukur. Pengukuran anda direkodkan. 5. Perbezaan kelangsingan bunyi yang akan kamu dengar jika kamu meniup dari sisi ke sisi bahagian atas setiap botol dalam giliran dianggarkan. Sebab untuk anggaran anda dinyatakan. 6. Anggaran anda diuji dengan meniup di bahagian atas setiap botol. Bunyi yang dihasilkan didengar. Setiap bunyi yang dihasilkan diterangkan dalam bentuk kelangsingan bunyi – perlahan, sederhana, tinggi . Setiap

kelangsingan bunyi yang dihasilkan dicatat. 7. Apabila kamu mengetuk dengan perlahan di bahagian tepi botol tersebut dengan pensel, kamu akan menghasilkan jenis bunyi yang lain. Adakah kamu fikir bunyi yang telah dihasilkan lebih kurang sama dengan atau berbeza dengan bunyi yang telah kamu hasilkan sebelum ini? Terangkan. 8. Anggaran anda diuji dengan mengetuk secara perlahan di bahagian sebelah sisi botol dengan pensel. Kelansingan bunyi yang dihasilkan dicatat.

Jenis tala bunyi yang digunakan dalam eksperimen ini

Keputusan Eksperimen: Bil . 1. Mangkuk diisi air. Wujud corak Tapak kaki kasut getaran diketuk dengan dalam air. di Gambarajah Prosedur Pemerhatian

perlahan dengan menggunakan tala bunyi. Hujung gigi garpu tala

bunyi dimasukkan ke dalam air. Apa yang dapat kamu perhatikan?

2.

Tala bunyi diketuk Gema bunyi dengan perlahan yang lagi. Anggarkan hasilkan di

apa yang berlaku berbezaapabila memegang bunyi berhampiran dengan telinga. kamu beza tala mengikut tala itu bunyi yang

berbeza.

Apa yang dapat kamu dengar?

3.

Perbezaan kelangsingan bunyi yang akan kamu dengar jika kamu meniup dari sisi ke sisi atas botol giliran

Rujuk jadual 1.0

bahagian setiap dalam

dianggarkan. Sebab anggaran dinyatakan. untuk anda

4.

Apabila

kamu Rujuk jadual

mengetuk dengan 2.0 perlahan bahagian botol dengan kamu di tepi tersebut pensel, akan

menghasilkan jenis bunyi yang lain. Adakah

kamu fikir bunyi yang dihasilkan kurang dengan berbeza telah lebih sama atau dengan

bunyi yang telah kamu sebelum Terangkan. hasilkan ini?

Jenis botol

Ketinggian air yang Ketinggian

udara Kelansingan

diisi ke dalam setiap yang diisi ke dalam bunyi botol Botol A Botol B Botol C 8.0 cm 17.2 cm 23.5 cm setiap botol 27.3 cm 19.2 cm 12.5 cm Rendah Sederhana Tinggi

Jadual 1.0

Jenis botol

Ketinggian air yang Ketinggian

udara Kelansingan

diisi ke dalam setiap yang diisi ke dalam bunyi botol Botol A Botol B Botol C 8.0 cm 17.2 cm 23.5 cm setiap botol 27.3 cm 19.2 cm 12.5 cm Tinggi Sederhana Rendah

Jadual 2.0 Perbincangan: 1. Bunyi dihasilkan apabila terdapat getaran. 2. Tala bunyi merupakan alat yang berguna untuk menunjukkan bagaiman sesuatu objek yang bergetar menghasilkan bunyi 3. Tala bunyi terdiri daripada pemegang dan dua gigi. Ketika gigi tala bunyi dipukul dengan tapak kasut , gigi tala bunyi mula bergetar. Getaran ulang-alik pada gigi tala bunyi menghasilkan gangguan pada molekul udara di

sekitarnya. Apabila gigi tala bunyi bergerak keluar dari kedudukan biasa, ianya menekan molekul udara sekitarnya menjadi daerah kecil ruangan; ini mencipta suatu daerah tekanan tinggi di sebelah gigi tala bunyi tersebut. 4. Apabila gigi tala bunyi kemudian bergerak ke dalam dari kedudukan biasa, udara sekitarnya gigi tala bunyi mengembang, hal ini menghasilkan kawasan tekanan rendah di sebelah gigi tala bunyi tersebut. 5. Daerah tekanan tinggi dikenali sebagai mampatan (compression) dan daerah tekanan rendah yang dikenali sebagai regangan (rarefractions). Apabila gigi tala bunyi terus bergetar, pola ulang-alik daerah tekanan tinggi dan rendah diciptakan. Kawasan ini diangkut melalui udara sekitarnya, membawa isyarat suara dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Gigi tala bunyi (tines)

Pemegang (Handle)

6. Botol C menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi berbanding botol A dan B apabila air dalam botol tersebut ditiup. Hal ini kerana semakin

banyak air yang diisi dalam gelas, semaki tinggi kelansingan bunyi disebabkan oleh banyak getaran yang berlaku pada air. Semakin cepat sesuatu jasad bergetar, semakin banyak getaran yang dihasilkan persaat, dan semakin tinggi kelansingan bunyi yang dihasilkan. 7. Apabila meniup air dalam botol, kolum udara yang terperangkap dalam botol tersebut akan mula bergetar. Jadi, semakin panjang kolum udara, semakin banyak ruang untuk gelombang bunyi perlu untuk mengurangkan kelajuannya. 8. Kita mendengar bunyi apabula sesuatu objek bergerak membuatkan udara bergetar. Getaran-getaran tersebut bergerak melalui udara dalam bentuk gelombang dan didengar oleh telinga kita sebagai bunyi. 9. Kelansingan bunyi juga dipengaruhi oleh frekuensi bunyi. Semakin tinggi frekuensi, semakin tinggi kelansingan bunyi. 10. Botol A menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi berbanding botol B dan C apabila bahagian tepi botol gelas diketuk dengan pensel. Hal ini kerana botol A mempunyai ketinggian air yang paling rendah berbanding botol-botol lain. Kelansingan bunyi yang dihasilkan berlaku daripada gelas dan air bergetar bersama-sama. Semakin banyak air dalam botol, semakin lama waktu bahan untuk bergetar dan semakin rendah kelansingan bunyi yang dihasilkan. 11. Hal ini berbeza dengan keputusan apabila kamu meniup air dalam botol gelas tersebut.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran Soalan: 1. Dalam langkah 6, botol yang manakah menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi? Apakah yang menyebabkan perbezaan antara kelansingan bunyi dari botol ke botol ? Dalam langkah 6, botol C menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi. Perbezaan kelansingan bunyi antara botol dipengaruhi oleh ketinggian kolum

udara dalam botol tersebut. Semakin rendah kolum udara dalam botol, semakin tinggi kelansingan bunyi yang dihasilkan.

2. Terangkan bagaimana bunyi dihasilkan dalam langkah 8? Botol manakah yang menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi? Apakah yang menyebabkan perbezaan antara kelansingan bunyi dari botol ke botol? Botol A menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi. Perbezaan kelansingan bunyi adalah disebabkan oleh perbezaan ketinggian air. Semakin rendah ketinggian air, semakin tinggi kelansingan bunyi yang dihasilkan.

3. Banding beza antara bunyi yang dihasilkan dari tiupan sisi ke sisi dari atas botol dengan bunyi yang dihasilkan dari ketukan ke atas botol-botol. Apakah perbezaan antara kelansingan bunyi setiap botol? Terangkan pemerhatian anda. Apabila bunyi dihasilkan dari tiupan sisi ke sisi dari atas botol, kelansingan bunyi yang dihasilkan berbeza dengan buyi yang dihasilkan dari ketukan ke atas botol. Dalam eksperimen ini, botol C yang mempunyai ketinggian air yang paling banyak di dalam botol menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi apabila ditiup manakala botol A yang mempunyai ketinggian air yang paling sedikit di dalam botol menghasilkan kelansingan bunyi yang paling tinggi apabila botol diketuk.

4. Dengan melihat jadual data anda, bagaimana kepanjangan kolum udara mempengaruhi kelansingan bunyi ? Bagaimana ketinggian air mempengaruhi kelansingan bunyi? Semakin pendek kolum udara, semakin tinggi kelansingan bunyi yang dihasilkan. (Rujuk jadual 1.0) Semakin banyak ketinggian air , semakin rendah kelansingan bunyi yang dihasilkan. (Rujuk jadual 2.0)

5. Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat mengenai hubungan antara bunyi yang dihasilkan dengan medium yang dilalui dengan jenis bunyi yang melalui medium itu?

Bunyi yang dihasilkan bergantung kepada medium yang dilalui dengan jenis bunyi yang melalui medium tersebut.

6. Fikir: Violin adalah instrument bertali (stringed instrument) . Flut dan klarinets adalah instrument kayu angin (woodwinds) manakala trumpets adalah instrument loyang (brass instrument) . Apakah kesemua jenis alat muzik itu mempunyai persamaan? Kualiti bunyi dipengaruhi oleh bentuk gelombang bunyi yang dihasilkan oleh s sesuatu alat muzik. Setiap jenis alat muzik mempunyai kualiti bunyi yang tersendiri .Satu not asas ialah not yang mempunyai frekuensi beramplitud besar dan dikenali frekuensi asas. Manakala bunyi lain yang berfrekuensi rendah dan lemah dikenali sebagai not kailan. Gabungan not asas dan not kailan menghasilkan kualiti bunyi alat muzik tersebut. Trumpet dan piano mempunyai frekuensi asas (fundamental frequency) iaitu frekeunsi dimana trumpet dan piano paling mudah bergetar ketika ditetapkan dalam gerakan. Untuk satu pengetaran kolum udara, frekuensi tersenut ditentukan prinsipnya berdasarkan kepanjangan kolum tersebut. Injap trumpet (trumpet valve) digunakan untuk mengubah keberkesanan kepanjangan kolumn. Untuk getaran instrumen bertali, frekuensi asasnya bergantung kepada kepanjangan tali (string’s lenght) , ketengangan tali (tension), dan jisim per unit panjang tali tersebut (mass per unit length).

Kesimpulan: Kualiti bunyi yang dihasilkan berbeza-beza mengikut bagaimana bunyi itu dihasilkan dan medium yang dilaluinya.

Refleksi: Pertama sekali, eksperimen iuni memberi peluang kepada saya mengetahui bagaimana bunyi dihasilkan. Ekseperimen ini juga mengajar saya bagaimanakah medium yang berbeza mempengaruhi kelajuan sesuatu bunyi itu

apabila melalui medium tersebut. Selain itu, saya dapat mempelajari bagaimana menentukan kelansingan bunyi yang berbeza-beza. Bunyi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Eksperimen ini membolehkan saya mengait bunyi dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, peralatan di dalam rumah seperti televisyen, radio, telefon dan sebgainya menghasilkan bunyi yang berbeza-beza. Selain itu, instrument muzik yang terdapat dalam kehidupan seharian seperti piano, klarinet, trumpet dan sebagainya menggunakan konsep gelombang bunyi untuk mencipta alat-alat yang sedemikian. Eksperimen ini juga meluaskan pandangan saya bagaimana manusia mencipta sesuatu alat menggunakan konsep gelombang bunyi untuk memudahkan dan menyenangkan kehidupan manusia itu sendiri.